Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 June, 2011

Love.24 : Strong Heart





SELEPAS Jeremy mengambil Tamara, mereka pun bergegas menuju ke hospital dimana Benjo ditempatkan.
            “Kakak!” panggil Isabel seraya meluru kearah Tamara. Saat itu barulah Isabel betul-betul menangis. Tamara memeluknya.
            “Kenapa boleh jadi macam ni?” kata Tamara. Sudah habis kering air matanya menangis dalam kereta Jeremy tadi. Aditya merapati mereka. Tidak semena-mena, tamara terus melepaskan pelukannya pada Isabel dan meluru kearah Aditya.
            “Tara, saya…”
            Pang! Semua terkejut, Aditya mengangkat mukanya. Pipi yang terasa pedas itu ditekup dengan tapak tangan. Dada Tamara berombak kuat. Wajahnya merah menahan marah. Matanya tajam menikam mata bulat Aditya itu.
            “Tolong pergi dari sini,” suaranya berubah keras. Tangannya dan seluruh tubuhnya mengeletar hebat.
            “Tamara…” Jeremy seakan tidak percaya dengan tindakan drastik Tamara.
            “Abang Eme, tolong bawa Abang Adi… tinggalkan kami sekejap,” ujar Isabel seakan faham dengan kondisi kakaknya. Aditya tidak mampu berbuat apa-apa. Dia mahu mengucapkan maaf tapi melihat Tamara dengan pandangaan tajamnya sekaligus mematikan niatnya. Aditya tertunduk lalu berlalu pergi bersama Jeremy. 
            “Kakak…” panggil Isabel sayu. Tamara menekup mukanya, kepalanya terasa berat. Isabel terus memapah kakaknya sebelum dia terjelupuk disana.
            “Kak, Benjo tak apa-apa. Nasib baik kami cepat hantar dia ke hospital,” lapor Isabel. Dia tidak terkejut dengan tindakan Tamara tadi kerana dia sangat faham sikap kakaknya jika berlaku sesuatu pada Benjo mahupun dia. Perasannya memang sukar untuk dikawal. Fikiran warasnya akan lesap ditimbus dengan perasaan marah.
            “Kak, abang Adi tak salah. Dia tak tahu,”
            “Kenapa Bel tak bagitau? Bel ada disana, kan?” marahnya lagi. Isabel mengeluh kecil.
            “Okey, semua ni salah Bel. Bel tak bagitau abang Adi yang Benjo alergik dengan tepung. Bel salah, jadi tampar Bel sekarang sama seperti kakak lakukan pada abang Adi!” Tamara tersentap.
            “Bel tau kakak risau, tapi ingat bukan kakak seorang saja yang risaukan Benjo. Bel, Adi dan juga abang Eme. Semua risaukan  Benjo. Kakak tak nampak reaksi abang Adi masa nampak Benjo tadi, dia nangis kak! Dan kakak hanya tahu menyalahkan abang Adi,” Tamara terkesima lagi. Fikriannya kembali seperti biasa, perasaan marahnya sudah surut. Kini barulah dia menyesal dengan keterlanjurannya menampar Aditya. Kenapa aku boleh tampar orang yang aku sayang? Tara, kenapa kau sanggup buat Adi macam tu? Maafkan aku, Adi.


            TAMARA yang tidak dapat melelapkan mata malam itu terdengar pintu wad Benjo dibuka. Dia melihat seseorang sedang melangkah masuk kedalam.
            “Eme?” panggilnya. Jeremy terkejut.
            “Awak belum tidur lagi?” soalnya lalu melangkah kearah sofa. Dia duduk.
            “Belum, tak dapat tidur. Pasal kejadian petang tadi, saya minta maaf,” pinta Tamara.
            Jeremy menggelengkan kepala. “Saya faham, tapi kenapa nak minta maaf dengan saya? Bukan awak patut minta maaf dengan Adi?”
            “Dia… okey? Saya betul-betul tak sangka saya boleh buat macam tu,” sesal Tamara.
            “Dia okey. Saya rasa dia faham, kita semua tahu yang awak pentingkan keselamatan Benjo. Awak boleh minta maaf, dia ada diluar,”
            “Betul?”
            “Tapi sebelum itu, saya nak sampaikan sesuatu,” suara Jeremy yang bernada serisu itu membuatkan hati Tamara berdebar. Adi, nak pisah dengan saya? Tamara mula berfikir yang bukan-bukan.
            “Sebenarnya, sebelum kamu kahwin saya dah kumpul latar belakang awak, Benjo dan Bel dalam satu fail. Saya bagi pada dia, sebab dia perlu kenal awak sebelum berkahwin, betul? Tapi dia tolak sebab katanya dia nak dengar semuanya tentang keluarga awak dengan telinganya sendiri dan bukan berpandukan fail,” Tamara tersentuh mendengar kata-kata Jeremy. Air matanya sudah mula bertakung. Saya bersalah.
            “Awak tahu kenapa dia nak kamu tinggal dengan dia? Itu adalah salah satu sebabnya, dia nak kenal kamu dengan lebih dekat lagi. Dia nak kamu sentiasa ada disisinya sebab kamu dah jadi orang terpenting dalam hidup dia. Saya harap awak terima pemberian dia tu, Tamara. Awak pergilah, dia ada diluar. Saya jaga Benjo,” kata Jeremy. Tamara mengangguk lalu bangkit menuju ke luar.
            Perlahan-lahan dia menjenguk ke luar. Kelihatan Aditya sedang duduk dengan tubuh menunduk memandang lantai. Tamara menggigit bibir. Dia menoleh ke belakang memandang Jeremy. Jeremy mengangguk sambil memberi isyarat tangan agar Tamara meneruskan perjalannya.
            Tamara pun melangkah. Aditya yang tersedar terus bangun.
            “Tara, saya…” Aditya pantas terdiam saat Tamara meletakkan jari telunjuk ke bibirnya. Tamara mara menghampiri Aditya. Dia berdiri tepat-tepat dihadapannya.
            “Saya minta maaf,” pintanya sambil mencapai pipi kiri Aditya. Aditya tersenyum nipis.
            “It’s okey…saya pun salah juga. Saya tak tanya dulu,” balas Aditya pula kemudian dia mebawa Tamara untuk duduk disisinya.
            “Sakit lagi tak?” tanya Tamara sambil mengusap-usap pipi Aditya.
            “Mungkin kalau Tara kiss, tak sakit lagi!” usik Aditya. Pantas Tamara menolak wajah Aditya. Geram dengan usikan Aditya.
            “Wei, masih sakit lagi ni,” rengeknya manja pula.
            “Sudah! Tambah saya layan kerenah awak, makin menjadi-jadilah usikan awak tu,” Aditya tergelak. Tamara memandangnya. Tidak semena-mena, pipi kiri Aditya dikucup. Aditya tergamam. Dia memandang Tamara yang sudah merah mukanya.
            “Dekat sini tiada?” Aditya menyentuh bibirnya. Tamara ketap bibir.
            “Sudah!” Tamara berpura-pura marah. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.
            “Benjo bukan adik kandung kami,” Aditya segera berhenti ketawa sebaik terdengar ayat itu meluncur dari bibir Tamara. Dahinya berkerut. Dia teringat yang dia pernah melihat album keluarga Tamara. Benjo seorang saja yang tiada didalam. Jadi betulah Benjo bukan adik kandung mereka. Tamara mula menceritakan kisah 2 tahun lalu, dan Aditya pula hanya menjadi pendengar yang setia.

2 tahun lalu…

            Encik Asran menumbuk-numbuk pintu rumahnya dari luar. Tamara yang pada saat itu sudah mula ketakutan terus membawa adiknya, Isabel masuk ke dalam bilik. Dia pula keluar berhadapan dengan bapanya. Perlahan-lahan dia membuka pintu.
            “Bapa!” terkejut Tamara saat bapanya itu rebah dalam pangkuannya. Dia memandang ke luar. Seorang budak kecil lingkungan 4 tahun sedang berdiri dihadapannya sambil memeluk sebuah patung arnab yang sudah lusuh.
            “Bapa!” dia cuba membangunkan Encik Asran tapi ternyata bapanya itu sudah tidak sedarkan diri. Tamara memanggil Isabel lalu menyuruh dia membawa budak kecil itu masuk ke dalam rumah mereka. Dia pula menarik bapanya masuk ke dalam.
            Selesai dia menyiapkan hidangan untuk malam itu, dia keluar dari dapur. Budak yang sedang duduk bersebelahan dengan bapanya ditenung degan mata tajam. Anak siapa lagi bapa bawa ni? Tak habis-habis menyusahkan saya! Budak itu sekadar tunduk takut melawan pandangan mata Tamara.
            “Bel, mandikan budak tu!” arah Tamara. Isabel yang sudah siap membersihkan badan terpaksa masuk semula kedalam kamar, membersihkan badan budak yang sama busuknya dengan badan bapanya.

            “APA? Anak bapa?” hampir terjerit Tamara mendengar pengakuan Encik Asran itu. Encik Asran sekadar mengangguk. Tiada lagi yang boleh dia katakan, memang benar budak itu anaknya.
            “Kalau betul, mana ibunya? Kenapa tak hantar saja budak ini ke tempat ibunya, kenapa hantar sini?” soal Tamara marah.
            “Dia dah hilangkan diri Tara,”
            “Jangan bapa berani panggil Tara dengan panggilan Tara. Bapa dah takda hak nak panggil Tara,” tempelek Tamara membuatkan bahu budak kecil itu tercuit sedikit.
            “Jangan macam tu, nak. Bapa salah, bapa minta maaf sangat-sangat,” pohon Encik Asran. Isabel yang turut serta dalam perbincangan itu tidak berani bersuara. Semua dia serahkan pada kakaknya sahaja.
            “Bapa tahu macam mana keadaan keluarga kita, kenapa bapa bawa dia ke sini juga? Tara tak kira, bapa perlu bawa dia ke rumah anak yatim!” tanpa perasaan Tamara menuturkan ayat itu. Tersentak Encik Asran. Walaupun dia seorang yang tidak bertaggungjawab, dia tetap tidak sanggup melihat anaknya itu dihantar ke rumah anak yatim.
            Dipeluknya tubuh kecil itu. Kasihan melihat tubuhnya yang menggeletar akibat takutkan suara nyaring Tamara.. Dia memandang kedua-dua anak perempuannya.
            “Sekejam-kejam bapa, bapa tetap tak sanggup hantar dia ke rumah anak yatim. Jangan risau selepas ini, bapa akan bawa dia pergi tapi biar kami tinggal disini dulu untuk satu minggu, boleh?” pinta Encik Asran. Tamara memandang Isabel. Isabel mengangguk.
            “Baiklah, tapi selepas seminggu Tara tak nak tengok bapa dan budak ni dirumah ni lagi,” putus Tamara lantas bangun dan berlalu ke biliknya. Encik Asran kelihatan pasrah dengan keputusan anaknya.
            Isabel mendekati bapanya.
            “Papa, kenapa badan dia ni banyak lebam? Bapa tipu tadi, kan?” katanya. Encik Asran mengeluh. Kepala budak itu diusap penuh kasih.
            “Bapa bawa dia lari dari mamanya, sebab mamanya ini suka mendera dia,” cerita Encik Asran. Isabel sudah mula berasa simpati dengan keadaan budak itu.
            “Siapa namanya papa?”
            “Benjamin. Tapi bapa panggil dia Benjo,” ujar Encik Asran dengan tawa dihujung bibir.
            “Benjo,” sebut Isabel. Dia mahu budak itu tinggal dengan mereka tapi keadaan kewangan mereka tidak mengizinkan Benjo untuk tinggal disitu.
            Tamara yang mencuri dengar dari dalam bilik, mendengus. Dia berlalu ketilam mereka. Dia buntu, dia juga tidak mahu mengusir budak itu tapi mereka dalam kesempitan. Dia mahu budak itu dapat hidup yang sempurna.

            DALAM beberapa hari itu, Benjo tidak pernah bercakap dengan sesiapa. Isabel bawa bercakap pun dia hanya mendiamkan diri. Jangan-jangan budak itu bisu? Soal Tamara dalam hati sambil memandang Benjo dari dapur.
            Tiba-tiba Benjo mengalihkan perhatiannya kearah dapur, Tamara yang tersentak cepat-cepat membelakang. Budak ni ada kuasa psikik kah?
            Malam itu, Tamara tidak dapat lelapkan mata lalu dia pun bangun dan keluar dari pintu. Sebaik dia keluar, dia mendapati pintu mereka sedang terbuka. Dia melihat lantai, Benjo sudah tiada. Tamara mula kalut, dia terus berlari keluar.
            “Mama, mama…” suara budak yang berada diluar membuatkan Tamara segera mematikan langkah. Kelihatan Benjo sedang berdiri memandang jalan. Tamara turun mendekati Benjo.
            “Mama, mama…” panggil Benjo lagi. Tamara melutut disamping Benjo.
            “Kenapa Benjo berdiri diluar? Kan sudah malam?” Benjo memandang Tamara dengan air mata yang berlinangan.
            “Mama, mama…” katanya lagi sambil menunjuk kearah jalan.
            “Nanti mama pulang, sekarang mama keluar. Sekarang kita masuk, ya? Banyak nyamuk ni,” kata Tamara sambil mengusap-usap kepala Benjo. Lama Benjo mendiamkan diri, seketika kemudian barulah dia memegang tangan Tamara lalu masuk ke dalam semula. Sejak hari itu, perasaan Tamara pada Benjo sudah bertukar kasih. Dia semakin mengambil berat pasal Benjo. Dia belikan baju baru, seluar baru dan juga buku serta pencil.
            Sehinggalah, Encik Asran pulang membawa sekotak kek kecil bagi meraikan dia sudah menjumpai keluarga yang mahukan Benjo. Tamara betul-betul tidak sangka yang dia akan berpisah dengan Benjo secepat itu walaupun dia sendiri yang menetapkan tarikh itu.
            “Hari ini bapa dah jumpa keluarga yang mahukan Benjo, mereka dah sediakan duit 10 ribu. Jadi bapa nak raihkannya!” kata Encik Asran. Tamara dan Isabel sudah merenungnya tajam.
            “Kan Tara cakap hantar Benjo dekat rumah anak yatim. Ibu bapa sekarang mana boleh percaya, kalau diorang dera Benjo juga, macam mana?” bantah Tamara.
            “Keluarga tu baik. Mereka  dah lama nakkan anak, tapi tak dapat-dapat. Lagipun mereka orang berada, senanglah hidup Benjo nanti, kan Benjo?” kata Encik Asran sambil memberikan sepotong kek kepada Benjo. Benjo hanya tertunduk. Jelas kelihatan dimukanya yang dia juga tidak ingin pergi.
            “Tapi, perbuatan bapa ni macam sudah menjual Benjo,” sampuk Isabel pula.
            “Takdalah. Kan Tamara juga yang suruh bapa dan Benjo lari dari hidup Tamara. Sekarang Tamara nak mempertikaikan keputusan bapa pula,”
            “Itu sebelum…” gedebuk! Semua pandangan beralih pada Benjo yang sudah terbaring atas lantai.
            “Benjo?” cepat-cepat Tamara merangkul tubuh kecil itu. Tubuh Benjo sudah mulai memanas, wajahnya sudah berubah kemerah-memerahan.
            “Bapa, kenapa dengan Benjo?” Tamara cemas.
            “Cepat bawa dia ke hospital!” arah Isabel yang satu-satunya dalam keadaan tenang. Tanpa membuang masa, Tamara terus bangkit dan berlari ke klinik yang berhampiran. Air matanya tidak henti-henti mengalir sepanjang dia berlari sehinggalah dia sampai di klinik.
            Air mata Tamara tumpah sekali lagi apabila doktor yang bertugas menberitahunya bahawa Benjo alergik. Seluruh tubuhnya menggigil mendengar berita itu. Sungguh dia tidak sangka begitu kuat kesan yang ditinggalkan Benjo dalam masa tidak sampai seminggu itu. Pertama kali dia melihat Benjo, kasih itu sudah mula bercambah dalam hatinya dia cuma menidakkannya sahaja.
            “Tamara,” Encik Asran dan Isabel yang baru sampai terus memanggilnya.
            “Macam mana bapa tak boleh tahu yang Benjo alergik dengan tepung sedangkan bapa dah jaga dia? Kalau apa-apa terjadi dengan dia macam mana?” kemarahan Tamara tiba-tiba meletus.
            “Bapa memang tak tahu sebab..bukan bapa yang jaga dia sebelum ni,” akui ENcik Asran. Tamara menegrut kening.
            “Jadi dia bukan anak bapa?”
            “Dia memang anak bapa, tapi selama ini ibunya yang menjaga. Dia selalu didera akhirnya dia dah tak tahan dengan Benjo dia bagi pada bapa,” Tamara mendegus kuat. Sungguh kejam sesiapa yang buat begitu pada Benjo.
            “Bapa dengan perempuan itu sama saja! Selepas ini bapa janganlah datang ke rumah. Benjo, Tamara yang akan jaga!” putus Tamara. Encik Asran tersentak.
            “Tapi bagaimana dengan keluarga yang mahukan Benjo?”
            “Cakap dengan diorang, Benjo dah ada keluarga sendiri!” katanya lantas masuk ke dalam bilik. Isabel menyusul. Tidak sampai seminit mereka berdua keluar semua dengan patung ditangan Tamara.
            “Benjo?” panggil Tamara lantas berlari keluar dari klinik.
            “Kenapa?” soal Encik Asran pada Isabel.
            “Benjo hilang!”

            Tamara berlari disekitar klinik. Dia mula risau apabila melihat banyak kereta-kereta besar lalu-lalang.
            “Benjo!” panggilnya dengan air mata yang sedang mengalir. Setelah tiada sahutan dari empunya badan. Tamara terduduk dibahu jalan. Anak patung yang ada ditangan, dipeluk kuat-kuat.
            “Saya nak patung saya balik,” Tamara tersentak mendengar suara itu. Dia pantas angkat kepala.
            “Benjo?” dia segera memeluk tubuh kecil itu. Dan dia mula menangis teresak-esak.
            “Maafkan saya Benjo, lepas ini saya akan jaga Benjo macam adik saya sendiri. Benjo jangan takut lagi, ya?” Tamara melepaskan pelukannya lalu memegang kedua-dua pipi Benjo.
            “Tapi kan kakak tak ada duit nak jaga Benjo?” Tamara pantas menggeleng.
            “Tak, kakak akan cari duit untuk jaga Benjo sampailah Benjo dah ada kerja sendiri. Kakak janji, Benjo jangan lari lagi ya?” Benjo mengangguk-angguk.

            BENJO memang bukan adik kandung Tamara, Tapi Tamara menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Dia amat sayangkan Benjo sehinggakan dia menganggap dia adalah ibu kepada Benjo yang akan merawat dan menjaga Benjo walauapapun yang berlaku.
            “Tamara!” panggil Jeremy. Tamara yang sudah selesai menceritakan kisah Benjo pada Aditya seegra berpaling.
            “Benjo dah bangun,” ujarnya. Segera Tamara dan Aditya bangkit dan masuk ke dalam wad Benjo. Tamara berlari mendekati adiknya. Tubuh itu dipeluk kemas.
            “Kakak sayang sangat dengan Benjo!” ucap Tamara. Benjo hanya tersenyum.
            “Benjo minta maaf sudah buat kakak risau,” Tamara mengucup dahi Benjo.
            “Maafkan kakak,” ucapnya perlahan. Seketika kemudian, dia memandang kearah Aditya.
            “Adi, saya terima!” ucapnya. Aditya dan Jeremy pantas tersenyum faham dengan ucapan Tamara itu. Aditya segera mendekati.
            “Terima kasih!” ucapnya sambil mengucup kedua-dua dahi Tamara dan Benjo. Kini sempurnahlah keluarga Tamara.

*************************************************
p/s: sorry..n3 agak panjang kali ini. harap2 pembaca puas dengan n3 ni....

9 comments:

  1. best..best!! tara da setuju..

    ReplyDelete
  2. nice2...hee..akhrnye tara setuju eh

    ReplyDelete
  3. touching..........

    ReplyDelete
  4. lagi best wat panjang2, sambung sampai hbs tau...soi selalu tgu...jangan gantung citer ni..nanti sofi nangis...

    ReplyDelete
  5. before ni dah banyak conflik timbulkan..so..buat beberapa chapter ni, biarlah Okie buat babak2 yang romantik tanpa conflik...buat dia org ter'kiss' ke, tertido sama ker, pastu tara pregnant, best gempak..pastu baru timbul conflik balik...heheh...tu cadangan sofi je lah..

    ReplyDelete
  6. nice and terharu.. n3 panjang2 lagi best dari pendek.. hehehehehe

    ReplyDelete
  7. nk lagi...cpt smbung yea...sy suke sgt...sy nk aditya jugak...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.