Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 June, 2011

Love.25 : The Curse





“DAI!” panggil Tania dari biliknya. Lama dia menunggu balasan Dai tapi tiada sahutannya. Susah-susah sangat, bagus aku jalan sendiri. Boson betul terperuk dalam bilik ni. Rungut Tania dalam hati. Sudah dua hari dia bercuti selepas pulang dari Bali. Perlahan-lahan dia turun dari katil. Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit dipergelangan kakinya.
            “Dai!” panggil Tania sekali lagi. Kedengaran derap langkah dari luar tegesa-gesa menghampiri pintu biliknya.
            “Sorry Tani, aku dalam bilik air tadi,” pinta Dai yang sudah tegak dihadapan pintu dengan berpakaian bathrobe merah jambu. Tania mencebik.
            “Mentang-mentang aku tak boleh berjalan, kau nak abaikan aku pula. Kau nak pergi mana ni?” soal Tania. Kalau dah siap-siap mandi dalam jam macam ni, mesti temannya itu hendak keluar. Malaslah tu nak jaga aku!
            “Aku tak pergi mana-manalah. Badan aku bau busuk, pasal tulah mandi,” katanya pula sambil mendapatkan Tania lalu memapah dia keluar menuju ke ruang tamu.
            “Eh, orang yang selamatkan kau hari tu belum call kau lagi? Aku teringin nak jumpa dia,” kata Dai sambil meletakkan Tania keatas sofa. Alar kawalan TV segera dicapai dan diberikan kepada Tania.
            “Belum lagi. Aku dah cakap aku nak balas jasa dia, tapi sampai sekarang dia tak hubungi aku. Tapikan, aku macam pernah nampak dialah,” kata Tania cuba mengingati sesuatu. Dai tergelak.
            “Hmm..mungkin kau nampak dia dalam mimpi kau kot?” katanya berseloroh. Tania mencebik. Sebelum Dai dilempar bantal kecil, dia segera berlari ke dalam biliknya.
            “Orang betul-betul, dia main-main pula,” dengus Tania. Tapi dalam geram-geram itu, dia tetap tersenyum. Bangang punya kawan!
            Bunyi deringan telefon mengejutkan Tania. Dia segera menjatuhkan tubuhnya ke kiri untuk mencapai gagang telefon yang berada disebelah sofa.
            “Hello?” suara garau seseorang kedengaran dihujung talian.
            “Loki?” sebaris nama itu meluncur dari bibir Tania.
            “Wei, bagitau Dai, sambut telefon aku!” arah Loki keras. Tania mendengus.
            “Eleh…senang kau arah aku? Kau yang sakitkan hati dia dulu, jadi kau selesaikan masalah kau sendiri!” pak! Gagang dihemas kuat. Perasaan marahnya memuncak kembali sesaat terdengar suara Loki. Teringat bagaimana kecewanya Dai 3 hari lalu di Bali membuatkan dia membenci Loki. Hum! Kalau dia ada depan aku sekarang, sudah lama aku sepak terajang dia. Berani dia sakitkan hati Dai! Dengusnya.
            “Siapa call tadi?” terkejut Tania mendengar suara Dai yang tiba-tiba itu.
            “Agensi, tanya khabar. Kenapa?” tipu Tania. Dai kelat. Kemudian dia menggeleng lalu menutup pintunya semula. Tania menggelengkan kepalanya. Kenapalah kau boleh suka Loki sampai macam tu sekali?
            Beberapa minit kemudian, Dai keluar semula dari biliknya. Kali ini lengkap dengan pakaian.
            “Kau tak pergi hospitalkah hari ni?” soalnya sambil berlalu ke dapur.
            “Kejap lagi,” jawabnya dengan mata yang terancap pada skrin tv.
            “Tani, semalamkan Loki ada call,” cerita Dai sambil membancuh dua belas Nescafe. Mata Tania terus beralih ke dapur.
            “Oh ya?” katanya pura-pura tidak tahu. Dai keluar dari dapur dengan dua buah gelas ditangannya, gelas itu kemudiannya diletakkan atas meja hadapan Tania. Dia melabuh punggung.
            “Apa patut aku buat, huh? Patut tak aku jawab panggilan dia?”
            “Jangan jawab. Biar dia datang jumpa kau sendiri. Lelaki macam dia tu patut bagi pengajaran,”
            “Tapi dah beratus-ratus kali dia miscalled aku, mungkin dia nak minta maaf, kot,” teka Dai. Tania mendengus.
            “Kalau dia nak minta maaf, dah lama dia datang sini,”
            “Macam mana dia nak datang? Dia tak tahu mana aku tinggal,” mata Tania membulat. Dai tersenyum penuh pengertian.
            “Jadi bolehlah aku jumpa dia, kan?” Dai sudah melonjak kegembiraan. Dia baru saja jumpa alasan untuk bertemu pujaan hatinya. Baru saja nama Loki disebut-sebut, telefon bimbit Dai sudah berdering.
            “Sebelum kau pergi, bersihkan rumah ni dulu!” arah Tania. Dai hanya tersenyum lalu menyambut panggilan Loki. Dia seraya berlalu ke biliknya. Tidak sampai 10 minit, Dai keluar semua dengan gaun putih paras lutut. Wajahnya bersahaja hanya dengan bedak muka.
            “Hei, dengar tak aku cakap tadi? Kemas sebelum pergi!” arah Tania seperti mama-mama.
            “Aku jumpa dia sekejap aja, lepas balik nanti aku kemaslah,”
            “Jadi siapa nak hantarkan aku ke hospital?” Dai yang baru melangkah ke pintu, kembali kepada Tania.
            “Kita jalan sekarang!” katanya lalu mengangkat tubuh Tania.
            “Ee..kan bagus kalau ada pembantu rumah!” rungut Tania. Mereka pun sama-sama melangkah keluar dari pangsapuri mewah itu.

            ADITYA melambai kearah Tamara saat mereka ingin keluar menuju ke tempat letak kereta. Dia ditinggalkan dibelakang kerana mengambil ubat sekaligus membayar bil perubatan Benjo. Selepas mengucapkan terima kasih Aditya terus berlalu membawa ubat-ubatan Benjo.
            Di pintu utama, akibat tergesa-gesa Aditya tidak perasaan akan dua orang wanita yang ingin menarik pintu menyebabkan pintu yang ditolaknya dulu mengena didahi salah seorang dari mereka.
            “Tania!” jerit Dai nyaring. Tania yang sudah tertuduk atas lantai mengusap-usap dahinya yang terus berbenjol itu. Aditya tergamam melihat Tania.
            “Wei!” marah Dai namun selepas ternampak wajah Aditya, dia terus mematikan niatnya.
            “Kau?” soalnya.
            “Dai, tolong aku!” marah Tania yang sduah menghulur tangan. Sudahlah kakinya sedang berdenyut-denyut kesakitan, kepalanya pula panas membahang. Sudah jatuh ditimpa tangga lagi. Serentak itu Aditya tunduk memapah Tania berdiri. Mata Aditya dan Tania berpaut, lama.
            “Maaf,” ucap Aditya. Tania segera berpindah tangan. Dia sendiri buntu bagaimana untuk berhadapan dengan lelaki itu. Setiap kali mereka dipertemukan, mesti dalam keadaan yang memalukan.
            “Tak apa. Jom, Dai!” Tania menolak tubuh Dai.
            “Tunggu, biar saya tolong!” Aditya mempelawa dirinya. Dai dan Tania berpandangan. Seketika kemudian, tubuh Tania sudah berada dekat dengan Aditya. Tania langsung tidak boleh bersuara. Dia kaget. Benarkah itu Aditya atau kembarnya saja?
            “Maafkan saya, saya hanya boleh hantar disini saja,” ucap Aditya setiba mereka dihadapan bilik doktor Tania.
            “Er..Adi!” panggil Tania cepat mematikan langkah Aditya.
            “Boleh kita jumpa lagi?” soalnya. Aditya hanya tertunduk, dan tanpa menjawab dia terus melangkah. Dai mengeleng kepala melihat sikap Aditya itu.
            “Kenapa dengan dia? Kau cakap dia tu first love kau, tapi kenapa dia buat kau macam orang asing eh?”
            “Che! Kalau kau tak tau kisah kami, diam!” marah Tania pula lantas mengetuk pintu yang bernama Dr. Phill itu. Seketika kemudian, pintu pun terbuka dan Dr. Phill mempelawa mereka masuk.

*****

            “ADI!” laung Tamara sebaik saja melihat batang hidung Aditya. Aditya yang tersentak dengan panggilan Tamara segera berlari kearahnya.
            “Kenapa lama sangat?” soal Tamara sesampainya Aditya dikereta.
            “Yang lain mana?” soal Aditya seakan mengelak dengan soalan Tamara.
            “Ada dalam kereta,” jawabnya. Aditya terus berlalu ke pintu tempat duduk penumpang hadapan dan membukakan pintu tersebut. Dia tersenyum memandang Tamara.
            “Kita balik, ada banyak benda lagi kita perlu lakukan lepas ini,” katanya. Tamara membalas senyuman itu lalu melangkah kearah Aditya.
            Malam itu mereka semua menginap dirumah Aditya. Manakala Jeremy pula pulang kerumah ibunya. Bapa Aditya Encik Andrew masih berada diluar Negara bersama bapa Tamara. Akan pulang dalam dua minggu lagi.
            Selepas menidurkan Benjo, Tamara pun perlahan-lahan keluar dari bilik itu dan menutup rapat pintu tersebut.
            “Dia dah tidur?” soal Aditya dari belakang Tamara.
            “Dah, awak belum tidur lagi?”
            Aditya menggeleng. Dia melangkah mendekati Tamara. Kedua-dua tangan Tamara dicapai lalu dibawa rapat kedadanya.
            “Terima kasih sebab sudi terima pemberian saya,” ucap Aditya.
            “Saya terima sebab saya nak kehidupan yang lebih teratur untuk adik-adik saya. Terima kasih sebab dah buat semua ni untuk kami,” balas Tamara pula. Aditya pula tergelak.
            “Ei, daripada rumah baru apa kata awak dan adik-adik awak tinggal saja dirumah ni?” Aditya memberi cadangan lagi.
            “Adi, rumah besar awak ni terlalu jauh dari lebuh raya, jauh dari sekolah Bel dan Benjo, saya sendiri pun susah nak keluar. Tak apalah, kalau awak nak juga kami tinggal dirumah ni lebih baik tak payah terima apa-apa,” Tamara seakan merajuk.
            “Tapi saya kan boleh suruh pemandu untuk hantar adik-adik awak ke sekolah, saya pun boleh suruh pemandu untuk hantar awak ke mana saja yang awak nak. Apa nak susah?” balas Aditya. Tamara memandang wajah Aditya.
            “Saya tak nak susahkan siapa-siapa, saya lebih suka begini. Cukuplah saya terima rumah tu, kalau awak masih cakap pasal ni lagi. Saya masuk bilik sekarang!” Tamara yang baru membuka langkah terus dihalang Aditya. Sejenak mereka berpandangan, Aditya  tergelak.
            “Kenapa?” dahi Tamara berkerut seribu.
            “Awaklah..tak padan umur dah besar, merajuk macam budak-budak!” peril Aditya. Tamara sudah menahan senyum. Tanganya dicapai Aditya.
            “Saya turuti permintaan awak, Tara. Jangan takut,” kata Aditya lembut sambil mengucup tangan Tamara.
            “Thanks Adi,” Tamara membalas kucupan ditangan Aditya.
            “Tara, sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitau awak,” raut wajah Aditya serta-merta berubah. Tamara pun terikut serius.
            “Apa?” Aditya tidak terus menjawab melainkan membawanya turun ke ruang tamu. Aditya dan Tamara melabuh punggung di sofa yang sama.
            “Ini adalah masa yang terbaik untuk saya ceritakan semuanya pada awak Tara,”
            “Ceritakan apa Adi?”
            “Pasal kisah silam saya, kenapa saya tak boleh dekat dengan perempuan,”
            “Sekejap!” Tamara mengangkat tapak tangan. “Kenapa awak nak ceritakan pada saya? Semua itu tak penting, bagi saya hidup dengan awak hari ini adalah yang paling penting. Buku yang sudah lama patut dibuang,” Tamara pantas memotong kata-kata Aditya.
            “Tapi, awak perlu tahu juga sebab saya akan buat semua wanita yang dekat dengan saya mati!” Tamara tersentak, dahinya sudah berkerut.
            “Awak cakap apa ni? Saya tak faham,”
            “Cinta pertama saya dulu mati disebabkan saya,” ujar Aditya. Wajah Tamara berubah.
            “Waktu itu umur saya baru mencecah 18 tahun. Dia mati disebabkan jatuh dari tangga akibat lantai yang licin,”
            “Tapi itu bukan salah awak!” potong Tamara. Tetapi Aditya tetap meneruskan ceritanya. Gadis itu bernama Antiana. Peristiwa itu terjadi genap usia Aditya, 18 tahun. Waktu itu mereka baru saja siap menbersihkan lantai. Aditya menyuruh Antiana mengambil semua sabun-sabun yang mereka telah gunakan dan akan disimpan semula ke tempatnya. Sebenarnya Aditya mempunyai agenda tersendiri mengapa dia menyuruh Antiana mengambil barang-barang tersebut kerana didalam beldi itu ada tersembunyi sekotak hadiah namun begitu belum sempat Antiana menemui kotak tersebut dia sudah tergelincir lantas terjatuh dari tangga, kepalanya terhantuk pada bucu tangga membuatkan dia mati ditempat kejadian.
            Wanita kedua pula bernama Rosita. Wanita yang sungguh cantik namun mati dalam kebakaran sebuah restorant. Waktu itu Aditya ingin menyambut ulangtahun kelahiran Rosita yang ke-20 tahunnya. Aditya sudah menempah sebuah restoran dan akan membuat sebuah kejutan buatnya. Dia pun menyuruh Rosita datang ke restoran itu seorang diri dengan alasan dia terlupa membeli hadiah. Aditya waktu itu sudah pun menunggu diluar café, baru saja dia mahu mendekati café tersebut, café itu sudah meletup membuatkan dia terpelanting jauh menghempap dinding kereta.
            Sebaik dia tersedar, kejadian itu sudah berlalu dua hari dan dia tidak dapat melihat wajah Rosita untuk kali terakhir. Ramai yang tercedera dalam kejadian letupan itu, tapi semuanya pekerja café itu sendiri. Aditya segera dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kek tersebut mempunyi bom yang dikawal dari jauh. Alat kawalan itu tidak dijumpai dimana-mana. Sejak kejadian itu, Aditya sudah mula menjaga jarak dengan perempuan.
            Selepas dua tahun, dia sudah semakin pulih dengan trauma itu dan kembali rapat dengan seorang perempuan. Pada waktu itu, gadis tersebut seumur dengannya iaitu 22 tahun dan dia bernama Linda Dyana. Hubungan Aditya dengan Linda Dyana semakin intim. Sehinggalah pada satu hari, Aditya merancang untuk melamar Linda untuk bertunang. Pada malam pertunangan mereka itu, Linda Dyana telah terlibat dalam satu kemalangan. Apabila disiasat, kereta yang dinaiki Linda Dyana itu telah disabotaj. Kejadian itu sungguh dasyat dan memberi impak yang besar kepada Aditya. Dia hampir-hampir membunuh diri. Tapi nasiblah kerana ibu dan Jeremy sentiasa berada disisinya. Setiap hari Aditya menyumpah dirinya dan mengatakan dia adalah pembunuh. Aditya serik, kematian 3 wanita yang dicintainya membuatkan dia fobia dengan perempuan.
            “Stop!” Tamara segera menyuruh Aditya berhenti menceritakan kisah hidupnya. Dia sudah tidak sanggup mendengarnya.
            “Kenapa? Saya belum habiskan ceritanya lagi,”
            “Saya tahu, tapi bolehkah kita lupakan saja kejadian itu? Saya taknak awak ingat peristiwa hitam itu lagi. Boleh?” Tamara seakan merayu.
            “I’m strong now, Tara. Saya nak awak tahu semuanya, sebab kejadian ini mungkin akan berlaku pada awak, saya tak nak awak menyesal nanti,” kata Aditya. Tamara menyentuh pipi kiri Aditya.
            “Saya takkan menyesal, awak adalah pilihan terbaik buat saya Adi. Saya nak awak percaya dengan saya. Saya takkan mati begitu saja,”
            “Tara… awak masih tak nampak. Apa yang saya cuba katakan ialah, kematian diorang bukan disengajakan, ini buatan orang yang dengkikan hidup saya, mungkin orang tu masih ada diluar sana. Awak faham tak?” Aditya cuba meyakinkan Tamara. Tamara mendengus.
            “Kita baru saja berbaik, awak dah nak usir saya dari hidup awak. Awak kata awak nak kita tinggal sama-sama, sekarang awak nak halau saya pula? Adi, saya tak takut dengan dia. Kalau betul dia nak bunuh saya, kenapa saya masih hidup sampai sekarang?”
            “Bukan itu yang saya maksudkan, Tara. Saya nak awak hidup bahagia…”
            “Kalau awak nak saya hidup, jangan usir saya. Saya nak hidup dengan awak,” luah Tamara. Jujur. Dia sudah membuat keputusan, hidpu bersama Aditya lebih penting daripada terus melarikan diri dengan pembunuh itu.
            “Awak pasti dengan keputusan awak?” soal Aditya. Tamara tersenyum lantas mengangguk. Aditya mencapai jemari Tamara lantas mengucupnya satu-persatu. Seketika kemudian, kucupan itu beralih dipipi Tamara. Tamara tersentak. Spontan dia menolak bahu Aditya dan seraya bangun. Tindakan Aditya serta-merta membuatkan dia mengelabah.
            “Kenapa?” Aditya pelik. Tamara menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “So? Saya tak boleh cium pipi awak? Itukan tanda terima kasih dari saya,” kata Aditya. Tamara segera memalingkan kepalanya. Aduh… kenapa jantung aku buat masalah pula?
            “Kalau awak yang cium pipi saya, boleh pula,”
            Tamara mencebik. “Itu lain, awak yang suruh!”
            Aditya tergelak kecil. “Awak lucu la Tara. Kan sama saja, saya cium awak, awak cium saya? Itu belum bibir awak, baru pipi awak dah mengelabah!” Aditya seakan mengejek.
            “Malaslah nak bercakap dengan awak!” Tamara terus membuka langkah, namun tangannya segera ditarik Aditya sehingga dia dan Aditya terbaring atas sofa.
            “Adi! Sakitlah, lepas!” Aditya sudah memeluk erat. Senyumannya sudah meleret sehingga ke telinga. Nakal!
            “Kita tidur sini sajalah,” ajak Aditya lantas mengeratkan lagi pelukannya. Tamara sudah memuncung. Dia ingin berdiri tapi cepat-cepat Aditya mengunci kaki Tamara.
            “Adi, tolonglah…” Tamara seakan merayu. Tapi Aditya nampak seperti kesukaan melihat Tamara merayu.
            “Kalau gitu, kita tidur dekat bilik sayalah. Nak?” membulat mata Tamara.
            “Eee…taknak!” muka Aditya terus ditolak kuat sehingga terbenam dipermukaan tilam sofa. Sebaik lingkaran Aditya menjadi longgar, cepat-cepat Tamara meloloskan diri dan berlari naik keatas biliknya. Aditya segera bangun. Dia tergelak melihat telatah Tamara tadi.
            “Saya akan tunggu awak, Tara,” ucap Aditya lantas dia pun bangkit dan naik ke biliknya juga. 

*********************************************************** 
enjoy my new chapter :) jgn stress2 masa baca, happy reading <3

7 comments:

  1. best lah...
    cpt sambu8ng...
    lama tggu citer ni....

    ReplyDelete
  2. hihii,best bangat..nak lg.

    ReplyDelete
  3. ala tara ni...
    adi blm citer lg pasal tania...
    nk tau pasal adi ngn tania lak...

    ReplyDelete
  4. bs..saung lagi kisah adi and tara ni..

    ReplyDelete
  5. spe la yg dngki ngan adi nie..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.