Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

19 June, 2011

Snowflake 1 : 4 Hearts, 4 Souls [PROMO]




            HUGO yang sedang memotong daun-daun pokok hiasan sesekali memandang kearah tingkap rumah agam itu. Kelihatan seorang wanita lingkungan 24 tahun sedang kusyuk memandang langit biru. Wajahnya cukup cerah dengan juntaian-juntaian rambut keritingnya disanggul rapi. Namun begitu, wajah itu sangat tegang, kening berkerut sekaligus menghilangkan seri wajahnya.
            Seketika kemudian, sebuah kereta hitam masuk melalui pagar dan berhenti diperkarangan rumah agam itu. Hugo memandang ketingkap semula. Wanita itu memandang tajam kearah kereta. Wanita itu terus menjauhkan diri dari tingkap. Hugo memandang tuannya yang sedang menjemput seorang wanita muda yang cantik dengan gaun kembang berwarna merun keluar dari kereta.
            “Hugo!” panggil Mak Teh. Hugo segera berpaling kearah belakangnya.
            “Boleh tolong Mak Teh siram bunga-bunga dekat halaman belakang?” pintanya. Hugo tersenyum lantas menghampirinya. Gunting besar itu diletakan atas rumput.
            “Kan bagus Mak Teh cakap awal-awal dengan Hugo, selalu nak buat sendiri,” kata Hugo lalu memapah wanita setengah abad itu ke bangku berdekatan.
            “Nak buat macam mana? Itu dah tugas Mak Teh,” jawabnya.
            “Ni, Mak Teh tahu tak siapa yang baru saja sampai tadi?” soal Hugo sambil mengurut-urut bahu Mak Teh.
            “Oh..itu.. bakal isteri Tuan Kurniawan. Tuan nak kenalkan pada Cik Muda,” cerita Mak Teh. Huho sekadar mengangguk-angguk.
            “Bakal ibu tiri cik muda? Macam mana la agaknya reaksi cik muda,” kata Hugo lantas membuang pandangannya ke jendela semula.



            KAIA hanya melihat Tuan Kurniawan, ayahnya menarik kerusi untuk tetamu mereka itu. Kemudian Tuan Kurinawan pun melabuh punggung.
            “Kaia, kenalkan ini Malika Eskandar. Malika, ini puteri saya, Kaia Karina,” Tuan Kurniawan memperkenalkan mereka. Kaia hanya memandang Malika dengan wajah tidak berperasaan, seolah-olah memandang kertas kosong sedangkan Malika berusaha tersenyum manis kepadanya.
            “Salam perkenalan, Kaia,” ucap Malika. Kaia tidak memberi sebarang respond. Tuan Kurniaawan yang sudah mula janggal dengan sikap Kaia segera mencelah.
            “Ah, tolong hidangkan makanannya,” arahnya. Serta-merta pelayan-pelayan yang sedang berdiri tegak di sudut dining room itu bergerak melaksanakan perintah.
            “Papa, Kaia tiada selera makan. Selamat menjamu selera, Malika,” kata Kaia lantas bangkit dari kerusinya. Sebelum dia meninggalkan dining room, sempat dia melirik tajam kearah Malika. Malika tersenyum sinis.
            “Maafkan sikap anak saya, Malika. Mungkin dia tidak berapa sihat,” pohon Tuan Kurniawan. Malika segera tersenyum.
            “Tak apa, Wan. Saya faham,” balas Malika.


            SETIBA Kaia berada ditaman bunga, dia terus mencantas-cantas daun-daun pokok renek dengan kedua-dua tangannya. Nafas turun naik menahan amarah. Dia mengetap giginya dengan lama. Setelah beberapa lama dalam keadaan begitu, hatinya sudah kembali tenang. Mata yang ditutup rapat tadi perlahan-lahan dibuka.
            Terkejut Kaia melihat kehadiran seorang lelaki dihadapannya. Kaia mendengus kasar. Lelaki itu pula hanya tersenyum.
            “Kau siapa?” soal Kaia galak.
            “Aku Hugo, salah seorang pekerja kebun disini,” jawab Hugo.
            “Tapi ini bukan tempat kau buat kerja. Ini taman aku, siapa suruh kau masuk sini?” suara Kaia masih lagi mendatar. Hugo tersenyum lagi. Kaia mencebik.
            “Dan jangan tersenyum kalau aku tanya, serius!” senyuman Hugo serta-merta hilang, tapi sesaat dia kembali senyum.
            “Aku hanya nak tolong Mak Teh, dia kurang sihat,”
            “Huh? Kenapa tak bagitau aku?” soal Kaia seakan terkejut. Seraya dia berlari ke rumah pembantu. Sebuah rumah besar yang hanya menempatkan pembantu-Sonia di rumah agam itu. Hugo terus menyusul Kaia.
            “Mak Teh! Mak Teh!” panggil Kaia kuat. Kelihatan rumah itu kosong. Dalam waktu-waktu begitu semua pekerja berada dirumah agam. Mak Teh yang didalam dapur segera keluar. Terkejut mendengar suara cik muda mereka.
            “Cik muda?”
            “Mak Teh dah makan ubat? Teruk tak sakit Mak Teh?” laju soalan itu meluncur dibibir mugil Kaia. Mak Teh tersenyum.
            “Saya sihat cik muda. Siapa bagitau cik muda yang saya kurang sihat?” 
            “Hugo yang bagitau dia Mak Teh,” Hugo muncul dari pintu masuk.
            “Kenapa kau tipu?” sergah Kaia.
            Hugo pantas menggeleng sambil mengangkat tangan. “Aku cakap dia kurang sihat, cik muda yang fikir sampai macam tu sekali,” balas Hugo. Mata Kaia membulat. Belum ada pekerja lagi yang berani membalas kata-katanya.
            “Cik muda, Hugo..sudahlah. Kamu baru berkenalan, tak baik bergaduh. Ni, nak ikut Mak Teh sarapan sekali?” soal Mak Teh.
            “Tak apalah, Hugo masih ada banyak kerja lagi. Minta diri,” Hugo menolak lantas segera beredar. Kaia menjeling tajam.
            “Siapa dia tu Mak Teh? Kenapa saya tak pernah nampak dia sebelum ni?” soal Kaia.
            “Oo… Hugo dah lama berkerja di rumah agam ni, cuma dia tak pernah keluar dari kebun sebab tu cik muda tak pernah nampak dia,”
            “Apa-apalah… yang penting saya tak sukakan dia!” dengus Kaia lantas menuju ke dapur. Mak Teh membuntuti Kaia.
           
*****

            “ITU pun Kaia!” Tuan Kurniawan segera menerpa Kaia sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang tamu.
            “Ada apa?” soal Kaia dingin.
            “Mari sini, papa ada nak sampaikan sesuatu pada Kaia,” Tuan Kurniawan membawa Kaia duduk ke ruang tamu bersama-sama Malika.
            “Papa dengan Malika sudah sepakat nak berkahwin dalam bulan ni, macam mana? Kaia setuju?” soal Tuan Kurniawan membuatkan Kaia hampir-hampir lemah jantung. Dia sudah jangkakan perkara itu akan terjadi, namun dia tidak sangka begitu cepat mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Malika, apa kau dah buat? Kaia berdehem.
            “Kalau Kaia tak setuju pun, papa nak batalkan perkahwinan ni? Tidakkah? Jadi apa gunanya papa tanya Kaia?” jawab Kaia seraya bangkit dan bergegas naik ke biliknya sebelum Tuan Kurniawan memanggilnya semula.
            “Kaia!” panggilan bapanya sama sekali tidak diendahkan.
            “Tak apa, Wan. Bagi dia masa, mungkin dia terkejut,” kata Malika seakan faham kondisi Kaia.
            “Maafkan kebiadapan anak saya tu ya, dia memang macam tu,” pintanya.
            “Tak apa, saya faham. Ah! Kalau saya nak menginap disini dalam satu minggu sambil-sambil nak arrange perkahwinan kita, boleh?”
            Tuan Kurniawan segera tersenyum. “Boleh, apa salahnya. Awak tetap akan tinggal disini juga, kan?” jawab Tuan Kurniawan.
            “Terima kasih, Wan!” Malika terus merangkul pinggang bakal suaminya itu.


            KAIA segera menapak diberanda biliknya. Desahan nafasnya jelas kedengaran. Seperti orang yang baru saja membuat pecutan. Kenapa harus Malika? Kenapa harus Malika?! Sampai saat ini, aku tidak akan pernah melupakan wajah itu!
            Hey, Princess!” Kaia tersentak mendengar laungan dari arah taman bunga hadapan balkoninya itu. kelihatan Hugo sedang melambai-lambai kearahnya. Kaia mendengus kasar.
            “Tak baik buat muka macam tu, nanti tak cantik!” jerit Hugo lagi.
            “Kau apa peduli? Bukan muka kau! Pergi buat kerja!” bentak Kaia lantas cepat-cepat masuk ke dalam bilik semula. Mood untuk menenangkan diri serta-merta lenyap. Dia menutup pintu balkoninya.
            Tiba-tiba, pintunya diketuk dari luar. Kaia segera memerintahkan orang tersebut masuk. Sonia lengkap dengan uniform berwarna biru masuk dengan membawakan sebuah kotak bersaiz sederhana yang berwarna merah terang masuk ke dalam biliknya. Di dada kirinya, tertera nama Sonia.
            “Apa ni?” soal Kaia. Sonia segera meletakkan atas katil.
            “Eh, siapa suruh kau letak atas katil? Itu bukan aku punya, letak atas lantai!” arah Kaia. Cepat-cepat Sonia mengalihkan kotak tersebut.
            “Ini hadiah dari Puan Muda…”
            “Puan Muda?” potong Kaia.
            “Ya, Puan Muda Malika,”
            “Siapa cakap dia puan muda? Dia bukan siapa-siapa disini! Aku taknak dengar kau panggil perempuan tu dengan gelaran puan muda lagi, faham?”
            “Faham, faham, cik muda!” terketar-ketar pembantu itu menjawab.
            “Sebelum kau pergi, buka kotak ni,” arah Kaia pula. Sonia segera melaksanakan perintah. Setelah penutup kotak itu dibuka, sehelai gaun merah berjenama tinggi dibawa keluar.
            “Cantiknya…” puji Sonia. Kaia tersenyum sinis. Ingat aku ni mudah sangat nak beli? Hum!
            “Bakar baju tu!” ujarnya keras.
            “Tapi Cik Muda…”
            “Kau nak aku bakar rumah kau, atau kau bakar baju ni. Kau pilih!” ugut Kaia. Tersentak Sonia mendengar ugutan itu, segera dia melipat semula gaun tersebut dan memasukkan semula ke dalam kotak.
            “Baiklah, cik muda. Saya akan bakar baju ni,” katanya gagap.
            “Bagus. Kau boleh pergi. Sebelum itu, beritahu perempuan itu jangan beri aku apa-apa lagi,” pesan Kaia. Sonia mengangguk seraya beredar.
           
            “DARIAN, kamu sudah balik sayang?” suara seroang wanita sekaligus mematikan langkahnya. Darian berpaling. Wajahnya yang kelihatn lesu tadi berubah cerah.
            “Mama?!” jeritnya seakan tidak percaya. Dia segera berlari mendakap ibunya. Puan Amisha membalas pelukannya erat.
            “Bila mama balik? Tak bagitau Darian pun?” nada sura Darian seperti seorang budak-budak merajuk. Puan Amisha tersenyum.
            “Nak bagi surprise, nampaknya mama berjaya kejutkan Darian. Lesu aja muka tu waktu masuk, sampai tak nampak mama,” Darian tergelak.
            “Penat tadi. Bila mama sampai?” soal Darian.
            “Petang tadi. Ni, papa nak bincang sesuatu dengan Darian. Mari!” Puan Amisha terus menarik tangan anaknya itu menuju ke bilik studi suaminya.
            Tuan Swasky yang kusyuk dengan laptopnya segera bangun dan berlaih ke ruang tamu mini sebaik saja dia melihat isteri dan anaknya sudah masuk ke bilik tersebut. Puan Amisha dan Darian serentak melabuh punggung.
            “Ada apa pa? Tak boleh bincang esok?” kata Darian.
            “Bukan macam tu, tapi esok mungkin Darian tak boleh masuk kerja,” kata Tuan Swasky.
            “Laa, kenapa pula?”
            “Sebab kita dijemput oleh kawan papa dalam majlisnya, kita semua dijemput,” cerita Puan Amisha teruja. Darian tergelak melihat keterujaan ibunya.
            “Mama pula yang excited. Sebab tu mama balik? Siapa kawan papa ni, ex-boyfriend mama?” seloroh Darian. Tangannya segera ditapis Puan Amisha. Tuan Swasky sudah mengetap bibir.
            “Darian ni… tu, papa nak Darian buat sesuatu dalam majlis tu nanti,” kata Puan Amisha. Dahi Darian berkerut. Dia segera memandang Tuan Swasky.
            “Buat apa papa?” soalnya ingin tahu. Tuan Swasky memandang isterinya sebelum memberitahu apa yang patut Darian lakukan dalam majlis itu.

****************************************************
p/s : akhirnya....so apa pendapat korang? ok tak? tolong bagi feedback ya, please?? ^-^

4 comments:

  1. Okie, intro dia macam best. tak sabar nak baca update lagi. tp awal2 ni, sy rs watak kaia tu cam annoying cket. hahaaa....
    kipidap... ><

    ReplyDelete
  2. saya rasa watak kaia tu da ok la..nmpak dia tgh stress tp pd msa yg sma prihatin..

    ReplyDelete
  3. wokey''..))
    okie dh promote..but promote tu jgn tinggl promote jer.smbung la ek,please))
    my mind mcm dh overlimit speed,dreaming yg kaia tu kang couple dgn hugo...tk suke unless he got somthing mystery bhind all his karakter..waisey,sory ek..i m totaly tk sbr n speeding to imagin this story plot n ending..
    pe pun smua ni sbb ur intro really make me want to read more..hwaiting!

    ReplyDelete
  4. c8 > thanks komen, panjang komen ni tapi sukakk...hehe...act, saya masih tngh fikir samada nak jadikan hugo hero atau darian jadi hero. Hugo mmg mystery, tapi masih rancang mcm mana plot ABSW nanti. tapi skg masih takda mood nak sambung ABSW.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.