Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 July, 2011

1st Proposal : Love at First Sight.

1st Proposal : Love at First Sight.

SEBUAH pacuan empat roda berkuasa tinggi berwarna merah garang memecut diatas lebuh raya disalah sebuah jalan dibandar Kota Kinabalu. Lagaknya seolah-olah ingin mengejar sesuatu. Semua kereta dipintasnya tanpa rasa takut sedikit pun.
            “Ma, dengar dulu cakap Ian!” jeritnya dicorong telefon bimbit. Wajahnya kelihatan gusar dan berkerut seribu. Peluh sudah merembes didahinya. Seketika selepas kata-katanya sudah tidak bersambut lagi, telefon bimbit ditangan segera dilontarkan ketempat duduk penumpang dihadapan. Padel minyak ditekan kuat. Jarum pada meter beralih dari 100 km/j ke 120 km/j, memintas sesiapa saja yang berada dihadapan.

            “CINTA!”
            “Eh, mama kau!” Cinta yang sedang menyimpan dulang berisi beberapa biji kek itu melatah. Hampir terjatuh dulang itu dari tangannya. Dia segera menyimpan dulang itu ke dalam almari kaca lantas menoleh ke belakang.
            “Lia!” pekik Cinta lalu mencekak pinggang.
            “Kita dapat order lagi dari Datin Ratina, 200 biji Banana Bowl!” jerit Lialina lagi. Seperti mahu runtuh bangunan kecil itu dek jeritnannya. Para pekerjanya yang lain hanya memandang dengan tawa dihujung bibit.
            Cinta mendengus. “Wei, boleh tak kau jangan menjerit? Aku hairan kenapa Bobby boleh jatuh cinta dengan kau. Bising!”
            Lialina segera mendekati lalu memaut lengan Cinta, selepas itu dia merebahkan pula kepalanya ke bahu Cinta.
            “Ha, kenapa lagi?” soal Cinta, pelik dengan perangai teman baiknya itu. Seakan ada sesuatu yang dia inginkan pada Cinta. Tapi apa yang Cinta ada? Setakat kepakarannya dalam baking apalah sangat.
            “Bukan itu… Datin Ratina call lagi tadi. Dia kata dia nak kau datang ke rumahnya untuk siapkan pesanan tu. Sebab malam ni dia ada party menyambut kepulangan anaknya,”
            Selesai saja Lialina memberitahu Cinta, Cinta terus melarikan tangannya dari pelukan Lialina.
            “Kau tahu aku tak buat kerja macam ni, kan? Kalau dia nak pesanan tu, aku akan buat dalam dapur ni bukan dalam rumahnya,” tolak Cinta.
            Lialina sudah buat muka 10sen. “Tapi…” katanya sambil menguis-nguis lantai dengan ibu jari kaki.
            “Apa kau dah buat?” soal Cinta dengan suara mendatar. Seakan boleh membaca riak wajah temannya itu.
            “Aku cakap yang kau setuju,”
            What? Lia?!” marah Cinta.
Pantas Lialina mendekati Cinta. Kedua-dua tangan Cinta dicapai lalu dibawa rapat ke dadanya.
            “Bolehlah, ya? Please, please, please?” rayu Lialina sambil menyusun 10 jari. Cinta mendengus. Dia tidak menjawab melainkan membuang pandangannya kearah lain.
            Perlahan-lahan Lialina melepaskan tangan Cinta. “Tak apalah… nanti aku cakap dengan Datin Ratina yang kau tak nak kerja tu. Lepas tu biarlah kedai ni ditutup, dan aku pun boleh balik kampung,” kata Lialina sambil melangkah pergi. Sengaja meraih simpati dengan menggunakan kedai kek kepunyannya itu.
            Cinta memandang temannya itu. Seketika kemudian, dia mengeluh kecil. Lia ni pandai saja nak raih simpati orang! Geram!
            “Lia… okeylah! Aku buat, aku pegi!” jawab Cinta. Serentak itu Lialina berpaling kearahnya. Wajahnya sudah bertukar ceria semula.
            “Tapi… kau perlu janji yang kau takkan buat macam ni lagi, boleh?” kata Cinta seakan memberi amaran.
            Pantas Lialina mengangkat tapak tangan. “Janji!”
            “Bagus! Bila party tu?” soalnya pula.
            “Hari ni,”
            Tersentak Cinta. “Hari ni? Kenapa tak bagitau awal-awal? Jam berapa?”
            “Party tu mula jam 8 malam, tapi bahan-bahannya kau tak perlu risau sebab Datin dan sediakan semuanya,” jawab Lialina pantas, tidak mahu temannya itu cemas. Dia tahu benarkan sikap kawannya yang tidak suka terlambat.
            Cinta mengeluh lega. “Jam berapa dia nak aku kesana?”
            “Lebih kurang jam 3 gitu,”
            “Okey, aku nak bersiap!” kata Cinta lalu menuju ke dapur.
            Lialina sudah melonjak kegembiraan. Lega Cinta terima tawaran ni!


            IAN menghentak stering kereta itu berkali-kali. Dia merengus kasar. Tiba-tiba telefonnya berdering. Nama Serena dikerling. Dia terus menyambut panggilan tersebut.
            “Hello kak?” suaranya sedaya upaya dikawal agar tidak meletup.
            “Hello, Ian. Ian dah sampai belum?” soal Serena.
            “Belum,” jawabnya tanpa nada.
            “Hmm…lain macam aja bunyi. Ian gaduh lagi dengan mama?” teka Serena.
            “Takda la kak,” Ian seakan mengelak untuk menjawab soalan kakaknya.
            Come on Ian. Macam kakak kenal Ian sehari dua, mamam baru call kakak tadi dan dia dah ceritakan semuanya pada kakak, jangan ingat kakak bodoh,”
            “Kalau kakak dah tahu kenapa tanya lagi?” Ian membalas.
            “Ian, itu kisah lama. Buat apa nak kenang lagi. Mama dah insaf tu, dah minta maaf dengan kita. Kenapa hati Ian keras sangat nak terima mama balik? Tak rindu mama?”
            “Kak masih ada hati nak rindu dengan orang yang sudah membunuh papa dengan datuk, huh? Sebab dia la papa kemalangan. Ian takkan pernah lagi anggap dia sebagai mama Ian!”
            “Ian! Sabar Ian. Jangan cakap macam tu, dia masih mama kita. Please show some respect!” suara Serena kuat seakan menengking.
            Tersentak Ian. Segera dia memohon maaf. “Maaf,”
            It’s okey. Tapi lepas ni kakak taknak dengar apa-apa lagi complain dari mama. Please, Ian. Demi kakak jangan buat mama macam orang asing. Please, Ian?” ujar Serena seakan merayu.
            Ian mengeluh kecil. “Yalah, sorry…”
            “Hm! Kalau dah sampai dirumah, cakap kakak kirim salam,”
            “Ya, bye kak!” Ian terus meletakkan mematikan talian. Earphone ditelinga ditanggalkan. Dia terus menekan padel minyak. Akibat tidak sabar dek kereta yang lembat dihadapannya, Ian terus memotong. Tanpa disedari ada sebuah skuter yang sedang meluru kehadapannya. Ian terus memecut membuatkan pembonceng skuter itu segera membelok ke kiri untuk tujuan menyelamatkan diri daripada dirempuh. Ian segera memberhentikan keretanya dibahu jalan.
            Akibat brek yang mengejut, pembonceng itu tidak sempat bersedia membuatkan dia dan skuternya sama-sama rebah atas rumput. Kotak yang dipangguh dibelakang bergolek atas tanah, barang-barang didalamnya habis bertabur diatas rumput. Ian segera keluar dari kereta dan meluru kearah pembonceng itu.
            “Are you okey?” soal Ian risau.
            Pembonceng itu segera mengangkat muka lalu membuka topi keledarnya. Terpana Ian memandang pembonceng itu. Rupanya dia seorang wanita. Suara Ian seakan tersekat, dia langsung tidak boleh bersuara akibat terpesona dengan kecantikan wajah itu. Terutamanya bibir wanita tersebut, merah menyalah membuatkan Ian ingin saja menyentuhnya.
            “Hei! Dengar tak ni? Kau masih boleh cakap aku okey atau tak lepas apa yang kau dah buat?” rasa marah Cinta terus meletup apabila Ian langsung tidak memberi sebarang reaksi. Biasalah orang menunjukkan reaksi seperti itu apabila dia hampir-hampir mati dilanggar kereta.
            Ian segera tersentak mendengar suara nyaring itu. Seakan bunyi guruh dari langit.
            “Emm..” Ian tergagap.
            Cinta mendengus. “Hei, kau bisukah? Aku tak okey, aku geram! Kereta saja cantik, tapi tak pandai memandu!” marahnya lagi lalu dia bangkit mendekati pekakasan dapurnya.
            Ian tersentak. Dahinya berkerut. Dia terus bangkit. Ini dah lebih ni!
            “Hei perempuan, aku tak nampak kau okey, aku tak sengaja!” balas Ian.
            Cinta  mendongak. Dia bangkit untuk bertentangan dengan Ian.
            “Nampak tak nampak, ini bukan jalan kau. Kalau nak memotong, tunggu waktu jalan tu kosong! Buang duit ja beli lesen!” dengusnya.
            Ian menggigit bibir. “Aku dah cakap aku tak sengaja kan, tak boleh cakap baik-baik?”
            Cinta menutup rapat matanya. Seakan mengumpul segala kesabarannya yang sudah bercerai-berai untuk bersatu semula.
            Then, kalau kau tak sengaja. Minta maaf sekarang!” arah Cinta sambil mencekak pinggang.
            Ian mengerut kening. “Minta maaf? Kenapa aku perlu minta maaf?”
            Rahang Cinta jatuh. Lelaki ini tak nampak kah yang dia bersalah dalam hal ni? Cinta terus menadah tangannya ke langit lantas menggeleng kepala. Tuhan, selamatkanlah hamba-Mu ini. Doanya dalam hati.
            “Aku bersimpati dengan kau!” katanya lalu duduk semula untuk memungut semua peralatan dapur. Ian yang melihat reaksi itu merasakan seolah-olah dia seperti dipersendakan. Dia menggigit bibir.
            “Orang macam aku tak perlu minta maaf. Cakap, berapa kau nak aku bayar semuanya termasuk kerosakkan ditubuh kau,” kata Ian angkuh sambil mula mengeluarkan dometnya dari poket kot.
            Cinta seraya berdiri. “Bagus. Lain kali buang la duit kau untuk gantikan rasa bersalah kau pada orang lain. Tapi aku tak perlukannya. Aku nak kau minta maaf sekarang kerana disebabkan kau barang-barang aku dah tak boleh guna lagi,”
            Ian tergelak sinis. “Aku dah cakap aku boleh bayar semuanya, cakap berapa yang kau nak? 500? 1000? Atau 2000?”
            Cinta sudah mencekak pinggang. “Kau boleh simpan duit kau tu untuk bayar barang-barang yang bakal kau rosakkan nanti. Aku tak perlukannya!” Cinta terus mengorak langkah. Semakin lama dia berdepan dengan lelaki itu, semakin tinggi takat didih darahnya. Ada kemungkinan dia akan memenggal kepala lelaki itu kalau dia dah hilang kesabaran.
            Ian terus menarik tangan Cinta membuatkan Cinta berputar berhadapan semula dengannya. Hampir bertembung wajahnya dengan wajah Cinta.
            “Hey!” jerit Cinta seraya menampar pipi Ian. Tubuhnya serta-merta terlepas dari rangkulan Ian. Ian memandang Cinta dengan rasa tidak percaya.
            “Miang! Gatal!” jerit Cinta lalu berlari menahan teksi yang secara kebetulan melintas. Ian yang terkesima tidak boleh berganjak sama sekali.
            “Hei, kau! Tunggu!” panggilan Ian langsung tidak diendahkan, dia terus melompat masuk ke dalam teksi dan segera menyuruh pemandu itu berjalan.
           
*****

            SEBUAH kereta sport berwarna merah berhenti disebuah rumah agam. Seorang lelaki keluar dari kereta itu dengan muka yang berkerut seribu. Seolah-olah dia tidak puas hati dengan sesuatu.
            “Mama aku mana?” soal Ian dengan nada keras kepada salah seorang pembantu rumah yang sedang mengelap pasu antik.
            “Ada diatas Tuan Muda,” jawabnya.
            Tanpa mengucapkan apa-apa lagi, Ian terus mendaki tangga. Langkahnya diatur cepat. Dia melangkah dua anak tangga sekali gus. Setiba dia dihadapan pintu, dia terus meluru masuk. Kelihatan ada 6 orang yang menghuni bilik besar  itu. Seorang sedang terlantar diatas katil, dua orang pasangan suami isteri, ibunya dan seorang lagi sepupu lelakinya, Zared. Satu-persatu wajah itu ditenung. Seketika kemudian barulah dia melangkah merapati wanita tua yang berbaring lesu diatas katil.
            “Nek,” suara menjadi lembut. Tangan neneknya dicapai.
            “Ian…maafkan mama kamu ya, dia cakap macam tu sebab nak suruh Ian balik jenguk nenek,” suara wanita itu hampir tenggelam tidak kedengaran.
            “Nek… tak apa. Ian faham. Yang korang tercegat disini kenapa? Dah tahu nenek sakit kenapa tak bawa ke hospital?” tiba-tiba Ian bersuara keras membuatkan seisi rumah itu mengerut kening.
            “Ian, boleh tak beradab sikit? Nenek yang enggan ke hospital!” jawab Puan Masari, ibu kepada Ian.
            Ian mendengus. “Cakap saja mama nak nenek mati cepat, kan?” kata Ian sinis.
            “Ian!” hampir meletup suara Puan Masari. Semua wajah sudah bertukar geram. Geram dengan sikap Ian yang pentingkan diri sendiri.
            “Ian…jangan cakap macam tu, nenek takkan mati begitu mudah. Hasrat nenek masih belum tercapai lagi,” Martha terbatuk-batuk. Cepat-cepat Ian mencapai gelas yang ada dimeja lampu.
            “Minum nek, maafkan Ian!” pinta Ian sambil membantu neneknya untuk meneguk air.
            “Tak apa Ian, nenek tahu Ian sayangkan nenek,” Martha terbatuk lagi.
            “Hmm… kalau dia sayang mama, dia takkan cakap macam tu depan mama,” sindir Puan Masari. Puan Kasara yang sedang berdiri ditepinya sudah memaut bahunya menyuruh agar bersabar dengan kerenah Ian.
            “Sudahlah… kamu dua beranak ni, asyik bertengkar saja? Bila nak berbaik ni? Lepas nenek mati?” Martha sebak. Terkilan dengan sikap cucu dan menantunya itu yang tidak serik bergaduh dan saling mencari kesalahan masing-masing sedangkan ada pertalian darah. Kalaulah suami dan anaknya masih ada, tidak mungkin mereka akan bergaduh seperti ini. Tapi apakan daya, Tuhan sudah menjemput mereka terlebih dahulu.
            “Bukan macam tu, ma. Baiklah… Sari berhenti,” Puan Masari beralah.
            Ian hanya mendengus perlahan.
            “Nenek tahu, masa nenek dah suntuk.  Nenek takda masa yang banyak lagi, nenek tahu. Tapi… ayie dan Ian boleh janji dengan nenek, kan?”
            “Janji apa nek?” soal Ian.
            “Kahwin sebelum nenek meninggal. Nenek nak sangat tengok kamu berkahwin Ian, Ayie.”
            “Jangan risau nek, Zared tetap akan berkahwin,” kata Zared. Hatinya langsung tidak berat untuk memenuhi hasrat itu kerana dia sudah pun berpunya kekasih hati. Tetapi lain dengan Ian kerana dia belum ada yang punya. Siapa yang dia nak kahwin sedangkan dia tidak pernah mempunyai teman wanita.
            “Ma, macam mana Ian nak kahwin kalau dia takda teman wanita pun?” kata Puan Masari. Kata-kata itu seakan mencucuk jantungnya.
            “Ma, aku takda teman wanita sebab semua perempuan dalam dunia ni tamakan harta macam mama!”
            Pang! Tamparan Puan Masari tepat mengena dipipi kiri Ian. Ian terkesima begitu juga dengan penghuni bilik itu.
            “Ian sudah melampau! Berani Ian hina mama!” bentak Puan Masari, sejurus itu dia terus bangkit dan berlari keluar dari bilik itu.
            “Ian, berdosa cakap macam tu tau!” kata Kasara lalu dia pun berlari keluar, mengejar Puan Masari.
            Ian tertunduk seketika. Walaupun dia meluahkan ayat itu dengan niat, tapi hatinya masih lagi terasa sakit. Bukan kerana tamparan itu, tapi dia ternampak air mata ibunya yang mengalir. Sebelum ini walau macam mana kasar sekali pun Ian melayannya, Puan Masari tidak pernah mengalirkan air mati. Itulah kali pertama dia melihat ibunya menangis.
            “Ian… kenapa Ian sanggup buat macam tu?” kata Martha.
            “Maafkan Ian, Ian tahu Ian dah melampau,”
            “Nenek tahu, Ian tahu apa yang Ian perlu buat kan?”
            Ian mengangguk kecil. “Tapi apa yang mama cakap betul, Ian takda teman wanita macam mana nak kahwin?”
            Martha tersenyum. “Zared dah cakap dia ada teman wanita dan akan melamarnya secepat mungkin, tapi kalau Ian nenek dah ada pilihan untuk Ian. Kalau Ian tak kenal dia, ambil peluang untuk mengenali dia dalam masa sebulan ni, ya?”
            Ian berfikir sejenak. Dia memandang Zared yang berdiri sisi kepala katil. Zared mengangguk seolah-olah menyuruhnya untuk menerima cadangan nenek mereka itu.
            “Siapa dia nek? Ian cuba,” jawab Ian. Walaupun hatinya berat untuk menerima sesiapa dalam hatinya. Tapi demi Martha, dia sanggup melakukannya. Kasihnya kepada Martha tiada tolak banding selepas Serena, kakak kandungnya.
            “Dia anak Dato’ Kugiyama. Ratna Kugiyama,”
            “Ratna?” Zared seakan terkejut.
            “Kau kenal dia Zed?” soal Ian pelik.
            Zared menggeleng. “Tak, aku tak kenal. Kalau tiada apa-apa hal lagi, Zared keluar dulu nek,”
            “Yalah!” jawab Martha. Zared terus meninggalkan bilik itu. Tuan Yusef hanya memandang anaknya dengan dahi berkerut.
            “Siapa perempuan ni, nek?” soal Ian.
            “Anak kawan datuk Ian, dulu datuk  Ian dan datuk Ratna ada buat perjanjian nak kahwinkan Ian dengan cucunya. Datuk tak sempat nak sampaikan pada Ian, jadi biarlah nenek yang jodohkan kamu,”
            Ian hanya mendiamkan diri. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang harus dia jawab. Dia mahu menolak, tapi bila terkenangkan neneknya yang selalu prihatin dan tidak pernah menyisihkan dia, dia serba-salah. Tambahan pula apabila wajah gadis kasar yang hampir dilanggarnya itu masih melegar dimindanya.
            “Ian fikirlah dulu, nenek bagi masa. Tapi nenek harap sangat Ian sudi berkenalan dengan Ratna. Boleh Ian?” ujar Martha lembut.
            Sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Ian mengangguk juga. Mahu tidak mahu, dia terpaksa. Apabila terkenang peristiwa 4 tahun lalu, dia tidak mampu untuk menghampakan neneknya. Sebaik kematian ayah dan datuknya, Martha la yang sentiasa berada disisi Ian. Puan Masari pula, dia langsung tidak mahu bertegur dengan Ian. Alasan kerana malu. Walaupun pada saat itu Ian masih boleh menerima ibunya semula setelah apa yang dia lakukan pada bapanya.
            “Kalau begitu, Ian datang dengan mama dan Zared sekeluarga ke majlis menyambut kepulangan dia ke Sabah, ya?”
            “Majlis?”
            “Ya, malam ni. Bolehkan Ian?” kata Martha lagi. Wajah tua yang sudah berkedut itu menunjukkan kesungguhannya untuk memujuk Ian.
            “Baiklah, Ian pergi,” jawab Ian. Dia hanya tersenyum apabila Martha mencapai pipinya. 

*********************************************
P/S : seperti yg dijanjikan, bab 1 sudah diupload. Apa macam okey tak? Please... komenlah sesuatu pasal enovel ni ya? Pendek pun tak pa ^-^

12 comments:

  1. interseting~ tak sabar untuk chapter sterusnyna :)

    ReplyDelete
  2. best lah okie. rs ala-ala korean drama. buat watak ian tu sadis sikit eh.. hahaaa..

    ReplyDelete
  3. best la...next2!
    thanks writer.
    nk tnye, wallpaper picture ni filem pe ek?
    ni thai actor kan?


    ~AKUMIE

    ReplyDelete
  4. itu aku > thanks <3

    Miss Unperfect > thank u.. akan diupload secepat mungkin.

    VW > hehe..ya Ian mmg sadis, tapi cute..hehe

    Akumie > okey2!
    ya, Dome Pakorn and Ploy Cherman. tajuk filem Rak Mai Mee Wan Tay aka Love Never Dies

    ReplyDelete
  5. wah best!!!!cpt ar smbung...

    ReplyDelete
  6. nice!!!
    x sbr nk bce n3 strusnye...

    ReplyDelete
  7. menarik..kenapa Hana rasa Zared tu mcm kenal dengan Ratna?


    apa-apa pun, best..=)

    ReplyDelete
  8. nice one! =)

    watak ian dengan cinta tu sweet ja saya rasaa... ;)

    p/s: tak sabar nak baca chapter lain..

    ReplyDelete
  9. baru nak polo.. akan kuteruskan sampai abes.. menarik neh (^___^)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.