Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 July, 2011

2nd Proposal : Hate Come First



            SELEPAS membayar tambang teksi, Cinta terus melompat keluar. Lonceng pagar berpalang melintang berwarna hitam bertitahkan emas itu segera ditekan. Dia sudah terlewat 15 minit. Dia paling benci bila dia terlewat sampai seperti yang dijanjikannya. Terutamanya dalam urusan kerja.
            Perlahan-lahan pagar itu terbuka. Cinta segera menyisip dicelah pagar sebelum pagar terbuka luas lalu bekejar ke pintu utama. Kelihatan Datin Ratina sudah pun terpacak dikaki pintu.
            “Maaf Datin, saya ada kecemasan tadi!” dia segera memohon maaf.
            Datin Ratina hanya tersenyum. “Taka pa Cinta. Walaupun Cinta lewat 30 minit, dessert buatan Cinta tetap no.1,” pujinya.
            Cinta tersipu-sipu. “Terima kasih!”
            “Marilah masuk! Rasanya ini kali pertama Cinta menjejakkan kaki ke rumah saya, kan?” Datin Ratina dan Cinta sudah berpimpin tangan masuk ke dalam banglo.
            Cinta mengangguk. “Betul Datin. Cantik rumah ni!”
            “Cantik apanya kalau sunyi. Harap-harap, lepas kepulangan anak tunggal saya boleh memeriahkan lagi suasana rumah ni,” kata Datin Ratina, seakan kelas. Dia hanya mengisyarakan Cinta untuk menyuruhnya duduk.
            “Saya pasti itu, Datin! Oya, Datin macam mana agaknya cita rasa Datin untuk dessert ni nanti? Saya takut kepakaran saya tidak menepati cita rasa anak datin,” Cinta seolah-olah merendah diri.
            Datin Ratina sudah menggelengkan kepala. “Cinta ni, kalau tak cakap pasal kerja sekejap tak boleh? Ni dah terlalu obsess dengan kerja ni,” dia seakan mengusik.
            Cinta hanya tersenyum. “Kerja tetap nombor 1, datin,” jawab Cinta jujur.
            Datin Ratina mengangguk faham. “Kalau begitu, kita boleh mula sekarang,”
            Cinta terus mengeluarkan nota kecilnya dari beg sandang lalu mencatit satu-persatu infomasi yang Datin Ratina sampaikan kepadanya.
            Setelah selesai dalam perbincangan itu, Cinta pun melangkah ke dapur bersama Datin Ratina. Nota-nota kecilnya satu-persatu dilekatkan dipeti sejuk. Datin Ratina meninggalkan dapur selepas menyuruh beberapa pembantu rumah untuk menolong Cinta.
            Apron putih yang dibawa Cinta dari kedai kek dipasang ke pinggang. Setelah itu, dia pun menyaluk saku. Tiba-tiba dia tersentak.
            “Handphone!” Cinta seakan menjerit. Telefon bimbitnya sudah tidak dalam poket. Ada kemungkinan tercicir sewaktu dia kemalangan tadi. Dia mendengus perlahan. Bila teringatkan kemalangan itu mau saja dia menatak pisau itu ke dinding. Terus-terang dia rasakan, dia belum pernah berjumpa dengan manusia angkuh lagi sombong seperti lelaki itu. Angkuh dia punyalah tinggi, mengalah menera berkembar!
            “Usah fikir pasal lelaki bongkak tu lagi, Cinta!” dia segera menepuk dahi membuatkan dua orang pembantu didapur itu memandangnya dengan kehairanan.

            CINTA menyeka peluhnya yang menitis didahi. Dia mengeluh lega setelah 50 jenis pencuci mulut sudah siap untuk dihidangankan. Dia mengerling jam ditangan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 7.15pm. Pantas Cinta membuka apronnya. Sejak dia datang tadi, dia masih belum menghubungi Lialina.
            “Em..Kak Anon, Kak Nid, terima kasih sebab tolong saya, ya? Kalau takda kamu kerja ni takkan siap dalam masa 3 jam,” ucap Cinta sambil mendekati Nidd an Anon yang sedang berehat dimeja.
            Mereka hanya tersenyum mengangguk. “Kerja tangan kamu memang cantik, tak sia-sia datin upah kamu,” puji Anon pula.
            Cinta tersenyum. “Terima kasih. Saya nak jumpa datin sekejap ya,” katanya lantas melangkah menuju ke tangga, anak tangga didaki dengan pantas. Sebaik tiba di pintu bilik kerja Datin Ratinah, dia segera mengetuk. Selepas mendapat kebenaran untuk masuk, dia pun menguak pintu tersebut.
            Datin Ratinah segera bangkit lalu menjemput Cinta mengambil tempat duduk.
            “Er, datin. Kami dah siapkan hidangan tu, sekarang diorang tengah uruskan di rumah makan,” lapor Cinta.
            “Em, kalau begitu nanti saya turun. Terima kasih atas kerja keras awak, Cinta,”
            Cinta tersengih. “Bukan saya saja, datin. Kak Anon dan Kak Nid pun berusaha siapkan hidangan tu,”
            Datin Ratina tergelak kecil mendengar ucapan Cinta itu. Cinta mengerut kening.
            “Kenapa Datin? Ada apa-apa dimuka saya?” Cinta segera meraba wajahnya.
            “Takda…Cuma saya senang dengan sikap kamu, Cinta. Saya selesa berkerja dengan kamu,” puji Datin Ratinah.
            “Terima kasih Datin,” tiada perkataan lain yang boleh diungkapkan selain ucapan terima kasih dari Cinta. Memang itu sikap dari kecil, dia dilatih untuk merendah diri. Dia diajar untuk mengucapkan terima kasih dan dia juga diajar untuk berbudi bahasa dimana saja dia berada. Tidak rugi ibunya mengajarnya semua itu bila melihat hasilnya sekarang.
            “Er, ma!” tiba-tiba suara seorang gadis muncul dibelakang. Cinta pantas menoleh ke belakang.
            “Opss! Sorry, you have a guest. I’ll come back later,” baru saja gadis itu ingin menutup pintu, datin pantas memanggilnya.
            “Tunggu sekejap, Ratna. Mari sini sayang,”
            Gadis yang dipanggil Ratna itu tidak jadi beredar. Dia terus menapak dan menutup pintu. Cinta bangkit dari duduknya.
            “Kenalkan, ini Cinta yang uruskan makanan malam ini. Cinta, ini anak saya, Ratna,”
            “Hai!” mereka saling bersapa dan salaman.
            “Nice to meet you,” ucap Ratna.
            Cinta hanya tersenyum. “Me too. Er, datin saya tinggalkan kamu ya. Saya nak tolong-tolong dibawah,” ujar Cinta. Dia pun melangkah keluar selepas Datin Ratinah menggangguk.
            Cinta segera menuju ke dapur semula. Kelihatan Anon dan Nid masih berada dimeja. DIa segera mendekati mereka.
            “Kak Nid, boleh tak saya pinjam handphone. Handphone saya tercicir,”
            “Em, boleh,” Nid terus meminjamkan telefon bimbit nokia bermodal 3120 itu. Selepas mengucapkan terima kasih, dia pun menuju ke belakang rumah melalui pintu dapur. Nombor telefon kedai kek didail.
            “Hello, First Love’s Corner Cake House. Apa yang boleh saya bantu?” suara riang Lialina menyapa pelanggan kedengara.
            “Lia, saya ni. Cinta,”
            “Cinta? Kenapa sekarang baru nak call?” suara Lia bertukar terkejut.
            “Sorry, handset aku hilang. Lepas siapka semua kerja, baru aku call. Ini pun pinjam telefon orang,” jelas Cinta.
            “Oh, nasiblah! Ingatkan ada apa-apa tadi. Macam mana boleh hilang?”
            “Panjang ceritanya. Nanti lepas balik aku ceritakan. Aku cuma nak minta tolong, suruh E-jip ambil saya malam ni, ya?” pesan Cinta.
            “Oh, okey. Tapi kau dah cuba call telefon kau. Mungkin ada orang terjumpa dan baik hati nak pulangkan pada kau,” cadang Lialina.
            “Lia, aku dah call banyak kali. Tapi rasanya tiada kot yang jumpa telefon tu. Kalau ada pun, mesti diorang dah sepak terajang handfone aku,” Cinta seakan bergurau. Tapi sebenarnya, dia sangat sayangan telefonnya itu. Ianya adalah pemberian terakhir dari bapanya sebelum dia meninggal dunia.
            “But Cin, it’s your precious,”
            Cinta hanya tersenyum. “Aku tahu, tapi nak buat macam mana, kan? Tak apalah… aku nak sambung kerja ni. Jangan lupa bagi tau Jip ya,”
            “O..Ok!”
            Cinta terus mematikan talian lalu masuk semula ke dalam. Telefon bmbit tersebut dikembalikan semula kepada tuannya.

*****

            TREET! TREET!
            Baru saja Ian ingin mengetuk pintu bilik Puan Masari, telefon bimbit didalam poketnya bergegar semula. Ian mendengus kasar. Dia segera membawa telefon itu keluar dari poketnya. Skrin yang hanya bercahaya kuning tanpa apa-apa paparan itu ditenung sekejap. Handphone buruk macam ni pun ada ramai pemanggil, aku bakar kang! Selagi aku tak angkat, selagi tu takkan berhenti menjerit!
            “Hello!” jawab Ian kasar.
            “Hello. Ini siapa?” suara seorang gadis kedengaran.  
            Ian terus melarikan telefon itu dari telinga. Skrin telefon ditatap. Dah nazak macam ni, masih boleh dengar orang bercakap. Boleh tahan!
            “Aku Ian. Kau ni?”
            “Oh, Encik Ian. Begini, kawan saya dah kehilangan telefon bimbit. Jadi, saya cuba call nasib baik ada yang sambut,”
            Ian mengangguk-angguk. Kawan dia rupanya. Tuannya tak call pula. Detus hati Ian.
            “Kawan kamu tu nama siapa?” soal Ian.
            “Er, Cinta! Nama dia Cinta. Boleh tak nanti Encik Ian pulangkan telefon ni pada dia?”
            Ian segera mengeleng kepala. Terukir senyuman mengejek dibibirnya. Handset macam ni pun masih nak simpan! Dasar miskin! Dahlah nama pun…eee! Lapuk!
            “Okey. Di mana aku boleh jumpa dia?”
            “Sekarang dia takda. Tapi esok pagi Encik boleh datang ke First Love’s Corner Cake House. Encik boleh jumpa dia di kedai tu,”
            “Ok!” jawab Ian lalu seraya mematikan talian. Dia tersenyum sinis. Ini masanya aku buat pembalasan!
            Tiba-tiba pintu bilik itu terkuak. Tersentak Ian. Wajahnya segera bertukar seirus. Wajah Puan Marsari pula seakan terkejut.
            “Apa Ian…”
            “I’m just passing by!” jawab Ian lantas beredar ingin melangkah ke biliknnya.
            “Er, Ian! Ian pergi ke majlis tu?” soal Puan Masari.
            “Korang pergilah dulu, nanti aku menyusul!” jawabnya tanpa menoleh ke belakang lagi. Langkah terus ke bilik yang berada dihujung.
            Puan Masari hanya menghantar anaknya dengan pandangan mata. Satu keluhan lahir dibibirnya.

            RUMAH banglo 3 tingkat itu sungguh meriah dengan kedatangan tetamu-tetamu undangan Datin Ratina dan juga anaknya Ratna. Kelihatan Ratna dan ibunya sedang menyambut tetamu di pintu utama. Satu-persatu tetamu undangan disalam.
            “Ma, Nina rasa kita perlu bincang lagi pasal masalah ni,” Ratna cuba memujuk.  
            Datin Ratina segera berpaling kearah Ratna.
            “Mama ingat kita dah selesaikan masalah ni tadi,”
            “Itu bagi mama, tapi Nina taknak!”
            Datin ratina mendengus. “Sekali lagi mama tanya, Nina masih hormat mama sebagai mama Nina atau tak?”
            Ratna terdiam. Ibunya itu memang tahu cara untuk memerangkap dia.
            “Ah, diorang dah sampai. Ratna, mama taknak dengar apa-apa lagi. Cepat sambut diorang,” arah Datin Ratina tegas.
            Ratna hanya mengeluh kecil. Kelihatan beberapa orang sedang keluar daripada Van hitam itu. Seorang lelaki yang cukup dikenalinya juga turut datang ke majlisnya.
            “Puan Masari!” suara Datin Ratina tiba-tiba bertukar riang. Dia segera menuruni anak tangga dan bergegas menyambut Puan Masari dan yang lainnya. Ratna datang kemudian. Dia hanya berdiri dibelakang ibunya. Seakan cuba menyembunyikan dirinya dari seseorang.
            “Datin. Terima kasih dah sambut kami, meriah sungguh majlis ni,” puji Puan Masari.
            “Mestilah. Hari inikan hari bersejarah kita. Marilah masuk! Er..anak puan di mana?” tanya Datin Ratina pula.
            Puan Masari tersenyum kelat. “Kejap lagi dia akan sampai, dia ada kerja sikit,” dia memberi alasan.
            “Oh. Marilah!” Datin Ratina tidak ingin melengahkan lagi masa. Dia segera membawa tetamu VIP nya itu masuk ke dalam rumah, meninggalkan Ratna dan Zared disitu.  
            Sedari tadi mata Zared melekat diwajah Ratna sehingga Ratna tidak tahan dengan renungan tajam Zared itu. Zared mendengus kecil lalu segera melangkah.
            “Ayie…” panggil Ratna manja sambil berpaling kea rah Zared.
            Zared mematikan langkahnya tetapi tidak pula dia menoleh. Dia hanya membatu.
            “Ayie… Ayie marah dengan Nina?” soal Ratna sambil mencapai lengan Zared. Tapi Zared menarik perlahan membuatkan Ratna berjauh hati dengan sikap Zared.
            “Ayie, ini bukan salah Nina tau. Ayie sendiri tahu, semua ni rancangan keluarga. Nina taknak!” Ratna berusaha untuk menjelaskan perkara itu.
            “Aku tau, sebab tu kita perlu berjauhan,”
            Hampir luluh jantung Ratna mendengar ucapan Zared. Dia segera berlaih ke hadapan Zared. Zared terus memandang kearah lain, sementara Ratna menatap mata Zared itu.
            “Apa maksud Ayie? Ayie nak putus dengan Nina?” air mata Ratna sudah membasahi pipi.
            “Aku tak boleh buat apa-apa, ini kehendak nenek aku. Fikirlah apa yang kau nak, aku tak kisah!” Zared terus mengorak langkah ingin meninggalkan Ratna tapi pantas saja Ratna menarik tangan Zared.
            “Please, Ayie… jangan kasar dengan Nina. Ayie tak pernah bahasakan diri Ayie sebagai ‘aku’ sebelum ni. Please Ayie…” Ratna semakin sebak. Sakit hati dengan perubahan mendadak sikap Zared itu.
            “Keluarga bakal tunang kau ada disini. Aku tak boleh sewenang-wenangnya membongkarkan hubungan yang kita pernah ada dulu,” Zared segera melepaskan genggaman tangan Ratna dan berlalu pergi.
            Air mata Ratna semakin deras mengalir. Sampai hati Ayie… kami dah couple 4 tahun, tapi begini lemah cinta Ayie pada saya. 

            SETELAH selesai semua pekerjaannya, Cinta segera mengemas tas tangannya lalu segera menyuruh Anon untuk menyampaikan permintaan dirinya itu kepada Datin Ratina. Datin Ratina yang sedang kusyuk berbual dengan tetamu terus meminta kebenaran untuk keluar sebentar untuk menghantar Cinta ke pintu.
            “Eh, kenapa Datin keluar?” Cinta seakan terkejut apabila bertembung dengan Datin Ratina pintu utama.
            “Kenapa awal sangat nak balik? Majlis ni belum pun mula,”
            “Tak apalah Datin, lagipun pakaian saya ni tak sesuai untuk majlis besar macam ni,” kata Cinta. Sebenarnya itu hanya alasan, sebetulnya dia sangat alah dengan majlis seperti itu. Sesak dengan tetamui golongan korporat.
            “Ai? Boleh pinjam baju Ratna apa,” Datin Ratina seakan meminta kebenaran.
            Wajah Cinta segera bertukar riak. “Ehm… tak apalah Datin. Tak perlu. Lagipun kedai kami masih belum tutup lagi. Kesian kawan saya tunggu lama. Lain kali, ya Datin,” pujuk Cinta.
            “Okeylah kalau macam tu. Tapi lain kali saya takkan benarkan kamu lari,” dia akhirnya beralah.
            “Baik datin! Pergi dulu ya,” Cinta meminta diri.
            “Hati-hati!” pesan Datin Ratina lalu masuk semula ke dalam.

            CINTA memukul-mukul sampul surat kuning itu ditangannya sambil menunggu E-jit sampai untuk mengambilnya. Dia merenung sampul itu, lalu dibuka dan mengeluarkan wang upah bernilai rm1500 itu. Cinta hanya tersenyum. Dalam 4 jam saja, aku dapat 1500. Hanya Datin yang perihatin dengan aku. Selalunya kalau orang lain, tiada cas tambahan dan aku pula tak suka tawar-menawar sebab tu aku tak suka bila Lia nak aku datang ke majlis orang lain untuk menyediakan hidangan pencuci mulut. Ya, aku nak lebih untung. Kalau dapat lebih bolehlah aku bahagikan pada Lialina.
            Cinta tersenyum apabila dia terbayang dia dapat memberi lebihan duit itu pada Lialina. Selama dia hidup, hanya Lia yang paling memahaminya dan hanya Lialina seorang yang sanggup mengharungi saat-saat susah bersamanya. Susah hendak mencari kawan seperti Lialina.  
            Cinta tersentak saat sebuah sport berwarna hitam berhenti tepat-tepat dihadapanya. Dalam fikiran Cinta, itu mungkin E-jit tapi selepas teringat tentang kemampuan E-jit untuk memiliki kereta mewah seperti itu, dia segera menjauhi dan beralih tempat untuk menunggu.

            IAN melangkah keluar dari kereta itu lalu memberikan kuncinya kepada seorang pengawal untuk memakir keretanya ditempat lain. Baru saja di ingin melangkah, dia ternampak seorang gadis sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya. Ian mengamati wajah itu, seketika kemudian dia tersenyum tidak percaya. Kecilnya dunia sampai boleh bertembung dengan perempuan miskin ni. Tak sangka perempuan macam dia hadir ke majlis besar ni.
            Ian mula bersandar ditiang besar itu lalu memerhati setiap geri-geri gadis tersebut. Wajahnya yang putih dek disinari cahaya bulan mengembang membuatkan Ian tidak ingin melepaskan wajah itu dari matanya.
            Hatinya seakan tersentuh saat melihat Cinta menggeser-geserkan telapak tangannya dan melekapkan ke pipi. Dia kesejukan? Hati Ian berbisik. Dia pun segera membuka kotnya tetapi tangannya segera terhenti saat seorang lelaki datang mendekati Cinta. Kot tersebut disarungkan semula ke tubuh. Pandangannya yang redup kini bertukar tajam. Apa yang aku cuba nak buat ni? Aku dah gila? Ian langsung tidak boleh percaya yang dia boleh berperasaan begitu semasa memandang Cinta.
            Sesekali dia melihat senyuman lebar Cinta semasa bercakap dengan pengawal itu. Entah kenapa hatinya seakan sakit melihat senyuman dan sikap mesra Cinta itu kepada orang lain. Tanpa sedar kakinya terus melangkah mendekati Cinta saat pengawal itu berlalu pergi.
            “Hei perempuan!”
            Tersentak Cinta dengan sergahan itu. Cinta mengerut kening. Dia seakan kenal dengan lelaki itu tapi dia tidak ingat.
            “Kau…”
            “Kau sengajakan tunggu diluar sebab nak tarik pelanggan untuk jadi ‘santapan’ kau?” kata Ian.
            Cinta tidak faham. Dia menggeleng. “Sekejap. Saya rasa encik dah salah orang, saya tak kenal encik. Maaf!” Cinta segera ingin berlalu tapi Ian pantas menarik lengannya.
            “Apa ni encik? Sakitlah, lepaskan saya!” dia berusaha untuk meleraikan genggaman tangan Ian, tapi tidak berguna.
            “Hei, jangan nak berpura-pura. Aku tahu kau ingat aku, ini bekas tamparan kau. Aku masih rasa dan takkan lupa sampai bila-bila!” herdik Ian sambil menunjal pipi kirinya.
            Cinta terpana. Sekarang barulah dia tahu siapa lelaki itu. Lelaki sombong tak guna!
            Cinta ketawa sinis. “Aku tak kisah kalau kau nak aku tampar pipi kanan kau," kata Cinta selamba, seakan mencabar keegoan Ian.
            “Kau berani sentuh aku, kau takkan tahu apa yang terjadi dengan kau nanti!” ujar Ian seakan mengugut.
            “Kau ingat aku takut dengan ugutan kau? Jangan fikir aku perempuan lemah!” Cinta terus mengangkat kaki dan memijak kaki Ian dengan sepatu tinggi 4 incinya. Ian terus berteriak kesakitan lantaa melepaskan tangan Cinta.
            Cinta mengusap lengannya yang terasa tidak bermaya itu. “Lelaki sombong tak guna!” marah Cinta lalu berlari ke pagar.
            Ian mendengus. Dengan kaki yang sakit, dia terus mengejar Cinta. Sepantas kilat Cinta sudah berada dalam genggamannya.
            “Eh, kau masih tak serik lagi? Nak aku bekasar dengan kau?” ugut Cinta sambil mengepal penumbuknya.
            “Eh, perempuan miskin macam kau tak layak ugut aku, tahu tak!” sergah Ian.
            “Aku tak faham! Kalau aku miskin kenapa kau asyik kejar aku? Aku rasa kau ni dah gilalah!” balas Cinta. Pegangan tangan Ian dipergalanggan tangannya semakin menyakitkan.
            “Lepaslah!”
            “Kenapa? Aku tak cukup kaya untuk jadi ‘santapan’ kau, huh?”
            Cinta mengerut kening. “Apa maksud kau?”
            “Jangan berpura-pura la perempuan. Aku kaya, aku boleh bayar seberapa banyak untuk kau, tapi aku takkan sesekali merendahkan martabat aku untuk jadi peneman tidur kau!”
            Cinta terpana. Jadi maksud dia ‘santapan’, aku ni pelacur? Setan punya lelaki!
            “Kau kaya sekali pun, aku takkan terima duit kau sebab aku bukan pelacur! Lepaskan akulah! Sakit!” adu Cinta tapi Ian seakan tidak mempedulikan kesakitan Cinta.
            “Hei kau dengar sini, dimata aku kau pelacur., PE-LA-CUR tau? Pelacur!” tutur Ian satu persatu perkataan itu. Berdesing telinga Cinta mendengarnya.
            “Kau gelar aku apa??” Cinta seakan menjerit. Desahan nafasnya sudah semakin kuat. Darah menyiarap diatas kepala. Tidak semena-mena Cinta mengangkat kaki kiri dan memijak kuat kaki Ian sepenuh hatinya selepas itu dia menghentak  pula kepala Ian dengan tas tangannya. Tergolek Ian atas tanah sambil menjerit kesakitan. Kepala dan kakinya diusap bersilih ganti.
            “Kau dengar sini lelaki sombong nak mampus! Kau belum kenal aku siapa, dan aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebab dah menghina aku!” dengus Cinta lantas beredar dengan derap langkah yang kuat. Itu baru satu tanduk yang keluar, aku belum jadi setan sepenuhnya! Kalau bukan disebabkan aku penat, dah mampus dia, aku kerjakan!
            Sepenuh hati Cinta menyumpah lelaki sombong itu. Selama dia hidup diatas bumi, dia belum pernah lagi bertemu dengan orang seperti Ian dan selama ini juga, dia belum pernah lagi menunjukkan ‘tanduk’nya seperti tadi. Hanya seorang saja yang pernah melihat keadannya tadi, iaitu Alexander, bekas teman lelakinya.
            “Ahhh…” Ian mengesat tubir bibirnya yang terasa ngilu. Ada setitik darah mengalir. Gila punya perempuan! Ingat ini adalah pengakhiran kita? Hm, kau akan menyesal nanti!

8 comments:

  1. padan muke ko ian,lelaki sombong nak mampus!..heheheee,best n nak lg..

    ReplyDelete
  2. best sgt2... xsabar nak baca en3 yg akn dtg (^___^)

    ReplyDelete
  3. ish ish...
    btl2 buku btemu ruas...
    jahat btl si ian nie...
    suka2 ati jer hina org miskin kn...

    ReplyDelete
  4. Thanks KD.

    Anon : akan diupload secepat mgkn

    Nursya : hai nursya, baru nampak batang hidung :)
    tu la Ian tu, sombong sangat!

    ReplyDelete
  5. memang padan muka Ian! suka2 jer dok kata kat orang~

    ReplyDelete
  6. kesian ayie..terpaksa berpisah demi orang lain..huhuhu

    padan muka ian..mulut celupar sangat...

    ReplyDelete
  7. best3.... =D

    Fuh, brutalnya cinta smapai berdarah ian dibuatnya. Tapi he deserved that... patutnya cinta backhand ja ian tu.. mulut tak ada insurans...

    ReplyDelete
  8. hahaha..ganas jgk c cinta ni...hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.