Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 July, 2011

Love .27: Dream Come True

            TAMARA terbangun saat matahari tepat-tepat diatas kepalanya. Dia segera bangun lalu bersandar dikepala katil. Bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman sebaik teringat saat-saat indah yang mereka kongsikan semalam. Tamara memeluk erat bantal peluk yang berada disisinya. Sesungguhnya dia sangat bahagia sekarang sehinggakan dia berharap sangat masa berhenti.
            Dia memandang ke sisi. Sekeping kad berserta sekuntum bunga ros berwarna merah ditinggalkan diatas bantal Aditya. Dia mengerut kening. Macam mana aku tak perasaan? Dia segera mencapai kad dan bunga itu sekali. Serta-merta, bau semerbak dari kad itu mencucuk hidungnya. Dia tersenyum lagi. Seandainya Aditya berada dihadapan, dia akan mengucapakan betapa cintanya dia terhadap Aditya. Tapi, malangnya Aditya sudah pergi subuh tadi.
            Sebelum dia membuka kad tersebut, dia menghidu terlebih dahulu bunga ros tersebut. Harum! Seketika kemudian, dia pun membuka kad itu.

            -Tara, awak adalah anugerah yang terindah pernah saya miliki dan sampai selama-lamanya awak akan jadi milik saya.  Dan saya sepenuhnya telah menjadi milik awak, jagalah saya dengan segenap hatimu, sayang-

~Aditya~

            Tamara tersenyum. Kad itu dilipat semula lantas bangun dan menuju ke kamar mandi.


            “SELAMAT PAGI!”
            Sebaik Tamara menjejakkan kaki didapur, sudah kedengaran jeritan dari Isabel dan Benjo. Terkejut Tamara. Kelihatan senyuman Isabel dan Benjo begitu mekar sekali dipagi hari. Dia menggelengkan kepala lantas melangkah ke meja.
            “Maaflah, kakak lambat bangun,” pinta Tamara sambil menuangkan Nescafe ke cawannya.
            “Tak apa, untuk pengantin baru!” usik Isabel.
            Mata Tamara sudah terbeliak memandang Isabel. Sejak bila Bel pandai mengusik ni? Ini mesti terjangkit dengan perangai Eme!
            “Kakak, semalamkan Benjo tak boleh tidur sebab rumah ni banyak habuk!” adu Benjo.
            Kedua-dua kening Tamara naik. “Eya?”
            Benjo mengangguk-angguk.
            “Apa kata kita mula mengemas hari ini? Rumah ni tak sihat la,” cadang Isabel pula.
            “Okey! Cadangan yang baik!” sokong Tamara.  


            “STOP! Stop! Stop!” kata Jeremy memberhentikan lori yang sedang berundur memasuki perkarangan rumah ini kini sudah sah menjadi milik Tamara. Seketika kemudian, lori yang memunggah barang-barang mereka berhenti tepat dihadapan rumah tersebut. Jeremy terus mengucapkan terima kasih sebelum mereka menurunkan barang-barang tersebut.
            “Benjo main tepi, tempat ni bahaya!” kata Tamara memberi amaran kepada Benjo yang sibuk mengangkut kotak yang sama besar dengan saiznya.
            Benjo segera menjarakkan dirinya dari kotak itu lalu bermain dihalaman belakang.
            “Bel, apa dalam kotak ni berat sangat?” tanya Tamara.
            “Buku la!”
            “Untuk orang macam Bel, seratus kotak berisi buku pun tak cukup. Entah-entah, Bel nak belajar di luar Negara sebab tu berusaha macam ni? Eya?” sampuk Jeremy. Tamara dan Isabel terus berpandangan.
            “Bel nak belajar luar negara?” soal Tamara lantas mendekati Isabel.
            “Em… tak! Luar negara… banyak kos!” Bel pantas menggeleng. Dia terus menyambung mengangkut barang-barangnya masuk ke dalam rumah.
Tamara berpaling kearah Jeremy. “Eme, awak rasa Bel nak belajar dekat luar negara?”
“Masa saya masukkan buku-buku Bel dalam kotak, saya jumpa ni,” jawab Jeremy lalu dia segera membuka sebuah kotak yang juga dipenuhi dengan buku. Sebuah buku bertajuk Guide to Studying Abroad diberikan kepada Tamara.
“Jadi… Bel nak belajar dekat luar negara?” soal Tamara seakan tidak percaya.
Jeremy hanya mengangkat bahu lalu menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.
Tamara membelek buku berwarna biru yang sudah ada ditangannya itu. Dia berfikir sejenak. Apa patut aku buat kalau betul Bel nak belajar di luar negara? Kalau dia betul-betul nak… aku akan pastikan yang Bel dapat apa yang dia impikan!

*****

            BUNYI deruan kereta berhenti dihadapan rumah Tamara mengejutkan semua orang. Tamara segera berlalu ke pintu dan menyelak tabir untuk menjenguk ke luar. Sebuah kereta BMW berwarna silver memakir.
            “Itu mungkin mama saya, maaf saya tak bagitau yang saya ajak mama datang sini,” kata Jeremy lantas menguak pintu untuk menjemput ibunya. Tamara dan Isbael segera melangkah keluar.
            Seorang wanita berpakaian korporat berwarna hitam dengan rambut disanggul kemas keluar dari pintu penumpang sesudah Jeremy membukakan pintu lalu menutupnya kembali.
            “Madam Monica,” ujar Tamara.
            “Tamara,” balas Madam Monica.
            “Ma, kenalkan ini Isabel dan Benjo. Adik-beradik Tamara,” Jeremy segera memperkenalkan Isabel dan Benjo kepada ibunya. Isabel dan Benjo tertunduk hormat kepadanya.
            “Jemput masuk!” pelawa Tamara. Madam Monica segera mengangguk lalu melangkah ke dalam. Isabel dan Benjo menyusul sementara Jeremy menghalang Tamara.
            “Kenapa?” soal Tamara.
            “Saya minta maaf, saya ajak mama tak bagitau awak,”
            Tamara tersenyum. “Takapa la Eme. Madam Monica pun pernah jadi majikan saya juga. Jomlah masuk!” Tamara terus menarik Jeremy masuk ke dalam rumah.

            MALAM ITU, Tamara, Isabel dan juga Madam Monica bersama-sama menyediakan pencuci mulut setelah selesai makan malam tadi. Manakala Jeremy dan Benjo pula sedang bermain di ruang tamu.
            “So, berapa umur kamu?” soal Madam Monica kepada Isabel semasa mereka mengupas kulit epal.
            “19, puan,” jawab Isabel.
            “Tak perlu panggil puan, panggil aunty saja. Kamu pun begitu Tamara. Sekarang aunty bukan lagi majikan kamu,” kata Madam Monica.
            Tamara yang sedang membancu jus mangga tersenyum lantas mengangguk.  
            “Kamu belajar di mana?” Madam Monica meneruskan sesi suai kenalnya dengan Isabel.
            “Em… dulu saya belajar dekat SMK Mekar tapi saya dah pindah dekat SMK Bestari,”
            Madam Monica mengerut kening. Bukankah itu sekolah berprestej tinggi dan yurannya juga tinggi? Macam mana mereka boleh mampu masuk ke sekolah tu?
            “Setahu aunty sekolah tu sekolah berprestej tinggi? Macam mana kamu boleh daftar masuk?” soal Madam Monica seakan sinis dipendengaran Isabel. Wajah Tamara turut berubah sebaik mendengar pertanyaan itu.
            Madam Monica lantas bangun. Pisau ditangan diletakkan atas meja.
            “Eme!” Panggilnya. Tiada reaksi dari Jeremy dia memekik lagi nama anak lelakinya.
            “Ma, ada apa ni?” Jeremy tergesa-gesa masuk ke dapur setelah terdengar panggilan namanya.
            “Bawa Isabel dan Benjo jalan-jalan sekejap,” arahnya.
            Jeremy mengerut kening. “Nak jalan dekat mana malam-malam buta ni?”
            “Bawa saja mana-mana!” tegasnya pula.
            “Eme, Isabel. Pergilah!” arah Tamara pula seakan faham akan tindakkan Madam Monica. Dia berbuat begitu kerana ingin bercakap dengannya seorang saja.
            “Bel pergi, kak.” Isabel menurut. Dia segera turun dari bangku dan keluar dari dapur. Jeremy tiada pilihan selain mengikuti langkah Isabel sebaik saja terdengar pintu utama dikuak.
            Sekarang Tamara dan madam Monica sudah bersendirian. Madam Monica menghampiri Tamara.
            “Apa maksud semua ni?”
            Tamara mengerut kening. “Saya tak faham, aunty. Seharusnya saya yang patut tanya aunty,”
            “Berapa lama lagi kamu nak berada disamping Aditya? Sudah namanya kahwin kontrak, kenapa kamu nak pergi sejauh ni? Kamu memang nak harta-harta Aditya?”
            Tersentak Tamara mendengar tuduhan itu. Darahnya tiba-tiba menyiarap keatas kepala. Dia menelan liur. Sabar, Tara. Sabar!
            “Aunty, kami tak berniat nak buat macam tu. Kami taknak harta-harta Aditya,”
            “Jadi kenapa dia sanggup berikan rumah Sumira pada kamu? Dia takkan bagi melainkan kamu meminta,”
            “Kami tak minta! Adi bagi sendiri, lagipun tiada siapa yang tinggal dirumah ni jadi lebih baik kami tinggal daripada rumah ni jadi usang,” balas Tamara. Dia mungkin penyabar, tapi bila egonya dicabar tidak mungkin dia akan berdiam diri.
            “Kalau saya cakap saya akan jaga rumah ni, kamu akan keluar?”
            Tamara pelik. “Kenapa aunty tiba-tiba jadi berubah? Tadi okey saja,”
            Madam Monica mendengus. “Saya bersikap begini hanya kerana saya mahu melindungi Aditya dari orang-orang macam kamu. Suka ambil kesempatan! Entah apa lagi yang Aditya berikan pada kamu,”
            Tamara menggelengkan kepalanya. Dia tidak percaya orang boleh berubah sekelip mata seperti bekas majikannya itu.
            “Aunty dah salah faham. Saya dah jadi isteri Aditya jadi saya berhak dapat yang sepatutnya. Kalau pun Adi bagi rumah, saya memang berhak dapat sebab ini rumah ibunya bukan rumah aunty,” kata Tamara seakan menyindir.
            Pantas mata Madam Monica menikam wajah Tamara. “Isteri? Kamu jangan lupa yang kamu berkahwin atas dasar kontrak. Lepas saja kontrak itu tamat, itu bererti kamu akan bercerai,”
            Tamara tersentak. Sejak dia pulang dari Bali dia sudah terlupa akan kontrak itu dan sekarang kemunculan Madam Monica mengingatkannya kembali. Perasaannya tiba-tiba menjadi ragu.
            “Kalau betul kamu taknak harta Aditya, kamu sepatutnya cari kerja, cari duit untuk menampung hidup adik-adik kamu kelak sebab bukan selama-lamanya kamu menjadi isteri Aditya!” kata Madam Monica lalu segera meninggalkan dapur.
            Tamara tersentak. Dia bungkam. Dia terus bersandar dimeja dapur.  Mungkin betul apa kata Madam Monica… aku harus cari kerja!

            JEREMY memakir keretanya dihadapan rumah banglo itu. Kelihatan Benjo sudah pun tertidur dipangkuan Isabel. Jeremy terus keluar dan membuka pintu untuk Isabel. Benjo diambil darinya. Isabel pun keluar lalu menutup pintu kereta itu semula.
            “Bel…” panggil Jeremy saat Isabel sudah mahu meninggalkannya. Isabel sekadar mematikan langkah.
            “Bel, dari tadi Bel tak jawap apa-apa soalan dari saya. Bel marah sebab mama?”
            “Takda apa yang nak dimarahkan abang Eme. Cuma Bel rasa terkilan dengan sikap mama abang. Bel tak tahu tapi Bel takut dengan mama abang. Maafkan Bel,” kata Isabel lantas berpaling dan mengambil Benjo dari pelukan Jeremy. Dia segera masuk ke dalam memandangkan hari sudah pun semakin gelap.
            Jeremy mengeluh kecil. Lama dia berdiri dihadapan rumah itu. Dia betul-betul rasa bersalah atas sikap ibunya itu. Tapi dia tidak tahu bagaimana untuk menghilangkan rasa terkilan dihati Isabel, Tamara dan Benjo.    
            Di sebalik tabir jendela kiri, Isabel berdiri memerhatikan Jeremy dibawah setelah meletakkan Benjo didalam biliknya.
            “Bel?”
            Tamara menegur dari belakang. Isabel segera menutup semula tabir itu dan terus berpaling.
            “Ya kak,”
            “Bel tengok apa?”
            “Abang Eme,” jawabnya.
            Tamara segera menghampiri dan turut sama menjenguk ke luar tingkap. “Kenapa dengan Eme?”
            “Dia rasa bersalah atas sikap aunty Monica, abang Eme rasa bersalah pada kita,” jawab Isabel lantas berlalu ke ruang tamu. Tamara membuntutinya.
“Apa aunty Monica cakap dengan kakak?” soal Isabel pula.
Tamara menggeleng. Hal dia dan Madam Monica biarlah terus jadi hal mereka. “Dia nak kakak cari kerja,”
“Cari kerja? Apa kena-mengena aunty Monica dengan hidup kakak? Kenapa dia nak kakak cari kerja? Dia ingat dia siapa?” marah Isabel, sakit hatinya bila ada orang yang memperlekehkan kakaknya.
“Bel! Memanglah dia tiada kena-mengena tapi takkan kakak nak terus terperuk dalam rumah, nanti jadi beruk! Biarlah kakak cari kerja, mungkin boleh tolong Bel belajar dekat luar Negara,” Tamara terus kenyit mata. Dia terus bangkit sebelum Isabel menghalangnya.
“Kak!” panggil Isabel.
“Sweet dream, Bel!” ucap Tamara sambil menaiki tangga.
Isabel mendengus. Dia tidak marah tapi dalam hati dia rasa gembira mendengar kata kakaknya tadi.

*****

PAGI-PAGI  lagi Tamara sudah meninggalkan rumah selepas menyiapkan sarapan untuk adik-beradiknya. Sekitar jam 8 pagi, dia sudah pun berada dipusat bandar. Tara, masa untuk berjuang! Fighting Tara!        
            Satu-persatu kedai Tamara masuk melamar pekerjaan tapi tiada kedai yang sudi untuk menerimanya berkerja dikedai mereka. Tamara mengeluh. Kini barulah dia faham, setakat kelulusan STPM dan hanya mendapat pointer yang rendah memang tidak dipandang langsung. Tamara menggenggam penumbuknya. Tapi itu tidak akan terjadi pada Bel, sebab Bel takkan masuk ke Tingkatan 6, dia akan belajar di luar Negara. Itu janji aku! Tamara terus bangkit dan mula mencari kerja semula.
            Krooo…. Tamara terus berhenti berjalan sebaik saja perutnya itu berbunyi meminta diisi. Dia mengusap-usap perutnya itu. Mungkin terlalu banyak tenaga yang digunakannya sehinggalah dia rasa seperti kebuluran itu. Sebelum menuju ke vanding machine dia memeriksa duit syilingnya terlebih dahulu. Setelah dia pasti yang dia mampu untuk mendapatkan minuman dia terus meluruh ke vending machine yang terletak tidak jauh dari tempatnya. 
            Setelah selesai membeli biskut dan minuman tin, Tamara menuju pula ke sebuah taman untuk berehat seketika. Minuman tin berperisa milo itu dibuka lalu diteguk sedikit. Telefon bimbit didalam saku dikeluarkan lalu mula menghantar pesanan ringkas kepada Aditya.

            + Awak buat apa? Sibuk?

            Selesai menghantar, telefon bimbit diletakkan atas riba. Sambil menunggu balasan Aditya, sambil dia mengunya biskutnya sedikit demi sedikit. Tiba-tiba telefonnya bergetar. Tamara pantas tersenyum.
           
            +Sibuk juga. Kami tengah presentation ni.
            -Opp…sorry ganggu! Nanti saya msg awak balik la
            +tak apa… nanti sy call awak. I miss you!

            Tamara pantas tersenyum. Entah mesej seringkas itu boleh mambuatkan harinya bahagia apa lagi kalau Aditya mengucapkan ayat itu dihadapannya, mahu luluh kepala lututnya. Adi, saya dah jatuh cinta dengan awak!

            -I miss you 2!

            Tamara terus memasukkan telefon bimbitnya itu ke dalam saku. Tidak sampai 5 minit, telefonnya berdering pula. Tamara berkerut kening melihat nama si pemanggil. Adi?
            “Hello!” dia segera menjawab.
            “Hello Tara…”
            “Kenapa call? Kata presentation,”
            “Saya keluar sekejap. I miss you…” ucap Aditya halus dipendengaran Tamara.
            Tamara tersenyum. Saat itu dirasakan telinganya sudah panas seperti ayam panggang yang baru keluar dari ketuhar.
            “Awak taknak cakap tempat saya?” soal Aditya selepas tidak mendapat balasan dari Tamara.
            “Huh? Kan saya dah hantar mesej tu, kenapa nak saya ucap pula?” Tamara cuba bermain tarik tali.
            “Tapi saya nak dengar, saya betul-betul rindukan awak,”
            Tamara menahan debaran dihatinya. Mengada! Sedangkan baru saja dia mendarat di Bangkok beberapa jam lalu.
            “Okey… I miss you too. Puas hati?”
            “Tak! Saya nak awak cakap yang awak cintakan saya, cuma saya. Saya takut ni, saya kan jauh!” kata Aditya, seakan mengesa.
            Tamara menggelengkan kepala. Penat melayan perangai Aditya yang seakan kebudak-budakan itu.
            “Sepatutnya saya yang perlu takut, bukannya awak. Di sana ramai perempuan cantik, lebih bergaya dari saya,” Tamara merendah diri. Bukan saja-saja, tapi jauh disudut hatinya, dia masih teringat akan kata-kata Madam Monica semalam. Dia belum yakin dengan cinta dia dengan Aditya.
            “Tara, kalau awak nak tahu semua perempuan yang saya nampak disini, semuanya muka awak. Saya rasa saya dah gilakan awak la… macam mana ni?” kata Aditya.
            “Mengada! Sudahlah… lepas 3 hari nanti, awak akan dengar. Saya akan cakap depan-depan awak,”
            “Betul?”
            “Eya..okeylah, saya perlu pergi ni, saya nak cari kerja,”
            “Eh, kejap! Cari kerja?” soal Aditya.
            “Tamara?” panggil seseorang dari belakang membuatkan Tamara segera menoleh. Terkejut Tamara melihat gerangan yang memanggilnya tadi. Dia kan…
            “Saya perlu pergi, bye!” Tamara segera mematikan talian.
            “Awak Tamara, kan?” soal Tania sambil menghampiri Tamara.
            “Ya, hai!” sapa Tamara sambil melihat gaun cantik yang menyarungi tubuh Tania itu.
            “Saya ada shoting disana,” kata Tania sambil menuding kearah sebuah kolam pancut yang ada ditaman itu, dia tahu apa erti riak wajah Tamara tadi. Siapa yang tidak terkejut, tiba-tiba muncul dengan baju pengantin pula. Tak pasal-pasal orang fikir dia kahwin lari!
            Tamara mengangguk-angguk. “Cantik!” puji Tamara.
            “Awak buat apa sini?” Tania bertanya sambil melabuh punggung disisi Tamara.
            “Saya… “
            “Awak minum ini saja?” potong Tania sambil mengangkat minuman tin itu.
            Tamara kelat. “Saya rehat sekejap. Lepas ni dah nak pergi,”
            “Pergi mana? Taknak tengok saya sekejap?” ajak Tania ramah.
            “Tak la Cik Tania, saya ada kerja,”
            “Kerja apa?” Tania seakan tidak mahu mengubah keputusannya.
            “Er… setakat ni belum ada lagi, baru nak cari,”
            Tania terdiam sejenak. Otaknya mula memikirkan sesuatu.
            “Awak cari kerja?”
            Tamara mengangguk sekali. Tania tersenyum.  

******************************************************* 
p/s : hehe...sorry lambat post..jangan ada yang nak baling sudu ya? hehe...selamat membaca, komen ya?

9 comments:

  1. heheh...sweet la diorg nie...npe la dgn madam monica nie..haishhh

    ReplyDelete
  2. errr baling garpu boleh??heheh
    madam monica tu tak suka tara ke??

    ReplyDelete
  3. ape yg jd mlm tu? whoaaaa x cite pun :p

    ReplyDelete
  4. amira > hehe...sweet, kan?

    anayue > erk! sakit tu! hehe...tulah, ada udang disebalik mee kot.

    afaish > huh? takkan nak describe apa yg terjadi satu-persatu..hehe

    ReplyDelete
  5. ala...
    xkan tara keje ngn ex-adi kot...
    xmo..xmo...

    ReplyDelete
  6. best...
    cpt smbg ye okie...
    suka sgt baca citer ni...
    =)

    ReplyDelete
  7. best...len kali panjang lagi k...lama tul tgu....huhuhu....nape dgn madam monica tu, x btl agaknya....romantiknya adi...smga hubungan mereka kekal smpai bila2...

    ReplyDelete
  8. gud job okie.....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.