Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 July, 2011

Love.28 : Uncovered


            “I’M HOME!”
Laung Tania selepas saja dia melangkah ke dalam. Tamara yang ada dibelakang ragu-ragu untuk masuk. Tania menoleh ke arahnya.
            “Ai, kenapa tak masuk lagi?” katanya lantas menarik tangan Tamara. Tamara hanya menurut.
            “Dai!” panggil Tania sambil mencari-cari kelibat Dai seluruh ruang pangsapuri itu. Seketika kemudian, dia balik semula ke tempat Tamara.
            “Rasanya kawan saya belum balik lagi, kami sama-sama pergi shooting tadi. Duduklah!” terang Tania. Mereka seiring menuju ke ruang tamu.
            “Awak nak apa-apa tak?” tanya Tania. Tamara hanya menggeleng. Tania mengeluh kecil lalu duduk disisi Tamara. Kedua-dua tangan Tamara dicapai.
            “Hey, dari tadi awak tak menjawab? Kenapa, awak tak suka kerja ni? Awak nak saya naikkan gaji?” soal Tania bertubi-tubi.
            Pantas Tamara menggeleng. “Tak, Tak! Bukan macam tu, saya tak nak awak naikkan gaji. Saya suka kerja ni, Cuma awak tak takut kah tiba-tiba bagi kerja pada orang yang awak tak kenal?”
            Kini barulah Tania faham. Dia mengangguk-angguk.
            “Jadi hari tu, kenapa awak selamatkan saya kalau awak tak kenal saya?” Tania memulangkan paku buah keras.
            Tamara bungkam. Tapi tak sama. Bisik hatinya.
            “Saya percayakan awak. Sudahlah… saya tetap nak awak kerja disini. Awak tak kesian dengan saya kah bila nampak rumah ni macam kandang kuda?” Tania berseloroh. Terletus tawa Tamara.
            Akhirnya Tamara mengangguk. “Yalah, bila saya boleh mula kerja?”
            “Sekarang pun boleh!” jawab Tania.
           
            “KAKAK dah balik!” laung Tamara sambil mengunci semula pintu rumah.
            “Kakak!” jerit Benjo sambil berlari dan memeluk kakaknya.
            “Kenapa ni Bel?” soal Tamara seperti orang kerisauan. Isabel menghampiri mereka.
            “Kakak pergi mana? Dari pagi Benjo tunggu kakak balik, dah bengkak mata dia tu menangis,” jelas Isabel. Tamara tersentak. Pantas dia duduk mencangkung dan memegang kedua-dua pipi Benjo.
            “Lah… kesian! Kakak tak pergi mana-manalah sayang, kakak cari kerja,” kata Tamara sambil mengucap kepala adiknya.
            “Tapi kakak keluar lama sangat, Benjo fikir kakak dah tinggalkan kami,” jawab Benjo manja.
            Tamara tergelak kecil. Dia terus mendukung Benjo dan berlalu ke ruang tamu.
            “Jadi kakak dah dapat kerja?” soal Isabel pula.
            “Sudah. Hari ni dah mula kerja,”
            Isabel seakan terkejut. “Oya? Kerja dekat mana?”
            “Bel ingat tak masa dekat Bali hari tu? Kakak kerja dengan Tania, orang yang kakak tolong. Dia baik sangat,” puji Tamara.
            Hampir luluh jantung Isabel mendengar nama itu semula. “Kak…” suara hampir tidak kedengaran.
            Tamara mengerut kening. “Kenapa ni, muka Bel pucat?” Tamara segera mendekati Isabel.
            “Kak, jangan kerja dengan dia. Esok kakak berhenti kerja, ya?” kata Isabel seakan memaksa.
            “Apa ni Bel? Kakak baru dapat kerja ni, takkan nak lepaskan pula,”
            “Tapi kakak boleh cari kerja di tempat lain kan? Please… asalkan bukan dengan dia,”
            “Bel, kenapa ni? Cuba terangkan pada kakak. Bel cakap macam ni macamlah Tania tu jahat sangat. Dia takkan pukul kakak!”
            “Bukan itu…”
            “Habis tu? Bel jangan risaulah.. Tania takkan dera kakak, dia baik dengan kakak. Percayalah!” Tamara cuba meyakinkan Isabel. Tapi nampaknya, Isabel semakin risau dengan situasi itu. Dia bukan takut Tania mengapa-apakan kakaknya, tadi dia takut kakaknya itu terluka selepas saja dia tahu yang Tania adalah bekas teman wanita Aditya. Wanita yang pernah Aditya cintai sehingga sanggup melepasknya.
            “Suka hati kakaklah. Bel dah cuba bagi amaran, lepas ni jangan salahkan Bel pula,” Isabel terus bangkit dan meluru naik ke biliknya.
            Tamara kebingungan. Sikap adiknya itu berbeza dengan sikapnya yang dulu. Adiknya itu tidak pernah mempersoalkan kerja-kerjanya dulu. Ini mesti ada sesuatu, kalau Bel berkeras taknak saya kerja dengan Tania. Saya takkan berhenti sehingga saya tahu sebabnya!
            “Kakak, kenapa dengan kak Bel?” soal Benjo.
            Tamara berpaling lalu tersenyum. “Takda apa-apa. Benjo dah makan?”
            Benjo menggeleng.
            “Kenapa tak makan lagi? Tunggu kakak? Mari, saya masakkan!” Tamara dan Benjo berpimpin tangan menuju ke dapur.

            TAMARA mengetuk pintu bilik Isabel selepas saja dia menghantar Benjo ke biliknya. Isabel yang mundar-mandir dihadapan jendela segera membukakan pintu.
            “Apa?” soal Isabel sambil bersandar dipintu.
            “Haik, macam taknak kakak masuk saja?”
            Isabel mendengus kecil lantas berlalu ke katilnya.
            “Bel, kakak buat semua ni untuk Bel, supaya Bel dapat belajar diluar negara,” Tamara cuba menerangkan situasinya.
            “Kalau begitu Bel taknak belajar diluar negara!” tegas Isabel seraya bangkit dan menjauhi kakanya. Dia memeluk tubuh.
            Tamara mengeluh kecil. Dia terus bangkit mendekati Isabel.
            “Kakak tetap naik Bel belajar di luar negara. Walaupun Bel tak suka, kakak tetap akan bekerja dengan dia,”
            “Kenapa kakak ni keras kepala?” tiba-tiba Isabel meninggikan suaranya.
            Terkejut Tamara. “Bel, tak pernah-pernah Bel tinggikan suara Bel pada kakak, apa masalah Bel kalau kakak kerja dengan Tania?” dahi Tamara sudah berkerut. Tidak puas hati dengan sikap Isabel.
            “Maafkan Bel, tapi Bel Cuma nak melindungi kakak,”
            “Nak lindungi kakak daripada siapa? Tania? Tania tu perempuan lah,”
            “Bukan dari dia, tapi…”
            “Sudah Bel. Kakak taknak dengar apa-apa lagi. Bel tahu macam mana sikap kakak, Bel tak boleh ubah keputusan kakak,”
            “Mungkin Bel tak boleh tapi abang Adi boleh!” kata-kata Isabel seakan ugutan dipendengaran Tamara.
            “Kalau Bel masih anggap kakak ni kakak Bel, jangan bagitau Adi!” kata Tamara keras lantas beredar. Isabel mendengus kecil. Dia menghempas punggungnya ke katil. Dia mengurut-urut kepalanya yang sedikit pening itu. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk mengubah keputusan kakaknya itu.
            “Abang Eme…” tiba-tiba nama itu terpacul dibibirnya. Pantas dia mengukir senyuman.

*****

            “SELAMAT PAGI!”
            Terkejut Tamara yang sedang menyiram bunga dihalaman hadapan rumah. Dia terus menutup pili air itu lalu membukakan pagar.
            “Awal awak datang,” kata Tamara. Terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Belum pernah Jeremy datang sebegitu awal.
            Jeremy hanya tersenyum. “Saja, sudah tugas saya sebagai kawan Adi,” dia ketawa.
            “Yalah tu. Awak datang sebab nak sarapan free, kan?”
            Jeremy ketawa lagi. “Tau-tau aja! Benjo mana?” soal Jeremy. Tamara mengecilkan matanya.
            “Cari Benjo atau Bel?” usiknya.
            “Takdalah… saya datang ni sebab nak sampaikan berita baik untuk awak,” kata Jeremy. Tamara mengerut kening.

            “AWAK nak saya kerja di syarikat kamu?” kata Tamara lantas ketawa kuat. Jeremy sudah mengerut kening.
            “Wei, apa yang lucu?”
            “Yalah… memang lucu! Apa awak ingat dengan lulusan STPM macam saya ni layak bekerja di syarikat besar kamu? Eme, Eme…taka pa, mungkin kau terlupa!”  Tamara ketawa lagi.
            “Tapi saya tetap nak awak kerja disyarikat, lebih senang Adi dan saya nak mengawasi awak,” kata Jeremy. Pantas tawa tamara mati.
            “Nak awasi saya dari apa? Saya bukan budak kecil lagi lah. Saya boleh jaga diri saya sendiri,”
            Jeremy mengeluh kecil. Betul kata Isabel, tamara memang keras kepala. Keras dari kepala Aditya!
            “Tapi gajinya lebih tinggi dari kerja awak sekarang ni,”
            Pantas kepala Tamara berpaling kearah Jeremy. Dahinya sudah berkerut. Jeremy terus menampar-nampar bibirnya, terasa dirinya bodoh kerana keterlanjurannya itu.
            “Bel bagitau awak?” soal Tamara seakan tahu. Siapa lagi yang tahu pasal pekerjaannya selain Isabel.
            Perlahan-lahan Jeremy mengangguk, dia tersenyum kelat.    
            Tamara mengeluh kecil. Dia turun dari kerusi dapur. “Saya dah cakap dengan Bel, saya taknak kerja dimana-mana lagi. Saya dah terima tawaran kerja tu, kalau saya tolak apa perasaannya nanti. Dia dah cukup baik sebab percayakan saya tau tak. Kenapa takda yang nak faham saya?”       
            “Bukan begitu…”
            “Eh, Eme! Awak dengan Bel sama saja. Apa masalah korang dengan Tania? Kamu belum kenal dia tapi kamu dah takut dengan dia. Apa sebabnya?” soal Tamara. Tidak mungkin mereka berkeras melarang dia bekerja dengan Tania jika tiada sebab.
            “Takda sebabnya, saya Cuma nak awak hati-hati,”
            Tamara mendengus sebaiks aja mendengar jawapan Jeremy yang tidak masuk akal itu.
            “Eme, tolong bagitau saya. Apa sebab kamu melarang saya? Kamu kenal Tania?”
            Jeremy mengalih pandangannya ke jendela. Kenal, kenal sangat-sangat!
            “Dia bekas teman wanita Aditya!” jawab Jeremy sekali gus membuatkan Tamara terduduk semula.
            “Aa.. apa?” suara Tamara tergagap-gagap.
            “Tania bekas teman wanita Aditya,”
Kali ini ayat itu lebih jelas pendengaran Tamara. Otaknya serta-merta kosong. Dia tidak tahu apa perasaan yang dialaminya sekarang. Takut? Cemburu? Marah? Tapi kenapa dia perlu takut? Kenapa dia perlu cemburu? Dan kenapa pula dia perlu marah?
“Tapi bukankah semua teman wanita Adi dah…”
“Meninggal?” Jeremy menggeleng kepala. “Tidak semua. Tania adalah wanita terakhir yang menjadi teman wanitanya. Sebelum apa-apa terjadi pada Tania, Adi sudah melepaskan dia,” cerita Jeremy.
Hampir luluh jantung Tamara mendengar bicara itu. Begitu kuat cinta Adi sehingga dia sanggup melepaskan Tania?
“Saya nak awak fikir baik-baik, Tamara. Dia bekas teman wanita Aditya, awak sanggup duduk sebumbung dengan dia walaupun awak dah tahu siapa dia yang sebenarnya?”
Tamara memandang Jeremy. Dia bungkam sekejap.
            “Tapi itu kisah lama kan? Semua tu dah berlalu. Saya tak kisah siapa dia pada Aditya atau siapa Adi pada dia. Yang penting adalah hari ini, siapa Adi pada saya dan siapa saya pada Adi. Tiada siapa yang boleh ubah semua tu,” kata Tamara. Mungkin bagi orang lain, mereka akan menganggap keputusan Tamara adalah keputusan yang paling bodoh. Tiada siapa yang sanggup bersama-sama dengan bekas teman wanita suaminya.
            “Tamara, fikir baik-baik. Macam mana kalau Adi tahu? Saya tahu, Adi takkan biarkan awak kerja dengan dia. Percayalah!”
            “Kenapa? Adi masih cintakan Tania?”
            Tersentak Jeremy dengan soalan Tamara itu. “Saya tak tahu, tapi cuba fikirkan macam mana perasaan Adi. Walau tiada rasa cinta dihati Adi untuk Tania, tapi dia mungkin fikirkan perasaan awak. Takkan awak tak fikir pasal dia langsung?”
            Tamara terpana. Betul juga. Adakah saya yang terlalu pentingkan diri sendiri? Tamara mengeluh berat.
            “Maafkan saya, saya tak fikir pasal Aditya. Saya akan bercakap dengan Tania,”
            “Awak nak cakap yang awak ni isteri Adi?”
            “Taklah. Saya nak berhenti kerja dan takkan jumpa-jumpa dia lagi. Demi kebaikan kami bertiga. Tapi awak jangan bagitau Adi yang saya jumpa Tania, ya?” mohon Tamara.
            Jeremy sekadar tersenyum lantas mengangguk. “Cukuplah awak taknak kerja disana lagi,” kini barulah Jeremy lega sedikit. Semalam, selepas Bel memberitahunya dia langsung tidak boleh melelapkan mata.
            “Thanks sebab bagitau saya,” ucap Tamara lalu membuang pandangannya kea rah jendela. Memikirkan apa yang harus dia sampaikan pada Tania nanti.

*****
           
            TAMARA menekan-nekan lonceng pintu pansapuri Tania. Sesekali dia mengeluh kecil. Dia sudah tidak sabar untuk memberitahu Tania bahawa dia mahu berhenti kerja. Seminit kemudian, pintu terbuka dari dalam.
            “Maaf, Tamara. Sibuk sangat ni! Masuklah!” selepas menyuruh Tamara masuk, Tania terus beredar menyiapkan kerja mengemas bagasinya. Tamara melangkah masuk. Kelihatan kedua-dua gadis itu sedang sibuk bekejaran keluar masuk dapur dan bilik air.
            “Kamu nak pergi mana?” soal Tamara sekali gus membuatkan Tanid an Dai berhenti berlari. Tania dan Dai saling berpandangan.
            “Er… Tania! Kau uruskan barang-barang. Aku nak bercakap dengan dia,” kata Dai lantas menyerahkan semua pencuci muka dan barang lain kepada Tania.
            “Wei!” marah Tania tidak puas hati.
            “Pergi ja la!” balas Dai pula lalu menghampiri Tamara. Tania menyerotkan bibirnya lantas dia pun menuju ke kamarnya.
            “Hai! Saya Dai, kawan Tania!” sapa Dai girang siap dengan senyuman lebar lagi.
            “Hai, saya tahu,”
            Sorrylah kemarin tak sempat nak bertegur sapa. Saya dengar nama awak dari Tania aja, awak tak marah kan?” kata Dai.
            Cepat-cepat Tamara menggeleng. “Tak apa. Kamu nak saya tolong apa-apa?”
            “Hmm… ada! Tolong kemas bagasi saya, ya?” kata Dai sambil memegang tangan Tamara. Tamara hanya tersenyum lantas mengangguk. Dai terus membawa Tamara masuk ke dalam biliknya.

            “Nah!” Tania menyerahkan kunci pendua kepada Tamara. Tamara menyambut dengan rasa berat hati.
            “Em, bila korang balik lagi?” soalnya sambil membantu Dai untuk memasukkan bagasi-bagasi ke dalam bonet kereta.
            “Biasanya kami akan pergi dua hari, tak lama pun!” jawab Dai. Bonet kereta segera ditutup selepas semua barang-barang selesai dipunggah ke dalamanya.
            “Em..Tania. Boleh kita cakap sekejap?” Tamara mendekati Tania. Tania memandang Dai yang sudah mengetuk-ngetuk jam ditangannya.
            “Okey, nak cakap apa?” jawab Tania. Dai sudah menepuk dahi.
            “Emm…nantilah!” putus Tamara pula.
            “Laa… tadi nak cakap sesuatu,”
            “Tak apa… nampak macam korang dah kesuntukan masa. Lagipun korang pergi hanya dua harikan?” kata Tamara.
            Tania tersenyum. “Ohhh… thanks Tamara. Kami pergi dulu,” pamit Tania sambil memeluk kejap tubuh Tamara. Mereka pun masuk ke dalam kereta. Tamara melambai dari luar.
Tak apalah, ada masa lagi. Getus hati Tamara lantas dia masuk ke bangunan selepas saja kereta Tania keluar dari perkarangan pangsapuri.

************************************************* 
p/s : exam mode! wish me luck! Oya... enjoy reading!
Joob!Joob!

5 comments:

  1. hrap2 la tania xjhat...
    btw gud luck... :)

    ReplyDelete
  2. jangan la adi tau yg tara kerja ngan tania..huhuhuu
    gud luck yaaaa.. ^^

    ReplyDelete
  3. hish,naper la xckap!..

    ReplyDelete
  4. Msti tamara trus keje Ngn taniA..
    Hish, pyah benor nk ckp,meh cini aku omong smenya..hi3
    cept smbung...

    ReplyDelete
  5. waaaaa...cian tara.. tara tabahla ya.. chayok2
    sambung2

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.