Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 August, 2011

3rd Proposal : Your Pride Vs. My Pride


3rd Proposal : Your Pride Vs. My Pride


            “TERIMA KASIH, JIT!” ucap Cinta lantas menolak pintu kedai kek milik Lialina. Kelihatan kedai itu masih dipenuhi dengan pelanggan, rata-rata yang melanggan adalah pesangan kekasih. Sebaik dia menapak, Lialina terus menyapanya.
            “Cinta!”
            “Penatlah Lia…boleh ambilkan aku air?” pinta Cinta lalu menuju ke satu meja yang tidak mempunyai pelanggan. Seketika kemudian, Lialina pun datang membawa segelas air sejuk. Dia melabuh sambil meletakkan gelas tersebut diatas meja.
            “Eh, tadikan… aku ada cuba call nombor kau, dan betul ada orang jawab panggilan aku,” cerita Lialina.
            “Eya? Jadi dia nak tak pulangan handset aku?” soal Cinta sambil meneguk airnya. Tengkuknya yang terasa lenguh itu dipicit-picit selepas meneguk airnya.
            “Rasanya, esok kot dia datang. Nama dia kalau tak silap, Ian. Ya, Encik Ian,”
            “Lelaki?” soal Cinta.
            Lialina mengangguk-angguk.
            “Dia tahukah mana nak pulangkan?”
            “Aku dah bagitau dia, rasanya esok dia datang,” tegas Lialina lagi.
            “Em..baguslah! Thanks Lia,” ucap Cinta sambil bangkit.
            Lialina yang masih banyak soalan dalam kepala otaknya itu langsung menghalang langkah Cinta.
            “Wei, kejaplah! Aku masih ada benda nak tanya lagi ni,”
            “Apa dia? Aku penat ni, aku nak balik,”
            “Alah…” Lialina sudah bangkit dan memaut lengan Cinta. Dia membawa semula Cinta untuk melabuh punggung. Dalam keterpaksaan Cinta tetap menurut.
            “Tak apa…hari ini aku pandu! Jangan risau,”
            “Yalah, huh…kau nak tanya apa? Cepat!”
             “Ada apa-apa terjadi masa kau dekat rumah Datin?” soal Lialina ingin tahu. Wajah Cinta serta-merta berubah riak. Tempat itu mengingatkan dia kepada lelaki sombong itu. Rasa marahnya masih belum reda lagi sebenarnya.
            “Apa yang kau nak tau? Takda apa-apa yang menarik pun disana. Semua jemputan dari golongan Hi-So,” kata Cinta dengan nada terpaksa. Kalau diikutkan hati, dia tidak mahu bercerita, nanti menyimpang tambah panjang pula pertanyaan kawannya itu.
            “Haik, aku tanya sikit pun dah marah. Kalau kau dah bad mood macam ni, ini mesti ada apa-apa terjadi dekat sana, kan?” teka Lialina seakan faham sekali dengan sikap Cinta itu.
Tiba-tiba Cinta mendiamkan diri.
“Lia, aku nak tanya. Muka aku ni ada serupa pelacur, tak?” soal Cinta tiba-tiba.
            Kening Lialina terangkat. “Huh? Apa kau tanya ni?” terkejut Lialina dengan soalan tersebut, tidak pernah-pernah Cinta menyoal dia seperti itu.
            “Lah..jawab sajalah!” paksa Cinta.
            Pantas Lialina menggeleng. “Taklah…okey aja pun! Ada sesiapa cakap kau macam pelacur, kah?”
            Cinta mengangguk kecil. “Ya, ada,” jawabnya lemah.
            “Siapa?” Lialina seakan menjerit. Seakan terkejut dengan akuan Cinta. Selama ini, dia belum pernah lagi mendengar orang menggelar Cinta sebegitu rupa.
            “Pelan-pelanlah, Lia!” tegur Cinta. “Aku tak kenal dia siapa. Tapi dia ni memang sombong nak mampus lah! Dia tak pernah pun jumpa aku, tak pernah kenal aku. Tup-tup dia dah cakap buruk pasal aku. Tak faham betul!” luah Cinta.
            Lialina sudah menggeleng kepala. “Aku pun tak faham,” katanya.
            “Lagi satukan, dia hampir-hampir terlanggar aku tadi petang masa aku on the way rumah datin. Lepas tu, dah buat salah taknak minta maaf pula. Memang mental betul lelaki ni, nasib baik aku tak apa-apa.”
            “Eya?? Memang melampaulah lelaki tu,” tiba-tiba Lialina tersentak. “Kejap, lelaki?” tanyanya.
            “Eya, lelaki yang menganggap dialah yang paling kaya di dunia ni. Ee… nak muntah aku!” kata Cinta, tubuhnya bergetar seakan jijik.
            “Jangan-jangan, dia tak yang jumpa handset kau,” kata Lialina membuatkan Cinta tiba-tiba diam.
            “Tak mungkinlah!” Cinta cuba menafikan. Kalau betul dialah yang jumpa handset aku, sudah pasti dia kembalikan pada aku. Tapi baik sangatkah dia sampai tolong pulangkan pada tuannya? Tak mungkin…orang kaya macam dia rasanya sudah menyepak terajang handset aku!
            “Tapi takkanlah kebetulan sangat. Orang yang hampir melanggar kau tu pun lelaki, orang yang terjumpa handphone kau tu pun lelaki juga. Ada kemunginan lelaki yang panggil kau tuuttt..tu lelaki yang sama,” jawab Lialina persis seorang penyiasaat yang sedang membuat penakulan.
            Cinta terdiam seketika. Memproses segala maklumat yang diberikan Lialina tadi. Kalau memang lelaki sombong tu yang jumpa, aku lebih rela dia tak payah pulangkan. Tapi handphone tukan hadiah dari papa?
            “Lebih baik kita berdoa supaya bukan dia yang jumpa handset aku!” ujar Cinta tiba-tiba lantas bangkit lalu membawa gelas yang telah kosong itu masuk ke dapur. Sebentar kemudian, barulah Lialina menyusul.

*****

            IAN memusing-musingkan telefon bimbit Nokia bermodel 3100 yang berwarna biru laut itu. Semakin lama handset itu berada ditangannya, semakin kuat keinginannya untuk berjumpa dengan empunya handset tersebut. 
            Lelaki yang sedang duduk berhadapan dengan dia itu langsung tidak dilayan. Sehinggakan lelaki itu mula merasakan dia hanyalah seperti penyangkut baju yang tegak berdiri dibelakangnya.
            “Yo! Dari tadi aku nampak kau tenung handset tu? Ada apa-apa yang menarikkah dengan handset tu?” soal Carl.
            Ian segera memusingkan kerusinya agar manghadap dengan Carl.
            “Handset murah macam ni, ada yang menarik? Hum! Aku cuma tak tertanya-tanya, dalam dunia serba moden macam ni masih ada yang guna handset model ni? Tak kah pelik?”
            Carl tersenyum. “Hei, kau perlu tau Ian, dalam dunia ni bukan semuanya kaya-raya macam kau tau tak,”
            Ian tergelak, seakan mengejek. “Hum, rasanya pengemis kat tepi jalan pun taknak handset buruk macam ni, tau!”
Carl hanya menggelengkan kepala. Sikap kawannya itu langsung tidak berubah. Selalu megah dengan kekayaan yang ada padanya. Tapi, memang layak pun dia nak berlagak, dia yang kumpul duitnya sendiri dan tidak lama lagi dia bakal menjadi CEO kepada syarikatnya itu.
“Kalau dah buruk, kenapa ada tempat kau pula? Kenapa tak buang saja?”
            Ian memandang Carl. “Aku ada sebab aku sendiri. Pemilik handset ni akan tahu mana satu yang lebih berharga nanti, handsetnya atau Iphone ni,” kata Ian sambil menepuk-nepuk kotak Iphone disebelahnya.  

            TING! TONG!
            Bunyi lonceng kedai kedengaran.  Lailina terus menyapa pelanggan tersebut. Kelihatan mata lelaki itu meliar disetiap penjuru kedai. Setelah lelaki itu melabuh punggung, Lialina pun menerpa untuk meminta pesanannya.
            “Encik nak tempah atau makan disini?” soal Lialina.
            Ian mengangkat kepala, memandang terus ke wajah Lialina membuatkan Lialina sedikit gementar dengan renungannya. Wei… mamat ni, untung aku dah nak kahwin, kalau tak ada juga yang jadi boyfriend aku!
            “Aku Ian, aku datang nak kembalikan telefon ni,” Ian menunjukkan telefon bimbit itu kepada Lialina. Baru saja Lialina ingin mengambil telefon tersebut, Ian sudah menarik semula.
            “Aku nak jumpa pemilik handset ni,” pinta Ian.
            Lialina mengerut kening. Dia berfikir-fikir. “Er, sekejap ya. Aku panggilkan,”
            “Tak apa. Biar aku datang ke tempat dia. Dia dimana?”
            Lialina sudah memandang Ian dengan pandangan curiga. Pelik, pelik… mentang-mentang tak menyusahkan diri sendiri, sengaja cari susah. Pasti ada sesuatu yang tak kena ni.
            “Em… dia ada dalam dapur. Tapi mungkin dia ada dibelakang. Mari saya tunjukkan,” kata Lialina.
            Ian terus berdiri dan mengikuti langkah Lialina masuk ke dalam dapur. Disepanjang jalan itu, Ian menekup hidung. Tidak selesa dengan persekitaran dapur itu walaupun ianya nampak bersih dan kemas.
            Setelah mereka tiba dipintu, Lialina pun membiarkan Ian untuk berjalan sendiri. Tanpa mengucapkan terima kasih, Ian terus menguak pintu belakang. Kelihatan seorang gadis sedang duduk disebuah pondok kecil sambil melakar sesuatu diatas scrap book dengan pensel.
            Ian tersenyum sinis sebelum melangkah mendekati Cinta. Cinta langsung tidak perasaan akan kewujudan Ian disitu, tumpuannya lebih kepada lakaran diatas scrap booknya. Tidak semena-mena, Ian terus melemparkan telefon bimbit itu keatas buku lakaran Cinta.
            Cinta tersentak. “Handphone aku!” sekali kilas saja, dia sudah boleh mengenali telefon bimbit itu. Tapi, dari siapa? Cinta pelik lantas mendongak. Dahinya pantas berkerut saat menatap wajah lelaki sombong dan bongkak itu. Dia terus berdiri.
            “Kau buat apa disini? Kau ikut aku eh?” marah Cinta.
            “No ‘Thank you’, huh? Aku dah penat-penat datang sini, kau langsung tak ucap terima kasih pun?” sindir Ian.
            Cinta memandang telefon bimbitnya. “Jadi kau yang bagi telefon ni tadi?”
            Ian mengangguk. “Takkan jatuh dari langit kot,” perlinya pula.
            Cinta sudah mengigit bibir. Cinta, dalam sejam ni, kau belum dapat apa-apa ilham lagi untuk kek baru kau, biarkan lelaki ni. Lebih baik kau mengalah saja, lepas tu dia berambuslah.
            Cinta tersenyum paksa. “Terima kasih banyak Mr. Millionaire!” ucap Cinta lalu mula beredar ingin meninggalkan Ian.
            “Eh, tungguh, tunggu, tunggu!” pantas Ian berlari menghalang perjalanan Cinta.
            Cinta mencekak pinggang. “Kau nak apa lagi? Aku dah ucap terima kasih, kan?” Cinta tidak puas hati. Terus-terang dia rasakan, dia betul-betul benci dengan lelaki dihadapannya itu. Setiap kali dia dan lelaki tersebut berpandangan, timbul satu perasaan yang asing buatnya dan dia tidak sukakan keadaan itu.
            “Rasanya, telefon ni dah buruklah. Lebih baik kau tukar sebab dalam dunia moden ni dah takda orang yang pakai model ni,” kata Ian selamba menyalukkan tangan kirinya ke poket kiri.
            Cinta tergelak sinis. “Hei, Mr.! Aku nak pakai telefon model ni ka, model mahal ka, itu hal aku. Yang kau nak masuk campur kenapa?” jawab Cinta lalu mengorak langkah tapi pantas Ian beralih ke kiri membuatkan tubuh mereka hampir-hampir bertembung.
            “Kau nak apa lagi?” bentak Cinta. Dia nak tengok ‘tanduk’ aku lagi, ka ni? Aku boleh saja, masih banyak tenaga nak belasah orang ni!
            “Aku cuma kesian dengan kau, dah la miskin, handset pun macam tu. Kalau kau buang sekali pun, takda siapa yang nak. Percayalah cakap aku. Lebih baik kau guna Iphone ni,” kata Ian lantas mengeluarkan Iphone yang sudah lama tersimpan didalam pket kirinya.
            Cinta mendengus perlahan. Berdesing telinganya mendengar kata-kata Ian tadi. Iphone ditangan Ian ditenung seketika kemudian matanya beralih pula pada telefon bimbit birunya.
            Ian tersenyum. Dah mula berfikirlah tu, ambil sajalah. Aku tahu ini yang kau nak, kan? Bisik hati Ian.
            “Mr, aku rasa telinga kau ni perlukan pembedahan dengan segera la. Aku dah cakap tadi, aku nak handset mahal, murahkah, itu hak aku. Kau takpayah nak susahkan diri kau masuk campur dalam hidup aku, boleh?” Cinta terus menolak bahu Ian membuatkan Ian terdorong ke tepi. Cinta sudah mula menapak dianak tangga pertama.
            Tidak semena-mena, Ian terus merentap telefon bimbit itu dari tangan Cinta. Cinta pantas berpaling.
            “Wei, bagi balik!” Cinta seakan menjerit.
            “Aku taknak kau pakai handset ni! Aku tahu, kau nak Iphone ni, kan? Aku sanggup bagi, tapi telefon ni kau perlu buang. Kalau kau taknak buang, aku boleh tolong!” kata Ian. Terasa seperti egonya tercabar apabila Cinta langsung tidak ingin memandang Iphonenya itu.
            “Jangan!” Cinta menjerit sekuat hatinya saat Ian melemparkan telefon bimbirnya itu kearah semak-samun. Pensel dan buku lakarnya jatuh dari tangan. Hatinya seakan dirobek sesaat melihat telefon bimbit itu bertembung dengan tembok. Berderai seperti empangan air matanya kini.          
            “Senang!” ujar Ian selamba.
            Tanpa mempedulikan Ian, Cinta terus berlari pantas menuju kearah semak-samun tadi. Ian mengerut kening. Pelik.
            “No, no, no! Jangan… papa…” Cinta sebak. Dia tidak dapat menahan air matanya daripada menitis lagi. Rumput-rumput yang sudah meninggi itu dicantas dengan tangan. Dia tidak kisah lagi dengan hirisan dari lalang itu yang dia tahu, dia mesti cari telefon bimbit itu.
            “Di mana?” marah Cinta apabila badan-badan telefon bimbitnya itu tidak kelihatan.
            Ian yang sedari tadi tidak berganjak terus melangkah menghampiri Cinta. Dahinya masih berkerut. Apahal dia ni, mencari macam orang hilang anak!
            “Wei, kau buat ni? Apasal kau cari handset buruk tu lagi sedangkan didepan mata dah ada Iphone, pelik aku!” kata Ian sambil memeluk tubuh.
            Cinta menutup rapat matanya. Serentak itu iar mata jatuh bercucuran ke pipi. Dia terus bangkit menghadap Ian.
            Ian pantas tersentak. Terdiam melihat wajah Cinta yang kemerah-merahan. Matanya sudah bengkak dek menangis. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke paha.
            “Ya, memang aku miskin. Memang handset aku buruk. Dan aku tahu handset tu 1000x murah dari Iphone yang kau agung-agungkan tu. Aku tau kau kaya, kau boleh dapat apa yang kau nak, malah mungkin kau boleh terus beli kilang handphone. Tapi… tapi kau tak boleh buat aku macam ni, kau tak kenal aku. Kau tak tahu betapa berharganya handset yang kau anggap buruk tu pada aku. Handphone tu lebih berharga dari apa-apa pun, lebih berharga dari hidup aku. Kau tak berhak buat macam ni, kau tak tak? Aku benci orang macam kau. Pergi! Pergi!” jerit Cinta bagai orang yang kerasukan hantu. Ian terundur.
            “Wei..” Ian ingin menyentuh lengan Cinta tapi Cinta terus menapis kuat.
            “Kau tak serik lagi? Kau nak kepala kau berderai macam handphone aku? Kau nak? Pergi, pergi!” jerit Cinta kuat lalu meraung sekuat hatinya. Dia terus duduk mencangkung, kepala dilekapkan diantara lutut.
            Ian buntu. Dia menelan liur berkali-kali sehinggakan tiada lagi sisa yang boleh ditelan. Dia mula menggelaba saat terdengar esakan kuat Cinta.
            “Tolonglah…pergi!” kali ini, suara Cinta lebih kepada merayu. Merayu agar lelaki itu pergi dari hidupnya.
            Ian mendengus kecil. Masalah betul! Dengusnya lantas terus beredar meninggalkan Cinta dengan tangisannya yang tidak henti-henti itu.
           
            “EH, ENCIK IAN? Dah bagi handset tu pada kawan saya?” saat ternampak Ian keluar dari dapur, Lialina terus menerpa kearah Ian.
            “Aku rasa kawan kau tu dah gila!” kata Ian dan terus keluar dari kedai.
            Lialina mengerut kening. “Siapa kawan aku yang gila? Cinta?!” Lialina yang baru tersedar, cepat-cepat menuju ke belakang kedai. Setibanya dia disitu, kelihatan Cinta sedang duduk mencangkung.
            “Cinta!” panggilnya sambil menghampiri. “Kenapa ni? Kau kenapa?” soalnya sambil memeluk bahu Cinta.
            “Lai… aku benci dia. Aku benci dia…” ujar Cinta sambil mengangkat kepala.
            Lialina terperanjat melihat mata Cinta yang bengkak dan berair itu. “Kau menangis? Kenapa? Encik Ian buat kau menangis?” teka Lialina.
            Cinta mengangguk berkali-kali. “Dia buang handphone aku, aku tak tahu mana nak cari lagi. Aku tak jumpa, macam mana ni?”
            Lialina mendengus kecil. “Patutlah perangai dia semacam saja tadi, rupanya ini niat dia. Taka pa Cinta, pasal handphone kau, kita cari sama-sama. Dah, jangan nangis lagi!” kata Lialina sambil menarik Cinta untuk bangkit. Air mata yang membasahi pipi Cinta dikesat dengan hujung baju.
            “Dekat mana?” soal Lialina.
            Cinta hanya memandang ke belakang, kearah tembok dinding itu. Lialina terus menarik Cinta masuk ke semak-samun itu dan bersama-sama mencari badan-badan telefon bimbit yang sudah bercerai-berai itu.

*************************************** 
p/s: new update...enjoy reading :)

11 comments:

  1. tak baik la Ian tu!!! geramnya!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak sepak laju laju muka mamat poyo tu..mentang mentang jutawan..sesuka jiwa raga dia aje kan..buat org macaM TU..
    hopefully ada pembalasan untuk mangkuk ayun tu..ek..

    ReplyDelete
  3. ish, bukan Cinta yg gila, Ian yg gila... sedap rasa dia je nak baling hp Cinta... mamat bongkak tu mmg patut di ajar, hehe... emosi sungguh baca entry nie... apa2 pon, nice entry... teruskan usaha anda...

    ~Aisy~

    ReplyDelete
  4. apsal ngn Ian 2 hah??
    megah tah ape2...
    cpt smbung ea writer..
    nk tau apa jd next...

    ReplyDelete
  5. rasa mcm nak tembak je Ian ni! huh!

    ReplyDelete
  6. Ian gila..ada ke patut buat orang macam tu...bengong betul..

    ReplyDelete
  7. mengingatkn sa crite he's beautiful time gominam cari cincin dy..*sweet*

    ReplyDelete
  8. bru strt bace cite nih..great story!! melampaunye si Ian ni..

    ReplyDelete
  9. ishk!! nak jew di hempuk2 si ian nie..

    ReplyDelete
  10. sabo yek cinta..nnt ade pmblsn tok ian....huhuhu

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.