Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 August, 2011

4th Proposal : Pride Vs Love


4th Proposal : Pride Vs Love
           

            TOK! TOK!
            Saat pintunya diketuk, dia terus mengangkat kepala. Datin Ratina membuka cermin matanya lalu diletakkan ditepi. Kelihatan Kak Anon yang sedang tercegat sambil memegang dulang dikaki pintu.
            “Cik Ratna taknak makan lagi, datin,” lapor Kak Anon.
            Datin Ratina mengeluh kecil. Dia pun bangkit menghampiri Kak Anon. Dulang diambil dari tangan kak Anon.
            “Tak apa, biar saya pergi,” katanya lalu berjalan menuju ke bilik anaknya. Sudah dua hari puterinya itu mogok makan, gara-gara tidak bersetuju dengan perjodohan antara Ratna dengan anak kawannya itu. Tapi dia sendiri tidak boleh berbuat apa-apa, sudah hasrat ayahnya yang mahu mengahwinkan cucunya dengan cucu kawannya. Walau apa-apa pun, dia harus menghormati hasrat terakhir ayahnya.
            Pintu bilik Ratna diketuk perlahan. Nama Ratna dilaung lembut. Berharap agar kelembutan itu akan membuatkan Ratna terbuka hati untuk membukakan pintu. Lama dia menunggu balasan dari Ratna, tapi sunyi sepi bertandang ke telinga.
            “Nina, jangan macam ni Nina. Mama risau ni,dah dua hari Nina tak makan,” kata Datin Ratina dengan tangan yang masih mengetuk pintu. Akibat terlalu risau, dia terus memulas tombol pintu. Pintu terbuka tapi bayang Ratna langsung tidak kelihatan. Datin Ratina mula kepelikan.
            “Non, Nid!” laung Datin Ratina kuat. Dulang ditangan segera diletakkan diatas meja solek. Dia segera memeriksa kamar mandi, mana tahu anaknya itu sanggup berbuat perkara bodoh. Tapi sangkaannya melesat, bilik air itu tidak berpenghuni.
            “Ada apa datin?” soal Nid turut cemas. Dia dan Anon menapak dalam bilik.
            “Ni..Ratna mana? Dia di mana?” soal Datin pantas.
            “Tadi, dia ada disini. Tapi sekarang…” ayat Anon terhenti. Dia menelan liur. Takkan cik muda mereka itu melarikan diri?
            “Tapi sekarang dia dah takda! Dia di mana?” hampir terjerit Datin Ratina.
            “Datin, cuba tengok kat jendela tu. Itu bukan tali?” soal Nid sambil menuju ke jendela.  Tali tersebut adalah kain yang disambung-sambungkan untuk menjadi satu tali untuk memanjat ke bawah. Datin Ratina dan juga Anon menghampiri jendela.
            “Ratna!” jerit Datin Ratina saat menangkap tubuh kecil Ratna yang sedang berlari menuju ke pagar.
            Ratna yang sedang berlari kuat segera mendongak kearah jendela. Mama?
            “Ma, Nina minta maaf. Nina perlu pergi!” jerit Ratna sambil membuka lebar pintu pagar yang sedia terbuka itu.
            “Nina nak pergi mana?” balas Datin Ratina. Tapi kelibat Ratna sudah pun lesap dari pandangan matanya. Dia mendengus kecil.
            “Ambil telefon di bilik saya,” arahnya pula.
            “Tapi datin, handset Cik Ratna ada diatas katil,” kata Nid membuatkan Datin Ratina bertambah cemas lagi.  
            “Apalah yang Nina fikirkan ni, buat orang risau saja!” dengus Datin Ratina lalu keluar dari bilik tersebut.

            “KAK KANYA!” panggil Cinta dengan nada ceria. Dia terus melangkah mendekati kaunter. Kelihatan kaunter itu tidak mempunyai penjaga. Sebuah kotak kek kecil diletakkan diatasnya.
            “Eh, Cinta!” tiba-tiba seorang lelaki muncul dari belakangnya. Lelaki yang berbadan tegap dan memakai bandana berwarna merah dikepala. Lengok tubuhnya lembut saja. Lelaki yang dipanggil Kanya itu terus memeluk Cinta sambil.
            “Datang nak ambil handset, kah?” soal Kanya sambil masuk ke kaunter.
            “Ah’ha… ni saya bawakan akak kek, nanti kongsi dengan Amai, ya?”
            “Oh… terima kasih! Tunggu sekejap, ya?” Kanya terus menuju ke belakang untuk mengambil telefon bimbit Cinta.
 Cinta hanya mengangguk dan menunggu.
“Ini dia,” kata Kanya sebaik saja dia keluar dari belakang lalu memberikan telefon bimbit itu kepada Cinta.
“Terima kasih kak. Berapa semuanya?” soal Cinta sambil membuka tas tangannya.
“Eh, tak perlu, tak perlu! Cinta dah bawa kek ni pun dah memadai. Lagipun dah berapa lama Cinta jadi pelanggan akak, kali ni biar akak bagi percuma,”
“Ooo… akak ni baiklah. Terima kasih, ya?”
By the way, napa Cinta tak tukar handset saja? Mungkin kalau lagi sekali terjatuh, akak dah tak boleh tolong baikkan,” Kanya memberi saranan.
Cinta hanya tersenyum nipis. “Taulah… lain kali handset ni takkan jatuh lagi. Cinta pergi dulu ya,” kata Cinta sambil melekapkan pipinya ke pipi Kanya, lagak seperti meminta diri dengan ibunya.
Kanya hanya melambai saat Cinta sudah melangkah dipintu.

IAN menguis-nguis penumbuknya ditelapak tangan saat melihat adegan menyakitkan mata didalam stor telefon bimbit tadi. Mahu saja dia menyerbu mereka, tapi ada sesuatu yang menghalang langkahnya.
Saat seorang gadis keluar daripada stor itu, dia terus berganjak dari keretanya. Entah apa yang merasuk Ian, langkahnya pantas seakan mengejar kereta api.
Ian yang tiba-tiba muncul dihadapan Cinta membuatkan Cinta terperanjat lantas mematikan langkahnya.
“Kau buat apa ni? Kau ikut aku eh?” soal Cinta sebal. Terasa seperti dia adalah target seorang pembunuh upahan.
“Siapa dia?” soal Ian tiba-tiba.
Cinta mengerut kening. Tidak faham. “Maksud kau siapa?”
“Alah… cakap saja dia tu spare part kau kan? Siap kissing lagi. Ee… lelaki macam tu pun kau nak?” marah Ian, kedua-dua pinggangan dicekak. Lagak seperti seorang ibu yang memarahi anak daranya.
Cinta sudah menepuk dahi. “Ya Tuhan. Kurniakanlah aku kesabaran. Hey, kau dengar sini, dengan siapa aku berjumpa, siapa aku ‘kiss’, Itu tiada kena-mengena dengan kau. Dan aku minta tolong sangat-sangat, jangan masuk campur urusan aku lagi. Urusan kita dah selesai selepas kau memulangkan handset aku. Eh, tak faham betul!” dengus Cinta. Dia terus mengorak langkah ingin melintasi Ian.
“Eh, aku cakap begini sebab aku benci tengok kelakuan perempuan macam kau. Perempuan yang berlagak suci, tapi sebenarnya murah!” Ian mengekori langkah Cinta dari belakang.
Cinta mematikan langkah. Nafas ditarik sedalam yang mungkin lalu dihembus perlahan. Tapak tangan dibawa ke dada. Perlahan-lahan dia berpaling.
“Kalau kau dah benci aku, dah anggap aku ni perempuan murah. Kenapa kau datang sini, sengaja nak cari gaduh? Kau dah takda kerja lain selain ni, huh? Aku tak faham betul. Aku langsung tak kenal kau, kau langsung tiada kaitan apa-apa dengan aku, kenapa kau berlagak macam kau tu suami, atau tunang aku? Serius, kau perlu masuk hospital sakit jiwa!” Selesai menghabiskan kata-katanya, dia berpaling semula lalu menyambung langkahnya.
“Hei…”
“Jangan ikut aku lagi!” tengking Cinta saat Ian ingin mengekorinya lagi.
Ian mendengus. “Berani dia potong aku!” dia mencekak pinggang sambil memandang langkah Cinta yang pantas.
Tiba-tiba, kaki Cinta terpelecot, hampir terjatuh dia diatas lantai. Dari jauh dia melihat Cinta menanggalkan kasut tumit tingginya yang telah patah tumitnya.
“Kenapalah kau patah sekarang? Dah hampir 8 tahun aku pakai kau, sekarang baru kau nak memberontak dengan aku?” rungut Cinta lalu pantas menanggalkan kasutnya yang satu lagi. Dengan selamba, dia berjalan dengan kaki ayam.
Ian hanya menggelengkan kepala. Dia terus berlari mendapatkan Cinta lalu mencampung tubuh itu.
Terkejut Cinta dengan tindakan Ian tapi pantas pula tangan Cinta melingkari leher Ian, takut terjatuh.
“Hei, apa kau buat ni? Turunkan aku sekarang!” jerit Cinta sambil meliarkan matanya disekeliling blok bangunan itu. Kelihatan orang ramai sudah mula berhenti dan memerhati mereka.
Ian memandang Cinta, dia tersenyum. “Aku hantar kau, kau tak nampak semua orang pandang kau,” kata Ian.
“Hei, kau ingat bila kau buat macam ni, diorang dah taknak pandang lagi? Ee..cepat turunkan aku, aku boleh jalan sendiri,” marah Cinta.
No… aku hantar!” tegas Ian lantas mula melangkah menuju ke kedai kek milik Lialina. Nasib baik jarak diantara stor telefon bimbit itu tidak jauh dari kedai kek tersebut.
Cinta sudah panik. Merah padam mukanya saat terpandang orang ramai sedang berbisik-bisik antara satu sama lain. Dia tidak tahu di mana harus dia menyembunyikan mukanya. Peti sejuk? Tak cukup besar. Lebih baik berkurung seminggu dirumah!
“Wei, kedai tu dah dekat, turunkan aku!” arah Cinta.
Tapi Ian langsung tidak memberi perhatian kepadanya. Sampai saja dia dihadapan pintu kedai, barulah dia menurunkan Cinta.
“Lain kali beli kasut tinggi yang original, bukan kasut tiruan!” leter Ian. Masih sempat mengenakan Cinta.
Cinta mendengus sambil menurunkan baju kemeja dan seluarnya yang ternaik sedikit.
“Sakit jiwa!” marahnya lantas seraya masuk ke dalam sebelum lelaki itu menggila semula.
Ian hanya tersenyum. Puas kerana dapat memeluk Cinta walaupun hanya sekejap.
Sebaik Cinta menapak masuk, dia terus mendapatkan Lialina.
“Lia, aku nak cuti dua hari!” katanya lalu tembus ke dapur.
“Eh, kejap, kejap! Kenapa kau nak ambil cuti?” tanya Lialina sambil mengejar Cinta ke didapur.

*****
           
            “TUAN! TUAN!” panggil Austen dari jauh sambil memanggil-manggil Zared yang sedang berurusan dengan Pengurus Hotel Majestic.
            “Ada apa? Dari jauh terpanggil-panggil!” kata Zared seakan marah. Fail yang sudah siap ditandatanganinya itu diserahkan semula kepada Sumatra, pengurus hotel tersebut. Sumatra pun segera meminta diri.
            “Tuan ada tetamu, dia kata tuan kenal dia,” lapor Austen.
            Dahi Zared berkerut. “Tetamu? Saya kenal dia?”
            Austen mengangguk. “Dia kata Tuan kenal sangat dengan dia. Dia perempuan dan namanya Cik Ratna,”
            Zared mengeluh kecil saat terdengar nama Ratna. “Nina, Nina… okey. Bawa dia masuk ke pejabat saya dan saya nak kamu layan tetamu saya baik-baik,” perintah Zared.
            “Baik Tuan!” Austen siap melaksanakan perintahnya. Dia pun beredar menuju ke lobi semula sementara Zared sudah menuju ke Fitness Center yang ada didalam hotelnya itu.
            “Terima kasih,” ucap Ratna sebaik saja Austen menemaninya masuk ke pejabat Zared.
            “Kata Tuan, dia suruh Cik Ratna tunggu sebentar sebab dia masih ada sikit kerja,” kata Austen.
            Ratna hanya mengangguk. Dia pun melabuh punggung diruang tamu mini pejabat tersebut. Austen sudah pun meminta diri dan meninggalkan Ratna seorang diri didalam bilik itu.
            Ratna mengeluh kecil. Dia memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut itu. Perutnya pula sudah berkeroncong meminta untuk diisi. Kemudian dia memandang pula jam yang melekat didinding. Jam 12, mana Ayie ni. Kan dah sampai masa untuk lunch?
            “Ah..biarlah. Tidurlah kejap,” putus Ratna lalu melentangkan tubuhnya ke sofa. Bantal kecil dipeluk. Lama dia menutup mata dan beberapa minit kemudian, dia sudah terlena. Mungkin terlalu penat menahan lapar, dan mungkin juga sakit dikepalanya yang membuatkan dia terlelap dalam masa yang singkat.
             
             
            “EH, TUAN ZARED?” terkejut Sumatra melihat bos mereka itu masih lagi berada didalam gim.
            Zared yang masih meneliti laporan-laporan tersentak lantas mengangkat wajahnya.
            “Kenapa Sumatra?” soal Zared.
            “Takda Tuan. Cuma saya rasa pelik, sejak lunch tadi tuan ada disini. Tuan tak lapar?”
            “Masa lunch dah berlalukah?” soal Zared. Tidak percaya masa berlalu dengan pantas sekali. Sudah dua jam dia berada dibilik kerjanya itu. Dia segera mengerling jam tangannya. Nina!
            “Em..Sumatra, fail-fail ni nanti bawa ke pejabat saya, ya. Saya belum habis periksa lagi,” pesan Zared seraya bangkit dan berlalu pergi menuju ke pejabatnya. Macam mana aku boleh terlupa Nina? Masaklah aku! Zared risau sendiri. Dia bukan tidak kenal dengan sikap teman wanitanya yang kurang kesabaran dalam bab menunggu itu.
            Setiba saja dia berada didepan pintu, dia terus memulas tombol dan menapak masuk. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Dia menghembus nafas lega sebaik saja melihat Ratna masih berada didalam bilik kerjanya. Perlahan-lahan dia mendekati Ratna yang sedang terlelap lena itu.
            “Kenapa Nina datang sini? Kalau Nina berkeras macam ni, macam mana Ayie nak lepaskan Nina?” soal Zared sendiri. Ubun-ubun Ratna diusap lembut. Jarinya itu menurun pula ke bahagian pipi Ratna.
            “Ayie… Ayie..” bisik Ratna.
            Er? Dahi Zared berkerut. Dia segera melekapkan belakang tapak tangan ke dahi dan leher Ratna. Suhu badan Ratna yang betul-betul panas itu membuatkan dia cemas.
            “Nina? Nina?” Zared cuba membangunkan Ratna tapi Ratna tidak memberi sebarang reaksi. Zared segera menghubungi Sumatra dan mengarahkan Sumatra agar menyediakan sebuah bilik VIP untuknya.

            ZARED menyapu tangan Ratna dengan kain basah. Suhu badannya masih belum kebah sejak tadi. Desahan nafas Ratna pula kuat seakan perlari pecut yang baru saja menamatkan lariannya. Zared menyansing kedua-dua lengan bajunya.
            “Nina? Bangun Nina,” kata Zared kedengaran risau. Tuala satu lagi dilekapkan ke dahi Ratna. Risaunya bukan kepalang bila melihat suhu tubuh Ratna mencecah 38 darjah Celsius itu. Ditambah-tambah lagi apabila tubuh Ratna sudah mula menggeletar kesejukan.
            Zared terus naik ke atas katil dan berbaring disisi Ratna. Tubuh kecil itu dimasukkan ke dalam dakapannya dengan erat.
            “Jangan sakit Nina, Ayie risau!” bisik Zared sambil mengucup dahi Ratna dengan penuh kasih sayang. Selimut tebal ditarik sehingga menutupi semua bahagian tubuh Ratna. 

****************************************************** 
p/s : Off untuk 2 minggu ni, hope ada yg sudi menunggu sambungan BEJM. Sorry, FLK masih dlm proses menyambung bab 29. lepas 2 minggu nanti, saya post. Enjoy reading <3

8 comments:

  1. Ian cemburuuu..tp sweetlah pulak msa dia angkat Cinta tu. hehe :D

    ReplyDelete
  2. rasanya ian da jadi stalker pulak..mengikuti mana saja cinta pergi..pelik kan seorg lelaki yg tinggi egonya sanggup berkelakuan begitu..siap mencampung cinta lagi..akak rasa ian ni dah angau tahap kronik ni..
    adakah cinta pun da terasa sesuatu bila mamat poyo tu mencampungnya..kalo salah tgk mcm couple yg tgh bergaduh sayang..
    kesian nya zahed dan nina tu..biaq mrk berkawen..krn cinta bukannya boleh dipaksa..Hrp famili mrk akan mengahwini zahed ngan nina..
    biaq la zahed bersemuka ngan ian menyatakan ia memang mengenali dan mencintai nina..since ian tak suka nina ..
    alahai dik lamanya 2 minggu..angau la akak nak tahu keletah cinta dan ain ni..

    ReplyDelete
  3. tahu pulak ian ni nak cemburu..kasihan pulak tgk zared dan nina ni..huhuh..

    ReplyDelete
  4. uhuk uhuk,lama nye 2 mggu..2 ari jadi lah off...penantian itu satu penderaan mental tau x?heheheee..

    ReplyDelete
  5. huhu..ian ni gilakan Cinta agaknya..
    kesian dekat Zared dengan nina..

    ReplyDelete
  6. nina kena bgtau kt si ian yg di suka kat si zared...
    lgpn si ian bknnyer suka kat nina pn...
    dia kn dok sbok mengejar si cinta...
    da giler bayang kot si ian ni...

    ReplyDelete
  7. sweeeeett nyeeer zared n nina,tuhan je tau..chewah fall i love wit BEJM!ganbate okie!

    ReplyDelete
  8. sweettttttttt sngat2,,,,, tq sbb wat cite bestttt,, :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.