Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 August, 2011

5th Proposal : Ian’s Heart


5th Proposal : Ian’s Heart


            PAGI itu Cinta sengaja lewat bangun. Oleh kerana Lialina sudah melulusakan permohonan cutinya selama dua hari, dia ingin berehat sepenuhnya dan selepas itu barulah dia akan berjalan-jalan di pusat bandar. Baginya berehat bukan saja tidur dan berkurung dirumah, tapi berehat juga bererti melapangkan fikiran yang sarat dengan tekanan. 


            Selepas melekatkan nota dipeti sejuk, Cinta pun bergegas menuju ke rak kasut. Cinta mengeluh kecil saat terpandang kasut tumit tingginya yang sudah patah. Baru dia teringat, dia tiada kasut untuk dipakai jalan-jalan. Lalu dia pun menukar pakaiannya dari gaun ke seluar jean dan baju lengan panjang berwarna merah jambu.
            Setelah itu dia pun keluar memandangkan teksi sudah pun menunggunya di bawah. Tanpa Cinta sedari, saat teksinya beredar ada seorang pembonceng memakai pakaian serba hitam sedang mengekorinya dari belakang.
            Dalam masa 30 minit, Cinta sudah pun sampai dihadapan bangunan pusat membeli-belah itu. Selesai membayar tambang Cinta terus menapak masuk ke bangunan tersebut. Destinasi pertama yang ditujuinya ialah kedai buku Popular. Dia segera menuju ke bahagian buku resepi. Rambang matanya melihat berjenis-jenis buku resepi, maklumlah bukan selalu dia boleh berjalan-jalan disitu.  Selepas menemui buku resepi kek itu, dia pun membayar dan langsung menuju ke sebuah café lalu memesan segelas espresso. Dan disitulah dia duduk sambil membelek buku yang baru dibelinya tadi.

            “HEI Ian!” sergah Carl dari belakang membuatkan Ian hampir-hampir terjatuh dari bangku.
            “Shuu!!” Ian segera menyuruh Carl untuk merendahkan nada suaranya.
            Carl mengambil tempat duduk dihadapan Ian. Pelik dia memandang Ian dengan pakaian serba hitam lagak seperti seorang samseng siap dengan teropong kecil lagi. Macam nak pergi berperang pun ada.
            “Kau buat apa ni? Siapa yang kau nak tengok sangat sampai bawa teroping? Ingat kita ada dalam hutan ka?” komen Carl.
            “Diamlah kau, Carl! Aku tengah menyiasat ni!” tempelak Ian pula lalu membawa semula teropong itu ke matanya.
            “Aik? Jadi apa guna aku datang kalau kau tak bagitau aku sebab aku perlu datang dengan kau?” kata Carl tidak puas hati. Sudah penat-penat dia datang, tinggalkan kerjanya di pejabat tapi segala-galanya sia-sia.
            “Tunggulah kejap. Nanti aku gunalah khidmat nasihat kau,” jawab Ian tanpa memandang Carl. Masih kusyuk memerhatikan seorang gadis yang sedang duduk disebuah café.
            Carl sudah menggeleng. Kalaulah orang tidak kenal Ian, sudah pasti mereka mencop Ian sebagai orang sakit jiwa. Tengoklah keadaanya, macam orang dalam hutan bersiap sedia hendak berperang. Nasib baiklah dia kawan aku, kalau tak dah lama aku tinggalkan dia!
            “Eh, Carl! Kau rasa perempuan tu nak jumpa dengan siapa? Mesti dia nak jumpa ‘spare part’ dia, kan?” soal Ian tiba-tiba.
            “Perempuan mana?” soal Carl sambil tercari-cari kelibat gadis yang dimaksudkan Ian.
            “Perempuan tu la, yang ada dalam café tu. Tengok!”  Ian terus memberikan teropong itu kepada Carl.
            “Eh, aku tak faham betul. Sejak kau pulang dari Brunei, perangai kau dah berubah. Suka menyibuk pasal orang lain!” leter Carl langsung membuatkan Ian panas.
            “Kau nak tolong aku atau tak?”
            Carl mengeluh kecil. “Yalah, yalah!” dia terus mengambil teropong itu dari Ian lalu mula memerhatikan café tersebut.  Tiada seorang pelanggan pun yang ada didalam kedai itu, hanya ada seorang gadis saja.
            Carl mengerut kening. “Er? Itukan…”
            “Kenapa? Kau kenal dia?” soal Ian cepat.
            Carl melarikan teropong lalu memandang Ian. “Kau pasti perempuan yang kau selalu cerita dengan aku tu dia?” soalnya meminta kepastian.
            Ian mengangguk kecil. “Kau kenal diakah?”
            “Ya, dia kawan aku. Er.. maksud aku, dia kawan tunang aku! Cinta, kan?”
            “Emm… hey, rupanya kau pun tertipu juga dengan penampilan naïf dia tu. Macam mana kau boleh berkawan dengan perempuan murah macam dia ni?”
            “Eh, Ian. Kalau cakap tu baik-baik ya. Dia kawan aku dan aku kenal sangat dengan dia. Dia perempuan baik-baik tau, dia bukan seperti yang kau fikirkan. Kalau aku tahu Cinta adalah perempuan yang kau selalu hina, aku takkan ikut kau sampai sini,”
            “Aik? Yang kau marah tiba-tiba ni kenapa? Aku cakap benda yang betul, kan? Kau dengan tunang kau tu perlu buka mata besar-besar dan terima kenyataan yang dia tu memang perempuan murah!”
            Tidak semena-mena Cari terus bangkit membuatkan Ian tergamam dan langsung terdiam.
            “Ian, berhenti cakap dia macam tu. Aku cakap sekali lagi, dia bukan seperti yang kau fikirkan. Dia perempuan yang baik-baik. Walaupun dia tak kaya macam kau, tapi dia tak guna taktik kotor seperti mana perempuan-perempuan yang kau kenal. Selama aku berkawan dengan dia, aku rasa dialah perempuan yang paling baik aku pernah kenal, tau.”
            Ian tersenyum sinis. “kalau betul apa yang kau cakap, mana buktinya?”
            “Macam mana kau nak bukti kalau kau selalu layan dia dengan jahat? Kau takkan pernah nampak kebaikan dia kalau kau selalu cari keburukan dia. Aku bagitau kau, kalau kau dah kenal dia, kaulah orang yang paling beruntung tau,”
            “Eee… siapa cakap aku nak kenal dengan dia? Kau tau sendiri taste aku macam mana, kan?”
            Carl ketawa kecil. “Baguslah kalau kau sedar. Lepas ni, aku minta kau tak perlulah ikut-ikut dia lagi. Dia dah banyak kali terluka disebabkan orang-orang macam kau, lebih baik kau berhenti Ian,” Carl seakan memberi amaran.
            Serentak itu wajah Ian bertukar serius. “Siapa yang buat dia terluka?” soalnya dalam nada kerisauan.
            “Kenapa kau nak tau?” soal Carl sambil memandang Ian dengan pandangan curiga.
            Ian kalut. Dia menggaru-garu belakang leher. “Amm… sebab… sebab kau juga yang nak aku kenal dia, kan? Kalau kau tak bagitau aku, macam mana aku nak buang prasangka buruk aku dari dia?”
            Carl sudah ketawa. “Kenapa kau tak cakap saja yang kau dah jatuh hati dengan dia?” usiknya.
            “Eh, ini dah melampau ni. Aku nak tahu tak semestinya aku jatuh cinta faham? Kau nak bagitau atau tak?”
            “Okey, okey! Tapi kau mesti janji, lepas kau dah tau aku nak kau jangan sakitkan hati dia lagi. Janji?” akhirnya Carl mengalah. Dia tahu benar sikap kawan baiknya itu. Kalau dia sudah terdesak seperti ini, itu bererti dia sudah mulai jatuh hati dengan Cinta.
            “Ya, ya! Cepat cakap!” desak Ian.

*****

            CINTA mengeluh kecil saat dia keluar dari sebuah kedai kasut. Dia berdiri di luar kedai dan matanya terancap pada sepasang kasut stiletto berwarna biru laut yang terpamer berdekatan dinding cermin itu. Hasrat hatinya tidak kesampaian apabila ternampak harga kasut itu yang melebihi bajet gaji dua bulannya.
            “Takpalah, ada banyak hari lagi!” Cinta menyenangkan hatinya sendiri. Setelah itu dia pun menuju ke panggung wayang. Tempat itu adalah destinasi terakhirnya. DIa mahu mengubati kekecewan tidak dapat memiliki kasut biru itu.
            Tetapi sesampai saja dia dihadapan panggung, tiada satu pelanggan pun yang kelihatan baik di kaunter tiket mahupun ditempat membeli makanan. Takkan panggung tutup kot? Tapi ini hujung minggu, sepatutnya hari inilah paling banyak pelanggan.
            “Tak perlu masuklah!” putus Cinta lantas mula menuruni anak tangga semula. Tapi belum sempat dia melangkah satu anak tangga, ada seseorang di belakang memanggil namanya. Cinta tidak jadi turun.
            “Cik Cinta Olivia?” soal gadis itu. Kelihatannya dia adalah seorang pekerja dipanggung itu.
            “Ya, saya!”
            “Sila ikut saya cik.” Kata pekerja itu.
            Cinta kerut kening. “Er, nak pergi mana? Dan macam mana cik tahu nama saya?”
            “Panggung ini sudah ditempah khas untuk cik. Semua sudah tersedia didalam panggung,”
            “Huh? Panggung ini ditempah khas untuk saya? Saya rasa cik dah salah orang ni, saya tak tempah!” pantas Cinta menggeleng, berusaha untuk menerangkan perkara itu. Hampir jatuh rahangnya dek terkejut. Panggung ditempah khas untuknya? Tidak masuk akal!
            “Tapi memang untuk cik. Cik Jacinta Olivia Fernandez, kan?” kata pekerja itu, menegaskan.
            Cinta kalut. “Tapi saya takda duit sebanyak itu nak bayar sewa tu. Tak perlulah!” kata Cinta lalu segera mengorak langkah tapi pekerja itu berjaya menghalangnya.
            “Tak perlu. Sebab semua sudah dibayar. Cik hanya perlu menonton didalam saja. Apa tayangan pun cik boleh pilih. Sila ikut saya, cik,” gadis itu sudah mula melangkah.
            “Siapa yang sanggup buat macam ni, cik?” soal Cinta saat dia memasuki panggung itu.
            “Maaf cik, saya tidak boleh mendedahkan identitinya. Nanti saya dipecat. Cik duduklah, tayangan dah nak bermula,” jawab pekerja itu cepat lantas segera meninggalkan Cinta sebelum Cinta sempat bertanya semula.
            Cinta melabuh punggung. “Siapa yang sanggup membazir macam ni? Dan lagi, kenapa aku?” soalnya tidak puas hati. Tapi dia tetap memandang skrin besar itu saat filem sudah mula bermain. Terus-terang, siapa yang sanggup menolak rezeki besar macam ni, kan?


            SELAMA dua jam setengah Cinta duduk di hadapan skrin itu. Perasaan gembira, sedih, marah dan terharu dikongsi seorang diri. Seronok memang seronok, tapi tidak boleh dibandingkan dengan perasaan semasa dia menonton bersama orang ramai.
            Sebaik panggung menjadi terang benderang, Cinta pun bagkit dan segera keluar.
            “Seronok?”
            Langkahnya mati sejurus mendengar suara itu. Dia terus berpaling dan serentak itu wajahnya menjadi keruh.
            “Mr. Millionaire?!” ujar Cinta seakan terkejut.
            Ian tersenyum lalu menghampiri Cinta. “Macam mana tengok Harry Potter seorang diri? Okey?”
            Cinta mendengus kasar. “Jadi, kau yang tempah satu panggung ni?” soal Cinta marah.
            “Aik? Marah pula? Kenapa tak ucap terima kasih dulu baru nak marah-marah?” kata Ian, tapi senyuman sarkastik masih melekat dibibirnya.
            “Eh, kau! Apa sebenarnya niat kau, huh? Kau nak tunjukkan pada aku yang kau tu terlalu kaya sampaikan boleh tempah satu panggung?” geram Cinta. Kenapalah dia boleh tersangkut dengan lelaki itu. Tapi salah dia juga, kenapa dia menerima ajakan pekerja itu tadi. Kalau tak pasti dia tidak perlu disindir oleh lelaki kaya sombong itu.
            Ian menggeleng. “Aku nak tunjukkan pada kau yang aku cukup kaya untuk beli kemaafan dari kau,”
            Oh, Tuhan! Cinta sudah ingin tergelak. Mendengar kata-kata Ian membuatkan hatinya geli. Dia belum pernah dengar orang mahu membeli kemaafan lagi.
            “Eh, Mister. Berapa banyak duit yang kau perlu belanjakan untuk beli kemaafan dari aku, huh? 1 juta? 2 juta?” katanya tertawa kecil lalu menyambung semula ayatnya.
            “Aku bagitau kau. Kau tak perlu berbelanja begini banyak hanya untuk meminta maaf dari aku. Kalau kau nak minta maaf, cakap yang kau minta maaf. Senang, kenapa nak membazir?” tegur Cinta.
            “Eh, kau! Orang macam aku tak perlu cakap macam tu, aku tahu guna cara ni saja dah boleh buat kau maafkan aku, kan?” kata Ian dengan angkuh.
            Cinta menggeleng kepala. “Kau buat begini samalah juga kau mengibaratkan aku ni mata duitan, betul? Biar aku bagitau kau, dengan perbuatan kau macam ni buat aku tambah benci dengan kau. Untuk panggung ni, aku menghargainya dan berterima kasih. Since, you willing to do that, right? Aku harap kita tak berjumpa lagi,” kata Cinta panjang lebar dan itu adalah ayat terakhirnya untuk Ian. Dia sudah pun beredar meninggalkan Ian dalam keadaan terpinga-pinga.
            “Aku tak faham. Aku dah cukup baik tempah panggung ni hanya untuk dia, kenapa dia masih nak marah? Perlukah aku melutut nak minta maaf? Nonsense! Ian mendengus kasar. Dia terus memnghubungi Carl.
            “Wei, kau cakap cara ni yang paling berkesan, kenapa dia tambah benci dengan aku pula?” soal Ian sambil beredar dari tempat itu.

***** 

            “KAU  cakap macam tu dengan dia?” soal Carl seakan menjerit.
            Pantas Ian menekup telinganya. Macam bunyi bazooka meletup.
            “Eh, tak bolehkah kalau tak menjerit?” rungut Ian.
            “Macam mana aku tak menjerit kalau kau cakap macam tu dengan dia. Mestilah dia marah, kau nak ‘beli’ maaf dari dia kau ingat kau sedang berdagangkah Ian? Dia tu manusia, ada perasaan. Sure dia maafkan kalau kau ikhlas nak minta maaf,” tegur Carl panjang lebar.
            Ian mengeluh kecil. Dia bangkit dari kerusi dan perlahan-lahan melangkah kearah dinding cermin yang tembus ke pemandangan kota.
            “Aku tak tahu macam mana nak cakap. Bila berdepan dengan dia, automatik mulut aku cakap macam tu,” kata Ian, baru rasa menyesal itu bertandang dihatinya.
            Carl tersenyum kecil lalu berjalan menghampiri kawannya itu.
            “Aku tahu Ian, tapi yang aku tak faham kenapa kau sanggup buat semua ni semata-mata nak minta maaf dengan dia? Kau suka dia?” soalan Carl itu membuatkan Ian segera berpaling kearahnya.
            Carl terus mengangkat tangan sebelum Ian menjawab. Dia tahu pasti Ian akan meletup mendengar soalannya tadi.
 “Kau tak perlu jawab soalan aku. Tanya hati kau sendiri. Cuma aku nak nasihatkan, untuk mendekati Cinta kau tak perlukan kekayaan atau kebendaan sebab dia tak perlukan semua tu. Macam yang aku ceritakan pada kau tadi, sukar untuk dia mendekati Hi-So macam kau ni,”
            Dahi Ian berkerut. “Hi-So?” soalnya pelik.
            “Alah…singkatan daripada  High Society la,”
            “Jadi apa patut aku buat?” soal Ian. Dia seolah-olah seorang budak darjah satu yang telah melakukan satu kesalahan berat.
            Carl memaut bahu Ian. “Beginilah. Apa kata kau pergi ke kedai tunang aku, jumpa dengan dia dan minta maaf atas apa yang kau dah buat. Ingat, jangan timbulkan isu status!” katanya mengingatkan.
            “Aku tau tu! Tapi mana aku nak cakap? Aku tak tahu macam mana nak mula,”
            “Lorr… kau tak pernah minta maaf dengan siapa-siapa?” kata Carl seakan menyindir Ian.
            “Pernahlah…” jawab Ian lemah.
            “Habis tu?”
            “Memang aku pernah minta maaf tapi aku Cuma pernah minta maaf dengan kakak dan nenek saja, dengan orang lain tak pernah!”
            “Ian, Ian… kalau pasal ni, aku tak boleh nak tolong kau. Itu dari kau ja. Tapi satu yang aku boleh tolong, aku boleh arrange pertemuan kau dengan dia,”
            Pantas kepala Ian memandang Carl. “Betul?”
            Carl mengangguk sekali, menunjukkan yang rancangan dia pasti akan berjaya.

 ************************************************************* 
p/s : post seminggu sekali ya? Enjoy reading :)

4 comments:

  1. citer ni semakin berkembang dan menarik..hrp ada E3 selanjutnya..takl sangka mamat poyo ni begitu obes ngan cinta...

    ReplyDelete
  2. ala okie pendeknyer...
    nk lg...nk lg...plzzzzzzz...

    ReplyDelete
  3. hye okie..

    nice n3..semakin menarik tp Hana nak tanya sikit...test ke taste?

    ReplyDelete
  4. Laser gle mulut si Ian, sedap2 je nk beli kemaafan cinta..tp niat die baik, ok la tuh..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.