Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

30 September, 2011

6th Proposal : Fight For Your Love


6th Proposal : Fight For Your Love


            DAHI Ratna berkerut dan matanya perlahan-lahan terbuka memandang ke siling. Aku dekat mana ni? Ratna bangkit memandang ke setiap penjuru bilik itu.
            Tiba-tiba pintu terkuak dari luar. Ratna segera melompat dari katil. Zared melangkah masuk dengan sebuah dulang ditangannya. Ratna mengeluh lega.
            “Ayie!” dia segera berlari kearah Zared lalu memeluk pinggangnya.
            “Eh, Nina? Tolong jangan buat macam ni, ini hotel aku. Tak baik kalau orang nampak,” kata Zared sambil melepaskan tangan Ratna dari pinggangnya.
            Ratna sudah memandang Zared dengan wajah mencuka. Matanya tajam menikam mata Zared. Sikapnya itu persis seorang budak yang merajuk dengan bapanya.
            “Kau dah sihatkan? Rasanya kau dah boleh balik sekarang,” kata Zared seakan menghalau.
            Ratna memeluk tubuh. Dia mendengus kecil lalu melabuh punggung diatas katil. Zared mengeluh berat. Dulang diletakkan atas meja.
            “Aku keluar dulu,” katanya dingin lalu mula melangkah ingin meninggalkan bilik itu.
            “Ayie… “ panggil Ratna manja membuatkan langkah Zared mati serta-merta.
            “Nina lapar,” sambungnya.
            “Kau boleh makan bubur tu, lepas tu kau balik,”
            “Tapi… tangan Nina menggeletar,” rungutnya pula.
            Zared mendengus lantas menoleh. “Eh, kalau tak banyak…” ayatnya terbantut sejurus melihat tangan Ratna yang betul-betul menggeletar. Dia terus mendekati katil dan duduk mencangkung dihadapan Ratna.
            “Kenapa dengan tangan kau?” kedua-dua tangan Ratna digenggam.
            “Sebab Nina sudah dua hari tak makan,”
            Zared mengerut kening. “Dua hari? Nina dah gila? Nina boleh mati kebuluran tau tak? Kenapa tak makan?” soal Zared bertubi-tubi. Dia dilandang kerisauan sebaik saja mengetahui Ratna tidak makan dalam dua hari itu.
            “Sebab Ayie taknak jumpa Nina,” jawab Ratna terus-terang.
            “Nina…”  tangan Zared mengusap pipi Ratna. “Jangan buat macam ni lagi, ya? Patutlah Nina jatuh sakit tadi, Nina tak makan rupanya,”
            “Ya, maafkan Nina dan buat Ayie risau. Lain kali, Nina tak buat lagi. Janji!” kata Ratna sambil mengangkat tangannya. Zared hanya tersenyum.
            “Tapi Ayie perlu janji tau, Ayie juga tak buat Nina macam ni lagi. Ayie tak boleh seksa Nina macam ni,” Ratna sudah mula mengalirkan air mata. Sesungguhnya dia tidak boleh berjauhan dengan Zared, tambahan lagi apabila Zared bersikap dingin dengannya. Semua kerana perjanjian keluarganya dengan keluarga Zared itu.
            “Ayie tak boleh buat apa-apa Nina. Itu hasrat nenek Ayie, lagipun nenek Ayie sakit tenat. Dia nak tengok Nina berpasangan dengan Ian,”
            “Tapi Nina cintakan Ayie, Nina cuma nak Ayie. Kenapa Ayie cepat sangat putus asa? Ayie dah tak cintakan Nina lagi?” duga Ratna membuatkan Zared menggeleng cepat. Tubuh kecil itu segera didakap.
            “Nina, bukan macam tu. Tapi… ini pasal keluarga, Nina. Kita tak boleh membelakangi keluarga kita sendiri. Walaupun Ayie cintakan Nina, tapi pada akhirnya Nina tetap takkan jadi milik Ayie,”
            Ratna terus memaut kedua-dua pipi Zared. Wajah kacak itu ditenung penuh harapan.
            “Begitu kecil cinta Ayie pada Nina? Nina sanggup buat apa saja asalkan dapat bersama Ayie, tapi kenapa Ayie tak boleh buat benda yang sama macam Nina? Kita harus mempertahankan cinta kita, Ayie. Bukan berundur macam ni. Tolonglah!” Ratna seakan merayu. DIa tidak sanggup mengorbankan cinta mereka yang sudah terjalin lebih dari 4 tahun itu.
            “Ya, Ayie? Ya?” kata Ratna, meyakinkan Zared.
            Zared tertunduk. Berfikir. Baginya, keluarga adalah nombor satu, tetapi persoalannya sanggupkah dia melepaskan Ratna kepada orang lain? Dan orang lain itu pula adalah sepupunya sendiri. Tidak! Selama ini aku sudah banyak berundur untuk Ian, kali ini tiba masanya aku lakukan sesuatu untuk diri aku sendiri.
            “Nina, kita akan lawan sama-sama sayang!” jawab Zared lantas mendakap semula tubuh Ratna.
            Ratna tersenyum lega. Pinggang Zared dipeluk erat.

           
            “DATIN, DATIN! Cik Ratna dah balik!” jerit Anon sebaik saja melihat Ratna keluar dari teksi. Dia terus mendapatlan Ratna.
            “Cik pergi mana? Datin risau sangat sebab cik Ratna tak balik rumah semalaman,” kata Anon dengan nada kerisauan.
            “Saya tak pergi mana-mana Anon, saya tak lari,” jawab Ratna.
            “Nina!” tiba-tiba Datin Ratina menyergah sebaik saja dia keluar dari pintu utama. Langkah Ratna dan Anon serentak berhenti. Datin Ratna sudah mendekati mereka dan tidak semena-mena satu tamparan dilepaskan dipipi Ratna.
            “Nina memang dah melampau!” marah Datin ratina.
            Ratna hanya diam lalu memegang pipinya yang terasa ngilu akibat tamparan itu.
            “Maafkan Nina, ma. Tapi Nina tak boleh terima lelaki yang Nina tak cintai, Nina cintakan orang lain!” tegas Ratna sambil menatap anak mata ibunya.
            Datin Ratina sudah menahan desahan nafasnya. Dadanya sudah mula berombak akibat terlalu tertekan dengan kejadian itu.
            “Masuk bilik kamu sekarang Nina, masuk!” jerit Datin Ratina membuatkan Ratna dan Anon masing-masing terperanjat.
            Ratna mendengus kecil lantas berlari masuk ke dalam rumah dan langsung menuju ke biliknya.
            “Anon, hubungi Puan Masari dan bagitau dia, saya nak jumpa dia secepat yang mungkin,” arah Datin Ratina. Anon hanya mengangguk. Mereka pun seiring masuk ke dalam rumah.

*****

            “APA? Ian membelanjakan hampir 10 ribu hanya kerana perempuan itu?” marah Puan Masari kepada seorang pekerja wanita dihadapan meja kerjanya. Perlahan-lahan wanita itu mengangguk, wajahnya sudah pucat. Walaupun dia bekerja dibawah Ian, tapi Puan Masari adalah salah seorang daripada ahli lembaga syarikat, dia juga berhak untuk tahu setiap apa yang berlaku didalam bangunan pusat beli-belah itu.
            “Maafkan saya, puan,” pinta pekerja itu.
            “Kamu seharusnya melaporkan perkara ini dengan segera pada saya, kenapa nak biarkan Encik Ian lakukan sesuka hatinya?”
            “Maafkan saya puan, lepas ini saya akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi,” mohon pekerja itu lagi. Kelihatan dia benar-benar kecut dihadapan Puan Masari.
            “Tidak apa, kamu boleh keluar. Tolong panggilkan cik Ruby masuk ke bilik saya,” pesan Puan Masari. Pekerja wanita itu hanya tertunduk mengikut perintah lalu dia pun beredar keluar. Selang beberapa minit, seorang wanita berpakaian kot putih dan seluar putih masuk dan menyapa Puan Masari.
            “Duduk,” arah Puan Masari. Ruby pun duduk.
            “Ada apa Puan?”
            “Saya nak awak cari tahu siapa gadis yang ada dipanggung sekitar jam 2 hingga 4 petang kelamarin. Tugas ini senang kerana hanya dia seorang saja yang ada didalam panggung itu. Namanya Jacinta Olivia Fernandez. Saya nak semua informasi tetangnya termasuk latar belakang keluarga dan statusnya sekarang. Jelas?” terang Puan Masari panjang lebar sambil memberikan sekeping gambar seorang wanita berkulit putih kepada Ruby.
            Ruby mengangguk. “Baiklah puan. Ini saja?” soalnya.
            Puan Masari sekadar mengangguk dan langsung menyuruh Ruby untuk beredar dari biliknya. Setelah biliknya kosong, dia pun mencapai beberapa keping lagi gambar seorang wanita yang ada dimejanya. Gambar itu diambil daripada CCTV


“MAAFKAN saya datin, saya ada kecemasan tadi!” sapa Puan Masari sambil mengambil tempat dihadapan Datin Ratina. Dia sudah terlambat hampir 15 minit disebabkan masalah Ian itu.
Datin Ratina hanya tersenyum sambil mempelawa Puan Masari mengambil tempat selepas itu wajahnya bertukar masam semula. Puan Masari pelik melihat sahabatnya itu.
“Ada apa datin? Datin nampak runsing saja,” tanyanya.
“Em.. runsing pasal anak sayalah, puan. Ratna bersikap seperti dia dah ada orang lain, dia taknak kahwin dengan anak puan,” terang Datin Ratina.
Puan Masari menghembus nafas berat. DIa juga merasakan perkara yang sama, ditambah lagi dengan kemunculan seorang gadis bernama Jacinta Olivia yang sedikit sebanyak menggugat Ian. Dia tidak tahu, adakah benar Ian berminat dengan gadis itu atau tidak, tapi masakan Ian sanggup membelanjakan begitu banyak duit semata-mata untuk gadis itu.
“Saya pun rasa macam tu dengan anak saya la, datin. Ian buat semua ni hanya nak menurut kata-kata ibu saya,”
“Ian dah ada orang lain?” soal Datin Ratina seakan terkejut. Masakan tidak, sejak kali pertama dia bertemu Ian, Ian kelihatan begitu bersopan dan bertatatertib. Dia layak dipanggil orang bangsawan sebab itu dia sangat berkenan dengan Ian.
“Belum lagi, tapi mungkin nanti. Sebab saya dapat tahu ada seorang gadis yang sedang mendekati Ian dan nampaknya Ian seakan berminat dengan gadis itu. Kita perlu buat sesuatu datin,”
Datin Ratina mengangguk-angguk. Dia mula berfikir untuk strategi mereka. Tiba-tiba Datin ratina menepuk tangan.
“Saya tahu, puan. Saya dah ada rancangan,” katanya.
Puan Masari hanya mengerut kening sambil itu menunggu rancangan tersebut keluar dari bibir Datin Ratina.

*****

IAN memakir keretanya ditempat biasa selepas itu dia pun keluar dari kereta dan terus masuk ke rumah agam yang indah itu. Tali leher dilonggarkan sedikit. Briefcase diserahakan kepada pembantu rumahnya.
“Ian!”
Ian yang baru ingin melangkah ke dapur, terhenti apabila Puan Masari menyerunya dari ruang tamu. Serta-merta moon Ian malam itu lenyap. Walaupun begitu, dia tetap melangkah ke ruang tamu.
“Ada apa?” soalnya kedengaran dingin. Wajah ibunya itu langsung tidak dipandang.
“Duduk!” arah Puan Masari.
Ian menjeling seklias lantas melabuh punggung. Belakang disandarkan ke sofa manakala kaki disilangkan.
“Siapa perempuan ni?” soal Puan Masari sambil meletakkan sebuah fail kuning diatas meja.
Ian mengerut dahi, perlahan-lahan tangannya mencapai fail itu lalu mula membelek. Muka hadapan yang tertera gambar seorang gadis betul-betul mengejutkan dia.
“Apa maksud ni, ma?”
“Jawab pertanyaan mama, siapa perempuan ni?”
Fail itu ditutup lalu dilemparkan ke meja. “Rasanya mama dah tahu siapa perempuan ni, dah siap siasat latar belakang lagi. Apa guna tanya Ian,” jawab Ian sarkastik.
“Maksud mama, siapa gadis ni pada Ian? Kalau Ian tak serius dengan dia, lebih baik Ian lupakan saja perempuan ni sebab Ian akan bertunang tidak lama lagi,”
Pantas Ian bangkit. Wajahnya menjadi bengis. “Ian takkan bertunang. Pasal gadis ni, mama tak perlu risau sebab Ian memang serius dengan dia. Jadi lupakan niat mama nak tunangkan Ian dengan si Ratna tu,” Ian terus melangkah pergi.
Puan Masari tersentak pantas dia mengejar Ian.
“Ian, tunggu dulu!” Puan Masari hampir menjerit.
Ian memberhentikan langkahnya tetapi dia tidak berpaling.
“Ian kenal sangatkah dengan dia? Apa yang ada pada dia sampai Ian sanggup membelakangi keluarga Ian sendiri?”
Kata-kata ibunya itu membuatkan Ian berpaling menghadapnya.
“Ian sedang belajar untuk mengenali dia, ma. Buat masa ini, Ian belum nampak apa-apa lagi yang ada pada dia, tapi satu yang Ian pasti. Ian nak dia, cuma dia,” terus terang Ian menyuarakan keinginannya. Dia tidak mahu berselindung lagi, sesungguhnya berpura-pura sangat meletihkan.
“Ian, sedarlah sikit! Dia tiada apa-apa kalau dibandingkan dengan Ratna. Ratna ada pendidikan yang tinggi, keluarga yang stabil sedangkan perempuan tu hanya tau buat kek dan keluarganya pula takda apa-apa. Layakkah dia jadi sebahagian dari keluarga kita? Ian fikir baik-baik,” kata Puan Masari. Kedengaran seolah-olah Cinta adalah gadis yang betul-betul hina dimatanya.
Ian mendengus kecil. Sejurus kemudian, dia ketawa kecil pula membuatkan Puan Masari semakin pelik.
            “Lepas dengar kata-kata mama. Ian dah sedar sekarang betapa kuatnya keinginan Ian terhadap dia. Thanks ma sebab buat Ian sedar yang Ian sebenarnya taknak lepaskan dia. Pasal layak tak layak, dia hanya untuk Ian, bukan untuk keluarga ni,” ujar Ian tenang lantas mengorak langkah menaiki tangga.
            “Ian, tunggu dulu! Kita belum habis bercakap lagi. Ian!” panggilan Puan Masari langsung tidak diendahkan. Ian berlalu seperti angin, terus lesap.
Puan Masari mendengus kecil sambil mendongak ke atas. Kalau cara ini tak berkesan, harap-harap plan B berkesan. Semua ni terletak ditangan nenek Ian, harap mama berjaya pujuk Ian.

“ER, IAN!” panggil Dalian, penjaga kepada Martha. Walaupun dia hanyalah seorang pembantu rumah, tapi Ian lebih selesa apabila dia memanggilnya dengan panggilan Ian. Oleh kerana Dalian sudah lama berkhidmat dalam keluarga itu sebelum dia dilahirkan lagi, dia mahu berasa selesa disampingnya. Dalian segera menghampirinya.
“Kenapa Dalian?”
“Puan Martha nak berjumpa dengan Ian, sekarang,” tekan Dalian.
Ian mengangguk. “Letak baju ni dalam bilik saya,” arah Ian sambil menyerahkan kot dan tali lehernya kepada Dalian.
Dalian hanya mengangguk menurut perintah, sementara Ian sudah pun berlalu menuju ke bilik neneknya. Sebelum dia memulas tombol pintu, Ian menggerak-gerakkan wajahnya agar ketegangan diwajahnya tidak berapa kelihatan. Dia mengurut-urut pipinya selepas itu barulah dia melangkah masuk.
“Nenek!” panggil Ian kedengaran riang. Dia pun menutup semula pintu itu dan mendekati Martha yang sedang duduk dihadapan jendela, sedang memandang bulan mengembang yang terang itu.
“Kenapa duduk depan tingkap, tak sejuk?” kata Ian sambil memeluk tubuh neneknya itu dari belakang.
Martha hanya tersenyum. “Macam mana kerja hari ini Ian?”
Ian menukir senyum. Seperti ada sesuatu yang bermain dikepalanya. Pasti ada sesuatu yang neneknya sembunyikan daripadanya. Tidak pernah-pernah neneknya bertanya pasal pekerjaannya itu.
“Okey, nenek nak cakap apa? Terus terang saja, Ian dengar,”
“Ian ni, macam tau-tau saja,”
“Mestilah, cucu nenek,” kata Ian, bermanja dibaju Martha.
Martha hanya tersenyum. “Esok ulang tahun kelahiran Ratna, apa kata Ian sambut dengan dia, ya?” cadang Martha.
Wajah ceria Ian tiba-tiba berubah tegang. Pelukan dibahu neneknya perlahan-lahan dileraikan.
“Nek, kalau Ian cakap Ian taknak macam mana?” duganya lalu beralih dihadapan neneknya.
“Kenapa Ian taknak? Atau Ian nak kita satu keluarga sambut ulangtahun kelahiran dia sekaligus umumkan tarikh pertunangan kamu, macam mana?” kata Martha pula, berbaur ugutan.
Ian menelan liur. Dia tahu benar sikap neneknya itu, memang kaki putar belit. Hujung-hujung, dia sendiri yang terperangkap.
“Bukan. Tak!” pantas Ian menggeleng.
“Jadi, Ian nak atau tak?”
Ian tidak menjawab. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia memang enggan. Itu sesuatu yang dia tidak ingin lakukan, oleh itu dia tidak akan pernah lakukan hal itu walau untuk sesiapa pun. Tapi, situasinya itu seakan menghimpit Ian ke jalan buntu. Dia sedang bercakap dengan neneknya, satu-satu insan yang boleh mengubah keputusannya.
“Kenapa Ian tak nak? Apa betul cerita mama Ian yang Ian dah ada orang lain?”
Ian tersentak, pantas dia memandang wajah neneknya. “Nek…”
“Nenek tak kisah walau siapa pun gadis itu, Ian. Tapi nenek nak Ian cuba berkenalan dengan Ratna, sekadar berkenalan Ian. Cinta itu luas, ia boleh berlaku pada siapa-siapa saja. Mungkin lepas Ian dah kenal Ratna, Ian boleh cuba untuk…”
“Tak mungkin, nek. Ian tak mungkin akan sukakan dia. Tapi kalau hajat nenek nak Ian sekadar berkenalan dengan dia, ian setuju. Takda salahnya kalau Ian berkenalan dengan dia, kan?” potong Ian pantas.
“Ian…”
“Itu saja, kan nek? Kalau begitu Ian masuk bilik dululah, ya? Nenek pun dah patut rehat sekarang. Nanti Ian panggilkan Dalian, ya?” potong Ian sekali lagi, seakan tidak membenarkan neneknya itu berkata apa-apa lagi. Dia segera mengucup dahi neneknya lalu seraya beredar dari bilik itu.
Martha mendengus perlahan. “Nampaknya, Ian betul-betul cintakan perempuan itu,” bisiknya perlahan sambil memusingkan kerusi rodanya kearah katil.

************************************************** 
p/s : huhu..lama betul x update BEJM. Sorry my readers...minggu depan saya trial. wish me luck <3

4 comments:

  1. kesian kat ian.. kena paksa pulak

    ReplyDelete
  2. hahahaa,long time no see lar..

    ReplyDelete
  3. cian ian...
    zared kena btahan utk cinta dia ngn ratna...
    br la ian blh berusaha rebut cinta Jacinta...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  4. bila nak sambung

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.