Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

19 October, 2011

7th Proposal : Ian Is Ready To Fall In Love




            PINTU biliknya yang diketuk membuatkan Ratna sedikit terperanjat. Kad ucapan ulang tahun kelahirannya yang baru diterima pagi tadi cepat-cepat dimasukkan ke dalam laci almari soleknya. Dia pun menyuruh si pengetuk pintu untuk masuk.
            “Ma.” Ujar Ratna lantas berlalu ke katil.
            Datin Ratina duduk disampingnya lalu mengusap lembut Ratna yang ikal mayang lagi panjang itu.
            Happy birthday, sayang!” ucapnya sambil mengucup dahi Ratna.
            Ratna hanya tersenyum.
            “Apa rancangan Nina petang ni?” soal Datin Ratina, bersedia untuk melancarkan plan yang dirancang oleh mereka.
            “Rasanya, Nina nak keluar,”
            “Dengan siapa?”
            “Er.. kawan!” jawab Ratna gugup.
            “Perempuan atau lelaki?”
            “Er… perempuan,” bohong Ratna, sedangkan dia sudah pun berjanji dengan Zared bahawa dia mahu meraikan ulangtahunnya bersama-sama dengan Zared. 
            “Beginilah, apakata Nina batalkan temu janji Nina dengan kawan-kawan nina tu sebab mama nak Nina celebrate dengan Ian, bakal tunang Nina,”
            Serta-merta dahi Ratna berkerut. “Ma?? Mana boleh Nina batalkan begitu saja? Nina dah janji dengan diorang, Nina tak boleh,” dia segera memeluk tubuh, tanda protes.
            “Nina, kali ini saja. Cuba berkenalan dulu dengan Ian, Ian pun dah setuju nak sambut sama-sama dengan Nina. Takkan Nina taknak berkerjasama pula?”
            “Kerjasama? Ma, perkahwinan bukan atas dasar kerjasama. Nina tak nak!” dia terus bangkit dari duduknya lalu maju beberapa tapak ke hadapan. Apa lagi yang ibunya tidak faham? Dia sudah terang-terang bagitau yang dia tidak ingin bertunang dengan orang yang tidak dicintainya, kenapa masih berdegil?
            Datin Ratina turut bangkit. “Betul Nina berkeras taknak pergi, walaupun mama dah merayu macam ni?”
            Ratna terpana mendengar kata-kata ibunya, dia segera berpaling menghadap Datin Ratina.
            “Bukan bagitu ma…”
            “Selama ini, mama tak pernah minta apa-apa dari Nina. Mama tak pernah halang cita-cita Nina, malah mama sokong setiap langkah yang Nina ambil. Walaupun perlu berpisah dengan Nina selama 4 tahun, mama sanggup demi Nina. Tapi permintaan sekecil ini Nina tak boleh tunaikan untuk mama? Teruk sangatkah permintaan mama ni?”
            Pantas Ratna mencapai kedua-dua tangan ibunya. “Tak, ma! Nina minta maaf. Bukan begitu maksud Nina, tapi Nina dah janji dengan kawan-kawan Nina nak sambut sama-sama. Nina tak boleh batalkan begitu saja,”
            “Tapi tahun depan ada lagi, kan? Mama cuma minta satu hari ini saja untuk berjumpa dengan Ian, cuba kenal dia, ya? Mama merayu!” mohon Datin Ratina membuatkan hati Ratna sedikit goyah.
            Lama Ratna membungkam. Apa yang patut dia katakan pada Zared berkenan janji mereka? Dia tidak mahu mengecewakan Zared. Sudah 4 tahun mereka tidak meraihkan ulangtahunnya bersama-sama. Takkan dia mahu lepaskan peluang itu hanya untuk lelaki yang tidak dicintainya?
            “Boleh Nina?” soal Datin Ratina sekali lagi apabila Ratna tidak memberi sebarang jawapan.
            Ratna akhirnya mengangguk. “Tapi, Nina bagitau kawan-kawan Nina dulu, ya? Mana tahu diorang dah nak sediakan semuanya,”
            Datin Ratina mengangguk dengan hati yang senang. Tubuh Ratna didakap erat.
            “Terima kasih, nak!” ucapnya. 


            TING! TONG! TING! TONG!
            Bunyi lonceng yang ditekan bertubi-tubi merimaskan Lialina. Dia segera berkejar untuk membukakan pintu. Tetapi tiada pula orangnya sebaik saja dia menguak pintu tersebut. Kepalanya ke kiri ke kanan mencari manusia itu tapi tidak kelihatan. Tiba-tiba, kakinya tertendang sesuatu. Dia memandang bawah. Kelihatan sebuah beg kertas berwarna merah jambu terletak dihadapan pintu. Dahinya berkerut. Tali beg itu dicapai. Sekali lagi dia memandang kiri kanan, mana tahu pemilik beg itu tercicir. Tetapi sebaik ternampak kad kecil yang tergantung di pemegang, dia terus membawa beg itu masuk ke dalam rumah.
            “Cinta, Cinta!” pekik Lialina sambil berlari ke bilik Cinta.
            “Apa ni Lia? Pagi-pagi dah terlolong. Apasal?” soal Cinta, rimas dengan keadaan yang bingit itu.
            “Ini ada bungkusan untuk kau!” kata Lialina seolah-olah Cinta dapat bungkusan bom pula.
            Cinta yang masih memakai bathrob segera mendekati Lialina lalu mengambil beg merah jambu itu darinya.
            “Dari siapa?” soalnya ingin tahu.
            Lialina hanya mengangkat bahu. “Bacalah kad tu, didalamnya aku belum tengok lagi. Nanti tak surprise,” katanya.
            Cinta sudah menggelengkan kepala. “Nampak bungkusan ni pun kau dah terperanjat macam orang terima bom, apa lagi nampak didalamnya!” ujar Cinta lalu melabuh punggung disisi katil. Kad kecil yang datang bersama-sama beg itu dibaca.

From The Bottom Of My Heart

            Lialina hanya tersenyum lalu duduk disebelah Cinta. “Bukalah cepat!” desak Lialina tidak sabar. Maklumlah, jarang Cinta terima hadiah dari orang selepas dia berpisah dengan bekas teman lelakinya.
            Pantas Cinta mengeluarkan isi beg itu. Sebuah kotak merah jambu yang siap dihias dengan reben dibawa keluar. Dia dan Lialina berpandangan.
            “Jangan-jangan, memang bom kot!”
            “Ish, tak sayang mulut betul kau ni!” marah Cinta.
            “Sorry, sorry!”
            Perlahan-lahan Cinta membuka penutup kotak itu. Cinta dan Lialina serentak terpesona melihat isi kandung kotak tersebut. Sepasang kasut stiletto berwarna biru laut tersusun indah didepan mata mereka.
            Cinta mengerut kening. “Inikan kasut yang aku nampak tempoh hari?” soal Cinta tidak percaya.
            “Kasut apa maksud kau?”
            “Aku jumpa kasut ni di kedai masa jalan-jalan hari tu, tapi aku takda duit nak beli dan sekarang kasut ni ada didepan mata. Aku tak percaya langsung,”
            Lialina tersenyum. “Mungkin kau akan percaya bila dah baca surat ni,” kata Lialina sambil menyerahkan sekeping sampul surat yang tercicir dilantai kepada Cinta. Surat itu berganti tangan.
            “Aku tinggalkan kau,” kata Lialina seakan memberi ruang kepada Cinta untuk bersendirian dengan sampul itu. Dia terus bangkit keluar dari bilik Cinta.
            Sampul itu dibuka perlahan-lahan. Haruman semerbak minyak wangi mencucuk hidungnya sebaik saja dia membuka lipatan kertas itu.
           
            How is it? Do you like it? Menepati cita rasa kau, Cinta? Aku Ian, lelaki yang kau panggil Mr. or Mr. Millionaire atau Lelaki Sombong Nak Mampus, or whatever! I don’t care. So, that day, aku nampak kau keluar dari kedai kasut dan aku nampak kau berminat dengan kasut ni jadi aku belikan untuk kau.

            Cinta mendengus kasar. Kau belikan untuk aku? Senang-senang saja kau cakap? Sejak bila aku minta kau belikan aku apa-apa? Nak tunjuk kekayaan dia lah tu!

            Aku bukan nak tunjuk kekayaan aku pada kau. Tapi aku nak buat semua ni, TANPA NIAT okey? Tumit kasut kau patah hari tu gara-gara kau marahkan aku, betul? So aku gantilah. Walaupun  kasut ni tak seberapa atau mungkin juga kasut ni tak secantik kasut yang pakwa kau belikan  untuk kau.

            Hampir saja Cinta meremukkan surat itu tapi niatnya terbantut saat terbaca sambungan isi surat itu.

            Tapi aku ikhlas. Apa yang aku dah buat pada kau pada hari-hari yang lepas memang salah, so aku minta maaf. Kau maafkan aku tak? Lebih baik kau maafkan aku sebab aku tak pernah buat sesuatu yang bodoh macam ni tapi aku sanggup semata-mata nak minta maaf dengan kau. Boleh?

            Cinta mengetap bibir. Mana boleh kau paksa orang untuk maafkan kau? Kalau kau betul-betul ikhlas, kau pasti bersemuka dengan aku, bukan guna pengantaraan ni!
            Cinta melipat semula surat itu lalu dimasukkan semula ke dalam kotak. Kotak itu pula disimpan dibawah katil. Tanpa perasaan pun ingin mencuba kasut itu, dia terus menuju ke almari pakaiannya untuk bersiap-siap ke tempat kerja. 


            “KENAPA kau tak pakai kasut tu?” soal Lialina kepada Cinta semasa Cinta sibuk memasukkan kek terbarunya didalam almari cermin.
            “Rasanya aku dah bagitau kau jawapannya, kan?” kata Cinta. Entah sudah berapa kali Lialina bertanyakan soalan itu dan entah berapa kali juga Cinta menjawab dengan jawapan yang sama.
            “Tapi kau belum bagitau kenapa kau bawa kasut tu ke kedai ni? Kalau kau bawa, itu bermakna kau nak pakaikan?” teka Lialina.
            “Lia, tak semestinya aku bawa aku nak pakai. Lagipun kasut tu aku dapat bukan dari hasil aku sendiri. Jadi aku takkan pakai, kau tahu aku macam mana,” jawab Cinta lalu masuk semula ke dalam dapur. Lialina membuntuti.
            “Tapi dia ikhlaskan nak bagi kau kasut tu, dia minta maaf lagi. Takkan kau nak tolak,”
            “Aku taknak apa-apa dari dia. Kalau dia muncul hari ini dah minta maaf depan-depan aku, aku maafkan tapi kasut itu aku akan pulangkan pada dia,” Cinta melangkah ke peti sejuk lalu mengeluarkan sebiji nanas.
            Lialina mengekori Cinta pada setiap langkah.
            “Cinta, tapi kau nak kan kasut tu?” Lialina meneka.
            Cinta yang baru saja ingin mengupas kulit nanas, berhenti. Dia memandang Lialina.
            “Okeylah.. kalau kau nak kasut tu, kau boleh ambil. Aku tak cakap pun aku nak terima kasut tu, so ambillah!” kata Cinta selamba.
            Lialina sudah mendengus kecil. “Ee… susah nak bercakap dengan kau ni, keras kepala!” marahnya lalu keluar dari dapur. Derap langkah kuat kedengaran. Cinta hanya menggeleng kepala. Sepatutnya aku yang marah, bukan dia. Lia, Lia!
            “Cinta, Cinta, Cinta!!” panggil Lialina sekaligus membuatkan Cinta terperanjat besar. Pisau lebar yang ada ditangannya hampir terlepas dari tangannya.
            “Lia!!” jerit Cinta, geram dengan sikap temannya itu.
            Pantas Lialina memegang dada. Alamak, aku dah buat singa marah!
            “Sorry, sorry!” mohonnya.
            “Tak nampak aku tengah pegang pisau ni? Kalau terlepas dan kena kaki aku, macam mana?” kata Cinta sambil menayangkan pisau besar ditangannya ke muka Lialina.
            Lialina tersenyum kelat lalu mengambil pisau itu dari tangan Cinta. Takut melayang pula pisau itu dimerata-rata.
            “Dia ada diluar,” kata Lialina membuatkan Cinta mengerut kening.
            “Siapa?”
            “Alah... Encik Ian kau la,” jawab Lialina.
            “Ee! Dia bukan Encik Ian aku, okey? Apa dia buat disini?”
            “Entah… mungkin dia nak kek kot,”
            “ha. Yang kau cakap dengan aku, buat apa? Pegilah layan Encik Ian kau,” balas Cinta.
            “Tapi dia nak kau,”
            “Huh?” hampir melompat isi perut Cinta dek terkejut.
            “Maksud aku, dia nak kau layan dia,” terang Lialina, tahu benar apa yang bermain dikepala kawannya itu.
            “Eh, taknak lah!” tolak Cinta.
            Wajah Lialina bertukar serius. “Cinta. Siapa bos, kau atau aku?”
            Cinta sudah menadah tangan ke atas. Wajahnya masam terpaksa menurut perintah bos.
            Yes, boss!” jawab Cinta lantas membuka apron dipinggangnya lalu keluar dari dapur. Lialina hanya tersenyum melihat gelagat Cinta.

*****

            IAN teruja menunggu Cinta keluar dari dapur. Matanya itu tidak berhenti merenung pintu dapur tersebut. Saat pintu terkuak, dia terus memperbetulkan dudukannya. Tali leher dikemaskan, dan rambut dikuak ke belakang. Wajah bertukar tenang.
            Cinta yang sudah menapak keluar, berhenti didepan pintu dan memandang Ian yang sedang duduk dihujung café. Meluat dia tengok Ian ketika itu. Apa lagi dia nak kali ni? Jangan saja dia cakap dia nak beli café ni, sudah!
            Ian yang dari jauh memandang ke bawah kaki Cinta. Saat melihat kasut yang dibelinya itu tidak dipakai Cinta melainkan sepasang sandal bertali hitam, dia tiba-tiba berasa hampa. Wajahnya yang kerus sedaya-upaya disembunyikan. Setiba Cinta dihadapan mejanya, dia terus memalingkan wajah ke luar café.
            “Kenapa kau tak pakai?” soal Ian dingin.
            Cinta kerut dahi. “Pakai apa?”
            Ian sudah menggigit hujung bibir. “Kau sengajakan nak cabar aku?” kata Ian seraya bangit membuatkan Cinta mundur setapak.
            “Aku tak faham,” Cinta menggeleng kepala.
            Ian mendengus kasar. “Pura-pura tak faham! Memang semua perempuan miskin macam kau selalu bagi jawapan yang sama? Aku tak faham! Aku tak faham! ” ajuk Ian dengan nada sarkastik.
            Oh, Heaven..please help me! Ini café Lia, aku taknak buat kacau.
            “Encik duduk dulu, kalau Encik dah fikir apa yang encik nak makan, pelayan akan datang,” kata Cinta, sedaya upaya mengawal nada suaranya. Dia tunduk lalu ingin berlalu tetapi tangannya yang direntap tiba-tiba membuatkan dia berpaling semula kepada Ian.
            “Mr.!” bisik Cinta keras. Matanya sudah meliar, banyak mata pelanggan yang sedang memerhati mereka.
            Mata Ian tajam menikam anak mata Cinta membuatkan Cinta sedikit kecut perut.
            “Kau ikut aku, kalau kau melawan pelanggan-pelanggan café ni akan salah faham,” kata Ian keras.
            Cinta diam. Dia tiada pilihan lain selain menurut. Kalau dia berkeras seperti tempoh hari, mungkin semua pelanggan akan lari dan yang akan rugi kawannya sendiri.
            Memandang Cinta yang tidak bersuara, Ian menganggap Cinta bersetuju. Dia terus menarik Cinta keluar dari café itu.
            “Lepas!” Cinta seakan menjerit.
            Ian menoleh. “Bukan kau setuju nak ikut aku?”
            “Siapa cakap? Aku keluar sebab taknak buat kecoh di dalam. Kau boleh lepaskan tangan aku sekarang!”
            Ian tersenyum sinis. “Siapa cakap aku nak lepaskan? Memandangkan kau dah keluar, kau mesti ikut aku!” tanpa berlengah lagi, Ian terus menarik Cinta menuju ke keretanya. Cinta berusaha bergelut untuk melepaskan tangannya. Akibat kecuaian Ian sendiri, Cinta berjaya meloloskan tangannya.
            Cinta sudah melarikan diri, namun begitu lariannya tidak sepantas Ian membuatkan Ian berjaya menangkap pinggang Cinta lalu seraya mengangkat tubuh Cinta menuju ke sebuah lorong antara dua bangunan.
            “Apa kau buat ni? Lepaskan akulah!” jerit Cinta sambil memukul-mukul belakang Ian.
            Ian menurunkan Cinta ke tanah tapi Cinta tetap tidak boleh berlari ke mana-mana kerana tubuhnya terperangkap diantara tubuh Ian yang sasa dengan dinding konkrit itu.
            “Lebih baik kau lepaskan aku sebelum aku menjerit!” ugut Cinta.
            “Jeritlah, kalau aku cium kau pasti kau diam,” balas Ian pula sekaligus membuatkan Cinta menekup bibirnya. Ian tergelak kecil. Tau takut!
            “Aku akan lepaskan kau, tapi aku nak kau jawab soalan aku,” kata Ian, dia mula berunding dengan Cinta.
            Cinta hanya angkat kening, bertanya. Tapi tangan masih tidak diturunkan.
            “Macam mana aku nak dengar suara kau kalau kau tutup mulut? Jangan takut, selagi kau tak menjerit, selagi itu aku tak cium kau,” kata Ian pula. Sengaja menakut-nakutkan Cinta.
            Cinta menurunkan tangannya lalu mengiggit bibir. Lia, cepatlah keluar! Selamatkan aku sekarang. Encik Ian kau dah gila!
            “Kenapa kau tak pakai high hill yang aku belikan untuk kau? Kalau tak muat, bagitau. Kalau pasal lain pun bagitau juga, aku nak tau,”
            “Bukan sebab muat tak muat, tapi memang aku taknak pakai. Kasut tu bukan aku punya!” jawab Cinta ringkas, wajah dipalingkan kearah lain. Perbuatannya itu seolah-olah sedang mencabar Ian.
            “Kalau jawab, boleh tak pandang aku? Aku tahu aku kacak, sebab tu kau tak boleh pandang muka aku, kan?”
            Pantas Cinta berpaling kearahnya. Ee.. perasaannya mamat ni!!
            “Sebab aku tak nak pakai. Puas hati?” jawab Cinta sekali lagi, kali ini mata bertentang mata. Dia nak tunjukkan pada Ian yang dia tidaklah sekacak yang dia fikirkan.
            “Kenapa?” soal Ian lagi.
            Cinta mendengus kecil. “Eh, aku rimaslah! Banyak betul pertanyaan kau, kalau aku taknak pakai, aku taknaklah. Kalau kau marah aku tak pakai, kau boleh ambil dan bagi kasut tu pada orang lain. Aku tak hairan la dengan kasut tu!” bebel Cinta sambil memeluk tubuh.
            “Tapi aku memang nak bagi kasut tu dengan kau,” jawab Ian.
            Cinta tersentak. Entah kenapa, suara lelaki itu tadi halus dipendengarannya membuatkan dia memandang Ian. Tangan yang memeluk tubuh perlahan-lahan diturunkan. Dia betul-betul ikhlas? Tak! Lelaki macam dia takkan pernah ikhlas dengan mana-mana perempuan!
            Well, aku taknak. Lagipun aku tak tahu apa sebab kau bagi aku kasut tu,”
            “Kau tak baca surat aku?”
            “Kau betul-betul ikhlas kah masa tulis surat tu?”
            “Kalau aku tak ikhlas, kenapa aku nak tulis surat tu,”
            “Jadi, kau betul-betul rasa bersalah dan ikhlas nak minta maaf dengan aku?” kata Cinta, bukan kesekain kalinya dia meminta kepastian.
            Ian diam seketika. Lambat-lambat dia mengangguk. “Aku mengaku, apa yang aku buat tu salah dan aku ikhlas,” akui Ian.
            “Okey, aku maafkan kau. Tapi pasal kasut tu…”
            “Jangan lupa pakai. Aku nak kau pakai kasut tu setiap hari,” kata Ian seakan hukuman mandatori kepada Cinta.
            “Tak. Aku takkan pakai kasut tu. Aku nak bagi balik pada kau,”
            “Kenapa?” soal Ian dengan dahi berkerut.
            “Sebab aku taknaklah. Aku tak minta apa-apa dari kau, aku taknak ada apa-apa kaitan lagi dengan kau,”
            Ian memandang Cinta, wajahnya tegang dengan dahi berkerut.
            “Kenapa? Sebab kau dah ada teman lelaki?”
            “Takda! Cuma…”
            “Cinta!” serentak Ian dan Cinta berpaling ke kiri. Terbuntang mata Cinta melihat lelaki yang sedang berdiri disebelah Lialina. Wajah Lialina pula sudah berubah kelat apabila Cinta sudah mengangkat kening kearahnya.
            “Alex?” cepat nama itu meluncur dari bibir Cinta serentak membuatkan Ian terus memandang kearah Cinta.
            Alex? Aku pernah dengar nama ini. Bekas teman lelaki dia!

5 comments:

  1. wahhhh,sgt cantek!...Ian nie mmg xtau malu la,prasan nak mampos..p kite suke jer..rase nk lg lar,leh x?..hihii.

    ReplyDelete
  2. mantaplah cepatlah sambung

    ReplyDelete
  3. ish sibuk plak si alex nie nk interprame...
    br ian nk ayat si cinta....
    kenapa mesti ader org dok kacau line nie....
    ish ish ish...

    ReplyDelete
  4. gile slambe la ian tu.....best2..sambung la lg

    ReplyDelete
  5. wah! ian dh jmp saingannye..hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.