Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

28 December, 2011

9th Proposal : The complicated Ian.


9th  Proposal : The complicated Ian.

            You fool!” jerit Ian dicorong telefon yang membuatkan Carl menjarakkan telefon dari telinganya.
            “Wei, apa marah-marah ni?” balas Carl. Bingit telinga dengan suara jeritan Ian.
            “Kau cakap dia dah takda apa-apa hubungan dengan bekas teman lelakinya, jadi kemarin kenapa aku nampak dia orang begitu mesra sekali?” bentak Ian.
            Carl ketawa kecil. “Ehh…kau cemburu eh,”
            Shut up Carl!”
            “Tunggu..tunggu! Aku tak cakap pun yang dia orang tu tak berhubungan. Mereka cuma dah putuskan hubungan cinta mereka saja. Dia orang tak bersama lagi, aku jamin,” kata Carl, mati-mati ingin meyakinkan teman baiknya itu.
            “Macam mana kau begitu pasti sekali? Kau tak nampak macam mana mesranya dia orang depan aku,”
            “Aku rasa kau tak faham dengan apa yang sudah aku ceritakan pada kau tempoh hari. Mereka memang dah putus, dan aku yakin mereka takkan bersama lagi. Tapi satu yang kau perlu tahu, bukan mudah untuk membuang rasa cinta tu dalam hati. Walaupun mereka dah putus lama, tapi Cinta masih sayangkan Alex,”
            “Cinta masih sayangkan Alex?” suara Ian menjadi bundur.
            “Ya, dan daripada informasi yang aku dapat, walaupun Cinta masih cintakan Alex tapi dia tetap akan memilih untuk menjauhkan diri. Dan aku rasa lebih baik kau lupakan saja pasal Cinta, sebab hubungan kamu memang takkan berjaya,” nasihat Carl seakan mengenali sifat Cinta.
            Ian tergelak kelat. “Siapa cakap aku nak ada hubungan dengan dia?” naïf dia pula.
            “Ian, tolong jangan tipu diri kau lagi. Semakin kau cuba untuk menafikan semakin sukar untuk kau melupakan Cinta dan bila kau dah sedar kau dah tak boleh lepaskan dia lagi. Kau juga yang terseksa nanti,”
            “Aku tak faham apa yang kau cakap. Okeylah, bye!” talian segera dimatikan. Dia mendengus kasar.
            “Cinta masih cintakan Alex? Jadi macam mana dengan aku?” Ian bermonolog seorang diri di balkoni rumah hijaunya.
            “Betulkah aku nak ada hubungan dengan Cinta? Tapi dia tu kan perempuan miskin, keluarga Alex pun tak terima dia,” nampaknya Ian masih meragui perasannya sendiri. Sedangkan hari itu dia sudah pun bertekad dihadapan ibunya yang dia hanya akan menghawini Cinta. Ah! Itukan sebab aku terpaksa, kalau tak masakan aku cakap begitu dengan mama aku?
            “Siapa perempuan miskin?”
            Ian yang tersentak segera menoleh ke belakang. Kelihatan kakaknya, Serena sedang berdiri sambil memeluk tubuh dia pintu balkoni.
            “Kakak,” suaranya kedengaran terkejut. Masakan tidak, kakaknya itu jarang sekali menjejakkan kaki di rumah hijau itu.
            Serena tersenyum lalu maju ke hadapan mendekati Ian.
            “Siapa perempuan miskin?” soal Serena sekali lagi.
            Ian mengubah posisi, membuang pandangannya ke arah hutan tebal.
            “Takda siapa,”
            “Kalau bukan siapa-siapa, kenapa kakak dengar suara Ian tadi macam marah saja?”
            Pantas kepala Ian berpaling kearah kakaknya.
            “Kakak curi dengar perbualan Ian?”
            “Apa tak dengar. Kakak yang dekat bawah tu pun boleh dengar suara Ian. So, siapa perempuan miskin?”
            Ian mendengus nafas lemah. “Tak tahulah kak. Aku tak kenal dia, dia complicated. Tak macam perempuan-perempuan yang aku kenal dulu,”
            “So, ini bermakna perempuan miskin tu special-lah bagi Ian?” duga Serena membuatkan adiknya berdehem.
            Special? Takdalah!” naïf Ian.
            “Jangan bohong! Entah-entah, dialah perempuan yang mama maksudkan tempoh hari, betul?”
            “Ap..apa mama cakap?” tergagap-gagap Ian menjawab.
            “Hmm… mama cakap, Ian habiskan duit 10 ribu hanya untuk perempuan tu. Masakan dia tu tak dipanggil special bagi Ian. Sebelum ini, pernah Ian membelanjakan duit sebanyak tu? Selama ini pun, Ian hanya akan berhubungan dengan anak-anak partner syarikat saja dan tak pernah membelanjakan duit lebih dari 5 ribu. So, nak bagitau kakak atau tak?”
            Ian terdiam seketika. Kalau dia bagitahu, mesti kakaknya itu memandang rendah terhadap taste-nya pada perempuan. Gadis miskin dan lelaki kaya macam dia? Tak sesuai langsung.
            “Dia bukan sesiapa! Lagipun dia tu miskin, mana ada sesuai dengan Ian. Dan lagi, dia dah ada teman lelaki. Teman lelaki dia tu kaya macam Ian juga, tapi keluarga lelaki tu tentang hubungan dia orang. Jadi Ian rasa…”
            Pak! Dahi Ian dijentik dengan jari telunjuk. Keras bunyi jari yang mengena didahinya.
            “Auch! Kak, apa ni?” marah Ian sambil mengusap dahinya yang sudah memerah itu.
            “Apa Ian fikir Ian dah sempurna sangat dengan kekayaan kita ni?” marah Serena. Dia tidak suka bila sikap adiknya itu berubah menjadi segelintir daripada sifat ahli keluarganya yang lain. Terlalu mementingkan status, terutamanya ibu mereka sendiri.
            Ian pula diam.
            “Dari sudut pandangan akak, Ian betul-betul gilakan gadis ni sampai sanggup ekori dia mana saja dia pergi, kan?”
            Ian tersentak. “Macam mana kakak tahu?” pelik betul kakak aku ni, dia upah penyiasat kah?
            “Kakak suruh orang kakak ikut pergerakkan Ian selepas mama bagitau kakak pasal gadis tu. Apa yang kakak nampak, Ian yang berusaha untuk mendekatkan diri Ian pada dia. Ini bermakna Ian cintakan dia, bukan?”
            “Cinta?” Ian tergelak. Tiada perkataan cinta dalam hidupnya. Mustahil dia cintakan Cinta, apa yang ada dalam hatinya hanya rasa tercabar dengan sikap Cinta.
            “Kalau tak, cakap terus-terang dengan kakak yang Ian tak sukakan dia,”
            Ian memandang kakaknya. “Memang Ian…” dia pantas terdiam. Entah kenapa ayatnya itu tersekat dianak tekak. Dalam hati dia boleh pula menyebut bahawa dia tidak sukakan cinta tapi sebaik saja mengeluarkan kata-kata itu, dia tidak dapat.
            “Ian…Ian tak…”
            See? Ian tak boleh tipu diri Ian sendiri. Lebih baik Ian mengaku, sebab sakitnya itu mungkin akan berkurangan kalau Ian sedar lebih awal lagi. Jangan sampai gadis tu terlepas dari tangan Ian. Ian juga yang merana,” kata Serena seakan mengingatkan. Memang sakit jika hati enggan mengakui bahawa kita mencintai seseorang, bila terlambat tiada guna untuk menyesal lagi.
            “Ian fikirlah sendiri, jangan sampai Ian termakan kata-kata Ian sendiri,” tambahnya lagi lalu dia pun melangkah masuk ke dalam rumah.
            Ian pula terus termenung. Fikirannya sudah melayang jauh dari alam reality. Berbagai bayangan yang menerpa di fikirannya. Dia iba-tiba terbayang kemesraan Cinta dengan Alex disebuah taman.
            Ian pantas menggeleng. Menghapuskan bayangan-bayangan tersebut. “Aku takkan pernah lepaskan dia!” tekad Ian lantas melangkah masuk ke dalam.
           

*****

            ALEX menolak pintu café itu. Pelanggan hari itu kelihatan sedikit saja, bukan seperti hari-hari lain meja dipenuhi dengan pelanggan.
            “Alex? Kau datang lagi?” sapa Lialina.
            Alex berdehem. Soalan Lialina itu seakan tidak suka dia berkunjung ke cafénya itu.
            “Haik, macam tak suka saja aku datang?” dia terasa.
            Lialina tergelak. “Bukan aku yang tak suka, tapi ketua pastry kita yang tak suka. Oppss!!” Lialina berseloroh dalam keseriusan.
            Alex hanya ketawa. “Mana Cinta?”
            “Cinta aku dah aku bagi dekat orang lain. Dah takda cinta buat kau,”
            “Lia… aku serius ni. Cinta mana, Jacinta!” Alex sudah mula bengang dengan sikap Lialina itu. Bawa orang bergurau pagi-pagi begini, memang orang tiada mood.
            Lialina mendengus. “Kau tak faham lagikah Alex? Kau tahu tak kau sedang menyeksa Cinta sekarang?”
            Alex diam. Dia tahu, kekerapan dia bertemu Cinta membuatkan CInta lebih terseksa. Tapi dia juga terseksa jika tidak bertemu dengan kekasih hatinya itu.
            “Lia,” pantas kedua-dua kepala Lialina dan Alex menoleh kearah pintu dapur. Cinta datang menghampiri.
            Lialina hanya mampu menggeleng kepala. Dia menegah mereka berjumpa adalah untuk kebaikan masing-masing, tapi masalahnya dua-dua pun keras kepala.
            “Ada apa?” soal Cinta.
            “Boleh kita bercakap, jangan risau ini urusan kerja. Lia boleh ikut sekali,” jawab Alex.
            “Okey, kita ke atas,” ajak Lialina lalu segera keluar dari meja kaunter dan menuju ke tangga dihujung café. Alex dan Cinta mengekori dari belakang.
            “Kalau urusan kerja, boleh!” kata Lialina sambil mengambil tempat di meja berbentuk segi empat tepat itu. Begitu juga dengan Alex dan Cinta.
            “Begini, pertunangan adik aku akan berlangsung tidak lama lagi jadi aku ditugaskan untuk mencari food stylish,” Alex memulakan perbicaraannya.
            “Kau nak Cinta jadi food stylish?” soal Lialina segera dapat menangkap mesej yang Alex ingin sampaikan.
            Cinta memandang Alex. “Saya? Awak jangan nak berguraulah Alex. Mana boleh saya jadi food stylish pertunangan adik awak,” kata Cinta. Dia tidak mahu sama sekali. Sudahlah dia pernah ada sejarah hitam dengan keluarga Alex sekarang mahu jadi food stylish pula? Memang menempah maut!
            Why not?”
            “Kau lupakah Alex? Kalau kau lupa, biar aku ingatkan kau. Keluarga kau pernah ugut nak bunuh kawan aku ni kalau dia terus berhubung dengan kau. Kau nak dia mati sia-sia?” kata Lialina. Dia tahu, pertuturannya itu kurang sopan tapi dia harus mengingatkan Alex dengan apa yang sudah keluarga dia pernah lakukan terhadap Cinta.
            “Lia…” Cinta ingin menenangkan kawannya itu dalam masa yang sama dia tidak mahu juga Alex rasa bersalah.
            “Aku tahu itu. Dan aku ingat sampai sekarang. Tapi aku nak dia jadi food stylish pertunangan adik aku. Anggap saja ini urusan kerja. Bolehkan Cinta?” Alex masih enggan berputus asa. Baginya itu sajalah cara untuk mendekati Cinta. Dia yakin keluarganya itu tidak mungkin melakukan sesuatu yang buruk semasa pertunangan adiknya nanti.
            “Saya…”
            “Awak fikirlah dulu. Saya cuma nak tolong awak kembangkan kerjaya awak sebagai patisserie,”
            Cinta memandang Lialina, berharap agar Lialina boleh memberi dia jawapan.
            “Awak tak perlu keluar ke majlis tu, aku jamin. Dan Lia pun boleh ikut awak sekali. Ya?”
            “Bagi saya masa untuk berfikir,” ujar Cinta perlahan. Kalau Lia ikut sekali, mungkin aku akan rasa selamat sedikit.
            Thanks… tapi saya nak jawapan awak malam ni, boleh? Sebab lusa kita akan bertolak,”
            “Okey… malam nanti saya call awak,” kata Cinta.
            Lialina yang sekadar pemerhati itu hanya boleh menggeleng kepala. Dia tahu benar, tiada apa yang Cinta dapat disana, melainkan rasa sakit. Tapi apa-apa pun keputusan Cinta, dia tetap akan berada disampingnya.

            Malam itu, Cinta langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih berfikir sama ada bersetuju dengan tawaran Alex ataupun tidak.
            “Masih tak tidur lagi?” soal Lialina yang baru saja keluar dari bilik tidurnya.
            Cinta beralih ke ruang tamu dari balkoni pangsapuri.
            “Aku masih berfikir tentang tawaran Alex petang tadi. Kau rasa aku perlu terima tawaran dia?” soal Cinta.
            Lialina tersenyum. “Ada kata pepatah inggeris, advice is what we ask for when we already know the answer but wish we didn’t. Sekarang ni, kau dah tahu jawapannya tapi kau enggan terima kenyataan. Kalau kau tetap nak pendapat aku, pergilah sebab itu yang hati kau nak, kan?”
            “Kau tak marah aku pergi?”
            “Apa pula nak marah, kan aku ikut kau sekali. Kalau dia berani ambil kesempatan, taulah dia aku kerjakan,”
            Cinta tersenyum mendengar jawapan Lialina. Lialina memang baik, lemah-lembut, dan memahami tapi masih ada lagi sisi dirinya yang mampu menakutkan sesiapa saja yang mendekati dia.

*****

            “IAN?” panggil Dalian sambil mengetuk pintu bilik Ian yang sudah sedia terbuka itu. Ian yang sedang membaiki tali lehernya itu sekadar memandang kearah pantulan cermin.
            “Ada apa?”
            “Martha meminta untuk sarapan bersama,”
            “Yalah, kejap lagi saya turun,” jawabnya lalu mencapai blazer putihnya dan segera menyarungkan ke tubuh. Setelah penampilannya dipastikan kemas, dia pun keluar dari bilik dan turun bersama-sama Dalian menuju ke ruang makan.
            Kelihatan semua ahli keluarganya sudah berkumpul di meja makan, termasuk kakaknya yang jarang sekali dapat berkumpul bersama. Ian mengambil tempat ditepi Serena.
            “Jarang sekali kita dapat berkumpul begini. Terima kasih Rena, Ian,” ucap Martha.
            Ian dan Serena hanya mengangguk.
            “Ian,” panggil Martha.
            “Ya nek?” sahut Ian pantas.
            “Ini adalah surat undangan dari kawan karib ibu Ian dan nenek minta Ian bawa Ratna sekali ke majlis itu, boleh?” minta Martha sambil mengisyaratkan Dalian untuk menyerahkan surat undangan itu kepada Ian.
            “Ian dan Ratna boleh berangkat ke pulau perbadi tu lusa,”
            Ian tersentak. “Apa?” menerima kad undangan itu masih belum mengejutkannya lagi, tapi apabila terpaksa bertolak esok. Dia betul-betul terkejut. Ada perkara lain lagi yang dia perlu selesaikan.
            “Eyalah...kan majlis tu berlangsung lusa. Lagipun nenek nak Ian dan Ratna lebih erat lagi,”
            Ian tercangang. Dia hilang kata-kata untuk melawan neneknya. Dia memandang pula kakanya yang duduk ditepi tetapi Serena hanya mengangkat bahu. Ian memandang pula Zared. Zared kelihatan seperti biasa saja, tenang seperti selalu.
            “Nek, Ian masih ada kerja lagi. Mungkin Ian tak dapat datang, apa kata suruh Zared temankan Ratna. Kan Red?” Ian berharap agar Zared menyokong dia.
            I can’t” jawab Zared pantas lalu terus bangit dari kerusi dan meminta diri untuk pergi ke tempat kerja.
            Ian tercangang lagi. Matanya hanya mengikuti jejak Zared sehinggalah Zared lenyap disebalik pintu keluar ruang makan. Lelaki ni memang mudah sangat putus asa! Getus hati Ian.
            “Nenek taknak dengar alasan. Nenek nak Ian pergi dengan Ratna. Keputusan nenek muktamad!”
            Suara tegas Martha serta-merta mematikan ayat Ian. Mahu melawan pun, dia tahu dia tiada kekuatan untuk melawan. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah menurut.
            Ian mendengus kecil. Aku akan buat kau mengaku dihadapan nenek, Zared. Itu janji aku!

6 comments:

  1. naper la complicated sgt hubungan cinta ngn ian nie...
    biler la si zared nk ngaku dia sukakan ratna???
    waaa...
    x suka btl la...

    ReplyDelete
  2. lembab lar si Zared tu,hisssh!..cpt sgt mngalah..

    ReplyDelete
  3. nampaknya isu Zared yg jadi fokus ramai..hehe
    tu la Zared.. dia diajar utk menurut segala perintah ibu bapa termasuk neneknya sndr.

    ReplyDelete
  4. hmm,,x suke laa sikap nenek
    tu yg suke memaksa org..

    ReplyDelete
  5. sungguh sadis hati zared..
    Hitler betui nenek Martha tu..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.