Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 December, 2011

Love.30 : Happy Couple.


Love.30 : Happy Couple.

            TAMARA mengeliat kecil. Terasa pergerakannya terbatas. Pantas dia membuka mata. Kelihatan tangan Aditya sedang merangkul pinggangnya. Serta-merta wajah Tamara berubah kemerah-merahan apabila teringat akan  kejadian semalam. Tidak sangka, akhirnya dia menjadi milik Aditya. Dia tersenyum kecil.
            Perlahan-lahan tangannya mencapai pipi Aditya. Terasa sayangnya terhadap Aditya semakin dalam. Pertama kali berjumpa dengan awak Adi, saya tak pernah terfikir yang saya akan jatuh cinta sebegini dalam terhadap awak. Apa yang awak dah buat pada saya ni? Hati Tamara berdetik. Terkenang saat pertama kali dia bertemu dengan Aditya.
            Tanpa diarah, tiba-tiba saja Tamara mengucup pipi Aditya dengan penuh kasih sayang seakan ada satu kuasa yang mengawalnya.
            “Ehem!” Aditya berdehem.
            Pantas Tamara tersentak. Dia mengetap bibir. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan Aditya dipinggangnya tetapi tangan Aditya menjadi keras.
            “Tara nak pergi mana?” soal Aditya tanpa membuka matanya. Pelukannya semakin dieratkan.
            “Tara nak turun, nak mandi,” jawabnya. Jiwanya berdebar-debar menunggu Aditya membuka mata.
            “Sekejaplah… Adi belum nak bangun lagi,” rengek Aditya pula. Mata masih tertutup seakan masih sedang bermimpi.
            “Tapi Adi kan perlu masuk kerja?”
            “Memanglah... tapi syarikat tu milik Adi, Adi boleh masuk bila-bila yang Adi nak,” jawabnya pula.
            Tamara hanya memandang Aditya. Sikap Aditya itu kadang-kadang menjengkelkannya tetapi sikapnya itulah yang telah menarik perhatian Tamara.
            “Macam manalah Adi boleh jadi ketua? Kenapalah papa Andrew boleh berikan tanggungjawab tu pada Adi,” kata Tamara seakan memerli, dia tersenyum-senyum sengaja menyakat Aditya dipagi-pagi itu.
            Aditya tergelak mendengar kata-kata Tamara itu. Tiba-tiba tangannya mengeletak pinggang Tamara membuatkan Tamara tidak dapat menahan ketawanya daripada meletup.
            “Adi, berhenti. Gelilah!” jerit Tamara. Mereka sudah bergelut atas katil, seperti budak-budah yang saling bermain antara satu sama lain.
            Aditya tidak berhenti walaupun mata Tamara sudah berair dek ketawa yang melampau. Dia suka mendengar gelak tawa Tamara itu. Gelak ketawa Tamara seolah-oleh menghidupkan suasana mereka.
            Aditya akhirnya berhenti. Dia merangul erat tubuh Tamara. Dahi pujaan hatinya itu dikucup mesra.
            “Jahatlah Adi ni, keras dah perut Tara,” rungut Tamara manja. Perutnya yang sudah tegang itu digosok-gosok.
            “Sapa suruh, nak jahat mulut dengan Adi sangat,” kata Aditya sambil mencuit batang hidung Tamara.
            “Adi tu… angkuh tak tentu tempat. Adi tu kan ketua, sebagai ketua Adi mesti jadi role model. Bukannya…”
            “Shh…” Aditya segera menutup bibir Tamara dengan tapak tangannya, takut bebelan isterinya itu melarat.
            “Adi cutilah hari ni…” jelas Aditya.
            Kening Tamara naik. “Cuti? Napa tak bagitau awal-awal?”
            “Dah Tara banyak cakap, macam mana Adi nak jelaskan. Tulah, awal pagi lagi dah jadi serius. Relax sikitlah, sayang,” ujar Aditya.
            Tamara tersenyum-senyum menahan malu. “Sorry…”
            Aditya hanya tersengih. “Tara, pasal pekerjaan Tara tu, boleh Tara letak jawatan?” soal Aditya tiba-tiba.
            “Tara memang cadang nak berhenti, tapi sebab Tania dan Dai jalan, Tara terpaksa tunda,”
            “Okey.. kalau gitu hari ni, Tara bagitau Dai yang Tara nak berhenti, ya? Adi tak suka tara kerja sebagai pembantu rumah diorang,”
            Bibir Tamara meleret ke kiri. “Kenapa? Sebab pekerjaan tu tak setaraf dengan pekerjaan Adi?” kata Tamara main serkap jarang saja.
            Berubah riak muka Aditya. Dahinya berkerut dek tersentap dengan kata-kata Tamara.
            “Apa Tara cakap ni? Bukan begitulah maksud Adi. Adi tak suka Tara jadi suruhan orang lain. Adi ada nak tampung perbelanjaan persekolahan adik-adik Tara, Adi dah cukup kaya nak sara hidup adik-beradik Tara termasuk Tara sekali,” kata Aditya seakan kesal.
            “Adi…Tara tahu,” Tamara memaut kedua-dua pipi Aditya. “Tapi Tara juga tahu kedudukan Tara. Kalau selalu harapkan duit Adi, Tara rasa Tara ni macam takda guna. Tara taknak lepaskan tanggungjawab Tara pada adik-adik Tara, Tara nak biarlah perbelanjaan persekolahan mereka Tara yang tanggung,” terang Tamara. Dia sungguh berasa bertanggungjawab terhadap adik-adiknya itu, sejak mereka masih kecil lagi dialah yang sediakan semuanya, seakan segala-galanya sudah sebati dengan dirinya.
            Aditya bangun. Terdedah tubuhnya yang hanya berseluar tidur itu. Tamara turut bangun, selimut dirapatkan ke tubuhnya.
             “Memang sikap Tara macam ni, kah? Tak suka bergantung dengan orang lain? Adi sudi tolong dan tiada niat Adi untuk memperkotak-katikkan tanggungjawab Tara tu terhadap adik-adik Tara. Adi dah jadi ketua keluarga jadi biarkan Adi yang tanggung semuanya,” kata Aditya. Setelah menjadi suami Tamara, dia menjadi sangat bertanggungjawab terhadap mereka, bukan setakat dari social begitu juga dari segi ekonomi. Dia mahu memberikan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
            “Adi, untuk kali ini saja. Biar Tara yang tanggung perbelanjaan persekolahan adik-adik Tara, lepas Bel dah bersekolah diluar negara barulah Adi boleh pikul tanggungjawab tu. Ini impian Tara, impian Tara nak tengok Bel capai impiannya bersekolah diluar negara,”
            Aditya hanya mendiamkan diri, mendengar setiap bait kata yang lahir dibibir Tamara.
            “Apa yang Tara harapkan cuma sokongan dari Adi, itu saja,” sambung Tamara.
            Aditya mendengus kecil. “Yalah…Adi memang tak boleh lawan keras kepada Tara ni, kan?”
            Tamara hanya tersengih mendengar kata-kata Aditya itu.
            “Pasal pekerjaan Tara tu, Tara taknak letak jawatan?” soal Aditya pula. Sepetinya perbualan mereka itu masih belum tamat lagi.
            “Ya, Tara akan letak jawatan,” jawab Tamara.
            “Jadi, Tara nak kerja dimana? Apa kata Tara kerja dekat pejabat Adi?” cadang Aditya pula.
            Tamara tergelak. Dengan tahap pelajaran saya yang amcam ni, layakkah nak kerja di syarikat Aditya yang besar tu?
            “Taknaklah Adi, syarikat Adi tu besar sementara tahap pelajaran Tara setakat SPM aja, mana layak kerja dekat situ,”
            “Situ pula, Adi tak kisah, Adi nak juga Tara kerja dengan Adi!” kata Aditya, seperti seorang kanak-kanak yang memaksa ibunya untuk membeli barang mainan. Tergelak Tamara melihat keletah Aditya. Kalau macam ni, Adi layak dipanggil Benjo nombor 2.
            “Lucu la Adi ni. Kalau Tara kerja dekat syarikat Adi tu, apalah kerja Tara? Cleaner? Atau tukang bancuh teh?”
            “Ish… tak lah. Mestilah jadi Personal Assistant Adi. Adi nak Tara sentiasa dekat dengan Adi,” kata Aditya manja sambil menyangkutkan lengannya dikedua-dua bahu Tamara.
            “Eh… mengada-ngada!” Tamara mencuit batang hidup Aditya.
            Aditya tersenyum lalu merapatkan dahinya ke dahi Tamara. Kini dahi mereka bersatu.
            “Adi nak, kita sentiasa macam ni Tara. Mesra dan rapat, sampai selama-lamanya,”
            “Tara pun harap macam tu juga,” balas Tamara. Mata mereka saling bertatapan.
            Sunyi menyelubungi suasanan seketika. Aditya yang baru saja ingin tunduk merapatkan bibirnya kearah bibir Tamara, telefon Tamara sudah bernyanyi minta disambut. Aditya mendengus kecil. Ganggu ajalah!
            Tamara hanya tersenyum melihat gelagat Aditya. Dia membungkus tubuhnya dengan selimut sebelum turun dari katil, setelah itu dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak diatas meja solek.
            Nama Tania tertera dimuka depan telefon bimbit itu. “Tania,” Tamara memberitahu Aditya siapa pemanggil itu.
            Aditya pun turun dari katil lalu mendekati Tamara. Aditya memberi isyarat kepada Tamara agar menyambutnya.
            “Hello,”
            “Selamat pagi, Tamara. Apasal tak datang hari ni, selalunya Tamara datang tepat jam 7 pagi, sekarang dah 7.30. Tamara sakit, kah?”
            “Tak, tak, tak! Saya tak sakit, cuma saya ada masalah sikit. Kejap lagi saya datang , lagipun saya nak cakap sesuatu dengan Tania dan Dai,” kata Tamara sambil memandang Aditya.
            “Oh.. baguslah kalau awak tak sakit. Okeylah…datang cepat sikit tau, sebab kejap lagi saya dan Dai nak berangkat ni,” jawab Tania.
            “Okey,” selepas membalas Tania, talian pun dimatikan. Tamara menghembus nafas.
            “Kenapa?” soal Aditya.
            “Takda.. dia suruh datang awal sikit sebab dia dan Dai nak berangkat,” beritahu Tamara.
            Aditya hanya mengangguk. Tamara pun melangkah menuju ke pintu kamar mandi.
            “Tara nak pergi mana?” soal Aditya. 
            “Nak mandi,”
            “Oh.. pergilah,” katanya.
            Tamara pun menyambung langkah. Tapi baru saja dia ingin memulas tombol pintu Aditya menegurnya semula.
            “Tara, it was nice yesterday!” Aditya tersenyum nakal.
            Serta-merta wajah Tamara berubah merah, seperti udang yang dibakar. Dia mengetap bibir. Adi ni sengaja nak memalukan saya pagi-pagi! Dia pun cepat-cepat masuk ke kamar mandi.

******************************************************* 
p/s : harap maaf, n3 kali ini fokus pada Adi dan Tara saja. Its a Adiara moment..hehe

5 comments:

  1. alaaaa,, kenapa tak panjang lagi?? hahahaa adiara?? sedapnya nama~

    ReplyDelete
  2. alahai,sweet nye!..

    ReplyDelete
  3. suka la Okie.. dh lama x baca.. hehe :D Kenichi~

    ReplyDelete
  4. suka....
    sambung lagi okie...
    sweet la ~adiara~...
    nice...

    ReplyDelete
  5. sukanyer....
    okie...smbg lg yek...
    happy new year..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.