Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 February, 2011

Substance 11 : Insecure





 Insecure

           GEDEBUM! Pintu pejabat dihadapannya ditolak kasar. Seorang lelaki yang sedang sibuk menyemak fail dimeja kerjanya hanya mengangkat kepala, tiada riak terkejut. Seolah-oleh dia tahu itu bakal terjadi. Lelaki berumur lingkungan 50-an itu membuka cermin matanya lalu berdiri. 
            “Perlu sangatkah kau buat begitu?!” tiba-tiba lelaki itu mengherdik. Tanpa rasa hormat.
            “Philiph, sila duduk!” pelawa lelaki itu. Lelaki yang dipanggil Philiph itu tidak berganjak, namun matanya tajam menikam lelaki dihadapan.
            “Do not call me Philiph!” marah pemuda itu lantas melabuh punggung, Lelaki tua itu pula mengambil.
            “Kalau papa…”
            “Jangan gelar diri kau papa, kau bukan bapa aku!” pintasnya kasar.
            “Okey, saya minta maaf. Tapi kalau saya tak buat macam tu, Dave datang tak?” soal lelaki itu. Dave diam. Sudah jelas, dia takkan datang kecuali dia diugut.
            “Saya panggil ni saja nak bagitau, penerbangan Dave dipercepatkan,”
            “Apa? Kau cakap ada 3 bulan lagi, sekarang nak cepatkan pula!” bentak Dave.
            “Bukan saya, tapi nenek Dave. Kalau Dave tak turuti, Dave tahukan apa yang akan terjadi? Saya cuma nak tolong Dave,”
            “Tolong aku? Tolonglah…kau buat semua ni sebab nak selamatkan status kau sebagai pengarah kan?” kata Dave sinis. Lelaki tua itu tertawa kecil.
            “Kata nenek Dave akan berangkat dalam dua minggu ni,”
            “Dua minggu??” Dave mendengus kasar. “Dia memang nak susahkan aku, kan? Kau dengan dia sama saja!” marah Dave lantas berdiri dan langsung beredar tanpa meminta diri.
Sebaik keluar dari bilik pejabat tersebut, dinding konkrit disebelah terus ditumbuk. Perasaan marahanya sudah melebih segala-galanya termasuk kesakitan. Sudah banyak mata yang memandangnya tapi dia endahkan saja dan terus berlalu.

            “ALFA!” panggil Puan Newlina nyaring dari tangga. Alfa yang berada dalam biliknya tergesa-gesa keluar mendapatkan ibunya.
            “Kakak kau mana? Dah jam 7 masih tidur lagi?” soal Puan Newlina. Alfa mengaru kepalanya yang tidak gatal, setahu dia kakaknya itu tidak pernah masuk bilik sejak petang-petang tadi.
            “Kakak takda dalam bilik,”
            “Habis tu dia pergi mana?”
            “Ah, Alfa baru ingat. Dia keluar dengan Dave, kakak tak bagitau mama?”
            “Kalau dia bagitau takda la aku tanya kau,” kata Puan newline lantas beredar. Alfa masuk semula ke biliknya.
            “Papa, telefon Dave. Suruh diorang pulang sekarang,” kata Puan Newlina sebaik saja dia masuk ke dapur.
            “Kenapa?”
            “Dave tu, pandai-pandai aja bawa anak kita lari lepas tu tak pulang-pulang. Bagus repot polis!” marah Puan Newlina. Encik Zurdi hanya menggeleng.
            “Dave tu budak baik, mesti dia jaga Aura la,” Encik Zurdi mempertahankan Dave.
            “Ah, telefon saja la. Dah malam ni, budak tu kan baru keluar dari hospital,”
            “Yalah, yalah,” Encik Zurdi beralah lalu keluar dari dapur dan menuju ke kaunter. Butang redial ditekan. Kejap-kejap dia menjenguk kea rah dapur, takut-takut puan Newlina keluar. Tadi dia sudah cuba menghubungi Dave tapi masuk ke mail box. Dia juga susah hati sebenarnya Cuma dia tidak menunjukkannya. Setelah banyak kali mencuba, akhirnya Dave mengangkat.
            “Angkat pun, kamu dekat mana ni?”
            “Erm…” tersekat-sekat Dave bersuara.
            “Erm, erm…Aura mana? Dah malam ni kamu masih belum pulang. Kau tahu kan Aura baru keluar dari hospital, badan dia masih lemah. Kalau dia demam macam mana?”
            “Apa? Jadi Aura takda dekat rumah?” Dave seakan terkejut, dia mula resah.
            “Apa maksud kau Aura masih dirumah?”
            “Erm…maksud saya, ya kami belum balik lagi. Okeylah, kami balik sekarang!” bohong Dave seraya memutuskan talian. Encik Zurdi meletak gagang. Dia seperti dapat mengesan sesuatu yang pelik.

            SEBUAH motorsikal menderu laju seperti angin. Menyusup dicelah-celah kereta yang sedang berjalan. Lampu hijau bertukar merah, membuatkan Dave berhenti. Jam ditilik. Jarinya sudah mengetuk cermin jam tanda dia mahu cepat.
            Bererapa minit kemudian, lampu bertukar hijau semula. Dave terus memecut.

            DAVE terus berlari turun ke pantai ditempat Aqua menunggunya tapi Aqua sudah tiada disitu. Dave mendengus kasar. Dia meraup wajahnya lantas terduduk.
            “Aura…maafkan aku..” keluh Dave sambil membenamkan kepalanya diantara lutut.
            “Dave…” Dave segera tersentak apabila terdengar nama disebut halus. Dia berpaling ke belakang, pantas matanya menangkap sesusuk tubuh keluar dari kawasan gelap, rambutnya mengurai. Dave tidak boleh bergerak. Langsung!
            “Dave, ini saya…Aura!”
            “Aura?” kini barulah Dave boleh bergerak. Kecut hatinya tadi, dia ingatkan dia sudah bertemu dengan hantu. Dia terus bangkit mendapatkan Aqua.
            “Kenapa kau masih disini?” soal Dave.
            “Saya…tak tahu jalan pulang,” jawab Aqua terketar-ketar. Dave memandang tubuh Aqua. Basah, tangannya pula sudah menggigil. Melihat Aqua yang sebegitu membuatkan hatinya berasa bersalah. Tubuh Aqua segera dicapai dan dirangkul. Aqua tersentak. Serta-merta tubuhnya berhenti menggigil, tapi kini jantungnya pula yang berdegup kencang. Wajahnya sudah memerah, tiada lagi rasa sejuk yang menyengat seperti tadi. 
            “Maafkan aku, maafkan aku…” pinta Dave tidak henti-henti sementara Aqua sudah terkulat-kulat.

            DUSH!! Dave rebah melanggar bangku meja restoran. Aqua, Alfa dan Puan Newlina terkejut dengan tindakan drastik Encik Zurdi yang tiba-tiba saja menumbuk Dave sebaik saja dia dan Aqua melangkah masuk ke restoran itu. Aqua segera mendapatkan Dave.
            “Apa papa ni?” soal Puan Newlina. Alfa turut membantu Dave untuk berdiri. Reaksi Dave tenang, sudut bibir dikesat dengan ibu jari.
            “Ini adalah pengajar, selama ni Dave tidak pernah membawa Aura lewat balik, dan kali ini Dave buat uncle risau. Maafkan uncle,” minta Encik Zurdi. Dave hanya tertunduk.
            “Pa, ini bukan salah Dave, Aura…”
            “Maafkan saya, uncle, aunty. Lain kali saya tak buat lagi,” Dave segera memotong Aqua. Dave tahu dia yang bersalah, dia tidak mahu Aqua menanggung semuanya.  
            “Duduk dulu, Dave. Biar aunty ambil ubat,” kata Puan Newlina lantas bergegas ke atas. Dave melabuh punggung.

            “ARH!” aduh Dave. Aqua segera menjarakkan tangannya. Mukanya berkerut seakan dia dapat merasa kesakitan Dave.
            “Sorry…” pintanya.
            “Teruskan, teruskan…” arah Dave pula lalu Aqua pun menyambung kerjanya. Lama mereka berdiam diri. Dave bermain jari-jemarinya sementara Aqua pula menyapu ubat dibucu bibir Dave. Masing-masing dengan kerja masing-masing.
            “Aura, kenapa kau tak marah?” soal Dave setelah agak lama membisu. Lama Aqua diam, cuba berfikir kenapa dia tidak merasa marah dengan tindakan Dave meninggalkan dia disatu tempat yang langsung tidak pernah disinggahinya.
            “Mungkin sebab, saya faham kenapa kau buat macam tu. Lagipun kau ada hantar bagi note kan?” kata Aqua. Dave tersentak seakan teringat sesuatu.
            “Note! Kau dah baca?” soal Dave cepat. Aqua menggeleng. Dia terus menyaluk poketnya dan memberikan nota yang sudah sedikit basah kepada Dave. Dave makin pelik. Sekeping note itu disambut.
            “Kenapa kau tak baca?” Aqua mengangkat bahu. First aid yang sudah selesai diguna dikemaskan dan ditolak ketepi.
            “Somehow, I felt that you will come for me…kau akan datang dan bawa saya pulang,” jawab Aqua. Dave tersandar ke belakang kerusi.
            “Aku tak percaya yang kau boleh fikir begitu, sebelum ini kalau aku tinggalkan kau ke satu tempat maunya seminggu kau tak bercakap dengan aku, tapi hari ini perbuatan aku dah cukup teruk tapi kau tetap layan aku baik, why? “
            “Ada masanya, kemalangan akan membuatkan seseorang berubah. Kau tahu? Jadi itu bukan sesuatu yang buruk, lagipun ia takkan berpanjangan sebelum semua kembali pada keadaan asal,” jawab Aqua. Dave mengerut kening. Dia tidak faham maksud yang Aqua cuba sampaikan.
            “Apa maksud kau?” Aqua tidak menjawab sebaliknya hanya menghadiahkan segaris senyuman.
            “Kemalangan tu betul-betul buat kau berubah, huh?”
            “Something like that…kau nak apa-apa tak?” soal Aqua pula sambil bangkit.
            “Tak, aku dah nak balik,” tolak Dave. Dia turut bangkit.
            “Say sorry to uncle,” kala Dave lagi sebelum beredar. Aqua hanya menghantarnya sehingga ke pintu masuk restoran.

*****

            UNCLE BECK menutup pintu kamar Aura. Aura yang sedang duduk disisi katil dihampiri dengan wajah separuh tenang separuh galak. Ada riak kecewa terselit disitu.
            “Tindakan kamu tadi itu benar-benar salah, kamu tahu?” Aura buat muka cuak.
            “Takkan aku nak diamkan saja bila tengok mama sendiri melutut depan orang lain minta ampun?!” Aura menggelengkan kepala, tidak bersetuju dengan prinsip yang dipegang oleh Leon.
            “Tapi lebih baik diam daripada melawan, diam tak bererti kita kalah,” kata uncle Beck.
            “Tak…ada masanya ayat tu boleh digunakan, tapi ia tak berkesan dengan lelaki singa tu. Uncle tak nampakkah tadi cara dia layan mama? Layan uncle? Layan aku? Aku pernah saksikan ibu aku sendiri melutut depan aku dan aku masih terbayang sampai sekarang. Dan sekarang giliran ibu Aqua? Aku tahu, aku takda talian darah dengan ibu dia tapi dia tetap seorang ibu,”
            “Kamu tak tahu Shin macam Aura. Dia boleh gunakan pengaruh dia tu untuk jatuhkan satu empire besar tahu tak? Bapa Aqua berkerja sebagai pengarah disalah sebuah syarikat cawangan keluarga Shin, kamu tahu tak. Dia boleh singkirkan bapa Aqua sekelip mata saja dan kita semua akan keluar dari mansion ni. Itukah janji Aqua yang kamu pegang?” Aura terdiam. Bukan dia tidak mahu menyimpan janji dia kepada Aqua Cuma dia tidak tahan melihat sikap Leon yang sangat sinis dan bongkak.
            “Bukan begitu maksud aku, uncle. Aku tak boleh biarkan ibu Aqua merendah martabat dia didepan lelaki tu. Aku tak boleh…” kedengaran keluhaan kecil dari uncle Beck.
            “Saya faham perasaan kamu, Aura. Tapi Shin adalah lelaki yang paling menakutkan dikawasan ni,”
            “Entahlah uncle…apa akan jadi lepas ni?” soal Aura. Berdoa agar Leon tidaklah seperti yang dikatakan Puan Narisa dan uncle Beck.

            “PUAN, jangan pergi puan. Biar saya yang pergi!” bunyi riuh dibawah sempat menembusi kamar Aura menyebabkan dia terpanggil untuk bangkit. Jam yang terletak di lampu meja dibelek. 6.35 pagi. Dia segera menyelak selimut dan turun dari katil. Pintu kamar dikuak kecil.
            “Tak, uncle. Saya perlu selesaikan hal ni hari ini juga. Biarkan saya, uncle,” suara Puan Narisa kedengaran merayu tapi Aura langsung tidak faham mengapa mereka perlu bertelaga pagi-pagi buta begitu. Dia segera turun mendapatkan mereka.
            “Mama nak pergi mana?” soal Aura.
            “Aqua?”
            “Mama nak pergi mana?” soal Aura lagi. Puan Narisa membisu. Uncle beck menghampiri Aura lalu berbisik.
            “Puan nak jumpa dengan Shin,” pantas kepala Aura memandang uncle Beck. Puan Narisa tertunduk.
            “Ma, jangan cakap yang mama nak melutut depan dia?” duga Aura. Puan Narisa mengangguk sekali. Aura mendengus kecil.
            “Ma??”
            “Atau Aqua nak mama melutut depan Aqua, baru Aqua bagi mama jumpa dengan Shin?” soalan itu membuatkan Aura segera terdiam. Peristiwa dimana ibunya melutut kembali berlegar dimindanya. Membuatkan dia sedikit kecut perut.
            “Tapi, kenapa awal pagi?”
            “Sebab Shin dah tetapkan masa, sebelum jam 7 kalau Aqua dan puan tidak berjumpa dengan dia, dia akan terus ke induk dan lucutkan jawatan papa Aqua,” terang uncle Beck. Seakan ada satu batu besar menghempap kepala Aura. Aura menghembus nafas berat.
            “Aqua tak perlu pergi, biar mama yang pergi. Mama faham Aqua takutkan Shin sejak kecil lagi,” Aura mengerut kening.
            “Uncle, jam berapa sekarang?” soal Aura tiba-tiba.
            “6.43 am,”
            “Biar saya yang pergi!” putus Aura seraya beredar membuatkan uncle Beck dan Puan Narisa terpinga-pinga sebentar. Bila mereka mengejar keluar, Aura sudah kelihatan berlari laju menuju ke satu mansion lagi. Puan Narisa dan uncle Beck saling berpandangan sebelum pergi mengejar Aura.
            “TUAN MUDA!” panggil Nanny Vdya semasa Leon ingin masuk ke perut kereta lantas membuatkan Leon terhenti. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyum saat melihat Aura yang sedang berlari dari jauh ini memasuki kawasan perkarangan mansion.
            Aura berhenti tepat-tepan dihadapan kereta Leon. Aura tercungap-cungap menahan nafas, Leon tersenyum lagi. Melihat Aura yang masih berpakaian baju tidur berwarna biru sedikit membuatkan hatinya merasa lucu.
            Leon menutup pintu kereta lalu bersandar dihadapan kereta. Tangan memeluk tubuh kaki bersilang. Setelah lama merehatkan diri, Aura berdiri tegak dan menyisir rambutnya yang sudah menggerbang seperti ditiup puting beliung. Seketika kemudian, uncle Beck dan Puan Narisa sudah pun sampai ke mansion itu.
            “Ada apa-apa yang aku boleh bantu?” soal Leon, menyindir.
            “Kalau aku melutut depan kau hari ini, saat ini juga, kau akan lepaskan mama dan papa?” soal Aura mula berunding dengan Leon.
            “Bergantung, sebab aku masih lagi tak puas hati dengan kau. Well, kalau kau sanggup aku lepaskan kau-kau semua,” kata Leon. Ya ampun, sombong mau mampus lelaki ni!
            “Okey, aku sanggup!” Leon segera mencari anak mata Aura. Leon menilik jam tangannya. Lima minit lagi jam 7am.
            “Aku dah takda masa!” kata Leon lantas berlalu menuju ke pintu penumpang. Nanny Vdya segera membukakan pintu. Aura mendengus kasar. Lelaki ni!! Enjin kereta sudah berbunyi kuat menandakan ia akan berjalan bila-bila masa saja. Aura tiba-tiba dihantui rasa takut, bagaimana jika dia tidak dapat memuaskan hati lelaki itu? Bagaimana jika dia akan tunaikan kata-katanya untuk melucutkan jawatan papa Aqua?
            Tanpa disedar, Aura melutut bersamaan dengan telinga yang panas membahang. Leon yang masih melihat ke luar tersentak lantas keluar semula. Banyak mata yang memandang Aura. Itu bukan kali pertama mereka melihat Aqua melutut tapi kali ini ia terasa pelik kerana dia mati-mati menolak Leon.
            “Aku minta maaf…buatlah apa saja, aku terima hukumannya,” walaupun sakit Aura gagahkan juga demi menyelamatkan keluarga Aqua. Leon mendekati Aura.
            “Betul? Kalau tiba-tiba kau bertindak bodoh lagi macam mana? Kalau esok-esok salah satu tulang aku patah macam mana?” soal Leon merasa tidak selamat.
            “Kalau itu terjadi, buatlah ikut suka hati kau,” Aura menurut seakan seorang hamba yang terlalu setia terhadap rajanya.
            “Okey, settle! Itu janji kau dan kau akan pegang. I’ll keep my words, you’ll keep yours!” kata Leon. Aura sudah memejam mata, menanam segala rasa benci, geram dan muaknya terhadap Leon.
            “Tapi sebelum itu, aku nak kau pakai baju sekolah dan ikut aku,” kata Leon. Aura mengangkat muka. Belum sampai sesaat, dah macam-macam yang disuruhnya? Seronok sangatkah dapat tundukkan aku? Marah Aura dalm hati.
            “Baju sekolah?” Aura berdiri sambil memandang belakang, kearah uncle Beck. Uncle Beck mengangguk.
            “Tapi aku masih ada cuti lagi dua hari,” kata Aura.
            “Tapi aku tengok tadi bukan main,laju lagi kau lari, dah! Kau tak perlukan cuti lagi,” putus Leon seolah-olah dia adalah pengetua sekolah. Aura mengetap bibir. Sudah terbayang dimindanya macam mana dia kerjakan Leon jika dia mempunyai peluang itu. Mau saja dia melompat kearah Leon dan membelasah Leon secukup-cukupnya tetapi mereka sudah buat perjanjian dan perjanjian itu melibatkan hidup dan mati orang disekelilingnya.

**********************************************************************
p/s: sorry..sgk sgt sibuk walaupun tengah cuti…I hope you enjoy your stay…
Happy Chinese New Year!!!





Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.