Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

26 June, 2011

I Give My Love To You - Cerpen


Kepada pembaca Blog SoulMate, saya menjemput anda untuk membaca cerpen dari saya. Masih banyak kekurangan, harap teguran, komen dan kritikan dapat diberikan pada saya...hehe
Selamat membaca!

23 June, 2011

Love.26 : Tara's First Kiss


           

            TAMARA mengosok matanya sesaat selepas dia terbangun. Serentak itu dia terasa seperti pinggangnya dipeluk seseorang. Dia tersenyum. 

            “Benjo, Benjo,” ujar Tamara lantas berpaling kepada orang yang  memeluknya. Tamara tergamam apabila wajahnya hampir menyentuh wajah Aditya. Serta-merta jantungnya berdebar.

            “Adi? Macam mana awak masuk?” soal Tamara sambil cuba meloloskan pegangan Aditya.

            “Ini rumah saya, mestilah saya ada kuncinya,” Aditya  tersenyum. Pelukan pada pinggang Tamara dieratkan lagi.

            “Adi,”

            “Apa? Saya tak boleh tidur dengan awak?”

            “Bukan, kita bangun dulu,” Tamara mengelak. Dia cuba membangunkan tubuhnya namun Aditya menekan kuat bahunya agar berbaring semula.

            “Baru 6 pagi, awak nak pergi mana?” soal Aditya.

Tamara segera mengalihkan wajahnya. Takut melawan renungan mata Aditya yang seolah-olah menyesakkan dadanya itu. “Saya… saya nak buat sarapan,” jawabnya gugup.
            
             Aditya tersenyum. Awak ingat awak saja yang gementar saat ni, Tara? Saya lagi gementar sekarang!

            “Untuk?” soal Aditya.
            
             “Em… untuk Benjo dan Bel, diorang nak pergi sekolah!”

            Aditya terus tergelak. “Hari ni hari sabtulah, siapa yang nak pergi sekolah?”

Tamara mengigit bibir. Wajahnya segera bertukar merah. Macam mana aku boleh terlupa?
            
            “Oh… kalau begitu, saya nak mandi!” Tamara terus bangun namun sekali lagi tubuhnya dipaut. Aditya seolah-olah tidak ingin melepaskan Tamara. Tamara memandang Aditya. Dia sudah mengetap bibir. Adi ni, nak main-mainkan saya kah? Aditya membalas pandangan Tamara. Redup dan penuh kasih sayang membuatkan jantung Tamara semakin berdebar hebat.

            “Kenapa awak takut sangat? Saya belum buat apa-apa pun?” kata Aditya. Tamara menelan liur. Belum? Apa maksud Adi

“Aa.. tapi saya…”
            
           “Shhh… Diam. Kejap lagi, bagi saya masa 10 minit. Saya pun dah nak jalan ni,” potong Aditya. Tamara kerut kening.
            
            “Awak nak pergi mana?” soalnya. Aditya hanya tersenyum lantas membawa tubuh Tamara masuk dalam dakapannya. Uban kepala Tamara tepat-tepat dibawah dagunya.

           “Saya ada urusan penting dekat Bangkok, mungkin akan pergi dalam beberapa hari ni. Tapi sebelum tu saya nak bawa awak dan adik-adik awak jalan,”

            “Bangkok? Lama tak?” soal Tamara. Ajakan Aditya tadi langsung tidak didengarinya. Hati tiba-tiba kesunyian mendengar Aditya akan terbang ke Bangkok.

            “Ya, kenapa? Awak nak ikut?” seloroh Aditya. Pantas Tamara menggeleng.

            “Tak lama…3 hari aja. Okeylah… mesti awak rimas saya peluk awak, kan? Saya bangun dulu. Love you!” ucap Aditya.

Tamara terpana. Sebelum melepaskan tubuhnya, Aditya sempat mengucup dahinya.

            “Ap…Apa awak cakap tadi?” Tamara terus bangun, seraya mematahkan langkah Aditya. Dia berpaling dengan kening terangkat.

            “Cakap apa?”

            Tamara sudah menggaru belakang leher. Kang saya silap dengar, saya sendiri yang malu.

            “Takda apa, mungkin saya salah dengar,” jawab Tamara.

Aditya hanya tersenyum nipis sebelum berlalu keluar. Sebaik pintu tertutup, Tamara terus menghembus nafas berat. Tak mungkin saya silap dengar. Saya dengar jelas tadi. Tamara berbisik sendirian.

            Sebaik Keluar dari bilik Tamara, Aditya terus bersandar disebelah pintu. Dada kiri diraba, dia menggelengkan kepala. Bibirnya masih tersenyum. Macam mana aku boleh terlepas cakap? Adi..Adi!  



            “GOOD MORNING!” ucap Jeremy lantang sebaik saja dia memasuki kawasan dapur. Dia berhenti dihadapan meja, menanti balasan daripada Tamara yang sedang mengoncang Nescafe didalam sebuah pot. Jeremy mengerut kening sejurus menyedari pandangan mata Tamara kosong. Seakan mengelamun.

            “Jangan lari, Benjo!” Jeremy terus menoleh sesaat mendengar suara lantang Isabel. Benjo sudah berlari ke ruang tamu.

            “Bel!” panggil Jeremy. Isabel yang baru saja ingin melangkah ke ruang tamu, berhenti. Dia menghampiri Jeremy.

            “Kenapa dengan kakak Bel?” soalnya.

 Isabel mengangkat bahu. “Memang macam tu sejak pagi tadi,” jawabnya seraya berpaling.

            “Tunggu!”

            “Apa?”

            “Ah…handset saya...” kata Jeremy teragak-agak.

            “Oo…ada dekat atas. Nanti Bel ambil,”

            “Em… ada tak orang call?”

            “Ada… tapi jangan risau, Bel tak sambut pun,” jawab Isabel lalu segera melangkah menaiki tangga semula. Jeremy mengetap bibir. Dia bukan takutkan sesiapa, telefon bimbit yang Isabel gunakan itu hanya ibunya yang tahu. Kalau ada yang menghubungi nombor tersebut, itu sudah pasti ibunya.


            Jeremy melangkah ke dapur. Dia berdiri bersebelahan dengan Tamara. Wajah kosong milik gadis itu ditenung.

            “Dah sampai mana?” kata Jeremy agak kuat sehingga mengejutkan Tamara.  

            “Eme?” dia seakan terkejut. Entah sudah berapa lama dia dalam keadaan macam tu, Nescafe yang dibancunya tadi pun sudah sejuk.

            “Awak kenapa? Gaduh dengan Adi lagi?” soal Jeremy.

Tamara menggeleng. Kalau gaduh dah lama aku keluar dari rumah ni.

             “Taklah…”

           “Adi mana?”

            “Dekat atas. Eme dah breakfast? Kalau belum boleh ikut sama-sama kami,” ajaknya.

            Jeremy hanya tersenyum. “Untung Adi ada isteri macam Tamara ni, macam isteri mithali,” usik Jeremy. Tamara menjeling kearah Jeremy.

            “Kalau awak tak nak sudu ni melayang dekat kepala awak, jangan peril-perli saya!” kata Tamara seakan mengugut. Jeremy tergelak kecil lalu pergi melangkah ke ruang tamu. Selepas pemergian Jeremy, Aditya pula yang masuk dengan tubuh yang lengkap dengan sut berwarna silver.

            “Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” soal Aditya sambil menghampiri Tamara.

            “Semua dah sedia atas meja, tolong panggilkan Bel dan yang lain,” jawab Tamara, sedaya upaya menahan getar didada.

            “Okey!” jawabnya lalu beredar. Sesaat Aditya meninggalkan dapur, dia terus meraba dadanya. Aduh… aku rasa aku dah nak gila! Kenapa jantung aku berdebar setiap kali Adi ada didepan mata?

            “Tara!” hampir terlepas teko itu dari tangan Tamara, terperanjat dia dengan panggilan Aditya.

            “Opss! Sorry… awak okey?” Aditya segera mendapatkan Tamara.

            “Saya okey… terkejut saya. Nasib baik tak jatuh,”

Aditya ketawa. “Sorry… mari saya tolong,” teko ditangan Tamara segera diambil.
            
            “Thanks!” ucap Tamara lalu mengangkat dulang yang berisi beberapa cawan. Tapi melihat Aditya yang belum berganjak membuatkan dia pelik. 

            “Kenapa tak jalan?”

            “Saya rasa tak puas hati,” ujar Aditya.

            “Tak puas hati sebab?”

            “Sebab…” Aditya meletakkan semua pot tersebut ke atas meja, dia berpaling kearah Tamara. Tamara menelan liur. Kerja gila apa lagi yang Adi nak buat ni?

            “Sebab… saya belum buat ni!” kata Aditya seraya memaut kepala dan mengucup kejap didahi Tamara. Tamara tergamam. Dia segera menguatkan pegangannya pada dulang, takut hilang semua kekuatannya. Aditya mengangkat dahu Tamara.

            “Saya tertanya-tanya..bila agaknya awak jadi milik saya?” hampir gugur jantung Tamara mendengar bait kata itu.

            “Merepeklah awak ni!” Tamara terus menolak bahu Aditya. Makin dilayan, makin menjadi-jadi perangai gatal Aditya. Kata tak pernah dekat dengan perempuan, tapi perangai mengalahkan casanova!

            Aditya hanya tersenyum memandang pemergian Tamara. Bilalah agaknya masa tu akan tiba?


*****


            “SEBENARNYA kami tak perlukan semua ni Adi,” kata Tamara selepas mereka keluar dari kedai elektronik itu. Jeremy dan Aditya saling berpandangan.

            “Ingat tak ‘bulan madu’ kamu hari tu? Kalau bukan kerana telefon bimbit, Adi takkan tahu macam mana nak rawat sakit perut awak tu. Jadi jangan cakap kamu tak perlukannya,” kata Jeremy.

            “Tapi Bel kan masih belajar. Apa guna Bel ada handset?” kata Isabel pula.

Aditya dan Jeremy serentak tergelak.

            “Percayalah, Bel akan perlukan selepas ni,” jawab Aditya.

Tamara mengerut kening.
            
           “Benjo pun tak telefon bimbit!” tiba-tiba Benjo menyampuk. Jeremy tersenyum lantas mendukung Benjo.

            “Budak kecil tak perlu telefon bimbit!” kata Jeremy. “Adi, aku nak bawa dia ke kedai lain pula,” 
pintanya pula lalu membuka langkah.

            “Diorang nak pergi mana tu?” soal Tamara.

            “Bel ikut diorang,” tanpa menunggu jawapan Tamara, Isabel terus membuntuti Jeremy. Tamara memandang Aditya.

            “So, awak nak terangkan atau tak?” Tamara sudah mencekak pinggang. Tidak puas hati barangkali.

Aditya tersenyum. Dia terus memaut bahu Tamara dan membawanya mengikuti langkah Isabel.

“Nanti saya terangkan,” kata Aditya.

 Tiba-tiba Tamara mematikan langkah membuatkan Aditya turut berhenti. Dia memandang Tamara yang sudah berwajah batu.
            
              “Saya nak tahu sekarang juga!” tegas Tamara.

Aditya mengeluh kecil. Selagi dia tidak bagitahu, selagi itu Tamara tidak akan berputus asa.
            
             “Okey, tapi senyum dulu,” Aditya sudah tersenyum lebar, manakala Tamara sudah mendengus kecil.

            “Adi…” suaranya mendatar.
            
             “Okey, okey… saya nak bawa awak ke rumah baru kamu, hari ini,”

            “Eya? Jadi awak dah lama beli rumah tu?”

            Aditya menggeleng. “Tak, rumah tu milik saya, sebenarnya milik ibu saya,”

            “Huh? Jadi awak bagi kami rumah ibu awak? Taknak lah!” tolak Tamara cepat.

            “Shuu…tak! Bukan begitu. Nanti saya terangkan tapi bukan disini, jom!” sebelum Tamara mengemukakan lebih banyak soalan, Aditya sudah terlebih dahulu menarik Tamara menuju ke sebuah cafĂ©.

            “Cepatlah cakap!” desak Tamara sebaik saja pelayan itu beredar.

            “Rumah tu memang milik mama, tapi lepas mama meninggal dia serahkan rumah tu pada saya. Daripada tiada siapa yang tinggal, lebih baik awak dengan adik-adik awak tinggal dirumah tu, kan?”

            “Rumah tu jauh tak dari sekolah Bel dan Benjo?”

            “Inilah yang saya nak terangkan pada awak. Ya, rumah tu jauh dari sekolah Bel dan Benjo sebab tu saya nak minta kebenarkan awak untuk pindahkan Bel dengan Benjo ke sekolah baru,”

Tamara terkesima mendengar penerangan Aditya itu. “Tunggu… awak nak pindahkan Bel dengan Benjo ke sekolah baru?” kening Tamara sudah membentuk V.

            “Tak… saya minta kebenaran awak. Tapi kalau awak tak nak, saya boleh suruh pemandu untuk hantar diorang ke sekolah,”

            “Bukan saya tak nak, tapi…” ayat Tamara terhenti saat seorang pelayan datang meletakkan pesanan mereka atas meja. Sebaik pelayan itu pergi, Tamara menyambung semula kata-katanya.

            “Tapi awak dah buat banyak untuk kami, bukankan ini sudah melampau, Adi?”

            “Tak… saya tak rasa ini melampau sebab yang saya buat ni untuk orang yang saya sayang. Saya abang diorang, saya nak yang terbaik untuk diorang. Tara tak perlu risau dengan sekolah baru mereka sebab saya jamin, sekolah baru diorang adalah antara sekolah yang berprestej tinggi,” terang Aditya pula sambil menggoncang Nescafe yang dipesannya tadi.

            “Saya tak kisah sekolah tu berpestej tinggi atau tak, saya nak diorang selesa. Kalau Bel dan Benjo tak selesa dengan sekolah baru mereka, saya tak nak,”

            “Mana nak tahu kalau diorang belum pernah pergi ke sekolah tu lagi? Kita tanya diorang dulu, okey?” kata Aditya sambil memberi pandangan mengharap kepadanya.

Tamara berfikir sejenak. Bukan dia tidak menghargai keinginan Aditya itu. Cuma, bila dia sudah mula menerima pemberian Aditya, akan banyak lagi benda yang Aditya akan berikan. Dia tidak suka menyusahkan orang lain.

            Serentak Aditya dan Tamara berpaling kearah pintu masuk saat terdengar pelayan mengucapkan selamat datang kepada pengunjung itu.

            “Huh, tu pun diorang!” kata Aditya lantas mengangkat tangan.

Jeremy, Isabel dan Benjo segera melangkah ke meja itu sebaik ternampak dia dan Tamara.

            “Korang pergi mana tadi?” soal Tamara sambil menarik kerusi untuk Benjo.

            “Kakak tau tak tadi, abang Eme belikan Benjo beg Ultramen tau, cantik!” kata Benjo teruja.

Tamara sudah menadang Aditya dan Jeremy.

            “Hmm…dah ucap terima kasih belum?” kata Tamara pula.

            “Dah!” jawab si kecil. Tamara menggosok kepala Benjo.

            “Bel dah tau?” soal Tamara tiba-tiba. Isabel tidak terus menjawab. Dia memandang Jeremy. Sebaik Jeremy mangangguk sekali, barulah dia menjawab seperti tahu apa yang dimaksudkan oleh kakaknya.

            “Dah… tapi kalau kakak taknak, Bel pun tak nak!”

            “Ini soal masa depan Bel, bukan kakak. Jadi Bel mesti buat keputusan Bel sendiri,” jawab Tamara. Lama Isabel mendiamkan diri. Seketika kemudian, dia mengangguk sekali.

            “Bel nak sekolah tu…” jawabnya perlahan. Tamara tersenyum. Dia memandang Benjo pula.

            “Benjo? Nak masuk sekolah baru?”

            “Nak, nak, nak!” jawabnya bertubi-tubi. Tamara akhirnya sudah menemui jawapan yang tepat.

            “Bila kami boleh pindah?” soal Tamara dengan senyuman mekar dibibirnya. Aditya dan Jeremy saling berpandangan, mereka serentak tersenyum. 


*****


            KERETA yang dipandu Aditya berhenti dihadapan sebuah pagar bar berwarna hitam, Sebuah rumah didalamnya cantik terbina. Bertingkat-tingkat. Dahi Tamara berkerut. Besarnya rumah ni! Gumam hatinya.

            “Turunlah!” arah Aditya. Mereka pun serentak membukakan tali pinggang keselamatan dan keluar daripada perut kereta. Tamara memandang Benjo yang sudah teruja melihat rumah bangle dua tingkat itu. Kemudian, dia memandang pula sekeliling kejiranan. Terdapat beberapa lagi rumah besar di sekitarnya, tapi agar jauh dari rumah yang bakal mereka diami itu.

            Aditya terus memasukkan kata laluan di mangga elektronik pagar tersebut. Seketika kemudian, pagar itu terbuka dengan sendirinya. Terpegun Tamara melihat landskap rumah itu, cantik mengalahkan taman. Air jernih yang mengalir didinding kaca bersebelahan pintu masuk itu menjadi tumpuan Tamara. Cantik sungguh rumah ni, rasa macam tak layak pula tinggal didalamnya.

            “Jomlah, masuk!” Aditya mengajar mereka.  

            “Abang Eme pernah masuk sini?” soal Isabel pada Jeremy. Jeremy tersenyum sambil menggelengkan kepala.

            “Tak pernah… sebab aunty tak pernah ajak kami tinggal dirumah ni,” terang Jeremy.

            “Bukan tak pernahlah, kau tu yang tak boleh berpisah dengan aunty Monica,” usik Aditya. Jeremy hanya tersengih. Dahi Tamara sudah berkerut mendengar perbicaraan Aditya dan Jeremy. Dia seperti pernah mendengar nama itu.

            “Aunty Monica tu…”

            “Pengurus Restoran Aroma, tempat Tara bekerja dulu,” jawab Aditya. Tamara kelihatan terkejut. Patutlah hari tu, Puan Monica melarang dia untuk dekat dengan Jeremy, anaknya pula. Tamara tergelak kecil.

            “Kenapa?” soal Aditya.

            “Takda, takda. Hmm… cantik sangatlah rumah ni, Adi!” Tamara mengubah topik.

            “Memanglah, khas untuk kamu,” jawab Aditya sambil merlirik manja kearah Tamara. Jeremy buat muka meluat.

            “Dah mula dah perangai kasanova dia tu,” usik Jeremy. Tamara dan Aditya sama-sama tersenyum. Mereka pun meneruskan perjalanan mereka untuk meninjau disekitar perumahan itu.
           


            SETIBANYA mereka dihalaman belakang rumah itu, Aditya terus menarik tangan Tamara menghala kearah bertentangan.

             “Kenapa ni?” soal Tamara terkejut dengan tindakan Aditya.

Aditya segera meletakkan jari telunjukkanya ke bibir, memberi isyarat pada Tamara untuk berdiam.

            “Saya nak bersendirian dengan awak. Saya dah nak jalan, lepas ni saya mesti rindu pada awak,” kata Aditya, seakan bermanja.

Tamara menolak dahi Aditya. “Kan ada handset, call ajala!” Tamara menahan malu.
            
             “Tak cukup!” pinggang Tamara segera dirangkul. Tamara tersentak.

            “Adi, kalau diorang nampak macam mana?” dia cuba meleraikan pelukan Aditya dipinggangnya namun tidak berdaya.

            “Biarlah! Saya lagi suka kalau diorang nampak,” jawab Aditya lantas mendakap tubuh kecil Tamara. Tamara tersenyum. Sesungguhnya dia merasakan dia seoalah-olah berada diawang-awangan. Pelukan Aditya perlahan-lahan dibalas.

            “Pagi tadi… saya tak silap dengar, kan?” soal Tamara, peristiwa pagi tadi cuba dibangkitkan. Aditya tersenyum, seakan faham maksud Tamara.

            “Awak tak yakin yang aku cakap aku cintakan kau?” tanya Aditya pula.

Tamara terkesima. Jadi betullah apa yang dia dengar, dia tak silap dengar!

            “Memanglah, kelakuan awak macam orang yang terlepas cakap saja. Macam mana nak percaya,” Tamara seakan merajuk.

Aditya meleraikan pelukannya. Kedua-dua bahu Tamara dipaut.

            “Saya akui, saya memang terlepas cakap. Tapi saya maksudkannya, Tara. Saya cintakan awak,” tutur Aditya kudus.

Saat itu, Tamara seperti sudah ingin menangis. Bahagia melimpah ruah!

            “Boleh awak cakap sekali lagi?” pinta Tamara. Aditya tersenyum. Dia segera beralih ke belakang Tamara lantas memeluk lehernya dari belakang. Tamara masih menunggu bait suci itu dari bibir Aditya.

            “Tunggu malam ni, ya?” kata Aditya, sengaja membuatkan Tamara penasaran.

Tamara sudah mencebik. “Alah… kan awak cakap awak dah nak jalan ke Bangkok,”

            Aditya tergelak. “Taklah…aku tunda penerbangan aku ke hari esok,”

            Tamara mencebik. Aditya meliriknya.

            “Tara, tengok rumah ni. Cantikkan? Rumah ni akan jadi mahligai kita, Tara,” ujar Aditya.

            “Awak nak tinggal dengan kami?”  

            Dahi Aditya berkerut. “Awak taknak saya tinggal dengan awak? Tak apalah!” Aditya seakan merajuk. Pelukan dileher Tamara segera dilepaskan.

Tamara tersentak, cepat-cepat dia mencapai tangan Aditya semula. Matanya dengan Aditya bertaut.          

“Saya nak… tinggal dengan awak,” tutur Tamara, hampir lesap dipendengaran Aditya.
            
            “Apa dia? Tak dengar,”

            “Saya nak! Saya nak awak tinggal dengan saya,” Tamara menekankan ayatnya.

Aditya tergamam. Sesaat, bibirnya tersenyum. Dagu Tamara diangkat apabila Tamara cuba menundukkan wajahnya. Entah kenapa, keinginan untuk memilik Tamara semakin kuat dihatinya. Aditya maju setapak, mendekati Tamara. Wajah mereka kini hanya seinci saja jaraknya. Tamara menelan liur. Hembusan nafas hangan Aditya menyapa langsung dihidungnya.
            
             “Pandang saya, Tara,” bisik Aditya.

Tamara mencari mata Aditya. Sepantas kilat, bibir mereka sudah bersatu. Lama. Saat itu Tamara rasakan dunia seolah-olah berhenti berputar, masa seakan berhenti memberikan ruang hanya untuk mereka.

            Aditya melepaskan bibir Tamara. Mata mereka masih bertaut. Seolah-olah mereka saling berbicara antara satu sama lain. Perlahan-lahan Aditya mencapai tangan Tamara lalu membawa Tamara masuk ke dalam rumah.

19 June, 2011

Snowflake 1 : 4 Hearts, 4 Souls [PROMO]




            HUGO yang sedang memotong daun-daun pokok hiasan sesekali memandang kearah tingkap rumah agam itu. Kelihatan seorang wanita lingkungan 24 tahun sedang kusyuk memandang langit biru. Wajahnya cukup cerah dengan juntaian-juntaian rambut keritingnya disanggul rapi. Namun begitu, wajah itu sangat tegang, kening berkerut sekaligus menghilangkan seri wajahnya.
            Seketika kemudian, sebuah kereta hitam masuk melalui pagar dan berhenti diperkarangan rumah agam itu. Hugo memandang ketingkap semula. Wanita itu memandang tajam kearah kereta. Wanita itu terus menjauhkan diri dari tingkap. Hugo memandang tuannya yang sedang menjemput seorang wanita muda yang cantik dengan gaun kembang berwarna merun keluar dari kereta.
            “Hugo!” panggil Mak Teh. Hugo segera berpaling kearah belakangnya.
            “Boleh tolong Mak Teh siram bunga-bunga dekat halaman belakang?” pintanya. Hugo tersenyum lantas menghampirinya. Gunting besar itu diletakan atas rumput.
            “Kan bagus Mak Teh cakap awal-awal dengan Hugo, selalu nak buat sendiri,” kata Hugo lalu memapah wanita setengah abad itu ke bangku berdekatan.
            “Nak buat macam mana? Itu dah tugas Mak Teh,” jawabnya.
            “Ni, Mak Teh tahu tak siapa yang baru saja sampai tadi?” soal Hugo sambil mengurut-urut bahu Mak Teh.
            “Oh..itu.. bakal isteri Tuan Kurniawan. Tuan nak kenalkan pada Cik Muda,” cerita Mak Teh. Huho sekadar mengangguk-angguk.
            “Bakal ibu tiri cik muda? Macam mana la agaknya reaksi cik muda,” kata Hugo lantas membuang pandangannya ke jendela semula.



            KAIA hanya melihat Tuan Kurniawan, ayahnya menarik kerusi untuk tetamu mereka itu. Kemudian Tuan Kurinawan pun melabuh punggung.
            “Kaia, kenalkan ini Malika Eskandar. Malika, ini puteri saya, Kaia Karina,” Tuan Kurniawan memperkenalkan mereka. Kaia hanya memandang Malika dengan wajah tidak berperasaan, seolah-olah memandang kertas kosong sedangkan Malika berusaha tersenyum manis kepadanya.
            “Salam perkenalan, Kaia,” ucap Malika. Kaia tidak memberi sebarang respond. Tuan Kurniaawan yang sudah mula janggal dengan sikap Kaia segera mencelah.
            “Ah, tolong hidangkan makanannya,” arahnya. Serta-merta pelayan-pelayan yang sedang berdiri tegak di sudut dining room itu bergerak melaksanakan perintah.
            “Papa, Kaia tiada selera makan. Selamat menjamu selera, Malika,” kata Kaia lantas bangkit dari kerusinya. Sebelum dia meninggalkan dining room, sempat dia melirik tajam kearah Malika. Malika tersenyum sinis.
            “Maafkan sikap anak saya, Malika. Mungkin dia tidak berapa sihat,” pohon Tuan Kurniawan. Malika segera tersenyum.
            “Tak apa, Wan. Saya faham,” balas Malika.


            SETIBA Kaia berada ditaman bunga, dia terus mencantas-cantas daun-daun pokok renek dengan kedua-dua tangannya. Nafas turun naik menahan amarah. Dia mengetap giginya dengan lama. Setelah beberapa lama dalam keadaan begitu, hatinya sudah kembali tenang. Mata yang ditutup rapat tadi perlahan-lahan dibuka.
            Terkejut Kaia melihat kehadiran seorang lelaki dihadapannya. Kaia mendengus kasar. Lelaki itu pula hanya tersenyum.
            “Kau siapa?” soal Kaia galak.
            “Aku Hugo, salah seorang pekerja kebun disini,” jawab Hugo.
            “Tapi ini bukan tempat kau buat kerja. Ini taman aku, siapa suruh kau masuk sini?” suara Kaia masih lagi mendatar. Hugo tersenyum lagi. Kaia mencebik.
            “Dan jangan tersenyum kalau aku tanya, serius!” senyuman Hugo serta-merta hilang, tapi sesaat dia kembali senyum.
            “Aku hanya nak tolong Mak Teh, dia kurang sihat,”
            “Huh? Kenapa tak bagitau aku?” soal Kaia seakan terkejut. Seraya dia berlari ke rumah pembantu. Sebuah rumah besar yang hanya menempatkan pembantu-Sonia di rumah agam itu. Hugo terus menyusul Kaia.
            “Mak Teh! Mak Teh!” panggil Kaia kuat. Kelihatan rumah itu kosong. Dalam waktu-waktu begitu semua pekerja berada dirumah agam. Mak Teh yang didalam dapur segera keluar. Terkejut mendengar suara cik muda mereka.
            “Cik muda?”
            “Mak Teh dah makan ubat? Teruk tak sakit Mak Teh?” laju soalan itu meluncur dibibir mugil Kaia. Mak Teh tersenyum.
            “Saya sihat cik muda. Siapa bagitau cik muda yang saya kurang sihat?” 
            “Hugo yang bagitau dia Mak Teh,” Hugo muncul dari pintu masuk.
            “Kenapa kau tipu?” sergah Kaia.
            Hugo pantas menggeleng sambil mengangkat tangan. “Aku cakap dia kurang sihat, cik muda yang fikir sampai macam tu sekali,” balas Hugo. Mata Kaia membulat. Belum ada pekerja lagi yang berani membalas kata-katanya.
            “Cik muda, Hugo..sudahlah. Kamu baru berkenalan, tak baik bergaduh. Ni, nak ikut Mak Teh sarapan sekali?” soal Mak Teh.
            “Tak apalah, Hugo masih ada banyak kerja lagi. Minta diri,” Hugo menolak lantas segera beredar. Kaia menjeling tajam.
            “Siapa dia tu Mak Teh? Kenapa saya tak pernah nampak dia sebelum ni?” soal Kaia.
            “Oo… Hugo dah lama berkerja di rumah agam ni, cuma dia tak pernah keluar dari kebun sebab tu cik muda tak pernah nampak dia,”
            “Apa-apalah… yang penting saya tak sukakan dia!” dengus Kaia lantas menuju ke dapur. Mak Teh membuntuti Kaia.
           
*****

            “ITU pun Kaia!” Tuan Kurniawan segera menerpa Kaia sebaik saja dia melangkah masuk ke ruang tamu.
            “Ada apa?” soal Kaia dingin.
            “Mari sini, papa ada nak sampaikan sesuatu pada Kaia,” Tuan Kurniawan membawa Kaia duduk ke ruang tamu bersama-sama Malika.
            “Papa dengan Malika sudah sepakat nak berkahwin dalam bulan ni, macam mana? Kaia setuju?” soal Tuan Kurniawan membuatkan Kaia hampir-hampir lemah jantung. Dia sudah jangkakan perkara itu akan terjadi, namun dia tidak sangka begitu cepat mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Malika, apa kau dah buat? Kaia berdehem.
            “Kalau Kaia tak setuju pun, papa nak batalkan perkahwinan ni? Tidakkah? Jadi apa gunanya papa tanya Kaia?” jawab Kaia seraya bangkit dan bergegas naik ke biliknya sebelum Tuan Kurniawan memanggilnya semula.
            “Kaia!” panggilan bapanya sama sekali tidak diendahkan.
            “Tak apa, Wan. Bagi dia masa, mungkin dia terkejut,” kata Malika seakan faham kondisi Kaia.
            “Maafkan kebiadapan anak saya tu ya, dia memang macam tu,” pintanya.
            “Tak apa, saya faham. Ah! Kalau saya nak menginap disini dalam satu minggu sambil-sambil nak arrange perkahwinan kita, boleh?”
            Tuan Kurniawan segera tersenyum. “Boleh, apa salahnya. Awak tetap akan tinggal disini juga, kan?” jawab Tuan Kurniawan.
            “Terima kasih, Wan!” Malika terus merangkul pinggang bakal suaminya itu.


            KAIA segera menapak diberanda biliknya. Desahan nafasnya jelas kedengaran. Seperti orang yang baru saja membuat pecutan. Kenapa harus Malika? Kenapa harus Malika?! Sampai saat ini, aku tidak akan pernah melupakan wajah itu!
            Hey, Princess!” Kaia tersentak mendengar laungan dari arah taman bunga hadapan balkoninya itu. kelihatan Hugo sedang melambai-lambai kearahnya. Kaia mendengus kasar.
            “Tak baik buat muka macam tu, nanti tak cantik!” jerit Hugo lagi.
            “Kau apa peduli? Bukan muka kau! Pergi buat kerja!” bentak Kaia lantas cepat-cepat masuk ke dalam bilik semula. Mood untuk menenangkan diri serta-merta lenyap. Dia menutup pintu balkoninya.
            Tiba-tiba, pintunya diketuk dari luar. Kaia segera memerintahkan orang tersebut masuk. Sonia lengkap dengan uniform berwarna biru masuk dengan membawakan sebuah kotak bersaiz sederhana yang berwarna merah terang masuk ke dalam biliknya. Di dada kirinya, tertera nama Sonia.
            “Apa ni?” soal Kaia. Sonia segera meletakkan atas katil.
            “Eh, siapa suruh kau letak atas katil? Itu bukan aku punya, letak atas lantai!” arah Kaia. Cepat-cepat Sonia mengalihkan kotak tersebut.
            “Ini hadiah dari Puan Muda…”
            “Puan Muda?” potong Kaia.
            “Ya, Puan Muda Malika,”
            “Siapa cakap dia puan muda? Dia bukan siapa-siapa disini! Aku taknak dengar kau panggil perempuan tu dengan gelaran puan muda lagi, faham?”
            “Faham, faham, cik muda!” terketar-ketar pembantu itu menjawab.
            “Sebelum kau pergi, buka kotak ni,” arah Kaia pula. Sonia segera melaksanakan perintah. Setelah penutup kotak itu dibuka, sehelai gaun merah berjenama tinggi dibawa keluar.
            “Cantiknya…” puji Sonia. Kaia tersenyum sinis. Ingat aku ni mudah sangat nak beli? Hum!
            “Bakar baju tu!” ujarnya keras.
            “Tapi Cik Muda…”
            “Kau nak aku bakar rumah kau, atau kau bakar baju ni. Kau pilih!” ugut Kaia. Tersentak Sonia mendengar ugutan itu, segera dia melipat semula gaun tersebut dan memasukkan semula ke dalam kotak.
            “Baiklah, cik muda. Saya akan bakar baju ni,” katanya gagap.
            “Bagus. Kau boleh pergi. Sebelum itu, beritahu perempuan itu jangan beri aku apa-apa lagi,” pesan Kaia. Sonia mengangguk seraya beredar.
           
            “DARIAN, kamu sudah balik sayang?” suara seroang wanita sekaligus mematikan langkahnya. Darian berpaling. Wajahnya yang kelihatn lesu tadi berubah cerah.
            “Mama?!” jeritnya seakan tidak percaya. Dia segera berlari mendakap ibunya. Puan Amisha membalas pelukannya erat.
            “Bila mama balik? Tak bagitau Darian pun?” nada sura Darian seperti seorang budak-budak merajuk. Puan Amisha tersenyum.
            “Nak bagi surprise, nampaknya mama berjaya kejutkan Darian. Lesu aja muka tu waktu masuk, sampai tak nampak mama,” Darian tergelak.
            “Penat tadi. Bila mama sampai?” soal Darian.
            “Petang tadi. Ni, papa nak bincang sesuatu dengan Darian. Mari!” Puan Amisha terus menarik tangan anaknya itu menuju ke bilik studi suaminya.
            Tuan Swasky yang kusyuk dengan laptopnya segera bangun dan berlaih ke ruang tamu mini sebaik saja dia melihat isteri dan anaknya sudah masuk ke bilik tersebut. Puan Amisha dan Darian serentak melabuh punggung.
            “Ada apa pa? Tak boleh bincang esok?” kata Darian.
            “Bukan macam tu, tapi esok mungkin Darian tak boleh masuk kerja,” kata Tuan Swasky.
            “Laa, kenapa pula?”
            “Sebab kita dijemput oleh kawan papa dalam majlisnya, kita semua dijemput,” cerita Puan Amisha teruja. Darian tergelak melihat keterujaan ibunya.
            “Mama pula yang excited. Sebab tu mama balik? Siapa kawan papa ni, ex-boyfriend mama?” seloroh Darian. Tangannya segera ditapis Puan Amisha. Tuan Swasky sudah mengetap bibir.
            “Darian ni… tu, papa nak Darian buat sesuatu dalam majlis tu nanti,” kata Puan Amisha. Dahi Darian berkerut. Dia segera memandang Tuan Swasky.
            “Buat apa papa?” soalnya ingin tahu. Tuan Swasky memandang isterinya sebelum memberitahu apa yang patut Darian lakukan dalam majlis itu.

****************************************************
p/s : akhirnya....so apa pendapat korang? ok tak? tolong bagi feedback ya, please?? ^-^

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.