Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 November, 2011

8th Proposal : Conquer You


8th Proposal : Conquer You

           
8th Proposal : Conquer You

            Ian mengetap bibir. Tak sangka aku boleh duduk semeja dengan bekas teman lelaki Cinta! Lebih baik aku tukar tempat duduk sebelum ada kerusi melayang.
            “Encik Ian, kan?” kata Alex serta-merta membuatkan niat Ian untuk menukar tempat duduk, mati.
            Ian hanya mengangguk kecil. Kaki kiri disilangkan semula ke atas kaki kanan. Kedua-dua tangan memeluk tubuh.
            “Apa hubungan Encik Ian dengan Cinta?” soal Alex membuatkan kepala Ian pantas berpaling kearahnya. Sesungguhnya dia tidak suka bila halnya dicampuri oleh orang lain.
            “Hubungan aku dengan Cinta, kau tak perlu tahu,” jawab Ian selamba.
            Alex terkesima. Tapi dia sedaya-upaya mengawal riak wajahnya agar tidak berapa kelihatan terkejut.
            “Maaf,” pinta Alex.
            Excuse me,” kedua-dua lelaki itu terus membetulkan posisi mereka apabila Cinta datang menghantar pesanan. Kedua-dua pinggan berisi pesanan kek itu diletakkan atas meja.
            Thanks you!” ucap Alex sambil mengangkat piringnya lalu menhidu-hidu haruman potongan kek itu. Wajahnya cukup menunjukkan kenikmatan terhadap haruman tersebut.
            “Wangi macam biasa Cinta,” puji Alex lagi.
            Sementara Ian sudah merenung dengan tajam. Mulutnya terkumat-kamit mengajuk kata-kata Alex tadi. Sikapnya itu tak ubah seperti seorang kanak-kanak yang inginkan perhatian lebih.
Melihat kemesraan antara Cinta dengan Alex membuatkan hatinya lebih berang. Setahu dia, Cinta dengan Alex sudah lama berpisah. Itu pun dia baru saja tahu kisah Cinta daripada Carl sendiri. Mereka berpisah disebabkan status Cinta yang tidak layak untuk Alex. Carl mengatakan yang Alex daripada keluarga berada dan keluarganya hanya menginginkan   menantu yang setaraf dengan mereka.
            “Kenapa Encik Ian tak sentuh kek tu?” soal Alex setelah perasaan yang kek dihadapannya itu langsung tidak disentuh.
            Cinta sudah memandang Ian.
            Ian tersenyum sinis lalu menjawab. “Kek buruk macam ni, aku takda selera nak makan!” ayat itu langsung mengambarkan yang hiasan pada sepotong kek itu tidak menarik perhatian sedangkan kek itulah yang menjadi kesukaan ramai di café itu.
            Serentak itu Cinta dan Alex terkesima. Begitu tenang dia menuturkan kata-kata kesat dihadapan pembuat kek tersebut. Tapi Cinta kelihatan tenang. Dia tidak akan mati hanya kerana seorang lelaki menghina hasil kraftangannya.
            “Kau!”
            “Alex!” Cinta segera menegah Alex daripada membalas kata-kata Ian. Dia tahu benar sikap Alex. Walaupun dia tenang diluar tapi dia tetap boleh menjadi ribut sekiranya dia berjumpa dengan orang seperti Ian.
            “Tak apa. Sekiranya Encik mahu makan kemudian, saya boleh tolong bungkuskan,” kata Cinta bersahaja.
            “Tak perlu. Dermakan saja pada orang yang nak!” kata Ian lantas mematikan tindakan Cinta untuk membungkus kek itu. Tanpa membuang sedikit masa pun, Ian terus bangkit dan meluru keluar dari café itu.
            Alex terus mendengus kasar sebaik saja Ian menghilangkan diri. Dia menyandarkan belakangnya di kerusi.
            “Siapa lelaki tu Cinta? Berani betul dia cakap macam tu. Dia ada apa-apa dengan awak, kah?”
            Cinta hanya tersenyum mendengar rungutan Alex. Kemudian dia pun bangkit dan duduk di kerusi Ian tadi.
            “Dia bukan siapa-siapa. Tak perlulah kisah pasal dia, tak penting pun,” Cinta enggan memperpanjangkan masalah.
            Alex menggeleng pantas. “Saya takkan diam. Cara dia bercakap dengan Cinta memang melampau. Cinta tak pernah jumpa dia mana-mana? Kalau tak, kenapa dia macam kenal Cinta?” Alex sudah mula menyoal selidik.
            Actually, pernah. Tapi panjang ceritanya. Lagipun pertemuan kami bukan permulaan yang baik. Lupakan saja pasal dia, saya okey. Oya! Apa awak buat dekat sini? Sejak bila balik?” Cinta terus mengubah topik. Lebih baik cerita pasal lain, ingatkan peristiwa pertemuan mereka itu menyakitkan hatinya saja.
            “Oh...Semalam. Tujuan saya datang sini sebab nak jenguk café ni. Masih elok kah tak. Mestilah nak jumpa Cinta. Nak bagi kejutan tapi saya sendiri pula yang terkejut,”
            Cinta tergelak mendengar kata-kata Alex.
            “Yalah… tapi mesti ada sesuatu ni, kan? Kenapa, awak nak bagi kad jemputan?” soal Cinta. Sekadar bercanda.
            “Ya, nak bagi kad jemputan pertunangan,” jawab Alex selamba.
            Serta-merta riak wajah Cinta berubah. Terkejut. Alex dan nak bertunang? Gosh… kenapa aku tanya! Menyesal betul!
            “Ohh… tahniah! Akhirnya awak bertunang juga,” tutur Cinta, sedaya upaya menahan getar suaranya. Lututnya yang sudah mula mengeletar segera ditekan dengan tangan.
            “Eh, saya pula. Bukanlah, adik saya nak bertunang. Esok,” jawab Alex segera. Dia pula yang mahu bertunang, sedangkan sampai sekarang masih belum ada pemilik hatinya. Ada pun kunci hatinya masih berada pada tangan gadis dihadapannya itu.
            “Oya… ingatkan awak dah nak bertunang,” jawab Cinta. Jawapan Alex membuatkan hatinya menjadi lega. Tidak dinafikan yang dia masih menyimpan perasaan yang dalam buat Alex.
            “Macam mana nak bertunang kalau wanita didepan saya ni masih belum setuju?” Alex sengaja mengusik. Tapi dia betul-betul memaksudkanya.
            Cinta tertunduk. Kalah bertentang dengan sepasang mata yang masih memikat hatinya.
            “Awak tahu, kita tak boleh, kan?”
            Wajah Alex berubah riak. Entah kenapa perbualan mereka itu tiba-tiba menjadi serius. Perlahan-lahan Alex mencapai jemari Cinta.
            “Cinta, saya sudi tunggu awak walau berapa tahun pun dan saya tau awak pun masih tunggu saya lagi, kan? Kenapa kita nak seksa diri kita sendiri sedangkan kita boleh bahagia bersama?”
            Cinta terus melarikan tangannya dari genggaman halus Alex. Dia tahu, perbualan mereka itu sudah berlarutan sehingga ke akar umbi. Dia tidak mahu mengunkit kisah lama. Mereka sudah pun putus beberapa tahun yang lalu dan keputusan itu tetap sama. Cinta bangkit.
            “Maafkan saya, saya perlu ke dapur. Enjoy your cake!” tanpa sempat Alex memberi respons, Cinta sudah bergegas masuk ke dapur.
            Alex mengeluh kecil. Awak masih sama seperti dulu Cinta.  

*****

            BAM!
            Ian menghempap stering kereta itu sekali. Sebal hatinya melihat keintiman Cinta dengan lelaki itu tadi. Boleh-boleh dia bermesra didepan aku? Dia ingat dia siapa? Bukan dia dah jadi bekas teman lelaki? Kenapa masih nak jumpa lagi? Hish! Tak faham betul!
            Ian merungut sepuas hatinya. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menculik Cinta agar dia jauh dari semua lelaki dalam dunia ini.
            Perlahan-lahan Ian memakir keretanya di bahu jalan. Konsentrasinya memandu terganggu dek memikirkan bekas teman lelakinya itu lalu mendail nombor telefon Carl namun belum sempat dia menekan butang memanggil, satu panggilan telah pun masuk.
            Ian mendengus kecil. Puan Masari yang membuat panggilan tersebut.
            “Hello!”
            “Ian dekat mana ni?” soal Puan Masari.
            “Kenapa?” tanpa menjawab, Ian menyoal ibunya kembali.
            “Ian dekat mana? Ian dah sampai ke restoran tu kah?”
            “Belum,” berderet soalan ibunya, dia hanya menjawab sepatah.
            “Ian dapat pergi kan?” suara Puan Masari seakan merayu.
            “Eya. Itu saja, kan?” klik. Talian dimatikan. Dia mendengus kecil. Telefon bimbit itu direnung sejenak.  Dia meraup mukanya. Betulkah menghukum ibunya seperti itu adalah tindakan yang betul? Patutkah dia meneruskan sikap dingin terhadap ibunya sendiri? Ian tidak tahu. Peristiwa hitam dahulu masih menghantuinya sehingga sekarang membuatkan pintu kemaafan langsung terketup rapat.
            “Lupakan sajalah!” kereta terus dipacu laju menuju ke restoran dimana dia sepatutnya berjumpa dengan Ratna.


            3.45PM. Nombor itulah yang ditunjukkan pada jam tangan milik Ratna. Ratna menggelengkan kepala seakan kesal dengan sikap janji temunya itu yang tidak menepati masa. Dia dibiarkan menunggu selama 45 minit? Kalau bukan kerana ibunya, dia sudah mungkin angkat kaki dari restoran itu.
            Tiba-tiba seorang lelaki berkaca mata hitam dari arah belakang melabuh punggung dikerusi hadapannya. Dengan tenang pula lelaki itu menghirup air kosong kepunyaannya. Langsung tidak beradab. Cermin mata tersebut dilarikan dari wajah. Sepasang mata tajam merenung kearahnya.
            “Encik Ian, aku tiada masa untuk menunggu kau. Kau tak patut buat aku tertunggu-tunggu seperti ini,” Ratna meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
            Ian tersenyum sinis. “Tapi kau tetap tunggu kan? Kenapa nak ungkit lagi?”
            Terkesima Ratna mendengar balasan Ian. Dia mengetap bibir.
            “Beginilah..aku pun taknak panjangkan masa so boleh kita mulakan?” kata Ratna. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia memendam perasaan marahnya.
            “Kenapa kau ada disini? Kau datang sebab setuju nak kahwin dengan aku?” soal Ian.
            “Tak! Aku datang sebab nak tunaikan permintaan ibu aku bukan sebab aku nak kahwin dengan kau,”
            “Kenapa tak? Aku kaya, aku banyak duit, aku ada tahap pendidikan yang tinggi. Kenapa kau taknak kahwin dengan aku?” soal Ian seakan mengagung-agungkan dirinya.
            “Aku ada sebab aku sendiri, dan lagipun tak semestinya kau kaya, kau berpelajaran tinggi aku nak kahwin dengan kau. Aku hanya berkahwin dengan orang yang aku cintai,”
            “Betul? Jadi kenapa kau datang sini? Sedangkan masih ada yang menunggu kau diluar sana?”
            Ratna tersentak. “Apa maksud kau?” suara Ratna menjadi lembut.
            “Rantai itu,” ujar Ian sambil menuding kearah leher Ratna. “Rantai itu hanya ada satu saja dalam dunia ni, dan pereka rantai itu adalah kakak aku. Yang membuat rantai itu pula adalah sepupu aku sendiri, Zared,”
            “Macam mana…” terkumat-kamit mulut Ratna. Perlahan-lahan dia mencapai rantai yang berukuran mutiara bersambung dengan bentuk hati dibawahnya.
            “Dia sepupu aku, walaumacam mana sekali pun dia sembunyikan rahsia dia, aku tetap akan tahu,” kata Ian seakan dia adalah orang yang paling rapat dengan Zared.
            “Tapi Zared tak pernah cerita pasal kau pun pada aku, macam mana kau boleh kenal dia sangat sedangkan dia tak kenal kau pun,”
            Ian tersenyum. “Berbalik kepada topik asal. Macam mana kamu nak bersama kalau kau terpaksa kahwin dengan aku?”
            Ratna berpeluk tubuh. “Siapa cakap aku nak kahwin dengan kau?”
            Oh c’mon… macam aku tak tahu perangai mama aku, dia akan lakukan apa saja supaya kau dan aku berkahwin. Sama seperti mama kau sendiri. Kalau tak, kau takkan datang ke restoran ni untuk jumpa aku, betul?”
            Ratna terdiam. Ada betulnya kata-kata Ian itu.
            “Apa kau nak cakap sebenarnya?” soal Ratna seakan dapat merasakan sesuatu yang Ian ingin cuba sampaikan kepadanya.
            “We should get married,”
            Terlopong mulut Ratna mendengar kata-kata Ian.
            “Kau gila?!” kata Ratna seakan menjerit.
            Ian hanya tersenyum.

 ********************************************************
p/s : last upload...jumpa 1/1/2012!!
--------->> komen banyak2 tau!

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.