Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 December, 2011

Love.30 : Happy Couple.


Love.30 : Happy Couple.

            TAMARA mengeliat kecil. Terasa pergerakannya terbatas. Pantas dia membuka mata. Kelihatan tangan Aditya sedang merangkul pinggangnya. Serta-merta wajah Tamara berubah kemerah-merahan apabila teringat akan  kejadian semalam. Tidak sangka, akhirnya dia menjadi milik Aditya. Dia tersenyum kecil.
            Perlahan-lahan tangannya mencapai pipi Aditya. Terasa sayangnya terhadap Aditya semakin dalam. Pertama kali berjumpa dengan awak Adi, saya tak pernah terfikir yang saya akan jatuh cinta sebegini dalam terhadap awak. Apa yang awak dah buat pada saya ni? Hati Tamara berdetik. Terkenang saat pertama kali dia bertemu dengan Aditya.
            Tanpa diarah, tiba-tiba saja Tamara mengucup pipi Aditya dengan penuh kasih sayang seakan ada satu kuasa yang mengawalnya.
            “Ehem!” Aditya berdehem.
            Pantas Tamara tersentak. Dia mengetap bibir. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan Aditya dipinggangnya tetapi tangan Aditya menjadi keras.
            “Tara nak pergi mana?” soal Aditya tanpa membuka matanya. Pelukannya semakin dieratkan.
            “Tara nak turun, nak mandi,” jawabnya. Jiwanya berdebar-debar menunggu Aditya membuka mata.
            “Sekejaplah… Adi belum nak bangun lagi,” rengek Aditya pula. Mata masih tertutup seakan masih sedang bermimpi.
            “Tapi Adi kan perlu masuk kerja?”
            “Memanglah... tapi syarikat tu milik Adi, Adi boleh masuk bila-bila yang Adi nak,” jawabnya pula.
            Tamara hanya memandang Aditya. Sikap Aditya itu kadang-kadang menjengkelkannya tetapi sikapnya itulah yang telah menarik perhatian Tamara.
            “Macam manalah Adi boleh jadi ketua? Kenapalah papa Andrew boleh berikan tanggungjawab tu pada Adi,” kata Tamara seakan memerli, dia tersenyum-senyum sengaja menyakat Aditya dipagi-pagi itu.
            Aditya tergelak mendengar kata-kata Tamara itu. Tiba-tiba tangannya mengeletak pinggang Tamara membuatkan Tamara tidak dapat menahan ketawanya daripada meletup.
            “Adi, berhenti. Gelilah!” jerit Tamara. Mereka sudah bergelut atas katil, seperti budak-budah yang saling bermain antara satu sama lain.
            Aditya tidak berhenti walaupun mata Tamara sudah berair dek ketawa yang melampau. Dia suka mendengar gelak tawa Tamara itu. Gelak ketawa Tamara seolah-oleh menghidupkan suasana mereka.
            Aditya akhirnya berhenti. Dia merangul erat tubuh Tamara. Dahi pujaan hatinya itu dikucup mesra.
            “Jahatlah Adi ni, keras dah perut Tara,” rungut Tamara manja. Perutnya yang sudah tegang itu digosok-gosok.
            “Sapa suruh, nak jahat mulut dengan Adi sangat,” kata Aditya sambil mencuit batang hidung Tamara.
            “Adi tu… angkuh tak tentu tempat. Adi tu kan ketua, sebagai ketua Adi mesti jadi role model. Bukannya…”
            “Shh…” Aditya segera menutup bibir Tamara dengan tapak tangannya, takut bebelan isterinya itu melarat.
            “Adi cutilah hari ni…” jelas Aditya.
            Kening Tamara naik. “Cuti? Napa tak bagitau awal-awal?”
            “Dah Tara banyak cakap, macam mana Adi nak jelaskan. Tulah, awal pagi lagi dah jadi serius. Relax sikitlah, sayang,” ujar Aditya.
            Tamara tersenyum-senyum menahan malu. “Sorry…”
            Aditya hanya tersengih. “Tara, pasal pekerjaan Tara tu, boleh Tara letak jawatan?” soal Aditya tiba-tiba.
            “Tara memang cadang nak berhenti, tapi sebab Tania dan Dai jalan, Tara terpaksa tunda,”
            “Okey.. kalau gitu hari ni, Tara bagitau Dai yang Tara nak berhenti, ya? Adi tak suka tara kerja sebagai pembantu rumah diorang,”
            Bibir Tamara meleret ke kiri. “Kenapa? Sebab pekerjaan tu tak setaraf dengan pekerjaan Adi?” kata Tamara main serkap jarang saja.
            Berubah riak muka Aditya. Dahinya berkerut dek tersentap dengan kata-kata Tamara.
            “Apa Tara cakap ni? Bukan begitulah maksud Adi. Adi tak suka Tara jadi suruhan orang lain. Adi ada nak tampung perbelanjaan persekolahan adik-adik Tara, Adi dah cukup kaya nak sara hidup adik-beradik Tara termasuk Tara sekali,” kata Aditya seakan kesal.
            “Adi…Tara tahu,” Tamara memaut kedua-dua pipi Aditya. “Tapi Tara juga tahu kedudukan Tara. Kalau selalu harapkan duit Adi, Tara rasa Tara ni macam takda guna. Tara taknak lepaskan tanggungjawab Tara pada adik-adik Tara, Tara nak biarlah perbelanjaan persekolahan mereka Tara yang tanggung,” terang Tamara. Dia sungguh berasa bertanggungjawab terhadap adik-adiknya itu, sejak mereka masih kecil lagi dialah yang sediakan semuanya, seakan segala-galanya sudah sebati dengan dirinya.
            Aditya bangun. Terdedah tubuhnya yang hanya berseluar tidur itu. Tamara turut bangun, selimut dirapatkan ke tubuhnya.
             “Memang sikap Tara macam ni, kah? Tak suka bergantung dengan orang lain? Adi sudi tolong dan tiada niat Adi untuk memperkotak-katikkan tanggungjawab Tara tu terhadap adik-adik Tara. Adi dah jadi ketua keluarga jadi biarkan Adi yang tanggung semuanya,” kata Aditya. Setelah menjadi suami Tamara, dia menjadi sangat bertanggungjawab terhadap mereka, bukan setakat dari social begitu juga dari segi ekonomi. Dia mahu memberikan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
            “Adi, untuk kali ini saja. Biar Tara yang tanggung perbelanjaan persekolahan adik-adik Tara, lepas Bel dah bersekolah diluar negara barulah Adi boleh pikul tanggungjawab tu. Ini impian Tara, impian Tara nak tengok Bel capai impiannya bersekolah diluar negara,”
            Aditya hanya mendiamkan diri, mendengar setiap bait kata yang lahir dibibir Tamara.
            “Apa yang Tara harapkan cuma sokongan dari Adi, itu saja,” sambung Tamara.
            Aditya mendengus kecil. “Yalah…Adi memang tak boleh lawan keras kepada Tara ni, kan?”
            Tamara hanya tersengih mendengar kata-kata Aditya itu.
            “Pasal pekerjaan Tara tu, Tara taknak letak jawatan?” soal Aditya pula. Sepetinya perbualan mereka itu masih belum tamat lagi.
            “Ya, Tara akan letak jawatan,” jawab Tamara.
            “Jadi, Tara nak kerja dimana? Apa kata Tara kerja dekat pejabat Adi?” cadang Aditya pula.
            Tamara tergelak. Dengan tahap pelajaran saya yang amcam ni, layakkah nak kerja di syarikat Aditya yang besar tu?
            “Taknaklah Adi, syarikat Adi tu besar sementara tahap pelajaran Tara setakat SPM aja, mana layak kerja dekat situ,”
            “Situ pula, Adi tak kisah, Adi nak juga Tara kerja dengan Adi!” kata Aditya, seperti seorang kanak-kanak yang memaksa ibunya untuk membeli barang mainan. Tergelak Tamara melihat keletah Aditya. Kalau macam ni, Adi layak dipanggil Benjo nombor 2.
            “Lucu la Adi ni. Kalau Tara kerja dekat syarikat Adi tu, apalah kerja Tara? Cleaner? Atau tukang bancuh teh?”
            “Ish… tak lah. Mestilah jadi Personal Assistant Adi. Adi nak Tara sentiasa dekat dengan Adi,” kata Aditya manja sambil menyangkutkan lengannya dikedua-dua bahu Tamara.
            “Eh… mengada-ngada!” Tamara mencuit batang hidup Aditya.
            Aditya tersenyum lalu merapatkan dahinya ke dahi Tamara. Kini dahi mereka bersatu.
            “Adi nak, kita sentiasa macam ni Tara. Mesra dan rapat, sampai selama-lamanya,”
            “Tara pun harap macam tu juga,” balas Tamara. Mata mereka saling bertatapan.
            Sunyi menyelubungi suasanan seketika. Aditya yang baru saja ingin tunduk merapatkan bibirnya kearah bibir Tamara, telefon Tamara sudah bernyanyi minta disambut. Aditya mendengus kecil. Ganggu ajalah!
            Tamara hanya tersenyum melihat gelagat Aditya. Dia membungkus tubuhnya dengan selimut sebelum turun dari katil, setelah itu dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak diatas meja solek.
            Nama Tania tertera dimuka depan telefon bimbit itu. “Tania,” Tamara memberitahu Aditya siapa pemanggil itu.
            Aditya pun turun dari katil lalu mendekati Tamara. Aditya memberi isyarat kepada Tamara agar menyambutnya.
            “Hello,”
            “Selamat pagi, Tamara. Apasal tak datang hari ni, selalunya Tamara datang tepat jam 7 pagi, sekarang dah 7.30. Tamara sakit, kah?”
            “Tak, tak, tak! Saya tak sakit, cuma saya ada masalah sikit. Kejap lagi saya datang , lagipun saya nak cakap sesuatu dengan Tania dan Dai,” kata Tamara sambil memandang Aditya.
            “Oh.. baguslah kalau awak tak sakit. Okeylah…datang cepat sikit tau, sebab kejap lagi saya dan Dai nak berangkat ni,” jawab Tania.
            “Okey,” selepas membalas Tania, talian pun dimatikan. Tamara menghembus nafas.
            “Kenapa?” soal Aditya.
            “Takda.. dia suruh datang awal sikit sebab dia dan Dai nak berangkat,” beritahu Tamara.
            Aditya hanya mengangguk. Tamara pun melangkah menuju ke pintu kamar mandi.
            “Tara nak pergi mana?” soal Aditya. 
            “Nak mandi,”
            “Oh.. pergilah,” katanya.
            Tamara pun menyambung langkah. Tapi baru saja dia ingin memulas tombol pintu Aditya menegurnya semula.
            “Tara, it was nice yesterday!” Aditya tersenyum nakal.
            Serta-merta wajah Tamara berubah merah, seperti udang yang dibakar. Dia mengetap bibir. Adi ni sengaja nak memalukan saya pagi-pagi! Dia pun cepat-cepat masuk ke kamar mandi.

******************************************************* 
p/s : harap maaf, n3 kali ini fokus pada Adi dan Tara saja. Its a Adiara moment..hehe

28 December, 2011

9th Proposal : The complicated Ian.


9th  Proposal : The complicated Ian.

            You fool!” jerit Ian dicorong telefon yang membuatkan Carl menjarakkan telefon dari telinganya.
            “Wei, apa marah-marah ni?” balas Carl. Bingit telinga dengan suara jeritan Ian.
            “Kau cakap dia dah takda apa-apa hubungan dengan bekas teman lelakinya, jadi kemarin kenapa aku nampak dia orang begitu mesra sekali?” bentak Ian.
            Carl ketawa kecil. “Ehh…kau cemburu eh,”
            Shut up Carl!”
            “Tunggu..tunggu! Aku tak cakap pun yang dia orang tu tak berhubungan. Mereka cuma dah putuskan hubungan cinta mereka saja. Dia orang tak bersama lagi, aku jamin,” kata Carl, mati-mati ingin meyakinkan teman baiknya itu.
            “Macam mana kau begitu pasti sekali? Kau tak nampak macam mana mesranya dia orang depan aku,”
            “Aku rasa kau tak faham dengan apa yang sudah aku ceritakan pada kau tempoh hari. Mereka memang dah putus, dan aku yakin mereka takkan bersama lagi. Tapi satu yang kau perlu tahu, bukan mudah untuk membuang rasa cinta tu dalam hati. Walaupun mereka dah putus lama, tapi Cinta masih sayangkan Alex,”
            “Cinta masih sayangkan Alex?” suara Ian menjadi bundur.
            “Ya, dan daripada informasi yang aku dapat, walaupun Cinta masih cintakan Alex tapi dia tetap akan memilih untuk menjauhkan diri. Dan aku rasa lebih baik kau lupakan saja pasal Cinta, sebab hubungan kamu memang takkan berjaya,” nasihat Carl seakan mengenali sifat Cinta.
            Ian tergelak kelat. “Siapa cakap aku nak ada hubungan dengan dia?” naïf dia pula.
            “Ian, tolong jangan tipu diri kau lagi. Semakin kau cuba untuk menafikan semakin sukar untuk kau melupakan Cinta dan bila kau dah sedar kau dah tak boleh lepaskan dia lagi. Kau juga yang terseksa nanti,”
            “Aku tak faham apa yang kau cakap. Okeylah, bye!” talian segera dimatikan. Dia mendengus kasar.
            “Cinta masih cintakan Alex? Jadi macam mana dengan aku?” Ian bermonolog seorang diri di balkoni rumah hijaunya.
            “Betulkah aku nak ada hubungan dengan Cinta? Tapi dia tu kan perempuan miskin, keluarga Alex pun tak terima dia,” nampaknya Ian masih meragui perasannya sendiri. Sedangkan hari itu dia sudah pun bertekad dihadapan ibunya yang dia hanya akan menghawini Cinta. Ah! Itukan sebab aku terpaksa, kalau tak masakan aku cakap begitu dengan mama aku?
            “Siapa perempuan miskin?”
            Ian yang tersentak segera menoleh ke belakang. Kelihatan kakaknya, Serena sedang berdiri sambil memeluk tubuh dia pintu balkoni.
            “Kakak,” suaranya kedengaran terkejut. Masakan tidak, kakaknya itu jarang sekali menjejakkan kaki di rumah hijau itu.
            Serena tersenyum lalu maju ke hadapan mendekati Ian.
            “Siapa perempuan miskin?” soal Serena sekali lagi.
            Ian mengubah posisi, membuang pandangannya ke arah hutan tebal.
            “Takda siapa,”
            “Kalau bukan siapa-siapa, kenapa kakak dengar suara Ian tadi macam marah saja?”
            Pantas kepala Ian berpaling kearah kakaknya.
            “Kakak curi dengar perbualan Ian?”
            “Apa tak dengar. Kakak yang dekat bawah tu pun boleh dengar suara Ian. So, siapa perempuan miskin?”
            Ian mendengus nafas lemah. “Tak tahulah kak. Aku tak kenal dia, dia complicated. Tak macam perempuan-perempuan yang aku kenal dulu,”
            “So, ini bermakna perempuan miskin tu special-lah bagi Ian?” duga Serena membuatkan adiknya berdehem.
            Special? Takdalah!” naïf Ian.
            “Jangan bohong! Entah-entah, dialah perempuan yang mama maksudkan tempoh hari, betul?”
            “Ap..apa mama cakap?” tergagap-gagap Ian menjawab.
            “Hmm… mama cakap, Ian habiskan duit 10 ribu hanya untuk perempuan tu. Masakan dia tu tak dipanggil special bagi Ian. Sebelum ini, pernah Ian membelanjakan duit sebanyak tu? Selama ini pun, Ian hanya akan berhubungan dengan anak-anak partner syarikat saja dan tak pernah membelanjakan duit lebih dari 5 ribu. So, nak bagitau kakak atau tak?”
            Ian terdiam seketika. Kalau dia bagitahu, mesti kakaknya itu memandang rendah terhadap taste-nya pada perempuan. Gadis miskin dan lelaki kaya macam dia? Tak sesuai langsung.
            “Dia bukan sesiapa! Lagipun dia tu miskin, mana ada sesuai dengan Ian. Dan lagi, dia dah ada teman lelaki. Teman lelaki dia tu kaya macam Ian juga, tapi keluarga lelaki tu tentang hubungan dia orang. Jadi Ian rasa…”
            Pak! Dahi Ian dijentik dengan jari telunjuk. Keras bunyi jari yang mengena didahinya.
            “Auch! Kak, apa ni?” marah Ian sambil mengusap dahinya yang sudah memerah itu.
            “Apa Ian fikir Ian dah sempurna sangat dengan kekayaan kita ni?” marah Serena. Dia tidak suka bila sikap adiknya itu berubah menjadi segelintir daripada sifat ahli keluarganya yang lain. Terlalu mementingkan status, terutamanya ibu mereka sendiri.
            Ian pula diam.
            “Dari sudut pandangan akak, Ian betul-betul gilakan gadis ni sampai sanggup ekori dia mana saja dia pergi, kan?”
            Ian tersentak. “Macam mana kakak tahu?” pelik betul kakak aku ni, dia upah penyiasat kah?
            “Kakak suruh orang kakak ikut pergerakkan Ian selepas mama bagitau kakak pasal gadis tu. Apa yang kakak nampak, Ian yang berusaha untuk mendekatkan diri Ian pada dia. Ini bermakna Ian cintakan dia, bukan?”
            “Cinta?” Ian tergelak. Tiada perkataan cinta dalam hidupnya. Mustahil dia cintakan Cinta, apa yang ada dalam hatinya hanya rasa tercabar dengan sikap Cinta.
            “Kalau tak, cakap terus-terang dengan kakak yang Ian tak sukakan dia,”
            Ian memandang kakaknya. “Memang Ian…” dia pantas terdiam. Entah kenapa ayatnya itu tersekat dianak tekak. Dalam hati dia boleh pula menyebut bahawa dia tidak sukakan cinta tapi sebaik saja mengeluarkan kata-kata itu, dia tidak dapat.
            “Ian…Ian tak…”
            See? Ian tak boleh tipu diri Ian sendiri. Lebih baik Ian mengaku, sebab sakitnya itu mungkin akan berkurangan kalau Ian sedar lebih awal lagi. Jangan sampai gadis tu terlepas dari tangan Ian. Ian juga yang merana,” kata Serena seakan mengingatkan. Memang sakit jika hati enggan mengakui bahawa kita mencintai seseorang, bila terlambat tiada guna untuk menyesal lagi.
            “Ian fikirlah sendiri, jangan sampai Ian termakan kata-kata Ian sendiri,” tambahnya lagi lalu dia pun melangkah masuk ke dalam rumah.
            Ian pula terus termenung. Fikirannya sudah melayang jauh dari alam reality. Berbagai bayangan yang menerpa di fikirannya. Dia iba-tiba terbayang kemesraan Cinta dengan Alex disebuah taman.
            Ian pantas menggeleng. Menghapuskan bayangan-bayangan tersebut. “Aku takkan pernah lepaskan dia!” tekad Ian lantas melangkah masuk ke dalam.
           

*****

            ALEX menolak pintu café itu. Pelanggan hari itu kelihatan sedikit saja, bukan seperti hari-hari lain meja dipenuhi dengan pelanggan.
            “Alex? Kau datang lagi?” sapa Lialina.
            Alex berdehem. Soalan Lialina itu seakan tidak suka dia berkunjung ke cafénya itu.
            “Haik, macam tak suka saja aku datang?” dia terasa.
            Lialina tergelak. “Bukan aku yang tak suka, tapi ketua pastry kita yang tak suka. Oppss!!” Lialina berseloroh dalam keseriusan.
            Alex hanya ketawa. “Mana Cinta?”
            “Cinta aku dah aku bagi dekat orang lain. Dah takda cinta buat kau,”
            “Lia… aku serius ni. Cinta mana, Jacinta!” Alex sudah mula bengang dengan sikap Lialina itu. Bawa orang bergurau pagi-pagi begini, memang orang tiada mood.
            Lialina mendengus. “Kau tak faham lagikah Alex? Kau tahu tak kau sedang menyeksa Cinta sekarang?”
            Alex diam. Dia tahu, kekerapan dia bertemu Cinta membuatkan CInta lebih terseksa. Tapi dia juga terseksa jika tidak bertemu dengan kekasih hatinya itu.
            “Lia,” pantas kedua-dua kepala Lialina dan Alex menoleh kearah pintu dapur. Cinta datang menghampiri.
            Lialina hanya mampu menggeleng kepala. Dia menegah mereka berjumpa adalah untuk kebaikan masing-masing, tapi masalahnya dua-dua pun keras kepala.
            “Ada apa?” soal Cinta.
            “Boleh kita bercakap, jangan risau ini urusan kerja. Lia boleh ikut sekali,” jawab Alex.
            “Okey, kita ke atas,” ajak Lialina lalu segera keluar dari meja kaunter dan menuju ke tangga dihujung café. Alex dan Cinta mengekori dari belakang.
            “Kalau urusan kerja, boleh!” kata Lialina sambil mengambil tempat di meja berbentuk segi empat tepat itu. Begitu juga dengan Alex dan Cinta.
            “Begini, pertunangan adik aku akan berlangsung tidak lama lagi jadi aku ditugaskan untuk mencari food stylish,” Alex memulakan perbicaraannya.
            “Kau nak Cinta jadi food stylish?” soal Lialina segera dapat menangkap mesej yang Alex ingin sampaikan.
            Cinta memandang Alex. “Saya? Awak jangan nak berguraulah Alex. Mana boleh saya jadi food stylish pertunangan adik awak,” kata Cinta. Dia tidak mahu sama sekali. Sudahlah dia pernah ada sejarah hitam dengan keluarga Alex sekarang mahu jadi food stylish pula? Memang menempah maut!
            Why not?”
            “Kau lupakah Alex? Kalau kau lupa, biar aku ingatkan kau. Keluarga kau pernah ugut nak bunuh kawan aku ni kalau dia terus berhubung dengan kau. Kau nak dia mati sia-sia?” kata Lialina. Dia tahu, pertuturannya itu kurang sopan tapi dia harus mengingatkan Alex dengan apa yang sudah keluarga dia pernah lakukan terhadap Cinta.
            “Lia…” Cinta ingin menenangkan kawannya itu dalam masa yang sama dia tidak mahu juga Alex rasa bersalah.
            “Aku tahu itu. Dan aku ingat sampai sekarang. Tapi aku nak dia jadi food stylish pertunangan adik aku. Anggap saja ini urusan kerja. Bolehkan Cinta?” Alex masih enggan berputus asa. Baginya itu sajalah cara untuk mendekati Cinta. Dia yakin keluarganya itu tidak mungkin melakukan sesuatu yang buruk semasa pertunangan adiknya nanti.
            “Saya…”
            “Awak fikirlah dulu. Saya cuma nak tolong awak kembangkan kerjaya awak sebagai patisserie,”
            Cinta memandang Lialina, berharap agar Lialina boleh memberi dia jawapan.
            “Awak tak perlu keluar ke majlis tu, aku jamin. Dan Lia pun boleh ikut awak sekali. Ya?”
            “Bagi saya masa untuk berfikir,” ujar Cinta perlahan. Kalau Lia ikut sekali, mungkin aku akan rasa selamat sedikit.
            Thanks… tapi saya nak jawapan awak malam ni, boleh? Sebab lusa kita akan bertolak,”
            “Okey… malam nanti saya call awak,” kata Cinta.
            Lialina yang sekadar pemerhati itu hanya boleh menggeleng kepala. Dia tahu benar, tiada apa yang Cinta dapat disana, melainkan rasa sakit. Tapi apa-apa pun keputusan Cinta, dia tetap akan berada disampingnya.

            Malam itu, Cinta langsung tidak dapat melelapkan matanya. Dia masih berfikir sama ada bersetuju dengan tawaran Alex ataupun tidak.
            “Masih tak tidur lagi?” soal Lialina yang baru saja keluar dari bilik tidurnya.
            Cinta beralih ke ruang tamu dari balkoni pangsapuri.
            “Aku masih berfikir tentang tawaran Alex petang tadi. Kau rasa aku perlu terima tawaran dia?” soal Cinta.
            Lialina tersenyum. “Ada kata pepatah inggeris, advice is what we ask for when we already know the answer but wish we didn’t. Sekarang ni, kau dah tahu jawapannya tapi kau enggan terima kenyataan. Kalau kau tetap nak pendapat aku, pergilah sebab itu yang hati kau nak, kan?”
            “Kau tak marah aku pergi?”
            “Apa pula nak marah, kan aku ikut kau sekali. Kalau dia berani ambil kesempatan, taulah dia aku kerjakan,”
            Cinta tersenyum mendengar jawapan Lialina. Lialina memang baik, lemah-lembut, dan memahami tapi masih ada lagi sisi dirinya yang mampu menakutkan sesiapa saja yang mendekati dia.

*****

            “IAN?” panggil Dalian sambil mengetuk pintu bilik Ian yang sudah sedia terbuka itu. Ian yang sedang membaiki tali lehernya itu sekadar memandang kearah pantulan cermin.
            “Ada apa?”
            “Martha meminta untuk sarapan bersama,”
            “Yalah, kejap lagi saya turun,” jawabnya lalu mencapai blazer putihnya dan segera menyarungkan ke tubuh. Setelah penampilannya dipastikan kemas, dia pun keluar dari bilik dan turun bersama-sama Dalian menuju ke ruang makan.
            Kelihatan semua ahli keluarganya sudah berkumpul di meja makan, termasuk kakaknya yang jarang sekali dapat berkumpul bersama. Ian mengambil tempat ditepi Serena.
            “Jarang sekali kita dapat berkumpul begini. Terima kasih Rena, Ian,” ucap Martha.
            Ian dan Serena hanya mengangguk.
            “Ian,” panggil Martha.
            “Ya nek?” sahut Ian pantas.
            “Ini adalah surat undangan dari kawan karib ibu Ian dan nenek minta Ian bawa Ratna sekali ke majlis itu, boleh?” minta Martha sambil mengisyaratkan Dalian untuk menyerahkan surat undangan itu kepada Ian.
            “Ian dan Ratna boleh berangkat ke pulau perbadi tu lusa,”
            Ian tersentak. “Apa?” menerima kad undangan itu masih belum mengejutkannya lagi, tapi apabila terpaksa bertolak esok. Dia betul-betul terkejut. Ada perkara lain lagi yang dia perlu selesaikan.
            “Eyalah...kan majlis tu berlangsung lusa. Lagipun nenek nak Ian dan Ratna lebih erat lagi,”
            Ian tercangang. Dia hilang kata-kata untuk melawan neneknya. Dia memandang pula kakanya yang duduk ditepi tetapi Serena hanya mengangkat bahu. Ian memandang pula Zared. Zared kelihatan seperti biasa saja, tenang seperti selalu.
            “Nek, Ian masih ada kerja lagi. Mungkin Ian tak dapat datang, apa kata suruh Zared temankan Ratna. Kan Red?” Ian berharap agar Zared menyokong dia.
            I can’t” jawab Zared pantas lalu terus bangit dari kerusi dan meminta diri untuk pergi ke tempat kerja.
            Ian tercangang lagi. Matanya hanya mengikuti jejak Zared sehinggalah Zared lenyap disebalik pintu keluar ruang makan. Lelaki ni memang mudah sangat putus asa! Getus hati Ian.
            “Nenek taknak dengar alasan. Nenek nak Ian pergi dengan Ratna. Keputusan nenek muktamad!”
            Suara tegas Martha serta-merta mematikan ayat Ian. Mahu melawan pun, dia tahu dia tiada kekuatan untuk melawan. Apa yang dia boleh lakukan hanyalah menurut.
            Ian mendengus kecil. Aku akan buat kau mengaku dihadapan nenek, Zared. Itu janji aku!

22 December, 2011

Love.29 : A Confession Of love


Love.29 : A Confession Of love

TAMARA mengeluh kecil. Sudah masuk tiga hari tapi Tania dan Dai masih belum pulang. Sedangkan mereka outstation hanya dua hari. Dan sudah dua hari dia menunggu kepulangan Tania hingga lewat malam. Takkan ada apa-apa terjadi dengan diorang kot? Pantas dia mencapai telefon bimbitnya diatas meja lalu mendial nombor Tania.
            “Tak dapat lagi?” Tamara mencuba sekali lagi. Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu terbuka. Dia terus mematikan telefon lalu memandang ke arah jam dinding. 12.30pm? Nasib baik aku tak pulang awal!
            Tamara terus bangkit menuju ke pintu. Kelihatan Dai sedang memasukkan kasutnya ke dalam rak.
            “Dai!” panggil Tamara girang.
            “Tamara? Baguslah. Mari tolong saya!”  sepantas kilat Dai mencapai tangan Tamara dan membawanya keluar.
            “Ada apa?” soalnya turut berasa cemas melihat perlakuan Dai yang dalam kelam-kabut.
            “Adi!” Dai tidak terus menjawab soalan Tamara tetapi memanggil nama seseorang. Tamara memandang ke hadapan. Langkah mereka serentak mati saat mata mereka bertaut.
            “Adi, awak boleh turunkan dia,” arah Dai sambil memapah Tania.
            Aditya kelihatan pucat. Perlahan-lahan dia menurunkan Tania ke lantai sambil itu dia langsung tidak melepaskan matanya dari Tamara.
Tamara memandang ke bawah. Dia tidak tahu reaksi seperti mana yang harus dia tunjukkan. Cemburu? Langsung tiada perasaan itu dalam hatinya. Marah? Memang dia akui, tercelit sedikit rasa marah dihatinya kerana Adi tidak menghubunginya lagi dan secara tiba-tiba, dia muncul bersama Tania dalam dakapannya.
            “Tamara, cepat tolong!” kata Dai seakan menjerit. Tamara yang tersentak segera mendapatkan bahu Tania. Mereka pun membawa Tania masuk ke pangsapuri mereka.
            Aditya meletakkan tubuh Tania disofa dengan cermat, setelah itu Dai pula membuka kasut tumit tinggi Tania.
            “Tamara, tolong ambilkan tuala basah,” suruh Dai pula.
            Tanpa berfikir lagi, Tamara segera menurut arahan.
            “Aku tolong dia,” kata Aditya lantas membuntuti Tamara ke dapur. Setibanya dia didalam dapur, tangan Tamara segera dicapai membuatkan Tamara memberhentikan langkahnya.
            “Macam mana Tara boleh ada disini?” soal Aditya.
            “Saya kerja disini sebagai pembantu rumah,” jawab Tamara.
            “Kerja? Kenapa tak bagitau Adi? Dan lagi, kenapa kerja sebagai pembantu rumah?” bertubi-tubi soalan yang Aditya lontarkan.
            Tamara mendengus kecil. Tangannya segera ditarik. “Tara takda masa nak jawab soalan Adi!” Tamara terus membuka almari dibawah lalu membawa keluar sebuah besen kecil.
            Tiba-tiba besen itu diambil daripadanya.
            “Adi tolong, Tara pergi ambil kain bersih,” kata Aditya.
            Tamara tidak lagi menjawab, dia terus menuju ke kamar mandi dan mencapai sehelai kain bersih yang ada tersedia didalam almari dinding.

           
            “THANKS sebab sudi hantar Tania,” ucap Dai setelah segala-galanya menjadi tenang.
            Aditya hanya mengangguk.
            “Ah, lupa pula nak kenalkan. Ini Tamara, pembantu rumah kami. Tamara, ini Aditya. Kawan lama Tania,”
            Aditya dan Tamara saling berpandangan.
            “Sebenarnya,…”
            “Salam perkenalan Encik Aditya,” potong Tamara membuatkan Aditya sedikit terperanjat dengan tindakannya itu. Dia baru saja ingin jelaskan hubungannya dengan Tamara, Tamara sudah memintas. Seakan dia tidak ingin sesiapa tahu perihal hubungan mereka sebagai suami isteri.
            “Dai, kalau tak ada apa-apa lagi. Saya balik dulu,” Tamara meminta izin.
            “Okey, saya hantar awak ke depan,” kata Dai lalu mereka pun beredar ke pintu utama. Aditya pula membuntuti.
            “Dai, saya rasa saya pun perlu balik sekarang. Dah tengah malam ni,” ujar Aditya.
            Tamara terus berlalu sebaik saja dia keluar dari pangsapuri itu.
            “Okey, baik-baik jalan!” ucap Dai lalu menutup pintu itu selepas saja Aditya berlalu pergi.


            “TARA!” panggil Aditya tapi Tamara seakan tidak mendengar panggilan Aditya. Aditya terus mengejar. Tangan Tamara segera disambar.
            “Tunggu. Kenapa ni? Tara marah dengan Adi?” soal Aditya risau dengan sikap Tamara.
            Tamara mendiamkan diri.
            “Tara, janganlah diam macam ni. Adi ada buat salah? Maaf kalau Adi ada berkasar dengan Tara tadi, Adi cuma risau,” kata Aditya lagi. Kedua-dua tangan Tamara kini dalam genggamannya.
            “Adi tak call Tara sebab Adi ada dengan Tania?” soal Tamara. Dia hanya inginkan kepastian.
            Aditya mengeluh kecil. “Adi boleh jelaskan. Tapi, tolong jangan buat muka cemburut macam ni, boleh? Adi tak senang hatilah,” kata Aditya berseloroh. Hidung Tamara dicuit manja.
            Tamara tersenyum. Tapi masih lagi berpura-pura merajuk.
            “Apa hubungan Adi dengan Tania?” soal Tamara berpura-pura bertanya sedangkan dia sudah pun mengetahui sejarah lama Aditya dengan Tania.
            “Em..mm.. dia, Tania cuma rakan sekerja Adi. Adi ada dengan dia tadi pun sebab urusan kerja. Adi tak tahu kenapa dia boleh mabuk sampai macam ni sekali, Dai yang panggil Adi minta tolong,”
            “Tapi kenapa mesti Adi? Orang lain tak boleh tolong?” soal Tamara pula. Dia mahu, Aditya sendiri yang mengaku bahawa Tania adalah bekas teman wanitanya.
            Dahi Aditya berkerut. “Tara tak percayakan Adi?” soal Aditya seakan berjauh hati dengan Tamara.
            “Tak…Tara percayakan Adi,” Tamara segera menjawab. Lantas pingang Aditya dipeluk.
            “Kalau suatu hari nanti, Adi berubah perasaan jangan lupakan kami, ya?” kata Tamara tiba-tiba. Tamara menjadi takut apabila memikirkan Aditya dan Tania mempunyai sejarah yang indah bersama sedangkan dia, dia hanyalah ‘benda’ yang digunakan untuk melunaskan hutang ayahnya.
            Aditya segera meleraikan pelukan mereka. “Kenapa Tara tiba-tiba cakap macam ni? Seolah-olah Tara betul-betul tak percayakan Adi,” sedikit tinggi nada suaranya. Mungkin berjauh hati mendengar  kata-kata Tamara tadi.
            “Tak... cuma, kita kahwin atas dasar kontrak. Hubungan kita ada batas, Adi. Sedangkan kalau dengan orang lain, Adi boleh…”
            “Tara! Adi taknak dengar apa-apa lagi. Sekarang Tara nak ikut Adi balik atau tak?” marah Aditya. Dia tidak suka jika kontrak itu diungkit-ungkit dihadapannya.
            Tamara terdiam. Tersentak dengan tengkingan Aditya.
            “Adi tunggu dalam kereta!” Aditya segera melangkah ke tempat letak kereta, meninggalkan Tamara dengan keadaan yang terpinga-pinga.

*****
           
            SELEPAS saja kereta itu terpakir dihadapan rumah, tanpa menunggu Tamara lagi Aditya terus meluru keluar. Tamara belum sempat pun membuka tali pinggang keselamatannya.
            Tamara menggigit bibir. Bodohnya kau Tara! Kamu baru saja jumpa, dah buat dia marah. Kau memang bodoh!
            Tamara segera keluar dari kereta, lantas mengejar langkah Aditya yang sudah pun berada didalam rumah. Pintu bilik Aditya diketuk. Tiada jawapan daripada Aditya. Mungkin dia betul-betul marah, kot?
            “Adi! Tolong buka pintu ni? Tara nak minta maaf,” ujar Tamara. Dia betul-betul menyesal atas keterlanjurannya.
            Tombol pintu segera dipulas sebaik saja Aditya menjemputnya masuk. Kelihatan Aditya terduduk dibucu katil. Kot yang dipakainya tadi bersepah atas lantai, tali lehernya pula dilongarkan sedikit.
            Tamara mengeluh. Kot yang ada diatas lantai dipungut, lalu diletak kemas atas katil. Setelah itu, dia pun mengambil tempat disisi Aditya.
            “Adi…”
            Tamara seraya terdiam sebaik saja Aditya memeluknya. Kedengaran esakan kecil daripada Aditya.
            “Adi…” Tamara terkesima.
            “Tara tahu tak sepanjang tiga hari ini hidup Adi macam mana? Tara boleh bayangkan yang Adi langsung tiada selera makan, Adi langsung tak dapat concentrate dalam kerja Adi? Semua ni adalah sebab Adi terlalu rindukan Tara. Tapi apa yang Adi dapat lepas Adi balik? Dengar pasal kontrak tu?” luah Aditya. Tubuh Tamara masih dalam dakapannya.
            “Maafkan Tara, Adi. Tara janji Tara tak akan ungkit pasal kontrak tu lagi. Maafkan Tara, ya?” ujar Tamara sambil mengusap-usap belakang Aditya.
            Aditya mengangguk-angguk. “Adi sayangkan Tara, sayang sangat-sangat!” pelukannya dieratkan. Dia ingin melepaskan kerinduan yang terkumpul selama tiga hari itu. Cintanya terhadap Tamara semakin dalam setelah berpisah dengan Tamara. tiga hari itu sudah cukup membuatkan hidupnya menjadi kucar-kacir, apalagi setahun atau dua tahun. Belum tentu dia boleh hidup lama.
            “Tara pun sayangkan Adi juga,” balas Tamara lembut.
            Aditya tersenyum. Perlahan-lahan dia meleraikan pelukannya. Kedua-dua pipi Tara dipaut.
            Tamara mencapai tangan kiri Aditya. Terasa haba yang terhasil dari tangan Aditya, menghangatkan pipinya.
            Aditya mengucup kudus dahi Tamara. Tamara hanya memejamkan matanya. Merasai ketulusan yang ada dalam perhubungan mereka.
            Kucupan Aditya berlalih ke kelopak mata Tamara, kemudian turun kedua-dua belah pipi Tamara dan bibir Tamara menjadi sasaran yang seterusnya. Bibir itu dikucup lembut.
            “Adi cintakan Tara!” ucap Aditya lantas merebahkan tubuh Tamara ke katil.
            Saat itu, jantung Tamara segera berombak kuat. Wajahnya sudah berona merah. Matanya dengan mata Aditya berpaut rapat seakan berbicara sendiri yang hanya mereka yang mengetahuinya.
Dadanya sudah sakit dek degup jantungnya yang kencang itu. Tetapi sakit itu membawa makna yang indah kepadanya. Setiap kali dia berada dekat dengan Aditya sebegitu, tentu jantung akan berdetak kuat.
            Lama mata mereka berpaut. Sambil itu, Aditya mengusap rambut Tamara. Seluruh wajah gadis tercinta itu ditatap lama. Sementara Tamara hanya mendiamkan diri, membiarkan jantung dan nadi mereka berbicara antara satu sama lain.
            Kini giliran Tamara pula memaut pipi Aditya. Terasa kehangatan dari pipi Aditya. Adi tentu Adi malu sekarang. Bisik hatinya. Tidak semena-mena, Tamara mengucup dahu Aditya. Tamara tersenyum, begitu juga Aditya.
            “Tara pun cintakan Adi juga,” balas Tamara lembut bagaikan gemersik syahdu dicuping telinga Aditya.
            Perlahan-lahan, Aditya merendahkan tubuhnya lalu mengucup pipi Tamara. Tamara tiba-tiba menjadi gemuruh, seluruh tubuhnya seakan lemah seolah-olah kucupan Aditya adalah sebuah magik yang mampu membawanya keawang-awangan.
            Kucupan Aditya beralih ke tengkuk Tamara. Tamara pantas menoleh ke kiri. Dia menutup rapat matanya. Tangannya sudah kuat mencengkap lengan Aditya. Takut.
            “Adi… kejap!” Tamara menolak lembut tubuh Aditya apabila kucupan Aditya menjalar diseluruh lehernya.
            Aditya terbangun. “Kenapa Tara?” soalnya.
            “Bu..bukankah Adi ada penyakit?” soal Tamara.
            Aditya tersenyum. Kepala Tamara ditolak lembut. “Itu dulu sebelum Adi bertemu dengan Tara. Sekarang, tidak lagi. Tara fikir, kalau Adi masih ada penyakit tu,..” Aditya merendahkan tubuhnya.
“Adi boleh dekat dengan Tara serapat ini?” sambungnya sambil berbisik ditelinga Tamara.
            Tamara lantas bangun. “Emm… Tara, Tara nak mandi dulu, boleh?” pintanya agak gugup. Terasa telinganya menjadi panas.
            Aditya tersenyum. Seakan faham dengan tingkah Tamara tika itu. Dia mengangguk perlahan.
Tamara pun turun dari katil dan menuju ke almari. Laci paling bawa dibuka. Krak! Secara tidak sengaja dia tertarik kasar sehingga satu laci terkeluar dari landasan.
            Tamara mengetap bibir lalu berpaling ke belakang, memandang Aditya yang sedang tersenyum melihat segala gerak-gerinya. Apalah kau ni Tara? Relax! Adi bukan nak makan kau pun!
            Sorry, Tara akan betulkan,” katanya lalu cuba memasukkan semula laci itu ketempatnya tetapi tangannya kelam-kabut mengatur laci itu, seakan ada yang sedang mengejarnya dari belakang.
            Tiba-tiba dia terasa seperti ada tangan yang memeluknya dari belakang. Tamara toleh ke kiri. Wajah Aditya hanya seinci dari wajahnya. Pipinya itu terus dikucup membuatkan Tamara tertunduk.
            Seketika kemudian, sunyi-sepi menyelubungi bilik itu. Hanya lirikan dan nafas yang saling memahami. Denyut nadi yang seiring seakan mencipta melodi yang indah. Perlahan-lahan Aditya mencampung tubuh Tamara.
            “Jangan takut, Tara. Adi tidak akan mengasari Tara,” ujar Aditya seakan faham apa yang sedang bermain didalam hati Tamara.
            Tamara mengangguk kecil. Lantas mereka pun masuk ke dalam kamar mandi. Pintu itu tertutup dari luar.
            ********************************************************* 
P/s : huhu...lama x update ceta ni, kan? semoga masih ada yang mengikuti jalan cerita FLK.hehe...

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.