Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

07 January, 2012

10th Proposal : The Craziness


10th Proposal : The Craziness

            DARI jauh, Zared melihat Ian dan Ratna berpimpin tangan disepanjang persisiran pantai diikuti dengan tawa mereka yang begitu riang. Hati Zared sakit melihat kebahagiaan itu. Ratna…
            Tet!!
Bunyi intercom mematikan lamunan Zared. Dia segera menjawab panggilan daripada setiausahanya.
            “Kan aku dah cakap, aku taknak diganggu?” suara Zared seakan kasar.
            “Er… maafkan saya, tuan. Tapi perempuan hari itu datang lagi. Saya dah cakap yang tuan taknak diganggu, tapi dia tetap berkeras. Sekarang dia sedang tunggu di bilik persidangan,”
            Zared mendengus kecil. Perasaan marah dek pembatalan temu janji dia dengan Ratna kemarin masih bersisa lagi dihatinya. Empat tahun mereka tidak berjumpa, dan sekarang dia perlu menurut walaupun bukan kehendaknya. Dia bencikan perasaan yang keterpaksaan.
            “Nanti aku datang!” jawab Zared lantas mematikan talian. Dia terus bangkit mencapai kotnya yang tersangut di penyangkut baju. Setelah itu dia pun keluar dari bilik pejabatnya menuju ke bilik persidangan.

            “AYIE!” suara Ratna kedengaran riang memanggil nama kekasih hatinya itu. Baru saja dia ingin bangkit mendekati Zared, Zared sudah mengangkat tangan tanda menyuruh dia untuk tidak meneruskan perjalanannya. Ratna terus berundur setapak.
            Zared menutup pintu persidangan itu lalu mengambil tempat yang agak jauh dari Ratna.
            Ratna hanya memerhati tingkah Zared yang seakan dingin itu. Masih marahkah dia pasal kemarin?
            “Ayie, Ayie masih marah dengan Nina?” soal Ratna sambil melabuhkan punggungnya semula.
            “Apa Nina buat dekat sini? Nina kena ingat yang Nina tu dah nak jadi kakak ipar Ayie. Tak baik kalau Nina masih jumpa dengan Ayie lagi,”
            Mendengar kata-kata Zared itu seakan dia menerima satu tamparan yang hebat. Tajam sungguh kata-kata. Sesungguhnya dia betul-betul kecewa dengan sikap Zared. Tanpa diminta, air matanya mengalir perlahan.
            Ratna mengesat air matanya yang sudah jatuh ke pipi.
            “Ayie tahu tak, kata-kata Ayie sudah menyakiti Nina? Nina tak pernah terfikir pun nak jadi kakak ipar Ayie, Nina nak jadi isteri Ayie!”
            “Kita tak boleh buat apa-apa lagi Nina. Kedua belah pihak sudah merestui perhubungan kamu. Apa yang Ayie boleh buat? Bawa Nina lari?”
            “Ya, bawa Nina lari. Jauh dari sini. Nina hanya nak Ayie ja,”
            Zared menggeleng mendengar cadangan Ratna yang tidak masuk akal itu. Tidak mungkin dia akan berbuat demikian. Itu sama saja menghancurkan hati kedua-dua ibu bapanya termasuk neneknya sendiri. Dia tahu, neneknya itu sangat menginginkan Ratna menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, tapi sebagai isteri Ian.
            “Ayie tak boleh Nina. Ini permintaan nenek Ayie. Maafkan Ayie, tapi Ayie akan tarik balik kata-kata Ayie. Ayie tak boleh teruskan hubungan ini,” dalam keterpaksaan, Zared sempurnakan juga kata-kata itu dengan memutuskan hubungan mereka secara rasminya.
            Perlahan-lahan Ratna mengangkat punggungnya. Matanya merah dek air mata yang tidak henti-henti mengalir. Seakan tiada lagi benteng yang mampu menahan air matanya daripada terus mengalir. Dia mendekati Zared dengan langkah yang lemah.
            “Jangan buat Nina begini, Ayie. Ayie tahukan Nina betul-betul sayangkan Ayie,” Ratna sudah merayu. Merayu agar hubungan yang sudah bertahun-tahun terjalin itu tidak putus begitu saja.
            Tangan Ratna yang ingin memaut lengannya ditapis perlahan.
            “Pergilah Nina, tinggalkan Ayie!”
            Ratna tersentak. Nampaknya, walau sekuat mana dia mempertahankan hubungan mereka, kalau satu pihak sudah berputus asa, segalanya sudah tidak bermakna lagi.
            Ratna berundur beberapa tapak ke belakang.
            “Kalau itu yang Ayie nak, Nina akan turuti,” ujar Ratna lantas perlahan-lahan meninggalkan ruang persidangan itu.
            Setelah dipastikan, Ratna sudah keluar dari bilik itu. Zared terus tunduk dan bersandar ke meja. Jantungnya terasa sakit mendengar kata-kata Ratna tadi. Air mata yang setitik jatuh ke pipinya itu dibiarkan mengalir. Dia akan ingat saat itu dimana dia telah membunuh nyawanya sendiri.

            “HELLO!”
            “Kenapa?” suara Ian kedengar dicorong telefon bimbit Ratna.
            “Aku setuju dengan cadangan kau. Kita kahwin,”

*****

            IAN memberhentikan keretanya berdekatan dengan Cake House tempat Cinta berkerja. Dari jauh dia perhatikan, ada seorang lelaki berpakaian jaket kulit berwarna hitam dan sebuah motorsikal disisinya sedang menunggu di depan Cake House itu.
            Pintu Cake house itu dibuka dan Cinta muncul dari dalam. Ian terus membetulkan posisinya. Teropong kecil yang sentiasa dibawanya segera dicapai dari dashboard kereta. Dia perhatikan Cinta dari teropong kecil itu.
            Kelihatan Cinta sedang berbual mesra sambil memberikan sesuatu pada pada lelaki itu. Tidak lekang senyuman dibibir Cinta membuatkan hati Ian tiba-tiba berang sediri. Dia benci melihat senyuman itu. Jika senyuman itu bukan untuknya.
            Teropong kecil itu dilontarkan ke belakang. Dia mendengus kasar. Kalau dah perempuan murah, perempuan murahlah!
           

            “THANKS E-jit. Kalau kau takda, memang dah habis motor aku ni kena curi orang,” ucap Cinta sambil memberikan cas bayaran kepada E-jit kerana sudah membaiki motorsikalnya. Tapi duit itu bukan untuk E-jit, kerana E-jit tidak pernah menginginkan bayaran apatah lagi daripada Cinta. Bayaran itu untuk bengkel yang sudah membaiki motorsikal Cinta.
            “Tak apa. Untuk Cinta, E-jit sanggup buat apa saja,” kata E-jit dan nada bergurau.
            Cinta hanya tersenyum. “Yalah tu. Tak nak masuk dulu, aku ada buat cake special hari ni,” ajar Cinta.
            “Taklah. Mungkin lain kali saja, aku ada kerja lagi selepas ni,” tolak E-jit lembut.
            “Okeylah. Nanti aku bungkuskan dan bagi kau,”
            “Set!” jawab E-jit lantas memakai topi keledarnya dan memacu motorsikal TZMnya masuk ke lebuh raya.
            Cinta tersenyum sambil melambai-lambai kearah E-jit sehingalah E-jit hilang dari pandangan matanya. Tiba-tiba dia terdengar hon yang berbunyi secara bertubi-tubi, pantas dia memandang ke lebuh raya. Terbeliak matanya melihat Ian berjalan lurus tanpa memandang kiri kanan. Kereta yang lalu lalang hampir saja terlangar tubuhnya yang sasa itu tapi dia seakan tidak mempedulikannya.
            Sah! Orang ni memang dah gila! Ujar Cinta dalam hati. Cepat-cepat dia melangkah ke pintu lalu tetapi entah macam mana Ian cepat saja menangkap tangan Cinta.
            “Apa ni? Lepaslah!” bentak Cinta sambil meronta-ronta ingin melepaskan tangannya. Tapi genggaman tangan Ian agak kuat daripada sebelum ini.
            “Siapa lelaki tadi?” soal Ian dengan pandangan tajam.
            Dahi Cinta berkerut. Mungkin cuba mengingati. Lelaki? Maksud dia, E-jit?
            “Dia bukan siapa-siapa. Boleh lepaskan aku sekarang?” jawab Cinta. Sebetulnya mahu saja dia ingin memprovok Ian, tapi apabila teringat sikap Ian bagaimana apabila diprovok, memang Ian tidak akan berhenti daripada memporak-perandakan dia.
            “Jadi, apa yang kau bagi pada dia? Duit? Sebab dah temankan kau?” soal Ian sarkastik.
            Cinta menutup rapat matanya. Lelaki ini tidak habis-habis merendah-rendahkan martabatnya sebagai perempuan. Tapi dia tahu, untuk menengani lelaki seperti Ian, dia perlu bertenang dan sentiasa sabar.
            “Encik Ian, walau apa sekalipun yang aku cuba terangkan pada kau, kau takkan dengar. Walaupun aku cakap aku bukan pelacur atau perempuan murah, kau tetap dengan persepsi kau. Lelaki tadi adalah kawan aku, E-jit, dia tolong aku hantar motor aku dekat bengkel. Dan tadi memang aku bagi dia duit, tapi untuk membayar kos pembaikan, bukan sebab dia temankan aku seperi yang kau fikirkan,” terang Cinta.
            Riak wajah Ian berubah. Perlahan-lahan dia melepaskan tangan Cinta. Mulutnya terbuka ingin berkata sesuatu tetapi tiada ayat yang boleh kerluar dari bibirnya tika itu.
            Cinta mengusap pergelangan tangananya yang sudah memerah itu. Tanpa berkata apa-apa lagi, Cinta terus melangkah masuk meninggalkan Ian yang masih terpana.
            Ian mendengus kasar. Rambutnya diruap kebelakang. Uihh!! Apa dah jadi dengan kau ni, Ian? Seketika dia mundar-mandir dihadapan café, sesaat kemudian dia pun terus melangkah masuk. Dia terus menuju ke kaunter di mana Lialina berada.
            “Cinta mana?” soal Ian.
            Lialina tersenyum. “Maaf Encik Ian, cinta saya sudah saya berikan pada teman lelaki saya,” jawab Lialina selamba.
            Ian mengalih pandangnya kepada Lialina. Tajam bak mata pedang seorang pahwalan pedang.
            Lialina tersenyum kelat. Sedikit gerun dengan pandangan itu. “Kenapa Encik Ian nak jumpa dia?”
            “Aku ada nak cakap sesuatu,” jawab Ian acuh tak acuh.
            “Hmm.. dia ada dalam dapur,” kata Lialina.
            Ian sudah melangkah.
            “Tapi..jangan sakitkan hati dia!” tambah Lialina pula membuatkan Ian menghentikan langkahnya seketika lalu menyambung semula.
            Sebaik saja melihat wajah Ian terpampang dihadapan pintu dapur, Cinta cepat-cepat berlari keluar tapi malang Ian sempat melihatnya melarikan diri lalu mengejarnya sehingga ke halaman belakang café.
            Cinta berhenti lalu berpaling ke belakang. “Apa kau nak lagi?” marah Cinta.
            Ian angkat tangan. “Aku.. aku cuma nak minta maaf,” pinta Ian.
            Cinta menunjukkan reaksi tidak percaya. Masakan lelaki bongkak dan angkuh macam Ian itu pandai minta maaf? Dia sudah rasuk hantu barangkali!
            “Kau kena sampuk dengan hantu ka?” peril Cinta.
            Ian mengeluh kecil. “Aku tak disampuk dengan hantu. Aku minta maaf sebab dah tuduh kau macam-macam tadi,” kata Ian seperti seorang kanak-kanak yang mengaku kesalahannya dihadapan seorang ibu.
            Cinta mengerut kening. Apa kena dengan dia hari ni? Marah-marah lepas tu tiba-tiba jadi malaikat. Pelik betul! Dia ada penyakit personality disorder ka apa?
            “Kau dengar tak ni?”
            Cinta yang sedang mengumpat dalam hati, tersentak. Dia berdehem kecil.
            “Dengar! Ha, kalau dah minta maaf, apa lagi. Baliklah!” kata Cinta pula seakan menghalau. Sebetulnya, dia memang tidak ingin berjumpa dengan lelaki itu lagi kalau boleh biarlah mereka tidak berjumpa lagi sampai ke penghujung dunia.
            “Wei… aku cakap baik-baik, balaslah baik-baik juga!” Ian berang dengan sikap Cinta.
            “Aku balas baik-baik pun, confirm lepas ni kau tetap akan buat benda yang sama. Orang macam kau takkan faham satu benda pun yang aku cakap. Nama ja orang kaya tapi tak beradad langsung!” jawab Cinta keras. Dia memeluk tubuh. Puas hatinya dapat meluahkan rasa sakit dihati.
            “Kau! Perempuan tak tahu menghargai! Kau dah  dikira bertuah sebab orang macam aku sanggup datang sini minta maaf dengan kau, tahu tak!” jawab Ian. Mementingkan martabat dirinya. Masing-masing mempertahankan ego sendiri.
Bagi Ian, dia ingin meminta maaf kerana sudah menuduh Cinta tanpa usul periksa. Tapi bagi Cinta, dia tidak ingin pun melihat Ian. Biarlah Ian tidak meminta maaf asalkan mereka tidak bertemu lagi.
            “Aku tak pernah suruh kau minta maaf dengan aku pun, yang kau terhegeh-hegeh nak minta maaf dengan aku, kenapa?” kata Cinta lagi, seakan mencabar keegoan Ian.
            “Kau! Arg!” Ian seakan menjerit. Inilah kali pertama dia berhadapan dengan perempuan keras hati seperti Cinta. Itu barulah dikatakan buku bertemu ruas. Sama-sama ego.
            “Tiada guna bercakap dengan kau!” dengus Ian lantas terus beredar bersama langkah yang laju. Lebih lama dia disitu, mungkin kepalanya akan meletup gara-gara menghadap sikap Cinta.
            Cinta hanya tersenyum puas melihat Ian beredar. Hmm…padan dengan muka kau, Mr. Millionaire!

 *********************************************************** 
p/s : tolong komen n3 kali ni ya...penatlah tuliS. Ada komen, tapi sikit...tak puas baca komen kawan2 semua. Kalau byk, at least 10 ka, ada juga semangat nak tulis byk2 bab :)
           


20 comments:

  1. Ian ni pun satu, nak ngorat cinta tp perangai macam hantu, jeles smp ckp mcm dia baik sgt...mcmnalah org nak jatuh cinta, ye tak....

    ReplyDelete
  2. Anon : first yang komen. thanks <3
    betul tu, perangai mengalahkan hantu sbnrnya..hehe

    ReplyDelete
  3. tak suka la dgn Zared tu..mudah sgt putus asa.. hopefully Ian dpt buat Zared mengaku depan nenek dia... and Ian patut ubah sikap dia dgn Cinta...
    I'll be waiting for the next en3.. (^__^

    ReplyDelete
  4. Ego gila la Ian ni... Cita ni best.... Da lama thine Ada n3 br...... Smbng cpt2ya.... Tq.....

    ReplyDelete
  5. Xnk la Ian lawn ngan ratna....xpn wat bg cinta terpaksa kawen ngan Ian...Haha.....Kawen paksa la plak....anyway,keep on going.....

    ReplyDelete
  6. zared ni patut prtahanknlah cinta die.. Ian ni klakar la..suka kt cinta tp slalu sakitkn ati cinta.ego btul, ckp jek la die suka kt cinta..

    ReplyDelete
  7. Ian suka dngn siape sbnarnya ekk? ratna or cinta? sye keliru arr..ape2x pun sambung lg ye dah lama tnggu n3 cter ni...

    ReplyDelete
  8. to ruby : Ian suka Cinta. Ratna dan Ian ada agenda tersendiri :)

    ReplyDelete
  9. hahahaaa,mmg skit jiwa mlayan mnusia cam Ian ni..hahahaaa!!

    ReplyDelete
  10. Ian n zared 2 adik beradik kn? huh..dua-dua wat prngai sndiri...

    ReplyDelete
  11. to Anon : Ian N Zared bukan adik-beradik, diorang sepupu :)

    ReplyDelete
  12. ego melangit tol si ian nie..
    xsabar nak tunggu next n3 masuk..

    ReplyDelete
  13. ala okie pendeknyer....
    nk lg....
    huk huk huk..

    ReplyDelete
  14. cinta patut nya merendahkan sedikit egonya kerana mamat poyo tu la merendahkan egonya. Beri peluang pada dirinya dan Ian untuk bekenalan .. tidak semua lelaki sama seperti bekas BF nya itu..Dan Ian sepatutnya memberi masa untuk cinta dan juga mengubah sikap nya yg panas baran dan sinis itu dan memberikan ruang pada cinta untuk mengenalinya dengan lebih dekat dengan tidak memaksa..

    ReplyDelete
  15. kerek seh ian tu...
    xtau la nk komen pa...
    just what i know, best!!
    tiap2 hari sya tgu smbungan...

    ReplyDelete
  16. to Anon #5 : tak apa, yang penting ada komen, itu sudah cukup <3

    ReplyDelete
  17. ok myb tkde yg terkesahkn supporting wtk..but i lurve humour that lialina had.lwklah..

    ReplyDelete
  18. halo, saya dr negeri tetangga... saya suka skali ceritanya.. b^^d cepat2 di-publish lagi ya lanjutannya..

    ReplyDelete
  19. hmm,,x bpe suke kisah cnte
    zared ngn ratna..zared tu mcm lembik sgt..
    ian tu ptt ubah sikap laah
    mnympah ngn sikap dye yg pntgkn status tuh..

    ReplyDelete
  20. makin susah ni, si ratna dh nk kawen ngan si ian..
    sian zared...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.