Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 January, 2012

11th Proposal : Something To Fight For


11th  Proposal : Something To Fight For

            CINTA dan Lialina sampai di pelabuhan dengan menaiki motorboat milik Alexander. Perjalanan hanya memakan masa 40 minit saja daripada pelabuhan peribadi milik keluarga Alexander, tepat jam 8 mereka sudahpun tiba. Cinta dan Lialina keluar dari motorboat itu.
            “Selamat datang!” ucap Alexander sambil mendepakan tangannya kearah rumah agam dibelakangnya.
            Cinta dan Lialina kagum melihat kebesaran rumah itu. Besarnya sama saja dengan White House Milik President US, Barack Obama. Lialina sudah menggeleng. Berapa kaya sebenarnya diorang ni? Macam keturunan raja pula!
            “Jomlah!” ajak Alexander sambil menghulurkan tangan kepada Cinta dan Lialin. Setelah mereka menjejakkan kaki ke tanah, mereka terus menuju ke rumah agam itu.
            “Alex, boleh tunjukkan mana dapur?” soal Cinta.
Alexander
            “Aik, baru sampai dah nak kerja? Tunggulah dulu, biar aku bawa kamu ke bilik dulu, lepas tu ronda-ronda sekitar kawasan. Apa macam?” Alexander memberi cadangan.
            Cinta kelihatan ragu-ragu. Tapi Lialina segera menyampuk.
            “Alah, Cin… bolehlah. Aku nak tangkap gambar lagi ni. Kau tak nampak pemandang pulau ni begitu cantik? Sah, kau memang tak mesra alam!” peril Lialina pula.
            Cinta mencebik. “Yalah, yalah! Tapi sekejap saja tau, kita datang sini bukan untuk bercuti!” bebel Cinta lalu mula melangkah.
            Thanks, Lia!” ucap Alexander.
            You owe me!” kata Lialina lantas mengejar langkah Cinta.

*****

            IAN berdiri dihadapan pintu Cake House itu. Tanda ‘CLOSE’ jelas terpampang dimatanya. Dia mengetuk-ngetuk hujung telefon bimbit ketapak tangannya. Takkan tak buka lagi? Selalunya, buka jam 8 ni dah jam 9. Bisik hati Ian. Dia kira mahu bersarapan di cafe itu, tapi tutup pula.
            “Hmm.. mungkin Carl tahu!” kata Ian lantas mendail nombor Carl. Satu-satunya kawan yang tahu dimana Cinta berada.
            Hello Carl. Kenapa cake house ni tutup? Cinta mana?” soalnya terus sebaik saja Carl menyambut panggilannya.
            “Wei, slow down men. Cinta tak kemana-mana, diorang cuti hari ni. Mungkin esok baru pulang,” jawab Carl.
            “Diorang cuti dimana?”
            Actually, bukan cuti. Tapi Cinta ada kerja out-station, jadi diorang perlu tutup kedai. Aku lupa mana tempatnya tapi dekat pulau sebelah selatan,”
            Ian mendengus. “Kau langsung tak membantu aku!” kata Ian pula apabila informasi yang Carl berikan itu satu pun tidak memberitahunya dimana keberadaan Cinta.
            “Kau ni, dah aku tolong kau, tak ucap thank you. Daripada aku tak bagitau kau apa-apa,” kata Carl seakan terasa hati dengan sikap Ian.
            “Yalah… sorry. Thanks!” ucapnya lalu memutuskan talian. Ian mengeluh nafas berat. Dia ingin sekali bertemu Cinta sebelum dia berangkat bersama Ratna tapi malang hasratnya itu tidak kesampaian.

            ZARED memandang telefon bimbitnya yang terletak diatas meja. Mesej yang baru saja dihantar oleh Ratna membuatkan hatinya menjadi tidak tentu arah. Tidak semena-mena, dia mencapai telefon itu lalu membaca semula mesej yang dihantar Ratna.

            Mungkin selepas hari ini, Nina takkan jadi milik Ayie lagi. Maafkan Nina sebab tak dapat kotakan janji kita dulu. Nina dan abang sepupu Ayie akan bertolak jam 10 pagi nanti. Kalau Ayie masih ada sedikit cinta untuk Nina, Ayie datang ke Omega Harbor.

Sender : My Future Wife

            Zared mengigit kuku ibu jari. Dia tersepit diantara dua. Nenek dan insan yang amat dicintainya. Mana satu yang menjadi pilihan hati? Dia buntu! Dia tidak boleh sesekali membelakangi permintaan neneknya itu.
            Zared menekan butang intercom dan memberitahu setiausahanya bahawa dia tidak ingin diganggu sepanjang hari itu. Dia juga meminta semua jadualnya dibatalkan. Dia tiada mood untuk berkerja.


            “KAU nak tunggu apa lagi, Ratna? Dia takkan datang!” suara Ian itu membuatkan dia terjaga dari lamunan, dia segera membuang pandangannya dari pintu utama.
            “Aku yakin dia pasti datang,” kata Ratna, tapi dalam hati keraguan mengisi setiap sudut hatinya.
            “Jangan nak pura-pura, aku rasa kau dah cukup kenal dengan Zared. Sekali dia cakap begitu, dia takkan ubah keputusannya,”
            Ratna diam. Perlahan-lahan tangisannya pecah. Teresak-esak dia menahan sendu. Ian pula yang terpinga-pinga. Dia jadi kaku apabila melihat gadis menangis dihadapannya.
            “Wei.. jangan nangislah!” marah Ian.
            “Kau ni, langsung tak gentleman! Kalau perempuan nangis bagilah tisu!” tempelek Ratna pula.
            Ian mencebik. Kenapa semua perempuan sama saja? Tapi kenapa Cinta tak macam Ratna? Hish, berhenti fikir pasal dia, Ian!
            “Aku tak bawa tisu, sapu tangan ada!” kata Ian lalu mengeluarkan sapu tanganya yang ada dalam poket vase disebelah kanan.
            “Thanks!” ucap Ratna lalu mengambil huluran itu.
            “Kita tunggu saja, Ratna. Yang penting kau dah hantar mesej tu, plan kita pasti akan berjalan dengan lancar,” kata Ian seakan menyedapkan hati Ratna.
            Ratna mengangguk sekali. “Jomlah!” Ratna terus bangkit lalu menuju ke kruiser kabin milik  Ian.

*****

            “SELAMAT datang, Encik Ian,” sambut seorang wanita berumur 40-an. Walaupun sudah meningkat tua masih lagi cantik dan anggun seperti Puan Masari. Ian membantu Ratna untuk naik. Wanita itu berjalan kearah mereka.
            “Saya kawan ibu kamu, nama saya Delilah,” wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Deliliah.
            “Saya Ratna, puan,” balas Ratna pula.
            “Bakal isteri Encik Ian, kan? Soal Puan Delilah, sekadar meminta kepastian.
            Ratna teragak-agak mengangguk.
            “Jomlah masuk. Saya bawa kamu ke bilik kamu,” Puan Delilah mempelawa mereka masuk ke dalam rumah agam itu.
            Selang beberapa minit, mereka sudah pun tiba dihadapan sebuah pintu. Puan Delilah membuka kunci itu dengan anak kunci yang ada ditangannya.
            “Sekejap, ini bilik untuk dua orang ka?” soal Ratna. Nadanya kedengaran cemas.
            Puan Delilah tersenyum. “Tak. Ini bilik Encik Ian. Bilik kamu sebelah saja,” jawabnya.
            Ratna mengurut dada. Takut betul dia jika tidur sebilik dengan Ian. Lagipun mereka belum kahwin.
            “Bongok!” maki Ian dalam keadaan berbisik lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
            Ratna mencebik. Mau saja dia memukul kepala Ian itu dengan tas tangannya tapi Ian sudah pun masuk. Ee…tak pernah keluar ayat-ayat yang baik dari mulut tu. Menyampah!
            “Ke sini, Cik Ratna,”  kata Puan Delilah sambil membuka pintu sebelah bilik Ian.
            “Kalau ada apa-apa yang kamu perlukan, tanya aja pekerja disini. Diorang akan terus datang kepada saya. Kalau kamu nak jalan tengok sekeliling, tak perlu minta kebenaran, ya?” kata Puan Delilah.
Ratna hanya mengangguk. Puan Delilah pun berlalu. Ratna masuk lalu menutup pintunya. Telefon bimbit terus disaluk dari dalam tas tangan. Kecewa dia melihat mesej yang dihantarnya kepada Zared tidak dibalas.
Ratna melabuh punggung dibangku disudut bilik mewah itu. Keanggunan bilik itu sama sekali tidak dapat menghilangkan kegusaran didalam hatinya. Kemudian dia bangkit, menuju ke katil. Baru saja dia ingin berbaring pintu biliknya sudah diketuk dari luar.
“Wei, keluarlah kau!” kedengaran suara Ian menyuruhnya keluar dari bilik. Ratna mendengus kasar. Nak suruh orang keluar pun macam samseng!
            “Malas!” balas Ratna. Lalu membuang tubuhnya ke katil. Ahh…selesa!
            “Malas? Ni, nenek aku nak datang, dia minta aku dan kau sambut dia,”
            Pantas Ratna terbangun semula. Dia segera berlari ke pintu untuk membukanya. Wajah macho Ian terpampang diwajahnya.        
            “Kan nenek kau tak datang?” riak muka Ratna benar-benar terkejut. Entah kenapa, dengar saja nenek Ian nak datang, dia menjadi kalut.
            Tiba-tiba tawa Ian meletus. Terdekah-dekah dia ketawa sampai pegang perut.
            Ratna sudah hentak kaki kiri. “Okey, Ian. Tak lawak!” marahnya.
            “Memang tak lawak. Tapi muka kau tadi betul-betul lawak. Macam monyet!” dia ketawa lagi.
            “Ian! Kau ni kan. Gila!” bentak Ratna lalu memeluk tubuh. Dia hanya memerhati ian ketawa sehinggalah lelaki itu berhenti sendiri. Betulkah muka aku macam monyet tadi?  Dia berfikir sendiri.
            “Dah la tu.. betul ka nenek nak datang?” soal Ratna.
            “Okey, okey.. nenek aku memang nak datang, monyet!” dan dia ketawa lagi.
            Ratna sudah ketap bibir. Apa dah jadi dengan dia ni? Dah gila sebab terkejut nenek dia nak datang sini?
            “Otak kau dah sewel ka apa? Kau terkejut sangat nenek nak datang sini? Gila!” balas Ratna.
            Serta-merta senyuman dibibir Ian mati. Dia berdiri tegak. “Kau cakap baik sikit, eh!” nadanya berbuah mendatar. Dia kini sudah menjadi Ian semula. Yang bongkak, sombong dan angkuh.
            Ratna angkat kening. “Kau yang mulakan dulu! Dahlah… aku malas nak layan kau, aku cakap sikit aja kau dah melenting,” rungut Ratna.
            Ian hanya berdehem. Dia pun berlalu.
            Ratna tersenyum nipis. Itulah kali pertama dia melihat Ian ketawa. Kalau difikirkan balik, dia ni bukannya jahat sangat. Malah Ian baik orangnya.
            “Ian, tunggu!” Ratna seakan menjerit. Dia pun mengejar langkah Ian.

*****

            “LIA, cukuplah tu. Kita balik!” kata Cinta seakan menjerit kearah Lialina yang tidak henti-henti menangkap gambar. Gambar yang ditangkap pun entah apa-apa entah. Yang Cinta nampak, kawannya itu asyik mengambil gambar akar pokok saja. Inilah kalau orang yang terlalu berjiwa artistik!
            “Kejaplah. 3 klip lagi!” laung Lialina pula.
            Cinta sudah mendengus. Dia memandang ke belakang, rumah agam milik keluarga Alexander tidak jauh daripada tempat mereka.
            “Kalau begitu, aku pulang sendirilah!” kata Cinta lagi, seakan merajuk. Sebenarnya dia tidak suka bermain-main waktu dia sedang berkerja. Nanti apa pula pekerja lain cakap. Curi tulang, ambil kesempatan? Panggilan itu bertul-betul menakutkan bagi dia.
            Melihat Lialina tidak memberi sebarang respon, dia pun melangkah meninggalkan temannya itu sendiri menuju ke pantai.
            Untuk sampai ke rumah agam itu, dia perlu melalui pantai sehingga ke pelabuhan. Selepas itu dia perlu naik tangga untuk tiba dia pintu utama rumah agam. Tetapi baru saja dia naik ke pelabuhan, dia ternampak seseorang yang dikenalinya.
            Terbeliak matanya melihat Ian sedang berjalan menuju kearahnya. Cepat-cepat dia turun dari pelabuhan dan bertapuk dibawahnya. Dia terpaksa terjun ke dalam laut yang hanya sedalam paras lutut.
            “Lelaki bongkak tu? Macam mana dia boleh berada disini?” soalnya sendiri.
            “Ian, tunggulah!”
            Cinta terkejut. Suara perempuan? Dia terus mendongkak, mengintai dicelah-celah ruang kecil kayu itu. Dia tidak dapat melihat wajah perempuan itu dengan jelas.
            “Lembap la kau ni!” marah Ian.
            Ratna sekadar mencebik. Malas dia hendak melawan Ian. Ada saja yang dijawabnya.
            “Ha, tu pun nenek!” kata Ian, suaranya kedengaran ceria.
            Cinta memandang kearah laut. Sebuah cruiser besar sedang menuju ke pelabuhan itu. Segera Cinta bertapuk disebalik tiang konkrit yang besar itu. Nasib baik tubuhnya itu kecil. Setelah cruiser itu berhenti, kelihatan seorang nenek keluar dari dalam. Nenek itu naik dengan bantuan seorang pekerja kapal tersebut.
            “Kenapa nenek datang sini? Bukan nenek tak nak pergi sini?” soal Ian, memberanikan diri bertanya tentang hal itu.
            “Kamu ni, Ian. Sepatutnya kau patut gembira nenek datang. Bukannya macam nak menghalau nenek saja,” kata Martha seakan terginggung dengan soalan Ian itu.
            “Bukan begitu nek, Ian ni cuma risau dengan kesihatan nenek. Sebab tu lah dia tanya,” kata Ratna. Nasib baik dia ada untuk membantu Ian.
            Cinta dia bawa, diam. Memasang telinga. Terpaksa. Kalau dia lari, mesti Ian akan nampak dia. Terpaksalah dia tunggu sehinggalah mereka masuk ke dalam.
            “Baik betul bakal isteri Ian ni. Ini yang buat nenek nak tengok kamu kahwin cepat-cepat ni,” kata Martha sambil mengusap pipi Ratna.
            Ratna hanya tersenyum.
            “Ish, nenek ni. Lama lagi la,” celah Ian. Memang dia tidak suka jika isu perkahwinan dibangkitkan. Dia bukannya suka dengan Ratna.
            “Yalah… bawa nenek masuk. Lenguh kaki nenek berdiri disini,” kata Martha.
            Ratna dan Ian serentak memegang tangannya untuk memapah dia naik tangga.
            Cinta dibawah sudah pun tercangan. “Lelaki bongkak itu akan berkahwin?” tuturnya tidak percaya.

 ************************************************ 
P/s : enjoy reading <3 jangan lupa komen tau :)
           

8 comments:

  1. wah!! Ian ka yg kna kawen ngn Ratna?
    xmo la...
    bia la Ratna dgn Zared. Ian ngn Cinta... :)

    ReplyDelete
  2. adeh...
    bila la si ian nk buang ego dia n bgtau kat cinta yg dia cintakan CINTA...
    susah btl la org yg terlebih ego nie...
    eeee...
    geram lak

    ReplyDelete
  3. dot know why tp cye rse cm entry nie plain....sorry sgt coz being such honest...sorry again....

    ReplyDelete
  4. Anon #2 : tak apa saya faham.semua cerita ada susut naik dia :) thanks sbb tetap sudi baca n beri komen :)

    ReplyDelete
  5. x maw arr IAN kawen dngn ratna...pleaseee2x...

    ReplyDelete
  6. nexttttttttttttt....huhu bestttttttt

    ReplyDelete
  7. hihiiii,sorg tu ego nak mampos..sorg lg bengap tahap gaban-mmg canteeek sgt!!..next yea.

    ReplyDelete
  8. ian ni.. mengaku je arr yg dia suka cinta,, adoii

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.