Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 January, 2012

12th Proposal : Rules Are Meant To Be Broken.


12th Proposal : Rules Are Meant To Be Broken.  


            TEPAT jam 9 malam. Pertunangan adik Alexander dan pasanganya sudah selamat dilangsungkan. Kini tetamu sudah pun berarak ke ruang makan. Cinta hanya menjengku dari luar ball room. Sekadar memerhati bagaimana reaksi mereka merasa pencuci mulut yang dia sediakan itu. Takut juga dia kalau hasil tangannya itu tidak memuaskan, terutamanya Puan Delilah. Ibu Alexander. Kalau tak, mesti dia cari siapa yang buat semua tu. Yang kena, aku juga!
            “Wei, kau kenapa Cin? Macam cacing kepanasan aja aku tengok!” terjah Lialina yang tiba-tiba muncul dari belakangnya.
Cinta mengusap dadanya dek terkejut. Kawannya itu memang suka serbu orang. Nasib baiklah orang ni kuat jantung.
            “Kau ni, kalau tak serbu orang macam tu, tak boleh?” tempelek Cinta. Geram.
            Lialina hanya tersengih. “Relax la, Cin. Setiap makan yang kau buat, mesti diorang suka. Macam magik,” puji Lialina.           
            “Aku takut ni kalau tetamu tak suka. Terutamanya mama Alex,” kata Cinta, gabra.
            “Kau ni. Kau dah takda kaitan dengan diorangkan, buat apa nak takut?”
            “Memanglah… tapi kau tahulah kalau mama Alex tu. Semua mesti perfect!” jawab Cinta lalu mula melangkah, ingin kembali ke dapur. Lialina membuntutui.
            “Percayalah, Cin. Hasil tangan kau sentiasa menepati cita rasa diorang,” kata Lialina lalu memaut bahu Cinta. Mereka pun berjalan seiringan menuju ke dapur.

            IAN mendepakan tangannya dihadapan laut yang luas terbentang itu. Dia biarkan bayu malam menyapa tubuhnya. Saat dia menutup rapat matanya, wajah Cinta tiba-tiba muncul dalam bayangannya. Pantas dia membuka mata.
            Dia mendengus. Kenapa asyik muka kau saja yang keluar, huh? Kau ingat kau tu cantik sangat nak tayang muka kau pada aku? Hish! Ian menendang pasir dipantai. Tujuan dia keluar dari ball room itu adalah untuk menenangkan fikirannya, tapi bertambah kusut pula jadinya.
            Seketika memandang laut, dia mancaluk poketnya untuk mengambil telefon bimbit lalu mendail nombor Carl. Sesaat kemudian, panggilannya disambut.
            Hello,” sambut Ian lemah.
            “Aik, macam orang kebuluran ja aku dengar. Kenapa ni?” soal Carl.
            “Taklah. Aku nak tanya, kau ada nombor telefon Cinta?”
            Kedengaran gelak tawa Carl dicorong telefon bimbitnya. Ian sudah mencebik bibir.
            “Wei!”
            Sorry, sorry… tapi bukankah kau dah hancurkan telefon bimbit dia? Ka kau lupa?”  kata Carl seakan memerli Ian.
            Ian mengangguk tanpa sedar. Mungkin baru teringat yang dia sendiri yang melempar telefon bimbit Cinta ke dididing konkrit. “Yalah,” katanya lantas mematikan telefon bimbit. Telefon itu dimasukkan semula dalam poket.
            Dia melangkah menyusuri pantai. Sesekali dia bermain air laut yang naik di kakinya. Dia mengeluh kecil. Dia memandang ke langit. Bulan yang terang lagi kembang itu ditenung. Sekali lagi wajah Cinta terpampang dalam cahaya bulan itu. Ian tersenyum. Perlahan-lahan tangannya naik ingin menyentuh wajah itu tapi ia hilang serta-merta membuatkan Ian tergapai-gapai.
            Dia mengeleng. Aku ni dah gila bayang, kah? Dia meraup mukanya. Dia pun berpaling ingin pulang ke rumah agam itu. Tiba-tiba matanya tertangkap sesusuk tubuh sedang berdiri di pelabuhan sambil merenung bulan. Dia mendekati.
            Makin lama dia mengamati wajah itu, dia semakin jelas siapa pemilik tubuh itu. Dan tiba-tiba…
            “Cinta!” ian seakan tidak percaya dengan apa yang ada didepan matanya. Jauh disudut hati, dia menginginkan Cinta hadir depan matanya dan betul, hajatnya itu terkambul. Cinta betul-betul ada dihadapanya. Dia pasti itu bukan mimpi.
           

            SELEPAS memberitahu Lialina yang dia ingin mengambil angin sekejap, dia terus keluar. Penat dia berhadapan dengan buah-buahan, tepung dan telur segala. Badannya itu sudah berbau makanan Tapi dia seronok buat semua itu. Sejak kecil dia sudah biasa dengan bau haruman makanan, itulah satu-satunya tanda yang diri bapanya masih ada dalam hatinya.
            Cinta berhenti ditengah-tengah pelabuhan. Kepala didongak ke langit. Mata merenung bulan. Dia tersenyum. Wajah papanya terpampang diatas bulan.  Tita rindu papa! Bisik Cinta perlahan.
            “Cinta!”
            Tiba-tiba senyumannya lesap selepas mendengar namanya dilaungkan. Segera dia memandang ke bawah. Dahinya berkerut. Dia mengosok-gosok matanya. Tidak percaya melihat Ian ada dihadapannya sekarang. Ini bukan mimpi, kan?
            Ian terus berlari menuju ke tempatnya. Cinta terpinga-pinga sebentar, dia terus berlari masuk ke dalam rumah agam. Langkah Ian terhenti. Dahinya berkerut menandakan yang dia marah.
            “Kau nak lari dari aku, ya? Kita tengok sampai bila kau boleh melarikan diri!” putus Ian lalu menyambung lariannya. 

*****

            RATNA keluar dari ball room. Dia dalam dia tercari-cari kelibat Ian, tapi tiada jadi dia mengambil keputusan untuk mencarinya diluar. Dia berhenti apabila tiba dia simpang 4 koridor. Sesaat berfikir, memilih jalan ke timur iaitu jalan ke tandas.
            Ratna mengerut kening sebaik berasa sesuatu yang aneh dibelakangnya, seolah-olah ada seseorang yang sedang memperhatikannya dari jauh. Ratna menjeling ke belakang. Seorang lelaki tinggi memakai mask dan topi sedang mengekorinya. Ratna menelan liur. Janganlah lelaki ini berniat sesuatu yang tidak baik pada aku! Aku belum kahwin dengan Ayie lagi!
            Tidak semena-mena, mulut Ratna ditekup dengan kain putih. Ratna meronta tetapi kudrat wanitanya tidak dapat melawan orang itu. Dia menjerit meminta tolong tapi suaranya tidak kedengaran. Orang itu membawa Ratna masuk ke dalam tandas.
            Ratna meronta lagi sehinggalah topi lelaki itu terbuka dari kepalanya. Orang itu segera melepaskan Ratna. Ratna tidak buang masa, dia terus berlari cuba meninggalkan tempat itu tapi sebaik saja dia terdengar namanya dipanggil, langkahnya mati serta-merta.
            “Ini Ayie,” ujar Zared lembut. Mask yang menutupi wajahnya dibuka.
            Ratna menoleh. Air matanya sudah bergenang. Begitu kuat penangan Zared sehinggakan mendengar saja suaranya, Ratna sudah pun menitiskan air mata.
            “Ayie datang bawa Nina?” soalnya.  
            “Tentulah… Nina milik Ayie,” Zared tersenyum manis. Dia mendekati Ratna. Menyapu air mata yang menitis itu.
            “Sepatutnya Nina gembira jumpa Ayie, ni menangis pula,” kata Zared.
            Tangisan Ratna menjadi kuat. “Sebab Ayie jahat. Nina ingat Ayie dah taknak Nina lagi,”
            Zared terus meraih tubuh gadis itu. Diusap belakangnya agar berhenti menangis. “Ayie sedar, selama 4 tahun kita bercinta, ini adalah dugaan yang paling besar kita pernah tempuhi dan Ayie sudah mengalah sebelum kita berjuang. Ayie bodoh sebab membiarkan Nina berjuang seorang diri. Maafkan Ayie,” pinta Zared.
            “Tak apa, yang penting Ayie datang!” Ratna membalas pelukan Zared itu.
            “Kita lari dari sini, ya?” cadang Ratna, dia mengangguk-angguk beriya-iya agar Zared bersetuju dengannya ya.
            Zared meraih tangan Ratna. “Kita lari dari sini!”
            Tidak semena-mena pintu tandas itu dirempuh dari luar. Seorang gadis masuk dengan kelam-kabut. Ratna dan Zared yang terkejut baik nak rak sudah berundur setapak, takut juga jika gadis itu adalah orang gila. Tidak jadi mereka keluar dari tandas.
            Cinta tercungap-cungap menutup pintu. Dia menyandarikan dahinya ke pintu bilik tandas. Langsung tidak tersedar yang bukan dia saja yang menghuni tandas itu.
            Cinta menoleh. “Oo..mak aku cantik!” serentak itu dia melatah sebaik saja ternampak dua susuk tubuh manusia  sedang berdiri dihadapannya. Dia mengurut dada.
            “Cik tak apa-apa?” soal Ratna.
            Cinta menggeleng lalu menuju ke sinki.
            “Bukankah ini tandas perempuan?” dalam keadaannya yang cemas itu, dia masih lagi dengan peraturan awam.
            Ratna dan Zared hanya berpandangan. Ratna terus memberi isyarat pada Zared agar mereka keluar dari tandas. Zared mengangguk. Topi yang terjatuh atas lantai dipungut sebelum melangkah keluar.
            “Eh, encik!” panggil Cinta.
            Zared dan Ratna serentak berpaling.
            “Boleh pinjamkan saya topi tu?” katanya.

*****

            “MANA dia pergi ni? Takkan cepat tu dia hilang?” rengus Ian sambil kepalanya melilau dikiri kanan. Dia tidak mencuba mencari di ball room, kerana melihat pakaian Cinta tadi ia tidak sesuai untuk majlis pertunangan. 
            Tiba-tiba dia berselisih dengan seseorang, hampir belangar bahu mereka. Suara orang itu garau menyatakan maaf. Ian tidak membalas, dia meneruskan pencariannya.
            Orang yang bertopi itu memandang ke belakang setelah dia jauh daripada Ian. Cinta mengeluh lega. Nasib baik! Dia segera mempercepatkan langkahnya, takut Ian akan kembali berjalan kearah itu. Cinta kembali ke dapur, dia ingin mengemas barang-barang yang ada dibawanya kemudian dia akan pulang malam itu juga.
            “Itupun dia!”
            Sebaik saja dia menapak dalam dapur, sudah kedengaran suara orang melaung. Cinta pelik kerana semua pekerja dapur dan juga chef-chef yang bertugas berkumpul satu tempat, mengerumuni seseorang.
            Seakan ada batu besar yang menghempap kepala Cinta matanya bertembung dengan Puan Delilah sesaat wanita itu berpaling ke belakang. Dia menelan liur. Melihat saja wajah itu membuatkan dia terus kaku keras.
            “Ke sini kamu!” arah Puan Delilah sambil menghayun satu jari kearah Cinta.
            Perlahan-lahan Cinta melangkah. “Puan,” ujar Cinta lalu tunduk hormat.
            Pang! Tidak semena-mena, pipi dilempang. Cinta terkesima, dia betul-betul tidak jangka bahawa satu tamparan akan hinggap dipipinya. Dia mengangkat kepala memandang tepat ke wajah Puan Delilah.
            “Aku tak sangka kau boleh muncul disini perempuan. Aku ingat lepas apa yang sudah berlaku akan membuatkan kau serik, rupanya tidak!” kata Puan Delilah tidak mengendahkan pandangan orang lain.
            “Puan jangan salah faham. Saya disini atas urusan kerja,” walaupun pipinya pedih, hatinya sakit dimakukan begitu, Cinta masih lagi mampu menenangkan dirinya.
            “Bohong! Perempuan miskin macam kau ni memang tebal muka. Aku tahu kenapa kau datang sini, sebab anak aku bawa kau kesini, bukan? Aku tak faham, apa sangat yang ada dalam diri kau ni sampai anak aku tergila-gilakan kau? Kau bukannya ada-ada pun!”
            Cinta sudah menutup rapat matanya. Dia lebih rela menutup mata daripada menutup telinga mendengar segala cacian yang dilemparkan kepadanya.
            “Kenapa puan benci sangat dengan saya? Saya cuma cintakan anak puan, saya rasa itu tidak…”
            Zuss! Kali ini bukan penampar yang melayang tapi, buah-buahan yang sudah dihiris disimbar kepadanya. Habis rambutnya itu dicemari dengan buah-buahan tersebut.
“Jangan kau sebut perkataan itu depan aku! Kau tidak layak untuk mencintai anak aku!”
            Cinta mengetap bibir. “Biar pun puan menampar aku seribu kali, aku tetap akan mengatakan yang aku cintakan Alexander!”
            “Kau!” jerit Puan Delilah, dia sudah mengangkat tangan.
            Cinta menutup mata, menunggu tangan itu melayang kearahnya tetapi beberapa saat berlalu, yang terasa hanyalah tiupan angin. Dia membuka mata. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah Ian terpampang didepannya.
            “Encik Ian?” kata Puan Delilah, terkejut.
            Tetapi Cinta pula tidak dapat berkata apa-apa. Ian melepaskan tangan Puan Delilah.
            “Jangan kau berani sentuh dia lagi! Tidak cukupkah kau dah buat dia begini?”
            Tersentak Puan Delilah mendengar kata-kata Ian yang kurang menyenangkan itu.
            “Encik Ian bela dia? Tapi dia ni….”
            “Jangan kau sebut perkataan itu! hanya aku yang layak menyebutnya!” pintas Ian lalu mencapai pergelangan tangan Cinta dan mengheretnya keluar daripada dapur itu.
            Puan Delilah terkebil-kebil melihat Ian membawa Cinta lari daripada genggamannya
           

12 comments:

  1. maaf la kalau tya.. ermm bila amasa lak cinta tu suka kat alexander?? dan..zared!! cepat bawa ratna lari!!!

    ReplyDelete
  2. nak tanya pun minta maaf..norma ni...hehe...okey, Alex tu X-boyfriend Cinta, mst la Cinta masih suka n sayang dgn dia, kan?

    ReplyDelete
  3. Ian dj hero pnyelamat cinta ekk.so sweet nk lg-nk lg cpt sambung.

    ReplyDelete
  4. alahai..kesian chinta..kemiskinan nya dihina sebegitu rupa..adakah alexander dah hilang akal ke yg menyuruh chinta dtg kesitu.. tanpa pengetahuan ibunya Puan Delilah tu..
    Akak harap Ian dapat menyayangi Chinta dgn ikhlas walaupun ada tentangan dari nenek dan ibunya..Harap Ratna dan Zared berkawen..kerana mereka mmg ditakdirkan bersama..

    ReplyDelete
  5. Makin panas....best sesgt...nak lg n3;)

    ReplyDelete
  6. yeah..akhirnyerr zared dah bertindak...good job for Ian..love it.. (^__^)

    ReplyDelete
  7. owhh..betol ek??lupa kot..heheheheee

    #sy mntak maaf sbb takot okie menangis sorg2..akakakakss

    ReplyDelete
  8. so sweet..... nak lg.. bila ian dan cinta nak nak bercinta nie.. xsbar nak bace ian lentok kat cinta..
    hahahahaha.......

    ReplyDelete
  9. hi Okie..skrg sofi tgh layan citer love never dies(thai lakorn) kat youtube...tau sapa pelakon nya kan...klu tgk mesti terbayang Ian dan Cinta...hehe...bilalah ego Ian nak hilang...mudahan Ayie sempat lari dgn Nina...biarlah semua tau diaorg saling mencintai...x sbr tgu next n3, nanti update FLK lagi k...lama tgu ni...

    ReplyDelete
  10. to sofi : dekat YT? awak tahu bhs Thai? saya blum tengok, sbb kt YT xda hardsub T.T..jgn risau ego Ian akan pelan2 hilang, kita tunggu aja. Utk FLK tengah cari mood... kalau dah ada nanti saya karang n post..hehe

    ReplyDelete
  11. OOkie...klu nak tgk citer tu ada sub, pegi bukak website www.viki.com then type Love Never Dies kat kotak search...tgk dari sana, mmg ada sub, baru faham, best citer tu... :) sofi tgk kat youtube pun x faham, so bukak website tu baru dapat faham the whole story, cubalah k...

    ReplyDelete
  12. x suke laa ble cinta still ske kt alex
    lg laa sush ian nk tackle cinta nty..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.