Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

23 January, 2012

13th Proposal : When It Started?


13th Proposal : When It Started?

            IAN mematikan langkahnya sebaik saja mereka tiba dihujung pelabuhan. Dia mencekak pingang. Dia melihat Cinta yang hanya mendiamkan diri.
            “Aku tak faham betul? Kenapa kau tak melawan? Kau biarkan saja perempuan tua tu buat kau? Kalau aku, kau mati-mati lawan. Apa bodoh kau ni?” bentak Ian bertubi-tubi. Panas hatinya melihat sikap Cinta.
            Cinta tidak menjawab, cuma dia sedikit terkejut apabila ditengking begitu.
            “Huh, kenapa tak jawab? Bisu? Atau pekak sebab dengar makian perempuan tua tu?” marah Ian lagi. Hatinya betul-betul terbakar menyaksikan kejadian dalam dapur itu.  Dia bukan marah kerana Puan Delilah sudah memaki hamun Cinta dikhalayak ramai, dia marah kerana sikap Cinta yang tidak melawan itu.
            Cinta terus memandang Ian, tajam matanya menikam anak mata Ian. Dia terus berpaling, lebih baik dia pulang ke dalam daripada terus-terusan ditengking begitu. Tapi langkahnya terbantut apabila Ian tiba-tiba menarik tangannya.
            “Kau nak pergi mana? Kau dah takda tempat disana lagi,” kata Ian.
            “Lepaskan tangan aku!” Cinta menarik tangannya tapi Ian enggan melepaskan.
            “Aku takkan lepaskan. Kau ikut aku!” jawab Ian lantas menarik Cinta menuju ke kruisernya.
            “Kau nak bawa aku ke mana?” soal Cinta. Dia tahu mereka sedang menuju ke cruiser, tapi hari sudah malam. Mereka hendak ke mana?
            “Jangan banyak soal!” tempelek Ian. Dia menolak tubuh Cinta agar turun ke cruiser.
            “Kita nak ke mana ni?” soal Cinta yang sudah mulai panik melihat Ian menghidupkan enjin kruiser.
            “Aku hantar kau pulang. Mana ada rumah lagi dekat sini selain rumah besar tu,” jawab Ian. Setelah enginnya hidup, dia bangkit menuju ke stering.  Kapal itu mula bergerak.
            Cinta hanya memandang rumah besar itu yang semakin kecil dipandangan matanya. Perlahan-lahan Cinta melabuh punggung dikerusi berhadapan dengan Ian. Dia merenung lantai.
“Perempuan miskin macam kau ni memang tebal muka. Aku tahu kenapa kau datang sini, sebab anak aku bawa kau kesini, bukan? Aku tak faham, apa sangat yang ada dalam diri kau ni sampai anak aku tergila-gilakan kau? Kau bukannya ada-ada pun!”
            Suara Puan Delilah kembali terngia-ngia ditelinganya. Puas dia mencuba untuk melupakan kata-kata kesat itu, tapi otaknssya seakan sukar untuk memproses. Cinta meraup mukanya.
            Ian disebelah Cinta sudah memandang kearahnya.
            “Aku tak faham betul. Lelaki macam Alexander tu pun kau boleh suka? Lelaki pengecut macam dia tidak layak untuk ditangisi,”
            Cinta mengeluh berat. Rupanya sama saja keadaannya. Dia baru keluar dari mulut singa, masuk mulut buaya!
            “Encik, kau tak layak cakap Alex begitu. Dia tidak bersalah dalam hal ni,” balas Cinta.
“Huh, tengok! Aku, kau lawan. Diorang, kau biarkan saja kepala kau dipijak. Tolonglah jangan jadi macam heroin dalam drama-drama tu. Baik macam malaikat konon!” bebel Ian.
Cinta sudah mengerut kening, dia tidak tahu apa sebenarnya yang membuatkan lelaki itu marah kepadanya.
            “Eh… aku malaslah bercakap dengan kau!” Cinta terus bangkit masuk ke dalam. Daripada menghadap Ian yang membebel macam mama-mama itu.
            Ian mendengus. “Orang cakap sikit, marah! Marahlah!” bentak Ian.
            Cinta yang sudah ada didalam hanya menjeleng ke luar. Dia meneruskan langkah menuju ke katil.
            “Epp! Jangan duduk atas katil tu!”
            Cinta yang baru saja ingin merendahkan punggung, terus menegakkan badannya. Dia mengerut kening. Ada CCTV ka dalam kapal ni?
            “Habis tu aku nak duduk mana?” laung Cinta.
            Kedengaran derap langkah Ian sedang menuju masuk. Ian berdiri dihadapan pintu, lalu memeluk tubuh.
            “Kau nak duduk dengan badan kau yang kotor tu? No way!” kata Ian.
            Cinta memandang rambutnya, baru dia teringat yang dia disembur dengan buah-buahan tadi. Dia mencebik kecil. Terus melangkah ingin keluar. Kalau dah tidak disuruh itu, baik dia duduk diluar saja.
            Ian menghalang laluannya.
            “Apa lagi?” tempelek Cinta.
            “Kalau kau nak rehat, bersihkan badan kau dulu. Tu, ada kamar mandi!” kata Ian sambil memuncungkan bibirnya ke arah pintu disudut cruiser. Nampaknya cruiser itu betul-betul mewah sehingga semua kelengkapan tersedia.
            Tanpa berkata apa-apa, Cinta terus melangkah ke pintu itu. Cinta berhenti sekejap. Macam mana dia nak bersihkan badan kalau dia tiada baju pengganti. Dia berpaling semula ke belakang.
            “Aku tiada baju ganti,”
            Ian tidak menjawab melainkan menuju ke kabin kecil, lalu membuka penutup kabin tersebut. Sehelai baju dan seluar kerjanya dikeluarkan, lalu diletakkan atas tilam.
            “Kau boleh guna baju aku,”
            “Kau ada baju kerja disini?” soal Cinta pelik. Selalunya, orang kalau pakaian kerja mesti disimpan didalam rumah. Tapi Ian, seperti cruiser ini sudah menjadi tempat tinggalnya.
            “Em,” jawabnya ringkas.
            Cinta hanya mengangguk lantas menoleh.
            “Bersihkan badan kau betul-betul, kalau tidak biar aku yang bersihkan,” kata Ian sambil mengenyit nakal kearah Cinta.
            Kening Cinta bertembung. “Miang!” katanya separuh menjerit lantas terus masuk ke dalam tandas.
            Ian hanya tersenyum. Dia kembali memegang string.

            SETELAH sepuluh minit dalam kamar mandi, dia pun keluar. Tubuhnya sudah dilengkapi dengan pakaian kerja Ian. Kedua-dua hujung seluar dilipat sehingga ke lutut. Lengan baju itu pula dilipat tidak melebihi paras siku. Cinta dalam baju kameja Ian seperti budak kecil yang memakai baju bapanya. Besar sangat, sedangkan tubuh Ian tidaklah besar macam gorilla. Sederhana saja.
            Cinta meletakkan baju asalnya berhampiran katil. Dia pun menuju ke dapur. Dia tersenyum-senyum memerhati kemewahan dalam kapal itu. Patutlah dia berlagak sangat dengan kekayaan dia, dia memang kaya. Bisiknya dalam hati.
            Dia pun memanaskan air. Untuk membuatkan Ian segelas kopi panas. Dia tersenyum nipis. Sejahat-jahat Ian, dia juga berhak untuk mendapatkan ucapan terima kasih.  Sesungguhnya, dia sangat bersyukur kerana ada Ian untuk membawanya keluar dari ball room itu.
            Beberapa minit kemudian, air sudah pun mendidih. Cepat kerana dia memanaskan menggunakan heater. Dia pun membancuh kopi. Segelas untuknya dan segelas untuk Ian. Usai membuat kopi, dia pun membawa keluar.
            “Nah,” Cinta menghulurkan segelas kopi itu kepada Ian.
            Lambat-lambat Ian menyambut gelas itu. Mungkin tidak percaya yang Cinta akan berbaik hati membuatkan dia air kopi.
            “Thank you,” ucapnya lalu meniup-niup air kopi tersebut.
            Cinta duduk. Dia juga menikmati air kopi buatannya.
            “Thanks, sebab tolong saya tadi,” ucap Cinta.
            “Sekarang baru nak ucap ‘thank you’?” peril Ian.
            Cinta mengetap bibir. Orang dah cakap baik-baik, dia masih lagi dengan angkuh dia!
            “Sama-sama,” sambut Ian pula, bersahaja.
            Kemudian mereka kembali senyap. Masing-masing dengan kerja sendiri.
            “Kenapa kau tak melawan?”
            Cinta yang sedang merenung air kopi terus menangkap kepala. Lambat-lambat dia menjawab soalan Ian.
            “Sebab, dia tu mama Alex. Aku tak boleh memalukan dia depan umum, aku tak boleh lawan dia. Aku tiada kekuatan,”
            Ian sudah mengetap bibir. Jawapan Cinta itu betul-betul mencabar keegoannya. Cinta tidak melawan kerana wanita itu ibu kepada bekas teman lelakinya? Dia menggelengkan kepala.
            “Jadi, maksud kau cakap begitu kamu masih sayangkan Alex?”
            “Sayang aku pada dia tidak pernah hilang, dan tidak mungkin akan hilang,”
            “Walaupun akan ada yang menggantikan dia?”
            “Walaupun akan ada, aku tidak mungkin akan mencintai dia seperti mana aku mencintai Alex,”
            Tidak semena-mena, Ian terus bangkit lalu membuang air kopi itu ke dalam laut.
            “Pahit!” katanya lantas masuk ke dalam.
            Cinta terpinga-pinga melihat sikap Ian. Dia sudah mengaru kepalanya. Manusia pelik! Bisik hati Cinta.

*****

            “AYIE, kita berhenti sekejap?” pinta Ratna. Dia memegang perutnya yang berkeroncong. Di majlis itu dia tidak selera untuk makan. Bila bertemu dengan Zared, perutnya tiba-tiba lapar pula.
            “Lebih baik kita menginap terus, Ayie pun dah letih ni,” cadang Zared pula.
            Ratna hanya mengangguk menurut. Zared terus memacu kenderaannya, apabila tiba dia hadapan Empress Hotel dia pun memakir keretanya. Seorang ball boy datang membantu Zared menyimpan keretanya. Ratna dan Zared beriringan masuk ke dalam hotel.  
            Restoran itali menjadi pilihan mereka. Setelah siap memesan, Ratna meminta diri untuk pergi ke tandas.
            Zared mengetuk-ngetuk jari telunjuknya ke meja. Sambil menunggu pesanan mereka sampai, sambil itu dia menunggu Ratna balik dari tandas.
            “Ayie?”
            Zared terus berpaling sebaik saja ada suara yang memanggil nama panggilannya. Matanya terbuntang melihat pasangan yang dalam lingkungan 40-an itu. Dia terus berdiri dan tunduk hormat.  
            “Apa mama dan papa buat dekat sini?” soal Zared sambil terjeling-jeling ke belakang ibu bapanya takut kalau-kalau Ratna tiba-tiba muncul, pecah rahsia mereka.
            Tuan Ebert dan Puan Sunita melangkah kearahnya lalu duduk dimeja itu.
            “Papa dan mama datang sini nak makan. Ayie pula buat apa?” soal Puan Sunita.
            “Err.. nak makan juga,” jawabnya tergagap-gagap.
            “Dengan pakaian begitu?” soal Tuan Ebert pula.
            Zared melihat pakaiannya yang hanya berseluar jeans dan baju T-shirt itu.
            “Rasanya takda salahkan makan malam dengan pakaian begini?”
            “But, it’s not appropriate, Ayie. Jangan pakai baju begitu lagi kalau datang makan malam kat restoran macam ni,” tegur Puan Sunita.
            Zared hanya tersenyum kelat lantas mengangguk. Sejak kecil dia diajar untuk berpakaian kemas. Ke mana-mana saja dia pergi, dia sudah dibiasakan memakai pakaian koporat. Baju yang sedang dipakainya itu pun hanya dibeli di pasar saja, kerana tergesa-gesa pergi ke pulau itu.
            “Baik, ma,” jawab Zared.
            “Hm… Ayie seorang saja?” soal Tuan Ebert.
            “Emm, ya. Ayie seorang saja,”
            “Kalau begitu, kita makan sama-sama,” cadang Puan Sunita.
            Zared terpinga. Tiba-tiba, pesanan yang diminta Zared sudah pun sampai. Wajah Puan Sunitad an Tuan Ebert menjadi pelik melihat pesanan yang banyak itu. Zared sudah menelan liur.
            “Ayie pesan begini banyak? Boleh habiskah?”
            Lambat-lambat Zared menjawab. “Boleh ma, Ayie lapar!” katanya sambil berpura-pura mengusap perut.
            “Hmm… ada-ada saja kamu ni, Ayie,”
            Zared tersenyum kelat. “Pa, ma, Ayie nak ke tandas sekejap,” Zared terus berdiri dan melangkah tanpa sempat ibu bapanya menjawab.
            Zared mempercepatkan langkahnya. Sebaik saja dia melihat kelibat Ratna yang sedang keluar dari arah tandas, Zared terus berlari menangkap Ratna dan menariknya untuk bersembunyi dipokok perhiasan di restoran itu.
            “Kenapa Ayie? Muka Ayie pucat,” kata Ratna. Dia ingin berdiri menjenguk kearah meja mereka terus ditarik Zared sehingga Ratna terduduk semula.
            “Ayie!” marah Ratna.
            “Dengar Ayie dulu! Mama dan papa Ayie ada disini,”
            Wajah Ratna berubah. Tiba-tiba dia mengukir senyum. “Baguslah tu, kita boleg bagitau mama and papa Ayie tentang hubungan kita, kan?” cadang Ratna.
            Zared pantas menggeleng. “Tak boleh!”
            “Kenapa pula tak boleh?!” hampir menjerit suara Ratna.
            “Pelan sikit!” bisik Zared keras. Dia tidak mahu ibu bapanya terdengar suara mereka. Tambahan lagi, banyak pengunjung di restoran itali itu.
            Ratna sudah memuncungkan mulut.
            “Nina, kita tak boleh dedah hubungan kita sekarang. Kita perlu masa,”
            “Kita atau Ayie? Nina dah bersedia, Nina boleh terima apa saja keputusan ibu bapa Nina, dan juga ibu bapa Ayie. Ayie yang sebenarnya belum bersedia,” jelas kedengaran rasa kecewa dalam nada Ratna. Dia sanggup menghadapi apa saja, sedangkan Zared masih takut untuk menghadapi semuanya. Bukankah dia sudah berjanji mereka akan sama-sama memperjuankan cinta mereka.
            “Bukan begitu Nina, tapi ini terlalu awal. Lagipun ini bukan masa yang sesuai,” kata Zared lagi. Untuk mendedahkan hubungan mereka, dia perlukan masa dan tempat yang sesuai.
            “Ayie rasa, bila masa yang sesuai? Masa Nina dan Ian dah nak kahwin?”
            Tersentak Zared mendengar kata-kata Ratna itu. Wajahnya kembali serius, seperti dia berhadapan dengan kertas kerja.
            “Nina perlu faham Ayie. Ayie tak pernah langgar mana-mana arahan keluarga Ayie sebelum ini, Ayie sedang belajar. Nina tak boleh paksa Ayie buat begini. Ayie dah cakap dengan Nina yang Ayie akan memperjuangkan cinta kita dan Ayie akan lakukan semua ni untuk Nina. Tapi Ayie perlukan masa!”
            “Cepat atau lambat, kita tetap akan berhadapan dengan diorang Ayie. Kalau Ayie tunggu masa, makin susah kita nak berhadapan dengan diorang. Suka hati Ayielah. Nina tunggu Ayie dalam kereta,” kata Ratna lantas bangit dan terus beredar.
            Zared mendengus kecil. Perlahan-lahan dia bangkit lalu kembali ke mejanya.
            “Ayie buat apa lama sangat?” soal Puan Sunita.
            Zared tidak bersuara. Dia sedang berfikir bagaimana harus dia bagitau hubungan dia dengan Ratna agar tidak menyakiti hati semua orang.
            “Ma, kalau Ayie cakap Ayie dah ada teman wanita, macam mana?”
            Puan Sunita dan Tuan Ebert saling berpandangan lantas tersenyum.
            “Macam mana apa pula? Mestilah gembiar. Siapa gadis tu? Mama kenalkah?”
            “Kenal. Tapi dia bukan wanita yang mama mahukan,”         
            “Kenapa Ayie cakap begitu? Dia orang kebanyakan, kah? Tak apa, yang penting Ayie gembira,” kata Tuan Ebert. Isterinya hanya mengangguk, menyokong kata-katanya.
            “Bukan… nantilah Ayie bagitau. Sekarang kita makan, Ayie lapar ni,” kata Zared lalu mula memotong stik yang dipesannya tadi. Tiba-tiba dia teringat Ratna yang belum makan.
            “Alamak, dia belum makan!” lafar Zared tanpa sedar, tidak semena-mena dia terus bangkit dan berlari keluar dari restoran itu.
            “Ayie!” panggil Puan Sunita tapi anak tunggalnya itu tidak mengendahkannya.
            “Siapa yang belum makan, pa?” soal Puan Sunita. Tuan Ebert hanya mengangkat bahu. Yang dia tahu Zared sendiri belum makan.  

******************************************* 
p/s : enjoy reading...soryy lambat update, tak berapa sihat. Tolong komen ya?

8 comments:

  1. best macam selalu... suka part Ian tarik Cinta naik cruise tu..

    ReplyDelete
  2. kenapalah ian tu sengal..ek..sepatutnya dia tidak berkata sinis pada chinta..sebab perempuan mana pun tidak suka diri mereka dibentak bentak dan dimarahi sesuka kaum lelaki..kalau nak tegur pun kenalah berhemah..yg si minah poyo tu pulak..biaqlah cinta dia ngan Alex berlalu kerana tidak mungkin dan amat mustahil sekali mama Alex akan menerima chinta dalam kehidupan anaknya dan membiaqkan chinta jadi menantunya..walaupun alex mencintai chinta..mana mungkin dia akan hidup susah hanya kerana seorg gadis yg tak punya apa apa kan..
    AT least dengan apa yg berlaku malam itu ..chinta sepatutnya berfikiran terbuka dan at least berkawan dululah ngan Ian..biaqlah org mencintai dia dari dia mencintai org separuh mati kerana yg terluka hanyalah dirinya..harap chinta boleh berkawan dulu ngan Ian dan go with the flow..tak gitu..

    ReplyDelete
  3. setuju ngan idA.. sptutnya cinta lepaskan aje perasaan dia pd Alex.. cuba bukak hatinya ntuk org lain.. tp mungkin susah & amik masa sbb prasaan sukar nk diubah.. ian plak kena ubah sket ego dia tu.. sian cinta.. hehe
    pepun, nice job Okie.. teruskan :)

    ReplyDelete
  4. alahai!..suke tol part Ian ngan cinta tu..

    ReplyDelete
  5. ish ian nie...
    kena la byk bsabar n kurangkan ego dia tu...
    wat cinta lg jauh dr dia jer...
    klw dia x marah2 n sinis ngn cinta musti cinta x anti sgt dgn dia..
    nie x suka sgt wat cinta nyampah kat dia...
    huhuhu...

    si ayie nie lak nape la lem sgt..
    sian kat ratna...
    lama2 ratna nie kena gak kawin ngn org len...

    ReplyDelete
  6. hehe...sabar. Tunggu episode seterusnya, mesti korang tak jangka apa yang terjadi.hehe

    ReplyDelete
  7. makin mnarik cter ni.sweet la cinta dngn Ian tu siap pakai baju Ian lg..suke3 sangt cter ni..next n3 pleaseeeee......

    ReplyDelete
  8. ble laa ian nk kawen ngn cinta nih??
    lmbt nyer..x sbr nk tggu..
    cinta tu xyah la garang sgt..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.