Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 January, 2012

14th Proposal : Prince’s Confession


14th Proposal : Prince’s  Confession

            SEBAIK saja Zared tiba dihadapan bangunan hotel bertaraf 5 bintang itu, dia terus bertanya kepada bell boy yang menjaga di luar berkenaan dengan keretanya. Pekerja itu memberitahu Zared yang seorang gadis baru saja memandu kereta itu, dan itu pastinya Ratna.
            Zared menggeleng perlahan. Dia tersenyum kecil. Dia tahu Ratna akan kembali kepadanya, atau tidak pun Ratna akan menghubungi dia kerana dia bukannya boleh pulang ke rumah. Kalau dia pulang ke rumahnya, pasti ibunya akan bertanya.
            Tepat jangkaan Zared, selang beberapa minit Ratna sudah menelefonnya. Lambat-lambat Zared menyambut.
            “Hello?”
            “Ayie…” suara manja Ratna kedengaran.
            “Nina ni… kenapa tinggalkan Ayie aja? Cepat, ambil Ayie,” arah Zared.
            “Tapikan Ayie tengah makan dengan keluarga Ayie?”
            “Ayie nak makan dengan Nina. Please?” kata Zared pula seakan merayu.
            “Okey… sorry, tinggalkan Ayie, Nina datang sekarang,” jawab Ratna.
            Zared pun menyimpan telefonnya ke dalam poket jeans selepas mematikan talian. Dia menunggu dihadapan pintu utama hotel. 

            “PA, papa rasa siapa agaknya teman wanita Ayie tu, ya?” soal Puan Sunita sebaik saja mereka keluar dari lift sedang menuju ke lobi hotel.
            “Tak tahulah papa. Selama ni, Ayie tak pernah ungkit pasal teman wanita dia. Perahsia betul budak tu,” jawab Tuan Ebert.
            “Tapi macam mana kalau teman wanita Ayie tu betul-betul dari orang kebanyakan?” kelihatan dahi Puan Sunita berkerut-kerut. Itu yang dia takutkan sebenarnya, walaupun dia senang melihat anak tunggalnya bahagia dengan pilihan hatinya, dia tetap risau dengan pandangan orang ramai.
            “Kan kita dah bincang, miskin kaya tidak menjadi isu dalam bab pemilihan. Yang penting anak kita bahagia, jangan jadi macam….”
            “Jangan sambung abang…kesian kakak kalau dia dengar nanti,” kata Puan Sunita, menghalang suaminya daripada meneruskan bicaranya.
            Tuan Ebert terus diam. Kisah lama tidak baik diungkit. Tiba-tiba dia ternampak sebuah kereta Lamborghin kuning berhenti dihadapan pintu utama. Dia kenal kereta itu, itu adalah kereta pertama yang dia hadiakan kepada anakanya, Zared. Cepat-cepat dia dan Puan Sunita mencari tempat untuk bersembunyi. Puan Sunita yang tidak tahu menahu itu sekadar menurut.
            “Kenapa ni, pa?” soal Puan Sunita.
            Tuan Ebert hanya memberi isyarat kepada isterinya agar berdiam diri. Dia terus mengintai dicelah-celah daun pokok perhiasan itu. Kelihatan seorang gadis keluar dari kereta tersebut, lalu Zared pula muncul berganti tempat dengan gadis itu. Kemudian, kereta itu pun lesap dari pandangan matanya.
            Tuan Ebert menghembus nafas berat. “Papa tahu siapa teman wanita Ayie,” katanya sambil memandang tepat ke wajah isterinya.
            Puan Sunita mengerut kening. Berasa pelik kenapa suaminya itu tiba-tiba berkata demikian.

*****
            ARGH!! Ian menjerit dalam hati. Berdesing telinganya mendengar kata-kata Cinta tadi. Jadi dia tidak akan pernah mencintai seseorang lebih daripada dia mencintai Alex? Persetankan dengan cinta Alex! Dia tak layak untuk kau, Cinta. Aku yang layak!
            “Wei, macam mana kita nak pulang kalau kau tak pandu kapal ni?” Cinta muncul didepan pintu.
            Ian mengangkat wajah. Merenung tepat keanak mata Cinta membuatkan Cinta merasa sesuatu yang tidak kena.
            “Kau kenapa?” tergagap-gagap dia menyoal Ian.
            Tidak semena-mena, Ian terus menangkap pinggang Cinta lalu melekapkan tubuh Cinta ke dinding.
            “Apa ni, Ian? Lepaskan aku!” marah Cinta sambil menolak bahu Ian agar menjauhnya.
            Ian tersenyum sini. “Kau tidak boleh lari daripada aku, Cinta,”
            Wajah Ian sudah berubah bengis. Dia seperti seorang perogol bersiri. Cinta sudah meronta-ronta memukul dada bidang Ian tapi Ian lansung tidak memberi respon. Malam dia makin merapatkan mukanya ke muka Cinta.
            “Lepaslah Ian! Apa kau dah gila?” marah Cinta.
            Ian tersenyum sinis. Tiba-tiba terasa pipi kirinya membahang, hampir terjatuh dia dek terkena tamparan Cinta. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Dia melihat wajah Cinta yang betul-betul benci dengannya.
            “Kau benci aku sangat, kan? Baik! Kita tengok samada kau akan benci aku atau tidak lepas ni!” tidak semena-mena, baju kameja Cinta terus direntap sehingga 3 butang baju itu terpelanting jauh.
            “Ian!” jerit Cinta kuat sambil menekup tubuhnya yang terdedah. Dia seraya mengangkat tangan ingin menampar muka Ian tetapi tangannya terus ditahan.
            Ian terus mengangkat tubuh Cinta lalu membawanya ke katil. Cinta menjerit-jerit minta tolong tapi di tengah laut begitu, siapa yang akan dapat mendengar suaranya.
Tubuh kecil itu dilempar atas katil lalu menindihnya. Kedua-dua tangan Cinta ditekan atas tilam. Kedengaran nafas Ian yang tercungap-cungap itu.
            “Kau setan! Kau keji, Ian! Lepaskan aku!” jerit Cinta. Dia meronta tapi kedua-dua tangan dan kakinya dihimpit oleh tubuh Ian menyebabkan dia tidak dapat bergerak.
            “Setan?” Ian ketawa. “Setan inilah yang akan jadi suami kau!” sambungnya lantas terus mengucup leher Cinta yang jinjang dan putih itu. Dia seperti syaitan yang rakus memusnahakna mangsanya.
            Cinta sudah meraung-raung. Air matanya bercucuran lebat.
            “Ian! Ian!” jerit Cinta sambil mengoncang bahunya.
            Ian tersentak. Dia terus memandang Cinta.
            Dahi Cinta berkerut. “Kenapa ni? Muka kau merah? Kau sakit?” soal Cinta.
            Ian menggeleng perlahan. Dia menyeka peluhnya yang menitis didahi. Tuhan, kenapa aku boleh terbayang semua tu? Nasib baik itu hanya imaginasi aku. Ian mengeluh lega. Dia betul-betul bersyukur semua itu hanyalah khayalan. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus keluar dari cabin itu dan memegang stering semula.          
            Dahi Cinta semakin berkerut. Tadi dia melihat Ian seperti ingin membaham dia hidup-hidup, selepas itu seolah-olah jasadnya terbang entah kemana. Kuat dia memanggil tapi Ian tidak memberi respon. Takut juga dia bila melihat seluruh tubuh Ian itu menjadi merah tadi.
             “Betul ni kau tak apa-apa?”
            Cinta muncul dibelakangnya, menyakan soalan itu. Ian hanya memandang dengan sudut mata.
            “Em,” jawabnya ringkas.
            “Betul ni?” soal Cinta lagi lalu terus menyentuh dahi Ian.
            Ian yang terkejut terus menapis tangan Cinta menyebabkan Cinta terdorong dua tapak kebelakang dan terus terjatuh atas lantai.
            “Cinta!” hampir terjerit Ian melihat Cinta. Dia terus bangkit mendapatkannya. Dia mengangkat Cinta.
            “Arh!” Cinta terduduk semula, memegang buku lalinya. Dia memandang Ian. “Terseliuh,” katanya.
            Wajah Ian sudah berubah cemas. Sebab dia, Cinta tercedera. “Maafkan aku,” ucap Ian.
            Cinta agak terkejut mendengar ucapan Ian itu. Entah kenapa halus saja cara Ian bertutur. Dia tersenyum sambil menggeleng.
            “Tak apa, sikit saja,” katanya lalu cuba berdiri.
            Tiba-tiba tubuhnya dicampung Ian. Terkejut Cinta dibuatnya.
“Aku ubatkan,” kata Ian lantas membawanya ke dalam. Tubuh Cinta diletakkan atas tilam. Setelah itu dia mencari first-aid box didalam kabin kecil. Dia menuju pula ke dapur mengambil tuala bersih dan air suam. Semua itu dibawa kepada Cinta. Ian duduk dihadapan gadis itu.
Cinta pula hanya memerhati segala gerak-geri Ian. Sesekali dia tidak percaya melihat perangai Ian yang tiba-tiba berubah itu, nampak cemas dan risau saja. Dia berfikir, adakah itu Ian yang dikenal sebelum ini?
Ian memera tuala yang direndam dalam air suam itu lalu melekapkan ke buku lali Cinta. Cinta sudah mengerut kening kesakitan.
“Sakit sangatkah?” soal Ian. Dia menekan lembut kain itu.
Cinta menggeleng.
Kain putih dilarikan. Lalu dia mengambil pula bandage putih lalu membalut buku lali itu. Dengar cermat Ian menyempurnakan kerjanya, takut Cinta menjerit kesakitan.
“Siap,” kata Ian lalu memandang Cinta.
Mata Cinta tidak berkelip, dia asyik memandang muka Ian. Ian sudah melambai-lambai kearahnya tapi Cinta tidak memberi reaksi. Pak! Dia memetik jari. Seperti orang yang terkena hipnotis, Cinta terus tersedar. Mukanya masih blank.
“Kau dah jatuh cinta dengan aku, Cinta?” soal Ian sambil tersenyum mengoda.
Mendengar pertanyaan Ian itu, serta-merta membuatkan mukanya terasa panas da berubah merah.
“Tolonglah..” katanya kekok. Dia berpaling ke kiri. Apasal aku boleh leka tadi? Ya ampun, malunya! Cinta merasa seperti dia harus mengetuk kepalanya sendiri.
Ian hanya tersenyum. Dia pun menyimpan semula barang-barang yang diambilnya.
“Jangan jalan mana-mana, sini saja!” kata Ian sebelum keluar dari bilik itu.
Cinta diam. Sebaik saja memastikan Ian sudah balik ke tempat memandu. Dia terus menekup mulut dan ingin menjerit. Tapi jeritannya itu kecil sekecil semut. Merah mukanya menahan malu. Terus dia merebahkan tubuhnya ke tilam. Alahai…nasi sudah jadi bubur.
           
*****

            ALEXANDER mundar-mandir dihadapan rumah agam itu. Dia sudah mencari Cinta disetiap pelosok rumah tapi batang hidung Cinta dan Ian langsung tidak dijejaki. Selepas insiden dia dalam dapur itu, puan Delilah terus mencari Alexander dan memberitahu tentang hal itu.
            “Macam mana ni, Alex? Aku rasa diorang dah pulang kot. Satu daripada kapal disana dah tiada,” kata Lialina yang sama saja risau dengan Alexander.
            Alexander memandang ke pelabuhan. Berderet cabin cruiser yang berbaris disana dan terdapat ruang besar diantara cruiser itu. Dia memandang pula kearah rumah agam. Para jemputan belum lagi bersurai.
            “Aku nak ikut aku tak?” kata Alexander.
            “Tapi mama kau?”
            “Jangan risau… aku cuma nak pastikan yang dia selamat dan hantar kau pulang,”
            “Okey, jom!”
            Alexander dan Lialina bergegas menuju ke pelabuhan. Alexander terus melompat turun ke cabinnya. Alexander menghidupkan engine. Perlahan-lahan cruiser itu berundur dan ianya pun beransur laju meninggalkan pulau itu.

            TERHINJUT-HINJUT Cinta berjalan ingin naik ke daratan. Ian sudah menawarkan diri untuk membantunya tapi dia enggan, alasan dia boleh berjalan sendiri.
            Ian mendengus kasar. “Degil!” kata Ian keras lantas terus mendahului Cinta menuju ke keretanya yang terpakir tidak jauh dari pelabuhan itu. Ian menekan butang Unlock alarm keretanya. Dia terus membuka pintu pemandu sejurus saja tiba dihadapan pintu tersebut. Dia memandang Cinta dari luar tingkap. Jalannya lambat mengalahkan kura-kura.
            “Hish! Dah tahu kaki tu sakit, nak juga ikut hati!” bebel Ian lalu keluar semua dari kereta. Dia berjalan laju mendapatkan Cinta.
            “Kenapa?” soal Cinta dengan dahi berkerut.
            Tiba-tiba Ian duduk mencangkung membelakanginya. “Cepat naik!” arahnya kasar.
            “Aku boleh jalan sendirilah!” balas Cinta pula.
            Ian mencebik. “Naik atau kau nak aku angkat kau macam hari lagi?” kata Ian seakan mengugut.
            Cinta mengerut kening. Bila dia pernah angkat aku? Dia berfikir. Oya… depan stor kak Kanya!
            “Tapi..”
            “Naik!” arah Ian keras membuatkan Cinta terus melompat ke belakangnya. Ian tersenyum, tetapi menyembunyikan keriangan dihatinya. Dia pun bangkit dan membawa Cinta ke keretanya. Pelan-pelan dia menurunkan Cinta di tempat duduk penumpang hadapan. Cinta sempat mengucapkan terima kasih pada Ian sebelum Ian berlalu ke tempat duduk pemandu.
            “Aku hantar kau pulang,”
            “Kau tahukah rumah aku?”
            “Tau,” ujar Ian selamba.
            Cinta tercangang. “Macam mana kau tahu?”
            Ian hanya tersenyum. Lalu dia pun menurunkan handbreak, dan menukar gear. Kereta itu perlahan-lahan bergerak meninggalkan pelabuhan tersebut.
            40 minit kemudian, mereka sudah pun tiba dia bawah pangsapuri Cinta. Ian terus keluar dari kereta dan membuka pintu Cinta. Cinta kelihatan pelik. Kenapa dia baik sangat hari ni? Ada sesuatu sampuk diakah ni? Cinta membuka seat beltnya. Ian pula sudah duduk, ingin memberi perkhidmatan seperti tadi.
            “Kenapa kau baik hari ini?” tanpa sedar Cinta mengucapkan soalan itu.
            Pantas Ian menoleh. Dahinya berkerut. “Kau patut bersyukur orang macam aku ni sanggup buat begini dengan kau, bukan tanya aku pula,” kata Ian.
            Cinta menrengus kecil. Tak da jawapan lainkah yang boleh keluar dari bibir dia? Asyik cakap aja aku patut bersyukur? Bersyukur apanya?
            “Kalau begitu, tak perlulah kau buat semua ni lagi. Aku boleh jalan, lagipun ada lift,” kata Cinta, nadanya kedengaran merajuk. Dia ingin bangkit tapi dihalang oleh Ian.
            “Kau nak aku angkat kau macam hari tu?” ugut Ian lagi.
            “Kau ni, kalau tak mengugut boleh tak?” Cinta sudah rimas diugut seperti itu.
            “Nak buat macam mana, ni aja caranya untuk tundukkan kau,” jawab Ian bersahaja.
            Cinta mendengus lantas naik ke belakang Ian.


            KELIHATAN dua pasangan kekasih sedang berjalan ditepi pantai sambil berpimpin tangan, kedua-dua pasangan itu kelihatan bahagia, senyuman tidak lekang dibibir mereka seolah-olah dunia ini sudah menjadi milik mereka, mereka bebas pergi ke mana-mana saja.
            “Dah lama kita tak luangkan masa macam ni, kan Ayie?” kata Ratna sambil bermain air laut yang naik dikakinya.
            “Ah… kan bagus kalau kita masih di Australia. Tiada siapa yang akan halang kita, kita boleh buat apa saja,” jawab Zared sambil jarinya menyisipkan rambut Ratna yang ditiup angin malam. Dia mahu melihat wajah gadis kesayangannya itu. Mereka berhenti melangkah.
            “Ayie, kita boleh buat semua tu lagi lepas kita beritahu parents kita hal sebenarnya. Nina tak cintakan Ian, Nina cintakan Ayie,” luah Ratna sambil memegang kedua-dua lengan Zared.
            Zared hanya tersenyum mendengar pengakuan Ratna itu. Perlahan-lahan dia memegang kepala Ratna dengan kedua-dua tapak tangan. Kening Ratna diusap lembut dengan ibu jarinya. Setiap inci wajah Ratna direnung dalam. Entah sudah berapa lama dia tidak menatap wajah itu. Dua tahun sebelum dia pulang dari menamatkan pengajiannya dalam bidang pengurusan hotel.
            “Nina, Ayie takkan pernah berhenti mengatakan yang Ayie cintakan Nina. Nina satu-satunya gadis yang Ayie cintai, Nina ingat Ayie akan lepaskan Nina begitu saja?”
            Ratna tersipu. “Jadi, yang Ayie nak minta putus hari tu, apa?”
            Alamak! Terkena batang hidung sendiri. Zared tersenyum kelat. Dia terus memusingkan tubuh Ratna lalu memeluk pinggangnya dari belakang.
            “Itu sebab Ayie masih lagi dipenjara oleh aturan keluarga. Nina tahulah kan, my mom is my principle, murid akan sentiasa mendengar cakap guru besar, kan?” Zared memberi alasan.
            “Yalah tu… jadi sekarang ni? Mom Ayie bukan pengetua lagi? Nenek Ayie macam mana?”
            “Er… mama masih pengetua, dan nenek akan sentiasa jadi pengaranya,” ketawa mereka meledak.
            “Taklah.. I’m still learning, Nina. Biar Ayie belajar untuk mempertahankan apa yang Ayie rasa betul. Apa yang betul ialah, Nina harus jadi milik Ayie tak kira apa akan jadi,” tulus ikhlas Zared menuturkan ayat itu. Dia sangat menyayangi Ratna, sehinggakan dia tidak dapat menampung kesedihan selepas Martha menyuarakan hasratnya untuk memperisterikan Ratna dengan Ian. Bagai ada satu batu gergasi yang menghempap bahunya, tambahan lagi apabila dia tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya melihat.
            Ratna meleraikan pelukan lalu berlalih menghadap Zared. “Nina percaya dengan Ayie. Nina percaya dengan hubungan kita. Nina percaya yang kita akan bersama nanti. Cuma, Ayie perlu janji dengan Nina yang Ayie takkan putus asa dengan cinta kita,” kata Ratna seakan memujuk.
            Zared mengangguk lalu mengucup ubun kepala Ratna. “I love you, Ratna!” ucapnya berbisik.
            Ratna tersenyum. “I love you most..”

7 comments:

  1. suka ngan citer ni.. apalah Ian tu, mujur tu khayalan aje.. kalau tak tentu Cinta tambah benci pada dia.. :)

    ReplyDelete
  2. ruby muksan redsFriday, January 27, 2012

    so sweet..suka la cinta dngn Ian luangkn masa bersama...suke2

    ReplyDelete
  3. cepat smbg citer ni best..

    ReplyDelete
  4. sweet sgt si ian ngn cinta nie...
    kan boleh si ian layan cinta elok2..
    xde la asik gado2 jer kan..
    hehehe...

    okie hati2 ade byk juga taiping error yek...

    ReplyDelete
  5. thanks nursya, nanti edit dalam MS :)

    ReplyDelete
  6. sangat suker citer ni..
    next musti best

    ReplyDelete
  7. fuh ngatkn btl..berangan je rupenye..nseb abik...(",)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.