Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

30 January, 2012

15th Proposal : Finding Cinta.


15th Proposal : Finding Cinta.

            “KAU dah ada dirumah?” soal Lialina sambil memandang Alexander yang masih memandu cruiser itu.
            Lialina mengangguk-angguk. “Oh..okey. Kejap lagi aku sampai,” katanya lalu mematikan talian.
            “Apa dia cakap?” soal Alexander.
            Lialina mengeluh kecil sebelum menjawab Alexander. “Dia okey, Ian yang hantar dia,”
            “Ada dia cakap apa-apa pasal aku tak?”
            Lialina menggeleng. “Aku harap kau takkan jumpa dengan dia lagi lepas ni, Alex,”
            “Apa maksud kau, Lia?”
            “Kau masih tanya sedangkan semua tu berlaku depan mata kau? Aku tak nak dia terseksa lagi, aku taknak dia dimalukan gara-gara kau, Alex. Semua ni berlaku sebab kau. Kau tahu mama kau akan masuk dapur, kenapa kau tak jaga dia? Atau kau memang nak itu berlaku pada Cinta?”
            Tersentak Alexander mendengar kata-kata Lia.
            “Tak! Buat apa aku nak kenakan Cinta. Aku cintakan dia! Aku tak tahu macam mana mama aku boleh masuk dapur. Yang pasti, itu bukan kehendak aku. Kau tahu betapa aku cintakan dia, bukan? Kenapa aku nak buat begitu?” Alexander seakan kesal.
            Lialina terdiam. “Sorry, aku terbawa tadi. Cepatlah, Cinta tengah tunggu tu!”
            “Em..”


            “JANGAN buat kerja dalam masa terdekat ni, kalau tak jadi teruk lebam di kaki kau tu!”
            Pesanan Ian masih terngia-ngia ditelinga Cinta walaupun sudah sejam Ian meninggalkan dia dirumah sewa itu. Dia tersenyum kecil mengingatkan kejadian dibawah pangsapuri. Baik juga dia rupanya, ingatkan dia tu tahu pasal duit aja. Tapi, bukankah dia akan bertunang tidak lama lagi? Kenapa dia layan aku dengan baik? Tak! Tak! Jangan fikir yang bukan-bukan Cinta, itu tidak mungkin akan terjadi!
            Monolog Cinta terganggu tatkala pintu pangsapurinya dikuak dari luar. Dia yang sedang duduk diruang tamu hanya menjenguk kerana tidak berdaya untuk berdiri. Kelihatan Lialina masuk sambil membuka kasut tumitnya lalu disimpan kemas keatas rak kasut. Setelah itu, dia menuju ke ruang tamu. Dia duduk disebelah Cinta.
            “Kenapa ni?” soal Cinta saat melihat riak muka Lialina yang bertukar sayu. Tidak semena-mena, tubuhnya dipeluk Lialina. Cinta bertambah pelik tapi dia tetap membalas pelukkan kawannya itu.
            “Maafkan aku, Cin… aku tak berdaya nak tolong kau. Aku minta maaf,” katanya lalu mula teresak-esak.
            Cinta sudah ingin ketawa. “Lia, it’s okey. Aku tak apa-apa, badan aku masih sempurna lagi macam yang kau nampak ni, tak putus mana-mana,” katanya berseloroh. Dia tidak ingin kawan baiknya itu bersusah hati kerananya.
            Lialina meleraikan pelukannya. “Cin, aku serius, kau main-main pula!” cebiknya sambil mengesat air mata.
            “Sorry… aku okey. Betul, Cuma kaki ni yang terseliuh sikit,” kata Cinta.
            Pantas Lialina memandang ke buku lali Cinta yang sudah siap berbalut. “Macam mana boleh terseliuh ni? Ian yang buat? Aku kerjakan dia!”
            Baru saja Lialina yang berdiri, Cinta sudah menarik tangannya sehingga dia terduduk semula.
            “Bukan dialah! Aku tak sengaja jatuh, dia yang balut kaki aku ni dan dia juga yang hantar aku pulang,” cerita Cinta.
            Dahi Lialina berkerut. Memang sudah dijangkan, Lialina juga tidak percaya itu terjadi. Ian, membantu siap hantar dia pulang lagi? Memang ajaib!
            “Betulkah dia buat begitu? Macam tak percaya pula,”
            Cinta hanya tersenyum. Tiba-tiba telefon bimbit Lialina berdering. Pantas Lialina menyaluk beg tangannya. Sebelum menyambut panggilan itu, dia melihat nama si pemanggil terlebih dahulu. Dia memandang Cinta dan menyatakan pemanggil itu adalah Alexander.
            “Cakap, aku dah tidur!” kata Cinta seakan dia tahu Alexander akan mencarinya.
            Lialina terus menjawab dan memberitahu Alexander seperti mana yang Cinta mahukan. Beberapa saat bercakap, akhirnya talian pun dimatikan.
            “Dia cakap, dia nak minta maaf bagi pihak Puan Delilah. Dan esok dia nak jumpa kau,”
            Cinta mengeluh kecil. Dalam hal itu, tiada siapa yang dia perlu persalahakan mala, semua itu adalah salahanya kerana menurut permintaan Alexander. Semua itu dari dirinya sendiri, kalau dia tidak pergi tentu perkara itu tidak akan terjadi.
            “Kau cakap dengan dia, aku maafkan dia dan juga Puan Delilah. Tapi aku tak boleh jumpa dia lagi. Aku nak balik kampung esok,”
            Lialina mengangguk, dia hormati keputusan kawannya itu. “Berapa hari kau nak pulang kampung?”
            “Mungkin 3 hari, sambil tu aku nak rawat kaki aku ni dengan ubat tradisional nenek aku,”
            Lialina tersenyum lalu mengangguk. “Tapi kalau Encik Ian kau cari kau macam mana?”
            Cinta memandang Lialina. Tidak terfikir pula dia perkara itu. “Jangan bagitau dia aku pulang kampung. Jangan bagi dia apa-apa!” tegas Cinta. Dia tahu apa yang akan Ian buat jika dia tahu dia pulang kampung. Walapun baru beberapa kali dia berjumpa Ian, seperti dia sudah mengenalinya berpuluh-puluh tahun.

*****

            ALEXANDER masuk ke dalam cake house itu. Matanya segera menangkap susuk tubuh Lialina yang sedang menyusun gelas-gelas di belakang raknya. Dia menuju kearah itu.
            “Lia!”
            “Eh, pecah kau gelas!” hampir terlepas gelas kaca itu dari tangannya dek terkejut. Pantas dia menoleh ke belakang. Dia terus merengus sebaik melihat pengunjung itu adalah Alexander.
            “Kan aku dah bagitau semalam, dia taknak jumpa kau,”
            “Lia, tolonglah. Aku mesti jumpa dia juga. Aku perlu bercakap dengan dia, kalau tak aku tak boleh tidur dengan tenang,” Alexander seakan merayu.
            “Alex, bagi dia masa. Kau perlu faham dia, bukan senang dia nak lupakan apa yang berlaku,”
            “Aku tahu. Aku cuma nak jumpa dia. Itu saja. Aku harus!” desak Alex.
            Lialina sudah merenungnya dengan tajam. Tak faham bahasa betul lelaki satu ni!
            “Kalau kau masih cintakan dia, tinggalkan dia seorang diri. Kalau kau tetap memaksa, aku akan lakukan sesuatu yang kau takkan jangkakan,” kata Lialina pula, seakan mengugut.
            Wajah Alexander terus berubah terkejut. Dia tahu siapa sebenarnya Lialina, bukan setakat dia. Cinta juga tahu siapa sebenarnya diri Lialina. Lialina semestinya akan melakukan apa yang sudah dia katakan dan dia bukannya main-main.
            Akhirnya Alexander berundur. “Okey… aku takkan paksa. Esok aku akan datang lagi,” katanya lalu beredar.
            Lialina mengeluh kecil. Mungkin dia agak kejam tadi, tapi itulah yang dia perlukan untuk melindungi kawannya. Dia rela buat apa saja asalkan kawannya itu tidak terluka lagi.
            Tidak lama selepas itu, Ian pula muncul. Lialina mengeluh berat. Lepas satu, satu!
            “Cinta takda!” kata Lialina sebaik saja Ian berdiri dihadapan kaunter itu.
            “Macam mana dia boleh takda kalau di apartment pun dia takda? Kau jangan nak tipu aku!” marah Ian. Sudahlah tadi pun dia marah kerana Cinta tiada diapartmen, di Café itupun dia tiada juga. Bukankah dia tidak boleh berjalan mana-mana?
            “Aku tak tipu! Dia memang takda disini, dia tak datang kerja. Aku bagi dia cuti,”
            “Jadi dia pergi mana?” soal Ian.
            Wajah Lialina berubah sejenak. “Aku tak boleh bagitau,”
            “Kau tak boleh atau kau taknak bagitau?”
            “Dua-dua!”
            “Okey… berapa kau nak? Aku bagi berapa saja yang kau cakap, yang penting kau bagitau aku dimana Cinta,” Ian sudah mengeluarkan beberapa keping wang kertas dari dompet CK nya. Dua keping Rm50 diletakkan atas kaunter.
            Lialina tersenyum sini. “Kau ingat kau boleh beli aku dengan duit kau? Ian, Ian… aku rasa kau boleh buat yang lebih baik dari ini,” kata Lialina.
            “Oh, tak cukup? Okey aku tambah dua ratus!”
            “Tak perlu! Aku takkan bagitau kau mana Cinta!” kata Lialina lantas keluar dari meja kaunter dan terus naik tangga.
            Ian mendengus geram. Kau ingat aku akan berhenti disini saja? Dia menggeleng. Duit yang ada diatas meja kaunter terus dicapai lalu keluar dari café itu. Hanya satu tempat saja yang akan ditujuinya tika itu, mana lagi kalau bukan klinik Carl, teman baiknya itu.
            Lailina yang sudah berada diatas café, memandang ke luar dinding tembus pandang. Dia melihat Ian sudah ingin meninggalkan café itu dengan keretanya. Terus dia membawa keluar telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.
            “Hello wifey?” suara halus seorang lelaki menyambut panggilannya.
            “Carl!” kala Lialina seakan marah.
            “Yang, kenapa panggil Bie macam tu?” Carl seakan terkilan mendengar Lialina menyembut namanya begitu.
            “Yang malas la dengan kawan Bie tu. Memaksa betul! Bie tahu sebelum Ian datang, Alex pun datang juga cari Cinta. Kalau lama-lama begini, Yang rimas!” rajuk Lialina manja.
            “Alalala…cayang Bie ni. Ian tu betul-betul sayangkan Cinta, dia cuma tak tahu macam mana nak express sayang dia aja,”
            “Yang tau tu. Tapi tau apa yang dia buat pada Yang, dia bagi Ayang duit sebab nak tahu dimana Cinta. Yang rasa terhina tau!”
            “Apa? Ian buat begitu? Jangan risau, Yang. Nanti Bie kerjakan dia! Penyek-penyek muka dia tu!” marah Carl.
            “Sudahlah tu…kalau setakat tu, Yang pun boleh buat,” kata Lialina.
            Carl terkedu seketika mendengar kata-kata Lialina. Kalau Lialina betul-betul bertindak, lebih parah Ian tu daripada dia sendiri yang membelasah Ian.
            “Bie, kalau Ian datang jumpa Bie, jangan bagitau dia yang Cinta balik kampung tau. Ini permintaan Cinta. Kalau Bie tak tunaikan, jangan harap Bie boleh jumpa Yang lagi,” ugut Lialina.
            “Eh, Yang.. janganla begitu. Okey, okey… kali ini Bie takkan bagitau dia apa-apa,”
            “Janji?”
            “Tak boleh janji!”
            “Bie!”
            “Okey, okey… Bie janji!”

            “AKU tak tahu dia dimana, betul!”
            Tetap jangkaan Lialina, Ian pasti akan mencari tunangnya, Carl. Selama ini Carl dan Lialina yang berkomplot untuk menyatukan Cinta kerana mengikut pandangan Carl, Ian betul-betul sukakan Cinta dan mungkin Ian adalah peluang kedua Cinta untuk merasa bercinta sekali lagi. Tetapi apabila tiba dimana dia perlu menuniakan permintaan Cinta, dia akan berpegang teguh pada perkara itu.
            “Kau jangan nak tipu aku, Carl. Tengok muka kau aja aku tau mesti kau sembunyikan sesuatu pada aku, kan?” Ian sudah memandang Carl dengan pandangan sangsi. Dia mendekati kerusi Carl lalu berdiri dibelakangnya.
            “Betul, Ian. Kali ni, aku betul-betul tak tahu dia di mana,” kata Carl, sedaya-upaya untuk meyakinkan Ian.
            Ian mencapai tali leher Carl dari belakang. “Kalau dulu, kau selalu saja tau dia di mana Cinta, kenapa hari ni kau tiba-tiba tak tahu pula? Hmm… pelik!” kata Ian lalu melepaskan tali leher Carl dan kembali ke tempat duduknya semula. Dia merenung mata Carl dalam-dalam.
            “C’mon la Carl, aku tahu kau tahu di mana Cinta. Bagitau aku, aku cuma nak jumpa dia itu saja. Aku nampak dia pun dah cukuplah,” suara Ian kedengaran merayu.
            Carl memandang Ian, dia seakan terpukau dengan luahan Ian tadi.
            “Ian, aku rasa kau betul-betul dah jatuh cinta ni,”
            “Kalau ya aku jatuh cinta dengan dia, kau akan cakap dia dimana?”
            Carl terdiam. “Aku tak tahu dia dimana,” pantas dia menggeleng.
            Ian mengeluh kecil. “Okeylah kalau kau betul-betul tak tahu. Aku balik dulu,” nada suara Ian kedengaran seperti dia betul-betul terluka. Dia pun bangkit kemudian keluar dari bilik Carl itu.
            Carl ingin menghalang tapi dia tidak berdaya. Dia mengeluh kecil. Maafkan aku, sahabat!
           

7 comments:

  1. Ian! cepatlah cari Cinta! jangan biarkan Cinta terlepas dari anda :) cinta ada di mana-mana sahaja untuk Ian, cuma Ian perlu pandai menggamit cinta itu... daripada Cinta! :D

    ReplyDelete
  2. ruby muksan redsMonday, January 30, 2012

    best2 cpt sambung lg k

    ReplyDelete
  3. alahai..sedihnya Ian..mencintai pemilik hati yg begitu keras seperti kerikil..adakah dia dapat menjejaki minah tu..tapi bagaimana pula Ian mamat sengal tu nak melepaskan dirinya yg telah bertunang..dan nak berkawen ngan chinta..sudah pasti nenek dn ibunya tidak akan sekali kali bersetuju kerana faktor taraf hidup mereka ..

    ReplyDelete
  4. ala cian kat ian...
    xpe klw ade jodoh musti nti ian jmpa gak ngn cinta...

    ReplyDelete
  5. wah, dah lama tak baca cerita ni..busy..tak sangka dah ada perkembgn dah cinta Ian..hehe

    ReplyDelete
  6. sambung cepat!!! da trtarik dgn cter nie...

    ReplyDelete
  7. ala..la..la.. sian ngan Ian..
    cinta masih berkeras, naper x bg can kat Ian yek..
    sibuk jer lh alex ni

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.