Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

17 January, 2012

Casanova's First Love [cerpen]




Casanova's First Love

  PINTU kelab malam yang ditutup dari luar itu tiba-tiba terbuka. Seseorang yang sedang kusyuk memandang ke luar tingkap menghayati pemandangan malam segera menoleh. Nampaknya regular customer dia sudah pun sampai.
  Rokok yang masih berasap diletakkan atas meja. Dia segera menyambut pelanggannya itu dengan mesra.
  “Elias, I miss you!” rengek wanita itu. Lelaki yang dipanggil Elias terus mendekati wanita tersebut.

  Elias, seorang gigolo yang bertaraf Hi-So, bayaran yang dikenakan pula tinggi-tinggi. Malah dia adalah gigolo yang sangat dikehendaki oleh mana-mana pelanggan wanita terutamanya wanita dari golongan Hi-So. Dengan tubuhnya yang sasa, sentiasa dijaga itu wajahnya yang tampan  juga menarik perhatian ramai. Wajahnya juga ada iras-iras pelakon lelaki terkenal TV bersiri, Ian Somerhalder.

  “Madam Riha!” ucapnya sambil memeluk tubuh langsing milik Madam Riha itu. Wanita itu sudah pun berusia 40-an tapi tubuhnya masih langsing seperti gadis-gadis mentah.
  “Dah lama tunggu?”  soalnya dengan nada yang sedikit menggoda. Jari telunjukknya mengusap bibir Elias dengan lembut.
  Elias tersenyum. “Madam dah tak sabarkah?” kata Elias. Tidak semena-mena pinggang Madam Riha ditarik melanggar tubuhnya menyebabkan Madam Riha terjerit kecil.
  “Nakal!” ujar Madam Riha sambil mencuit hidung Elias. Dia menarik dagu Elias mendekati bibirnya. Baru saja dia ingin mengucup bibir seksi Elias, mereka sudah diganggu oleh pelayan kelab malam.
  “Apa ni?” marah Madam Riha dengan lantang. Dia benci apabila privasinya diganggu oleh orang lain. Dia segera melabuhkan punggung.
  “Maafkan saya puan, tuan. Tapi ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Tuan Elias,”
“Siapa?” soal Elias sambil memasang butang bajunya.
“Dia sedang tunggu dipejabat Bos Hossein,”
“Emm…suruh dia tunggu dulu,” kata Elias lalu mengambil tempat disebelah Madam Riha. Madam Riha pula segera memaut pinggang Elias. Kepalanya dilentokkan diatas dada bidang milik Elias.
  “Tapi..”
  Baru saja pekerja itu ingin bersuara, dia terus terdiam apabila melihat pandangan tajam Elias yang seakan ingin membunuhnya itu. Bagi Elias, pelanggan adalah nombor satu.
  “Baiklah Tuan.” Ujar pekerja itu lalu segera beredar.
  “Terima kasih sebab utamakan aku, Eli,” kata Madam Riha.
  Elias membiarkan saja wanita itu mengusap tubuh sasanya.

*****

SETELAH 4 jam lebih bersama Madam Riha tadi, Elias masuk ke pejabat rakan kongsinya, Hossein. Kelihatan temannya, Hossein sedang duduk dihadapan sofa. Wajahnya itu kelihatan seperti sedang berfikir. Dahi Elias sudah berkerut.
“Apa kau tengok sampai tak sedar aku masuk Sein?” soal Elias membuatkan Hossein terlompat sedikit dek terkejut dengan sapaan itu.
“Elias! Ingatkan siapa tadi,” dia berdiri sambil mengurut-urut dadanya.
“Dia ni ka yang cari aku?” soal Elias sambil mendekati sofa dimana gadis itu terlelap.
Hossein mengangguk. “Kau kenal dia,kah?”
Elias mengamati wajah gadis itu. Seingat dia, dia belum pernah berjumpa lagi dengan gadis itu. Dan gadis itu juga bukan dalam list pelanggan dia. Tetapi bagaimana dia kenal dengannya?
“Aku tak kenal. Dah, kau keluar dulu. Biar aku bercakap dengan dia,” kata Elias lalu mengambil tempat Hossein tadi.
Hossein tersenyum nakal. “Kalau ada lebih, bagi-bagi ya?” katanya.
“Ish… budak kecil macam ni kau nak? Rendah sunggu taste kau!” kata Elias.
Hossein mencebik lantas terus keluar.
Setelah Hossein keluar, Elias mengalih pandangannya kearah gadis molek dihadapannya. Diperhati seluruh pakaian gadis itu. Moden. Cuma tubuhnya itu lebih kecil jika dibandingkan dengan dirinya.
Elias pun bangkit lalu maju kearah meja. Sebatang rokok dibawa keluar dari kotak rokok lalu dibakar. Kapulan-kapulan asap  keluar dari bibir dan hidungnya. Kemudian dia mendekati gadis itu semula.
Tubuh gadis molek itu digoyang-goyang menggunakan kakinya.
“Oi, bangun!” kata Elias. Tapi nampaknya gadis itu betul-betul lena sehinggakan terlupa dia bukan berada dirumahnya. Tak takutkah dia kena rogol? Elias mendengus kasar lalu mengoncang-goncangkan tubuh itu semula tapi kali ini dengan tangannya.
“Emm…” gadis itu merengek. Mungkin tidak suka dikejutkan.
“Bangunlah!” tengking Elias membuatkan gadis itu serta-merta terbangun. Mata terbuka, tubuhnya lantas tegak.
“Maaf!” pintanya bingkas bangkit.
Elias pun melabuh punggung. Kedua-dua tangannya diletakkan diatas bahu sofa. Kakinya bersilang. Gadis itu memungut beg sandangnya yang terletak diatas lantai lalu berundur setapak ke belakang.
“Kau siapa?” soal Elias.
“Em..saya, Polina. Jururawat yang menjaga Tuan Eliska,” ujar gadis yang bernama Polina itu.
Serta-merta berubah riak muka Elias selepas mendengar nama Tuan Eliska itu.
“Aku tak kenal kau dan juga orang yang kau sebut itu. Berambus!” halau Elias lalu bangkit ingin beredar tapi Polina pantas menghalang laluannya.
“Saya tahu, Encik kenal siapa yang saya cakapkan tadi. Awak anak dia,”
“Aku tiada bapa, bapa aku sudah lama meninggal,” kata Elias keras.
“Encik, tolong dengar saya dulu. Saya ada bukti yang mengatakan encik adalah anak Tuan Eliska,” kata Polina lantas mengeluarkan sekeping gambar daripada tas tangannya lalu ditunjukkan pada Elias.
Elias mengamati gambar itu. Lalu dia ketawa sinis. “Setiap tahun, muka seseorang akan berubah disetiap sudut, jadi macam mana kau tahu yang aku ni budak tu?” balas Elias pula.
 “Saya masih ada bukti lagi!” kata Polina lalu mengeluarkan sekeping lagi gambar iaitu gambar Elias yang paling baru.
“Kau ni memang macam-macam!” marah Elias. Gambar ditangan Polina terus dirampas lalu dirobek-robekkan sehingga menjadi cebisan kecil. Dia segera beredar dari pejabat itu.
Polina mendengus lemah. Tidak, dia tidak akan putus asa begitu saja! Dia sudah berjanji pada Tuan Eliska bahawa dia akan membawa anaknya pulang tidak kira apa pun yang berlaku. Polina pantas mengejar Elias.
“Lepas!” marah Elias apabila tangannya cuba untuk dipagut oleh Polina. Dia sgera memanggil pengawal yang berdekatan untuk menangkap Polina.
“Encik, dengan dulu!” kata Polina.
“Bawa perempuan ni keluar! Aku taknak tengok muka dia sini lagi selepas ini!” arah Elias lalu terus beredar.
Baru saja Polina ingin mengejar Elias, tubuh kecilnya sudah diangkat oleh pengawal itu seakan mengangkat guni dengan satu tangan saja. Menjerit-jerit Polina memanggil Elias tetapi Elias sekalipun tidak menoleh.

*****

            SEBAIK saja Elias keluar dari kelab malam, dia terus ternampak Polina yang masih menunggu di luar club. Elias menggeleng kepala sambil mendengus. Rokok yang tinggal setengah tu diseduh puas lalu batangnya dibuang tepi jalan. Keluar asap putih yang tebal dari mulutnya. Dia terus menuju ke kereta sport putihnya yang terletak tidak jauh dari club.
            “Encik! Encik!” panggil Polina sambil mengejar langkah Elias yang laju itu. Tiba-tiba dua orang lelaki muncul menghalangnya. Dia tidak perasan kehadiran lelaki-lelaki itu kerana tumpuannya lebih kepada Elias. Polina malas melayan lelaki-lelaki itu lalu ingin berjalan ke tepi tapi mereka masih menghalang laluannya.
            “Tolong jangan halang saya, encik!” kata Polina.
            Dua lelaki itu tersenyum sambil mengeluarkan lidah lagak ingin memakan dirinya.
            “Nak kemana tergesa-gesa sangat ni?” kata lelaki yang satu sambil mengacau rambut Polina yang pendek paras bahu.
            “Jangan kacaulah. Encik!” tangan lelaki itu ditapis kasar. Kelihatan Elias sudah pun masuk ke dalam perut kereta.
            “Ehh.. garang!” bum! Tidak semena-mena, perut Polina ditumbuk kuat membuatkan Polina serta-merta pengsan tidak sedarkan diri.
            Lelaki yang satu tersenyum pada kawannya. Gembira bertemu dengan habuan baru mereka. Mereka ingin memapah Polina masuk ke dalam van tapi Elias sudah pun memakir keretanya dihadapan mereka. Elias keluar.
            “Lepaskan dia,” ujar Elias dengan lagak coolnya.
            “Tuan Elias..” nada mereka seakan ketakutan, seolah-olah mereka sudah mengenali Elias.
            Elias menghampiri mereka lalu tubuh Polina dicampung. Tanpa berkata apa-apa lagi, Elias terus membawa Polina masuk ke dalam keretanya lalu memacu kenderaannya keluar dari kawasan club.
*****

            POLINA perlahan-lahan tersedar walaupun rasa ngilu masih lagi terasa pada bahagian perutnya yang ditumbuk. Dia seraya bangun apabila tersedar dia berada dalam bilik seseorang. Ruang sekeliling itu dipandang.
            Good morning!” ucap Elias dari pintu kamar mandi. Tubuhnya itu hanya ditutupi dengan tuala. Rambutnya pula serabai dan basah.
            Terkejut Polina memandang Elias. Cepat-cepat dia memandang tubuhnya. Syukur. Pakaiannya masih lengkap. Dia memandang semula Elias. Elias menghampiri Polina lalu duduk dibucu katil.
            “Encik selamatkan saya?” soalnya.
            “Siapa lagi? Kalau bukan aku, kau tentu dah dirogol diorang. Hmm.. memandangkan kau kau dah sedar, kau bolehlah berambus, ya!” kata Elias seakan menghalau. Dia terus bangkit ingin keluar dari bilik itu.
            Polina segera melompat keluar dari katil lalu menghalang laluan Elias.
            “Saya takkan pergi selagi encik tak ikut saya pulang,” kata Polina. Berani.
            Elias tersenyum. Kepala Polina ditolak kasar membuatkan Polina tergerak ke tepi. Dia melangkah keluar.
            “Encik, tolonglah. Kali ini saja, ikut saya pulang. Bapa…”
            “Diam!” tengking Elias.
            Polina serta-merta terdiam.
            “Aku taknak dengar apa-apa berkaitan dengan lelaki tua itu, aku takkan pulang!”
            Polina hanya memandang Elias melangkah masuk ke biliknya.
            “Jadi, encik dah mengaku dia bapa encik?”
            Baru saja Elias ingin memulas tombol pintu, dia terdengar kata-kata Polina yang membuatkan dia berhenti. Dia menoleh semula. Matanya tajam memandang Polina.
            Polina tersentap. Dia seakan kaku melihat mata tajam Elias. Perlahan-lahan Elias maju kearahnya. Polina pula berundur setapak demi setapak apabila Elias semakan menghampiri sehinggalah tiada ruang lagi untuk dia berundur. Dia terperangkap diantara dinding dengan Elias.
            Elias melekapkan kedua-dua tapak tangannya ke dinding, menghalang Polina daripada melarikan diri.
            Polina menelan liur. Dia gerun melihat Elias ketika itu. Nampaknya dia sudah pun membuatkannya marah. Tapi dia tidak kisah sekiranya Elias ingin memukulnya, asalkan itu boleh membuatkan Elias ikutnya pulang. Polina menutup matanya seakan merelakan dirinya dipukul.
            Tidak semena-mena, dia terasa seperti ada sesuatu yang menjalar diperutnya. Matanya terbuka luas. Dia pandang ke bawah. Tangan Elias! Dia segera menapis tangan Elias lalu menolak kasar tubuh lelaki itu. Dia berganjak jauh dari tempatnya, menjauhkan diri.
            Elias tersenyum. Dia melihat Polina sudah memeluk tubuhnya.
            “Apa yang encik cuba nak buat ni?” soal Polina. Dahinya berkerut, marah.
            “Kenapa kau lari? Bukankah kau tutup mata tanda kau merelakan aku menyentuh kau?”
            “Itu… sebab saya fikir encik nak pukul saya sebab tu saya tutup mata!” marah Polina.
            Elias tergelak. “Aku lebih rela melakukan ‘itu’ daripada memukul kau, perempuan. Tapi jangan risau, kau bukan taste aku. Lagipun, aku cuma nak tengok sejauh mana kau sanggup paksa aku pulang,” ujar Elias.
            Polina mendengus kecil. “Kalau saya serahkan tubuh saya, adakah encik akan ikut saya pulang?”
            Membuntang mata Elias mendengar jawapan Polina itu. Sejauh itu dia sanggup lakukan semata-mata ingin membawa aku pulang? Baik! Kita tengok. Tidak semena-mena, Elias terus meluruh memeluk tubuh Polina lalu mengucup rakus seluruh tengkuk Polina.
            Polina menekup rapat matanya, dia biarkan dirinya diperlakukan seperti itu. Tanpa dipinta, air matanya jatuh ke pipi. Jangan nangsi Poli, kau yang sudah berjanji!
            Baju kemeja Polina diselak sehingga menampakkan bahunya yang putih. Saat Elias ingin mengucup bahunya, terasa ada titisan hangat jatuh dipipi kirinya. Dia memandang ke wajah Polina. Dia mengeleng. Perlahan-lahan dia melepaskan tubuh Polina yang sudah mengeletar ketakutan itu.
            Polina membuka matanya apabila terasa tiada lagi bibir hangat yang menyentuh lehernya. Dia terundur apabila tubuhnya ditolak oleh Elias. Cepat-cepat dia membetulkan baju kemejanya. Sisa air mata dikesat.
            “Kenapa kau sanggup buat semua ni?” soal Elias tidak faham.
            “Sebab saya sudah berjanji pada bapa encik yang saya akan membawa encik pulang,” jawab Polina. Lurus dan terus kepada tajuk utama.
            Elias tergelak mengejek. “Kenapa kau boleh taat pada lelaki tua bajingan tu, huh? Apa yang dia dah buat pada kau?”
            “Dia dah macam bapa pada saya, pada saat saya perlukan bantuan, dia ada. Dia yang tolong saya,”
            “Hum! Entah-entah, kau tu cuma pelepas sex dia saja,” kata Elias serkap jarang.
            Polina tiba-tiba merasa berang mendengar penghinaan itu. Sebelum ini, belum pernah dia mendengar orang mengelarnya seperti itu.
            “Encik, tolong hormat Tuan Eliska, dia bapa encik! Dan saya bukan perempuan seperti itu!”
            “Bapa? Bapa apa yang sanggup jual anaknya sendiri, huh? Dia jual aku semata-mata ingin mendapatkan wang. Wang untuk kepentingannya sendiri! Itu yang kau panggil bapa?” bentak Elias.
            “Dia buat semua tu…” ayat Polina terhenti. Dia seakan teragak-agak ingin menyambung ayatnya.
            “Sebab apa? Kau tak perlulah jelaskan, aku nampak dan dengar dengan kepala aku sendiri. Dia tu memang seorang lelaki yang tak guna. Aku rasa lebih baik kau berambus!” tengking Elias.
            “Encik… saya merayu, tolong bagi Tuan Elisak peluang sekali lagi. Dia cuma nak tebus kesalahannya sebelum dia…”
            “Mati?” pintas Elias.
“Encik!” marah Polina.
“Biarlah dia mati. Saat dia menjual aku, aku bukan lagi anaknya dan dia bukan lagi bapa aku,” kata Elias sambil tersenyum sinis. Seakan tiada lagi rasa belas kasihan dalam hatinya untuk bapanya sendiri.
            “Sanggup encik cakap macam tu,”
            “Cukup! Aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang juga, jangan biarkan aku jumpa kau lagi,” Elias terus menoleh.
            “Saya takkan pergi, sehinggahlah saya bawa kau pulang,” tekad Polina membuatkan Elias berpaling semula.
            “Kau memang tak tahu erti putus asa, kan? Kau nak aku buat kau macam tadi lagi?” kata Elias berbaur mengugut.
            Polina angkat dagu. “Aku sanggup buat apa saja, kecuali ‘itu’. Aku sanggup jadi maid kau dirumah ni selama sebulan, kalau aku berjaya habiskan sebulan. Encik harus ikut saya,”
            “Aku tak perlukan maid!” Elias memeluk tubuh.
            “Encik, tolong beri saya peluang. Saya cuma perlukan sebulan saja, kalau encik tetap dengan pendirian encik, saya putus asa,” kata Polina.
            “Kenapa susah-susah nak cuba kalau kau dah tahu aku tetap dengan keputusan aku?”
            Polina tersenyum. “Belum cuba, belum tahu,”
            Elias ikut tersenyum. “Okey,” dia terima pertaruhan itu. Dia ingin tahu sejauh mana Polina sanggup bertahan hidup sebumbung dengannya selama sebulan.

*****

            “POLINA!!” jerit Elias dari pintu utama. Dia mencari ke dapur, tiada. Dia naik ke bilik, pun tiada. Akhirnya dia mendengus. Mana budak ni dah pergi? Dah putus asa? Senangnya! Dia pun turun, menuju ke halaman belakang.
            “I won’t give up on us~ even if the sky get rough~”
            Langkah Elias terhenti saat terdengar suara lunak seseorang mendendangkan lagu inggeris itu. Dia menjenguk ke taman. Kelihatan Polina sedang menyiram bunga dengan hos sambil bernyanyi. Dia memeluk tubuh, memerhati setiap gerak-geri gadis itu.
            “Encik?” Polina tersentak saat ternampak Elias berdiri disebalik pokok renek menghujau itu.
            Elias terkesima lantas berdehem. Dia menghampiri Polina. “Kau buat apa ni?” soalnya agak kasar.
            “Oh…siram bunga,”
            Wajah Elias tambah berkerut. “Aku cakap, kau buat apa?”
            Polina kelu. Kan saya sedang siram bunga ni, tak nampak?
            “Kau hanya perlu buat apa yang aku suruh, aku tak pernah suruh kau siram bunga!”
            “Er… tapi, bunga-bunga ni perlu disiram, kan?” takut-takut Polina menjawab, kecut perutnya melihat wajah Elias yang serupa singa jantan itu.
            “Masuk! Kau masih ada kerja didalam,” arah Elias.
            Polina segera meletakkan host lalu menutup pili air. Dia pun membuntuti Elias masuk ke dalam rumah. Elias membawa Polina ke biliknya. Polina segera terhenti di muka pintu.
            Dahi Elias berkerut, dia terus berpaling ke belakang. “Kenapa? Kau ingat aku nak buat apa-apa dekat kau?” katanya seakan dapat membaca apa yang bermain dikepala Polina.
            Polina menggeleng perlahan. Sebenarnya, dia memang takut kalau-kalau Elias mempunyai fikiran seperti itu. Dia melihat Elias, akhirnya dia melangkah juga.
            “Ni,  aku nak kau gosok baju-baju aku, aku nak jalan esok,” kata Elias sambil membuka almarinya yang dipenuhi dengan baju kameja berjenama itu.
            “Semuanya?”
            Elias memandangnya.
            “Oo..okey!” jawabnya lalu membawa keluar sebahagian daripada baju itu, sebahagian lagi dia akan gosokkan selepas dia menyelesaikan longgakan yang pertama. Dia membawa pakaian itu menuju ke ruang tamu.
            Elias sekadar melihat Polina melakukan kerja itu dari atas. Lama-kelamaan dia pun turun. Dia duduk diruang tamu. Majalah Men yang ada dibawah meja, dicapai lalu dibelek. Sesekali dia memandang kearah Polina yang sudah berpeluh-peluh mengosok pakaiannya. Sebetulnya, dia hanya perlukan beberapa pasang baju saja, tetapi sebab terlalu mehu melihat Polina berputus asa, dia harus berlaku kejam.
            “Argh!”
            Elias terus memandang Polina. Gadis itu meniup-niup tangannya yang terkena besi panas sterika itu. Tercelit rasa bersalah Elias saat melihat kulit belakang tapak tangan Polina berubah kemerah-merahan.
            “Sudahlah! Ubatkan tangan kau tu,” arah Elias.
            “Tapi baju ni?”
            “Tak apa, lain kali kau boleh buat lagi,” kata Elias.
            Polina pun terus bangkit menuju ke dapur.
            Selepas pemergian Polina, Elias terus mengeluh kecil. Dia mematikan suis dan bergerak ke dapur.
            “Macam mana tangan kau?”
            Polina yang sedang membasahkan tuala disinki terus menoleh. “Sikit aja ni,” jawabnya. Setelah siap membasahkan tuala itu, dia pun duduk.
            Elias terus menghampiri dan mencapai tangan Polina. Dibelek tangannya dengan penuh rasa ingin tahu.
            “Er..tak apa!” Polina agak janggal dengan kelakuan Elias itu, dia terus menaik tangannya dan mula melekapkan tuala basah itu ke permukaan belakang tapak tangan.
            “Macam mana boleh melecur? Kau tak pernah buat kerja macam ni?” soal Elias seakan satu sindir.
            “Pernah,” jawabnya perlahan.
            Elias berdehem. Dia melihat wajah Polina yang berkerut-kerut kepedihan. Dia terus merampas tuala basah itu dari tangan Polina serentak itu dia memegang tangan gadis tersebut.
            “Encik!” Polina ingin menarik tangannya tetapi Elias enggan melonggarkan pegangannya.
            “Diam!” jerit Elias kecil.
            Polina terus terdiam. Senyap bertandang seketika. Polina memandang Elias degan penuh tanda tanya. Dia pelik, kerana lelaki itu tidak pernah mengambil berat akannya sebelum ini, malah lelaki dihadapannya yang selalu bermasam itu tiba-tiba menunjukkan wajah lembut. Polina tersenyum nipis tanpa sedar.
            “Jangan ingat aku ambil berat, aku cuma rasa bersalah,” jawab Elias seakan tahu apa yang bermain dikotak minda Polina.
            Polina sekadar berdehem.
            “Macam mana kau kenal orang tua tu?” soal Elias tanpa memandang wajah Polina.
            Polina seakan terkesima, lantas dia tersenyum nipis.
            “Saya kenal Tuan Elisak sewaktu umur saya 17 tahun, dia tolong saya masa saya hampir-hampir dirogol oleh sekumpulan samseng. Selepas itu, dia yang jaga saya bila ibu bapa saya ditimpa kemalangan 3 tahun lalu. Dan sampai sekarang, dia yang jaga saya,” cerita Polina.
            “Hm.. anak orang dia sanggup jaga, anak sendiri dia sanggup jual!” kata Elias sarkastik. Elias meletakkan tuala itu ke atas meja dapur.
            “Encik, dia tak pernah menjual encik. Dia lakukan semua tu untuk kebaikan encik,”
            “Kebaikan apa? Untuk kebaikan diri dia sendiri begitu? Jelaskan dengan aku, Polina. Kenapa bapa sendiri sanggup menjual anaknya?”
            “Saya tak boleh nak bagitau encik perkara sebenarnya, tapi kalau encik nak tahu encik ikutlah saya pulang. Saya pasti Tuan Elisak akan ceritakan semuanya pada encik,”
            Elias mendengus. “Jangan nak main muslihat dengan aku, Polina. Aku tahu kau Cuma nak pancing aku supaya aku pulang, kan? Jangan mimpi, aku takkan pernah maafkan lelaki tu!” Elias bingkas bangkit lalu meninggalkan meja makan.
            “Encik nak pergi mana?” laung Polina tapi Elias tidak membalas. Elias sudah pun pergi. Seketika kemudian, dia terdengar satu dentuman kuat dari atas.
            “Eh, dia ni… tadi baik saja. Lepas tu tiba-tiba marah pula!” rungut Polina. Dia pun segera menyimpan tuala itu dan kembali ke ruang tamu untuk menyiapkan kerjanya.

*****
            POLINA terjaga dari tidur. Dia memandang sekeliling. Dahinya berkerut kerana dia sudah berada diatas katil, seingat dia, dia terlelap disofa semalam. Dia tersenyum lalu menyelak selimut itu dari tubuhnya. Tiba-tiba dia ternampak sekeping nota diatas meja tidur.

Mungkin dua hari baru aku pulang. Jaga rumah baik-baik!

            Polina tersenyum membaca pesanan Elias itu. Nota itu diletak semula keatas meja kemudian berlalu ke bilik air.
            Pagi itu, dia dikunjungi oleh seorang tetamu yang tidak diundang. Madam Riha, regular customer Elias. Tapi kenapa dia datang sini pagi-pagi begini?
            “Encik Elias tiada, dia dah pergi. Mungkin lusa baru pulang,” soal Polina.
            “Aku tahu,”  Madam Riha melangkah masuk.
            “Apa maksud kedatangan puan kesini?” soal Polina.
            Madam Riha mengangkat bahu.
            “Selama ni, Elias tak pernah bawa mana-mana perempuan balik ke banglonya, tapi kau. Kau adalah perempuan pertama yang jejakkan kaki ke banglo ni. Aku tak percaya,”
            “Tapi bukankah puan dah jejakkan kaki puan ke banglo ni?”
            Pantas Madam Riha memandang kearahnya. “Tak sama. Sepatutnya aku yang jadi orang pertama bukan perempuan murah macam kau! Dibandingkan dengan kau, aku lebih kaya daripada kau. Perempuan murah macam kau hanya pelepas nafsu dia!”
            “Puan, saya bukan seperti yang puan sangkakan. Dan tolong hormat saya, puan adalah tetamu dirumah ini,”
            “Tetamu? Jadi kau fikir kau tu pemilik rumah ni? Sedar sikit, rumah ni Elias yang punya, kau tu setakat orang gaji dia!”
            “Okeylah… saya orang gaji dia. Jadi apa yang membuatkan puan tak puas hati pada saya, saya kan cuma orang gaji dia,” Polina masih mengamalkan sikap tenangnya.
            “Aku nak kau keluar dari rumah ni!” kata Madam Riha.
            “Saya tak boleh. Selagi Elias tak suruh saya keluar, selagi itu saya takkan keluar,” kata Polina penuh yakin.
            “Kau!” Madam Riha sudah mengangkat tangan.
            “Puan nak pukul saya? Nanti apa kata Elias pula? Bukankah Elias tak pernah bawa perempuan di banglo ni? Kalau dia nampak kesan tamparan puan, dia akan tanya siapa yang datang sini,” kata Polina berbuar mengugut. Madam Riha segera menurunkan tangannya.
            “Kau akan terima pembalasannya!” dengus Madam Riha lalu seraya beredar. Setelah Madam Riha hilang dimuka pintu, Polina terus menghembus nafas lega.
            “Hampir-hampir!” keluhnya. Sebenarnya dia sudah takut tangan Madam Riha menampar pipinya yang putih itu, nasib baik Madam Riha termakan kata-katanya kalau tidak, lebam pipinya.

*****

            “POLINA!” laung Elias dari muka pintu. Polina yang dari dapur bergegas keluar mendapatkan Elias.
            Pang! Tiba saja Polina didepan pintu, pipinya ditampar oleh Elias. Terjatuh dia ke lantai. Dia memandang Elias sambil memegang pipinya yang panas itu.
            “Berani kau sentuh Riha? Dia cuma datang melawat kau tapi kau sanggup tampar dia? Aku tak percaya kau sanggup buat begitu Polina. Aku baru pergi tak sampai tiga hari, kau dah buat masalah!” tengking Elias.
            Seakan ada sebiji meteor yang menghempas kepala Polina apabila mendengar kata-kata Elias itu. Dia tidak pernah menyentuh Madam Riha malahan Madam Riha yang ingin menamparnya. Dia tidak percaya yang Elias termakan hasutan Madam Riha.
            Perlahan-lahan dia bangkit. “Saya tak tampar dia, encik. Dia yang nak tampar saya,” sakit hati Polina. Dia ingatkan Elias berbeza dengan orang lain, yang tidak mudah termakan hasutan orang tapi dia silap.
            “Kenapa Riha cakap macam tu kalau betul kau tak buat?”
            “Dia buat begitu sebab dia marah, dia cemburu pada saya sebab saya adalah perempuan pertama yang menjejakkan kaki disini. Encik percayakan dia sebab encik sayangkan dia sebab itu encik tak siasat kebenarnya dulu,” ujar Polina. Ada nada menyindir didalam suaranya.
            Elias kelihatan terpana mendengar penjelasan Polina.
            “Polina…maafkan aku,” dia segera meminta maaf.
            “Tak perlu, saya faham. Kita lupakan masalah ni, jangan lupa tujuan asal kita,” jawab Polina lalu beredar naik ke biliknya. Masuk saja dia dibilik itu, dia menangis teresak-esak. Penat dia menahan air matanya daripada jatuh tadi. Dia tidak mahu Elias melihat dirinya yang lemah.

            MALAM ITU, Elias langsung tidak dapat lelapkan mata. Dia masih lagi rasa bersalah terhadap Polina. Dia tidak akan dapat melelapkan mata selagi dia tidak meminta maaf. Dia memang bodoh kerana sudah menampar Polina. Dia mendengus.
            Dia membenci dirinya kerana tidak dapat menghalau kejadian petang tadi. Akhirnya dia terus keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Polina. Bilik Polina tidak tertutup, malah Polina juga tidak berada didalam biliknya. Hati Elias sudah mula berdengup kencang. Dia berdoa agar ia bukan seperti yang dia fikirkan.
            Elias terus berlari keluar dan turun ke ruang tamu. Dia mencari-cari kelibat Polina sehingga ke dapur. Mungkin dia sedang makan tetapi sangkaannya meleset. Dia keluar ke halaman belakang rumah, disitu juga tiada. Dia kembali ke ruang tamu.
            Hatinya lega melihat Polina sedang terbaring disofa. Elias tersenyum kecil melihat wajah mulus Polina yang terlelap itu. Wajahnya tenang dan bersahaja namun mampu mengetarkan jiwa lelaki Elias. Elias pelik sendiri, wajah Polina tidaklah cantik seperti gadis-gadis yang dikenalinya tapi kenapa setiap kali dia menutup mata, wajah itu yang berlegar dimindanya? Dia tidak tahu, tapi itulah kali pertama dia merasa perasaan seperti itu.
Elias mengeluh kecil. Perlahan-lahan dia mendekati Polina lalu menyentuh pipi kiri Polina. Maafkan aku, Polina. Lalu pipi itu dikucup mesra.
            “Elias?”
            Elias tersentak. Dia tidak sedar yang Polina sudah terjaga. Dia seraya bangun lalu membelakangi Polina.
            “Aku rasa, kita patut lupakan saja perjanjian sebulan itu. Walauapapun yang terjadi, aku takkan ubah keputusan aku. Jadi, lebih baik kau pulang Polina,” kata Elias.
            “Saya takkan pergi selagi perjanjian itu belum tamat, saya takkan putus asa sehingga hari itu berakhir,” nampaknya Polina sungguh nekad dengan kata-katanya tempoh hari.
            Elias menoleh. “Betul, kau takkan putus asa?”
            Polina mengangguk. Pasti 100% dengan keputusannya. Elias hanya tersenyum. Senyumannya itu penuh dengan makna tersirat.

*****

            ESOKKAN harinya, Elias lambat pulang. Tetapi apabila dia pulang, dia membawa seorang perempuan. Polina hanya memandang dari balkoni dalam rumah. Wanita yang dibawa bukan Madam Riha, tapi wanita yang lebih muda mungkin lingkungan 30-an. Cantik dan seksi.
            Elias dan wanita itu masuk sambil berpelukan dan ketawa berdekah-dekah. Mereka melangkah menaiki tangga, mungkin menuju ke biliknya tetapi sangkaanya meleset, Elias membawa perempuan itu masuk pula ke biliknya.
            “Encik, itukan bilik saya?” soal Polina. Tidak suka katil tempatnya tidur iru dijadikan tempat untuk bercengkerama.
            So?” soal Elias sambil mengucup rakus tenguk wanita itu tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Polina.
            “Saya nak tidur mana?”
            “Suka hati!” jawab Elias.
            “Sayang, cepatlah!” rengek gadis itu. Tanpa berkata apa-apa lagi Elias terus memcampung wanita itu masuk ke dalam bilik Polina.
            Polina mendengus sambil menghentak sebelah kaki. “Hish!” dengusnya geram.
Tetapi melihat adegan itu sesekali membuatkan hati Polina menjadi sakit. Dia tahu, Elias melakukan semua itu kerana ingin melihat sejauh mana dia bertahan. Biar saya bagitau encik, saya lebih kuat daripada yang encik sangkakan! Desis hati Polina.

            ESOKAN HARINYA, Elias membawa teman-teman clubnya ke rumah. Polina yang terpaksa sediakan makanan untuk tetamu.
            “Elias, ajaklah pembantu rumah kau sekali!” cadang Hossein pula.
            Elias yang sedang menari dengan kawan perempuanya segera memanggil polina. Polina datang serta-merta.
            “Kau taknak join kami sekali?” kata Hossein.
            “Saya tak minum,” jawab Polina.
            “Dia tipu, sebenarnya dia ni dah biasa. Dia cuma berpura-pura innocent. Bagi dia segelas, dia akan minum,” kata Elias sambil memandang Polina dengan riak wajah penuh makna.
            Polina tahu, dia sengaja melakukan itu.
            “Saya tak minum, maafkan saya,” tapi dia bukanlah perempuan yang mudah tunduk pada telunjuk orang lain.
            “Jadi kau tak sanggup? Dah putus asa?” provoke Elias.
            “Tak, encik. Cuma saya tak minum, itu saja. Kalau encik dan kawan-kawan encik nak minum sampai pagi takda siapa yang akan halang. Kalau ada apa-apa yang kamu perlu, saya ada dalam dapur,” kata Polina lagi lalu seraya beredar.
            Elias tersenyum. Tetapi dalam hati dia berasa tercabar dengan sikap Polina sehinggakan dia ingin sekali melihat Polina terseksa. Melihat sikap Polina yang selalu tenang itu seakan mengugat hatinya. Kesabaran yang Polina tunjukkan selama mereka bersama itu sedikit sebanyak mengoncang hati dan perasaannya. Perasaan itu mulai timbul apabila dia salah faham lalu menampar Polina. Hari itu membuatkan dia sedar bahawa dia sudah mulai jatuh cinta dengan Polina. Sebab itu, adalah lebih baik Polina pergi dari hidupnya lebih awal daripada dia tidak dapat menanggung perasaannya lagi.

            “HAI,” sapa salah seorang teman Elias yang masuk ke dapur. Polina yang sedang duduk diam segera berdiri.
            “Hai, ada apa-apa yang kamu perlukan?”
            Lelaki itu tidak menjawab melainkan mendekati Polina. Polina berundur perlahan. Tiba-tiba tubuhnya ditangkap.
            “Hei, apa ni?” Polina seakan menjerit.
            “Hey, bukan Elias saja yang nak rasa tubuh kau, aku pun nak juga,” kata lelaki itu lalu menjilat cuping telinga Polina.
            Polina terus menjerit dan menendang celah kaki lelaki itu membuatkan lelaki itu terduduk menahan kesakitan. Wajahnya sudah merah padam.
            “Polina!” Elias dan teman-temannya datang dengan riak terkejut.
            Polina sudah mengeletar. Memori hitam kembali menghantui dirinya sebaik saja dia dipeluk oleh lelaki itu.
            “Kau okey?” soal Elias lalu mendekati Polina tapi Polina segera angkat tangan.
            “Jangan dekat!”
            Langkah Elias segera mati. Polina pula terus beredar. Dia tidak mahu berada dalam kalangan itu lagi, menakutkan!

*****

            PAGI-PAGI itu Elias merasa begitu janggal kerana setiap pagi Polina akan bangun untuk membuatkan dia sarapan, kali ini dia langsung tidak melihat kelibat Polina. Lantas dia pun mengambil keputusan pergi ke bilik Polina. Tombol pintu bilik Polina dikuak, tidak berkunci. Semalam dia menjenguk bilik Polia terkunci.
            Dia melangkah masuk ke bilik Polina. Derap langkahnya itu sangat perlahan mengalahkan seorang penjejak. Kelihatan Polina masih tidur.
            “Polina, bangun!” kata Elias,keras. Dia tidak ingin berkasar, tetapi bibirnya sendiri yang menuturkan ayat kasar itu.
            “Polina!” dia melutut dihadapan katil. Dahinya berkerut melihat muka Polina yang berpeluh. Rambunya juga sudah basah dek peluh. Dia sakitkah? Pantas dia memegang dahi Polina. Panas!
            Elias mula cemas. Dia tidak pernah menengani orang yang demam panas, kalau dia demam dia hanya akan makan ubat panadol saja.
            Lantas dia terus menghubungi temannya Hossein untuk bertanya bagaimana untuk menengani orang yang demam. Setelah mendapat semua jawapan, dia segera menyediakan alatan yang diperlukan. Tuala bersih, air dan juga bubur dan lagi, lap badan Polina.
            Setelah mengelap tubuh Polina, dia pun pergi menyediakan bubur kosong. Setengah jam kemudian, Polina masih tidak sedarkan diri, malah bahang tubuhnya kian meningkat. Apa yang harus aku buat?
            Polina sudah memeluk lututnya kesejukan. Melihat keadaan Polina itu, Elias terus naik ke katil. Kata orang, haba tubuh manusia boleh menghangatkan. Biar aku cuba!
            Tubuh Polina dipeluk. Dahi Polina pula dikucup bertubi-tubi. Jangan jatuh sakit, Polina. Aku takut! Bisiknya dalam hati. Sesekali dia melap leher dan juga dahi Polina. Polina berada dalam dakapannya sehinggalah keesokan pagi.

            POLINA membuka matanya apabila terkejut dengan bunyi besen besi berlangar dengan kayu.
            “Kau dah bangun?” kata Elias lalu menyentuh dari Polina. Panas badannya sudah berkurangan.
            “Kenapa?” soal Polina seakan tidak faham dengan tindakan Elias itu.
            “Kau demam kemarin, kau baru saja sedar hari ni,” terang Elias.
            “Jadi kau yang jaga saya? Semalaman?” tanya Polina.
            Elias mengangguk. “Termasuk jaga tubuh kau,” katanya.
            Dahi Polina berkerut, lantas dia memandang pakaiannya. Tinggal kameja, besar dan yang pasti bukan kepunyaannya. Pantas dia memandang Elias.
            “Jadi kau…? Miang! Lelaki miang!” jerit Polina tiba-tiba. Bantal disisinya segera dileparkan kearah Elias.
            “Wei.. bertenang! Aku takada niat jahat pun. Aku cuma nak turunkan suhu badan kau, itu ja! Sakit!” aduh Elias apabila Polina tidak henti-henti memukulnya dengan bantal satu lagi.
            Akhirnya Polina berhenti. Nafasnya tercungap-cungap. Dia masih belum cukup tenaga lagi untuk bertindak begitu tapi dia terlalu marah dengan perbuatan Elias itu.
            “Betul encik tak buat apa-apa pada badan saya?” soal Polina, tapi pandangannya masih pandangan curiga. Dia tidak percaya lelaki seperti Elias itu tidak akan merasa apa-apa walaupun sudah melihat tubuh seorang wanita.
            “Tak. Buat apa aku nak buat begitu, aku terlalu risau tengok semalam sampai aku tak tahu nak buat apa melainkan tengok kau sembuh semula,” kata Elias tergagap-gagap. Merah padam pipinya mengucapkan ayat itu. Selama ini, tidak pernah dia mengambil berat dengan mana-mana perempuan, sehinggalah Polina muncul.
            “Encik, risaukan saya?” soal Polina seakan tidak percaya.
            Elias tidak menjawab, dia membuang wajahnya ke arah lain.
            Bibir Polina mengukir senyuman apabila perasaan telinga Elias sudah berubah merah.
            “Encik malu, ya?” Polina cuba mengusik Elias sambil tersengih-sengih.
            Elias terkebil-kebil. Dia segera bangkit. “Diamlah!” marahnya lalu segera beredar.
            Polina hanya bisa ketawa melihat gelagat Elias yang seperti kanak-kanak itu. Malu-malu kucing pula!

*****

            MADAM RIHA masuk ke pejabat Elias tanpa mengetuk pintu. Elias yang sedang berdiri dihadapan tingkap cermin segera menoleh.
            “Siapa suruh kau masuk? Guard!” kata Elias dengan lantang sambil memanggil pengawal dihadapan pintu pejabatnya. Dengan pantas kedua-dua yang menjaga pintu pejabatnya datang meluru.
            “Kan aku dah cakap, aku taknak siapa-siapa ganggu aku! Bawa dia keluar!” arah Elias keras.
            “Tunggu!” kata Madam Riha serta-merta menghentikan dua pengawal itu.
            “Aku nak cakap sikit dengan aku, Elias,”
            “Apa lagi? Bukankah hari tu dah settle?”
            “Aku nak minta maaf, jangan buang aku lagi Elias. Aku tak boleh hidup tanpa kau!” kata Madam Riha seakan merayu. Entah dia ikhlas atau tidak berkata sedemikian.
            ”Sudahlah Riha. Kau tidak bersalah, yang salah aku. Aku yang termakan hasutan kau. Tapi walaupun begitu, aku tak boleh terima kau sebagai pelanggan aku lagi,”
            “Jangan Elias. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku, hanya kau boleh beri aku kekuatan,” Madam Riha sudah memeluk kaki Elias.
            “Riha! Berhenti, Riha!” kata Elias apabila tangan Madam Riha sudah menjalar didadanya. Bibirnya pula tidak henti-henti mencium leher Elias.
            “Encik,”
            Elias tersentak saat terdengar suara Polina. Dia segera memandang ke muka pintu. Polina sedang berdiri memerhatikan dia didalam pelukan Madam Riha. Cepat-cepat dia menolak tubuh Madam Riha. Entah kenapa dia merasa jijik dengan perbuatan Madam Riha itu kepadanya sedangkan dia sudah melakukan lebih daripada itu dengan Madam Riha.
            “Polina!” Elias terus mengejar Polina saat Polina sudah melangkah pergi.
            Madam Riha tersenyum puas. “Kalau kau tak jadi milik aku, tiada siapa yang akan dapat memilik kau, Elias!” katanya dengan sinis. Dia pun meninggalkan bilik itu sambil ketawa terbahak-bahak.
*****

            “POLINA, tunggu! Polina, tunggu!” Elias mengejar Polina sehingga ke luar club. Tangan Polina segera disambar, takut Polina lagi daripadanya lagi.
            Polina berhenti. Tangannya dibiarkan dalam genggaman Elias. Dia mengesat air matanya yang jatuh setitik.
            “Aku boleh jelaskan. Aku dengan Madam Riha dah takda apa-apa lagi,”
            “Takda apa-apa. Encik ingat saya buta?” balas Polina seakan menyindir.
            “Bukan aku yang mulakan. Perempuan tu yang mula dulu!”
            “Oh… perempuan tu yang mula dulu? Jadi kalau dia tak mulakan, encik takkan ikut permainan dia, begitu? Yeah, right!” Polina terus menaik tangannya dan melangkah pergi. Hatinya betul-betul membara melihat adegan dalam pejabat tadi, seolah-olah hatinya dipanggang didalam ketuhar! Dia tidak tahu apa sudah terjadi dengan dirinya, yang dia tahu dia marah dan rasa macam nak terajang saja Elias sekarang.
            “Kau cemburu, kan?” kata Elias lagi lalu memaut tangan Polina.
            Polina memandang kearahnya. “Kalau encik setakat nak cakap itu, lebih baik encik lepaskan saya saja!” Polina menarik tangannya tapi Elias enggan melepaskan. Polina mengangkat kepala, memandang tajam kearah Elias.
            Elias tersenyum. “Kenapa aku nak lepaskan kau, kalau dah terbukti yang kau cemburu. Cemburu tandanya sayang,” kata Elias.
            “Ee.. tolonglah!” Polina meronta ingin dilepaskan.
            “Aku cintakan kau, Polina!” ucap Elias membuatkan pergerakan Polina terhenti.
            “Huh?”  soal Polina seperti orang dungu.
            “Aku cintakan kau, Polina. Dengar?” kali ini dia meninggikan sedikit volume suaranya.
“Encik cin.ta.kan saya?” pelan-pelan Polina menghabiskan ayatnya.
            Elias senyum. “Aku tak tahu tapi, aku rasa aku cintakan kau sebab… cuma kau yang buat jantung aku berdegup kencang, Cuma kau yang boleh buat aku rindu dengan kau,” luah Elias.
            Polina tidak dapat berkata apa-apa melainkan mendengar setiap bait ucapan Elias.
            “Kau dengar tak ni?” kata Elias membuatkan Polina tersentak.
            Dia mengangguk perlahan.
            “Kau cintakan aku?” soal Elias pula.
            Polina tersenyum. “Saya akan cakap kalau encik ikut saya pulang,” kata Polina pula, bermain tarik tali dengan Elias.
            Elias menghembus nafas berat, dia melangkah ke kiri membelakangi Polina. Itu bukan satu permintaan yang mudah baginya, dia belum bersedia untuk berjumpa dengan lelaki yang sudah menjualnya demi kekayaan. Hatinya belum terbuka unutk memaafkan lelaki itu.
            Polina menghampiri. “Tolonglah, Issac. Pulanglah,”
            Elias terkejut mendengar nama yang disebut Polina itu. Sudah lama dia tidak mendengar namanya disebut oleh orang lain.
            “Kau tahu nama sebenar aku?”
            Polina mengangguk. “Saya dah lama tahu sebab itu saya tak pernah panggil encik dengan gelaran Elias, sebab itu bukan diri encik yang sebenar,”
            “Issac… bapa yang berikan nama itu pada aku,”
            “Pulanglah… setiap orang berhak untuk mendapatkan peluang kedua. Macam mana Tuan Eliska nak membuktikan dirinya kalau Issac taknak bagi dia satu lagi peluang?”
            “Tapi, aku tak boleh nak berhadapan dengan dia, Polina. Benci aku sudah melebihi sayang aku pada dia. Aku tak boleh,”
            “Issac, awak tak boleh sebab awak enggan terima kebenarnnya. Kebenaran tidak menyakitkan, Issac. Ia berikan awak kehidupan yang baru. Awak tidak lemah, awak mampu untuk menghadapinya,”
            Kata-kata Polina itu sedikit-sebanyak membuka pintu kemaafan dihatinya. Mungkin sudah tiba masanya aku berhadapan dengan diri aku sendiri.

*****

            “KENAPA kita ke hospital, Poli?” soal Elias apabila mereka tiba dihadapan sebuah hospital besar di kota bandar itu.
            “Ikut saya,” kata Polina lantas keluar daripada kereta itu. Elias itu sama. Mereka pun melangkah masuk ke dalam bangunan besar itu. Bangunan Pesakit tua ditujui. Pintu pejabat yang bertanggungjawab merawat Tuan Eliska diketuk. Doktor itu segera menyuruh mereka masuk.
            “Apa? Seminggu yang lalu? Bukankah Tuan Eliska masih ada masa 3 bulan?” kata Polina seakan menengking. Air matanya bercucuran saat mendengar berita bahawa Enick Eliska, lelaki yang sudah dianggap bapa itu meninggal dunia.
            “Dia dah… meninggal?” soal Elias seakan tidak bermaya.
            “Maafkan kami, Cik Polina. Tapi Encik Eliska sendiri yang tidak benarkan kami memberitahu keadaannya. Tapi dia ada tinggalan cik sepucuk surat,” kata doktor itu lalu mengeluarkan sepucuk surat daripada laci mejanya lalu diberikan kepada Polina.
            “Dia takut cik tidak sempat untuk membawa anaknya pulang, jadi dia sediakan surat ini sebelum dia meninggal,” terang doktor itu pula.
            Polina merenung sampul itu. Kemudian memandang Elias pula. Wajahnya itu kelihatan kosong.
*****

            POLINA hanya memandang Elias dari kejauhan. Biarlah hari ini dia membiarkan Elias seorang diri bersama sepucuk surat yang ditinggalkan oleh mendiang bapanya, Tuan Eliska.

            Dihadapan anakku yang ku sayangi…

            Pada hari Issac membaca surat ini, mungkin bapa sudah tiada dalam dunia ini. Maafkan bapa kerana tidak sempat untuk berjumpa dengan mu, Issac. Maafkan juga kesalahan bapa yang dulu kerana sudah membuatkan hidup Issac terseksa.
            Tapi bapa tahu, bukan mudah untuk Issac memaafkan bapa setelah apa yang bapa lakukan. Menjual anak sendiri bukan satu kesalahan yang ringan, malah ia adalah salah disisi Tuhan. Ampunkan bapa, nak.
            Mungkin Issac tertanya-tanya mengapa bapa melakukan itu, bapa buat semua itu sebab bapa terpaksa membayar hutang ibumu, Araya. Tolong, Issac, selepas Issac membaca surat sehingga ke bawa jangan membenci ibumu, ya? Ibumu adalah seorang GRO disebuah kelab malam. Dia berhutang dengan lintah darat sebanyak 1 juta, bapa tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar hutang ibumu. Jadi mereka memberi bapa dua pilihan, sama ada membunuh Issac atau memberikan Issac kepada mereka, jadi bapa buat keputusan untuk memberikan Issac sebagai ganti 1 juta itu. Tapi kamu jangan membenci ibu kamu, kerana dia lakukan semua itu menjaga makan minum dan pelajaran Issac. Dengan wang upah bapa saja tidak mencukupi untuk kita sekeluarga. Jadi mama Issac terpaksa. Maafkan dia.
            Bapa bukan menjual kamu Issac, bapa tidak pernah menjual kamu. Bapa berkata begitu sebab bapa mahu Issac membenci bapa supaya Issac ikut mereka. Mungkin itu salah satu kesalahan bapa kerana membuatkan Issac salah faham pada bapa.
            Bapa bukan meminta belas kasihan dari Issac, bapa cuma ingin memberi kebenaran kepada Issac sebab bapa tahu Issac tidak akan memaafkan bapa.
            Untuk Polina, dia seorang gadis yang baik tapi mempunyai hidup yang malang. Jika Issac sudah berjumpa dengannya, layanlah dia dengan baik. Tolong jaga diri Issac dengan baik, ya? Dan jadilah insan yang baik dimata Tuhan. Amin.
            Maaf, bapa sudah tidak banyak masa. Selamat Tinggal, anakku.

Peluk Sayang.
Bapa.

            Elias melipat surat itu. Dia membiarkan air matanya jatuh ke pipi. Dia tidak akan sesekali menyekat air mata itu, biarlah itu menjadi pengajar kepadanya kerana tidak pernah memberi peluang kepada bapanya sendiri, tambahan lagi dia baru saja mengetahui yang ibunya juga seorang GRO. Apa yang sudah di lakukan dengan hidupnya? Dia menjadi Gigolo sama seperti ibunya. Hina! Dia betul-betul merasa jijik dengan dirinya.
            Elias terus bangkit lalu mulai melangkah. Polina yang sedar Elias ingin meninggalkan taman dihospital itu segera mengejar Elias.
            “Issac, awak nak pergi mana?” soal Polina.
            “Tinggalkan aku, Polina,”
            “Tinggalkan awak? Okey… tapi awak nak pergi mana?”
            “Maksud aku, tinggalkan aku untuk selama-lamanya. Jangan cari aku lagi!” kata Elias.
            Bagai ada yang memanah jantung Polina mendengar lafaz kata Elias itu. Dia kaku seketika. Matanya hanya terancap pada langkah kaki Elias yang semakin menjauh darinya dan seterusnya menghilang dari pandangan matanya.

*****
            Sebulan kemudian…

            “APA? Dah Seminggu dia kerja disana?” kata Elias seakan menjerit. Semua mata didalam cafe itu sudah memandang kearahnya. Tetapi dia tidak mengendahkan pandangan itu, dia cuma meminta kepastian adakah benar apa yang dikatakan Hossein itu.        
            “Ah’ah… aku bagitau kau ni pun curi-curi aja. Lain benar perangai dia sekarang berbanding pertama kali aku nampak dia. Jauh berbeza. Kau tahu dia dah merokok, pakaian dia pun dah macam pel…”
            “Cukup! Aku taknak dengar lagi. Kau aturkan macam mana aku boleh berjumpa dengan dia!” kata Elias, segera memintas kerana dia tidak sanggup Hossein mengelarnya ‘pelacur’
            “Okey-okey! Tapi bila?” soal Hossein.
            “Hari ini juga!” tekad Elias lalu mematikan talian. Selepas membayar bil dia terus keluar dari café itu.

            TEPAT jam 7 malam, Elias sampai ditempatnya berkerja dulu. Dia merenung bangunan yang bercahaya berwarna-warni dengan lampu neon itu. Sudah sebulan dia berhenti berkerja sebagai gigolo, kini dia kembali untuk membawa Polina pulang yang sudah dikatakan salah seorang GRO diclub itu.
            Elias menunggu disalah satu bilik karaok. Hatinya berdebar-debar menunggu kemunculan Polina. Dia tidak sabar melihat perubahan gadis itu. Mungkin tertanya-tanya adakah benar apa yang dikatakan temannya atau pun tidak.
            Tiba-tiba pintu itu dibuka. Elias bingkas bangkit. Dia menelan liur. Dia melihat Polina masuk dengan perlahan. Dia mengerut kening. Polina dihadapannya bukan seperti yang dikatakan Hossein, malah masih sama seperti Polina yang dulu. Memakai kameja dan seluar jeans.
            “Issac,” itulah nama pertama yang dikatakan Polina. Dia tersenyum dihadapan Elias.
            Elias pula terpinga-pinga. Pantas dia mendekati Polina. “Poli, inikah cara kau cari pelanggan? Dengan pakaian begini? Kemeja?” soal Elias. Dalam fikirannya, Polina betul-betul sudah menjadi GRO.
            Polina ketawa. “Saya bukan GRO, saya cakap begitu untuk umpan Issac supaya pulang ke pangkuan saya,” ujar Polina terus-terang.
            Elias terkebil-kebil. “Huh?”
            “Betul Elias. Kami yang rancang semuanya,” celah Hossein yang tiba-tiba muncul dimuka pintu.
            “Oh.. jadi, kamu tipu aku? Mati-mati aku ingat kau dah jadi GRO tau,” dengus Elias seakan marah. Tapi wajahnya menunjukkan yang dia lega.
            “Aku taknak kau jadi seperti aku, Poli. Aku sayangkan kau, aku taknak tengok hidup kau hancur,”
            “Jadi kenapa awak tinggalkan saya dulu?”
            “Itu sebab… aku ni gigolo. Aku layan semua perempuan, aku rasa aku tak layak untuk gadis yang baik macam kau, Poli. Kau tak mungkin dapat terima aku,”
            Polina memegang kedua-dua pipi Elias.
            “Issac, selama ni saya tak pernah mempersoalkan pekerjaan awak, saya tak pernah memandang serong pada kau. Sebab saya faham, awak bebas mencari kehidupkan awak sendiri. Saya terima awak seadanya, Elias ataupun Issac. Dua-dua orang yang sama, dua-dua orang yang saya sayang,”
            “Betul,  kau terima aku seadanya?”
            Polina mengangguk laju.
            “Terima kasih, Polina. Kau tahu, kau adalah cinta pertama aku dan mungkin hanya yang pertama saja,” ucap Elias.  
“Mungkin ramai wanita yang ada disisi aku, tapi mereka tak buat jantung aku berdegup kencang, kau wanita pertama yang membuatkan aku ternanti-nanti hari esok,” kata Elias lagi.      Mendayu-dayu suara Elias ditelinga Polina. Polina tersenyum.
I Love you!” ucap Polina. Tiada ayat lain yang boleh dituturkan untuk membalas kata-kata Elias itu, kerana 3 huruf itu sudah membuktikan betapa cintanya dia terhadap Elias. Dia hanya berdoa agar, kehidupan mereka selepas itu lebih baik daripada kemarin, dan kebenaran yang tersingkap membuka lembaran baru dalam hidup mereka masing-masing.

TAMAT  
4 Jan 2012 WED, 9.27 PM
            Edited – 8:22 pm, 16 Jan 2012 MON
           
***************************************************************** 
 p/s : okey....selepas berfikir selama sehari, saya post juga CFL ni. saya tak yakin cerita ni dapat menepati cita rasa pembaca atau tak. apa2 pendapat anda ttg cerita ni, just bagitau tanpa ragu2, ya?


 

3 comments:

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.