Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

02 January, 2012

Love.31 : Officially.


Love.31 : Officially.

            ADITYA dan Tamara berhenti dihadapan pangsapuri Tania. Sebelum Tamara melangkah masuk dia sempat menyuruh Aditya untuk menunggunya di luar. Pintu pangsapuri Tania dibuka menggunakan kunci pendua yang diberikan Dai tempoh hari.
Kelihatan Dai dan Tania sedang sibuk mempersiapkan diri mereka. Alatan solek bersepah diatas meja ruang tamu, pakaian pula bertimbun atas sofa.
            “Ah, baguslah kamu dah sampai, Tamara. Mari sini, tolong saya pilihkan baju untuk makan malam hari ini,” ujar Tania sebaik saja Tamara melangkahkan kakinya didalam rumah tersebut.
            Tamara terus mendekati mereka. Dia melihat Tania mempaerkan gaun berwarna biru dan putih dihadapannya.
            “biru,” pilih Tamara.
            “Hmm..okey, saya pilih biru,” kata Tania lalu bergegas menyarungkan guan itu dibiliknya.
            “Dai, saya ada benda nak cakap dengan kamu,” Tamara tidak ingin mengambil masa yang lama. Kalau boleh dia mahu selesaikan perkara itu dengan cepat.
            Dai yang sedang sibuk bersolek terus memandang Tamara. Renungannya itu tidak kelihatan mesra seperti kali pertama mereka berjumpa.
            “Apa dia Tamara? Kau nak bagitau aku yang kau ada hubungan dengan Aditya?”
            Membulat mata Tamara mendengar kata-kata Dai itu. Dia terus melabuh punggung disebelahnya.
            “Macam mana…”
            “Semalam, lepas kamu dua pergi. Aku turun untuk mengambil benda yang tertinggal dalam kereta, secara kebetulan kau dengan Aditya berada di lot parking, sambil berpelukkan,” tekan Dai.
            “Maafkan saya,” pinta Tamara.
            “Tak sangka kau seorang yang penipu, Tamara. Aku ingatkan kau berbeza dengan yang lain,” kata Dai seolah-olah benar-benar kecewa dengan Tamara.
            “Tolong jangan bagitau Tania pasal ni, saya akan berhenti kerja,” Tamara seakan merayu.
            “Aku takkan bagitau dia, tapi beritahu aku apa hubungan kau dengan Aditya? Macam mana kau boleh ada hubungan dengan Adi?” bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Dai.
            Tamara teragak-agak. Bukan dia enggan memberitahu, tapi kalau dia beritahu bolehkah Dai terima?
            “Sebenarnya…saya isteri Adi,” lafaz Tamara.
            Mata Dai membulat. Mungkin tidak percaya dengan apa yang sudah didengarinya.
            Tiba-tiba, Tania keluar dari biliknya membuatkan Tamara dan Dai tidak jadi meneruskan perbicaraan mereka.
            “Macam mana, cantik tak?” soal Tania sambil memperagakan gaun sutera berwarna biru itu dihadapan mereka.
            Tamara memandang Dai sebelum dia mengangguk memberi jawapan kepada Tania. Tiba-tiba dia berdiri menghampiri Tania. Dai hanya memandang langkah Tamara.
            “Tania, em…saya ada nak cakap sesuatu,”
            “Oh… saya lupa. Maaf, okey,” kata Tania lantas duduk sofa solo itu. Tamara pun turut duduk.
            “Saya nak berhenti kerja, pasal gaji Tania dan Dai tal perlulah risau. Anggap saja saya tolong kamu selama beberapa hari ni,”
            “Awak nak berhenti kerja? Tapi kenapa?”
“Emm.. sebab tak lama lagi adik saya akan pindah sekolah, jadi kami pun akan berpindah. Saya takut saya tak boleh tunaikan tanggungjawab saya sebagai pembantu rumah disini,” tipu Tamara.
“Susahlah kalau macam ni. Bila adik awak nak pindah?”
“Dalam minggu ni,”
“Kalau saya ada satu permintaan, boleh?” kata Tania. Tamara hanya memandang dia.
“Boleh awak berhenti minggu depan? Sebab kami masih belum mencari pangganti awak lagi. Jadi bagi kami sedikit masa, boleh tak?” pinta Tania membuatkan Tamara berasa serba-salah. Mahu menolak dia tidak sedap hati, kalau dia terima, macam mana dia nak jelaskan pada Aditya?
“Saya tak boleh Tania, saya perlu urusakan perpindahan adik-adik saya. Maafkan saya, ya?” kata Tamara lagi. Biarlah dia perlu berbohong, asalkan hati kedua-dua pihak terjaga.
Tania memandang Dai. Lama-kelamaan dia pun akur. “Okeylah, kalau macam tu tapi saya tetap akan bayar gaji awak,”
Tamara tersenyum. “Tak perlulah…sebab mungkin selepas hari ini, kita takkan jumpa lagi,” kata Tamara. Adalah lebih baik jikalau mereka tidak berjumpa lagi selepas itu.
“Tapi, Tamara…”  Tania seakan enggan melepaskan Tamara pergi.
“Tani… biarkan dia pergi. Kita tak boleh halang dia,” pintas Dai, membuatkan Tania terus terdiam. Dai sendiri menyokong Tamara. Dia tidak mahu melihat kawannya itu terluka seperti semalam.
“Ya, maaf. Saya terpaksa pergi sekarang juga,”
“Baiklah… Selamat tinggal, Tamara,” ucap Tania. Nadanya kedengaran sedih.
Tamara hanya mengangguk lalu dia pun bangkit dan melangkah ke pintu keluar.
“Sayangkan… kita kehilangan satu kawan yang betul-betul baik,” kata Tania lalu dia pun berdiri masuk ke biliknya. Dai tidak menjawab melainkan membisu.


*****

“MACAM mana. Okey?” soal Aditya sebaik saja Tamara keluar dari lobi pangsapuri itu. Tidak semena-mena, tubuhnya dipeluk oleh Tamara.
“Kenapa ni?”
“Tara tak sanggup nak lukakan hati Tania,”
“Alah… dia bukan siapa-siapa pun. Buat apa nak risau?” jawab Aditya.
Tamara merasa terkilan dengan jawapan Aditya itu. Kenapa Adi harus menganggap Tania itu bukan siapa-siapa sedangkan dulu dia pernah korbankan perasaan dia dulu semata-mata nak selamatkan Tania. Bukankah dia sangat mencintai Tania dulu?
Tamara meleraikan pelukkannya lalu terus masuk ke dalam kereta. Aditya mengerut kening melihat sikap Tamara yang berubah drastik itu. Tapi dia biarkan saja. Dia biarkan saja Tamara melayan perasaannya sendiri.
Sepanjang perjalanan Tamara hanya mendiamkan diri membuatkan Aditya sangsi dengan perangai Tamara. Selalunya ada saja yang Tamara ingin ceritakan.
“Tara kenapa ni? Tara sedih sangatkah tinggalkan Tania?” soal Aditya sambil memberhentikan keretanya pada lampu merah.
“Takdalah,” jawabnya pendek. Memandangkan hari ini adalah hari keluarga mereka, dia tidak ingin meluahkan rasa hatinya, biarlah dia simpan sehinggalah dia tidak dapat menanggug perasaan itu lagi.
“Kalau begitu, kenapa…”
“Adi, hari ni kita semua nak pergi mana?” potong Tamara serta-merta. Mungkin sikapnya itu kelihatan sedikit kurang sopan tetapi adalah lebih baik mereka tidak bercakap pasal Tania lagi, jika tidak Tamara tidak mungkin dapat membendung perasaannya lagi.
“Oh..kita semua akan makan malam. Adi jemput semua yang ada perkaitan darah dengan Adi. Dah tiba masanya Adi kenalkan Tara pada keluarga Adi,”
Berubah riak wajah Tamara mendengar kata-kata Aditya itu. “Huh? Adi bawa semua hali keluarga Adi? Macam mana dengan Tara? Tara belum sedia lagi,” Tamara menjadi cemas. Berjumpa dengan keluarga Aditya? Itu seakan mimpi bagi Tamara. Keluarga Adi sangat besar, sedangkan dia? Wanita miskin yang tiada apa-apa selain adik-adik dan bapanya sediri. Bagaimana dia mahu menghadapi keluarga Adi?
“Tara, bertenang! Keluarga Adi bukan nak makan Tara pun. Mereka cuma nak jumpa dengan keluarga Tara saja,” Aditya dapat merasa kecemasan Tamara itu. Tangannya pantas mencapai tangan kiri Tamara lalu digenggam dengan kemas.
“Tapi… macam mana kalau keluarga Adi tanya pasal latar belakang Tara? Tahap pendidikan Tara? Bukankah itu akan membuatkan Adi malu?” kata Tamara. Itu yang dia risaukan sebenarnya, dia tidak ingin memalukan Aditya.
Aditya tersenyum. Lalu perlahan-lahan memandu keretanya sesaat lampu merah bertukar hijau. Kemudian tangan kiri Tamara dikucup pula.
“Jangan risau. Adi tak kisah pun semua tu. Kalau keluarga Adi yang lain tak dapat terima Tara, Adi ada untuk menerima Tara seadanya. Tara adalah segala-galanya bagi Adi,”
Tamara terharu mendengar ucapan Aditya itu. Kali ini giliran Aditya pula untuk mengucup tangan Aditya.
“Terima kasih Adi sebab sudi terima Tara dengan seadanya,”
“Sama-sama,” jawab Aditya sambil mengusap rambut Tamara.
“Oya, berapa ramai yang Adi jemput?”
“Emm… datuk dan nenek Adi yang tinggal di Jepun dan pak cik Adi yang baru saja pulang dari Canada,”
“Ohh.. itu saja?”
Aditya mengangguk. Tamara pula sudah menghembus nafas lega. Cuma ada tiga, syukurlah!
Sebenarnya Tamara juga tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga, dia benar-benar ingin tahu apa tanggapan mereka terhadapnya tetapi dalam masa yang sama dia juga gementar menanti pandangan mereka terhadapnya.

*******************************************************
p/s : setakat sekarang, apa pendapat anda dengan jalan cerita FLK dan jalinan hubungan antara Adi dan tara? Adakah sudah cukup kuat cinta mereka? Harap ada yang sudi menjawab soalan saya ni :)




8 comments:

  1. nk call boleh?? hahahhaa
    pendapat tentang jalan cerita ok..

    hubungan tara dengan adi?? ermm kadang2 rasa sweet..kadang2 rasa geram je tara or adi.. tapi teringin nak tgk betapa kuatnya cinta diorang kalau ada yg cuba ganggu..

    ReplyDelete
  2. nape pendak sgt? suka la ngan tara n adi tue :)

    ReplyDelete
  3. setakat nie,,ok lah cerite nie..
    sweet cngat..
    tapy nape tara mcm ragu2 lg pd adi??
    apew2 pun crite nie mmang best
    truskan update cerite nie..
    good luck..

    ReplyDelete
  4. mmg terbaiklah entry kali ni
    citer ni best ade perkembangan bagi setiap entry
    teruskan menulis ya cik writer
    tak sabar nak tau sambungan citer ni
    gud job

    ReplyDelete
  5. terima kasih utk komen2 di atas :)

    to anayue : memang akan ada halangan yg besar utk Adi dan Tara kita ni. sabar saja :)

    Hana : hehe...pendek sangat eh? nanti kasi panjang lg eh.

    Anon 1 : tara bukan ragu2 pada Adi, tapi dia tidak yakin dgn cinta diorang :)

    Anon 2 : sy tetap akan terus menulis...terima kasih atas sokongan ni :)

    ReplyDelete
  6. singkatnya...

    hubngan Tara ngan Adi msh terlihat kaku... baguslah tu guna panggilan sayang antara Tara n' Adi (Abang n' sayang)
    bila hubungan mereka tersiar ke public ???

    trus, Jeremey ngan Isabel macam ada sesuatu je ???

    Cepat sambung yee...' !!!
    :) :) :)

    ReplyDelete
  7. itis just a nice story.. dah lama saya tunggu smbgnnya. hari ni baru berkesempatan lawat blog ni... br tahu yang okie dah smbg cita ni... hope akan ada smbg seterusnya... keep up a good work....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.