Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 January, 2012

TEASER : Casanova's First Love



PINTU kelab malam yang ditutup dari luar itu tiba-tiba terbuka. Seseorang yang sedang kusyuk memandang ke luar tingkap menghayati pemandangan malam segera menoleh. Nampaknya regular customer dia sudah pun sampai.
  Rokok yang masih berasap diletakkan atas meja. Dia segera menyambut pelanggannya itu dengan mesra.
  “Elias, I miss you!” rengek wanita itu. Lelaki yang dipanggil Elias terus mendekati wanita tersebut.

  Elias, seorang gigolo yang bertaraf Hi-So, bayaran yang dikenakan pula tinggi-tinggi. Malah dia adalah gigolo yang sangat dikehendaki oleh mana-mana pelanggan wanita terutamanya wanita dari golongan Hi-So. Dengan tubuhnya yang sasa, sentiasa dijaga itu wajahnya yang tampan  juga menarik perhatian ramai. Wajahnya juga ada iras-iras pelakon lelaki terkenal TV bersiri, Ian Somerhalder.

  “Madam Riha!” ucapnya sambil memeluk tubuh langsing milik Madam Riha itu. Wanita itu sudah pun berusia 40-an tapi tubuhnya masih langsing seperti gadis-gadis mentah.
  “Dah lama tunggu?”  soalnya dengan nada yang sedikit menggoda. Jari telunjukknya mengusap bibir Elias dengan lembut.
  Elias tersenyum. “Madam dah tak sabarkah?” kata Elias. Tidak semena-mena pinggang Madam Riha ditarik melanggar tubuhnya menyebabkan Madam Riha terjerit kecil.
  “Nakal!” ujar Madam Riha sambil mencuit hidung Elias. Dia menarik dagu Elias mendekati bibirnya. Baru saja dia ingin mengucup bibir seksi Elias, mereka sudah diganggu oleh pelayan kelab malam.
  “Apa ni?” marah Madam Riha dengan lantang. Dia benci apabila privasinya diganggu oleh orang lain. Dia segera melabuhkan punggung.
  “Maafkan saya puan, tuan. Tapi ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Tuan Elias,”
“Siapa?” soal Elias sambil memasang butang bajunya.
“Dia sedang tunggu dipejabat Bos Hossein,”
“Emm…suruh dia tunggu dulu,” kata Elias lalu mengambil tempat disebelah Madam Riha. Madam Riha pula segera memaut pinggang Elias. Kepalanya dilentokkan diatas dada bidang milik Elias.
  “Tapi..”
  Baru saja pekerja itu ingin bersuara, dia terus terdiam apabila melihat pandangan tajam Elias yang seakan ingin membunuhnya itu. Bagi Elias, pelanggan adalah nombor satu.
  “Baiklah Tuan.” Ujar pekerja itu lalu segera beredar.
  “Terima kasih sebab utamakan aku, Eli,” kata Madam Riha.
  Elias membiarkan saja wanita itu mengusap tubuh sasanya.

*****

SETELAH 4 jam lebih bersama Madam Riha tadi, Elias masuk ke pejabat rakan kongsinya, Hossein. Kelihatan temannya, Hossein sedang duduk dihadapan sofa. Wajahnya itu kelihatan seperti sedang berfikir. Dahi Elias sudah berkerut.
“Apa kau tengok sampai tak sedar aku masuk Sein?” soal Elias membuatkan Hossein terlompat sedikit dek terkejut dengan sapaan itu.
“Elias, ingatkan siapa tadi,” dia berdiri sambil mengurut-urut dadanya.
“Dia ni ka yang cari aku?” soal Elias sambil mendekati sofa dimana gadis itu terlelap.
Hossein mengangguk. “Kau kenal dia,kah?”
Elias mengamati wajah gadis itu. Seingat dia, dia belum pernah berjumpa lagi dengan gadis itu tetapi bagaimana dia kenal dengannya?
“Aku tak kenal. Dah, kau keluar dulu. Biar aku bercakap dengan dia,” kata Elias lalu mengambil tempat Hossein tadi.
Hossein tersenyum nakal. “Kalau ada lebih, bagi-bagi ya?” katanya.
“Ish… budak kecil macam ni kau nak? Rendah sunggu taste kau!” kata Elias.
Hossein mencebik lantas terus keluar.
Setelah Hossein keluar, Elias mengalih pandangannya kearah gadis molek dihadapannya. Diperhati seluruh pakaian gadis itu. Moden. Cuma tubuhnya itu lebih kecil jika dibandingkan dengan dirinya.
Elias pun bangkit lalu maju kearah meja. Sebatang rokok dibawa keluar dari kotak rokok lalu dibakar. Kapulan-kapulan asap  keluar dari bibir dan hidungnya. Kemudian dia mendekati gadis itu semula.
Tubuh gadis molek itu digoyang-goyang menggunakan kakinya.
“Oi, bangun!” kata Elias. Tapi nampaknya gadis itu betul-betul lena sehinggakan terlupa dia bukan berada dirumahnya. Tak takutkah dia kena rogol? Elias mendengus kasar lalu mengoncang-goncangkan tubuh itu semula tapi kali ini dengan tangannya.
“Emm…” gadis itu merengek. Mungkin tidak suka dikejutkan.
“Bangunlah!” tengking Elias membuatkan gadis itu serta-merta terbangun. Mata terbuka, tubuhnya lantas tegak.
“Maaf!” pintanya bingkas bangkit.
Elias pun melabuh punggung. Kedua-dua tangannya diletakkan diatas bahu sofa. Kakinya bersilang. Gadis itu memungut beg sandangnya yang terletak diatas lantai lalu berundur setapak ke belakang.
“Kau siapa?” soal Elias.
“Em..saya, Polina. Jururawat yang menjaga Tuan Eliska,” ujar gadis yang bernama Polina itu.
Serta-merta berubah riak muka Elias selepas mendengar nama Tuan Eliska itu.
“Aku tak kenal kau dan juga orang yang kau sebut itu. Berambus!” halau Elias lalu bangkit ingin beredar tapi Polina pantas menghalang laluannya.
“Saya tahu, Encik kenal siapa yang saya cakapkan tadi. Awak anak dia,”
“Aku tiada bapa, bapa aku sudah lama meninggal,” kata Elias keras.
“Encik, tolong dengar saya dulu. Saya ada bukti yang mengatakan encik adalh anak Tuan Eliska,” kata Polina lantas mengeluarkan sekeping gambar daripada tas tangannya lalu ditunjukkan pada Elias.
Elias mengamati gambar itu. Lalu dia ketawa sinis. “Setiap tahun, muka seseorang akan berubah disetiap inci, jadi macam mana kau tahu yang aku ni budak tu?” balas Elias pula.
 “Saya masih ada bukti lagi!” kata Polina lalu mengeluarkan sekeping lagi gambar iaitu gambar Elias yang paling baru.
“Kau ni memang macam-macam!” marah Elias. Gambar ditangan Polina terus dirampas lalu dirobek-robekkan sehingga menjadi cebisan kecil. Dia segera beredar dari pejabat itu. 

 

7 comments:

  1. hehehee,rase nak lg lar!...

    ReplyDelete
  2. hehe...mgkn akan upload di P2U, harap2 diorang akan uload masa minggu cerpen nanti <3

    ReplyDelete
  3. menarik :) tp kn nape elias bnci sgt ngan ayah dia? did sumtin happen :(..

    ReplyDelete
  4. sebab....taknak spoil la..hehe
    tunggu dkt p2u :)

    ReplyDelete
  5. permulaan yg mnarik..nak lg cpt arr sambung

    ReplyDelete
  6. to Anon : dah siap, tinggal tggu lagi disiarkan di p2u :)

    ReplyDelete
  7. omg!i luve playboy o gigolo n sort of it jd hero..for the 1st time i think jmpe story okie yg wtk dy cm ni..nice!looking 4ward for this..chaiyo

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.