Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 February, 2012

16th Proposal : The Decision Has Been Made


16th Proposal :  The Decision Has Been Made

            “JANNA! Tengokkan budak- budak tu dulu, tolonglah aunty ni!” laung Azlyin yang ada didapur sedang memasak untuk makan tengah hari. Ketiga-tiga anaknya yang masih kecil itu bermain dibawah meja.
            “Eya! Eya!” kedengaran suara Janna dari ruang tamu, dia berlari mendapatkan ketiga-tiga budak itu.
            “Eh, budak-budak. Keluar dari meja tu, kita main diluar,” ajar Janna.
            “Taknak.. nak main dekat mama!” kata si kakak itu.
            Janna mencebik. “Siapa tak dengar cakap saya, saya bagitau kak Tita, dia tak boleh makan kek!” ugut Janna.
            Ketiga-tiga budak itu terpinga-pinga sebelum bergegas keluar dari bawau meja. Janna tersenyum-senyum, dia mengenyit mata kepada mak ciknya, Azlyin. DIa pun membawa budak-budak itu ke ruang tamu.

            PUAN JAZLINA baru saja pulang dari ladang getahnya. Dia meletakkan bakul yang dibawanya tadi kemudian dia duduk di anak tangga. Bahunya itu ditumbuk-tumbuk untuk melarikan keletihan. Tiba-tiba sebuah teksi kuning masuk ke dalam halaman rumahnya. Dia terus bangkit.
            “Siapa pula yang datang ni?” soalnya. Dia hanya melihat kereta itu berhenti tepat-tepat dihadapan rumahnya.
            Pintu belakang pun dibuka. Sebaik saja seorang gadis itu keluar, dia terus tersenyum lebar lalu berlari mendapatkan gadis tersebut.
            “Cinta, anakku!” jeritnya gembira. Dia memeluk erat tubuh anaknya itu.
            “Ma, Tita rindu dengan ma!” ucap Cinta sambil membalas pelukan ibunya. Walaupun sudah bertemu dengan ibunya, rindu didalam hati masih lagi kuat sehingga dia tidak ingin melepaskan pelukan itu.
            “Mari nak, masuk!” pelawa Puan Jazlina.
            “Kejap ma,” kata Cinta lalu mengambil beg pakainnya yang dikeluarkan oleh pemandu teksi itu.
            “Kenapa kaki kamu Tita?” soal Puan Jazlina sebaik menyedari langkah Cinta yang terhinjut-hinjut itu.
            “Terseliuh, tapi sikit saja. Boleh tak mama rawat kaki Tita ni?”
            “Boleh. Dah mari naik!”
            “Huh, panjang umur!” kata Janna hampir terjerit melihat kakaknya melangkah masuk bersama ibu mereka. Dia dan tiba-tiba budak itu serentak berdiri memeluk Cinta.
            Cinta tergelak kecil. “Aduh… tak boleh bernafas Tita macam ni,” katanya. Mereka terus melepaskannya.
            “Kau cutikah Janna?” soalnya kepada Janna. Budak-budak itu kembali ke tempat masing-masing. Dia, Puan Jazlina dan Janna duduk disofa.
            “Ah’ah.. aku cuti semester,”
            “Tita pula macam mana? Dah lama tak telefon kami dikampung, sibuk sangatkah?” soal Puan Jazlina pula.
            “Ya, ma. Sibuk sangat tambahan pula telefon Tita dah tak boleh pakai lagi, rosak!”
            “Memang patut pun rosak, dah berapa lama kakak pakai, tak pandai tukar-tukar,” celah Janna membuatkan Cinta menjeling kepadanya.
            Sudah 8 tahun dia menggunakan telefon itu, dan masih baik lagi sebelum Ian menambahkan kerosakan pada telefonnya.
            “Nak tukarlah ni, tapi nantilah! Yang lain mana?”
            “Nenek ada di Kraf Tangan, petang nanti balik. Aunty Azlyin ada didapur,” kata Janna.
            “Pak cik?”
            Puan Jazlina dan Janna saling berpandangan. “Dia dah lama tak pulang, kak. Kesian anak-anak dia ni,” kata Janna, bersimpati dengan kehidupan sepupu-sepupunya itu.
            Cinta hanya mengeluh kecil. Dia hanya berharap agar pak ciknya itu tidak melakukan kerja bodoh lantas menyusahkan mereka sekeluarga sekali lagi.
           

            “TITA ni ada masalahkah?” soal Puan Jazlina sambil menyisir rambutanaknya yang ikal mayang itu.
            “Takda la ma, kenapa mama tanya macam tu?”
            “Petang tadi, Tita duduk termenung dekat bawah tu. Lepas tu, selepas mandi Tita terus duduk diluar entah tengok apa? Kah rindu dengan teman lelaki Cinta, siapa tu namanya. Alex?”
            “Ish mama ni… takda la. Kan Tita dengan Alex dah lama putus. Mama pun tahu kenapa,”
            Puan Jazlina tersenyum. “Tapi Tita pernah cakap dengan mama dua tahun dulu yang tidak mungkin ada lelaki lain yang boleh menggantikan Alex. Tentu Alex saja yang ada dalam hati Tita sampai sekarang, kan?”
            Kata-kata ibunya itu mengintkan Cinta kepada perisitwa 2 tahun lalu di mana dia betul-betul terseksa dengan perpisahan dia dengan Alexander. Hanya kerana status, mereka berpisah. Hanya kerana pangkat, dia terpaksa korbankan cintanya.
            “Entahlah ma…sekarang Tita dah tak tahu sama ada Tita masih boleh simpan cinta Alex dalam hati ni atau tak. Mungkin lebih baik Tita lupakan saja dia, kan?” kata Cinta sambil memandang ibunya.
            “Itulah yang mama nak Tita buat dari dulu lagi. Tapi mama tahu memang sukar nak lupakan orang yang kita cintai, kan?” Puan Jazlina memeluk tubuh Cinta dari belakang.
            Cinta hanya tersenyum mendengar penyataan ibunya itu. Ya, dia akui. Memangu sukar untuk melupakan orang yang dicintai. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu adalah cinta pertama kita.

*****
           
            EBERT RESIDENCE 
            Zared memakir keretanya di hadapan perkarangan rumah banglo di perumahan Damarion. Dia pun keluar bersama beg kerjanya lalu terus masuk ke dalam rumah itu. Ruang rumah itu kelihatan masih terang-benderang tetapi semua pembantu rumah sudah pun pulang ke rumah rehat pekerja.
            Diruang tamu, Puan Sunita dan Tuan Ebert duduk sambil memandang tepat kearah Zared. Zared yangmenyedari kedua-dua ibu bapanya masih belum tidur, dia terus menghampiri.
            “Pa, ma, belum tidur lagi?” soal Zared lalu menyalam Tuan Ebert dan memcium pipi Puan Sunita. Dia turut melabuhkan punggung. Dia melihat wajah kedua-dua keluarganya itu. Masam dan berkerut.
            “Kenapa ni? Ada masalahkah ma, pa?”
            “Apa hubungan Ayie dengan Ratna?” soal Puan Sunita terus kepada pokok utama perbincangan.
            Wajah Zared serta-merta berubah. “Ayie dengan dia takda apa-apa hubungan,” dia cuba menyembunyikan.
            “Ayie, takda gunanya Ayie sembunyikan apa-apa lagi. Papa dan mama dah tahu, kami nampak dengan mata kepala kami sendiri,” ujar Tuan Ebert.
            Zared meruap rambutnya ke belakang. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya. “Ratna teman wanita Ayie,” akui Zared. Dia sedaya-upaya berlagak tenang.
            “Sejak bila lagi?” soal Puan Sunita agar lantang.
            “Empat tahun lalu, masa Ayie sekolah dekat oversea,”
            Tuan Ebert sudah mengelengkan kepala. “Kenapa Ayie tak bagitau papa dengan mama awal-awal? Tengok sekarang ni, hubungan kamu dah bertambah rumit!”
            “Ayie tak tahu benda begini akan terjadi pa, kalau Ayie tahu dah lama Ayie kenalan dia pada mama dan papa,” kata Zared seakan kesal dengan apa yang sudah berlaku.
            “Sudah terlambat Ayie, Ayie perlu lupakan Ratna dan lepaskan dia sebab dia akan jadi kakak ipar Ayie tidak lama lagi,”
            Tersentak Zared mendengar kata-kata ibunya yang umpama pisau belati yang menghiris jatungnya. Dia terus bangkit dari duduknya.
            “Tak, Ayie takkan lepaskan dia. Dia milik Ayie, dari dulu lagi,” suara Zared berbaur ketakutan. Dia benar-benar takut kehilangan Ratna.
            “Ayie sedar tak apa yang Ayie sedang cakap ni? Dia tu bakal isteri Ian, dan itu adalah kemahuan nenek. Ayie tahu kita tak boleh ingkar permintaan nenek!”  marah Puan Sunita.
            Zared mengelengkan kepala, dia sudah tidak tahan dengan konsep keluarga mereka itu. Mereka seakan boneka yang dipergunakan untuk kepentingan keluarga besar itu.
            “Nenek, nenek, nenek! Dari dulu, mama dan papa asyik ajar Ayie bagaimana nak jadi seperti kehendak nenek, nenek nak itu, nenek nak ini. Tapi mama dan papa tak pernah ajar Ayie bagaimana nak jadi seperti yang Ayie kehendaki, bagaimana nak jadi diri Ayie. Dan sekarang ni, mama nak Ayie lepaskan satu-satunya wanita yang boleh membuatkan Ayie jadi diri Ayie sendiri? Tak boleh ma, pa. Tak boleh!” kata Zared keras lantas terus beredar dan naik ke biliknya. Dia tinggalkan perbincangan itu ditengah jalan.
            Puan Sunita sudah mendengus. “Pa, macam mana ni? Takkan kita nak biarkan saja Ayie dengan Ratna tu?”
            “Sabar sayang. Bawa bertenang, nanti kita fikir bagaimana caranya kita nak tangani masalah ni,” kata Tuan Ebert, cuba menenangkan hati isterinya yang sedang gundah itu,”
            “Lebih cepat lebih bagus pa,” kata Puan Sunita.


            TING! TONG! TING! TONG!
            Bunyi lonceng yang bertalu-talu itu membuatkan Serena terbangun dari tidurnya. Dia terus berlari ke pintu dengan berpakaian pajama. Dia merengus kecil, merungut kerana tidurnya diganggu.
            “Ian!” marah Serena sebaik saja wajah Ian terpampang diwajahnya. Ian melangkah masuk ke dalam pangsapurinya. Serena menutup pintu, dia mengekori Ian ke ruang tamu.
            “Apasal ganggu kakak tengah-tengah malam ni?” soal Serena seakan marah. Siapa yang tidak marah jika ada orang yang menganggu tidurnya pada jam 2 pagi?
            Ian berbaring ke sofa. Kedua-dua tangannya diletakkan ke belakang kepala. Dia memandang kakanya.
            “Kak, kalau Ian kahwin macam mana?”
            “Memang pun Ian akan berkahwin tak lama lagi, kan?”
            “Tak. Ian nak kahwin dengan perempuan tu,”
            “Perempuan yang mana?”
            “Ee… dengan perempuan miskin tu la,”
            Serena mengangguk-angguk. Baru dia tahu siapa yang dimaksudkan Ian.
            “Ian ni, kata nak kahwin dengan gadis tu tapi Ian panggil pula dia macam tu? Ini ikhlaskah nak kahwin dengan dia? Ian cintakan dia sampai nak kahwin dengan dia?”
            Ian diam sebentar. Sesungguhnya, hatinya sekarang sudah menjerit-jerit mengatakan yang dia cintakan Cinta. Dia mahu gadis itu hanyalah untuk dia saja. Tapi menyedari yang Cinta masih cintakan lelaki bernama Alexander yang pengecut itu, hatinya jadi sakit. Dia tidak pernah merasa perasaan sebegitu sebelum ini. Mengenali Cinta memberi dia seribu satu perasaan yang berbeza
            Ian bangun lalu menyandarkan belakangnya ke sofa. “Kak, I think I’m in love,” ucapnya sambil memandang Serena.
            Serena tersenyum. Dia duduk disamping Ian. Ian merebahkan kepalanya ke bahu Serena.
            “Kak, apa yang kakak buat masa mama halang cinta kakak dengan abang Eugene?” soal Ian.
            Serena terkesima mendengar soalan Ian itu. Dia tidak sangka, adiknya itu akan bertanya soalan itu semula selepas nama Eugene terkubur 5 tahun lalu dari kotak ingatannya.
            “Kakak tak boleh melawan mama, Ian. Pengaruh mama terlalu kuat pada kakak. Ian, dengar sini… kakak nak Ian perjuangkan cinta Ian, kalau Ian betul-betul cintakan gadis tu buat dia jatuh cinta dengan Ian,”
            Ian mengangkat kepalanya. “Macam mana dengan pertunangan Ratna dengan Ian?”
            “Ian cintakan Ratna? Kalau tak bagitau nenek, nenek akan faham. Jangan biar mama menghalang Ian,” kata Serena cuba memberangsagkan Ian agar keluar dari bayang-bayang ibunya.
            Ian diam seketika. Dia sudah bernekad dalam hati. Rancangannya harus dilaksankan dengan segera.
            “Kakak dah nak masuk ni? Ian nak apa-apa?” soal Serena sambil bangkit.
            “Taklah. Ian nak bersendirian sekejap,” katanya.
            Serena pun berlalu masuk. Sebelum melangkah ke biliknya, dia sempat memandang Ian yang sudah kembali berbaring. Dia mengeluh untuk yang kesekian kalinya.
            “Cinta, Cinta, Cinta… kenapa aku asyik nampak kau aja?” kata Ian sendiri. Dia menutup mata, pasti wajah Cinta akan keluar dikotak mindanya, setiap kali dia menghembus nafas, pasti nama Cinta tersemat di saluran pernafasannya, seolah-olah semua yang dia lakukan itu adalah untuk Cinta.
            “Inikah yang orang kata ‘Jatuh Cinta?’,”
            Ian menggeleng berkali-kali. Dia terus duduk. Walaupun dia sudah mengantuk ketika itu, dia tetap enggan melelapkan mata, dia takut dia akan termimpikan Cinta. Tapi akhirnya, dia terlelap juga dalam keadaan duduk disofa.

6 comments:

  1. alahai... cepatlah Ian lamar Cinta... biar cepat2 diorang kahwin :D

    ReplyDelete
  2. cpt ian lamar cinta....

    ReplyDelete
  3. besh laa,cpat2 smbung..huhuu

    ReplyDelete
  4. sabar, sabar...diorang tetap akan berkahwin, tajuk pun 'bila encik jutawan melamarku'kan..hehe

    ReplyDelete
  5. betui tu Ian, tolong pertahankan Cinta utk mu..
    jgn pandang pd darjat..sbb darjat xleh bawa mati..hihihihiii

    ReplyDelete
  6. Ksian zared....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.