Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 February, 2012

17th Proposal : Game is Over.


17th Proposal : Game is Over.

            “CINTA!”
            “Ya, sayang?” jawab Cinta yang sedang mengaul tepung didalam blander. Dia melihat seorang lelaki sedang menekatinya tetapi wajah lelaki itu kabur. Tapi dia tetapi dalam keadaan tersenyum, menyambut kedatangan lelaki itu.
            “Apa sayang buat ni?” soal lelaki itu lalu melingkari pinggang Cinta.
            Cinta tersenyum. “Nak buatkan sayang kek,” jawabnya manja.
            Lelaki itu tergelak. Dia mengucup belakang kepala Cinta. “Bahagia tak kahwin dengan Ian?” soal lelaki itu.
            Dahi Cinta terus berkerut. “Ian?!” suaranya kedengaran terkejut. Tiba-tiba…
            Bam!
            “Auch!” jerit Cinta sebaik saja tubuhnya tersembam ke lantai. Dia mengusap-usap tulang pinggulnya yang terasa sakit itu. Dia mengaru-garu kepalanya. Mimpi rupanya! Macam mana aku boleh mimpikan mamat bongkak tu? Serius! Dalam mimpi pun dia nak ganggu aku juga? Ya Tuhan!
            Cinta terus bangun dan mencapai tualanya lalu menuju ke kamar mandi. Sepanjang perjalanan ke kamar mandi, bibirnya terkumat-kamit mengumpat Ian. Sehingga dia siap mandi pun dia masih lagi merungut. Entah apa yang dirungutkannya, hanya alien yang faham.
            “Apa yang kau bebelkan ni Tita?” ujar nenek Mareeya sebaik saja ternampak Cinta masuk ke dalam dapur dalam keadaan merungut.
            Cinta terus diam dan duduk. “Takda la nek. Yang lain mana?” soalnya apabila terasa seisi rumah itu kelihatan sunyi tanpa suara budak-budak.
            “Yang lain ada dekat padang, mama kamu dekat bawah, jemur kain,” jawab nenek Mareeya.
            Cinta hanya mengangguk.
            “Kaki kamu dah sembuh?”
            “Dah nek. Mujarab betul ubat nenek, kan? Tiga hari saja, kaki Tita ni dah sembuh,”
            “Hamm… kalau dah sembuh, pulanglah ke bandar,” ujar Nenek Mareeya pula, seakan menghalau Cinta.
            “Nenek ni, janganlah halau Tita macam tu,”
            Nenek Mareeya mencebik. “Kamu tu perlu kerja, kalau kamu tak kerja, siapa yang nak bagi kami semua ni makan? Kamu saja yang ada gaji tetap, Tita. Nak harapakan adik-adik kamu, diorang masih belajar. Kalau pak cik kamu pula, tahu habiskan duit saja. Ladang getah kita tu pula, belum pun setahun jagung. Kamu sajalah harapan kami ni Tita,” bebel Nenek mareeya.
            Cinta sudah mengeluh kecil. “Tita tahu nek, nenek jangan risau. Walaupun Tita ni muntah  hjau bekerja, Tita tetap akan cari duit,” jawab Cinta.
            “Mama ni, janganlah tekan Tita sangat, macam Tita tu ada gaji besar,” celah Puan Jazlina yang baru saja naik dari bawah. Bakul diletakkan ditepi pintu belakang.
            “Kamu ni, Jaz. Aku baru cakap sikit, kamu dah melenting,”
            “Mana ada melenting. Saya cakap saja, Tita ni bukan selalu pulang bercuti, dia pulang minggu ni pun sebab kaki. Janganlah suruh dia balik cepat sangat,” balas Puan Jazlina pula.
            Cinta hanya memerhati perdebatan kedua-dua anak beranak itu. Waktu tahun baru dia balik pun mereka tetap bergaduh kerana hal yang sama.
            “Sudahlah tu. Asal Tita balik, mesti nenek dan mama bergaduh. Macam tak rindu Tita pula,” ujarnya seakan merajuk.
            “Yalah, yalah… nenek berhenti,” akur Nenek Mareeya sambil tersenyum.
            Puan Jazlina dan Cinta hanya berpandangan dan saling tersenyum antara satu sama lain.
Dam!Dam! Dam! Serentak mereka terkejut mendengar bunyi kuat itu dari ruang tamu. Mereka berpandangan sebelum bergegas ke ruang tamu. Kelihatan seorang lelaki selekeh terbaring diberanda rumah mereka sambil menumbuk-numbuk lantai itu.
            Pantas Puan Jazlina membuka pintu.
            “Hamund! Ya Tuhan, apa jadi dengan kamu ni?” terkejut dia melihat abangnya dalam keadaan tidak terurus itu, baunya pula busuk seperti bau tong sampah.
            Cinta sudah mengelengkan kepala. Dia memeluk neneknya yang sudah menggeletar itu. Dia sudah agak ini akan terjadi.
            Cinta dan ibunya memapah Hamund masuk ke dalam rumah dan membersihkan tubuhnya sebelum isterinya, Azlyin pulang.
           

            PAGI itu Ian bangun seperti biasa. Lambat-lambat dia bersiap. Selepas membersihkan badan, dia menuju ke balkoni pangsapuri milik kakaknya. Belum pun sempat dia mengirup udara segar, telefonnya sudah berbunyi menandakan mesej baru masuk. Dia menuju ke meja ruang tamu. Dia duduk sambil membaca mesej itu.

Balik sekarang ke rumah sekarang. Nenek ada buat perjumpaan dengan keluarga Ratna.

Sender : Beloved Sister.

            Dahi Ian berkerut. Terus dia mengubungi kakaknya. “Kak, apa yang kakak tulis tu?” soalnya sebaik saja Serena menyambut panggilan tersebut.
            “Dalam satu jam lagi, keluarga Ratna akan datang. Cepat balik Ian,”
            “Kenapa tiba-tiba saja?”
            “Siapa suruh tak pernah balik rumah. Kalau Ian selalu balik, tentu Ian takkan terkejut. Kakak bagi 30 minit,” klik!
            Belum sempat Ian membalas kata-katanya, Serena sudah mematikan talian. Ian mendengus kecil. Dia terus bergegas ke bilik dan menukar pakaiannya. Tidak sampai 5 minit dia pun keluar dan terus mencapai kunci kereta.

*****

            DAMARION RESIDENCE
            Ian tiba di perkaranan rumah selepas dua puluh minit dalam perjalanan. Terus dia keluar dari kereta dan meluru masuk ke dalam rumah. Sebaik saja dia menapak masuk, kedengaran gelak tawa dari arah ruang tamu. Ian terus membelok ke kiri. Kelihatan semua ahli keluarganya termasuk Zared dan juga keluarga Ratna sudah berkumpul di ruang tamu. Ian menarik nafas sebelum meneruskan perjalannya.
            “Maaf, saya terlambat!” ujar Ian lalu tunduk dihadapan mereka. Lalu dia pun menyalam ahli keluarga Ratna termasuk Ratna sekali.
            “Duduk Ian,” arah Martha.
            Ian terus duduk disebelah Serena. Seklias dia memandang ibunya yang duduk dihadapannya.
            “Memandangkan Ian sudah pun sampai, kita boleh mula berbincang tentang tarikh pertunangan dia dengan Ratna,”
            Ian tersentak. Dia ingatkan itu hanya perjumpaan untuk makan malam bersama, dia tidak terfikir pula itu akan menjadi penetapan tarikh pertunangan dia.
            “Kejap, nek. Ian tak pernah cakap pun nak bertunang dengan Ratna. Kenapa tiba-tiba ni?”
            “Ian!” marah Paun Masari.
            Kedua-dua ibu bapa Ratna sudah memandang tepat kearahnya.
            “Serena, bawah Ian ke dapur,” arah Martha.
            “Ian, mari!” Serena segera melaksanakan perintah neneknya. Dia membawa Ian ke dapur. Setiba dia dapur, dia terus menumbuk dinding konkrit itu. Air merah merembas ke dinding. Terkejut Serena menyakiskan tindakan Ian itu.
            “Ian?!” dia terus menangkap tangan Ian dan mencuci buku limanya ke singki.
            “Lepaskan tangan Ian,” Ian terus menarik tangannya. Dia membalut buku limanya dengan sapu tangan di poket vasenya.
            “Ian ingat Ian boleh selesaikan masalah ni dengan tumbuk dinding?!” marah Serena.
            Ian mengeluh kecil. Dia terduduk dilantai. Rambutnya diraup ke belakang. Serena pula tidak mampu berkata apa-apa lagi, dia hanya melihat keadaan Ian yang serba-salah itu.

            “Jangan risau pasal dia, dia cuma terkejut, Datin, Datuk,” kata Puan Masari, dia menyembunyikan kegelisahannya dengan senyuman dibibir.
            “Jadi, bagaimana dengan tarikh pertunangan mereka?” soal Datin Ratina.
            Ratna yang duduk disebelah ibunya sudah memandang kearah Zared yang tertunduk menmandang lantai. Serius, dia kecewa melihat Zared. Sudah banyak kali Zared mengecewakan dia.
            Puan Suntina memberi isyarat kepada suaminya agar memandang kearah Ratna. Tuan Ebert memandang kearah gadis itu. Sedikit- sebanyak dia merasa simpati terhadapnya tetapi apakan daya, bukan nasib mereka untuk bersama.
            “Lebih cepat lebih bagus, ma!” kata Ratna menyebabkan semua mata memandang kearahnya. Jelas kedengaran nadanya bergetar menahan tangis. Tapi dia tidak kuat, air mata itu jatuh ke pipi jua.
            Zared terkesima mendengar kata-kata Ratna itu. Dia sudah menelan liur.
            “Kenapa Nina nangis ni?” soal Datin Ratina.
            Ratna menggeleng pantas sambil menyekat air matanya. “Tak, Nina happy! Mama urusakan majlis itu mengikut kehendak mama,” jawabnya lantas berdiri terus berlari meninggalkan ruang tamu.
            “Nina!” panggil Datin Ratina. “Maaf, ya. Mungkin Ratna tak berapa sihat hari ni,” ujar Datin Ratina , mencari alasan.
            Ian dan Serena yang ingin kembali ke ruang tamu ternampak Ratna berlari keluar. Ian terus mengejar Ratna.
            Ratna berhenti di hadapan air pancut itu, dia sudah tiada tenaga untuk berlari lagi. Tenanganya sudah habis memikirkan adakah dia dengan Zared akan bersatu. Dia betul-betul silap kerana mempercayai Zared. Dia sudah terbang tinggi dan tiba-tiba saja sayapnya patah pula.
            “Ratna,” panggil Ian.
            Ratna berpaling ke belakang. Dia mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir itu.
            “Ian, aku dah putus asa. Harapan aku dah musnah, Zared dah musnahkan semuanya,” kata Ratna sayu lantas terus memeluk Ian.
            Ian terkesima dengan tindakan Ratna itu. Dia segera menjarakan kedua-dua tangannya. Dia menelan liur.
            “Sudahlah… kita kan masih ada plan lagi? Skurang-kurangnya, kita teruskan dulu rancangan tu. Kalau tetap tak menjadi kita fikir benda lain pula,” kata Ian.
            Ratna tidak menjawab melainkan mengeratkan pelukannya pada pinggang Ian dan terus menangis semahu-mahunya.
            Ian sudah terpinga-pinga. Tiba-tiba, terasa seperti tubuhnya ditolak lembut, serentak pelukan Ratna terlerai, dan entah turun dari mana, sebiji penumbuk menghempap kuat pipi Ian. Ian terus rebah ke tanah. Dia hanya terdengar suara jeritan Ratna yang memanggil namanya.
            “Kau jangan pernah sentuh milik aku!” tegas, keras dan lantang Zared menuturkan ayat itu.
            Ian duduk lalu mendongkak memandang Zared dan Ratna. Dia tersenyum kecil walaupun perit terasa dibucu bibirnya. Dia menyeka carian pekat yang mengalir keluar. Dia bangkit.
            “Mari Nina,” Zared terus menarik tangan Ratna masuk ke dalam rumah semula.
            “Serius, kenapa begitu lama untuk buat kau mengaku Zed?” soal Ian membuatkan Zared terus menghentikan langkahnya. Lelaki itu memandang kearahnya.
            “Apa maksud kau?”
            “Aku dah lama tahu Ratna ni kekasih kau. Nasiblah kau mengaku cepat-cepat, kalau tak kau akan rosakkan hidup kami berdua,” kata Ian.
            Zared mendengus lalu memandang Ratna. Wajahnya berubah sayu saat melihat air mata Ratna yang masih menitis itu. Dia mengesat mutiara kecil tersbut.
            “Maafkan Ayie, Ayie takkan kecewakan Nina lagi,” katanya lantas masuk ke dalam rumah. Kali ini, dia akan berhempas-pulas untuk memperjuangkan cintanya.
            Ian tersenyum lebar. Lega. Mahu saja dia menjerit tapi masalah belum selesai. DIa haru berhadapan dengan nenek dan keluarga Ratna lagi. Dia terus mengikuti langkah Zared dan Ratna.

            Pang! Satu tamparang hinggap dipipi Zared. Semua mata sudah memandang kearah mereka bertiga. Martha hanya mengeluh kecil sebaik mendengar penyataan Zared berkenaan hubungannya dengan Ratna.
            “Ayie betul-betul memalukan mama dan papa!” ujar Puan Sunita keras. Masih terasa haba ditapak tanganya akibat menampar Zared.
            “Saya betul-betul tak percaya,” ujar Datuk Kugiyama, dia dan isterinya serentak bangkit.
            “Pa, dengar dulu…”
            “Kamu diam Ratna! Keluar sekarang, kita pulang!” katanya.
            “Sekejap Tuan, sekurang-kurangnya dengar dulu penjelasan kami. Saya cintakan anak tuan, saya betul-betul cintakan dia,” akui Zared sambil memandang Ratna. Tangan Ratna digenggam kemas dalam pegangannya.
            “Lepaskan tangan anak saya!” Datin Ratina terus menarik Ratna sehingga berada dipangkuannya.
            “Ma, tolonglah. Nina cintakan Zared. Biarkan kami bersama,”
            Pang! Kini pipi Ratna pula menjadi mangsa tamparan Datin Ratina. Terbeliak mata Zared melihat perbuatan Datin Ratina keatas Ratna.
            “Nek, tolonglah… Ayie merayu,” Zared sudah melutut dihadapan Martha tapi Martha sedkit pun tidak memandangnya.
            “Serena, bawa nenek ke bilik,” pinta Martha.
            Serena yang hanya memerhati terus mendapatkan neneknya dan membawanya ke bilik.
            “Nek, nek!” panggil Zared tapi panggilannya tidak diendahkan.
            Tuan Ebert melangkah lantas menyuruh Zared bangkit. “Kamu tak malukah Ayie? Lekas, bangun!” arahnya sambil menarik tangan Zared agar bangkit tapi Zared menapis pula tangannya.
            “Ayie tak pernah malu untuk mengakui cinta Ayie pada Nina, papa dan Ayie akan perjuangkan cinta Ayie tidak kira apa yang akan terjadi,” lantang suara Zared. Seisi rumah itu mendengarnya dengan jelas.
            Puan Masari yang memerhati keadaan itu terus melangkah kearah Ian. “Ian, buat sesuatu!” katanya.
            “Kenapa nak buat sesuatu? Ini untuk kebaikan Ian juga, kan?” kata Ian bersahaja membuatkan kening bercantum menjadi satu.
            “Kita pulang sekarang, Nina!” Datin Ratina menarik tangan Ratna agar mengikutinya. Tetapi Zared terus menghalang laluan mereka.
            “Ayie! “ Puan Sutina segera mendapatkan anaknya.
            “Tolong kawal anak puan ni!” kata Datin Ratina kepada Puan Sutina.
            “Saya tahu macam mana nak tengani anak saya. Kamu yang harus jaga tatatertib anak kamu!” belas Puan Sutina pula. Dua wanita itu seperti singa betina dan harimau betina yang saling berlaga.
            “Abang, bawah Nina pergi,” kata Datin Ratina.
            Tangan Ratna terus ditarik meninggalkan ruang itu. Tuan Ebert pula cepat-cepat menangkap Zared agar dia tidak mengejar Ratna.
            “Ayie!” panggil Ratna sambil menghulurkan tangannya kearah Zared. Hatinya enggan meninggalkan Zared, air matanya bergenang semua saat wajah Zared semakin jauh darinya.
            Zared meronta ingin melepaskan pelukan ibu dan bapanya. Tidak semena-mena, pipi Zared terus ditumbuk membuatkan dia terjelepuk ke lantai lantas pengsan.
            “Ayie!” hampir gugur jantungnya melihat Zared sudah tidak sedarkan diri. Puan Sunita memandang Ian.            
            “Kadang-kadang aunty, kita perlu keluar dari lingkaran tradisi keluarga ni. Kalau aunty nak lihat anak aunty ni bahagia, biarkan dia dengan hidup dia. Jangan jadi macam seseorang tu yang hanya pentingkan diri sendiri saja,” ujar Ian sambil melirik penuh bermakna kearah ibunya. Dia pun melangkah meninggalkan ruang tamu itu.
            Puan Sunita tidak berkelip memandang Ian. Matanya turut memandang Puan Masari. Dia hanya berdehem kecil lalu memandang Zared semula.
            “Ayie. Bangun sayang!” kata Puan Sunita sambil menepuk-nepuk lembut pipi Zared tapi Zared masih tidak sedarkan diri. Dia memandang suaminya. Tuan Ebert hanya dapat menggelengkan kepala.

************************************************ 
p/s: selamat membaca semua :) Kalau boleh tinggalkan komen ya :)

10 comments:

  1. sob3.... sian Zared & Ratna.. kenapalah diorang desak mereka kahwin.. Ian sendiri yg x setuju ngan pkhwinan tu.. :'(
    Okie, smbung cepat :D

    ReplyDelete
  2. konflik betul...biarkan jelah si Zared ngan Ratna tu..nak pisahkan dorang buat apa?..adohai..

    ^_^v

    ReplyDelete
  3. pendek sangt la x puas lg...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. aduh...aduh...
    semakin berserabut pulak kes ayie ngn ratna nie...
    ape-ape pn go go ian..
    smg bjaya tawan ati cinta...

    ReplyDelete
  5. geramlah sy tengok si Zared ni... pengecut betullah... kasinkan si Ratna... :(

    macam mana Ian ngan Cinta...

    cepatlah sambung... dah x sabar tengok next story... :D:D:D

    ReplyDelete
  6. memang geram betol arr kat zared ni.. dr dulu lagi penakut..

    ReplyDelete
  7. kesian zared, byk betul yg cakap dia pengecut..hehe..

    ReplyDelete
  8. gedebukkk... amik penumbuk dr Ian..
    org tua meke ni mmg xpaham bahasa kot, siap nk paksa2
    terutama parents si ratna tu

    ReplyDelete
  9. dh x dpt nk tinggalkan komen, kasi teruskan bacaan..(SUPER DUPER BEST LAH TU...)hahahaha

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.