Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

07 February, 2012

18th Proposal : The Tale of Two Brother


18th Proposal : The Tale of Two Brother

            KEDUA-DUA anak muda itu duduk melutut dilantai bilik Martha. Sudah beberapa jam mereka berada dalam keadaan begitu, tapi Martha tidak sekali pun mengalih pandangan kepada mereka. Baginya kejadian petang tadi adalah satu kegagalan yang betul-betul mengecewakannya.
            “Kenapa kamu berdua sanggup buat nenek begini?” setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Martha membuka mulut juga.
            Ian dan Zared saling berpandangan. Mereka tunduk serentak. “Maafkan kami,” pinta mereka.
            Martha memusingkan kerusi rondanya menghadap mereka berdua. Wajah kedua-dua cucunya itu dipandang sepi bergilir-gilir.
            “Ayie, kamu sudah lama bercinta dengan Ratna, kenapa tak bagitau nenek? Dan kamu Ian, kamu ada seseorang yang kamu cintai, kenapa tak bagitau nenek juga? Adakah nenek ini hanya orang tua yang duduk dirumah ini yang hanya tahu mengarah? Begitu?” hampir menitis air mata Martha mengucapkan kata-kata itu.
            “Macam mana nenek tahu pasal tu?” soal Ian, pelik. Takkan ibunya yang ceritakan pada neneknya?
            “Nenek tahu dari kakak kamulah,”
            Zared maju setapak. “Nek, pertama-tama sekali Ayie nak minta maaf sebab buat nenek kecewa. Ayie betul-betul cintakan Ratna, nek,”
            “Betul, nek. Biarlah Zed dan Ratna yang saja berkahwin. Ian belum bersedia lagi,”
            “Ian, Ayie… kamu tahu kan ini permintaan datuk kamu berdua sebelum dia mati? Kamu nak roh dia tak tenang disana?”
            Soalan Martha membuatkan kedua-dua lelaki muda itu menjadi serba-salah.
            “Nek, Ayie cintakan Ratna. Ayie tak mungkin boleh berhadapan dengan Ian kalau dia berkahwin dengan Ratna. Tolong nek, restui hubungan Ayie dengan Ratna,” rayu Zared. Dia tidak boleh bayangkan sama sekali jika kekasih hatinya itu berkahwin dengan Ian.
            “Nek, takkan nenek nak hancurkan cinta Zed yang ada sekarang untuk perkara yang sudah lepas? Biarlah dia berkahwin dengan pilihan hatinya, begitu juga Ian. Ian pasti ini juga yang datuk mahukan, dia nak cucu-cucunya bahagia,” kata Ian. Entah dari mana dia mendapat idea itu. Adakah dia sudah pun karang apa yang hendak dia katakan pada neneknya? Tapi yang pasti, dia lakukan semua itu untuk membawa dirinya keluar dari belengu kahwin paksa neneknya atau ibunya.
            Martha mengeluh kecil. Terus dia mengisyartkan kepada cucu-cucunya itu agar mendekatinya. Zared dan Ian menurut. Mereka duduk disisi kerusi roda Martha.
            “Nenek faham. Jikalau itu kemahuan kamu berdua, nenek turutkan. Tapi ingat selepas ini, jangan sembunyikan apa-apa lagi dari nenek, ya?”
            Ian dan Zared serentak mengangguk. Mereka berpandangan seketika. Zared tersenyum nipis. Walaupun hatinya sudah lega tapi dia masih berasa sangsi dengan sikap Ian. Sebelum ini, lelaki itu tidak pernah berkelakuan baik dengannya malah tidak pernah pun ingin bertegur sapa dengannya, tapi sekarang siap membantu dia lagi. Apa yang dia sembunyikan sebenarnya? Hati Zared berbisik kecil.
            Fuhh.. lega! Nampaknya rancangan itu tidak perlu dilaksanakan, ianya sudahpun berjaya. Ian tersenyum tanda kemenangan.


            “IAN!”
            Sebaik saja mereka keluar dari bilik Martha, Zared terus memanggil Ian. Ian menoleh kearahnya. Dia hanya memandang, tetapi tidak berkata apa-apa.
            Why are you helping me? I don’t understand,” ujar Zared.
            Ian tersenyum sinis. “I’m not helping you, I’m helping myself,” jawab Ian bersahaja.
            Zared mengerut kening. “Kenapa kau benci sangat dengan aku?” soal Zared seakan tidak puas hati. Sudah lama soalan itu tersemat dihatinya, dia cuma tiada peluang untuk menyatakan kepada Ian kerana Ian selalu tiada dirumah mereka.
            Dahi Ian turut sama berkerut. “Bukan kau yang bencikan aku, Zed?” soal Ian pula. Selama ini, dia tidak pernah bertegur sapa dengan Zared kerana menyangkakan yang lelaki itu membencinya. Banyak peristiwa yang berlaku membuatkan hubungan mereka renggang.
            I could never hate you, Ian. Selama ini, kau yang menjauhkan diri dari aku,” kata Zared tanpa berselindung lagi. Dia mahu mengakhiri salah faham saat itu juga.  
            Ian tergelak kecil mendengar kata-kata Zared. “Mana boleh kau tak bencikan aku, sedangkan selama ini aku buat hidup kau porak-peranda, aku tinggalkan parut yang tidak mungkin hilang dari hati kau, kenapa kau boleh kata yang kau tak bencikan aku?”
            “Perkara tu dah berlalu berbelas-belas tahun yang dulu Ian, kenapa kau masih fikir benda tu? Lagipun dia masih hidup, dia tak mati pun,”
            “Tapi kau sukakan dia,” kata Ian. Serta-merta ingatnya kembali ke zaman remajanya dulu. Wajah seorang gadis aktif dan ceria menerpa dimindanya.
            “Dulu. Sekarang aku dah ada Ratna. Aku dah lama lupakan kisah kita tu, Ian. Aku harap kau pun begitu,” kata Zared penuh berharap. Ingin sekali dia mengembalikan persahabatan antara dia dengan Ian seperti dulu-dulu. Zared menghulurkan salam tanda ingin memulakan semula perhubungan mereka sebagai sahabat itu.
            Ian merenung tangan itu sebelum menyambutnya.
            So, kau tak benci aku?”
            Zared menggeleng sambil tersenyum. “Nope!
            Ian terus mendakap Zared. Entah kenapa hatinya betul-betul lega saat itu. Seperti seluruh beban dihatinya sudahpun lesap.
            Thank you, Ian. For everything,” ucap Zared sambil meleraikan tangannya.
            “Er..sorry pasal petang tadi,” ucap Ian sambil menuding kearah wajah Zared.
            Zared memegang bekas tumbukkan Ian petang tadi. Dia terus menggeleng.
            “It’s okey,” kata Zared. Walaupun masih sakit, tapi dia tahu itu saja caranya untuk menenangkan dia.
            Ian hanya mengangguk, mereka pun berpisah disitu. Zared kembali ke kamarnya, manakala Ian turun dari tangga. Belum tiba dia anak tangga terkahir, dia sudah nampak ibunya sedang berjalan kearahnya.
            Not now, ma!” kata Ian lantas memintas ibunya.
            Puan Masari mencebik lalu segera menghalang laluan Ian. “Tunggu, Ian! Masalah ini belum selesai lagi,”
            Ian tersenyum sinis. “Masalah mama yang belum selesai. Masalah Ian dah selesai pun,” jawabnya selamba.
            “Ian puas hati buat mama begini? Puas hati malukan mama?” marah Puan Masari.
            “Siapa yang malukan mama? Ian tak buat apa-apa pun. Rasanya, mama tak jelas dengan situasi tadi kan? Ian tak cintakan Ratna tapi Zared. Kalau mama nak marahkan sesiapa, cari Zared,” kata Ian.
            “Oya, tak perlulah mama susah-susah marah Zared sebab nenek dah restui hubungan dia dengan Ratna. Tapi kalau mama tetap nak marah seseorang, jumpa dengan nenek,” tambah Ian lagi lantas terus beredar.
            Puan Masari menahan marah. Dia langsung tidak dapat membalas kata-kata anaknya itu. Dia mencekak pinggang sambil memandang langkah Ian yang beransur hilang.

*****

            “HAMUND macam mana Azlyin?” soal Puan Jazlina kepada Azlyin yang baru saja keluar dari kamar mereka.
            Cinta yang ada di sofa sambil melakar sesuatu dikertas lukisan itu terhenti seketika. Dia merenung wajah mak ciknya yang seakan sayu itu. Simpati bertandang dihati melihat wanita itu. Janna yang sedang bermain dikomputer ribanya terus naik ke sofa.
            Azlyin duduk dihadapan nenek Mareea dan Puan Jazlina. “Tak tahulah, kak. Saya tanya dia taknak jawab malah dia halau saya keluar,” jawab Azlyin sedih.
            Puan Jazlina memandang ibunya. “Nak akak bercakap dengan dia?”
            “Tak perlulah kak. Akak dah banyak tolong keluarga kami, takkan masalah sekecil ini saya nak akak tolong selesaikan juga,” jawab Azlyin berserta satu keluhan kecil. Bahagia rumah tangga mereka tidak berpanjangan selepas Hamund mencuba mencari rezeki di kota. Malahan rumah tangga mereka itu hampir berpecah, tetapi nasib baik ada kakak iparnya yang sudi menumpangkan mereka dirumah itu.
            Puan Jazlina mencapai bahu Azlyin. “Kalau kamu ada nak cakap apa-apa, bagitahu aja,”
            Azlyin tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya mengangguk kecil.

           
            “MA, teksi dah sampai!” ujar Janna yang sedang menunggu bersama Cinta diberanda rumah mereka. Paun Jazlina dan yang lain terus keluar dari rumah.
            Cinta mengangkat begnya turun dari tangga. Puan Jazlina dan Janna menghantar dia ke teksi. Bagasi itu diberikan kepada pembandu teksi.
            “Ma, Tita sebenarnya berat hati nak tinggalkan kamu. Tita takut pak cik Hamund buat perkara bodoh lagi,” ujar Cinta dalam kerisauan.
            “Jangan risau, mama tahulah macam mana nak tangani pak cik kamu tu. Kamu tu perlu pulang, kalau tak bankrupt nanti kedai Lia,”
            Cinta hanya tersenyum lantas mengangguk.
            “Hmm… kalau dah sampai tu, terus beli handphone baru,” kata Janna persisi mama-mama.
            Puan Jazlina dan Cinta hanya tersenyum, dia pula yang lebih-lebih.
            “Yalah… bye, nek! Kak Azlyin, budak-budak, tunggu Tita balik, ya?” laung Cinta dari bawah sambil melambai kearah neneknya dan yang lain diberanda.
            “Ma, Cinta pergi dulu,” ucapnya lalu mengucup kedua-dua pipi ibunya, lalu berganti pula dengan Janna.
            “Belajar rajin-rajin!” bisiknya ditelinga Janna. Janna hanya mengangguk kecil.
            Setelah itu dia pun masuk ke dalam teksi. Sempat dia melambai untuk yang kesekian kalinya kepada Puan Jazlina. Baru saja dia masuk ke perut kereta, hatinya sudah merasa tidak sedap hati. Entah kenapa, berat hatinya ingin meningglkan kampung itu. Bukan kerana tidak rela berpisah, tapi dia risaukan pakcik Hamund. Takut dia melakukan kerja gila lagi.


            IAN meluru masuk ke kedai Lialina. Seperti kedai itu sudah menjadi miliknya pula. Lilina yang ada dikaunter sudah mengeluh kecil, dia terus bangkit.
            “Kau ni Ian, macam kedai ni kau punya pula. Keluar, masuk, keluar, masuk!” bebel Lialina.
            “Cinta dah pulang?” soal Ian.
            “Ian, dah tiga kali kau ulang alik ke sini sebab nak tanya pasal tu. Kan aku dah cakap aku tak tahu bila dia pulang sini,”
            “Yalah, dia dah pulangkah belum?” tanya Ian lagi. Tidak bosan dengan soalan itu.
            “Belum,” jawab Lialina. Pelik dia tengok Ian ni, orang jatuh cinta pun taklah macam dia. Dia ni dah lebih dari jatuh cinta, ini dah boleh dikira gila cinta ni.
            Ian mengeluh kecil. Tanpa berkata apa-apa lagi dia pun terus keluar. Lialina hanya mampu menggelengkan kepala. Kronik dah dia ni! Bisik hati Lialina.
            Tidak sampai 10 minit pemergian Ian, Cinta sudah pun sampai dikedai itu. Lialina terus keluar dari kaunter dan menyambut Cinta diluar.
            I miss you!” ucap Lialina sambil memeluk tubuh Cinta.
            I miss you too… kerja macam mana?” soalnya pula.
            Dia dan Lialina sudah melangkah masuk ke dalam kedai
            “Kau ni, sampai aja terus tanya pasal kerja. Kenapa tak rehat dulu dekat kondo?”
            “Bosan! Dahlah dekat kampung satu kerja pun aku tak boleh buat,”
            Lialina tersenyum. Begitulah sikap kawannya yang gila kerja. Dia membawa Cinta duduk sebentar.
            “Cin, tadi Encik Jutawan kau cari kau tadi,”
            “Huh? Buat apa dia cari aku?”
            “Dah rindu dengan kau, mestilah cari kau,”
            “Mustahil!” Cinta tidak percaya. Bukankah lelaki itu membencinya.
            “Sudahlah kalau kau tak percaya, tapi kita tunggu 15 minit. Mungkin kau akan percaya lepas ni,” ujar Lialina lantas bangkit menungu ke kaunter semula.
            Cinta terkebil-kebil. Apa yang 15 minit? Tiba-tiba dia tersentak. Dia terus menuju ke kaunter.
            “Jangan cakap yang dia akan datang sini?”
            Lialina tersenyum. “Tak sangka kau memang bijak Cinta,”
            Cinta sudah mula mengelabah. Dia tidak ingin berjumpa dengan lelaki itu. Lebih baik dia pulang lebih awal.
            “Aku rasa aku tak sedap badanlah, aku pulang dulu, ya?” kata Cinta sengaja memberi alasan.
            Lialina hanya mengangkat kening.
            Baru saja Cinta ingin bergerak ke pintu, Ian sudah tercegat dihadapan matanya. Dia menelan liur. Mata dia ni ada CCTV ka?


*****

            BUNYI deringan telefon Ratna yang bernada rancak itu terus disambut. Serta-merta telefom bimbit itu menjadi senyap.
            “Ayie!” suara Ratna kedengaran gembira.
            “Nina, Ayie akan datang malam ni. Tunggu Ayie,”
            “Tapi, macam mana dengan bapa Nina?”
            “Jangan risau, Ayie akan berhadapan dengan dia,”
            Ratna tersenyum nipis. Terharu dia dengan sikap berani Zared. Kalau dulu, mati-mati dia menolak Ratna tapi sekarang sudah menjadi sebaliknya.
            “Baiklah. Nina tunggu,” Ratna segera mematikan talian lalu bersiap. Dia harus kelihatan bertenaga malam ini jikalau dia ingin berjuang bersama-sama Zared. Usai bersiap dia pun keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.
            Kelihatan Datin Ratina dan Datuk Kugiyama sedang bersantai diruang tamu. Pembacaan Datin Ratina terganggu saat melihat Ratna melangkah ke ruang tamu dengan berpakaian agak cantik.
            “Kamu nak ke mana ni Nina?” soal Datin Ratina. Suaminya terus memandang Ratna.
            Ratna duduk bersama-sama mereka. “Zared nak datang malam ni,” ujarnya.
            Serentak itu, air muka Datin Ratina terus berubah sebaik saja terdengar nama Zared disebut.
 “Apa Nina cakap? Nina dah lupa yang mama cakap Nina tak boleh jumpa dia?”
“Dia bukan nak jumpa Nina, dia nak jumpa mama dan papa,”
Kening Datuk Kugiyama berkerut. Dia memandang isterinya.
“Tak boleh. Mama takkan benarkan dia jejakkan kaki dirumah kita ni!” dengus Datin Ratina.
“Ma, tolonglah bagi dia peluang. Macam mana dia nak buktikan diri dia kalau mama dan papa langsung tak nak jumpa dia?”
Datin Ratina dan Datuk Kugiyama berpandangan. Datin Ratina terus memeluk tubuh.
“Baiklah. Bawa dia kesini,” akur Datuk Kugiyama. Jauh disudut hatinya, dia mengagumi keberanian Zared. Jika Zared ingin berhadapan dengan mereka dengan cara seorang lelaki, apa salahnya.
“Abang?! Apa abang cakap ni?” marah Datin Ratina. Terkejut dia mendengar kata-kata yang lahir dibibir suaminya. Bukankah suaminya juga yang menghalang keras perhubungan Zared dengan Ratna?
“Tak apa, Tina. Jika dia ingin berjumpa dengan kita secara baik, kita juga harus melayan dia dengan baik,” ucap Datuk Kugiyama.
Ratna tersenyum mekar. Tadi, dia sudah takut kalau-kalau bapanya tidak bersetuju Zared berkunjung ke rumah mereka, rupanya dia silap mentafsir bapanya sendiri.

bersambung....

5 comments:

  1. settle pun msalah diorang hehe.. harap cepat2 la Ian lamar Cinta.. dh juga harap2 Datuk Kugiyama boleh trima Zared ^_^

    ReplyDelete
  2. akhirnya...
    suma da nk settle...
    tggl kes ian ngn cinta je nie...
    ian nie kena cari formula camne nk pikat cinta nie...

    ReplyDelete
  3. hehehe... :)
    seronok la kak.. ee.. xsabo nak tau ap yg ian nak ckap ngan cinta.. suka cara ian nak pikat cinta... tp syg ian nie, ego sgat la...

    ReplyDelete
  4. yes!!! akhirnya zared n ratna..
    *ps okie, jgn cuba nk pisahkan diorg taw

    ReplyDelete
  5. setuju dengan nursya, Ian mmg perlu formula utk pikat Cinta..haha

    haha...tengok keadaan norma, hehe...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.