Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

15 February, 2012

19th Proposal : The Best Man Wins


19th Proposal : The Best Man Wins
           
            CINTA bergegas ke halaman belakang café apabila Ian ingin mengejarnya. Tak kuasa dia berhadapan dengan lelaki itu. Berjumpa dengan lelaki itu membuatkan dia berfikir, bercuti tiga hari dikampung hanyalah satu mimpi, dan balik ke bandar seolah-olah dia baru saja tersedar dari mimpi indah.
            Why are you running away?” marah Ian.
            Cinta terus menoleh belakang lalu memeluk tubuh. Matanya tepat memandang wajah berkerut Ian.
            “Kalau aku tahu kau nak datang sini, aku takkan pulang dari kampung,” Cinta terus berpaling kearah lain.
            “Kau ingat aku nak jumpa kau sangat ka? Aku datang nak baju aku balik!” kata Ian sambil cekak pinggang. Matanya dan mata Cinta bertantang.
            Cinta berdehem. “Oh… itu? Aku bagi nantilah… sekarang masih tak boleh,” jawab Cinta teragak-agak. Sebetulnya, sebelum dia balik kampung baju itu belum sempat dibasuhnya lagi. Kalau Ian tahu baju itu belum dicuci, sah telingnya yang Ian akan cuci nanti!
            Ian ketap bibir. Dia mendekati Cinta lalu menarik tangan Cinta agar duduk dibangku bawah pokok itu.
            “Apa ni?” marah Cinta pula. Tidak suka ditarik seperti itu. Dia terduduk saat Ian menekan bahunya. Cinta mendengus. Kenapalah aku boleh berkenalan dengan lelaki macam dia ni?
            “Nah!” Ian menghulurkan sebuah telefon bimbit yang baru dikeluarkannya dari poket.
            Dahi Cinta berkerut. Lantas mengeluh kecil. Dah dua kali dia buat begini!
            “Bukan aku punya!”
            “Ambil! Aku bagi,” tegas Ian lalu menarik tangan Cinta dan meletakkan handphone itu ke tapak tangannya.
            Cinta sudah mengetap bibir. “Aku dah kata aku taknak, aku taknaklah!” marahnya lalu meletakkan telefon bimbit itu ke bangku dengan kasar sekali.
            “Buat apa kau bagi aku benda-benda begini? Kita bukannya ada apa-apa pun!” sambungnya.
            Ian cekak pinggang. Dia memandang sekeliling seakan bingung mencari kata-kata.
            “Sebab… aku taknak kejadian tiga hari lalu berulang lagi,” kata Ian, ada getar dalam nadanya. Susah betul dia mengucapkan kata-kata seringkas itu.
            Cinta memandang Ian dengan riak berkerut. “Kejadian apa?”
            “Kau tak perlu tahu,” Ian kalih pandangannya.
            Cinta mencebik. “Apa-apa pun, aku tetap tak nak terima semua ni,”
            “Kenapa? It’s just a handphone? Bukan duit dua juta,”
Cinta memandang Ian. Lalu dia bangkit. “Kenapa aku perlu ambil handphone ni? Aku bukan teman wanita kau, aku bukan anak kau yang kau perlu tanggung hidupnya? Aku tak faham. Kenapa kau buat semua ni?” serius. Cinta benar-benar tidak faham dengan sikap Ian. Ian seolah-olah berkelakuan seperti dia itu adalah teman lelaki Cinta. Berikan dia high heel, telefon bimbit mewah. Untuk apa?
            “Sebab aku taknak risau macam tiga hari lalu, aku tak boleh tahan daripada memikirkan kau sepanjang hari. Aku tak boleh tidur bila aku tak tahu kau ada dimana. Aku.. aku..” Ian tidak dapat meneruskan kata-katanya.
            Sementara Cinta sudah pun tercangang mendengar bait kata Ian yang tidak pernah didengarnya dari mana-mana mulut seorang yang bergelar lelaki.
            Dahi Ian berkerut apabila Cinta tidak henti-henti memandangnya. “Kenapa kau tengok aku begitu?”
            Cinta tersentak. Dia terus mengalihkan pandangannya. “Pelik!” ujarnya. Ada getar dalam nadanya. Dia sudah mengetap bibir. Entah kenapa dia berasa panas tiba-tiba. Telinganya sudah berubah kemerah-merahan. Kenapa aku tiba-tiba rasa malu pula ni? Bisik hatinya.
            “Cinta!”
            Serentak dia dan Ian menoleh ke pintu belakang café. Kelihatan Alexander dan Lialina sudah berada di muka pintu. Cinta memandang Lialina tetapi gadis itu hanya menggelengkan kepala bermaksud dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang Alexander.
            “Cinta!” ujar Alexander lantas meluruh kearah Cinta tetapi Ian lebih cepat berdiri di hadapan Cinta menghalang laluan Alexander.  Langkah Alexander terus mati. Dia menjeling tajam kearah Ian.
            Cinta memandang Ian bersilih-ganti dengan Alexander. Tiba-tiba rasa takut mengundang dihatinya, takut kejadian tidak diingini berlaku.
            Step a side!” arah Alexander keras.
            “Kenapa? Tak nampak dengan jelas yang Cinta tak suka dengan kedatangan kau?” kata Ian sambil memeluk tubuh, lagak seperti pengawal peribadi.
            “Aku perlu bercakap dengan dia! Cinta,” Alexander ingin mencapai Cinta tetapi pantas Cinta berundur. Seolah-olah takut dengan Alexander.
            Ian hanya memandang dari sisi mata. Dia tersenyum sinis. “See? She hate you!” kata Ian lagi, seakan-akan cuba memprovok Alexander.
            “Kamu berdu. Tolonglah berhenti! Lia, bawa Alex pergi,” arah Cinta.
            No!”
 Langkah Lialina mati.
“Saya nak bercakap dengan awak, Cinta. Please,” rayu Alexander. Dia ingin berlalu ke tepi tetapi Ian ada saja untuk menghalang dia daripada mendekati Cinta. Seolah-olah Ian sudah menjadi pengawal peribadi Cinta pula.
            Alexander sudah mula rimas dengan perangai Ian. “Boleh tak kau ketepi? Aku nak bercakap dengan dia, bukan kau,” bentak Alexander lantas menolak bahu Ian. Ian yang tidak dapat mengimbangkan diri terus rebah ke tanah.
            “Alex!” marah Cinta lantas mendapatkan Ian. “Kau dah melampau!”
            Alexander terpinga-pinga. Serasa dia, tolakkannya tadi tidak kuat sampai boleh membuatkan seseorang jatuh. Dia memandang Ian. Tiba-tiba dia ternampak senyuman sinis Ian. Berderuh darahnya dikepala.
            “Dia berpura-pura Cinta, kau tak nampak muka dia tu?” bentak Alexander tiba-tiba, beriya-iya membongkar warna sebenar Ian.
            Cinta terus memadang Ian. Dahi lelaki itu berkerut-kerut sambil memegang sikunya. Cinta meraih lengan Ian. Terdapat kesan tompokan darah diluar kameja Ian.
            “Berpura-pura? Kau tak nampak siku dia berdarah? Tolong pergi Alex. Aku taknak jumpa kau lagi,” kata Cinta sambil memandang tetap dianak mata Alexander.
            Alexander terkesima. “Cinta…”
            “Sudah, jangan paksa aku untuk berkasar dengan kau. Aku taknak itu terjadi. Lia, tolong bawa Alex pergi,” katanya lagi, kali ini dia tidak memandang lagi wajah Alexander sebaliknya memperi sepenuh perhatiannya kepada Ian.
            Perlahan-lahan Lialina membawa Alexander pergi. Alexander keberatan. Dia risau dengan keselamatan Cinta sebenarnya. Sekarang baru dia tahu siapa sebenarnya Ian. Dia sanggup lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dia tidak ingin Cinta menderita kerana lelaki seperti dia.
            “Kau boleh berdiri?” tanya Cinta. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia risau.
            Ian tersenyum kecil. “Kau risau pasal aku?”
            Dahi Cinta berkerut. “Ini bukan masanya untuk bercakap pasal itu. Bangunlah! Aku ubatkan siku kau,” katanya lagi.
            Ian tersenyum lagi. Bermacam-macam yang dirasainya sekarang. Dia merasakan kemenangan dan kebahagian yang ditunjukkan Cinta kepadanya.
            Cinta terus bangkit. Membiarkan Ian berdiri sendiri.
            “Kau tak tolong aku bangun?”
            Matanya Cinta berguling ke atas “Siku kau yang luka, bukan kaki!” katanya lantas terus beredar.
            Ian tersenyum. Kali ini senyumannya meleret sehingga ke telinga. Dia pun bangkit dan terus mengejar Cinta.

*****

            MALAM itu seperti yang dijanjikan, Zared datang tepat pada masanya. Ratna segera menyambut kedatangan Zared lalu membawa Zared ke ruang tamu. Di sana hanya ada Datuk Kugiyama sahaja.
            “Nina, pergi panggil mama,” arah Datuk Kugiyama.
            Selepas Zared melabuhkan punggung, dia pun segera melaksanakan arahan bapanya.
            Zared berdiri semula lalu menyalam Datuk Kugiyama. Datuk Kugiyama menyambut tangan Zared tanpa banyak persoalan. Setelah itu, Zared duduk semula.
            Why do like my daughter? Bukankah diluar sana ada lagi banyak perempuan yang cantik-cantik?” soal Datuk Kugiyama.Sekadar ingin menguji keikhlasan Zared.
            Zared tersenyum mendengar soalan Datuk Kugiyama itu.
            “Saya akui yang dia bukanlah wanita tercantik didunia, sebab saya juga bukanlah lelaki paling kacak dalam dunia ni. Tapi satu yang saya pasti, saya akan jadikan dia seorang wanita yang sempurna dimata dunia kerana menjadi isteri saya. Saya akan jaga dia, sehingga maut memisahkan kami. Tuan, terimalah cinta saya untuk Ratna. Saya berjanji yang saya akan membuat dia bahagia seperti dia tidak pernah hidup selama ini. Terimalah saya,” kata Zared dan dia mulai bangkit dan terus melutut dihadapan Datuk Kugiyama.
            Datuk kugiyama terkesima mendengar kata-kata Zared itu. Dia akui itu bukanlah kata-kata yang paling hebat dia pernah dengar, tetapi keihklasan yang lelaki itu tunjukkan sedikit-sebanyak menggugat hatinya.
            “Bangun Zared. Ini bukan masanya untuk kamu melutut dihadapan saya. Saya masih belum lepaskan anak saya lagi,” kata Datuk Kugiyama.
            Zared terus mengangkat kepala.
            Datu Kugiyama melangkah dan membelakangi Zared.
            “Selama ini, saya tidak pernah membenarkan Ratna membawa seorang lelaki ke rumah ini, kerana saya tahu mereka tidak dapat membahagiakan anak saya. Tapi kali ini, saya ingin melihat sejauh mana cinta kamu terhadap Ratna,”
            “Tuan.” Zared terkedu. Ini bermakna dia masih ada peluang lagi untuk memenangi hati kedua-dua ibu bapa Ratna. Dia tidak akan mensia-siakan peluang ini!
            “Tapi itu tidak bermakna saya akan lepaskan dia sekarang. Saya perlu kenal siapa kau terlebih dahulu. Bagaimana penerimaan ibu bapa kau terhadap anak saya. Jika mereka tidak sukakan akan saya, maka saya juga tidak akan menerima kau sebagai teman lelaki anak saya,” tegas Datuk Kugiyama.
            Zared terus bangkit.
            “Saya berjanji, saya akan pastikan yang ibu bapa saya akan terima Ratna sebagaimana mereka menerima saya sebagai anak mereka. Itu janji saya,” ucap Zared. Dia dan Datuk Kugiyama saling berpandangan.
            Tiba-tiba Datuk Kugiyama menghulurkan salam. Terpinga-pinga Zared menyambutnya.
            “Saya harap kamu boleh kotakan janji kamu, Zared,” kata Datuk Kugiyama.
            Zared tersenyum lalu mengangguk sekali.
            “Pa,” suara Ratna kedengaran dari arah tangga. Ratna menghampiri mereka.
            “Mama taknak keluar dari bilik. Puas Nina pujuk mama tadi,” kata Ratna.
            “Tak apa, biar papa yang uruskan dia. Kamu berdua boleh pergi, tapi tidak boleh tinggalkan rumah ini,” ujar Datuk Kugiyama lalu terus beredar menaiki tangga. Ingin memujuk hati isterinya yang sedang berduka.
            Ratna hanya mengangguk kecil. Lalu memandang Zared. Mata mereka bertatapan lama. Seakan berbicara sendiri.
            “Kenapa tengok Nina macam tu?” soal Ratna. Akhirnya dia kalah dengan pandangan gemersik Zared.
            “Sebab Nina betul-betul cantik malam ni,” ucap Zared.
            Ratna tersipu malu. “Apa Ayie cakap dengan papa tadi?”
            “Hal lelaki, Nina tak perlu tahu,”
            Ratna mencebik. “Okey, tak perlu bagitau Nina. Ayie baliklah. Ayie fikir sendiri macam mana nak perbaiki hubungan keluarga kita,” rajuk Ratna lalu berlalu ke tangga.
            Zared terpinga lalu mengejar langkah Ratna. Dia meraih lembut lengan Ratna.
            “Nina, Ayie main-main sajalah. Tak comellah merajuk-merajuk ni,” Zared mencuit batang hidung Ratna tapi tangannya ditapis lembut oleh Ratna.
            “Ayie ni, Nina tengah risau ni. Macam mana kalau papa tak benarkan kita berhubungan lagi. Takkan Ayie tak faham,”
            Zared mengalihkan tubuh Ratna agar berhadapan dengannya. Kedua-dua bahu Ratna dipaut.
            “Ayie dah janji dengan Nina yang Ayie akan buat apa saja agar kita akan terus berhubung. Dan sekarang ni, papa Nina dah bagi green light pada Ayie. Ayie percaya suatu hari nanti, keluarga kita akan terima hubungan kita nanti. Percayalah!” ujar Zared.
            Ratna memandang Zared. Ratna memegang dagu Zared. “Nina percaya!”
            Thank you, Nina,” kali ini Zared pula membalas cubitan kecil didagu Ratna.

***** 

            “ANON, mana budak-budak tu pergi?’ soal Datuk Kugiyama kepada Anon yang sedang mengemas dapur.
            “Entahlah Datuk, tadi saya nampak diorang naik atas,” jawab Anon.
            “Naik atas?” agak terkejut nada Datuk Kugiyama. Serta-merta dia terbayang benda yang tidak elok. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus bergegas naik ke atas. Bilik Ratna ditujui. Baru saja dia tiba dihadapan pintu, dia sudah terdengar petikan gitar. Dahinya terus berkerut. Ratna tidak pernah membeli gitar, atau selama ini saya saja yang tidak tahu? Bisiknya dalam hati.
            Lalu dia menguak pintu bilik itu dengan perlahan sekali. Dia melihat Ratna dan Zared sedang duduk diberanda, gitar coklat kekuning-kuningan sedang dipegang Zared. Wajah kedua-dua anak muda itu kelihatan begitu gembira sambil menyanyi dan menghayati pemandangan malam bersama-sama.
            Tanpa disedari, Datuk Kugiyama menguntum senyuman nipis. Inilah kali pertama dia melihat anak gadisnya tersenyum begitu manis sekali dan ada keikhlasan dalam diri anaknya itu. begitu tulus dan luhur. Benarkan dia akan hidup bahagia dengan Zared? Jika benar dia akan bahagia, kenapa aku merasa berat hati untuk melepaskan Ratna?
            Datuk Kugiyama mengeluh kecil lalu menutup semula pintu itu. Dia pun melangkah meninggalkan bilik tersebut.

8 comments:

  1. pandai jugak ian kenakan alex yer.. heheheh
    *fuh..memang kna baca balik dri mula ni~byk yg da tertinggal

    ReplyDelete
  2. sweet la tngk cinta dngn IAN tu...

    ReplyDelete
  3. anayue : tak apa...pelan2 :)

    ruby : memang sweet :)

    ReplyDelete
  4. br lps marathon dr bab 8 - 19..
    sbb sblm ni baca ka Penulisan2u jer..
    citer ni mmg best, xsabo nk tau next Ian n Cinta..

    ReplyDelete
  5. alahai Ian~ bila la kau nk lamar Cinta tu? menangi hati Cinta cepat! XD suka3

    ReplyDelete
  6. kira jd la Ayie ngn Nina tu ye..haha
    Ian, mulakan angkah seterusnya cpt..lmbt2 nty melepas la Cinta tu..hehe

    [hawa]

    ReplyDelete
  7. i likeeeee... x sabar nak tunggu sambungan... okie cepat2 sambung ya... :)

    ReplyDelete
  8. wah da cerah arapan ian nie...
    bile lak cinta nk sambut cinta ian lak???
    hehehe...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.