Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

18 February, 2012

20th Proposal : The Turning Point


20th Proposal : The Turning Point.

            “CINTA, jangan lupa tutup semua lampu tau. Carl aku dah sampai ni,” pesan Lialina yang sedang berdiri di depan daun pintu.
            Cinta yang sedang mengemas dapur terus menghentikan seketika pekerjaannya.
            “Taulah. Lama tak kau dengan Carl?” Cinta mendekati Lialina.
            “Ah’ah… family dia baru pulang dari Hawai. Aku perlu tidur disana, tapi esok aku datang kerja awal,” kata Lialina pula. Dia dan Cinta sama-sama keluar dari dapur. Cinta menghantarnya ke depan kedai.
            “Emm, yalah. Kalau begitu, kiranya malam ni aku takda kawanlah, kan?”
            Sorry… hari ni ja,” Lialina buat muka manja.
            Cinta tersenyum. Bukan dia tidak faham, dia faham situasi temannya itu.
            It’s okey… kau baik-baik saja disana. Jaga perangai, jangan keluarkan kebrutalan kau depan ibu bapa Carl tu,” pesan Cinta pula.
            Lialina hanya ketawa.
            “Yalah… aku pergi dulu.” Lialina memeluk tubuh Cinta, begitu juga dengan Cinta. Setelah pelukan dileraikan, Lialina pun menuju ke sebuah kereta dihadapan café itu.
            Cinta melambai ke arah Carl yang menunggu didalam kereta. Sebaik Lialina masuk ke dalam perut kereta, kereta itu beransur berhilang dari pandangan matanya. Cinta pun melangkah masuk ke dalam café semula.
            Memandangkan dia akan tinggal seorang di apartment malam ini, lebih baik dia habiskan masanya di café itu. Rindu hatinya memegang tepung. Tiga hari di kampung, tiga hari juga dia tidak berkesempatan memegang tepung.
            Itulah yang ada didalam fikiran Cinta tetapi apabila dia ditegur oleh seseorang dari belakang, entah angan-angannya itu sudah terbang ke mana. Terkejut dia melihat Encik Hamund, pak ciknya berada dihadapannya sekarang.
            “Pak cik? Apa pak cik buat disini?” Cinta segera mendapatkan Pak cik Hamund.
            Encik Hamund memandang ke kiri ke kanan, lagak seorang yang penuh berwaspada. Pelik Cinta memandang gelagatnya itu. Tiba-tiba Encik Hamund menariknya masuk ke dalam café.
            “Kenapa ni pak cik? Pak cik ada masalahkah?” Cinta sudah mula cemas. Dia tidak pernah melihat pak ciknya berada ditengah-tengah bandar dalam waktu begitu.
            “Pak cik ada benda nak bincang dengan Tita ni.” Encik Hamund menyuruh Cinta melabuhkan punggung. Mereka terus duduk dimana saja yang ada kerusi. Nasib baik café sudah pun ditutup, jadi bolehlah mereka berbincang sepuas-puasnya tanpa gangguan.
            “Pak cik nak bincang pasal apa? Kak Azlyin tahu pak cik ada di bandar sekarang?”
            “Tak perlu tahu pasal orang-orang di kampung. Sekarang ni pak cik nak minta bantuan Tita. Tita perlu tolong pak cik, kalau tak mati pak cik nanti,”
            “Huh? Besar sangatkah masalah pak cik sampai melibatkan hidup dan mati ni? Cuba pak cik cerita dengan Tita apa masalah pak cik sebenarnya?”
            Encik Hamund bangkit. Dia bermain jari-jarinya. Wajahnya pula gusar seperti seorang yang sedang dilanda masalah besar.
            “Pak cik, pak cik… berhutang,” tergagap-gagap Encik Hamund menghabiskan ayatnya.
            Bulat mata Cinta mendengar perkataan ‘hutang’ itu. Bukankah pak ciknya sudah berhenti berjudi? Dia terus bangkit membuatkan Encik Hamund terkejut sedikit.
            “Hutang? Tolong jangan cakap yang pak cik berjudi lagi. Tolong pak cik!” suara Cinta penuh pengharapan.
            Encik Hamund berpaling kearah Cinta.
            “Tita pak cik minta maaf, pak cik tak sengaja. Pak cik ingat pak cik dah menang, tapi nasib tak menyebelahi pak cik,”
            Cinta mendengus. “Pak cik tahukan pertaruhannya kalau berjudi? Mesti ada kalah ada menang, kenapa pak cik masih main juga? Ini kak Azlyin tahu tak semua ni?”
            Encik Hamund menggeleng lalu menghempas punggungnya dengan lemah sekali.
            “Pak cik tak bagitau, takut orang-orang di kampung risau. Tita, Tita mesti tolong pak cik,” rayu Encik Hamund. Dia sudah menggenggam kedua-dua tangan Cinta.
            “Berapa hutang pak cik?” soal Cinta lemah.
            “500 ribu,”
            Hampir terkeluar anak mata Cinta mendengar angka itu. 500 ribu bukan jumlah yang sedikit, malah gaji 20 tahunnya sekarang ini pun mungkin belum mencecah 500 ribu lagi.
            “Banyaknya! Macam mana pak cik boleh berhutang begitu banyak? Apa pak cik main?” suara Cinta tinggi melangit.
            “Pak cik ditipu, Tita. Diorang ambil kesempatan, dan pak cik pula terlalu bodoh percayakan diorang. Sekarang ni kalau pak cik tak bayar dalam masa seminggu, diorang akan cari keluarga pak cik dan akan tanam kami hidup-hidup,” kata Encik Hamund. Lelaki itu sudah ingin menitiskan air mata mengenangkan nasib anak-anaknya nanti. Dalam masa yang sama dia juga membenci dirinya kerana bertindak terlalu mengikutkan perasaan. Inilah jadinya, menyusahkan orang.
            Cinta telan liur. Kecut perutnya mendengar ugutan mereka terhadap pak ciknya itu. Mereka sanggup membunuh manusia hanya duit sejumlah 500 ribu? Aku tidak hairan jika mereka itu mafia atau kongsi gelap.
            “Kenapa sampai macam ni sekali pak cik?” Cinta sudah buntu. Dia tahu dia sendiri tidak dapat menyelesaikan masalahnya, masalah itu hanya akan selesai jika ada sejumlah duit 500 ribu turun dari langit tapi dia tahu itu tidak akan terjadi.
            Encik Hamund meraup mukanya. “Tita mesti tolong pak cik, kalau tidak…”
            “Macam mana Tita nak tolong, duit 500 ribu tu nak cari mana? Tita takda duit sebanyak itu,”
            “Tita dengar sini, Tita boleh tolong kalau Tita jualkan tanah mama kamu tu, Tita boleh dapat lebih dari 500 ribu untuk tanah tu,”
            Bulat mata Cinta mendengar cadangan pak ciknya itu. Jual tanah peninggalan bapanya? Tidak mungkin dia akan melakukan perkara itu.
            “Pak cik, Tita tak boleh buat begitu. Itu tanah papa, dan pastinya mama takkan setuju,”
            “Dia akan setuju kalau dia tak tahu. Geran tu dah ada dekat pak cik.” Encik Hamund mengeluarkan sebuah envelop kuning yang sudah terlipat-lipat dari belakangnya.
            Cinta tersentak, pantas tangannya ingin mengambil envelop itu tapi Encik Hamund terus menyimpan envelop itu semula ke belakangnya.
            “Pak cik?!” marah Cinta. Dia tidak sangka yang pak ciknya sanggup bermain taktik itu untuk mencari duit.
            “Pak cik tahu yang Tita takkan dapat tolong pak cik, jadi kalau Tita taknak geran ini pak cik jual, Tita mesti cari duit 500 ribu itu. maafkan pak cik, tapi ini saja caranya untuk selamatkan keluarga pak cik,” kata Encik Hamund lalu lekas-lekas meninggalkan Cinta dalam keadaan terkulat-kulat.
            Cinta terduduk. 500 ribu? Geran tanah mama? Apa patut aku buat? Pak cik, kenapa dia sanggup buat kami macam ni? Sekarang ni aku hanya boleh berserah kepada Tuhan saja.

*****

            “KOD Ayie salahlah, bukan begitu. Di sini!” Ratna membetulkan jari Zared. Zared ikut saja telunjuk Ratna.
            “Ayie ni, dah tahu tak tahu main, nak main juga,” kata Ratna lagi.
            “Kalau Nina boleh belajar, takkan Ayie tak boleh?” kata Zared pula. Tidak mahu mengalah.
            Ratna hanya tersenyum. Semangat belajar Zared masih sama seperti dahulu.
            “Ayie ingat tak masa dekat Australia dulu, masa kali pertama kita bertemu?”
            “Ingat!”
            “Masa tu Nina tengah nanyi atas pentas dan Ayie sedang duduk ditempat pelanggan. Ayie tahu tak lagu tu sebenarnya Nina tujukan untuk Ayie?” Ratna mengulas semula kenangan 4 tahun dahulu.
            Dahi Zared berkerut. “Eya? Apa tajuknya, Ayie lupalah.” Zared mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
            “Amazed,” jawab Ratna sambil menayangkan wajah comel dihadapan Zared. Berharap agar lelaki itu masih mengingati peristiwa itu namun wajah Zared langsung tidak menunjukkan minat untuk mengingati kisah cinta mereka.
            “Oh… tak ingatlah sayang,” kata Zared.
            Ratna mengeluh kecil lalu tertunduk. Mungkin kecewa mendengar jawapan Zared. Lama dia tertunduk.

Every time our eyes meet

            Ratna tersentak mendengar suara lunak Zared mendendangkan lagu itu bersama petikan gitar. Terus dia mengangkat kepalanya. Kelihatan zared sudah tersenyum-senyum dihadapannya.

This feeling inside me
Is almost more than I can take
Baby when you touch me

            Zared menyambung nyanyiannya sementara Ratna sudah pun ingin mengalirkan air mata dek terharu.

I can feel how much you love me
And it just blows me away
I've never been this close to anyone or anything
I can hear your thoughts
I can see your dreams
I don't know how you do what you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I wanna spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever

Zared bangkit dan menjauh sedikit dari Ratna. Dia ingin Ratna melihat keikhlasannya menyanyikan lagu itu. Dia ingin Ratna merasa setiap bait lirik yang keluar dari bibirnya itu hanyalah untuk dia seorang saja.

Every little thing that you do
Baby I'm amazed by you

The smell of your skin
The taste of your kiss
The way you whisper in the dark
Your hair all around me
Baby you surround me
You touch every place in my heart
Oh it feels like the first time every time
I wanna spend the whole night in your eyes

I don't know how you do what you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I wanna spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Baby I'm amazed by you
Every little thing that you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I wanna spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Oh, every little thing that you do
Baby I'm amazed by you

            Zared mengakhiri lagunya dengan satu petikan serentak itu Ratna terus menepuk tangan sambil bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Zared tersenyum lalu meletakkan gitar itu ke lantai. Dia mendekati Ratna dan mengesat air mata yang mengalir dipipi wanita itu.
            “Macam mana, okey tak?”
            Ratna mengangguk berkali-kali. Dia tidak dapat bersuara dek terlalu teruja mendengar nyanyian itu. Zared tidak pernah menyanyi dihadapannya sebelum ini dan itu adalah hari bertuahnya kerana dia dapat menyaksikan lelaki yang paling cool dan berwibawa bernyanyi dihadapannya.
            “Kenapa nangis ni?” soal Zared, makin risau dia bila tangisan Ratna kian menjadi-jadi.
            “Nina… Nina tak percaya yang, Ayie akan buat begini. Kan Ayie tak pernah…”
            Ratna terdiam saat Zared meletakkan jari telunjuknya di bibir Ratna.
            “Semua ni untuk Nina, Ayie belajar dalam diam untuk melamar Nina. Sudi tak Nina jadi isteri Ayie?”
            Hampir terjatuh Ratna mendengar lamaran Zared itu. Dia sudah menekup bibirnya, air matanya yang sudah kering kembali membasahi pipinya.
            Perlahan-lahan dia mengangguk. “Nina setuju seratus juta kali. Nina nak jadi isteri Ayie,” tidak semena-mena, dia terus memeluk tubuh sasa Zared.
            Zared tersenyum lalu mencampung tubuh Ratna persisi seorang putera mengangkat puterinya.
            Dari luar, Datin Ratina dapat mendengar suara gelak tawa mereka berdua. Dia mengetap bibir. Keningnya sudah bercantum menjadi satu garisan.
            “Zared, kau tengoklah. Aku takkan biarkan kau berkahwin dengan anak aku!” ujar Datin Ratina lalu melangkah pergi.

5 comments:

  1. huuhuhu...nape la pakcik cinta 2 wat masalh..aishhh....ayie n ratna...so sweet...arap diorg leh tangani datin ratina 2...btw..gud job okie..nice..

    -iela

    ReplyDelete
  2. geram la ngan pak cik tita tu... kalo tita mintak tolong ian, kesian gak sbb tntu tita x nak ian fikir dia nakkan harta ian.. sweet je ratna & ayie tu ^_^

    ReplyDelete
  3. selfish betol la pakcik cinta ni..patut lempar dalam lombong je... n puan ratina,takboleyh ke terima je zared tu..aishhhhh

    ReplyDelete
  4. biaq pi jer pak cik hammud tu, 500 ribu mana nk cekau..
    alah sian ngan zared kene tentang ngan iby ratna..

    ReplyDelete
  5. ksian dkat tita.. mna laa ndy nk cekau duit sebanyak tu.. zared romantik btul melamar nina.. auuww.. :) datin ratina moga2 cpat restu hubungan diorang

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.