Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

20 February, 2012

21th Proposal : The Way Out.


21th Proposal : The Way Out.

            IAN menghempas tubuhnya ke sofa empuk milik Serena. Serena yang kebetulan ingin melangkah ke dapur sempat melihat riak wajah Ian yang seperti seseorang yang baru saja kehilangan orang yang amat dia sayangi. Tidak jadi dia ke dapur, terus dia duduk di sofa tempat Ian berbaring. Ian melipat kakinya agar memberi ruang kepada punggung Serena untuk dilabuhkan.
            “Huh, apa lagi ni? Sedih semacam aja? Gaduh dengan mama?” soal Serena.
            Ian mencebik. Dia terus duduk. “Taklah!”
            “Dah tu? Gaduh dengan nenek? Masalah syarikat?” teka Serena.
            Ian mencebik lagi. “Bukanlah. Tengok ni.” Terus Ian menyinsing lengan baju kirinya, menayangkan sikunya yang berbalut dengan kain putih itu.
            Dahi Serena berkerut. “Macam mana boleh luka ni?” cemas suara Serena.
            “Eh, jangan sentuh!”
            Baru saja Serena ingin memegangnya, Ian sudah mengelak. Berkerut dahi Serena.
            “Kenapa tak boleh? Sakit?”
            “Tak. Ini Cinta yang balut, Ian taknak haruman tangan Cinta hilang,” jawab Ian berseloroh.
            Serena terus buat muka meluat. Dia menggeleng kecil. Memang sah adiknya itu sudah gila dengan Cinta.
            “Pelik betul Ian ni. Dapat luka macam ni pun masih boleh senyum? Dah sinting adik saya ni,” kata Serena pula lantas terus bangkit berlalu ke dapur. Buang masanya saja risaukan Ian tadi.
            Ian mengeluh kecil saat kakanya itu sudah tembus ke dapur. Rasa sedih bertandang lagi Dia berbaring sambil menghadap langit. Fikirnya melayang ke café tengah hari tadi.

            “DUDUK!” arah Cinta agak kasar kepada Ian sebaik saja mereka tiba ke bilik rehat pekerja. Ian menurut arahan Cinta tanpa pertanyaan. Selepas dia melabuhkan punggung, Cinta datang bersama first-aid box ditangannya. Dia duduk dihadapan Ian.
            Tanpa diminta, Ian terus menghulurkan tangannya. Cinta memandang Ian dengan wajah pelik. Macam budak-budak! Bisik hatinya.
            Perlahan-lahan Cinta menyinsing lengan baju Ian agar luka didalamnya tidak terkena. Setelah itu dia berdiri pula untuk mengambil tuala basah. Tuala itu hanya terletak didalam cupboardnya saja. Setelah luka itu dicuci, dia pun menyapu dengan iodine.
            Sepanjang dia mengubati luka Ian itu, Ian langsung tidak melepaskan matanya dari wajah Cinta. Saat-saat seperti itu dia tidak mahu membazir.
            “Pandang tempat lain boleh tak?” soal Cinta seakan rimas diperhatikan seperti itu. Dia bukannya buat demo dihadapan Ian yang dia perlu ikut semua gerak-gerinya.
            “Kenapa aku perlu tengok tempat lain?” balas Ian pula.
            Cinta angkat muka. Bila dia terpandang saja mata Ian, dia tunduk kembali. Bukan kerana hatinya berdebar, tapi dia tidak suka akan pandangan Ian itu. merimaskan!
            “Suka hati kaulah!” dengus Cinta lalu menyambung pekerjaannya semula. Bandage putih dipotong lalu dibalutkan ke siku Ian. Selesai misi mengubati luka itu.
            “Dah,” ujar Cinta sambil mengemas kotak first-aid itu. Baru saja Cinta ingin bangkit, Ian menarik tangannya membuatkan dia terduduk semula.
            “Apa ni?” marah Cinta, dahinya sudah berkerut tanda tidak suka.
            Tiba-tiba Ian menunjal dahi Cinta yang berkerut itu. Tergerak kepala Cinta ke belakang.
            “Jangan tunjuk muka begitu,”
            Cinta menyentuh dahinya. “Suka hati akulah!”
            “Kau nak cepat tua?”
            “Aku rasa bukan aku yang cepat tua, tapi kau! Kau yang selalu marah tak tentu pasal!” balas Cinta.
            Ian tersenyum. Lalu dia keluarkan semula handphone yang pernah dia berikan kepada Cinta tadi. Terdengar keluhan kecil dari bibir Cinta.
            “Ambillah. Anggap saja sebagai balasan pertolongan aku masa dekat pulau tu dan hari ini,” kata Ian.
            Cinta memandang tajam kearah Ian. Ada saja akal lelaki itu untuk memerangkap dia.
            “Kalau aku terima, kau takkan bagi aku apa-apa lagi lepas ni,” bukan pertolongan, tapi lebih kepada arahan.
            Ian mengangguk. Handset bertukar tangan. Lama Cinta membelek telefon mewah itu. Tiba-tiba dia terfikir akan satu soalan. Dia memadang Ian.
            “Kenapa kau buat semua ni? Bukankah kau dah nak kahwin?”
            Riak wajah Ian berubah dari gembira kepada terkejut. Mungkin terkejut mendengar perihal perkahwinannya itu dari mulut Cinta.
            “Dari mana kau tahu semua tu?” soal Ian tapi Cinta tidak memberi sebarang jawapan melainkan memberi dia satu pandangan yang dia rasakan agak lain dari biasa.
            “Okey, aku memang akan berkahwin tapi sekarang tidak lagi. Sudah dibatalkan,”
            Dahi Cinta berkerut. “Apa maksud kau?”
            “Itu kau tak perlu tahu. Yang penting aku tidak akan berkahwin dengan mana-mana perempuan yang aku tidak suka, jadi jangan risau,”
            Cinta mendengus kasar. “Jangan risau? Apa benda yang aku perlu risaukan? Takda benda. Aku tanya sebab takut tunang kau marah kau bagi aku benda-benda macam ni sedangkan kau dengan aku tiada apa-apa pun!”
            Ian memandang Cinta. “Kalau aku cakap kita ada hubungan, macam mana?”
            “Hubungan apa? Musuh adalah!”
            “Tak. Kekasih,”
            Cinta tertelan kembali nafas yang ingin keluar dari rongga hidungnya. Bulat mata dia memandang Ian. Daripada dia mendapat gelaran itu? Dan sejak bila mereka jadi kekasih?
            “Apa kau cakap?” Cinta seakan tidak dapat menangkap suara Ian.
            “Ya, kau akan jadi kekasih aku. Aku nak kau jadi kekasih aku,”
            Tawa Cinta meledak kuat, mungkin juga akan sampai ke bawah. Tapi dia peduli apa, dia betul-betul berasa lawak dengan kata-kata Ian tadi.
            “Kau nak aku jadi kekasih kau? Kau gila? Apa kau ingat aku ni robot yang kau boleh kawal? Tolonglah!” Cinta bangkit, tawanya masih bersisa.
            Ian hanya memandang Cinta.
            “Dari mana kau dapat idea tu, huh? Tak masuk akal langsung,”
            “Jadi kau rasa, aku tak layak untuk kau? Atau kau tak cintakan aku?” soal Ian, wajahnya serius seperti dia tidak pernah serius dengan mana-mana pihak sebelum ini.
            Cinta yang masih ketawa terus terdiam apabila terdengar suara Ian menjadi keras dan dingin. Dia melihat mata Ian tajam menikam wajahnya. Mungkin dia juga perlu berlaku serius sekarang. Melihat wajah Ian, dia tahu yang lelaki itu benar-benar serius.
            “Macam mana kau boleh kata aku tak cintakan kau sedangkan tiada apa-apa pun yang berlaku antara kau dan aku. Apa yang berlaku itu hanya menunjukkan kebencian kita terhadap diri masing-masing. Aku harap kau tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadap aku, Ian, begitu juga aku.”
            Ian terus berdiri membuatkan bahu Cinta terangkat dek terkejut.
            “Kenapa aku tak boleh menaruh perasaan terhadap kau? Kenapa kau tak boleh menaruh perasaan terhadap aku? Atau sebab aku tidak sekaya Alexander?”
            Cinta menggeleng. “Bukan soal siapa paling kaya. Tapi sikap, Ian. Sikap kau menunjukkan yang kau ingin selalu menang, kau suka memaksa, dan kau prejudis. Kau kasar, kau tak pandai jaga hati orang lain. Kau tak boleh nak merendahkan ego kau walau sedikit pun. Sikap itu tidak kena dengan aku. Aku tak boleh hidup dengan lelaki begitu,”
            Ian hanya diam mendengar setiap bait yang keluar dari bibir Cinta. Terlalu banyak kelemahan dia dihadapan Cinta.
            “Jadi, kalau aku ubah sikap aku, kau akan suka aku?” ujar Ian.
            Cinta menggeleng. “Tidak. Aku rasa kita tidak serasi,” kata Cinta lantas terus keluar. Tidak menunggu lagi balasan dari Ian
            Ian mengeluh kecil. Inilah kali pertama dia hilang kata-kata. Dan inilah kali pertama dia mendengar kata-kata orang lain. Dia tahu sikapnya bagaimana, dan semua itu seperti yang digambarkan Cinta tadi, tapi kenapa semua orang ditempat kerjanya sukakan dia? Kenapa Cinta tidak?
           
            IAN tersentak saat lampu tiba-tiba mati. Dia kembali kealam realiti. Melihat rumah itu sudah gelap-gelita, dia memanggil kakaknya.
            Sorry, ingatkan Ian dah tidur. Nanti tutup lampu, ya?” kata Serena lalu memasang lampu itu semula dan berlalu ke biliknya selepas Ian menjawab.
            Ian memandang siling semula. Dia masih berfikir bagaimana untuk menambat hati Cinta jika bukan dengan benda dan wang?
            “Ikhlas?” Ian tersentak. Ayat itu tiba-tiba keluar dari bibirnya dengan sendiri. Dia tersenyum lantas memetik jari. Aku perlu ikhlas untuk tamnbat hati dia! Tapi macam mana nak ikhlas?
            “Arh… esok tanya Carl la!” kata Ian lalu bingkas bangkit dan melangkah ke kamar mandi.

*****

            PRANGG!!
            Bunyi kaca pecah sehingga ke telinga Lialina yang sedang duduk dikaunter. Dia terus bangkit masuk ke dapur. Pelanggan sudah mula memandang-mandang ke dalam dapur.
            “Cinta?” terkejut Lialina melihat piring kaca berderai atas lantai dengan kek yang sudah mengotori lantai dapur. Cepat-cepat Lialina menyuruh pekerja dapur membersihkan lantai itu. Dia pula pergi mendapatakn Cinta dan membawa dia ke halaman belakang dapur. Cinta hanya mengikut.
            “Kenapa dengan kau ni? Sejak pagi kau tak terurus. Kau ada masalah?” soal Lialina.
            Cinta mengeluh kecil lalu melabuh punggung ke bangku. “Aku tak tahu macam mana nak cakap, Lia. Mungkin kalau aku cakap pun, kau tak dapat nak tolong,” ujar Cinta lemah. Semalaman dia tidak dapat lelapkan mata memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah pak ciknya itu, atau lebih tepat lagi sudah menjadi masalahanya kerana ia sudah melibatkan geran tanah milik mendiang bapanya.
            Lialina mengambil tempat disisi Cinta. Bahu temannya itu diusap.
            “Kalau kau ada masalah, kau patut bagitau aku. Walaupun mungkin aku tak dapat tolong, tapi aku boleh dengar,”
            Cinta memandang Lialina. “Kau ingat tak pak cik aku yang kuat berjudi tu?”
            Dahi Lialina berkerut. “Dia berhutang lagi?” soalnya seakan tahu.
            Perlahan Cinta mengangguk. “Tapi kali ini, aku tak rasa aku boleh tolong dia Lia. Tapi masalahnya sekarang, aku terperangkap!”
            “Terperangkap macam mana? Berapa banyak yang dia hutang?”
            “500 ribu,”
            Hampir terkeluar biji mata Lialina. “500 ribu?! Banyaknya! Apa masalah pak cik kau ni, huh? Asyik menyusahkan orang lain aja!” Lialina sudah terikut-ikut marah.
            “Itulah… semalam dia datang nak minta tolong, tapi kau tahulah kedudukan kewangan kami macam mana. Lepas tu, dia ugut aku nak jual geran tanah papa kalau aku tak cari duit 500 ribu tu. Lia, aku nak buat macam mana?” Cinta seakan orang yang betul-betul hilang arah. Dia tidak tahu tempat siapa untuk meminta bantuan.
            “Aku tak tahu, Cin. Aku tak da duit sebanyak tu. Tapi mungkin aku boleh tolong,”
            “Tolong macam mana?” soal Cinta penuh pengharapan. Walaupun pertolongan itu sekecil kuman, dia sudah sangat bersyukur.
            Terus Lialina membisikan sesuatu kepada Cinta. Berubah air muka Cinta mendengar cadangan Lialina itu.
            “Apa? Kau nak aku minta tolong Alex? Kau dah gila?” agak tinggi suara Cinta.
            “Cinta, mungkin kalau kau pinjam duit dengan dia, dia akan bagi pinjam punya,”
            Pantas Cinta menggeleng, Itu idea bodoh! Walaupun dia akan mati, dia tidak akan merendahkan martabatnya untuk meminjam duit orang.
            “Kau tahu aku macam mana Lia, tapi kau bagi aku cadangan macam ni? Aku tak sangka!”
            “Maaf Cinta. Jadi kau nak buat macam mana? 1 minggu untuk kumpul duit 500 ribu? Cuba lotri,”
            “Lotri? Lagilah…. Itu pun berjudi juga. Aku taknak,” Cinta sudah mundar-mandir dihadapan Lialina. Otaknya ligat berfikir mencari jalan keluar.
            “Huh, aku ada idea!” kata Lialina tiba-tiba.
            Cepat Cinta memandang kearah temannya itu. “Apa dia?”

*****

            “CIN, E-jit dah sampai!” jerit Lialina ke dapur.
            Cinta terus membuka apronnya lalu menyuruh pembantu-pembantunya untuk meneruskan kerja tanpanya. Dia pun keluar dari dapur. Dia melihat E-jit ada bersama Lialina di kaunter.
            “Ada apa ni?” soal E-jit.
            Cinta hanya tersenyum memandang wajah tampan yang berjambang sedikit diwajah itu.
            “Kita naik, aku nak bincang sikit,” kata Cinta lalu menarik tangan E-jit naik ke atas. Lialina membuntuti mereka. Sebaik saja mereka menapak masuk ke dalam ruang perbincagan itu, Carl sudah pun menunggu disana. Mereka mengambil tempat masing-masing.
            “Okey, firstly aku nak minta maaf sebab panggil kamu datang ditengah panas macam ni. Aku nak minta tolong sikit dengan kamu ni, boleh?” Cinta memandang wajah E-jit dan Carl silih berganti.
            “Boleh. Apa dia?” jawab E-jit.
            Cinta terus bangkit dan mengambil beberapa keping kertas yang sudah dicetak dari dalam cupboard-nya lalu diberikan setengah kepada E-jit dan setengah kepada Carl.
            “Apa ni?” soal Carl.
            “Nak buat promosi besar-besaran untuk café ni,” jawab Lialina pula.
            Cinta pun menjelaskan perihal risalah yang baru saja dia berikan itu. Dua lelaki itu hanya mendengar kusyuk sambil mengangguk-angguk bila ditanya faham atau tidak. Setelah siap menerangkan segala-galanya, Lialina pun menghantar mereka ke luar kedai memandangkan kedua-dua pun bekerja.
            “Aku akan buat yang termampu, Cinta.” E-jit memberikan kata-katanya kepada Cinta.
            Cinta tersenyum lalu menepuk lengan E-jit. “Aku tahu. Terima kasih ya Jit,” balas Cinta.
            Carl sudah memandang Cinta dengan pelik. Dia begitu mesra dengan E-jit membuatkan dia merasa lain untuk Ian. Melihat mata Carl yang tidak berkelip memadang Cinta, Lialina terus menyiku Carl. Carl tersentak lantas memandangnya.
            “Kenapa Bie tengok Cinta macam tu?” bisik Lialina.
            “Yang rasa Cinta tu sukakan E-jit tak?” tanya Carl.
            Pantas Lialina memandang Carl. Pelik bila soalan itu keluar dari bibir Carl.
            “Sukakan E-jit? Tak adalah. Kalau dia suka, dah lama Yang tau!”
            Carl menghembus nafas lega. Lialina hanya menggeleng melihat gelagat tunanganya itu. Kawannya yang sukakan Cinta, dia pula yang terlebih susah hati!
            “Okeylah, Bie balik dulu. Malam ni Bie datang ambil lagi macam biasa,” kata Carl lantas mencapai tangan kanan Lialina dan dikucupnya belakang tapak tangan gadis itu.
            “Em! Bye Bie!” Lialina melambai-lambai kearah Carl yang sudah masuk ke dalam kereta. 
            “Aku pun nak balik dulu. Apa-apa pun, aku hubung kau,” E-jit sudah pun menaiki motorikalnya.
            Cinta hanya mengangguk dan menghantar E-jit keluar dari perkarangan café dengan lambaian mesra.

5 comments:

  1. bagus gak sbb Cinta outspoken.. boleh la Ian baiki perangai dia.. masalah pak cik Cinta plak.. kalo x selesai cepat2 mmg nahas la.. sian family dia :(

    ReplyDelete
  2. owhh cinta jd outspoken ek?? tertanya-tya gak tdi..apa rancangan liliana.. antor je pakcik dia masuk lokap

    ReplyDelete
  3. uhuhuhu....bgus r cinta ckp ka ian gitu...tp pe rancangan diorg ek?? btol ke cinta suke kat jit 2??..klu betol..abis r ian...

    -iela

    ReplyDelete
  4. Bestla citer ni. Tapi kalau Ian tu ubah perangai dia tu lagi syok.


    - Lulla -

    ReplyDelete
  5. rasanya aada promosi kot... nanti Ian terus gila bayang.. huhu

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.