Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

24 February, 2012

22th Proposal : Bare One's Heart

22th Proposal :  Bare One's Heart 

            “IAN, IAN!” Carl merempuh bilik pejabat Ian tanpa mengetuk pintu. Ian yang sedang sibuk meneliti fail tersentak.
            “Maaf Tuan,” pinta Ruby, setiausaha Ian.
            Ian hanya mengangkat tangan lalu menyuruh dia pergi. Carl menghampiri dengan wajah cemas.
            “Kenapa ni?” soal Ian sambil meletakkan fail itu ke meja.
            “Gawat, Ian. Gawat!” kata Carl, kelam-kabut dia menarik kerusi dan duduk diatasnya.
            “Apa yang gawat?” marah Ian. Melihat sikap Carl yang cemas itu, dia pun terikut-ikut cemas.
            “Aku rasa kau perlu bertindak dengan cepat, kalau tak Cinta akan disambar orang!”
            Berkerut dahi Ian mendengar kata-kata Carl.
            “Disambar orang? Siapa?”
            “E-jit. Hari ini aku datang ke café, dan diorang memang sangat mesra!” Carl sengaja menekankan ayat sangat itu.
            Ian bangkit. Dia cuba mengingati siapa E-jit. “Lelaki yang baikkan motor Cinta tu, kah?” tanyanya.
            “Ya, dialah orangnya,”
            “Tak perlu risau pasal dia. Aku tak kisah berapa banyak yang sukakan dia, yang aku kisah siapa yang dia suka sekarang. Dia ada cakap yang dia tak kaitan apa-apa dengan lelaki tu. Jadi tak perlu risau,” kata Ian. Sebenarnya sedaya-upaya untuk menenangkan hatinya sendiri. Kalau diikutkan hati, lelaki itu sudah sedikit sebanyak memgugat hatinya.
            Carl mengerut kening. “Kau okey kah ni Ian? Kau pasti dengan kata-kata kau?” Carl seakan tidak percaya. Kalau dulu, dia akan mati-mati mempertahankan Cinta, sekarang seperti merelakan apa dan siapa saja Cinta berjumpa.
            “Aku pasti. By the way, kau buat apa dekat café?” tanya Ian pula.
            “Ni ha… Cinta nak minta tolong dengan aku dan E-jit,” Carl meletakkan kertas yang sudah terlipat empat itu keatas meja. Ian mengambil dan membuka lipatan itu. Iklan untuk cup cake tertera dimatanya.
            “Dia nak buat apa dengan ni?”
            “Katanya nak kembangkan café tu, mungkin nak tambah pendapatan kot,”
            “Ohh, jadi dia suruh kau lekat poster ni dekat klinik kau?”
            Carl mengangguk.
            Ian mendiamkan diri. Dia membaca semula risalah itu. Tiba-tiba dia tersenyum. Carl yang perasaan dengan perubahan wajah Ian terus bertanya.
            “Kenapa kau senyum?”
            Ian hanya angkat bahu. Cuba menjadi perahsia sikit.
            “Okeylah. Aku datang nak bagitau itu ja. Aku pulang dulu.” Carl bangkit.
            “Em, lain kali kalau nak masuk, call aku dulu,” pesan Ian pula.
            Carl hanya tersenyum. Dia pun melangkah keluar. Poster ditinggalkan kepada Ian. Ian terus memusingkan kerusinya menghadap pemandangan luar tingkap.
           
            KTAK! KTAK! KTAK!
            Cepat saja jari-jemari Cinta menekan nomnor yang ada diatas kalkulator itu. Wajahnya berkerut apabila angka yang dianggarkan tidak kesampaian.
            “Berapa sajalah, Cin?’ tanya Lailina sambil duduk dihadapan Cinta Meja itu berselerak dengan kertas-kertas kecil.
            Cinta mengeluh lalu menyandarkan belakangnya ke kerusi kayu itu.
            “Tak cukuplah, Lia. Tak sampai seribu pun. Macam mana ni? Ada tiga hari lagi,” nada Cinta seakan kecewa. Masa yang diberikan oleh pak ciknya terlalu singkat.
            “Memang susah nak kumpul 500 ribu dalam satu minggu, Cin. Apa kata kau pinjam saja pada…”
            Stop, Lia! Aku dah cakap aku takkan pinjam duit Alex.” Cinta tiba-tiba membetak.
            “Bukan. Bukan dengan Alex, tapi dengan… Ian?” takut-takut Lialina menyembut nama lelaki itu.
            Dahi Cinta bertambah kerutan. Dia mengigit bibir. “Lia?! Aku tak sangka kau boleh sebut nama dia! Kau nak aku rendahkan martabat aku depan dia? Aku taknak! Tak sekali-kali!” ujar Cinta tegas.
            Lialina mendekati Cinta.
“Cin, ada tiga hari lagi. Kau nak cari duit 500 ribu tu di mana? Ini saja caranya kalau kau nak lunaskan hutang pak cik kau, geran tanah papa kau pun selamat,”
            Cinta mencebik. Dia terus bangkit, menjauhkan diri dari Lialina.
            “Lia, aku perempuan. Aku taknak merayu dengan orang lain, apalagi Ian. Kau tahu dimata dia, dia cuma nak tundukkan aku saja, dia nak tengok aku tumbang didepan dia. Aku tak boleh!” Cinta menggeleng berkali-kali.
            Lialina mengutuk dirinya sendiri. Dia tahu Cinta memang alah dengan lelaki itu, masih lagi mahu memberi cadangan seperti itu. Tapi kalau bukan Ian, siapa lagi yang boleh tolong dia? Alexander? Sudah cukup masalah yang mereka hadapi dulu, kalau ditambah dengan hutang pak cik Cinta pasti hidupnya akan kucar-kacir lagi.
“Jadi, kau nak buat apa?”
            Cinta terdiam. Berfikir sejenak.
            “Mungkin aku akan cari kerja lain. Sebelah pagi akan akan buat semua tempahan, sebelah malam aku kerja lain. Aku akan cuba cari esok,”
            “Nanti kau penat macam mana?” soal Lialina seakan risau.
            “Tak apa, untuk 3 hari ni saja,”
            “Kau pasti Cin? Kau tak nak ubah fikiran kau?” Lialina cuba meyakinkan Cinta agar menerima cadangannya meminjam duit daripada Ian.
            “Tak. Aku yakin nak buat ni. Aku tahu kau nak tolong tapi, bukan ini caranya,” jawab Cinta lalu dia pun mengemas meja makan itu dan berlalu ke biliknya.
            Lialina mengeluh kecil. Dia hanya memandang setiap langkah Cinta sehinggahlah dia masuk ke dalam bilik itu. Dia tahu kawannya itu pentingkan harga diri, tetapi dia tidak tahu pula kawannya itu keras hati dan ego sama seperti Ian.

*****

Pelayan bar diperlukan!
Gaji : Rm 10, 000 per malam

            Mata Cinta tidak berkelip membaca iklan yang ditampal ditiang apartment mereka itu. Rm 10, 000 utk satu malam? Boleh percayakah ni?
            “Jomlah!” panggil Lialina yang sudah berada dikereta.
            Cinta terus bergegas ke kereta Lialina.
            “Cin, kita ada tempahan yang baru datang,” lapor Lialina sambil memasuki ruang dapur. Cinta yang sedang giat memblander adunan, terhenti sejenak.
            “Berapa?”
            Lialina tayang senyuman. “Kita kaya kali ni Cin. Tempahan tu datang dari syarikat besar tau,” cerita Lialina dengan teruja sekali. Siapa yang tidak gemuruh apabila mendapat panggilan dari syarikat Damarian High Corp. sebuah syarikat yang berprestij tinggi dan high-profile. Terkenal diseluruh asia malah dunia.
            “Yalah, berapa dia nak?” tidak sabar Cinta ingin mengetahui berapa banyak tempahan yang dia inginkan.
            “1000 kotak,”
            Hampir tersembul biji mata Cinta mendengar angka itu. Perlahan-lahan senyuman mekar terukir dibibir Cinta.
            “Dia nak bila?” tanyanya teruja.
            “Esok pagi. Jadi malam ni, kita perlu sediakan semuanya. Takda rehat!” kata Lialina seakan memberi arahan.
            Cinta tabik. “Yes bos!” jawabnya kuat.
            Lialina tersenyum. “Okey, teruskan kerja. Aku nak kira bajet kita dulu,”
            Cinta mengangguk. Mereka pun kembali ke tempat masing-masing. Sementara itu, senyuman tidak lekang dibibir Cinta. Betapa bersyukurnya dia apabila mendapat tempahan sebanyak 1000 kotak. Nama pun syarikat besar.
            Tepat jam 4 pagi, Cinta dan yang lain sudah pun siap membungkus tempahan itu. Kini mereka sudah masih-masing ingin pulang ke rumah. Sempat dia melambai kearah pembantu-pembantunya itu.
            “Akhirnya, siap juga!” kata Lialina sambil meregangkan badannya yang hampir tegang dek asyik duduk dilantai saja.
            “Lia, kau pulanglah dulu. Aku tak pulang rumah hari ni,”
            “Apa? Kau nak tidur sini?”
            Cinta mengangguk. “Siapa nak jaga kotak-kotak ni? Lagipun ada 3 jam lagi. Rasa alang-alang sangat. Aku mandi dekat kedai aja,”
            “Kalau begitu, aku pun tak pulanglah!” putus Lialina pula.
            “Wei, pulanglah. Hari ni pun kau tak pergi rumah Carl. Kau nak tinggal sini lagi, marah Carl tu nanti dengan aku,”
            Lialina menggeleng. Dia terus mendekati Cinta lalu memaut bahu gadis itu.
            “Tak. Dia faham, aku dah cakap. Jom, kita mandi sama-sama!” katanya pula.
            Cinta menapis lengan Lialina. “Ngada!”
            Lialina hanya ketawa kecil. Mereka pun berlalu ke tangga, naik ke bilik rehat pekerja.

*****

            TIBA  masanya mereka membawa tempahan itu ke syarikat. Cinta dan E-jit sudah pun masuk ke dalam trak. Sementara Lialina dan yang lain tidak ikut kerana terpaksa mengurusakan café.
            Setelah semuanya sudah dipastikan selamat untuk dihantar, E-jit pun membawa trak itu masuk ke lebuh raya.
            “10, 000… wah, banyaknya!” kata Cinta seakan menjerit.
            E-jit yang sedang memandu disebelahnya hanya tersenyum simpul.
            “Kenapa kau bersusah-payah Cinta? Sebelum ni, aku tak pernah nampak kau begitu bersungguh-sungguh nak kembangkan café,” soal E-jit.
            Cinta menepuk bahu E-jit.
            “Siapa cakap aku tak bersungguh-sungguh sebelum ni? Adalah! Cuma tak segiat ini. Kau tahulah, café Lia dah maju jadi kami nak majukan lagi. Kita mesti ada improvemen day by day tau!” jawab Cinta. Biarlah maksud tersirat lelaki itu tidak tahu. Masalah dia, biarlah dia yang selesaikannya.
            Dalam setengah jam perjalanan, mereka sudah pun tiba dihadapan bangunan mencakar langit itu. Cinta dan E-jit sama-sama turun dari trak.
            “Jit, aku masuk nak inform diorang dulu ya,” pinta Cinta lalu masuk ke dalam bangunan. Dia segera menuju ke kaunter dilobi itu.
            Hello, kami dari First Love Corner Café. Kami datang bawa tempahan yang dibuat kemarin atas nama syarikat ni,” lancar saja Cinta bertutur.
            Gadis dihadapannya mengangguk-angguk sambil tersenyum. Dia pun menyuruh Cinta untuk tunggu sebentar sementara dia menghubungi seseorang.
            “Cik, bos kami nak jumpa cik. Pasal bayaran dia akan bagi terus pada cik. Sila ikut saya,” kata pekerja itu sebaik saja dimeletak gagang. Wanita itu pun keluar dari kaunter dan membawa Cinta ke lift.
            “Cik, perlukah nak jumpa saya?” soal Cinta seakan tidak percaya. Sekadar menghantar tempahan, dia rasa tidak perlulah harus bersemuka untuk membayar kos itu, apatah lagi terus daripada bos besar.
            “Dia sendiri yang nak tempah, cik. Jadi urusannya dengan bos kami la,” jawabnya pula.
            Cinta tidak dapat berbuat apa-apa lagi bila gadis itu sudah menjawab begitu. Dia turutkan saja. Mereka sudah menaiki lift.
            Beberapa minit kemudian, mereka sudah tiba ditingkat yang ditujui. Sebaik saja mereka keluar dari lift, koridor itu kemas tanpa sebarang meja atau pun penghuni. Sunyi dan sepi. Gerun Cinta melihatnya. Takkanlah bos besar mereka mengambil 1 tingkat itu? Tak takut kah dia?
            “Sini cik,” Wanita itu tunjukkan jalan untuk Cinta.
            Cinta hanya membuntuti pekerja itu. Agak jauh juga pejabat bos besar mereka. Perlu belok-belok lagi.
            “Sini biliknya. Cik masuk saja,” kata pekerja itu lalu meninggalkan Cinta.
            Cinta menarik nafas sebelum memulas tombol pintu itu.  Sekali dia masuk, hanya meja yang kelihatan disudut bilik besar itu. Tiada apa-apa perhiasan, tiada ruang tamu atau almari untuk menyimpan trofi. Hanya meja!
            Cinta sudah mulai panik. Dia mula berfikir yang pekerja tadi sengaja mengenakannya. Tapi dia gagahkan juga untuk melangkah mendekati meja itu. Kelihatan kerusi itu membelakangi. Pasti ada seseorang disebalik kerusi itu, cuma tidak kelihatan.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering membuatkan langkahnya mati. Cepat-cepat dia menyaluk tas tangan. Nama si pemanggil dilihat, tidak bernama.
            Hello?” jawab Cinta.
            “Macam mana, cantik tak ofis ni?” suara lelaki kedengaran.
            Dahi Cinta berkerut. Dia dapat merasakan yang pemanggil itu ada didalam ruangan itu. Tapi dia tidak kenal suara itu.
            “Siapa ni?”
            “Datang dekat lagi ke meja,” arah suara itu.
            Cinta memandang meja itu seketika. Kemudian melangkah perlahan-lahan mendekati meja seperti yang diarahkan. Sebaik saja dia berada dihadapan meja, kerusi it uterus berpusing menghadapnya.
            Terlepas telefon bimbit itu dari tangan Cinta sebaik saja melihat wajah dihadapannya itu. Dahi berkerut. Perasaannya bercampur-baur.  Marah, geram, terkejut dan macam-macam lagi.
            “Kau?”
            Ian tersenyum lalu berdiri. “Ya, aku. Ethan Ian Damarion. CEO kepada Damarion High Corp.”
            Cinta mendengus kasar lalu mengeleng berkali-kali. Dia mengutip telefon bimbitnya lalu seraya beredar tanpa berkata apa-apa lagi. Dia terus terlupa yang dia perlu mengutip pembayaran itu.
            Ian terpinga-pinga melihat Cinta ingin melangkah pergi. Cepat-cepat dia menarik tangan Cinta.
            “Kau nak pergi mana?” soalnya.
            Cinta tunduk memandang lengannya yang dalam genggaman Ian. Perasaan akan tingkah Cinta, Ian terus melepaskan genggamannya.
            “Kenapa mesti kau?” suara Cinta seakan menengking.
            “Apa pula? Mestilah aku yang tempah cupcake ni, dah aku yang ada depan kau, kan?”
            Cinta menggeleng lagi. Dia penat! Dia penat berdepan dengan semua itu. Cinta mengatur langkah ke pintu tapi langkahnya dihalang Ian.
            “Kau tak nak bayaran tu?”
            “Cepat bayar, dan aku akan pergi,” tak perlulah aku menghadap muka kau. Sambungnya dalam hati.
            “Berapa?”
            “10 ribu,”
            Ian memandang Cinta.
            “Kenapa? Tak percaya? Kiralah sendiri!” kata Cinta seakan faham dengan maksud pandangan Ian.
            “Tak perlu. Kalau gitu, aku beri check saja.” Ian menuju ke mejanya. Laci dibuka dan mengeluarkan sekeping check lalu menandatanganinya. Dia kembali ke tempat Cinta.
            “Nah.” Check itu dihulur kepada Cinta.
            Perlahan-lahan Cinta menyambutnya. Entah kenapa, dia merasakan maruahnya sedang dicalar-calar apabila menerima duit dariapda Ian. Dia tahu dia tidak seharusnya berfikir begitu kerana Ian adalah pelanggan. Pelanggan harus membayar!
            “Terima kasih,” ucap Cinta lantas terus beredar.
            Ian terkulat-kulat. Rasanya, dia tidak bercakap sesuatu yang menyakiti gadis itu, kenapa dia berkelakuan pelik?



            “CIN!” panggil E-jit sebaik saja dia melihat Cinta keluar dari bangunan.
            “Kau pergi mana tadi?’ soalnya pula.
            Cinta menggeleng. Check yang diberikan Ian tadi diberi kepada E-jit.
            “Kau balik dulu, nanti aku menyusul,” Cinta melangkah.
            “Kau nak pergi mana?” E-jit mengejar.
            “Jangan ikut. Aku nak tenangkan fikiran sekejap. Please?” jawab Cinta seakan merayu.
            E-jit tidak berkata apa-apa lagi melainkan mengangguk, bersetuju. Cinta pun menyambung langkahnya. E-jit mengeluh kecil. Check dimasukkan ke dalam poket lalu kembali ke trak. Trak dipandu keluar dari perkarangan bangunan itu.

            CINTA berhenti melangkah, lalu memandang ke belakang tepat kearah bangunan Damarion High Corp. itu. Tanpa dia sedari, sebiji mutiara mengalir keluar dari tubir matanya. Cinta menutup rapat matanya. Dia teringat semula bagaimana dia menerima check itu. Terasa seperti dia sedang menginjak maruah dirinya sekarang. Kenapa mesti lelaki itu? kenapa mesti dia?
            Cinta terduduk lemah ditengah-tengah laluan orang ramai itu. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan orang ramai yang lalu-lalang. Air matanya menitis deras. Tidak dikesat sedikit pun. Dia dapat merasa bagaimana pandangan Ian terhadapnya sekarang. Lelaki itu memang mahu menundukkan dia, lelaki itu memang ingin menunjukkan kekayaan yang dimiliknya.
            Tidak semena-mena, tangannya tiba-tiba ditarik seseorang membuatkan dia terus bangkit. Tangannya ditarik menuju ke satu arah. Menuju ke kereta. Dalam keadaannya sekarang, otaknya tidak dapat menerna apa yang sedang berlaku.
            Dia melihat belakang seseorang yang sedang menariknya. Siapa dia?
            Pintu dibuka dan tubuhnya ditolak kasar masuk ke dalam kereta. Lelaki itu juga masuk selepas dia. Pintu ditutup kasar.
            “Apa kau fikir, huh? Menangis tepi jalan macam nak mengemis aja,” marah Ian.
            Cinta terbangun. Tersentap dia mendengar perkataan ‘mengemis’ itu. Dia mengesat air matanya.
            “Kalau pun aku mengemis, kenapa? Apa hal kau?” balas Cinta pula lalu pantas membuka pintu tetapi tangan Ian lebih pantas menarik pintu itu semula agar tertutup rapat.
            “Apa kau nak, huh?” bentak Cinta.
            “Aku nak kau cakap, kenapa kau menangis?” soal Ian.
            “Bukan urusan kau,”
            “Kau perlukan duit?”
            Pantas kepala Cinta berpaling kearah Ian. Bulat matanya.
            “Aku sudi tolong, cakap berapa yang kau nak,” ujar Ian pula. Suaranya sudah kembali lembut.
            Saat itu, Cinta merasakan yang dirinya sedang dipanah beribu-ribu anak panah tepat dijantungnya. Dia mengetap bibir sehinggalah terasa carian besi dilidahnya. Sah, dia gigit bibirnya sehingga berdarah.
            “Aku tak perlu pertolongan kau,” jawab Cinta lalu membuka pintu kereta tetapi Ian tetap ada untuk menghalangnya.
            Ian terus memaut kedua-dua bahu Cinta agar menghadapnya. Dia pandang dalam mata Cinta. Dia tahu, gadis itu dalam kesusahan. Mungkin caranya untuk membantu tidak kena, tapi dia memang ikhlas untuk membantu gadis itu.
            “Cinta, aku sudi tolong kau. Aku sanggup tolong kau, kau Cuma perlu cakap berapa yang kau nak pinjam. Aku bagi,” ujar Ian. Ikhlas dari hatinya. Dia benar-benar ingin membantu. Apabila Lialina menelefonnya semalam dan memberitahu masalah yang dihadapi Cinta, hatinya turut berasa gelisah. Dia tidak boleh biarkan Cinta menghadapi masalah itu seorang diri.
            Cinta ketawa membuatkan dahi Ian berkerut.
            “Kenapa kau nak tolong? Supaya kau boleh cakap dengan aku yang kau ada segala-galanya? Kau paling kaya, aku miskin. Kau lelaki paling baik, aku perempuan murah yang hanya tahu tidur….”
            Cinta terus terdiam saat tubuhnya didakap. Hilang kata-katanya. Hilang akalnya untuk menyindir Ian. Dia benar-benar terkejut.
            “Aku sudi tolong, aku ikhlas Cinta,” ucap Ian. Lembut saja menyapa telinga Cinta
            Cinta ketap gigi. Dia terus menolak tubuh Ian lalu melayangkan tangannya ke pipi Ian. Hampir terjatuh Ian dari kerusi itu.
            “Aku tak perlukan pertolongan kau!” bentak Cinta lalu terus keluar dari kereta, cepat. Tidak ingin Ian menghalang-halanginya lagi.
            Ian memegang pipinya. Kemudian mengeluh kecil. Dia harus buat apa agar Cinta melihat keikhlasannya? Ini kali pertama yang dia betul-betul ingin membantu seseorang dan pada masa itulah orang tidak mempercayai keikhlasannya.

 Bare one's heart - If you bare your heart or soul to someone, you reveal your innermost
  thoughts and feelings to them.

6 comments:

  1. best2... cinta cukup2 ah 2, sian kat Ian.. next n3 cepat2.. wink ^_^

    ReplyDelete
  2. membaca E3 ni..hati akak tersgtlah panasnya..macam nak menjentus jetus kepala minah bengong tu..halo..u need d money..dah org nak tlg..pinjamkan..duit tu..dahlah dpt bapa saudara yg kejam..apa kata biaq kan sahaja bapa saudaranya dan buat laporan polis mengenai ugutan bapa saudaranya ..at least maruah..tanah aruah bapanya selamat..

    ReplyDelete
  3. ida > alamak kak ida mara betul, rasa macam kak ida mara saya pula..hehe :) tak apa... Cinta akan terima juga pertolongan Ian :)

    fatiah > terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. okie da kena marah!! tu maknanya okie dah berjaya.. hahahah tetiba je rasa kesian kat ian..selama ni rasa geram... selalunya kita akan lebih menghargai sesuatu yg susah nak dapat

    ReplyDelete
  5. eh2,sweet nye Ian kali nie..trharu plak!..slalu mmg sweet gak p plus pahit,payau n masam!!..heheheee.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.