Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 February, 2012

Love.32 : Fall Even Deeper


Love.32 : Fall Even Deeper

            “BUKAN kita nak ke restoran, Adi?” soal Tamara pelik apabila mereka berhenti disebuah kedai bernama Armani.
            Aditya memandang Tamara dengan senyuman dibibir. Dia pun keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Tamara. Aditya menghulur tangan.
            “Adi apa ni?” soalnya tapi dia tetap menyambut huluran tangan Aditya. Selepas dia keluar, Aditya menutupkan pintu untuknya. Tamara betul-betul dilayan seperti seorang putieri raja ketika itu.
            “Takkan Tara nak makan malam dengan baju begini?” kata Aditya.
            Pantas Tamara memandang bajunya. Hanya berseluar jeans dan T-shirt putih. Kini baruslah dia faham.
            “Mari!” pelawa Aditya. Mereka pun seiringan masuk ke dalam kedai berjenama itu.
            Setelah mereka masuk, seorang petugas pun datang menyambut mereka. Aditya pun memberitahu baju seperti mana yang diinginkannya. Lalu petugas itu membawa Tamara untuk memilih baju. Aditya pula hanya menunggu di ruang menunggu sambil itu matanya melilau ke seluruh pelosok kedai itu. Bermacam-macam barang yang ada, beg tangan, kasut aksesori, tapi dia langsung tidak berminat dengan semua itu. Dia hanya ternanti-nanti bagaimana isterinya itu kelihatan selepas dia memakain pakaian yang dibelinya.
            Aditya melihat Tamara dan petugas itu sudah pun selesai memilih. Tiga pasang gaun dibawa Tamara masuk ke dalam bilik persalinan. Aditya terus berdiri dan menghampiri petugas yang sedang tunggu diluar bilik.
            Selang beberapa minit, Tamara pun keluar dari bilik persalinan dengan sepasang gaun hitam yang bertangkai kecil di bahu. Aditya tersenyum, lantas menggeleng. Entah kenapa, dia tidak merasa baju itu sesuai ditubuh Tamara.
            Tamara menutup pintu itu semula. Apabila dia keluar, baju sudah bertukar menjadi warna biru laut. Dari atas Aditya melihat gaun itu ditubuh Tamara. Gaun itu panjang menyapu lantai, leher baju itu pula yang hanya diikat dileher saja. Aditya menggeleng. Tamara cukup cantik dengan baju itu, dia tidak mahu kecantikan Tamara itu menarik perhatian orang ramai.
            Tamara menukar lagi. Gadis itu tetap bersabar dengan keletah Aditya. Dia mencapai gaun putih yang tersanguk di penyakut. Selepas beberapa minit, Tamara membuka pintu. Kali ini Aditya terus terpaku, terpegun melihat Tamara dalam berpakaian gaun putih. Bila Tamara berpakaian begitu, dia tidak tumpah seperti ibunya, Sumira.
            “Cantik! Kita beli ini! Tapi kedua-dua baju itu pun saya nak. Tolong bungkuskan,” arah Aditya itu kepada petugas tersebut. Petugas itu hanya mengangguk menurut.
            “Adi, bukakan baju tu mahal-mahal. Satu cukuplah!” kata Tamara, dia merasa membeli banyak-banyak baju yang belum tentu akan dipakaian itu adalah sesuatu yang membazir.
            “Tak apa. Mungkin suatu hari nanti Tara akan pakai baju-baju ni,” jawab Aditya lalu menuju ke kaunter untuk membayar.


            MEREKA sudah pun tiba di hadapan pintu bilik dimana keluarga Aditya berkumpul. Tamara betul-betul kelihatan gelisah. Tapak tangannya sudah mula berpeluh.
            “Adi, kejap! Kejap!” dia terus menangkap tangan Aditya yang ingin memulas tombol pintu itu.
            “Kenapa?” soal Aditya pula.
            “Bagi Tara sikit masa lagi,” katanya lantas mula menarik nafas, lalu dihembus. Perbuatan itu diulang-ulang.
Aditya hanya memerhati. Tidak semena-mena, pipi Tamara terus dikucup membuatkan Tamara segera memberhentikan perbuatannya itu. Serta-merta gemuruhnya hilang.
“Hmm… hilang pun. Jom masuk!” kata Aditya lalu memegang tangan Tamara, serentak itu dia memulas tombol pintu.
           

*****

            TELEFON Loki yang berdering membuatkan lelaki yang sedang terbaring diatas sofa it uterus terbangun. Cepat-cepat dia mengangkat telefon bimbitnya.
            “Hello!”
            “Loki, kau dekat mana?” suara seorang perempaun kedengaran.
            Sebaik saja mendengar suara itu, Loki tersenyum sinis. Dia terus duduk disofa semula dengan santai sekali.
            “Tania, dah lama aku tunggu panggilan dari kau,”
            “Tak perlu berbasa-basi. Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kau dekat mana?”
            “Dekat ofis,”
            “Okey tunggu,” talian dimatikan.
            Loki meletakkan telefon bimbitnya ke meja. Mata terus memandang ke luar tingkap. Bibirnya tersenyum seakan tahu apa yang bakal Tania Lolita akan katakan kepadanya.
            Tidak sampai sepuluh minit, Tania sudah berada diofis kecilnya itu. Cepat dia membukakan pintu. Tersambul wajah tegang Tania dihadapannya.
            “Tania,”
            Tania terus melangkah masuk dan duduk diruang tamu mini. Wajahnya betul-betul tegang dipagi-pagi itu. Loki membuntuti.
            “Apa benda kau nak cakap dengan aku?”
            “Dah berapa lama kau tahu yang Adi berkahwin dengan Tamara?”
            Dahi Loki berkerut. “Oh? Kau dah tau? Siapa bagitau kau?” Loki berpura-pura. Sebenarnya hari itu, dia mengekori Tania dan Dai semasa mereka ke Bali.
            “Adi, tapi bukan Adi cakap terus. Aku dapat tahu dari telefon Adi,”
            “Oo… jadi, kau nak aku buat apa?”
            Tania memandang Loki. “Bagitau aku, adakah Adi cintakan perempuan tu? Adi dah tak cintakan aku lagi?” soal Tania. Ada air yang sudah mulai bertakung dimatanya.
            Loki mengeluh kecil. “Pasal dia cintakan perempuan tu, ya dia memang cintakan Tamara. Tapi pasal kau, aku tak tahu,”
            “Loki, kau perlu tolong aku. Aku… aku masih cintakan Adi, aku masih menunggu dia. Aku nak Adi!” Tania tidak dapat membendung air matanya saat terfikir dia akan kehilangan Aditya buat selama-lamanya.
            Loki sudah mula panik. “Tania, relak! Kalau kau nak Adi balik, kau perlu bersabar. Kita mesti ada perancangan terlebih dahulu,”  cadangn Loki.
            Tania menghentikan tangisannya. Dia memandang Loki.
            “Rancangan? Rancangan yang macam mana?”
            “Nanti aku bagitau, sekarang ni kau cuma perlu tahu siapa Tamara dan siapa yang bakal membunuhnya,”
            Tania tersentak. “Membunuh? Aku tak minta kau membunuh Tamara. Aku cuma nak diorang berpisah, itu saja!” marah Tania.
            “Dengar dulu. Aku takkan bunuh Tamara. Aku cakap begini sebab aku risau pasal kau. Kau dah lupa peristiwa 6 tahun dulu? Kau nak itu terjadi dengan kau?”
            Tania terdiam. “Bukankah pembunuh itu sudah menghilangkan diri selepas dia berjaya memisahkan kami? Dan sekarang Tamara dan Adi selamat berkahwin dan tiada apa-apa yang terjadi, bermakna pembunuh tu memang dah berhenti,”
            Loki menggeleng. Firasatnya mengatakan yang bertentangan. Dia masih merasakan yang Tamara tidak selamat berada disamping Aditya.
            “Memang, tapi aku dapat rasa yang dia masih ada diluar sana dan menunggu. Aku nak pastikan yang Tamara selamat,”
            “Tamara selamat? Kau sukakan Tamara?” dahi Tania berkerut.
            “Aku tak sukakan dia, tapi aku taknak perkara buruk ini menghampiri dia. Kita perlu bagi amaran kepada Adi dan Tamara sebelum pembunuh itu bertindak,”
            “Kau pasti dengan cara begini, kita boleh memisahkan diorang?”
            Loki mengangguk. “Kita menyelam sambil minum air,” jawabnya sambil tersenyum sinis. Tania pula sudah mengerutkan wajah. Mungkin tidak faham dengan maksud Loki.

*****

            TERDENGAR gelak-tawa dari bilik tempahan yang besar itu apabila Aditya menceritakan bagaimana kali pertama dia bertemu dengan Tamara. Nampknya kisah pertemuan mereka itu mengundang 1001 rasa kepada ahli keluarga Aditya.
            “Adi ni memang, dekat perempuan saja, muka dah pucat. Nak cakap gay, tak juga sebab masih baca majalah perempuan,” kata Aunty Helen.
            Tamara hanya tersenyum sambil melirik kearah Aditya. Dia tatap satu-persatu wajah keluarga Aditya. Banyak rupanya yang datang, kata Aditya sikit. Ini mesti salah infomasi ni.
            “Macam mana Tamara boleh buat Adi ni sukakan Tamara, huh?” soal Uncle Opal pula. Suami kepada Aunty Helen. Semua yang ada disana itu kerabat Aditya sebelah bapa.
            Tamara memandang sekilas kepada Aditya sebelum menjawab soalan itu.
            “Mungkin sebab, waktu tu saya ni macam lelaki jadi dia tak perasaan. Bila dah lama-lama Adi dah biasa dengan kehadiraan saya. Jadi perempuan tak perempuan dia dah biasa,” jawab Tamara.
            Tiba-tiba Aditya memaut tangannya yang ada dibawah meja, sedang menggeletar.
            “Tapi mungkin juga sebab Tara ni baik dan kental tidak seperti mana-mana gadis yang pernah Adi jumpa. Dia seorang yang optimistik dan tidak suka bergantung dengan orang lain. Sama dengan mama, mungkin sebab itu Adi jatuh cinta dengan Tara.” jawab Aditya.  Dia dan Tamara saling bertatapan. Saat itu ingat saja dia mengusap pipi Tamara tapi dia masih sedar dia berada dimana.
            “Jadi bila kamu rancang nak dapat baby ni?” soal Uncle Heora.
            Semua mata sudah memandang kearah mereka. Aditya dan Tamara terkulat-kulat. Tamara telan liur, Benjo yang satu itu pun dia masih tak boleh jaga dengan baik, apatah lagi anak sendiri.
            “Emm…” jawab Aditya.
            “Belum lagi la tu nampaknya. Andrew, bilalah agaknya kau nak menimang cucu ni,” kata Uncle Heora lagi sambil memaut bahu abangnya iparnya.
            Tuan Andrew hanya tersenyum.
            “Bila tiba masanya, diorang tetap akan bagitau. Tak gitu Tara?” katanya sambil memberi pandangan mengusik kepada menantunya itu.
            Tamara hanya  tersipu. Bukan dia boleh kawal semua itu. Itu semua kuasa dari Tuhan

            ADITYA dan Tamara seiring menuju ke kereta. Aditya terus memaut bahu Tamara apabila mereka melalui orang ramai yang sedang lalu-lalang, takut tubuh kecil isterinya itu terlanggar.
            “Macam mana tadi? Masih nervous lagi?” soal Aditya.
            Tamara tersenyum lalu menggeleng. “Tara ingatkan keluarga Adi ni menakutkan, maklumlah keluarga besar. Tapi Tara betul-betul tak sangka yang diorang semua ni mesra alam. Rasa beruntung sangat jadi sebahagian dari keluarga Adi,”
            “Apa lagi kalau kita tambah seorang lagi ahli keluarga, kan?” Aditya tersenyum nakal.
            Tamara hanya tersenyum. “Adi ni, buat Tara malu aja,”
            Aditya menghentikan langkahnya. Lalu dia memegang perut Tamara.
            “Kalau dah ada baby nanti, Adi akan jadi lelaki yang paling gembira dalam dunia ni. Adi dapat Tara dan juga anak kita. Kalau dah ada baby nanti Adi nak beri semua yang terbaik untuk anak kita nanti,” ucap Aditya bersungguh-sungguh. Dia betul-betul berharap dalam masa terdekat itu, mereka akan mendapat cahaya mata. Puji Tuhan jika itu berlaku.
            Tamara menekup tangan Aditya yang ada diatas perutnya. “Terima kasih Adi sebab Adi sanggup terima Tara seadanya. Dan kalau kita dah ada baby nanti, kita akan jaga dia sama-sama,”
            Aditya memandang Tamara. Perlahan-lahan dia mendakap tubuh itu. “Kita sama-sama berusaha tau, sayang. I love you so much!” ucap Aditya dicuping telinga Tamara.
            Tamara hanya mengangguk kecil.


            Tepat jam 7 petang, Aditya dan Tamara sudah tiba dirumah banglo. Aditya cepat-cepat keluar untuk membukakan pintu bagi Tamara. Tamara tersenyum tanda dia menghargai perbuatan Aditya itu.
            Mereka seiring masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah itu benar-benar gelap dan sunyi. Tamara terus memaut tangan Aditya.
            “Adi, mana yang lain?” soal Tamara, suaranya kedengaran cemas. Jam begitu tidak pernah rumah mereka menjadi gelap. Hatinya semakin diserang keresahan.
            Aditya tersenyum dalam kegelapan. Dia terus menekan suis lampu. Serentak itu…
            “Happy Birthday!” terdengar suara teriakan Isabel, Benjo dan juga Jeremy.
            Tamara tersentak melihat mereka berkumpul sambil memegang kek. Rumah mereka pula dihiasi dengan belon-belon berwarna-warni. Tamara menekup mulut, dia tidak dapat menahan rasa terharu dihatinya.
            Isabel tersenyum-senyum sambil memandang Encik Asran. Encik Asran menghampiri Tamara.
            “Selamat hari lahir, sayang,” ucapnya lalu memeluk kudus tubuh anak gadisnya itu. Entah sudah berapa lama mereka tidak berada dekat seperti itu.
            “Terima kasih, pa.” Tamara membalas pelukan Encik Asran. Kini dia memeluk pula Benjo dan Isabel. Serius, dia betul-betul lupa yang hari itu adalah hari ulangtahun kelahirannya.
            “Tara, Adi tahu hubungan Tara dengan papa tak baik, tapi cubalah pulihan semula hubungan kamu sebab kita dah jadi keluarga sekarang. Adi nak tara bahagia seperti mana Adi bahagia dengan keluarga Tara,” ujar Aditya sambil mengusap lembut rambut Tamara.
            Tamara memandang Encik Asran. Dia mencapai kedua-dua tangan bapanya.
            “Maafkan Tara sebab selalu kasar dengan papa, ya?” pintanya.
            Encik Asran hanya tersenyum. “Kita lupakan perkara yang sudah, sekarang ni kita buat moment gembira pula,” jawab Encik Asran.
            Sesisi rumah itu serentak tersenyum lalu mereka bersama-sama menuju ke runag tamu yang sudah lengkap dengan hidangan walaupun ala kadar saja.

*****

            TAMARA keluar dari dapur dan dia tidak melihat lagi kelibat Aditya. Tadi sebelum dia masuk dapur untuk meyimpan piring-piring terpakai, Aditya masih lagi bermain dengan adik-adiknya.
            Tamara mencari Aditya ke bilik mereka tapi tiada. Hendak bertanya pada yang lain pula semua sudah tertidur memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Tamara turun semula dan mencari ke luar rumah pula. Cinta menuju ke halaman belakang rumah.
            Bibirnya segera tersenyum apabila melihat Aditya sedang berdiri memandang bulan. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Entah kenapa, saat itu hatinya terusik melihat Aditya. Dia segera mendekati Aditya dan memeluk pinggangnya dari belakang.
            Aditya tersentak lantas memaut kedua-dua lengan yang sudah melingkari pinggangnya.
            “Tara?”
            “Emm…” jawab Tamara kecil.
            Aditya tersenyum lantas memalinkan tubuhnya kearah Tamara. Kedua-dua tangan gadis itu masih lagi dipinggangnya. Aditya memaut pipi Tamara.
            “Kenapa ni?” soalnya, terasa ada kelainan dalam sikap Tamara itu. Sebelum ini, isterinya itu tidak pernah berani untuk bertindak mendekatinya, tapi kali ini Tamara berjaya melepasi ketakutannya sendiri.
            “Tara… Tara cintakan Adi,” lafaz Tamara sambil tertunduk. Terasa panas pipinya mengakui perasaannya sendiri.
            Aditya tersenyum lantas mengucup ubun-ubun Tamara. “Adi tau, sayang,” tubuh Tamara didakap penuh dengan kasih. Semakin dalam perasaannya terhadap Tamara. Entah kenapa, setiap perbuatan Tamara membuatkan dia semakin jatuh cinta.
            Hari semakin larut dan mereka masih lagi dalam keadaan begitu sambil merenung bulan. Sesekali mereka tertawa teringat kisah lucu dalam setiap pertemuan dan perkenalan mereka.

************************************************** 
p/s: sorry kalau chapter kali ni nampak 'kosong'... enjoy reading <3

7 comments:

  1. ololololololo~ comel sangat Tara ngan Adi.. pembunuh? sian mreka kalau dpisahkan.. Loki ni pun satu la.. ada ke suggest camtu kat Tania.. :(

    ReplyDelete
  2. siapalah pembunuh tu???

    ReplyDelete
  3. misteri sungguh...
    saper sebenarnya wat keje membunuh nie....

    ReplyDelete
  4. semoge tara n adi bersatu sampai abis crite ni walaupun bnyk rintanagn yg dilalui....pembunuh???? adakah diantara watak yg ade atau watak yg baru??

    ReplyDelete
  5. to anon Friday, February 17, 2012
    mungkin akan cai watak baru, tapi dlm fikiran saya, sy nak letak karekter yang dah sedia ada :)

    ReplyDelete
  6. hmm..new n3 pleaz..da lame sgt tak upload..xcited nak tau ending mcm mn..perhaps after this..selalu la upload n3 cepat2 eah..

    ReplyDelete
  7. Ololo sweet je couple ni. Cik okie, nl nk smbung cte ni, dh bnyk thn x update ni. Plez make it finish

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.