Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

05 March, 2012

23th Proposal : The Road Not Taken


23th Proposal : The Road Not Taken

            “MASUK sini. Ikut sini!” kata seorang lelaki botak dengan pakaian berbunga-bunga itu. Tubuh beberapa gadis ditolak masuk ke dalam sebuah bilik termasuk Cinta sekali. Cinta kelihatan kekok dengan persekitaran ruang yang panas yang terang-benderang dengan warna-warni itu. Cinta memeluk tubuhnya, takut bersentuhan dengan tubuh lelaki-lelaki yang berdiri didinding.
            “Cepat sikitlah!” jerit lelaki botak itu pula. Berpusu-pusu mereka masuk ke dalam bilik tersebut.
            Cinta sudah ingin muntah terhidu bau arak dan asap rokok yang memenuhi ruang bilik itu.
            “Okey, aku hanya akan pilih perempuan yang paling cantik saja dan aku hanya akan pilih 3 buat masa sekarang. Yang lain boleh tunggu disini!” terang lelaki botak itu lalu menghampiri semua gadis yang telah dikumpulnya hari ini. Satu-persatu wajah gadis-gadis disitu diperhati. Mungkin memilih mana yang paling ‘sedap’
            “Kau, kau, kau. Ikut aku!” lelaki botak itu menuding kearah Cinta dan dua orang perempuan lagi.
            Cinta teragak-agak, sementara yang dua lagi tersenyum lebar dek dipilih. Mereka bangkit dan mengikuti lelaki botak itu.
            “Kau kenapa tak jalan?” sergah lelaki itu membuatkan Cinta terkejut kecil. Cepat-cepat dia bergerak kearah lelaki tersebut.
            Lelaki itu membawa mereka ke satu bilik lagi. Bilik persalinan. Banyak baju-baju jarang dan sendat yang tergantung dipenyangkut baju itu.
            “Pilih yang terbaik,” kata lelaki itu lalu segera beredar dan menutup pintu tersebut. Selepas saja lelaki itu keluar, cepat-cepat Cinta mengunci pintu itu dari dalam.
            Kedua-dua perempuan itu sudah memandang Cinta. Tapi tidak pula bertanya apa-apa melainkan mejalankan tugas yang diarahkan tadi. Kusyuk mereka memilih baju yang terbaik malam itu.
            Sementara Cinta sudah mula berfikir, bagaimana dia boleh berada di tempat itu. Cinta menggeleng. Dia sudah tersilap besar memilih jalan itu. Dia terus bangkit ingin keluar tetapi pintu itu dirempuh dari luar membuatkan Cinta terundur ke belakang.
            “Siapa yang kunci pintu ni?” soal lelaki botak itu.
            “Dia!” serentak dua perempuan itu menuding kearah Cinta.
            Lelaki botak itu sudah menjeling tajam kearah Cinta.
            “Sudah siapkah belum? Aku dah tak sabar ni,”
            Tiba-tiba seorang lelaki tinggi lampai berjambang dan berkulit gelap masuk ke bilik persalinan itu.
            “Sabar Tuan. Dia orang baru saja nak pakai ‘santapan’ ni tuan. Sabarlah!” kata lelaki botak itu, cuba menurunkan adrenalin bos mereka.
            Cinta sudah menelan liur apabila lelaki berjambang itu memandangnya dengan pandangan pelik. Yang pasti Cinta tidak selesa dipandang sebegitu rupa.
            “Dia ni pekerja barukah?” soal lelaki berjambang itu.
            “Ya tuan. Kenapa?”
            “Aku nak dia! Cepat bawa dia ke bilik aku,”
            Terbeliak mata Cinta mendengar ‘permintaan’ lelaki itu. Bukankah dia hanya pelayan bar, kenapa pula perlu masuk bilik?
            “Tunggu! Bukankah ini jawatan untuk pekerja bar saja?” soal Cinta.
            Lelaki botak itu tergelak. “Bodoh. Ada ka gaji 10,000 untuk satu malam saja? Tiada. Kecuali kalau kau jual badan kau!”
            Cinta menggigit bibir. Inilah padahnya kalau bertindak mengikut perasaan!
            “Kalau begitu, aku taknak kerja ni. Maafkan aku,”
            Baru saja Cinta ingin melangkah, tubuhnya sudah ditolak kasar sehingga terhumban ke sofa. Cinta mengerang kesakitan. Dia menjeling tajam kearah lelaki berjambang yang sudah menolaknya itu. Dia bangkit semula. Dia benci bila dirinya dikasari. Tidak semena-mena, dia terus menendang celah kangkang milik lelaki berjambang itu.
            Lelaki itu sudah terduduk menahan sakit. Merah padam mukanya. Cinta tersenyum sinis.
            Semua penghuni bilik itu terdiam, tergamam melihat aksi berani Cinta tadi. Cinta memandang kiri kanan. Sebelum ramai yang masuk, lebih baik dia cabut lari.
            “Apa lagi? Kejar dia!” arah lelaki berjambang itu lantang. Dalam kesakitan, sempat lagi dia menjerit.
            Orang suruhannya itu pun cepat-cepat mengejar Cinta yang sudah laju keluar dari pub itu. Nasib badan dia kecil boleh menyisip dimana-mana saja tambahan menyukarkan mereka untuk mengejar dia.
            “Halang perempuan berbaju ungu itu!” jerit lelaki botak tersebut. Kuat dan lantang. Serta-merta membuatkan pengikut-pengikutnya menurut arahan.


            LIALINA mundar-mandir dihadapan ruang tamu. Telefon bimbit ditangan ditatap buat kesekain kalinya. Dia menggigit-gigit bibir sambil menjeling kearah pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam tapi belum ada tanda-tanda yang Cinta akan pulang.            
            Hatinya risau apabila teringatkan kejadian semalam. Dia tiada pilihan lain selain memberitahu Ian perihal masalah Cinta. Bukan dia tidak menghormati kawannya, tapi Cinta sudah terdesak. Tiada siapa yang boleh membantunya melainkan Ian. Lagipun dia fikir, Ian sukakan Cinta malah mungkin juga cintakan Cinta, mustahil dia tidak membantu. Betul tak?
            Tapi apa yang dia takutkan ialah bila Cinta tahu bahawa dia yang telah memberitahu Ian. Dia tidak mahu gara-gara itu Cinta tidak ingin lagi berkawan dengannya.
            Tiba-tiba telefon bimbit berdering tanda panggilan baru masuk. Nama E-jit tertera diskrin telefon.
            “Hello, E-jit. Jumpa Cinta tak?’ soalnya terus ke pokok utama.
            “Tak. Belum lagi. Kau tak tahukah kenapa dia tiba-tiba menghilang?”
            “Kalau aku tahu, taklah aku minta tolong kau cari dia. Sorry, menyusahkan kau saja,”
            “Tak apa. Aku cari dia lagi, ada apa-apa nanti aku call.” E-jit mematikan talian.
            Lialina terus melabuh punggung. Dia berfikir di mana agaknya Cinta pergi malam-malam begitu. Cinta bukannya banyak kenalan. Ada pun Datin Ratina. Tapi takkan dia nak pergi rumah datin malam-malam begini? Cancel!
            Tiba-tiba Lialina teringat sesuatu. Dia bingkas bangkit dan keluar dari rumah. Dia turun ke lobi dan mencari sesuatu yang melekat ditiang-tiang bangunan. Dia berhenti pada tiang yang mempunyai kertas putih melekat dibadan tiang tersebut.
            Pantas dia menghubungi E-jit. Tetapi panggilannya tidak diangkat pulal. Lialina mendengus. Masa penting nilah kau tak sambut!
            Dia ingin menghubungi Carl, tapi bila teringat yang Carl bersama keluarganya sekarang dia matikan niatnya. Sekarang hanya seorang saja yang dapat membantu dia, sekali lagi. Ian.

*****

            CINTA panik. Makin ramai yang mengejar dia. Dia pandang depan, cepat saja matanya menangkap pintu utama yang memancarkan cahaya dari luar itu. Belum sempat tiba dia muka pintu, seorang lelaki berbadan besar sudah menghalang jalannya. Tertutup pintu itu dek kebesaran badannya.
            Cinta mendongak. Kelihatan wajah bengis lelaki besar itu. Wajahnya dipenuhi dengan parut. Cinta menelan liur.
            “Kau nak lari ke mana lagi?” soal lelaki botak itu. Akhirnya dapat juga dia mengejar Cinta. Tercungap-cungap dia menahan nafas. Lelaki itu mengesat peluhnya yang sudah menitis.
            Cinta hanya mendiamkan diri. Tapi itu tidak bermakna dia akan membiarkan dirinya menjadi mangsa. Walauapun yang terjadi, dia tetap akan keluar dari tempat itu.
            Cinta menggengam penumbuk lalu dipamerkan kearah lelaki bertubuh besar itu. Tapi lelaki itu tidak sedikit pun mempamerkan wajah takut malah dia memeluk tubuh pula.
            Cinta tersenyum sini. Walaupun badan kau besar, tapi ada satu area juga akan membuatkan kau lemah!
            Tidak semena-mena, Cinta terus mengangkat lutut dan mengena dicelah kangkang lelaki itu. Sekali lagi, tektik yang sama digunakan. Peringatan, aksi ini sentiasa berguna disaat-saat genting!
            “Takkan lagi!” keluh lelaki botak itu apabila melihat kawannya sudah tersungkur jatuh dihadapannya.
            Cinta berjaya meloloskan diri sekali lagi.
            “Kejar! Jangan biar dia terlepas!” arahnya.
            Tiga orang lelaki bergegas berlari keluar mengejar Cinta. Dari pintu, mereka dapat melihat Cinta berlari ke seberang. Mereka berpecah untuk menjejaki Cinta. Dua orang menyebrang jalan, seorang lagi berlari ikut bahu jalan untuk memerangkap Cinta.
            Cinta tersilap apabila berasa lega dia sudah keluar dari pub itu, rupanya masih ada lelaki yang mengejarnya lagi. Cinta berhenti berlari apabila seorang lelaki dari pub itu berhenti dihadapannya. Cinta menoleh belakang pula, mungkin ingin melarikan diri tapi dibelakangnya juga muncul dua orang lelaki. Cinta terperangkap dari dua penjuru.
            “Kau tak boleh lari lagi. Ikut kami!” lelaki yang ada dibelakang terus memulas tangan Cinta dan memaut rambut ikal Cinta membuatkan dia terjerit kesakitan.
            “Lepaskan akulah. Aku dah cakap, aku taknak kerja tu lagi!” bentak Cinta sambil cuba melepaskan tangannya.
            Pang! Lelaki yang berdiri dihadapannya sudah mengangkat tangan. Cinta mengetap bibir. Ada carian pekat yang mengalir dari bibirnya.
            “Ikut saja, jangan banyak cakap! Kau harus jawab bos besar kami!” kata lelaki itu pula.
            Cinta terus diheret ingin melintas jalan raya. Tetapi belum selangkah kehadapan, lelaki yang memulas tangan Cinta terhumban ke longgkan sampah. Serta-merta tangan Cinta terlerai dari pegangannya. Cinta menoleh ke kiri.
            Macam tidak percaya Ian muncul didepannya, menjadi hero buat kali kedua. Ian terus menarik tangan Cinta agar berdiri dibelakangnya.
            Ian dan Cinta sudah tidak dapat berlari. Ketiga-tiga lelaki itu sudah mengelilingi mereka. Orang ramai sudah mulai berteriak apabila salah seorang dari lelaki itu menghunuskan pisau lipat. Cinta kecut perut, lengan Ian dipaut kuat.
            “Aku kira sampai tiga, lepas tu kau lari, okey?” bisik Ian.
            “Tapi macam mana dengan kau?”      
            “Aku lelaki, tahulah aku handle perkara ni. Ingat tau!”
            Cinta mengangguk-angguk. Ian sudah mula mengira. Sampai 3, dia terus menyerang lelaki yang memegang pisau, sementara Cinta sudah pun melarikan diri. Laju dan jauh dari tempat itu.
            “Perempuan tu tiada duit, lebih baik kamu uruskan aku sebab aku orang kaya!” ujar Ian, sengaja memancing agar mereka tidak mengejar Cinta lagi.
            “Kalau kau kaya, bos kami lagi kaya! Serang!” kata lelaki yang menghunuskan pisau itu, lagak seperti dia ketua pasukan.
            Ian ketap bibir. Terpaksalah! Ian membuka langkah kuda-kuda. Matanya silih-ganti memerhati mereka, takut salah seorang daripada mereka itu mengejar Cinta. Lelaki sebelah cuba bergerak tapi pantas membuka seni mempetahankan dirinya membuatkan lelaki itu terundur. Langsung tidak dapat membolosi sempadan yang dibina Ian sendiri.
            Gawat! Belum tentu aku boleh tewaskan mereka seorand diri! Serentak itu, Ian mengutip bakul yang rosak dari longgakkan sampah itu lalu dilemparkan kearah dua orang lelaki dihadapannya dan seraya itu dia melarikan diri. Dia dikejar.
            Ian panik. Orang dihadapanya dilintasi seperti angin. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti sambil memanggil-manggil namanya. Ian tersentak melihat Cinta membuka pintu teksi. Cepat-cepat Ian melompat masuk ke dalamnya. Teksi itu segera beredar setelah mendapat arahan dari Cinta.
            Cinta menoleh ke belakang. Ketiga-tiga lelaki yang mengejar mereka berputus-asa mengejar teksi yang mereka naiki itu. Cinta mengurut dada.
            “Nasib baik,” keluhnya lega.
            Ian pantas memandang kearahnya. “Nasib baik?! Apa kau fikir huh?!” jerit Ian tiba-tiba.
            Cinta tersentak. Tergamam. Matanya bulat memandang Ian yang tengah berang. Dia telan liur. Matilah dia kali ini, Ian sudah mula jadi ibu-ibu yang berlagak seperti penjaganya.
            “Eh, sebelum buat keputusan, fikir dulu!” Ian menunjal kepala Cinta membuatkan kepala gadis itu terdongak.
            “Apa ni?” marah Cinta pula. Dia mengesat dahinya.
            “Kau boleh marah aku lagi? Err…!!!” mahu saja Ian memaut leher Cinta. Risau seluruh jiwanya mendapat berita yang Cinta ke pub untuk mendapatkan duit Rm10,000 itu. Berbaloikah? Nak sangat jual badan dia?
            “Kau nak pukul aku, pukullah!” provoke Cinta pula. Tidak tahukah dia yang Ian betul-betul marah? Lelaki itu memang boleh menampar Cinta sekarang juga, Cuma dia memilih untuk tidak sebab dia sayangkan Cinta. Tapi Cinta tidak pernah faham isi hatinya.
            “Lepas apa yang terjadi, kau nak aku pukul kau lagi? Kau ni memang dah gila!” bentak Ian lalu memalingkan tubuhnya bertentangan dengan Cinta. Cermin kereta diturunkan, ingin menyejukkan hatinya yang sedang panas itu.
            Cinta hanya memandang Ian. Dia pelik juga, kenapa setiap kali dia dilanda masalah mesti lelaki itu ada untuk membantunya? Kenapa mesti dia yang menjadi penyelamatnya, kenapa bukan… Ahhh…sudahlah!
            “Ian,” panggil Cinta lembut.
            “Em!” jawab Ian kasar tanpa menoleh ke belakang.
            “Macam mana kau boleh ada disitu tadi?” takut-takut Cinta menyoalnya.
            Serentak itu Ian menoleh dengan mata tajam. Terangkat bahu Cinta dek pandangan itu. Eh… singa betullah lelaki ni!
            Ian mengeluh. Tidak jadi dia menengking bila terlihat muka terkejut Cinta. Dia mengaru-garu kepalanya.
            “Beginilah, tolong diam! Aku kena tenangkan fikiran aku, baru aku boleh jawab. Simpan dulu soalan kau, ya?” sedaya-upaya Ian mengawal nada suaranya agar tidak meletup.
            Cinta mengangguk-angguk. Ian kembali ke posisi asal. Kali ini dia keluarkan kepalanya sedikit ke jendela. Melambai-lambai rambutnya dek ditiup angin kencang.
            Cinta menyentuh bibirnya yang terasa sakit itu. Dia mengerang kecil sebaik saja tersentuh luka itu.
            Entah kenapa sensitive saja telinga Ian apabila terdengar erangan kecil Cinta, dia terus menoleh. Memandang-mandang Cinta dengan dahi berkerut.
            “Tengok sini.” Ian merapatkan tubuhnya kearah Cinta .Dagu Cinta dipaut lembut. Tubir bibir Cinta diperhati, ada kesan merah dibucu bibir itu.
            “Tak apa, sikit saja.” Cinta menapis tangan Ian.
            Ian mendengus kecil. “Kita balik ke rumah kakak aku,”
            “Huh?” terbeliak mata Cinta. Balik rumah kakaknya? Ewah… pandai-pandai saja!
            “Taknaklah. Balik rumah aku saja,”
            “Kau nak Lia nampak kau dalam keadaan macam ni?”
            Cinta terdiam.
            “Dah, kali ini ikut saja cakap aku!” tegas Ian.
            Cinta mengeluh kecil. “Yalah…” jawabnya lemah.
           
*****

            “KAK!” panggil Ian sambil membuka kasutnya lalu meletakannya ke atas rak kasut. Dia melangkah ke dalam. Sementara Cinta masih lagi di muka pintu. Gadis itu memandang sekeliling, tadi gelap sekarang sudah menjadi terang.
            Ian menoleh ke belakang. “Kau buat apa tercegat disitu? Masuklah!” suruh Ian keras. Tidak pernahlah berlembut walau sedikit pun.
            Cepat saja Cinta membuka kasutnya dan menyusun kasutnya ke tepi. Dia menuju ke ruang tamu. Dia duduk tegak sambil memerhati Ian yang tercari-cari kakaknya. Entah betul, entah tidak yang dia ada kakak dirumah ini.
            “Kak!” panggil Ian dengan alunan melodi.
            “Mungkin kakak kau tiada dirumah, aku baliklah!” baru saja Cinta ingin bangkit, Ian sudah melepar pandangan tajam membuatkan dia terduduk semula.
            “Kalau pun kakak tiada, aku ada nak kurangkan lebam dibibir kau tu,” putus Ian lalu melangkah ke dapur.
            Terlopong bibir Cinta. Dia pulakk! Orang sengaja nak mengelak dengan dia, dia pula yang nak lebih-lebih. Hish! Rengus Cinta dalam hati.
            Sekembalinya Ian dari dapur, dia sudah membawa tuala basah. Ian duduk dilantai, berhadapan dengan Cinta.
            “Tengok sini!” arah Ian.
            Cinta menyuakan dahunya ke wajah Ian. Ian memandang dagu yang halus itu. Tergugat keimanannya melihat bibir merah Cinta. Dia berdehem kecil sebelum melaksanakan kerjanya. Dengan penuh hati-hati, dia menekan lembut tuala itu ke bucu bibir Cinta.
            Cinta duduk diam, memerhati Ian setiap gerak-geri Ian. Hatinya kembali berdebar seperti hari mereka berada dia atas cruiser. Entah kenapa, setiap kali dia mengingati peristiwa itu. Jantunganua akan berdebar-debar, dan tubuhnya tiba-tiba terasa lemah. Dalam hati, dia berdoa agar perasaan itu bukanlah seperti yang mereka katakan ‘jatuh cinta’. Dia tidak ingin mempunyai perasaan itu terhadap Ian. Tidak sekali-kali!  

4 comments:

  1. awww.. marah2 ian pun tetap jugak tolong cinta.. cinta je yg buta.. haishhhhh

    ReplyDelete
  2. cinta harapkan org lain ke tlg dia?
    please la..Ian tu dh cukup sweet dh..
    sedar la cik Cinta oii..

    [hawa]

    ReplyDelete
  3. hahahaaa,mmg drama!..part cam ni lar best,gado2,marah2 tp sweeeet sgt!...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.