Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

09 March, 2012

24th Proposal : I Can Be You Hero, Baby! Part 1


24th Proposal : I Can Be You Hero, Baby! Part 1

 

KERETA Lamborghini hijau milik Serena yang dipandu Ian berhenti dibahu jalan. Malam itu tiada lagi kereta lalu-lalang. Jalan hanya diterangi dengan lampu jalan disekitar lebuh raya itu.

            Cinta pelik. “Kenapa? Kereta ada masalahkah?” soalnya.

            Ian melepaskan tangan dari stering. Tali pinggang keselamatan dibuka.

            “Kenapa kau pergi ke pub tu? Apa yang ada di pub tu, huh?” soal Ian. Nada suara seakan menyindir.

            Cinta mengeluh kecil. Nampaknya Ian sudah berjaya menenagkan dirinya sebab itu dia bertanya. Cinta sudah berharap yang Ian tidak akan menyoal dia apa-apa, tapi dalam mimpi sajalah. Lelaki ini memang suka masuk campur dalam urusan hidupnya.

            “Kau dah tahu, buat apa tanya lagi?” selamba Cinta membalas dengan pertanyaan.

            “Ohh… yang aku tahu, kau pergi ke pub tu sebab nak jual badan kau. Betul tak?” kata Ian sinis.

            Cinta ketap bibir. “Kau fikirlah apa yang kau nak. Ni, kau nak hantar aku pulang  atau tak? Kalau tak, aku boleh pulang sendiri.” Cinta peluk tubuh.

            Ian mendengus. “Cinta, aku dah cakap dengan kau pagi tadi. Aku sudi tolong kau, kalau kau benarkan aku. Tapi kau ni degil, kau nak juga ikut cara kau sendiri,” kata Ian. Lelaki itu kedengaran seperti sudah matang dengan pertuturannya. Tiada lagi kebudak-budakan yang ditonjolkan dihadapan Cinta. Memang benar, gadis itu sudah mengubah Ian 180 darjah.

            “Aku hargai kalau kau sudi tolong. Tapi aku tak perlukannya, aku akan selesaikan masalah ni dengan cara aku sendiri. Tolonglah jangan masuk campur.” Cinta seakan merayu. Selagi Ian kerap membantunya, selagi itu mereka akan selalu berjumpa. Cinta tidak ingin perkara itu terjadi kerana semakin dia bersama Ian, semakin hilang kepercayaan dalam dirinya.

            “Kenapa kau taknak aku tolong kau? Atau aku bukan Alex?” suara Ian menjadi lembut seperti dia tidak pernah bersuara begitu dengan siapa-siapa pun.

            “Kenapa kau tiba-tiba sebut pasal Alex ni? Dia tiada kena-mengena dalam hal ni!” bentak Cinta.

            “Jadi kenapa? Kenapa aku tak boleh tolong?” soal Ian sekali lagi. Dia benar-benar tidak faham, kenapa Cinta enggan terima pertolongan darinya. Bila difikirkan balik, dia ada segala-galanya untuk membantu. Tidak terlintas pun difikirannya untuk menunjuk-nujuk kekayaannya.

            “Sebab… terima pertolongan kau sama saja seperti aku membuang harga diri aku. Terima duit kau sama saja seperti aku menjual harga diri aku pada kau. Kau faham?!” tengking Cinta.

            Ian terkesima. Jadi itulah sebabnya? Semua kerana harga diri? Maruah diri? Ian tergelak.

            “Jadi kau sanggup gadaikan geran tanah daripada harga diri kau? Terimalah kenyataan yang kau perlu pertolongan Cinta. Kau lemah sekarang, kau tak boleh buat apa-apa!”

            Merembas air mata Cinta mendengar bicara Ian tadi. Ian sudah memperlekehkan maruah dirinya. Ian pandang rendah terhadapnya. Cinta menyeka air matanya.

            “Kenapa kau menangis? Menangis tidak akan selesaikan masalah kau. Masalah itu hanya akan selesai kalau kau terima pertolongan aku, Cinta. Kau dengar tak ni?” keras suara Ian menyapa telinga Cinta.

            Air mata Cinta makin lebat keluar. Seluruh tubuhnya sudah bergetar menahan geram. Dia kalih kearah Ian.

            “Kau simpan saja pertolongan kau tu untuk orang lain!” kata Cinta keras lantas seraya keluar dari kereta. Biarlah dia pulang jalan kaki, asalkan dia tidak bersama dengan lelaki bangsat itu! Dia lebih rela kakinya bernanar daripada menaiki kereta Ian. Entah kenapa, dihadapan Ian, dia betul-betul mementingkan maruah dirinya.

            Ian menadah tangan keatas, muak dengan sikap ego gadis itu. Dia ikut keluar. Langkah Cinta cepat meninggalkan kereta itu.

            “Cinta, balik ke kereta!” laung Ian.

            Tapi Cinta buat-buat tidak dengar. Dia meneruskan perjalanannya tanpa menoleh lagi ke belakang. Tiada cara lain, Ian terus mengejar Cinta dan menarik Cinta untuk kembali ke kereta. Apa-apa pun dia tidak boleh biarkan Cinta berjalan kaki.

            “Lepaslah Ian. Aku nak pulang!” Cinta menahan tangis. Pipinya sudah dipenuhi dengan air mata.

            “Ya, aku hantar kau pulang,”

            “Tak nak. Aku taknak pulang dengan kau!” Cinta menapis tangan Ian.

            “Jadi, kau nak jalan kaki? Dah malam Cinta! Cepat masuk,” Ian menolak tubuh Cinta menuju ke kereta tetapi Cinta membalas dengan tolakan juga. Agak kuat sehingga Ian terundur setapak ke belakang.

            “Aku taknak pulang dengan kau! Kau… kau…” tersekat-sekat suara Cinta dek esakan yang semakin menjadi-jadi.

            “Aku apa? Jahat? Sombong nak mampus? Kasar? Itu kau nak cakap?!” tengking Ian pula. Dia bukan kasihankan Cinta sekarang, dia geram!

            Cinta pandang Ian dengan mata tajam. Mahu saja dia menyepak kaki Ian sekarang juga. Tidak jadi menyepak, tumbuk dada Ian pun jadilah. Ian terkejut dengan tindakan Cinta itu. Sekali lagi Cinta memukul dadanya. Terbatuk Ian dibuatnya. Kuat betul gadis itu menumbuknya.

            “Aku benci kau!” bentak Cinta sambil menyeka air matanya yang tidak henti-henti mengalir. Kemudian dia terus mengangkat tangan ingin memukul Ian tetapi pantas tangan Ian menangkap tangannya. Tangan kiri pula bertindak, tetapi masuk dalam genggaman Ian.

            Mata saling berpandangan. Ian langsung tidak gerun dengan pandangan Cinta yang seakan ingin membunuhnya itu. Malah dia benarkan jika Cinta ingin membunuhnya, yang penting dia sanggup untuk dipenjarakan.

            “Lepaskan tangan aku!” Cinta menarik kedua-dua tangannya tetapi genggaman Ian semakin kemas membuatkan Cinta tidak dapat menggerakan sedikit pun tangannya.

            “Aku kata lepas, lepas!” jerit Cinta, nyaring! Seketika kemudian, tangisannya menjadi perlahan. Ombak didadanya menjadi teratur dan perlahan-lahan, dia melutut dihadapan Ian dengan tangan masih berada dalam genggaman lelaki itu.

            Tidak semena-mena, Ian menarik tubuh masuk ke dalam dakapannya. Dia ketatkan rangkulannya dipinggang Cinta. Cinta meronta-ronta, menolak tubuh Ian tapi dia lemah, tiada daya untuk menolak tubuh sasa Ian.

            “Lepas…” rayu Cinta. Dia menangis lagi. Habis basah vase Ian dek air matanya yang tersapu dibaju.

            “Aku tahu, kau bencikan aku. Aku tahu kau tak suka aku. Tapi, kali ini saja… izinkan aku berada disisi kau. Dalam keadaan kau macam ni, kau perlukan seseorang jadi menangislah. Nangislah sepuas hati kau, keluarkan semua rasa yang kau simpan selama ini. Malah, aku benarkan kau maki hamun aku, aku tak kisah asalkan kau benarkan aku berada disisi kau seperti ini,”

            Cinta berhenti meronta. Dia memandang ke tepi. Tersentuh hatinya mendengar bait-bait itu. Buat kali pertama, dia dapat merasakan yang lelaki itu benar-benar ikhlas. Buat kali pertama dia merasakan yang dirinya disayangi. Cinta membenamkan wajahnya ke bahu Ian, dan perlahan-lahan dia membalas pelukan Ian di pinggang lelaki itu.

            Cinta menangis semahu-mahunya. Dia lepaskan semuanya. Rasa marah, geram, takut, risau dan semuanya yang selama ini membelengu dirinya. Yang mencengkam menyesakkan dadanya. Dia keluarkan semuanya. Buat kali pertama, dia rendahkan dirinya untuk luahkan semua dihadapan Ian. Bulan dan bintang menjadi saksi betapa lemahnya dia sekarang, betapa rapuhnya hati dia.

            Tapi dia tidak kisah, ini adalah yang pertama dan yang terakhir kali Ian akan lihat dirinya seperti itu.

*****

CINTA mengiring ke kiri. Terasa lembut saja bahagian belakangnya itu. Dia membuka mata perlahan-lahan. Objek pertama yang menerpa dimatanya adalah lampu meja. Dia bangun sambil meraup rambutnya ke belakang. Macam mana aku boleh sampai ke bilik ni? Setahu aku semalam, aku dengan Ian. Cinta tertanya-tanya.
            “Kau dah bangun?” Lialina masuk dengan segelas air ditangannya.
            “Lia, macam mana aku boleh ada disini?”
            Lialina meletakkan gelas dan dua biji panadol diatas meja lalu duduk disisi katil.
            “Cinta sayang, kau pengsan semalam. Ian yang bawa kau balik,”
            “Pengsan?” dahi Cinta berkerut. Dia tidak ingat pun semalam yang dia ada pengsan.  Atau mungkin, dia terlalu penat menangis semalam sehinggalah tidak sedarkan diri.
            Lialina menangguk. “Kau nak kerja hari ni, atau kau nak cuti?”
            “Cuti?” Cinta terus turun dari katil. “Tak mungkin aku nak cuti,” katanya lalu terus ke kamar mandi.
            Lialina sudah menggelengkan kepala. Sudah pengsan semalam, masih tidak serik lagi? Degil betul!
            “Kau pasti kau nak pergi kerja hari ni?” soal Lialina sekali lagi sewaktu Cinta keluar dari biliknya dengan lengkap berpakaian.
            “Yalah. Eh, Lia. Duit bayaran kemarin boleh tak kau keluarkan dari bank sebab aku perlu,”
            “Eya, eya… aku faham! Nanti aku ke bank hari ini,”
            Cinta tersenyum. “Jom, jalan!” katanya begitu bersemangat dipagi hari itu.
            Lialina seakan tidak percaya. Semalam, Ian ceritakan padanya bagaimana keadaan kemarin. Betul-betul seperti orang yang hilang arah, sekarang bersemangat wajah hendak ke café. Biar betul kawannya itu.
            Sesampai saja mereka di café, mereka sudah melihat E-jit sedang menunggu dihadapan pintu café. Cinta turun dari kereta dan mendapatkan E-jit. Tidak semena-mena tubuhnya terus dipeluk oleh lelaki itu. Cinta kaget lantas menolak tubuh E-jit.
            “Cin, maafkan aku. Aku…”
            Stop!” Cinta angkat tangan. Dia pandang sekeliling, nasib baik orang tidak perasaan adegan tadi, kalau tidak tebal mukanya.
            “Err… aku masuk dalam dulu,” kata Lialina agak kekok melihat tindakan E-jit tadi. Cinta dan E-jit sekadar mengangguk.
            “Apa maksud kau buat begitu?” soal Cinta.
            “Sebab… aku risaukan kau semalam. Kau tak pulang-pulang, puas aku cari kau. Aku tak jumpa. Aku ingat kau sudah ditimpah kemalangan,” ujar E-jit. Begitu lurus mengakui perasaannya.
            Cinta tersenyum. “Terima kasih sebab risaukan aku, tapi aku tak apa-apa. Pasal kejadian tadi, aku maafkan kau. Tapi jangan buat lagi, tau?” kata Cinta seakan memberi amaran.
            E-jit mengangguk perlahan.
            “Kau dah sarapan? Kalau belum, jomlah masuk!” ajak Cinta pula.
            “Boleh juga!”
            Cinta dan E-jit seiring masuk ke dalam café. E-jit cepat mencari tempat duduk. Jam baru menunjukkan 7.35, jadi café belum lagi dibuka.


            IAN memukul stering kereta. Dia mengetap bibir.  Matanya sudah mula memerah seakan ingin menitiskan air mata. Begitu mudah Cinta memeluk seseorang, kalau dia dekat sikit sudah mula meninggikan suara. Kasar tak tentu pasal! Dasar perempuan! Hati Ian bermonolog. Berperang dengan rasa cemburu.
            “Takkan peristiwa semalam tidak membawa apa-apa erti pada dia langsung? Begitu senang dia melupakan!” kata Ian lalu seraya membawa keretanya menuju ke lebuh raya.


*****

            TELEFON BIMBIT Cinta berdering membuatkan fokus Cinta untuk mencari ilham baru hilang. Cepat-cepat dia meletakkan buku scrap ditangannya lalu menyambut panggilan itu.
            “Pak cik,” sebut Cinta perlahan.
            “Duit tu dah ada? Pak cik perlu sekarang,”
            “Duit memang ada, tapi….tak cukup,”
            “Tak cukup?” suara Encik Hamund menengking kedengaran. “Tita, kalau pak cik tak dapat duit tu hari ni, nahas pak cik!”
            Cinta bangkit. “Nak buat macam mana juga. Susah nak cari 500 ribu dalam masa seminggu, pak cik. Ini pun Tita dapat 17 ribu saja, mungkin kita boleh bayar ansur-ansur?” cadang Cinta pula.
            “Tita… Tita tak kenal diorang. Takda bayar ansur-ansur! Beginilah, Tita jumpa dengan pak cik di Tasik Niada, bawa duit itu sekali. Jam 3 hari ini,”
            “Baiklah. Tita akan sediakan semuanya hari ini. Tapi pak cik, jaga geran tanah tu ya,”
            “Pak cik tahulah!” jawab Encik Hamund dan talian telah diputuskan.
            Cinta duduk semula. Dia mengeluh berat. Dia Cuma berharap pak ciknya tidak mengadaikan geran tanah itu, itu saja yang dia harapkan.
            Cinta bangkit dan terus masuk ke dalam café, meninggalkan buku scrap dan pensel dibangku kayu.
            “Lia, ke sini kejap,” panggil Cinta sambil berlalu ke tangga. Gadis itu keluar dari kaunter dan mendekati Cinta.
            “Pak cik aku baru telefon tadi, dia kata dia nak duit tu,”
            “Sekarang?”
            Cinta mengangguk.
            “Duit tu ada dalam ofis aku. Kau nak aku ikut kau sekali?” Lialina menawarkan dirinya.
            “Tak perlulah, Lia. Aku boleh handle,” kata Cinta. Dia sebenarnya tidak mahu Lialina terlibat jika berurusan dengan ketua samseng itu.
            Lialina pun membawa Cinta menuju ke ofisnya. Kotak besi yang mempunyai kata laluan itu dibuka. Setelah itu sebuah briefcase kecil dikeluarkan dari dalam lalu diletakkan atas meja. Briefcase itu dibuka untuk memastikan semua wang tersebut masih berada didalam.
            Berkerut dahi Cinta melihat ada tambahan pada duit itu. Pagi tadi, selepas Lialina pulang dari bak, mereka periksa sama-sama dan tiada apa-apa tambahan pada duit itu. Sekarang, ia seperti bertambah.
 “Lia, yang duit lain ni siapa punya?”
“Aku punya. Jumlah duit tu sekarang 100 ribu. Take it,”
Putus nafas Cinta mendengar kata-kata Lialina itu.
“Lia, aku tak boleh ambil. Kau simpanlah balik, kau pun akan perlukannya nanti,” cepat saja tangan Cinta mengeluarkan wang Lialina yang ada dalam briefcase itu.
“Cin!” Lialina menangkap kedua-dua lengan Cinta. “Dengar sini, aku nak tolong dan ini saja caranya untuk tolong kau. Please Cin. Kau dah banyak tolong aku, kali ini biar aku tolong kau pula,”
“Tapi Lia, bukan begini caranya. Kau dah tolong aku, bagi aku kerja, tempat tinggal. Itu dah cukup. Kau ambil la balik duit ni, ya?”
Lialina menggeleng. “Taknak. Aku kata, aku nak tolong aku akan tolong. Walaupun begini caranya. Cin, please… sekurang-kurangnya, ini yang aku boleh buat. Terimalah.” Lialina seakan merayu.
Cinta berat hati, tapi dia mengalah juga. “Baiklah. Tapi aku akan bayar balik duit ni,”
Lialina tersenyum. “Begitulah, jangan jadi degil. Kalau kau nak bayar, bayar saja sebagai kawan aku.” Lialina ketawa kecil.
“Okeylah. Aku pergi dulu. Terima kasih Lia,” ucap Cinta.
“Okey. Aku tunggu kau disini,”
Cinta dan Lialina sempat berpelukan sebelum Cinta keluar dari ofis Lialina itu. Beberapa saat selepas Cinta keluar, Lialina cepat menyaluk poketnya lalu mendail nombor seseorang.
Hello, Pak cik Hamund.” Lialina menyebut nama yang dihubunginya tadi.

*****

“PAK CIK, Tita dah ada dekat tasik ni. Pak cik dekat mana?”
            Mata Cinta ligat mencari batang hidung Encik Hamund tetapi bayangnya pun Cinta tidak nampak. Yang hanya kelihatan, orang ramai yang sedang berrekreasi ditasik itu bersama keluarga dan kawan-kawan.
            “Tita…” suara Encik Hamund hampir tidak kedengaran. Ada nada tangisan kedengaran.
            Wajah Cinta berubah tegang. Dia dapat rasakan yang pak ciknya dalam kesusahan.
            “Pak cik, kenapa ni? Pak cik dimana?”
            “Maafkan pak cik, Tita. Pak cik…”
            “Pak cik? Pak cik! Hello?” Cinta semakin cemas apabila dia tidak mendengar lagi suara pak ciknya dihujung talian.
            “Hello!” tiba-tiba ada suara pelik yang menyambut.
            “Siapa ni?” soal Cinta, tidak kenal dengan suara itu.
            “Aku Taiga, tempat pak cik kau berhutang. Dia ada dengan aku sekarang,”
            Dahi Cinta berkerut berlapis-lapis. “Jangan apa-apakan pak cik aku, aku minta tolong,”
            “Aku tidak akan apa-apakan pak cik kau jikalau kau juga membantu aku. Hantar duit itu ke sini sekarang,”
            Cinta sedaya-upaya mengawal emosinya. “Baiklah. Dimana tempatnya?”

5 comments:

  1. mcm rumit ja cite nie..huhu

    ReplyDelete
  2. sya tak paham sungguh..kenapa la cinta ni taknak terima ian?? tengok, dah susahkan diri sendiri

    ReplyDelete
  3. cpt2 smbung ye...mkin lma mkin bez....x sbr nk bc next n3...^___^

    ReplyDelete
  4. AKU BENCI DENGAN PAK CIK TINTA!! MENYUSAHKAN!!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.