Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 March, 2012

25th Proposal : I can Be Your Hero, Baby! Part 2


25th Proposal : I can Be Your Hero, Baby! Part 2

            CINTA tiba disebuah bangunan lama yang telah ditinggalkan. Bangunan itu nampak usang dengan contengan-contengan graffiti didinding. Lebih menyeramkan apabila bangunan itu sudah dijalari dengan tumbuhan menjalar.
            Cinta mendongak memandang bangunan itu. Seram sejuk tubuhnya memikirkan apa yang sedang menunggunya didalam.
            “Ikut aku!”
            Cinta tersentak lantas memandang depan. Seorang wanita yang berpakaian singkat dengan rambut keriting dan berlipstik merah pekat, berdiri dihadapannya. Wanita itu menujukkan jalan dan Cinta sekadar membuntuti dimana saja wanita itu berjalan.
            Setelah menaiki beberapa tangga, mereka sudah pun tiba disebuah bilik. Wanita itu membukakan pintu untuk Cinta. Cinta menapak masuk. Briefcase ditangan digenggam erat. Masuk saja dia dibilik itu, sudah kelihatan beberapa lelaki sedang duduk disofa, dan seorang lelaki pula duduk disebuah meja, seperti meja itu dikhaskan untuknya. Dalam fikiran Cinta, dialah Taiga, ketua mereka.
            “Sila masuk,” pelawa Taiga, menyambut tetamunya dengan mesra.
            Cinta menghampiri meja lalu meletakkan briefcase itu ke atas meja. Baru saja Taiga ingin menyentuh beg itu, Cinta sudah menghalangnya.
            “Pertama, mana pak cik aku?” soal Cinta berani.
            “Relax… dia ada.” Taiga segera mengisyaratkan salah satu pengikutnya untuk membawa pak cik Cinta keluar.
            So, berapa yang ada didalam?” soal Taiga.
            Cinta memandang lelaki bertatu harimau dileher itu. Dia tidak akan menjawab selagi pak ciknya tidak kelihatan.
            Taiga mengangguk-angguk. Faham dengan pandangan itu.
            “Cepat sikit!” lelaki itu seakan menjerit.
            Beberapa saat kemudian, pengikut Taiga keluar dari salah satu bilik yang ada bersama Encik Hamund. Tangan Encik Hamund diikat dan wajahnya banyak kesan lebam. Pengikut itu menolak tubuh Encik Hamund sehingga tersungkur dihadapan Cinta.
            Cinta memandang Taiga dengan renungan tajam. “Kau dah cakap kau tidak akan apa-apakan dia!” marah Cinta. Sungguh berani.
            “Dia buat masalah, dia nak melarikan diri. Aku tak boleh kehilangan duit aku,”
            Cinta memandang Encik Hamund sebaik saja mendengar jawapan Taiga. Takkan pak ciknya nak tinggalkan beban itu dibahunya seorang diri?
            “Pak cik?”
            “Lepas pak cik tahu yang duit tu tak cukup, pak cik fikir… pak cik tidak akan selamat jadi pak cik… melarikan diri,” jawabnya.
            “Tak cukup?” soal Taiga pula. Dia menghampiri Cinta dan Encik Hamund.
            Cinta angkat muka, memandang Taiga. “Ya, duit ni tak cukup. Hanya ada 100 ribu saja,” bergetar dadanya Cinta menjawab soalan itu. Dia tahu, setiap samseng memang tidak suka mendengar jawapan ‘duit tidak cukup’ seperti dalam drama-drama yang selalu ditontonnya, mereka mahu sekaligus ada didepan mata mereka.
            Taiga ketawa. Namun hanya seketika. Dia memandang Cinta.
            “Jadi, kau datang juga walaupun duit tak cukup?”
            “Daripada tiada,” jawab Cinta selamba.
            Taiga mendengus.
            “Aku nak minta masa, seminggu tidak cukup untuk mencari 500 ribu itu. Sekarang kami bayar 100 ribu dulu. Boleh?” Cinta cuba berkompromi.
            Namun dia silap, orang seperti Taiga tidak akan berkompromi jika ia berkaitan dengan hutang. Taiga terus menendang bahu Cinta membuatkan gadis itu bergolek ke lantai. Serentak itu, dua orang lelaki memulas tangan Cinta ke belakang.
            “Hei, perempuan. Kau ingat aku akan bersabar lagi? Sudah sebulan aku bagi lelaki ni masa, tapi apa dia buat? Tiada! Sekarang, kau nak minta masa lagi? Kau ingat aku bodoh? Emely, bawa pisau aku,”
            Cinta tersentak. “Pisau? Kau nak buat apa dengan pisau?” Cinta panik. Jangan saja pisau itu digunakan untuk membunuh mereka berdua sudah!
            “Jangan risau, belum tiba masanya lagi untuk kau mati. Aku hanya nak bagi pengajaran, dan peringatan saja,” kata Taiga sambil menyambut huluran pisau yang dibawa oleh Emely itu. Dia mendekati Encik Hamund yang lemah tidak berdaya itu.
            “Tolong jangan apa-apakan pak cik aku, aku merayu. Tolonglah. Aku akan bayar semua duit itu.” air mata Cinta sudah mula bergenangan.
            “Kau nak buat apa Taiga,” terketar-ketar Encik Hamund bertanya. Dia mengensot saat Taiga ingin mencapai tangannya. Tiba-tiba tangannya terasa longgar.
            “Kau lepaskan aku?” suara Encik Hamund kedengaran lega.
            Taiga tersenyum sinis. “Tidak! Tapi, aku akan potong satu-persatu jari kau setiap kali kamu membayar hutang ini beransur-ansur,” kata Taiga lalu mencapai tangan Encik Hamund lalu melekapkan tapak tangan lelaki itu ke lantai. Serentak itu juga pengikutnya memegang Encik Hamund, takut lelaki itu melarikan diri.
            “Jangan! Tolonglah, lepaskan pak cik aku. Ganti dengan jari aku saja, aku rela!”  entah dari mana Cinta mendapat keberanian untuk mengorbankan dirinya itu. Mungkin kerana terfikirkan anak-anak pak ciknya di kampung.
            “Cinta, kau dah gila? Tak apa, aku rela!” sahut Encik Hamund pula.
            “Baiklah. Pegang dia.” Taiga sudah mengangkat pisau itu ke udara.
            Encik Hamund menutup rapat matanya sementara Cinta mula meronta ingin melepaskan diri.
            Taiga menghayun tangannya.
            “Berhenti!!”
            Serta-merta tangan Taiga berhenti diudara seakan masa terhenti. Semua mata memandang ke muka pintu.
            Mata Cinta membulat melihat lelaki yang sedang berdiri di pintu. Hatinya terus dilanda debaran. Ian? Macam mana lagi lelaki itu boleh berada disana?
            Taiga bangkit, pengikut-pengikutnya pula sudah mula bersedia untuk menyerang Ian. Serentak itu Ian mengangkat tangan, tanda dia tidak membawa apa-apa senjata.
            “Kau siapa?” tanya Taiga keras.
            “Aku datang bukan untuk bergaduh, aku datang untuk membantu,” kata Ian.
            Taiga tersenyum. “Bantu siapa? Aku atau dia?” jari menuding kearah Cinta.
            “Aku teman lelaki dia. Aku boleh bayar hutang itu,” ujar Ian, tenang dan bersahaja.
            Dahu Cinta terlopong. “Dia bukan teman lelaki aku, aku tak kenal dia!” tempelak Cinta.
“Kau nak duit itu atau tak? Aku boleh bayar sekaligus,” kata Ian, yakin dengan dirinya.
Cinta ketap bibir. Lelaki ni memang menempah maut. Dari mana dia tahu aku ada disini? Aku tak bagitau Lia pun pasal tempat ni.   
“Kalau kau boleh bayar duit itu sekaligus, okey. Sila masuk,” pelawa Taiga. Tidak kenal siapa, yang penting dia dapat duitnya sudah cukup.
Ian melangkah masuk, pandangan tajam Cinta tidak dihiraukan. Ian duduk dikerusi hadapan meja bersama-sama dengan Taiga.
“Tapi sebelum itu, aku nak beg kau kembalikan beg ini memandangkan kau tetap akan terima jumlah yang hutang itu, kan?”
“Baik. Macam mana caranya kau nak bayar hutang tu?” soal Taiga.
Ian mengambil bfiefcase itu. “Bagi aku nombor akaun, dan aku akan transfer. Kalau kau tak percaya, kau boleh hantar wakil kau untuk jadi saksi. Hari ini juga kau akan dapat duit itu,”
Dahi Taiga berkerut. “Bagaimana aku nak percayakan kau?” Taiga seakan kurang percaya dengan Ian.
Ian tersenyum. “Beginilah, aku rasa kau tentu ada geran tanah itu sekarang, kan? Beri geran tanah itu pada saksi kau dan ikut aku, kalau aku tak boleh bayar dia boleh ambil geran tanah itu,”
Cinta tersentak. “Ian, apa kau cakap ni?!”
Ian tidak mengendakan Cinta melainkan hanya melirik tajam kearah gadis itu.
“Jadi, deal?” Ian menghulur tangan.
Taiga tersenyum sinis. “Aku lupa nak bagitau, sebenarnya 500 ribu itu bukan keseluruhan hutangnya,” kata Taiga tiba-tiba.
Cinta sudah mengerut kening. “Jadi kau tipu?” marahnya.
“Cakap saja berapa,” kata Ian bersahaja.
“1 juta, termasuk bunga sekali,”
Serta-merta jantung Ian berdetak kuat. Adrenalinnya deras membuatkan dia hampir-hampir hilang kewarasan tetapi dia sedaya-upaya mengawal emosi. 1 juta? Bukan jumlah yang kecil.
“Ian, baliklah. Jangan susahkan diri kau lagi!” kata Cinta. Itulah perkara yang ditakutinya. Apabila Ian sanggup membayar, maka makin senang ketua samseng itu untuk mengawalnya.
“Okey! Itu saja, kan? Aku harap kau pegang kata-kata kau,” Ian terima tanpa sebarang perasaan teragak-agak. Dia pun bangkit keluar dari bilik itu.

*****

“APA yang kau fikirkan Ian?!” bentak Cinta sebaik saja mereka keluar dari bangunan usang itu. Cinta menarik tangan Ian apabila Ian tidak memberi sebarang respon kepadanya, apatah lagi memandang dia.
“Apa yang kau fikirkan pula? Potong jari kau untuk pak cik kau yang tak berguna tu?” balas Ian. Dia terus meluru masuk ke dalam kereta.
Cinta mendengus geram. Dia pantas membuka pintu dan melompat ke dalam kereta. Wanita yang ditugaskan Taiga juga masuk ke dalam kereta tersebut. Wanita itu sekadar menjadi pendengar dan pemerhati. Tiada niat langsung untuk masuk campur dalam urusan peribadi mereka.
“Itu urusan aku. Sekarang ni, aku nak kau tarik balik kata-kata kau tadi. Aku tak terima pertolongan kau,”
Serentak itu ketawa Ian meletup. Sampai pegang perut dia ketawa. Cinta sudah mengerut kening. Bibir diketap.
“Kau? Tak terima pertolongan aku? Wake up, Cinta. You need help! You need me!” keras suara Ian.
“Kalau aku tak sampai tepat pada waktunya, tangan kau ni dah habis dipotong! Kau patut bersyukur aku ada tau,” sambung Ian. Dia sudah menggelengkan kepala melihat sikap Cinta yang tidak tahu menghargai itu.
“Kau…”
“Hei, boleh tak kita jalan sekarang dan selesaikan hutang tu dan barulah korang boleh bertekak sampai hilang suara pun boleh!”
Tiba-tiba wanita dibelakang menyampuk. Cinta terus terdiam. Dia dan Ian serentak memandang ke belakang.
“Kita bincang lepas ni!” kata Cinta keras kepada Ian lalu memandang hadapan. Tali pinggang keselamatan dipasang dengan kasar.

IAN menutup komputer ribanya. Transaksi duit berjaya dilakukan. Ian memandang wanita yang sedang duduk bersandar dikerusi di salah sebuah café yang mereka kunjungi itu.
“Sudah. Geran tanah?” Ian menghulur tangan.
Wanita itu bangkit lalu memberikan geran tanah tersebut kepada Ian lalu tanpa berkata apa-apa lagi, dia pun beredar keluar dari café itu.
Ian menghembus nafas berat. Dia bersandar. Cinta yang sedang duduk disudut café menunggu mereka itu datang menghampirinya. Gadis itu duduk dihadapan Ian.
“Kenapa kau buat semua ni, Ian? Kau tak tahukah apa yang akan berlaku pada kau kalau kau buat semua ni?”
“Apa yang akan berlaku pada aku? Itu duit aku, suka hati akulah nak buat apa pun,” jawab Ian angkuh.
Cinta menggeleng. “Itulah sebabnya. Itu duit kau, bukan duit aku. 1 juta, Ian, 1 juta! Bukan jumlah yang kecil, tapi kau senang-senang bagi begitu saja?”
“Stop it, Cinta! Can’t you just say thank you for once? Aku buat semua ni untuk kau!” bentak Ian. Lama-kelamaan dia bosan dengan sikap ego gadis itu. Berpura-pura kuat tapi sebenarnya dia perlukan pertolongan, ingin selesaikan masalah ini namun dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan.
Cinta tergamam. Tidak percaya dengan apa yang baru saja Ian lafazkan tadi? Dia buat semua ni untuk aku? Lelaki dihadapannya sudah meraup muka. Cinta menelan liur sebaik saja menyedari dadanya berdegup kencang.
Okey, thank you. Tapi mesti ada sesuatu disebalik pertolongan kau ni, kan? Aku tahu, kau nak sesuatu dari aku, betul?”
Serentak itu Ian memandang Cinta. Dadanya tiba-tiba terasa sakit mendengar kata-kata tadi. Tidak bolehkah wanita itu berfikir yang dia ikhlas untuk melakukan semua itu tanpa meminta apa-apa balasan? Ian sudah menggelengkan kepala.
“Dalam kepala otak kau tu, tidak terlintas langsung yang aku ni ikhlas untuk tolong kau, kan? Semua yang aku buat, pasti kau akan fikir aku nak sesuatu. Kau tak pernah fikir yang aku ikhlas,” nada Ian seakan kecewa. Hatinya sekarang bagai diremuk hancur.
“Orang macam kau tidak akan melakukan perkara begini dengan sewenang-wenangnya, Ian. Aku tidak percaya yang kau ikhlas, sebab dimata kau, aku ni cuma perempuan miskin. Cakaplah, apa yang kau nak dari aku? Kau nak tubuh aku?” kata Cinta dengan penuh sindiran.
Ian terasa seperti harga dirinya sebagai lelaki dipijak-pijak apabila mendengar kata-kata Cinta. Dia berasa terhina dan martabatnya dibuang seperti sampah! Benci sangatkah wanita itu kepadanya? Dia cuba buat yang terbaik, tapi dimata Cinta semuanya tidak kena.
“Murah sangatkah ni depan kau, huh Cinta? Aku tahu, aku pernah cakap yang buruk pasal kau, tapi sekarang dah lain. Aku tahu siapa diri kau yang sebenarnya dan aku hormati itu. Jadi, aku minta kau juga hormat aku!” kata Ian, keras. Dia terus bangkit lalu tinggalkan Cinta dalam keadaan terpaku.
Sebaik keluar Ian keluar dari café itu, dia mengesat basahan yang ada dipipinya. Buat kali pertamanya dia merasa sakit yang amat, buat kali pertamanya dia merasakan penghinaan yang begitu besar. There is no point loving her! 



*****

CINTA melangkah lemah masuk ke dalam café Lialina. Dia melihat sekeliling café yang dipenuhi dengan pelanggan yang berjenis-jenis ragam dan juga berpasangan.
“Cinta, macam mana tadi?” sapa Lialina sebaik saja dia ternampak Cinta melangkah masuk. Cinta memandangnya seraya memeluknya dikhalayak ramai. Lialina terpinga tapi segera dia menengani Cinta dengan tenang. Dia membawa temannya itu ke halaman belakang café.
“Kenapa ni?” soal Lialina sambil mengusap belakang Cinta.
“Lia, I messed up!”
“Messed up macam mana? Pak cik kau okey?” soal
“Tak, tapi lagi teruk.” Cinta meleraikan pelukannya lalu duduk dibangku bawa pokok. Lialina mengambil tempat disisinya. Lialina memegang tangan Cinta.
“Teruk macam mana?”
“Ian, Ian datang bayar semua hutang-hutang tu. Dan sekarang ni, bukan pak cik lagi yang berhutang, tapi aku! Apa aku nak buat?”
“Cin, sebenarnya…”
Cinta memandang Lialina, dahinya sudah berkerut. “Sebenarnya apa?”
“Sebenarnya, aku yang bagitau Ian yang kau akan bayar hutang tu hari ini,” takut-takut Lialina mengakuinya. Seperti seorang pesalah yang harus mengakui kesalahannya.
“Kau bagitau? Macam mana kau tahu tempat tu? Aku tak pernah cakap aku nak kemana pun?”
Lialina bermain-main dengan jarinya. “Lepas kau jalan tu, aku telefon pak cik kau tanya dia, lepas aku tahu korang nak jumpa di tasik tu, aku bagitau Ian. Sebab aku takut sesuatu terjadi dengan kau,”
Cinta mendengus kecil. Dia bangkit berdiri dihadapan Lialina.
“Kau tahu tak apa yang kau dah buat? Kau buat hubungan kami bertambah rumit! Aku taknak ada apa-apa kaitan dengan dia, walau dengan apa pun!” kata Cinta. Selagi Ian masuk campur dalam hidupnya, selagi itu ada ikatan yang akan menghubungan mereka.
“Aku tahu, tapi dia saja yang boleh selamatkan kau, Cin. Maafkan aku!” Lialina mencapai kedua-dua tangan Cinta.
Cinta mengeluh. “Jadi, tempat bangunan tu kau yang bagitau juga?”
Dahi Lialina berkerut. “Bangunan apa?”
“Banguna tempat aku berjumpa dengan pemiutang tu la. Kau tak tahu?”
Lialina menggeleng perlahan. “Yang aku tahu, Cuma tasik tu saja,”
Cinta terus duduk. Dia semakin tertanya-tanya bagaimana Ian boleh ada dibangunan usang itu. Kalau Lialina tidak tahu, bagaimana pula Ian boleh tahu tempatnya?
“Kau tak tahu tempat bangunan tu, tapi Ian boleh tahu. Macam mana? Takkan Ian ikut aku pula,” teka Cinta.
            Lialina menjungkit bahu. “Mungkin. Tapi Cin, percayalah… setiap yang Ian buat tu, dia lakukan semuanya untuk kau. Untuk kau, Cinta!” tegas Lialina.
            Cinta kehairanan. “Tapi kenapa dia buat semua ni? Bukan dia benci aku?”
            Lialina tersenyum. Dia mamaut bahu temannya itu. Nampaknya Cinta masih tidak faham isi hati Ian.
“Dia buat semua tu sebab dia cintakan kau, Jacinta Olivia. He loves you!” ujar Lialina sambil mengoncang-goncangkan bahu Cinta.
Cinta terkesima. Segera dia menggeleng kepala. Tidak percaya. Tidak mungkin!
            No, no, no! tak mungkin dia cintakan aku, dia bencikan aku! Dia cuma anggap aku ni perempuan miskin dan pelacur, ingat tak? Aku pernah bagitau kau dulu kan macam mana kami berjumpa, macam mana persepsi dia terhadap aku. Dia tak cintakan aku!” berhabis-habisan Cinta menafikan kata-kata Lialina.
            “Cinta sayang, aku yang tak kenal Ian pun boleh tahu dia cintakan kau. Kenapa dia nak bayar hutang pak cik kau? Kenapa dia nak bagi kau high heels, telefon bimbit kalau dia tak cintakan kau? And one more thing, pada malam kau pengsan, dia yang hantar kau balik dan jaga kau sampai pagi. Ini kau cakap benci? Kau butakah Cinta?”
            Cinta bungkam. Dia memandang wajah temannya itu. Cinta bangkit lalu berjalan dua tapak ke depan. Dia menggigit jari telunjuk, keningnya berkerut seakan sedang berfikir.
            Maybe you should talk to him.” cadang Lialina.
            “Cakap pasal apa?”
            “Yalah… dia dah tolong kau bayar hutang tu, takkan kau tak buat apa-apa sebagai tanda terima kasih?”
            Cinta menghadap Lialina. “Apa yang aku ada, Lia. Aku takda duit nak belanja dia makan di hotel 5 bintang, aku takda kereta nak bawa dia jalan-jalan. Aku tiada apa-apa nak balas dia,” ujar Cinta, kedengaran lemah. Mungkin rasa bersalah baru saja bertandang dihatinya selepas teringat kejadian di café. Dia langsung tidak ucapkan terima kasih, malah tuduh Ian yang macam-macam.
            Lialina tersenyum nakal. Dia menghampiri Cinta lalu memaut bahu gadis itu.
            “Aku rasa ada,”
            Cinta pandang kearahnya. “Apa dia?                   

7 comments:

  1. ruby muksan redsTuesday, March 13, 2012

    nak lg cpt sambung ya

    ReplyDelete
  2. Best2.. Pas ni cinta kena pujuk Ian.. Ian dh kecik ati. Hihi.. Cik writter cepat2 update entri lg erk .

    ReplyDelete
  3. alolo ciannya kat Ian..
    cinta nie cm slow la plak..
    xpa Ian, usaha tangga kejayaan..hehe

    [hawa]

    ReplyDelete
  4. best sgt2...ske2...tp cian at ian...xpe2...nnt cinta pujuk ea....huuhuhu ...gud job kak okie...sambung r lg..x sabo nk tau ape cinta nk wat..

    ReplyDelete
  5. yeah!! best sgt..Ian is truly a hero!! >_<
    agak2 ape la idea Lia ea??mesti idea gempak punyer..can't wait for the next chapter.. (^__^)

    ReplyDelete
  6. ish...
    geram lak ngn Cinta nie..
    cian kat Ian...
    dia da byk bkorban utk Cinta..
    sampai ati Cinta wat cam tu kat Ian...
    huhuhu...

    so ape yg cinta ada nk bg kat Ian??
    ermmm..
    musti la CINTA kan...
    hehehe...

    ReplyDelete
  7. okie, i just met ur blog.

    i really love citer nie. menarik sgt. so akan selalu lawat sbb dah terpikat :)

    lagi satu i suka cite violet crescent.suka citer unik cam tu. tp citer tu x abis lagikan?

    nanti sambung yaa cepat2 kes cinat and ian nie :)

    -hmj-

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.