Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

18 March, 2012

26th Proposal : The Perfect Proposal


26th Proposal : The Perfect Proposal

            “TERIMA KASIH!” ucap Cinta sambil membayar tambang teksi sebaik saja kereta itu tiba didestinasi. Cinta pun membuka pintu lalu keluar bersama sebuah kotak empat bucu ditangannya. Bangunan tinggi mencakar langit dihadapannya dipandang dengan perasaan yang berdebar.
            Cinta mengambil nafas dalam seblum melangkah masuk ke dalam bangunan Damarion High Corp. itu. Dia menuju ke receptionist.
            “Selamat datang!” sambut pekerja wanita itu.
            “Emm… saya nak berjumpa dengan Encik Ian,”
            “Ada buat appointment?”
            Cinta menggeleng. “Tapi kalau boleh, cik tolong bagitau dia yang saya nak jumpa dia. Nama saya Jacinta Olivia,”
            Pekerja wanita itu tersenyum lantas mengangkat gagang. “Tuan, maaf menganggu. Ada seseorang yang ingin berjumpa dengan Tuan. Namanya Jacinta Olivia,”
            Dengan penuh penantian Cinta menunggu wanita itu memberitahu jawapan sama ada dia boleh berjumpa dengan Ian atau pun tidak.
            “Baiklah Tuan.” Wanita itu meletak gagang, dia memandang Cinta.
            “Maaf, Tuan kami tidak ingin diganggu buat masa sekarang. Tapi kami boleh ambil pesanan jika cik mahu,” dengan bersopan wanita itu memberitahu Cinta.
            Cinta hampa tapi dia tetap menunjukkan senyuman.
            “Tak apalah kalau begitu. Kira-kira jam berapa agaknya Encik Ian akan keluar? Sebab saya betul-betul perlu bercakap dengannya,” pinta Cinta pula. Walauapapun dia harus berjumpa dengan Ian, dia mesti selesaikan masalah itu hari ini juga.
            “Maaf cik, masa keluar tuan tidak tentu,” jawab wanita itu membuatkan Cinta lagi hampa.
            “Tak apalah. Kalau begitu, nanti tolong berikan kek ni pada dia ya?” Cinta meletakkan kotak itu diatas meja kaunter.
            “Baiklah,” wanita tersebut menyimpan kotak kek itu ke bawah meja.
            Cinta pun berlalu pergi dengan hati yang hampa. Nampaknya Ian sengaja mengelak tidak ingin berjumpa dengannya. Panggilannya pun langsung tidak dijawab, SMS lagilah Ian taknak balas. Marah sangatkah dia dengan aku? Harap-harap kek tu boleh buat hati dia sejuk. Doa Cinta dalam hati.


            PINTU pejabat Ian diketuk dari luar. Ian segera menyuruh si pengetuk itu masuk. Ruby, setiausaha Ian masuk sambil membawa sebuah kotak merah jambu ditangannya. Ian hanya memandang Ruby dengan wajah kosong.
            “Ini ada kiriman dari Cinta Olivia,” kata Ruby lalu meletakkan kotak itu ke meja.
            “Em. Tinggalkan saja disana,” jawab Ian tanpa memandang Ruby lagi. Matanya sudah beralih ke fail ditangannya.
            Ruby tunduk lantas terus beredar. Dia tahu tuannya itu tidak ingin diganggu. Dari riak wajahnya saja, dia sudah tahu.
            Sebaik Ruby keluar, Ian memandang kotak itu sekilas. Kotak kecil berwarna merah jambu dengan ikatan reben berwarna putih diatasnya. Dahi Ian berkerut. Apa maksud dia memberi aku kotak ni?
            Ian terus mencapai kotak itu lalu membuka ikatan reben tersebut. Aroma semerbak vanilla terus menusuk hidung Ian. Dihadapan matanya terpapar sebuah kek dengan hiasan buah kiwi yang disusun cantik dan sebiji marshmallow berbentuk epal diatasnya. Tanpa sedar Ian mengukir senyuman, terpegun melihat keindahan kek itu.
            Tiba-tiba dia ternampak sepucuk surat yang melekat diatas penutup kotak. Sampul itu diambil lalu terus dikoyakkan. Lagak seperti tidak sabar melihat isi kandungannya.

            Ian,
            Aku minta maaf atas kejadian kemarin. Aku tahu kau ingin membantu tapi aku langsung tidak menghargainya. Aku juga minta maaf sebab dah tuduh kau macam-macam, sekali lagi aku minta maaf.
            Aku betul-betul berterima kasih dengan kau sebab dah sudi tolong aku, tapi aku tidak dapat membalas jasa baik kau. Aku takda duit nak bayar balik duit kau, tapi aku akan cari dan bayar ansur-ansur kepada kau balik.
            Mungkin agak lama nak langsaikan bayaran tu, tapi aku harap kau bersabar. Buat sementara waktu, kau terimalah kek ni. Aku buat sendiri. Maaflah, aku tak boleh nak belanja kau makan di hotel 5 bintang, ini saja yang aku boleh buat. Maaf dan terima kasih.

Yang benar,
Cinta.

            Ian melipat surat itu. Senyuman terukir dibibirnya. Ini sudah memadai, Cinta. Bagi Ian, sebiji kek itu sudah menunjukkan yang Cinta sudah membuka hatinya, perlahan-lahan untuk menjemputnya masuk. Senyuman Ian semakin lebar, dia sendiri tidak sedar bila masa sikapnya berubah. Hanya sebiji kek membuatkan harinya ceria. Betullah, cinta buat seseorang itu berubah 180 darjah.
Dia pun menyimpan surat itu ke dalam laci lalu membawa keluar geran tanah milik mendiang bapa Cinta. Dia tidak sempat memulangkan kembali geran itu kerana terburu-buru pergi hari itu.
Ian mencapai gagang dan menekan butang interkom yang bersambung dengan setiausahanya, Ruby. Suara lunak gadis itu menyapa ditelinganya.
“Tolong tempah sebuah restoran yang paling baik sekali, jam 8 malam ini,” pesan Ian lantas meletak gagang setelah Ruby memahami kehendaknya.

*****

            SEDANG Lialina membantu untuk mengemas salah satu meja pelanggan, Alexander masuk ke dalam café. Lialina terus menuju ke kaunter.
            “Hai Lia,” sapa Alexander.
            Dahi Lialina berkerut. “Cari Cinta?”
            Alexander mengangkat kening. “Dia dalam dapur?” soalnya pula.
            Lialina mengeluh kecil. Mahu saja dia menghalang Alexander berjumpa dengan Cinta, tapi sampai bila dia harus menjadi batu penghalang mereka sedangkan rasa cinta masih wujud dalam hati mereka masing-masing.
            “Kejap, aku panggilkan dia.” Lialina keluar dari kaunter itu dan menuju ke dapur.
            Sambil menunggu Cinta, Alexander pun mengambil tempat duduk disudut café. Tidak sampai seminit, Lialina sudah keluar bersama Cinta dari pintu dapur. Alexander tersenyum nipis kearah Cinta.
            Cinta sempat memandang Lialina sebelum berlalu ke meja Alexander. Dia melabuhkan punggung.
            “Boleh kita bercakap?”
            “Cakaplah,”
            “Bukan disini. Boleh?” Alexander seakan mengharapkan agar Cinta menerima pelawaannya.
            “Boleh. Saya pun ada benda nak cakap dengan awak. Saya ambil beg dulu.” Cinta bangkit untuk mengambil tas tangannya yang disimpan di kaunter. Sempat dia meminta kebenaran dari Lialina untuk keluar sebentar. Nasib baik Lialina seorang yang memahami.
            Alexander terus berdiri saat melihat isyarat Cinta untuk keluar dari café.
            Thanks Lia,” ucap Alexander.
            Never mind!” jawab Lialina cool.
            Cinta dan Alexander pun keluar dari café.

            IAN menghentikan langkahnya dan segera bersembunyi disebalik tiang konkrit sebaik saja ternampak Cinta dan Alexander keluar dari café. Dahinya berkerut mengintai dari tiang, lagak seperti stalker pula. Ian ketap bibir.
            Dia bergegas kembali ke kereta apabila ternampak Cinta dan Alexander sudah masuk ke dalam kereta dan mengekori kereta Alexander tanpa mereka sedari.
            10 minit dalam perjalanan, kereta yang diikuti Ian dari belakang memberhentikan keretanya dihadapan sebuah restoran. Ian menunggu sebentar baru dia keluar dari kereta. Takut Cinta dan Alexander menyedari kehadirannya.
            Setelah Cinta dan Alexander masuk ke dalam restoran itu, dia pun mencapai surat khabar yang entah bertarik bila itu keluar dari kereta. Dia membuka surat khabar itu sambil masuk ke dalam café dan duduk dibelakang meja Cinta dan Alexander. Nasib baik meja di restorant itu mempunyai penghadang, memudahkan kerja mengintipnya.
            Tiba-tiba, pelayan datang meminta pesanan. Ian hanya mengangkat tangan, tidak ingin bersuara kerana sekecil suaranya saja, pasti Cinta dan Alexander tahu dia ada bersama mereka. Kemudian pelayan itu beralih ke meja mereka pula.
            Milo ping satu untuk dia, dan saya lemon jus,” kata Alexander kepada pelayan itu. Pelayan itu mencatat pesanan Alexander dengan cepat lalu beredar ke dapur.
            “Milo ping, as usual. Betul?” kata Alexander pada Cinta pula.
            Cinta hanya tersenyum. “Awak masih ingat,”
            Of course… tempat inilah kali pertama kita bertemu. Dan banyak kenangan yang tersimpan disini. Macam mana saya boleh lupa.” Alexander menatap mata Cinta, mencari pengertian didalam mata bundar gadis itu.
            “Alex… jangan mulakan,” kata Cinta seakan meminta. Dia tahu maksud Alexander, lelaki itu mahu mereka mengingat kembali kenangan silam mereka.
            “Cinta… jangan buat saya macam ni. Saya yakin, hubungan kita masih boleh diperbaiki.” Alexander ingin mencapai tangan Cinta tapi Cinta terus menarik tangannya lalu diletakkan diribanya.
            “Alex,  sebenarnya saya nak jumpa awak bukan nak bincang pasal ni. Saya nak terangan sesuatu pada awak,”
            “Apa dia?” jawab Alexander cepat.
            “Boleh tak kita jangan berjumpa lagi?” pinta Cinta separuh merayu.
            Dahi Alexander berkerut berlapis-lapis. “Apa benda awak cakap ni, Cinta? Awak dah tak cintakan saya lagi? Atau awak cintakan orang lain?” bertubi-tubi saalan yang meluncur dari mulut Alexander.
            “Tak, saya tak cintakan sesiapa. Tapi saya nak kita berpisah, untuk kebaikan kita, Alex. Awak sendiri tahu, hubungan kita tidak mungkin akan berjaya. Lagipun, saya rasa saya dah tak cintakan awak lagi,” akui Cinta. Menggeletar seluruh tubuhnya mengucapkan kata-kata itu. Melafazkan ayat itu sama saja seperti dia mencucuk jantungnya sendiri. Sakit dan perit.
            Alexander mengeleng berkali-kali. “Tak, Cinta. Awak masih cintakan saya, saya boleh rasa. Cinta kita masih kuat, tolong jangan putus asa,” rayu Alexander.
            Hampir menitis air mata Cinta menyaksikan kesungguhan lelaki dihadapannya itu.
            “Saya tak cintakan awak lagi, Alex. Tolong terima kenyataan,” ujar Cinta lagi. Hatinya semakin perit sekarang, sakitnya sudah tidak tertanggung lagi.
            Kelihatan mata Alexander sudah mula memerah. Alexander masih tidak dapat terima kenyataan itu. Cinta gadis pertama yang berjaya membuatkan dia jatuh hati, dan orang pertama juga yang mengajar dia erti penghargaan.
            “Awak dah tak cintakan saya, sebab Ian? Awak cintakan Ian, Cinta? Jawab dengan jujur,”
            Cinta menggeleng. “Saya tak cintakan Ian, atau sesiapa pun. Saya minta semua ni, disebabkan serik dengan Puan Delilah, ibu awak Alex. Saya tidak boleh berdepan dengan awak lagi. Maafkan saya. Kita berhenti sampai disini saja,”
            Sebaik menamatkan ayatnya, Cinta terus bangkit dan berlari keluar dari restoran itu. Panggilan Alexander tidak diendahkan.
            Orang ramai sudah mula memandang kearah Alexander. Alexander menjadi senyap seketika. Dia terus mengeluarkan not rm 10 dimeja dan berlari keluar mengejar Cinta.
            Ian yang sudah lama berada disana sekadar memandang dua pasangan itu keluar dari restoran. Wajah Ian tika itu betul-betul tegang, kedua-dua tangannya sudah mengeluarkan urat dawai. Surat khabar ditangan habis diremuknya.

*****

            CINTA mengurut-urut bahunya sambil berlalu ke ruang tamu, disebelah tangannya pula sedang memegang segelas kopi panas. Kelihatan Lialina sedang duduk bersantai di hadapan tv sambil menonton rancangan kegemarannya, American Idol. Salah satu sebab dia menonton rancangan reality tv itu disebabkan Steven Tyler, penyanyi kumpulan kegemarannya, Aerosmith.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya bergetar. Dia menuju ke balkoni lalu meletakkan gelas itu ke pagar balkoni. Mesej yang baru diterimanya itu dibuka.

Aku ada dibawah rumah kau skg, we need to talk

Sender : +6013XXXXXXX
           
            Dahi Cinta berkerut membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya itu. Cinta membalas dengan bertanya siapa penghantar mesej tersebut. Tidak sampai 30 saat, mesejnya dibalas semula.

Ian.
Sender : +6013XXXXXXX

            Cinta ketap bibir. Macam mana Ian boleh tahu nombor aku? Cinta membawa gelasnya menuju ke ruang tamu.
            “Lia, kau yang bagi nombor aku pada Ian?”
            “Huh? Em, ya. Dia minta jadi aku bagilah!” jawab Lialina selamba.
            Cinta menggelengkan kepala. “Kenapa tak minta kebenaran aku dulu sebelum bagi?” soal Cinta seakan marah.
            Lialina tunjuk muka kesian. “Sorry. Dia nak sangat nombor kau. Kenapa, dia mesej kau?” Lialina cuba menukar topik.
            “Ah’ah.. dia nak jumpa aku. Di bawah, sekarang,”
            Kening Lialina terangkat. “Eya? Jadi, pergilah! Kan pagi tadi kau tak dapat jumpa dia?”
            Cinta berfikir sejenak. “Perlukah aku pergi?”
            Lialina mengangguk sekali. Terus dia menolak bahu Cinta untuk bangkit.
            “Dah, dah! Cepat pergi!” gesa Lialina pula.
            Cinta pun bangkit sambil menaip mesej suruh Ian menunggunya. Dia terus masuk ke dalam bilik dan keluar kembali selepas beberapa saat untuk mengambil sweaternya.
            Sebaik Cinta tiba ditingkat paling bawah, dia keluar dari lobi. Kelihatan Ian sedang duduk bersandar dikeretanya. Cinta menghampiri Ian.
            “Kau dah dapat kek tu?” soal Cinta sebaik saja dia berdiri dihadapan Ian. Bibirnya tersenyum nipis.
            Ian tersenyum nipis. “Why? Are you trying to impress me with ‘those’?” suara Ian kedengaran tajam.
            Cinta berkerut kening. Pelik dengan sikap sinis Ian. Tapi bukankah dia selalu bersikap begitu? Perkara biasalah!
            Cinta langsung tidak dapat meneka perubahan Ian malam itu.  
            So, kenapa kau nak jumpa aku?” soal Cinta pula.
            Ian memeluk tubuh. “Kek itu tidak memadai untuk tebus jasa baik aku, aku nak lebih dari itu,”
            Cinta tergelak. “Jadi, kau nak apa? Kan aku dah cakap…”
            Tidak semena-mena, Ian terus menarik tubuh Cinta lalu dihempap ke badan kereta. Dahi Cinta berkerut menahan sakit dibelakangnya.
            “Sakitlah?!” adu Cinta. Dia menolak tangan Ian yang sedang menekan keras bahunya di badan kereta tetapi genggaman Ian terlalu kuat membuatkan dia sukar untuk mengangkat tangan pun. Cinta memandang Ian dengan mata tajam. Serius, tidak tahu apa yang berlaku kepada lelaki itu hari ini. Perangainya betul-betul berbeza. Ian tidak pernah mengasari dia begitu sebelum ini.
            “Sakit? Jadi apa apa yang kau buat pada aku, kau ingat tak sakit?” kedengaran keras suara Ian.
            “Kan aku dah minta maaf tadi pagi. Aku nak jumpa kau tapi kau yang taknak jumpa aku,”
            Ian tergelak. Genggaman pada bahu Cinta masih belum dilepaskan.
            “Walaupun kau minta maaf depan-depan aku sekarang, itu tetap tidak mencukupi. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa selama ni,”
            “Jadi, kau nak aku buat apa?” soal Cinta lemah. Makin sakit bahunya ditekan Ian.
            Ian memandang dalam wajah Cinta. “A kiss,”
            Membulat mata Cinta mendengar permintaan Ian. Lelaki itu sudah gila agaknya meminta yang bukan-bukan seperti itu.
            “Kau dah hilang akal? Kenapa kau nak benda-benda macam ni pula?” marah Cinta. Permintaan Ian memang tidak masuk akal, adakah benda macam tu pun nak diminta?
            “Kau tak ingat, kau sendiri yang nak tawarkan tubuh kau pada aku kemarin? A simple kiss won’t hurt you,” ujar Ian membuatkan gadis didepannya sudah merah padam.
            “Kau jangan nak bergurau, Ian. Lepaskan aku, aku nak naik!” Cinta menolak tubuh Ian tapi senang saja Ian menolak tubuh Cinta kembali ke badan kereta. Tubuh Ian semakin dekat membuatkan Cinta semakin takut. Wajah lelaki yang hanya sejenkal dari wajahnya itu dipandang tajam.
            A kiss for one million. Takkan itu pun kau tak boleh buat?” nada Ian seakan sedang merendah-rendahkan Cinta.
            Cinta ketap bibir. “Aku tak boleh buat. Aku hanya lakukan itu kepada suami aku saja,” Cinta terus memalingkan wajahnya ke kiri. Makin bengang dia dengan sikap Ian. Mentang-mentang orang dah cuba berbaik dengan dia, dia nak pijak kepala orang pula! Getus hati Cinta.
            Then marry me,” lamar Ian selamba.
            Pantas saja kepala Cinta berpaling kearah Ian semula. Lelaki dihadapannya itu semakin pelik dengan permintaan yang pelik-pelik. Dia langsung tidak dapat mengesan samada Ian sedang bergurau ataupun serius.

9 comments:

  1. pelik nau cara Ian ajak Cinta kawen..hehe

    ReplyDelete
  2. hah btl tu cinta...
    marry me...
    cian kat ian..
    plz say yes...
    -_-!

    ReplyDelete
  3. Okie!!!!!!!! so sweet!!! marathon bc citer ni and I love it! sweet cara Ian lamar Cinta. tp geram gak ngan dua org ni bila fikirkan previous chaps.. hehe

    ReplyDelete
  4. waaa... so sweet care ian...walaupun kejam+nakal...ehehhehe....plz say yes cinta....kak okie...best sgt....sambung lg ye.. ^^

    ReplyDelete
  5. plzzzz lar,say yes!!..

    ReplyDelete
  6. okie!i love this chapter! ian atut paksa je cinta kawin dgn dia. syarat utk balas balik duit tu mesti kawind dgn ian aje. then slow2 mesti cinta jatuh hati habis dgn ian bila da kawin nti hehehe..
    -hmj-

    ReplyDelete
  7. yeye trime je lamaran slamba ian 2.pleazeeee make next chapter.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.