Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 March, 2012

28th Proposal : It's No Use Crying Over Spilt Milk


28th Proposal : It's No Use Crying Over Spilt Milk

IAN keluar dari bilik persidangan sebaik saja menerima panggilan daripada Ruby bahawa ibunya sudah pulang. Lega sikit hati itu bila ibunya pulang. Pasti Puan Massari akan bertanya macam-macam soalan. Dia sudah tidak larat untuk menjawab soalan ibunya. Asyik pasal kahwin, kahwin, kahwin. Dengan siapa? Dengan Ratna. Masalah dah selesai, nak timbulkan balik buat apa!
            “Tuan, kata Puan dia akan datang lagi petang nanti,” pesan Ruby saat Ian melalui meja gadis itu.
            Ian sekadar mengangguk lantas masuk ke dalam ofisnya. Dia merebahkan tubuhnya ke sofa. Kedua-dua tangannya dijadikan alas belakang kepala. Kaki panjangnya lurus bersilang.
            Fikiranya kembali melayang pada peristiwa bersama Cinta tadi. Serius, dia betul-betul kagum dengan pendirian Cinta. Dia kagum dengan cara Cinta mempertahankan harga dirinya. Namun, itulah yang menyebabkan dia tidak dapat melepaskan Cinta.
            Dia akui kata-kata yang dia lafazkan malam itu memang kasar, dia boleh melihat wajah Cinta yang agak terluka dengan kata-katanya. Seriously, ‘Aku akan lepaskan kau bila aku dah tak perlukan kau,’ Statement  apa ni Ian! Dia mendengus perlahan.
 Tapi dia tidak boleh kawal perasaannya, cemburu itu sudah menguasai separuh daripada kewarasannya. Ayat itu keluar tanpa sempat otaknya memproses akibat.
            Apatah lagi bila bergilir-gilir lelaki yang datang berjumpa dengan Cinta. Dia semakin takut gadis itu terlepas dari tangannya. Dengan mengugut saja caranya untuk menikat Cinta agar menjadi milik dia seorang. Sebab dia tahu, Cinta tidak mungkin akan mempunyai perasaan yang sama seperti mana perasaan dia terhadap Cinta.
            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering langsung mengejutkan Ian dari lamunan. Dia bangun lantas menyambut panggilan tersebut.
            “Derek,” Ian menyembut nama si pemanggil.
            “Saya baru saja sampai ke kampung ni, apa yang perlu saya lakukan seterusnya, Tuan?” lapor lelaki itu.
            Ian mengigit bibir. Pandangan matanya berubah tajam, wajahnya menjadi tegang. Peganggan pada telefon bimbit semakin ketat.
            “Buat saja apa yang patut, yang penting mereka ketakutan dan termakan dengan kata-kata kau,” kata Ian, garis dibawah matanya menjadi kemerah-merahan.
            Maaf Cinta, kalau aku tak buat begini… kau takkan jadi milik aku!


            ZARED dan Datuk Kugiyama kelihatan bersungguh-sunggu berlatih dilapangan. Ratna tersenyum-senyum melihat mereka. Berlatih seperti akan memasuki pertandingan championship pula.
            Datin Ratina yang juga mengikuti suaminya itu sekadar menjeling tajam kearah Ratna. Sebal dengan sikap anaknya dan juga suaminya. Apa sangatlah yang diorang nampak dekat Zared tu? Biasa saja! Getus hati Datin Ratina. Dia terus mencapai jus epal lalu dihirup agak rakus.
            “Mama nak ke washroom sekejap,” kata Datin Ratina lantas bangkit.
            “Tunggu, Nina pun nak pergi,” Ratna ikut bangkit.
            Datin Ratina sekadar memandang anaknya lalu terus melangkah menuju ke bilik air. Datin Ratina mempercepatkan langkahnya shinggakan Ratna terkejar-kejar.
            “Ma, kenapa mama macam nak mengelak dengan Nina ni?” akhirnya Ratna meluahkan juga rasa kesalnya. Setiap hari ibunya itu cuba mengelak, duduk dimeja makan juga ibu tidak ingin turun selagi Ratna ada. Kecil hati Ratna dengan sikap ibunya itu.
            Datin Ratina menoleh kearah Ratna.
            “Selagi Nina dengan budak tu, selagi tu mama takkan layan Nina,”
            “Maa…” Ratna mencapai jari-jemari Datin Ratina. “Kenapa susah sangat mama nak terima Ayie? Dia baik pun dengan keluarga kita,”
            Datin Ratina menapis tangan anaknya. “Baik tak baik, mama tetap tak suka!” tempelaknya lantas meneruskan langkahnya.
            Ratna hanya sekadar menggeleng. Kecewa dengan sikap ibunya yang tidak belajar untuk menerima Zared. Sikapnya baik, prihatin, dan suka menjaga perasaan orang lain. Apa yang tak baik lagi?
            Datin Ratina menghempas tas tangannya ke sinki. Rasa geram menusuk dadanya. Dia merengus kecil. Kemudian dia terus menyaluk tas tangan dan mencari telefon bimbit. Sebaik saja terjumpa nama Puan Massari, dia terus mendail.

            RATNA kembali ke meja. Tidak jadi mengikut ibunya ke bilik air. Sekembalinya dia ditempat itu, kelihatan Zared dan Datuk Kugiyama sudah pun menduduki meja mereka. Dia mengambil tempat disebelah Datuk Kugiyama.
            “Mama mana?” soal Datuk Kugiyama.
            Washroom,” jawabnya pendek, tapi kedengaran sayu.
            “Bukan Nina ikut mama Nina tadi?” soal Zared pula.
            “Ikutlah tadi, tapi lepas tu tak jadi,” jawabnya lagi, masih kedengaran sedih.
            Tone Ratna menarik perhatian Datuk Kugiyama. “Ni kenapa macam sedih saja? Gaduh dengan mama?” soalnya.
            Ratna memandang bapanya lalu tersenyum nipis. “Takda la pa. Biasalah mama tu,” katanya. Tiba-tiba, poket jeansnya terasa bergetar, pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca mesej yang baru saja masuk tadi.

It’s okey nina, we can do it together. Ayie tahu, nina gaduh dgn mama tadi, kan? Jangan ambil hati please? Muka cemburut tak manis (^-^) V
Sender : Ayie Sayang

            Ratna tersenyum kecil. Dia terus melirik kearah Zared. Kelihatan lelaki itu sudah mengangkat-angkat kening. Ketawa Ratna meledak.
            “Jadi pa, bila nak lawan ni? Belum lawan dah penat?” kata Ratna pula. Semangatnya tiba-tiba hidup sebaik saja menerima mesej Zared tadi.
            “Apa pula penat, ini baru warm-up. Sekejap lagi, kami lawanlah. Ingat Zared, saya ni pernah memegang title champion, masih berani lawan?” kata Datuk Kugiyama berseloroh. Tapi memang betul pun lelaki itu pernah memegang title sebagai champion dalam BMW Golf Cup International.
            Zared hanya tersenyum. “Saya akan buat yang terbaik, tuan,” ujar Zared dengan penuh rasa rendah hati.
            “Datuk Kugiyama?” tiba-tiba mereka ditegur oleh seseorang dari belakang. Serentak mereka memandang pemilik suara itu.
            Datuk Kugiyama terus bangkit. “Dato’ Paul, tak sangka kita boleh jumpa disini,” Datuk Kugiyama terus menghulurkan salam.
            Ratna dan Zared serentak bangkit.
            “Saya pun tak sangka, Datuk,” jawab Dato’ Paul. Matnya beralih pula pada Zared.
            “Mr. Zared, it’s nice to meet you here,” tegus Dato’ Paul pula. Dia dan Zared bersalaman.
            Datuk Kugiyama dan Ratna sudah memandang mereka.
            “Kamu dah saling kenal?” soal Datuk Kugiyama.
            Dato’ Paul ketawa kecil. Dia melangkah ke sisi Zared lalu memaut bahu lelaki itu.
            “Apa tidak, saya dan keluarga selalu bercuti di resort keluarga dia. Resort tu memang terkenallah Datuk, servisnya yang mantap. Saya hampir tidak percaya bila tahu anak muda ini yang menerajui resort itu,” Dato’ tidak henti-henti memberi pujian kepada Zared membuatkan lelaki itu tertunduk.
            Wajah Datuk Kugiyama berubah kelat. “Oya?” wajah Zared dipandang.
            “Macam mana Datuk boleh kenal dengan Encik Zared?”
            “Oh… dia teman lelaki anak saya,”
            “Wahh… bertuah betul Datuk. Kalau Encik Zared belum berpunya, sudah lama saya kenalkan dia dengan anak saya,” kata Dato’ Paul pula seakan berseloroh.
            Mereka ketawa kecil. Senang dengan pertemuan itu.
           
            SEBAIK saja Puan Massari melangkah masuk ke ofis Ian, telefon bimbitnya sudah pun berdering. Dia menghentikan langkahnya untuk menyambut panggilan tersebut.
            “Datin,”
            “Kita perlu berjumpa, puan. Saya ada hal sikit nak bercakap dengan puan,”
            “Hal apa?”
            “Nanti saya bagitau. Sekarang ni saya sedang menuju ke Amour Restoran. Saya tunggu puan disana,” belum sempat Puan Massari menjawab, dia sudah mematikan talian.
            Puan Massari memasukkan telefon bimbitnya lantas keluar dari pejabat itu semula menuju ke lift. Sebelum itu dia sempat berpesan sesuatu kepada Ruby bahawa dia akan kembali petang nanti.
           

*****

            CINTA menghempas tas tangannya ke laci kaunter dan terus melangkah ke dapur. Lialina yang baru saja turun dari tangga perasaan akan sikap Cinta yang seakan bengang itu. Dia terus mengejar Cinta.
            “So? Macam mana? Ada progress?” soal Lialina sebaik saja dia tiba dimeja tempat Cinta berdiri.
            “Progres apanya kalau dia macam ada agenda lain,” jawab Cinta sambil mengikat tali apron dibelakangnya.
            “Agenda lain? Maksud?”
            “Dia macam ada rancangan lain nak kenakan aku. Dia tak cakap apa-apa, tapi aku boleh tengok dari muka dia, Lia. Lelaki ni memanglah, tak habis-habis nak susahkan hidup aku,” degus Cinta lantas bersandar ke meja dapur. Wajah sebal.
            Lialina peluk tubuh. “Cin, kalaulah kau boleh rendahkan ego kau sikit, kau taklah susah sampai macam ni,” kata Lialina.
            Cinta merenung Lialina dengan tajam. Pantas Lialina mengangkat kedua-dua tangannya. Ingat harga diri aku ni boleh discount-discountkah.
`           “Walaupun aku miskin, tak da duit. At least, aku masih ada harga diri yang aku boleh jaga. Harga diri aku means maruah keluarga aku. Orang lain tak boleh jentik sekali pun!” jawab Cinta keras.
            Lialina mengosok lengan Cinta seakan menyejuk hatinya yang sedang membara.
            “Cin, kau tahukan Ian macam mana. Dia akan buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dan sekarang ni, dia nakkan kau,”
            Cinta ketap bibir. “Tidak semestinya dia nakkan sesuatu, dia boleh dapat. Aku bukan perempuan yang dia boleh ambil dan buang begitu saja,” Cinta mengorak langkah ke pintu belakang, daun pintu ditolak kasar.
            Lialina mengeluh kecil. Sahabat, kalau aku tak turutkan kata hati, tentu kau tak terseksa macam ni, kan? Hati Lialina berbisik sedih, bersimpati dengan keadaan temannya itu. Dia meninggalkan dapur, menuju ke kaunter.
            Tiba-tiba dia mendapat panggilan, teruja dia menyaluk poketnya untuk menyambut panggilan tersebut. Carl sudah berjanji akan menghubunginya tapi sangkaannya meleset apabila terbaca nama si pemanggil.
            “Aunty Jaz?” dahinya berkerut. Pelik kerana ibu Cinta tidak pernah menghubunginya, dia hanya menghubungi Lialina bila Cinta tidak dapat dihubungi.
            Lialina bergegas ke belakang café untuk menghantar telefonnya kepada Cinta.
            “Cin, mama kau telefon.”
            Cinta memandang Lialina sambil menyambut telefon itu dari tangannya. Telefon diletakkan ke telinga.
            “Hello, ma. Kenapa?”
            “Tita! Apa dah jadi ni, tadi ada orang datang kata nak beli tanah kita,” suara Puan Jazlina kedengaran cemas dan nada suaranya seakan tidak teratur. Seperti ketakutan.
            Dahi Cinta berkerut berlapis-lapis. Dia gigit bibir. “Or..orang yang macam mana ma?”
            Lialina ikut tertanya-tanya melihat wajah Cinta yang serta-merta berubah itu.
            “Orangnya tak penting, tapi macam mana geran tu boleh ada pada dia? Lepas tu dia cakap, ada orang yang jualkan geran itu padanya. Macam mana boleh ada pada dia sedangkan…” ayat Puan Jazlina terhenti.
            “Kenapa ma? Hello?”
            “Hamund, dia jual geran kita Tita! Sampai hati Hamund. Macam mana ni Tita, itu saja yang kita ada sekarang.” Puan Jazlina sudah mula teresak-esak.
            “Ma, bawa bertenang ma. Kita selesaikan masalah ni sama-sama. Okey, mama ada tandatangan apa-apa yang dia bagi?” soal Cinta. Dia juga berusaha mengawal emosinya. Jika dia gagal, ibunya juga akan semakin risau.
            “Takda. Tapi dia kata dia akan datang lagi esok, dengan lawyer,”
            Cinta menarik nafas dalam. Ian, sampai macam ni sekali kau nak seksa aku?
            “Okey ma. Begini, nanti Tita call balik. Mama tak perlu risau, ya. Biar Tita yang selesaikan,”
            “Macam mana Tita nak selesaikan?”
            “Mama rehat ya? Bye!
            Cinta mematikan talian. Telefon bimbit diserahkan semula kepada Lialina.
            “Kenapa?” soal Lialina yang hanya menjadi pendengar sekaligus pemerhati tadi. Mahu saja dia menyampuk, tapi melihat wajah serius Cinta dia matikan niatnya.
            Cinta menggeleng-geleng. Bergetar bibir bawahnya dek menahan tangis. Tapi walau sekuat mana dia bertahan, air mata tetap jatuh. Pengaruh Ian begitu kuat, walaupun beribu-ribu Cinta didunia itu, dia tetap tidak dapat melawan Ian.
            Cinta terduduk atas tanah dan mula teresak-esak. Lialina terkejut melihat keadaan Cinta. Pantas dia memeluk Cinta dari belakang. Dia juga sudah turut menitiskan air mata mendengar rintihan Cinta. Dia tidak tahu apa yang berlaku, tapi dia dapat merasakan kesakitan yang Cinta alami.
            “Lia, aku tak kuat Lia… aku tak boleh lawan dia..” kata Cinta dalam esakan.
            Lialina mengosok lembut belakang temannya itu. “Sabar Cinta… ada apa sebenarnya?”
            Cinta diam. Buat masa sekarang, dia tidak ingin berkata apa-apa. Terlalu perit untuk diluahkan. Tetapi lebih sakit bila dia tiada pilihan langsung.
            Lialina faham. Dia pun turut mendiamkan diri dan membiarkan Cinta menangis dalam pelukannya.
            Setelah dua jam dalam proses menenangkan diri, akhirnya Cinta pulih juga. Ai yang dibawa Lialina tadi diteguk perlahan. Cinta mengelap sisa air mata yang ada dipipinya dengan tisu lalu bangkit.
            “Kau nak pergi mana?” soal Lialina.
            “Keluar sekejap. Ada benda yang aku perlu urusakan. Malam nanti aku ceritakan, ya?” jawab Cinta lantas beredar.
            Lialina tidak menghalang Cinta. Dia hanya menghantar langkah Cinta dengan pandangan sayu. Kalau saja dia boleh tolong, dia akan buat apa saja. Tapi malangnya, dia juga tidak dapat berbuat apa-apa.
           

            “CIK CINTA is here,” lapor Ruby melalui interkom. Ian terus mengukir senyum sebaiks aja mendengar berita itu lantas menyuruh Ruby menjemput Cinta masuk. Buat kali kedua Cinta
            Cinta melangkah masuk apabila Ruby membuka pintu itu. Matanya terus menangkap tubuh Ian yang sedang duduk santai di kerusinya. Senyuman dibibir lelaki itu membuatkan hati Cinta semakin benci untuk melihatnya.
            Dia mengalihkan wajah dan terus melangkah. Dia melabuhkan punggung.
            Twice a day, memang kita ada jodoh,” kata Ian.
            “Tak perlu berbahasa basi! Kenapa kau hantar orang ke kampung aku? Macam mana kau tahu alamat rumah aku?” Cinta terus kepada pokok utama. Tidak ingin membuang masa mendengar kata-kata manis yang menyakitkan hati itu
            Ian menongkat siku ke meja. “Aku rasa takda salahkan sebab geran itu memang dah jadi milik aku,” ujarnya selamba.
            Cinta ketap bibir. Nak tunjuk kuasalah tu!
            “You see, Cinta. Kalau kau terus bersetuju saja dengan aku, tak perlulah menyusahkan orang pergi ke kampung kau. Dan lagi, orang tu masih di kampung kau lagi, aku belum suruh dia balik sehinggalah aku dapat apa yang aku mahu,” kata Ian sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
            Cinta sebal. Mahu saja dia mencekek-cekek leher lelaki dihadapannya itu. Geram dah tahap kepayang ni!
“Okey, okey! Kita kahwin!” dalam keterpaksaan, Cinta tuturkan juga ayat itu. Kenapa sangat dia nak kahiwn dengan aku? Seronok sangat tengok orang macam aku ni tunduk dengan dia?
Ian bertepuk tangan sambil tersenyum lebar. Dia menang, sama sepeti yang dia jangkakan. Dia sudah merancanganya terlebih dahulu. Sehari sebelum Cinta datang ke syarikatnya, dia sudah pun menyuruh peguamnya Derek, untuk ke kampung Cinta dan berlakon sebagai pembeli tanah. Dalam hati dia memuji Derek kerana berjaya membawa watak itu sehingga mampu mengaburi mata keluarga Cinta.
“Kan bagus kalau kau setuju awal-awal, taklah susah macam ni,” ujar Ian.
            Cinta peluk tubuh, bibir digigit dengan penuh rasa geram dan benci.
            “So esok aku akan bawa kau jumpa dengan peguam aku untuk urusakan perkahwinan kita. Sharp, jam 9!”
            “Sekejap!” Cinta angkat tapak tangan. “Kita takkan berkahwin macam orang kahwin betul-betul, kan?”
            Ian kerut kening. “Kenapa? Kau nak kahwin macam orang kahwin betul-betul?”
            Cinta pantas menggeleng kepala. Janganlah mereka berkahwin macam orang kahwin betul-betul siap ada majlis lagi. Itu macam mangali kubur sendiri namanya.
            “Tapi kita kahwin tak lama kan? Maksud aku, macam kontrak. Ada tempoh masa,”
            Ian tersenyum. “Jangan risau, aku tahu yang aku buat. Esok peguam aku akan terangkan semuanya pasal perkahwinan ni.”  
            Seakan ada batu besar yang menghempap kepala Cinta. Kepalanya sudah mulai pusing. Terngia-ngia perkataan isteri itu ditelinga Cinta. Tapi dia sudah tidak dapat berpatah balik lagi, ini saja caranya untuk selamatkan geran tanah mereka.
                                                                                                                   

11 comments:

  1. bad trick Ian! tapi suka sbb dia ngan Cinta akan kahwin x lama lg~

    ReplyDelete
  2. aduh...
    ape la kerja giler yg si ian nk buat nie...
    suka sgt sakitkn ati cinta...
    kt sayang kat cinta..
    tp suka sgt buat cinta sengsara...
    xpaham btl la ngn si ian nie..
    huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Hopefully cite ne happy ending. Tak nak ahhhhh Ian sakiti hati Cinta lagik! :'( Ku lempang jugak si Ian ne kang :p

    ReplyDelete
  4. okie, hope so that cinta will buka hati dia for ian... and ian please jaga cinta baik2...

    i supprot okie.. terus smbung cerita nie.. update slalu ok :)

    ReplyDelete
  5. Juga terasa nak lempang ian skali dua.. ;p

    ReplyDelete
  6. huh?? cinta and ian akan kawen?? xdpt bayang mcm mane hidup diorg after marriage..

    ReplyDelete
  7. mmg xsaba tggu next!!...

    ReplyDelete
  8. Haa...haaa...kelakarla ian ni main pakse pulak, tapi oklah2 xdela dia melepas ye dak, new n3 please jgn lame sgt

    ReplyDelete
  9. hahaha... Ian2x. Susah sgt cinta nk faham perasaan dia. takut melepas apa pun sanggup bt wlaupun cinta bakal mbenci dia. sbbnya bila dia bt baik cinta sangka ada trick la mcm2x la. dah sbaik mungkin ian cuba tunjulkan perasaan dia bt cinta. sanggup jd hero selamatkan cinta pd ms cinta perlukan dia tupun tak faham2x jugak. mmg kayu la cinta ni. ego pun lebih dr lelaki. brp kali dah ian rendahkan ego dia tp cinta yg lebih2x plak... ketuk kepala baru tau. he...

    ReplyDelete
  10. plez cpt2 smbung cter nie...i love it...:)

    ReplyDelete
  11. aduss makin best plak BEJM, bl nk smbg ni okie? i'm waitinggg.....("o)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.