Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 April, 2012

29th Proposal : One-Year Marriage


29th Proposal : One-Year Marriage

            AWAL-AWAL pagi lagi, Ian sudah berada dihadapan cafe untuk menjemputnya seperti tidak sabar-sabar pula menjadikan Cinta sebagai isterinya. Cinta yang baru saja keluar dari pintu cafe sudah menunjukkan wajah sebal. Sudahlah dia seorang mengurus café itu sejak awal pagi tadi, terpaksa pula berhadapan dengan lelaki possessive itu.
Lialina pula, awal lagi sudah memberitahu dia bahawa dia tidak akan ke café. Dia ke mana pun Cinta sendiri tidak tahu. Cinta memandang jam ditanganya. Baru pukul 8.30! Lelaki ni biar betul, kata jam 9?
            “Morning!” ucap Ian dengan wajah yang ceria, seolah-olah orang yang baru saja menang lotri.
            Cinta menunjukkan wajah sebal. Selamba saja dia boleh ucap selamat pagi? Otak dah rosak barangkali!
“Kata jam 9, ni ada 30 minit lagi, kan?” Tanpa membalas ucapan Ian, dia terus menyerang Ian.
            “Maksud jam 9 ialah 8.30. Dah, masuk!” arah Ian lalu membuka pintu penumpang dihadapan.
            Cinta ketap bibir. Dalam keterpaksaan dia melangkah masuk juga ke dalam kereta. Ian hanya tersenyum-senyum melihat wajah sebal Cinta. Cute juga kalau marah pagi-pagi ni, bisik hati Ian. Dia pun menuju ke pintu pemandu lalu masuk ke dalam.
            “Pakai seat belt!” arah Ian lagi.
            Cinta pantang memandangnya dengan kening bercantum. Dalam marah-marah, dia tetap menurut kata-kata Ian. Walaupun dia marah, keselamatan perlu diutamakan juga.
            “So, kita nak pergi mana ni?” soal Cinta sebal. Masih belum hilang lagi rasa geramnya sejak dua hari lalu.
            “Jumpa lawyer aku, dan aku nak kau jumpa seseorang yang dah banyak tolong aku,” jawab Ian.
            Dahi Cinta berkerut. “Siapa? Tanyanya.
            Ian tidak terus menjawab soalan Cinta, dia sekadar tersenyum membiarkan Cinta dalam mode tanda tanya. Ian Ian terus memacu keretanya masuk ke lebuh raya untuk ke syarikat. Disitu, Derek peguamnya sudah pun menunggu bersama seorang tetamu lagi.
            Tidak sampai 20 minit, Ian dan Cinta sudah pun tiba dihadapan bangunan Damarion High. Corp. Mereka bersama-sama keluar dari kereta dan masuk ke perut bangunan. Lift yang dinaiki menuju ke tingkat paling atas.
            Sebaik mereka keluar dari lift, pandangan dihadapan Cinta luas saja. Tiada sebarang meja atau perabot dimana-mana, ianya sama seperti kali pertama dia menjejakkan kaki dibangunan itu semasa Ian memesan 1000 kotak cup cake dari café Lialina.
            “Cepatlah!” gesa Ian apabila menyedari Cinta masih lagi tidak berganjak selepas keluar dari lift. Terkial-kial gadis itu membuntutinya tatkala ditegur.
            Ian berhenti dihadapan sebuah pintu. Dia memandang Cinta.
            “Aku harap kau tak terkejut lepas ni,” kata Ian seakan memberi amaran. Gadis itu hanya memandang Ian dengan wajah bersahaja, tiada mengendahkan amaran Ian tadi. Ian membukakan pintu untuknya, dia segera melangkah masuk sebaik saja mengucapkan terima kasih.
            Sesaat dia menapak didalam bilik kosong empat penjuru yang hanya mempunyai sebuah meja bulat dan 4 buah kerusi itu, dia terus mematikan langkah. Dua raut wajah yang cukup dikenali Cinta terpacul dihadapannya.
            “Hai, Cinta. Selamat pagi!” ucap Carl dan Lialina tersentak.
            “Carl, Lia…korang buat apa disini?” soal Cinta pelik. Dia mendekati Carl dan Lialina yang sedang berdiri disebelah meja bersama seorang lagi lelaki berpakaian sut hitam dan bercermin mata.
            “Let me introduce you..” ucap Ian lalu menghampiri Carl. Dia menepuk bahu lelaki itu. “Ini kawan aku, Carl dan dia, Derek. Dia peguam aku,” terang Ian.
            Wajah Cinta masih kelihatan bingung. Dia memandang muka Carl dan Ian bergilir-gilir. Kemudian, dia memandang pula kearah Lialina. Dia mengangkat kedua-dua kening seakan memberi isyarat kepada gadis itu untuk menjelaskan hal itu dengan lebih terperinci kerana dia betul-betul tidak faham. Sejak bila Carl berkawan dengan Ian?
            “Err… sebenarnya, Carl ni kawan Ian masa sekolah tinggi dulu, diorang dah kenal sejak tingkatan lagi dan sampai sekarang.” Lialina menjelaskan dengan wajah kelat. Dia tahu, dia sepatutnya memberitahu bahawa Carl adalah kawan Ian, tapi dia juga baru tahu yang Ian itu kawan Carl bila Carl memberitahunya yang Ian jatuh cinta pandang pertama terhadap Cinta.
            “So… Carl dan dia ni dah lama kenal? Dan, kamu tak bagitahu aku pun?” kata Cinta seakan tidak percaya.
            “Bukan masalah besar pun kalau Carl kawan aku, lagipun kerana dia juga aku tahu kau siapa,” jawab Ian selamba tetapi mampu membuatkan riak wajah Cinta berubah terkejut.
            “Lia, kenapa kau tak bagitau aku?”
            Lialina teragak-agak untuk menjawab soalan Cinta. Dia memandang Carl sambil memegang hujung baju lengan lelaki itu. Memberi isyarat agar lelaki itu yang menjelaskan semuanya kepada Cinta.
            Cinta memandang wajah Lialina yang seakan dalam ketakutan, buntu mencari kata-kata.
            “Lia, kenapa kau takut?”
            “Takut? Manada takut… takdalah!” jawab Lialina tergagap-gagap. Dia sudah bermain-main dengan jari-jarinya. Kegelisahan jelas terpamer diwajahnya.
            Tiba-tiba Cinta tersentak. Kalau Carl ni kawan Ian, mesti Carl tahu apa yang Ian buat pada aku selama ini. Tapi setiap kali berjumpa dengan Carl, dia tak pernah tanya atau cakap apa-apa pun? Takkan Carl tak tahu ataupun dia sengaja taknak cakap? Kejap, kejap…aku dah mula bingung. Aku tak faham situasi sekarang.
            “Hei, ini bukan masanya nak bincang pasal tu, okey? Aku tak suka nak buang masa,” sampuk Ian tiba-tiba lalu melabuh punggung. Sebaik dia melabuh punggung, Derek terus meletakkan sebuah fail dihadapan Ian.
            “Sila duduk, Cik Cinta Olivia,” pelawa Derek.
            Cinta mencebikkan bibir lalu terus duduk dihadapan Ian. “Apa diorang buat kat sini, Ian? Aku tak rasa diorang perlu datang juga.” Cinta masih tidak berpuas hati. Selagi dia tidak tahu tujuan kedatangan Carl dan Lialina disitu, dia tidak dapat menghentikan rasa ingin tahunya.
            “Itu lagi? Nanti aku jelaskan, sekarang aku nak kau isi borang perkahwinan ni,”
            Cinta mendengus berat. Tanpa berkata apa-apa, dia terus mencapai borang yang dimaksudkan Ian. Cinta membelek-belek borang tersebut, didalamnya masih belum terdapat maklumat diri Ian. Bererti, selepas aku isi borang ni itu bermakna aku akan jadi isteri Ian?
            Cinta ketap bibir. Inikah yang aku betul-betul nak? Perlukah aku jadi isteri Ian untuk selamatkan tanah kami? Betulkah ini saja caranya untuk selamatkan geran tanah tu? Tapi... kau tahu, Ian takkan buat pilihan lain selain ini walaupun aku merayu melutut dihadapan dia.
            “Kau dah takda masa nak rasa serba-salah, Cinta. Ini saja pilihan yang kau ada,” kata Ian seakan dapat melihat apa yang sedang Cinta fikirkan. Seakan semua fikiran Cinta itu tertulis diatas dahinya.
            Cinta ketap bibir. “Aku tahu!”
Cinta terus mencapai pen yang sudah disediakan atas meja dan mengisi maklumat dirinya diatas borang itu. Selesai mengisi, dia mengembalikan borang tersebut kepada Ian. Selebihnya, Ian yang akan aturkan.
            Cinta memandang ke belakang, tepat kearah Carl dan Lialina. Sebaik saja mata mereka bertembung, Lialina terus mengalih wajahnya ke sisi. Dia seakan tidak dapat memandang wajah Cinta saat itu. Cinta ketap bibir. Pasti Lia sembunyikan sesuatu daripada aku, kalau tak dia takkan berkelakuan seperti ini.
            Tapi dia tidak ingin terus bertanya. Dia ingin menunggu Ian yang menjelaskan kepadanya seperti mana yang Ian janjikan tadi. Beberapa minit kemudian, Ian sudah pun selesai mengisi kesemua tempat yang harus diisi. Borang itu dikembalikan kepada Derek.
            “So, berapa lama kita akan jadi suami isteri? Maksud aku, tentu ada tempoh masa, kan? Bukan kahwin sampai bila-bila?” soal Cinta.
            Ian tersenyum sinis. “Kau ingat dengan setakat berkahwin dengan aku, duit 1 juta itu boleh dijelaskan? You must be kidding me, Cinta. Sudah semestinya sampai kita beranak-pinak,” jawab Ian sekaligus membuatkan wajah Cinta menjadi merah padam. Carl dan Lialina juga terkejut mendengar kata-kata Ian, sementara Derek masih lagi dengan sikap tenangnya.
            “Jangan cakap benda macam tu lah! Memalukan betul!” marah Cinta. Walaupun begitu, jantungnya tetap berdentum kuat. Aku tak percaya dia boleh cakap macam tu depan banyak orang!
            Ian tergelak kecil melihat reaksi Cinta. Sudah semestinya dia ingin bersama Cinta sampai selama-lamanya tapi jika cintanya itu hanya bertepuk sebelah tangan, jika dapat bersama Cinta walaupun sekejap sudah lebih dari cukup.
            “Jangan risau, kau cuma perlu jadi single selama setahun, selepas itu kau akan bebas,”
            Dahi Cinta berkerut. “Single selama setahun? Maksud?”
            “Maksudnya, kau cuma perlu jadi isteri dia selama setahun,” jawab Lialina pula.
            “Setahun?” Suara Cinta seakan terkejut. Jadi aku perlu jadi isteri Ian selama setahun?
            “Kenapa? Bukannya kau ada siapa-siapa pun sekarang,”
            Cinta memaling kepala ke kiri. “I don’t have any,”
            “Baguslah… senang sikit kerja aku,” ujar Ian.
            Cinta mencebik. Kerja kau senang, kerja aku pula yang bertambah susah nanti. Bisik Cinta dalam hati.
            “So, bila kau nak jelaskan hubungan kau dengan Carl pada aku? Lia?”
            “Nak jelaskan apa lagi? Kau kan dah tahu yang Carl ni kawan aku?” celah Ian pula.
            “Cinta, aku tahu kau tengah bingung sekarang. Aku akan jelaskan,” sampuk Carl pula. Cinta sudah memandang kearahnya, menanti penjelasan kerana dia benar-benar bingung dengan situasi sekarang.
            “Aku dah lama kenal Ian dan aku tahu Ian kenal kau sejak awal lagi. Tapi Lia tidak tahu menahu tentang kewujudan Ian sehinggalah aku bagitahu dia pasal Ian. Mungkin kau boleh cakap kamu sembunyikan hal ini daripada kau,” jelas Carl. Kening Cinta sudah berkerut.
            “Sebenarnya, Carl adalah spy aku. Dia bagitahu semua gerak-geri kau dan dengan siapa kau berjumpa. Aku tahu semua pasal kau daripada dia,” tambah Ian lagi.
            Cinta seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja didengarnya. Carl spy Ian?  
            “Jadi kamu semua berkomplot nak memperbodohkan aku?”
            “Tak, tak…bukan begitu!” terpinga-pinga Lialina menjawab soal Cinta. Mungkin niat mereka mahu memperbodohkan Cinta, tapi mereka buat begitu demi kepentingan dan keselamatan Cinta sendiri.
            “Betul Cinta. Bukan niat kami, kalau kami tak masuk campur kau akan hidup susah. Iangat pasal hutang pak cik kau? Kami buat semua ni demi selamatkan kau dan keluarga kau,” terang Carl pula.
            Bam! Cinta menghempap tangannya keatas meja menyebabkan seisi ruang itu terkejut dengan tindakannya.
“Tapi kamu tarik aku dalam kahwin kontrak ni! Kalau apa yang kamu buat ni demi keselamatan aku, kamu sepatutnya biarkan aku bayar saja hutang itu dengan keupayaan diri aku sendiri. Kamu buat perkara ini semakin sukar untuk aku.” Lantang suara Cinta menyapa gegendang mereka.
            “You such an idiot! Kau lebih pentingkan harga diri kau daripada keselamatan keluarga kau? Kalau aku tak tolong kau masa tu, kau dengan pak cik kau dah dikerjakan oleh mereka. Kau fikir dengan duit sebanyak itu saja boleh keluarkan kamu dari masalah ni? Walaupun mungkin kau dapat cari wang lain untuk bayar hutang itu, nyawa pak cik kau tetap dalam bahaya sebab pak cik kau yang berhutang dengan mereka,”
            Cinta tersentak sejurus mendengar kata-kata Ian. Sedikit sebanyak dia mengakui kata-kata Ian. Dia lebih pentingkan maruah dirinya daripada nyawa pak ciknya.
            “Maafkan aku, Cinta,” pinta Carl pula.
            Cinta menggelengkan kepala. “Aku taknak fikir pasal tu sekarang.” Wajah Carl langsung tidak dipandang. Walaupun dia mengakui kata-kata Ian seratus peratus betul, dia masih tidak dapat menerima hakikat yang Carl dan Lialina sanggup bersubahat dengan Ian.
            “Carl, Lia… kamu balik dulu. Derek, tunjukkan mereka jalan keluar,” arah Ian pula. Derek mengangguk meurut perintah lalu berjalan kearah pintu. Lialina serba-salah untuk berganjak dari tempatnya. Carl memaut tangan Lialina lalu membawa gadis itu keluar daripada ruang tersebut.
            “Jangan salahkan Carl atas apa yang berlaku sebab aku yang suruh dia buat semua ni, aku yang patut dipersalahkan,” ucap Ian sebaik saja mereka ditinggalkan bersendirian.
            “Aku tahu,”
            “Aku tak minta kau maafkan aku, aku juga tak paksa kau untuk maafkan Carl. Seperti yang aku cakap, semua ni salah aku,”
            Cinta tidak menjawab. Dia melabuh punggung dengan wajah yang tegang. Banyak perkara yang berlaku secara serentak sehinggakan dia tiada tenaga untuk memikirkannya.
            “Cukuplah, aku bawa kau ke sini bukan nak bincang pasal Carl. Tiba masanya kita fikir pasal kita,” ujar Ian. Cinta memandangnya lalu mengeluh kecil.
            “Bincang pasal apa lagi? Bukankan kita dah selesaikan masalah tu tadi?”
            Ian menggeleng kepala. “Belum selesai sepenuhnya sebab kita masih belum bincang pasal masa depan kita,”
            “Huh?” Cinta seakan menjerit. Masa depan? Jadi dia nak ada zuriat?
            “Jangan fikir benda lain! Aku bukan cakap pasal ‘itu’. So, mungkin pihak pendaftaran perlukan masa untuk luluskan permohonan itu jadi dalam masa tu aku takkan jumpa atau muncul dihadapan kau, but in the meantime kau tak boleh jumpa atau keluar dengan mana-mana lelaki,”
            Dahi Cinta berkerut. “Kenapa pula?” soalnya.
            “Sebab kau adalah bakal isteri aku, aku taknak ada cerita buruk pasal kau. Aku akan bagi geran tanah itu sebaik saja kau sah jadi isteri aku. So behave yourself!” kata Ian pula.
            Cinta sudah mencebik. Dia ingat aku ni perempuan apa? Suka clubbing? Pelacur macam yang selalu dia cakap pada aku? Hish! Kalau macam ni, aku sama saja macam banduan!
            “Selepas kita berkahwin, aku nak kau tinggal dengan aku,”
            Tiba-tiba Cinta berdiri. “Tidak mungkin aku akan tinggal serumah dengan kau!”
            “Jadi apa maksudnya jadi suami isteri kalau tak tinggal sama-sama? I don’t care, kau mesti tinggal dengan aku juga!” desak Ian.
            “Walaupun kita tak tinggal sama-sama, kita tetap suami isteri. Jadi apa masalahnya?” balas Cinta pula.
            “Jadi, kau boleh janji yang kau tidak akan keluar dengan mana-mana lelaki? Macam Alex dan E-jit?”
            Dahi Cinta sudah berkerut berlapis-lapis. Dari mana pula Ian boleh fikir soalan ini? Ingat aku ni playgirl? Suka-suka hati nak keluar dengan mana-mana lelaki?
            “Alex dan E-jit cuma kawan biasa, takkan ada lebih daripada itu. Aku boleh janji,”
            “Kau ingat aku akan percaya begitu saja? E-jit mungkin kawan biasa, tapi Alex? Kau pernah ada perasaan yang istimewa untuk dia, jadi tidak hairanlah kalau kau berlaku curang nanti,”
            Cinta sudah mendengus. “Ian, kau dah fikir terlalu jauh ni. Aku dah tak cintakan Alex dan tidak mungkin aku akan balik semua pada dia,”
            Ian tersenyum. “Jadi, kau cintakan aku?” soalnya teruja. Wajahnya tiba-tiba berbunga-bunga selepas mendengar luahan Cinta tadi.
            Cinta terus mempamerkan wajah jijik. “Aku tak cintakan sesiapa, not you, not Alex not E-jit. Aku cuma cintakan keluarga aku saja,” jawab Cinta, terus-terang dihadapan Ian.
            Ian tersenyum sinis. “Aku akan jadi keluarga kau tak lama lagi, jadi cepat atau lambat kau tetap akan cintakan aku juga,” ujarnya begitu yakin sekali.
            “Tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan kau,” balas Cinta dengan yakin sekali. Kenapa Ian yakin sangat yang aku akan jatuh cinta dengan dia? Tidakkah dia fikir yang aku sedang tutup hati aku untuk semua lelaki?
            Ian sudah mengetap bibir. “Kau! Hmm… tak apa jika kau tak cintakan aku, sebab selagi kau milik aku, kau tidak boleh ada apa-apa hubungan dengan orang lain,”
            “Aku tahu dan aku akan ikut seperti mana yang kau cakap tapi kau juga pastikan yang kau tak keluar dengan mana-mana perempuan lain. Dan lagi, aku akan tinggal serumah dengan kau tapi dengan syarat…”
            Ian memandang Cinta.
            “Kau tak boleh sentuh aku dan kita akan tidur berasingan. Kau boleh buat? Kau boleh janji yang kau takkan sentuh aku?”
            Ian mengaru-garu dagunya. Aku tak pernah ada niat nak sentuh dia pun, aku Cuma nak dia ada didepan aku saja.
            “Okey, as you wish,”
            “Okey, jadi kita dah capai kata sepakat?” soal Cinta. Ian mengangguk lalu menghulurkan tangan. Lama-lama Cinta menatap huluran itu.
            “Come on… kita belum kahwin, jadi kontrak tu belum sah lagi. Aku masih boleh sentuh kau,” kata Ian. Mendengar ucapan Ian, Cinta terus menyambut tangannya. Ya, selepas ini kami sudah tidak boleh bersentuhan lagi.
            “Kau boleh keluar sekarang, Derek akan hantar kau pulang.” Ian terus melepaskan tangan Cinta lantas berpaling ke belakang.
            “Oh..okey.” Cinta segera mencapai tas tangannya yang terletak dikerusi lalu keluar dari bilik itu. Sebaik saja pintu itu tertutup, barulah Ian berpaling semula. Dia mengeluh kecil.
            “What’s the point if I cannot touch you!” ucap Ian dalam nada berbisik. Matanya terturut rapat seakan menahan sakit yang amat sangat.


             

9 comments:

  1. best,best n mmg best!!..next2.

    ReplyDelete
  2. so sweet Okie :3 cuma geram ngan cara Ian tu.. tp kalau Ian x buat camtu, camne dia nak kahwin ngan Cinta kan? Go Ian! XDD

    ReplyDelete
  3. sob sob sob..sedih tul la kalu cm tu..cinta 2 ego...okie, can wait 4 nex n3...asap ekkkk...hehehe

    ReplyDelete
  4. sabar ian..hati chinta tgh marah kerana dipermainkan oleh carl dan liana kawan baiknya..masih dalam keadaan terkejut..bila ko tak muncul didepannya..mungkin dia akan cinta kat ko..sbb untuk mencintai seorg memerlukan masa seminit..tapi utk melupainya memakan masa bertahun..

    ReplyDelete
  5. wah...best2...pe lak plan ian pasni... ^^

    ReplyDelete
  6. Alahai~ Kesian nya Ian :( Ian betul2 suka kat Cinta, mengapa cinta tak nampak yang Ian ikhlas :( sedih lah huhu

    ReplyDelete
  7. wah best2...
    ian ngn cinta da nk kawin da...
    x sbr tggu dorg kawin...

    okie ade part yg salah eje je...
    apa maksud ian ngn ayat 'kau cuma perlu jadi single selama setahun'

    bkn klw da berkahwin da jd berdua ker?? hihihi..

    rasa kat ayat masa cinta ckp kat ian 'Jadi aku perlu jadi Ian selama setahun?'tu ade ttinggal perkataan isteri la...

    huhuhu...

    ReplyDelete
  8. ok thisnis best. ur story getting more interesting. but as ian said, what's the point kalo dia x bole sentuh si cinta... huuu takkan tgk jer.. at least nk gak pelok2, belai2 rambut ke ahaksss, opsss :)

    ReplyDelete
  9. menjawab soalan Nursya :
    ayat tu mcm perumpamaan, kan Cinta tak suka Ian tapi dia terikat dgn Ian, jadi dia tidak boleh ada apa-apa hubungan dgn lelaki lain selama setahun, sm juga mcm single selama setahun :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.