Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

23 April, 2012

31st Proposal : Happy Wedding Day!


31st Proposal : Happy Wedding Day!

            HARI yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pihak pendaftaran telah menghubungi Ian bahawa pendaftaran perkahwinan mereka telah pun diluluskan dan boleh datang ke pejabat mereka untuk urusan selanjutnya.
            Ian menuruni tangga menuju ke ruang makan. Wajahnya yang ceria dan sentiasa tersenyum itu mengundang perhatian keluarganya yang sedang duduk dimeja ruang makan. Seperti kebiasaan, keluarga Ebert akan selalu bersarapan bersama dia rumah utama.
            “Ian nampak segak, ada apa-apa yang specialkah hari ini?” soal Martha apabila melihat pakaian Ian tidak seperti pakaian yang selalu dipakainya setiap hari. Pagi itu Ian penuh dengan kelainan. Baju kameja putih dan vase berwarna silver serta seluar hitam tersarung ditubuhnya.
            “Ya ka?” Ian ketawa kecil lalu melabuhkan punggung disebelah Serena.
            “Macam Ian nak pergi kahwin pula.” Tiba-tiba Puan Sunita bersuara. Terbatuk Ian walaupun dia memang sedar dia akan berkahwin hari ini di JPN.
            Ian ketawa kelat. “Mana ada aunty. Ian cuma… nak cuba benda baru,”
            “Yalah tu… tapi betullah kata aunty Nita, Ian macam nak pergi kahwin.” Serena pula menyuarakan pandangannya.
            “Ian takkan kahwin diluar pengetahuan kita, Serena. Ian takkan buat begitu, kan?” kata Martha sambil memandang Ian.
            Ian telan liur lalu mengangguk. “Ya, Ian takkan buat macam tu.” Ian ketap bibir. Sesungguhnya dia betul-betul rasa bersalah kerana sudah menipu seluruh keluarganya.
            Tiba-tiba mereka terdengar bunyi tapak kasut sedang menuju kearah mereka. Kelihatan Puan Massari sedang melangkah bersama seorang pembantu rumah yang membantu untuk memegang beg serta kotnya. Wanita itu kelihatan sungguh elegent dengan penampilannya. Walaupun umur sudah semakin meningkat tetapi kecantikkan tidak pernah hilang.
            “Hmm… nampaknya, bukan Ian saja yang ada plan hari ni, ibunya juga,” kata Puan Sunita membuatkan Tuan Ebert berdehem.
            Puan Massari melabuh punggung bertentangan dengan Ian dan bersebelahan dengan Martha.
            “Kamu hendak ke mana, Massari?”
            “Saya ada urusan penting, ma.” Puan Massari tiada niat untuk memberitahu lebih lanjut tentang rancangannya hari itu.
            Tiba-tiba Ian bangkit. “I’ll take my breakfast outside. Excuse me.” Ian terus keluar dari ruang makan. Wajah Puan Massari dipandang sekilas sebelum hilang daripada tempatnya.
            Martha sudah menggelengkan kepala melihat perang dingin antara dua beranak itu. Punca pekelahian mereka pun sudah tidak diketahui mana hujung mana pangkal dan kelihatan seperti perang dingin itu tidak akan tamat tanpa campur tangannya.
            “Sari, sebelum kamu pergi. Saya nak bercakap sebentar. Dalian, bawa sarapan saya ke bilik,” ujar Martha lalu bangkit dari tempatnya. Dalian segera menurut perintah lalu mengangkat sarapan Martha mengikutinya ke bilik atas.
            Puan Massari mengeluh kecil. Berapa lama Ian nak hukum saya macam ni?
            “Maaf, saya rosakkan mood pagi-pagi ni,” kata Puan Massari. Entah bagaimana, dia merasakan keharmonian pagi itu telah dirosakkan olehnya.
            It’s okey, Sari,” kata Tuan Ebert.
            “Ma, nak saya bawa sarapan mama ke atas?” soal Serena pula.
            “Tak apa. Nanti mama bersarapan diluar saja.” Puan Massari pun bangkit lalu menuju ke bilik Martha.
            By the way, Zared mana? Dah lama tak nampak dia,” kata Serena pula.
            Puan Sunita dan Tuan Ebert sudah tersenyum-senyum mengingatkan anak mereka yang satu itu. Setiap pagi mesti anak mereka itu akan hilang, bersarapan bersama buah hati pengarang jantungnya.
           

            “CINTA, cepatlah! Nanti lambat pula!” gesa Lialina apabila Cinta masih belum keluar dari biliknya. Dia dan Carl Cumalah sebagai saksi tapi dia pula yang berasa cemas.
            “Atau kau nervous, Cinta?” soal Lialina pula. Tidak semena-mena, pintu terkuak kasar. Wajah masam Cinta terpacul dihadapannya.
            “Siapa cakap aku nervous? Bukan nak kahwin betul-betul pun!” marahnya.
            Lialina ketawa kecil. “Cakap tak nervous, tapi bukan main cantik lagi,” bisik Lialina.
            “Apa?” Cinta menyinga. Pantas Lialina menggeleng.
            “Tak baik marah-marah pagi-pagi macam ni, Cinta. Nanti tak cantik lagipun hari ni kan hari upacara perkahwinan kau dengan Ian,”
            “Aku tak marah, aku Cuma bengang. Kenapa aku perlu pakai baju ni?”
            Lialina memandang dress putih tanpa lengan paras lutut itu. Baju itu ketat menunjukkan lenggok tubuhnya yang sempurna itu membuatkan dia tidak berani untuk keluar ke mana-mana.
            “Why, Ian beli dress ni khas untuk kau tau. Kau nampak cantik dengan dress ni,” puji Lialina pula. Bukan puji kosong, tapi Cinta memang benar-benar cantik. Kulitnya yang putih memang sepadan dengan dress itu
            “Buat apa nak beli segala. Aku bukannya isteri dia betul-betul pun!”
            Lialina mengeluh. Cinta ni, betul-betul buta atau pura-pura buta? Tak nampakkah apa yang Ian buat semua ni sebab cintakan dia? Heh… terpulanglah dengan Ian macam mana nak fahamkan Cinta ni.
            “Jomlah, jomlah. Carl dan Ian dah tunggu dekat luar tu.” Lialina menarik tangan Cinta keluar dari pangsapuri itu.  
            Sementara dibawah pangsapuri Lialina, kelihatan Ian dengan Carl menanti dengan penuh sabar ditepi kereta.
            “Sabar bro, kejap lagi turunlah diorang tu.” Carl menepuk bahu Ian.           
            Ian mendengus. “Aku bukan tertunggu-tunggu pun, buat apa nak sabar,”
            Yeah right.” Carl tersenyum. Kata tak terunggu-tunggu tapi dari tadi tengok jam tangan.
            “Oh, tu pun diorang!” ujar Carl separuh terkejut sebaik saja ternampak bayang Lialina disebalik pintu kaca pangsapuri mereka. Pantas kepala Ian berpaling kearah pintu masuk. Jantungnya sudah berdegup kencang menanti kemunculan Cinta. Dia yang sedang berdiri tersandar dibadan kereta terus berdiri tegak.
            Sorry, lambat. Ada orang ni nervous!” kata Lialina seakan menyindir.
            “Lia!” marah Cinta. Sengaja nak malukan dia pagi-pagi itu.
            Mata Ian tidak berkelip memandang Cinta. Dari bawah hingga ke atas. Semua sempurna dimatanya. Tapi satu yang menarik perhatiannya. Ya, bibir itu. Bibir itu yang membuatkan dia tidak dapat melupakan Cinta. Bibir itu yang membuatkan dia jatuh cinta pada pandangan pertama.
            “Ian? Ian? Berapa lama kau nak pandang Cinta macam tu?” Carl sudah berbisik ditelinga Ian.
            Ian tersentak lantas memalingkan wajahnya ke tempat lain. “Aku cuma hairan dia boleh pakai baju yang mahal macam ni, itu saja!” jelas Ian pula, menyembunyikan rasa malu dan gemuruhnya. Sesungguhnya, tidak bertemu Cinta hampir dua bulan menyebabkan dia hampir pecah jantung menatap wajah cantik Cinta semula.
            Cinta ketap bibir. “Untuk pengetahuan kau, pakaian tidak mengukur apa-apa. Walaupun kau berpakaian kemas tapi kalau perangai macam hantu, takda guna!” Rasa geram Cinta sudah sampai batasnya. Memang lelaki itu tidak akan berubah walauapapun yang terjadi.
            “Ish… kamu ni, hari ni kan hari upacara perkahwinan kamu, masih sempat bertekak lagi?” leter Lialina pula.
            Ian dan Cinta saling berpandangan. Pantas Cinta memaling muka. Tidak kuasa mahu menatap wajah Ian.
            “Lia, aku naik dengan kau. Kita jalan asing-asing! Carl, kau ikut dia!” Cinta terus menarik tangan Lialina masuk ke kereta Carl yang terparkir dibelakang kereta Ian. Terkial-kial Lialina membuntuti langkah Cinta.
            Carl terpinga-pinga menerima arahan Cinta. Kemudian dia memandang Ian yang hanya mendiamkan diri. Tidak membantah.
            “Ian?”
            Let’s go!” ujar Ian lantas masuk ke dalam keretanya. Carl sudah menggaru dahi. Hubungan Ian dan Cinta adalah perkara yang paling kusut dan rumit dia pernah temui. Sedangkan hakim pun belum tentu dapat menyelesaikan kekusutan hubungan mereka itu.
            “Jujur saja Ian, kau rasa cinta betul-betul cantikkan?” soal Carl sewaktu mereka dalam perjalanan menuju ke pejabat pendaftaran.
            “Ya, dia memang cantik,” akui Ian dengan lurus sekali.
            “Peliklah, kau  boleh cakap depan-depan aku, tapi dengan depan Cinta pula kau sengaja nak sakitkan hati dia,”
            Well, pendapat aku tidak akan memberi impak pada dia pun,” jawab Ian. Memandangkan dia tidak cintakan aku, pendapat aku tidak akan melukai dia. Fikir Ian.
            Sementara di kereta Carl pula, Cinta sudah berwajah cemburut. Bibir bawah diketap dan kening berkerut berlapis-lapis.
            “Cinta, boleh aku tanya?” soal Lialina.
            “Hm?”
            “Kenapa kau marah bila Ian cakap macam tu? Takkan pendapat dia melukakan kau?”
            Cinta tersentak. Kini baru dia sedar. Sejak bila dia mengambil berat pasal pandangan  Ian terhadapnya?
            “Aku tak marah,” ujar Cinta lembut lantas memandang ke luar tingkap. Wajahnya yang tegang serta-merta bertukar sayu. What is wrong with me?

*****

            KERETA yang dipandu Lialina tiba selepas kereta Ian. Cinta dan Lialina keluar dari kereta dan mereka berempat pun masuk ke dalam bangunan itu. Setelah sebulan menunggu pengesahan borang dan 21 hari untuk upacara perkahwinan, akhirnya Ian dan Cinta akan menjadi suami isteri yang sah.
            Hari itu, pejabat pendaftaran begitu riuh dengan kehadiran banyak orang. Kini mereka berada ditingkat perkahwinan dan perceraian. Banyak hiasan-hiasan diluar koridor dari pelbagai kaum. India, Cina, dan Muslim. Ada juga yang membawa keluarga masing-masing untuk menghadiri majlis pengupacaraan itu. Sementara Cinta dan Ian hanya membawa dua orang teman baik mereka selaku saksi.
            Semasa mereka berjalan dikoridor, banyak mata yang memandang mereka. Ada juga yang terpegun melihat pakaian mereka. Sepadan dan sama-sama cantik sehinggalkan Cinta malu dengan tatapan mereka. Bukan mereka saja yang berkahwin hari itu tetapi dia merasakan yang mereka adalah watak utama pada hari itu.
            Setelah upacara pasangan pertama, kedua, ketiga dan keempat selesai, kini tiba pula giliran Ian can Cinta. Carl dan Lialina membuntuti Ian dan Cinta masuk ke bilik pengupacaraan itu selepas saja nama mereka dipanggil.
            Kelihatan bilik itu dihias dengan bunga-bunga dan kain berwarna-warni. Seorang wanita yang bertugas kelihatan sedang tersenyum sambil mempelawa mereka. Ian dan Cinta serentak duduk, manakala Carl dan Lialina sebagai saksi duduk ditepi kedua-dua belah meja.
            Upacara itu berlangsung lebih kurang 20 minit. Mereka bersalaman sambil mengucapkan terima kasih. Dalam masa 20 minit saja, Ian dan Cinta kini sah menjadi suami isteri. Tidak banyak yang mereka perlu lakukan, hanya mengangkat sumpah dan menandatangai perjanjian.
            Cinta, Ian, Carl dan Lialina meninggalkan bangunan itu selepas segala urusan mereka selesai.
            “Cinta,” panggil Ian.
            Cinta menoleh kearah Ian. Apa lagi yang dia nak?
            “Malam ini ada orang yang akan jemput kau. Jadi bersiap sedia sebelum jam 7 nanti.”
            “Untuk apa?” soal Cinta.
            “Jangan banyak soal. Ikut saja apa yang aku cakap,” gesa Ian geram.
            Cinta mengeluh. Tidak mungkin aku boleh melawan dia. “Okey, tapi untuk apa?” soal Cinta lembut.
            “Kau akan tahu nanti. Mari, masuk kereta aku hantar kau pulang,”
            “Aku ikut Lia.” Pantas kepala Cinta mencari kelibat Lialina tapi gadis itu dan tunangnya sudah lepas dari pandangannya matanya. Kereta Carl juga sudah hilang. Macam mana dia tidak sedar kehilangan dua orang itu?
            “Kau nak naik bas dengan pakaian macam tu?” soal Ian sambil tersenyum.
            Cinta ketap bibir lantas mendengus dan terus masuk ke dalam kereta Ian dengan derap langkah yang kuat.

            THANKS for the ride!” ucap Cinta lantas membuka seat belt dengan kasar lalu keluar dari kereta. Tidak sempat Ian untuk membalas kata-katanya. Ian meraup mukanya sambil memandang langkah Cinta yang cepat menuju ke pintu utama pangsapuri.
            Tidak ingin membuang masa disitu, dia pun memandu keretanya keluar dari pangsapuri tersebut. Entah bagaimana, dia berasa sedih dengan sikap Cinta. Walaupun kini Cinta sudah terikat dengannya tapi sedikit-sebanyak dia menyesali perkahwinan itu. Sekarang Cinta lebih membencinya dan tiada apa yang dia boleh buat.
            What are you thinking, Ian. There is no turning back!” Ian menghalau rasa bersalahnya jauh-jauh.  Walaupun Cinta akan membenci dia seumur hidupnya, dia tidak akan berputus asa. Dia pasti dia boleh buat Cinta jatuh cinta dengannya.


            “OH, kau dah balik?” Suara Lialina menyapa telinga Cinta sebaik saja dia menapak masuk ke dalam pangsapuri mereka. Cinta menyimpan kasut tumit tingginya ke dalam rak lalu melangkah kedapur.
            “Cin, ni ada bungkusan untuk kau. Baru datang tadi,” Lialina meletakkan sebuah kotak besar berwarna biru ke atas meja.
            Cinta mengerut kening. Gelas yang sudah dituang dengan air dibawa ke ruang tamu.
            “Untuk aku? Tapi aku tak pesan apa-apa pun.” Cinta sudah membuka pentutup kotak tersebut. Membulat matanya dan Lialina melihat isi kandungan kotak tersebut. Sehelai gaun biru bertitahkan manik-manik emas menyapa matanya. Cinta memandang Lialina.
            “Jangan cakap dress ni dari Ian?” kata Cinta seakan tahu siapa pengirimnya. Tiada yang akan buat seperti itu melainkan Ian.
Lialina menggeleng. Tidak tahu. Tiba-tiba Cinta bangkit lalu cepat-cepay menghubungi Ian dengan telefon bimbitnya.
            Lialina memandang Cinta yang sudah berdiri sambil mencekak sebelah pinggang. Kakinya pula menepuk-nepuk lantai.
            “Kau yang hantar kotak tu ke rumah?” soal Cinta keras sebaik saja Ian menyambut panggilannya.
            “Relak, Cinta. Jangan marah-marah. Ya, memang aku yang hantar. Aku nak kau pakai dress tu malam ni,” Suara tenang Ian menyapa gegendang telinga Cinta.
            “Kenapa kau suka buat macam ni, berlagak seperti aku ni hamba kau? Kau jangan ingat kita dah ada ikatan kau boleh buat macam-macam dengan aku. I warn you, Ian. Ini adalah kali terakhir kau buat macam ni,” Klik! Handset dibaling kearah sofa seraya masuk ke dalam biliknya.
Lialina terpana melihat sikap Cinta tadi. Gadis itu betul-betul sudah hilang sabar. Dia belum pernah melihat Cinta seperti itu tadi, seolah-olah dikuasai dengan kemarahan. Lialina bangkit mencapai handset Cinta yang terhumban dihujung sofa.
“Peliklah Cinta tu. Kalau dia tu hamba, takkan Ian sanggup belikan dia barang-barang mahal? Haiii…Cinta, Cinta! Nama kau sendiri pun Cinta, kenapa sukar betul kau nak jatuh cinta?” bebel Lialina lalu mengemas kotak itu dan meletakkan kotak itu disebelah pintu bilik Cinta.
Cinta peluk tubuh lalu menghempas punggungnya keatas katil. Bibir diketap berkali-kali. Entah kenapa rasa geramnya tidak pandai surut-surut. Jantungnya sudah terasa seperti ada seseorang yang menggengam kuat sehingga sukar untuk dia bernafas.
Cinta menarik nafas panjang sesaat tersedar air matanya sudah ingin keluar. Sabar, Cinta. Sabar! Ini baru sehari, kau sudah tumbang? Jangan biarkan diri kau melutut dihadapan kemegahan dia. Ini tiada bandingannya dengan perbuatan ibu Alex dulu. Ini perkara kecil saja.
Cinta menekup dadanya. Mengumpul segala serpihan kekuatannya. Kalau dia boleh survive dulu, sekarang pun masih boleh!
“Cinta, aku tinggalkan kotak ni dipintu bilik kau, ya?” Suara Lialina kedengaran disebalik daun pintu.
“Ya,” jawab Cinta pendek. Lalu dia pun bangkit menuju ke kamar mandi. Dia ingin menyejukkan kepalanya yang masih panas dek amarah yang tidak tertanggung.
30 minit didalam kamar mandi, akhirnya Cinta pun keluar dengan lengkap berpakaian rumah, rambutnya yang basah pula ditutupi dengan tuala mandinya. Kemudian dia menuju ke pintu lalu menguaknya. Sebuah kotak disebelah pintu dibawa masuk. Kotak tersebut dibawa kekatil.
Perlahan-lahan dia membuka penutup kotak. Baju yang sama kelihatan masih berada didalam. Dress berwarna biru gelap itu diangkat. Panjang gaunnya hingga ke lantai. Corak hiasan yang meletak didada dan melingkari pinggang gaun itu sungguh elegen, seperti gaun diraja. Cinta kagum, ini kali pertama dia melihat baju yang secantik itu.
Tiba-tiba Cinta merasa sebak. “Buat apa dia bagi aku benda-benda macam ni, aku tak layak pun terima benda mahal ni,”
Cinta melekapkan gaun itu ke tubuhnya lalu berdiri dihadapan cermin. Gaun yang melekap ditubuhnya itu dipandang. Kau langsung tidak sesuai pakai baju begini! Gaun it uterus dilipat lalu dimasukkan semula ke dalam kotak. Kotak itu diletakkan bawah katil. Sejurus kemudian, dia panjat katil dan berbaring disitu. Memandangkan Lialina telah menutup café itu hari ini, maka dia akan gunakan hari itu dengan berfaedah.

******************************************************* 
P/s:Salam pembaca2 semua, untuk makluman, ini adalah n3 terakhir dari BEJM. Saya terpaksa hentikan untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada MSS BEJM. So, snjoy baca last n3 ini dan kita jumpa dalam versi cetak nanti. Harap2 BEJM dapat disiapkan dgn sempurna sekali, dan semestinya tanpa sokongan kamu, cerita ini tidak akan kemana. Terima kasih pada yg sudah mengikuti BEJM sampai ke bab ini :) Doakan BEJM berjaya, okey?
Love Never Dies begitu juga dgn Ian dan Cinta :)

11 comments:

  1. betul kata Lialina.. nama aje Cinta, susah betul Cinta nak faham yg Ian betul2 cintakan dia.. it's ok Okie.. tp sedih sket sbb x dpt bc BEJM lagi :') waiting for the very next entry..

    ReplyDelete
  2. maraton novel BEJM dari bab 1 sampai akhir..memang best la.baru jumpa blog nie tapi dah jatuh cinta dgn gaya penulisan awak.mungkin akan sambung bacaan utk karya awak yg lain.good luck :)

    ReplyDelete
  3. arghhhhh!!!!!! baru berkesempatan nak baca,,,hahahahhaahahaaaa cinta ni rasanya betul2 buta dalam menilai cinta Ian.. kenapa la susah sangat nak nampak yg Ian tu suka kat dia?

    ReplyDelete
  4. dua2 ego tggi..wuarrghh saya x sbar nak tggu novel ni diterbitkan

    ReplyDelete
  5. hurmmmmmm,last n3...gud luck!

    ReplyDelete
  6. aduhaiii..ingtkan dpt bc sampai habis..duh!!~~ ble la agakny novel ni nk dterbitkan...x sabor rseny nk bli & baca..hmmm...

    ReplyDelete
  7. tahniah okie.. dah nak dijadikan novel ^___^

    ReplyDelete
  8. d mn sya blh dptkn novel r....
    rasanya x pna nam pak pun karya okie kat mph or popular..

    ReplyDelete
  9. wahh.. memang besst.. menarik.. saya dah baca dr 1 - last.. kalau boleh sambunglah lagi.. nak tahu dia pakai gaun biru utk time apa... saya suka.. kalau dlm versi norvel bagi tau k.. boleh kita dapatkan...

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas2 komen2 semua, hehe... ini adalah enovel pertama yg saya nak jadikan novel sangat2 jadi mgkn akan ambil masa. jadi harap bersabar ya :)
    kalau ada apa2 perkembangan, saya akan update diblog ni. :)

    ReplyDelete
  11. okie...
    nape citer my witch is angel tu tak dibukukan yek...
    suka sgt bc citer tu...
    da bp kali ulang bc kat blog pn xtau da...
    klw dpt yg cetakan pn best gak nie...
    dr book 1 smpai spell...
    huhuhu...
    heaven..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.