Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 April, 2012

30th Proposal : Notis Hak Milik!


30th Proposal : Notis Hak Milik!

            SUDAH seminggu selepas kejadian itu berlaku, sampai sekarang Ian masih tidak menghubungi Cinta mahupun muncul dihadapan Cinta seperti mana yang telah dia janjikan seminggu yang lalu bahawa dia tidak akan berjumpa ataupun muncul dihadapan Cinta selagi mereka tidak menjadi suami isteri sah.
            Ian mengeluh berat. Sesungguhnya dia tidak dapat tahan dirinya daripada bertemu dengan Cinta tapi demi janjinya, dia terpaksa juga bertahan. Memang betul saat ini dia betul-betul merindukan Cinta walaupun Cinta tidak mempunyai sedikit perasaan pun terhadapnya. Dia sedar itu dan dia tidak akan berputus asa sehinggalah Cinta juga merasakan seperti yang dia rasakan ketika itu.
            Mungkin keputusan yang ambil ini akan membuatkan Cinta menderita, tapi dia tidak ingin melihat Cinta berada disamping orang lain, bahagia bersama sementara dia hanya berdiri dan melihat orang yang disayanginya sedang berdiri disebelah lelaki lain. Ia menyakitkan walaupun sekadar membayangkan situasi itu.
            “Fuuhh…” Sekali lagi Ian menghela nafas. Kedengaran berat sekali.
            “Jarang nenek nampak Ian mengeluh.” Tiba-tiba suara seseorang muncul dari belakang Ian yang sedang menyarungkan tali leher dilehernya.
            “Nenek,”
            Dalian, jururawat yang ditugaskan untuk menjaga Martha menyorong kerusi roda wanita itu masuk ke dalam bilik Ian. Ian duduk dibucu katil.
            “Kenapa ni? Awal-awal pagi lagi Ian dah mengeluh? Ada masalah dekat company?” soal Martha sekadar mengambil berat dengan cucunya.
            Ian tersenyum nipis. “Tak. Tak ada apa-apa yang berlaku dekat ofis, malah semua berjalan dengan lancar. It’s just…” Ian menghentikan kata-katanya.
            “Ada apa?”
            Ian segera menggeleng. Dia tidak boleh memberi tahu neneknya perihal Cinta. Kalau nenek tahu pasal perkahwinan setahun aku dengan Cinta, pasti dia kecewa.
            “Tak adalah… macam mana dengan kesihatan nenek?” Ian cuba mengubah topic.
            “Nenek sudah semakin pulih. Terima kasih pada Ian sebab sanggup ambil ahli tugas nenek,”
            “Tapi trial tu dah tamat, Ian akan turun dari jawatan tu dan mama yang akan ambil ahli,”
            “Kenapa Ian cakap macam tu? Dari apa yang nenek dengar, Ian bagus dalam menjalankan tugas sebagai CEO, tiada sebarang aduan pun yang nenek dengar. Semuanya bagus, kenapa Ian nak lepaskan pula?”
            “Ian…Ian masih belum bersedia lagi nak pegang jawatan besar tu,”
            Martha tergelak kecil mendengar kata-kata cucunya. Sekejap kata boleh, sekejap kata tak boleh. Dulu semasa dia menawarkan kerja itu selama sebulan, Ian begitu yakin yang dia boleh lakukan tapi sebaik saja trial itu tamat, dia terus kata belum bersedia. Cucunya itu memang sukar untuk difahami.
            “Kenapa nenek ketawa?”
            Martha mencapai tangan Ian lalu diletakkan diatas tapak tangan kirinya.
            “Kalau depan orang lain, bukan main sinis lagi, bukan main yakin lagi tapi bila depan nenek, Ian tiba-tiba jadi lembek macam ni. Sampai bila Ian nak pakai ‘topeng’ Ian ni?”
            “Topeng apa nenek cakap ni?” Ian berpura-pura tidak faham.
            Martha tersenyum. “Tak apalah kalau Ian taknak mengaku. Tapi nenek nak cakap sekali lagi, Ian sekarang ni dah ada yang Ian suka malah mungkin Ian nak jadikan dia isteri. Kalau Ian tak boleh takeover syarikat, Ian takkan dapat tunaikan tanggungjawab Ian sebagai lelaki dan suami. Nenek percaya, Ian memang berminat dalam perniagaan sebab itu Ian sanggup terbang ke US, betul?”
            Ian mengangguk kecil.
            “Jadi, nenek nak Ian buktikan pada diri Ian yang Ian ni boleh jadi ketua. Ketua kepada keluarga dan syarikat. Boleh?” Suara Martha seakan merayu.
            Ian bungkam. Bukan dia tidak ingin mengambil ahli syarikat, mala dia sangat seronok semasa mengendalikan syarikat keluarganya. Tapi jika dia ingin membuktikan pada nenek yang dia seorang yang boleh diharap maka dia akan sahut cabaran itu.
            “Baik. Tapi dengan satu syarat, dengan sesiapa sahaja pilihan Ian, nenek dan mama tak boleh masuk campur,”
            “Nenek pernah beritahu, Ian bebas untuk memilih sesiapa saja pilihan hati Ian dan nenek dah janji tiada siapa pun yang boleh mempertikaikan pilihan Ian. Yang penting, Ian harus janji yang Ian akan jaga syarikat kita seperti mana datuk dan papa Ian jaga dulu,”
            Ian tersenyumn. “Ian janji.” Dia tahu, bukan senang untuk menjaga lebih dari 8000 pekerja, tapi itu adalah apa yang harus dia lakukan sekarang.
            “Jadi, bila Ian nak bawa teman wanita Ian jumpa nenek?” soal Martha.
            “Err..” Ian pandang ke sisi. Tiba-tiba dia tidak dapat memandang mata neneknya. Ian menggaru-garu dagunya. Kalau aku cakap bukan teman wanita tapi isteri, mesti nenek akan terkejut tahap petala kelapan. Lebih baik jangan!
            “Sampai masanya nanti, Ian akan bawa dia jumpa keluarga kita,” kata Ian dengan wajah yakin tanpa sekelumit rasa goyah.
           
*****

            CINTA memalingkan wajah kearah pintu sejurus terdengar bunyi ketukan. Wajah manis Lialina kelihatan terintai-intai dari luar. Cinta tersenyum melihat telatah kawannya. Sejak kejadian itu, dia dan Lialina jarang bercakap walaupun tinggal serumah. Dia selalu mengelak untuk bertembung tidak kira sama ada di café ataupun rumah.
            “Masukkah,” pelawa Cinta. Dia tidak ingin lagi asyik mengelak. Lagipun sudah seminggu kejadian itu berlaku, sudah tiba masanya dia untuk berbaik semula dengan Lialina dan Carl.
            Lialina melangkah masuk dan duduk diatas katil. Cinta pula datang kepadanya.
            “Kau masih marah lagi?” soal Lialina.
            Cinta menggeleng sambil bibirnya tersenyum. Tanpa menjawab soalan temannya itu, dia terus saja memeluk tubuh Lialina. Walaupun Lialina agak terkejut, tapi dia tetap membalas pelukan Cinta. Dia tahu jika Cinta berkelakuan seperti itu, itu bermakna dia sudah pun memaafkannya.
            “Aku minta maaf,”     
            “Nak minta maaf lagi? Aku dah lama maafkan kamu, Cuma aku nak bagi pengajaran sikit. Tapi aku tak nak ungkit lagi perkara tu, let’s move on, okey?”
            Lialina pantas mengangguk. “Tapi, macam mana dengar Carl? Dia tak senang duduk sejak hari tu lagi,”
            “Hmm… let’s see. Dia ada merayu tak? Dia ada nangis tak?” soal Cinta pula sambil ketawa. Seakan seronok mengenakan Carl.
            Lialina ketawa kecil. “Ah’ah… kesian aku tengok dia. Hari-hari call aku sebab nak tanya pasal keadaan kau aja. Dia betul-betul insaf tu,”
            “Aku tahu. Esok nanti aku jumpa dia,”
            “Betul? Thank you, Cin. Aku ingat kau dah taknak maafkan kami lagi,” ucap Lialina sambil memeluk kejap tubuh Cinta.
            “Orang yang tak patut dimaafkan tu, Ian bukan kamu. Lagipun aku faham tindakan Carl,”
            “Tapi tak lama lagi kau akan tinggal dengan dia. Tak mustahil kalau kau jatuh cinta dengan dia. Lagipun Ian tak kurang handsomenya,”
            “Kalau muka handsome tapi perangai mengalahkan hantu, tak kuasa aku nak jatuh cinta,”
            Lialina tersenyum. “Jangan cakap macam tu, nanti termakan kata-kata. Kau juga yang malu,”
            Cinta mengecilkan matanya, geram pula bila Lialina menyeblahi Ian.
            “Sejak bila Mr. Millionaire tu jadi kawan baik kau, huh?”
            “Oppss! Aku Cuma nak ingatkan saja…hehehe! Okeylah, makan malam dah sedia, jom makan!”
            Cinta sekadar tersenyum. Dia pun mengikuti langkah Lialina keluar dari biliknya.  


            TOK!TOK!
            Tumpuan Ian dari fail itu terus hilang. Ruby melangkah masuk sambil membawa lima buah fail ke meja kerjanya.
            “Ini adalah rekod kewangan 5 tahun yang lalu seperti yang tuan minta. Ada apa-apa lagi?” soal Ruby. Wajah tegang tuannya dipandang.
            “Takda. Thank you,” ucap Ian lalu mencapai salah satu fail yang ada diatas meja. Tanpa bertanya apa-apa lagi, Ruby pun keluar dari bilik itu.
            Tiba-tiba telefon bimbit Ian berdering. Nama Carl tertera sebagai pemanggil. Pelan-pelan dia menjawab talian tersebut.
            “Kenapa?”
            “Kau ada masa petang ni? Boleh kau datang ke klinik?”
            Ian memandang fail yang bertimbun dihadapannya. “Maybe not. Kenapa? Penting sangatkah?”
            “Ini tentang Cinta,”
            “Okey, I’ll be there,” jawab Ian sejurus dia mendengar nama Cinta. Cepat saja kalau hal itu melibatkan Cinta. Ian menutup talian lalu segera memanggil Ruby melalui interkom dan menyuruh Ruby membatalkan semua temu janjinya pada hari itu.

            Cinta segera masuk ke dalam klinik Carl sebaik saja tiba dimuka pintu. Langkah terus dihayun menuju ke meja penyambut tetamu.
            “Cinta?” Jururawat yang bernama Emylin itu terus dapat mengecam Cinta dari jauh. Cinta tersenyum masih dihadapannya.
            “Sorry, lama tak singgah,”
            “Tak apa. Eh, kek hari tu memang sedap. Memang tak salah bila Encik Carl buat promosi disini,” kata Emelyin seakan memuji.
            Cinta hanya tersenyum. “Terima kasih. Encik Carl ada?”
            “Ada. Tapi dia ada tetamu,”
\           “Ohh… tak apa. Saya boleh tunggu,” kata Cinta.
            “Kalau begitu, biar saya bagitau Encik Carl.” Emylin keluar dari kaunter lalu menuju ke bilik Carl untuk memberitahu kedatangan Cinta. Sementara Cinta hanya menunggu dikerusi yang terletak didinding.
            “Cinta, Encik Carl suruh masuk. Nampaknya tetamu dia dah pulang,” kata Emylin lalu kembali ke tempatnya.
            “Okey. Thanks!” Selepas mengucapkan terima kasih, Cinta terus menuju ke bilik Carl dan menguak pintu tersebut. Kelihatan Carl sedang duduk dikerusi sambil tersenyum memandang kearahnya. Cinta ketap bibir. Ada kuasa nak senyum budak ni?
            “Apa senyum-senyum?” gertak Cinta. Serta-merta senyuman manis Carl hilang.    
            “Aku fikir kau datang nak maafkan aku, rupa-rupanya nak serang aku?”
            Cinta menarik kerusi dihadapan Carl lalu melabuhkan punggungnya. Sebuah beg kertas diletakkan atas meja.
            “Apa ni?” soal Carl seakan teruja melihat buah tangan Cinta.          
            “Cup Cake Melon, untuk kau,”
            Carl terus memandang Cinta. Mahu menitis air matanya, terharu diatas layanan Cinta.
            “Untuk aku?”
            “Yalah. Siapa lagi kalau bukan kau? Ada siapa-siapa lagi dekat sini?”
            Carl pantas menggeleng. “Takda. Takda! Hehe… kau dah maafkan aku?”
            “Mestilah. Kalau tak, aku takkan muncul disini,”
            Carl tersenyum lebar. “Thank you, Cinta dan aku minta maaf sebab dah buat kau macam tu,”
            “Carl, it’s okey… let’s move on. Dah takda apa yang kita boleh buat, semua sudah berlaku. Lagipun aku tak salahkan kau. Aku dah fikir jauh dalam masa seminggu ni. Mungkin kalau aku ditempat kau, aku juga akan buat benda yang sama untuk kawan aku,” 
            “Really?”
            Cinta mengangguk-angguk. “Tapi, aku pelik kenapa kau boleh berkawan dengan orang macam Ian tu. Dahlah bongkak, sombong, lepas tu ikut suka hati dia aja nak kawal orang macam kereta kontrol.” Cinta peluk tubuh.
            Carl sudah menelan liur. “Ah’haha… walaupun dia macam tu, tapi hati dia baik. Mungkin sekarang ini yang kau nampak dari dia, tapi kalau dah lama-lama nanti sure kau akan jat…”
            “Stop!” Pantas Cinta menekup mulut Carl. Terbeliak mata Carl dek tindakannya itu.
            “Aku tahu, kau kawan dia tapi harap benda-benda macam tu berlaku, okey?” Cinta seakan memperingatkan. Tangan yang menekup mulut Carl terus ditarik.
            Carl mengangguk-angguk. “Tapi, kau akan jadi isteri dia tak lama lagi. Mahu tak mahu kau harus terima siapa dia, dan mungkin kau boleh ubah perangai dia tu,”
            Cinta menggeleng. “Aku tiada kuasa untuk mengubah siapa dia, Carl. Itu adalah diri dia, dia pilih untuk menjadi seperti itu. Aku tak salahkan dia sebab bersikap begitu. Tapi mungkin kau betul, mahu tidak mahu aku perlu terima dia,”
            “Kau tak benci dia? Kau boleh terima siapa diri dia, kan?”
            Cinta tergelak kecil. “Kenapa kau macam risau saja, Carl? Aku terima dia, tak terima dia… tak ada kesannya pada dia pun. Tapi yang pastinya, aku tak benci dia, maybe a little!” jawabnya pula dalam ketawa.
            Carl ikut ketawa. Dia tahu, Cinta tidak mungkin akan membenci seseorang walau apapun orang itu lakukan terhadapnya. Cinta terlalu baik bagi seorang manusia.
            “Cinta, aku harap kau boleh jaga Ian baik-baik, sebab ini kali pertama aku tengok dia mahukan sesuatu dengan sepenuh hatinya.” Suasana bilik itu tiba-tiba menjadi serius.
            Dahi Cinta berkerut. “Kenapa kau nak sangat aku jaga Ian? Aku tak rasa aku ni penting dalam hidup dia?”
            Carl tersenyum nipis. “Believe me, you are more than you think you are,” kata Carl dengan penuh pengertian.
            Cinta mencebik bibir. “Hm.. okeylah. Aku tak boleh lama ni. Nanti cupcake tu kongsi dengan Emylin tau.” Cinta sempat memesan sebelum beredar keluar.
            Beberapa saat selepas Cinta keluar dari biliknya, pintu bilik air yang sekian lama tertutup itu terkuak juga. Wajah pucat Ian terpacul dihadapan kaki pintu.
            “Kau kenapa pucat?” soal Carl seakan cemas.
            Ian memandang tajam kearah Carl. “Kau boleh tanya lagi? Kau harap aku duk didalam sampai pengsan? Tempat tu kotor!” kata Ian geram.
            Carl sudah menggelengkan kepala. “Duduk dulu,” pelawa Carl lalu mengambil spray pewangi bilik dibawah meja lalu disemburkan sedikit diatas kepala Ian. Kelihatan lelaki itu menghembus nafas lega. Barulah selamat bernafas.
            “Jadi, ini sebabnya kau panggil aku datang sini? Biar aku dengar perbualan kau dengan Cinta?”
            Carl angguk. “Kenapa? Tak suka? Aku Cuma nak tolong kau sedar, itu saja,” katanya terus terang.
            Ian menghela nafas. “Sedar apa?”
            “Aku nak kau sedar yang Cinta itu layak untuk dihargai. Aku pasti kau dengar dengan jelas perbualan kami tadi. Kalau nak diikutkan hati, dia tu terlalu baik untuk kau. Jadi kalau kau ada niat nak sia-siakan dia, lebih baik kau lepaskan dia, Ian daripada kamu berdua yang terluka nanti,”
            Ian tersenyum nipis mendengar penjelasan Carl. “Kami berdua sudah banyak terluka, Carl. Tapi, aku faham tindakan kau. Siapa cakap yang aku akan sia-siakan dia? Bukan aku pernah mengaku yang aku cintakan dia pada kau?”
            “Tapi kau pernah mengaku depan-depan dia?” soal Carl.
            Ian tergamam. Perlahan-lahan dia menggeleng.
            “Kau takkan pernah sempurnakan cinta kau kalau kau tak mengaku isi hati kau pada dia, Ian. Kalau kau nak benda yang sama dari dia, tell her that you love her,”
            “Tidak semudah itu, Carl. I hate rejection! Dia dah banyak kali reject aku, sebab itulah…”
            “Sebab itulah idea kahwin kontrak itu muncul? Ian, semua orang takut dengan penolakan, but she don’t deserve this,” Pintas Carl. Ian bungkam sambil memandang wajah serius Carl.
            “Ian, aku tahu walauapapun yang aku cakap, kau tetap akan teruskan juga plan kau ni. Aku tak cakap yang aku setuju dengan plan ini tapi aku tiada kuasa untuk menghalang kau sebab sekali kau bertekad nakkan benda tu, tiada siapa boleh halang kau. Tapi, dengan berbuat begini, kau rasa kau boleh buat dia jatuh cinta dengan kau?”
            Ian meruap rambutnya ke belakang. “Aku dah lama tahu benda tu. Aku tahu kebencian dia pada aku semakin dalam tapi aku tak boleh bayangkan dia bersama orang lain. Ini saja caranya untuk mengikat dia, Carl. Aku tak mengharapkan kau untuk memahami perasaan aku, tapi semua sudah berlaku. Jadi aku harap, kau akan sokong aku,”
            Carl tersenyum mendengar penyataan Ian. Walaupun idea Ian itu mementingkan diri sendiri, tapi separuh dari itu adalah cintanya yang terlalu mendalam terhadap Cinta. Dia tidak boleh katakan yang tindakan Ian itu salah kerana semua orang akan lakukan apa saja untuk memiliki orang yang disayanginya.
            “Aku faham. Aku akan sokong kau, tapi kalau suatu hari nanti kau menyia-nyiakan dia, aku tidak akan teragak-agak larikan dia dari kau.” Carl seakan memberi amaran.
            Dahi Ian terus berkerut. “Larikan dia? Apa maksud kau? Kau nak cakap yang kau sukakan Cinta?”
            Carl ketap bibir. “Don’t be stupid! Aku cuma anggap Cinta tu macam adik aku, lagipun kalau aku buat begitu Lialina tentu faham malah dia mungkin akan sembunyikan Cinta dari kau, jadi jangan cuba-cuba nak sakitkan hati dia,”
            Ian tersenyum. “Kalau begitu, aku boleh saja bawa dia lari dan tinggal dipulau supaya orang-orang macam kamu ni tak boleh rampas dia dari aku,”
            Carl sudah menggelengkan kepala. “Kau ni dah terlalu cintakan dia, bukan?”
            “I am!” jawab Ian tegas.
            “Kalau kau cintakan dia, jangan sia-siakan pengorbanan dia. Make her yours, make her fall for you! Kau ada masa setahun untuk buktikan betapa dalamnya cinta kau pada dia, Ian ” tegas Carl. Dia tahu, kedua-dua mereka sudah cukup terseksa dengan keadaan itu tapi dia juga tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyuruh Ian untuk membetulkan hubungan dia dengan Cinta.
           

6 comments:

  1. nice n3 :)

    ReplyDelete
  2. kak okie...tq...best2..tol ckp carl 2....jgn sia2 kan cinta... nnt sambung lg ek ^^

    ReplyDelete
  3. wah x sbr nk tggu ian ngn cinta kawin...
    arap2 pasnie suma akan jd baik2 jer...heheh

    ReplyDelete
  4. err,bg diorg kawen cpt2 leh x?..heheheee,dah xleh tggu lg nih,xsaited giler!..

    ReplyDelete
  5. err,bg diorg kawen cpt2 leh x?..heheheee,dah xleh tggu lg nih,xsaited giler!..

    ReplyDelete
  6. x sbar nk tgg ian dgn cinta married :) nice sory.. cpt smbg

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.