Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

30 April, 2012

The Only Exception Part 1 & 2


Part 1
            “PAPA benar-benar nak kahwin dengan betina tak guna ni?” tengking Lee kuat. Semua urat-urat dilehernya sudah mulai timbul dek rasa marah yang tidak tertanggung lagi. Melihat wajah seorang wanita muda disebelah ayahnya sekarang benar-benar menyakitkan hati. Dengan beza umur yang sangat ketara, perempuan itu tidak malu berdamping dengan bapanya yang tua hampir 39 tahun darinya, dan sudah boleh dianggap bapa dan anak.
            “Lee, please respect her! Papa cintakan dia, dan dia juga cintakan papa. Kami saling mencintai. Dan Lee patut tahu, papa bagitahu semua ni bukan untuk minta restu dari Lee,”
            Kata-kata Tuan Kammal bagaikan petir yang menyambar dicuping telinga Lee. Perit benar mendengar kata-kata itu lahir dari bapa kandungnya sendiri.
            Lee ketap bibir. “Baik, kalau itu yang papa nak. Kahwinlah, tapi kalau suatu hari nanti, perempuan pelacur ni tinggalkan bapa dan belot semua harta bapa, jangan pernah hubungi Lee lagi!” titik. Sampai disitu saja, Lee sudah meninggalkan ruang makan.
            Tuan Kammal hanya memadang langkah anaknya yang kian mejauh. Kemudian dia memandang pula raut wajah seorang wanita cantik disebelahnya. Tangan wanita itu dipaut lembut.
            “Biarkan dia, Sara. Walauapapun yang dia cakap, kita tetap akan berkahwin,” ujar Tuan Kammal.
            Sara mengangguk lantas tersenyum. “Sara tahu, sebab abang cintakan Sara, bukan?” katanya sambil melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu. Dia amat bahagia dirinya diterima seadanya oleh Tuan Kammal. Tuan Kammal memang baik dengannya walapun dia Cuma sekadar pelayan bar di bar milik Tuan Kammal. Lelaki itu tidak pernah menilai penampilannya dan dia sudah cukup bahagia jika lelaki itu mencintai dia setulus hati.

*****

            “TUAN, adakah majlis perkahwinan ni akan berlangsung? Pengantin perempuan sudah lewat 3 jam. Perlukan kita tunggu lagi?” soal Paderi yang bertugas untuk mengupacarakan majlis perkahiwnan Tuan Kammal dengan Sara itu.
            Tuan Kammal bungkam. Jam tangan dipandang buat kesekian kalinya. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi bakal isterinya tetapi wanita itu tidak menyambut panggilannya. Dia bimbang jika terjadi sesuatu pada Sara.
            “Kita tunggu sekejap lagi,” pinta Tuan Kammal. Paderi John pun mengangguk lalu keluar dari bilik pengantin.
            5 jam kemudian.
            Lee menghampiri bapanya yang sedang tertduduk lemah disalah sebuah kerusi yang dihiasi dengan bunga di dewan itu.
            “Hmm… baguslah perempuan tu tinggalkan bapa hari ni, daripada dia belot harta bapa baru dia tinggalkan bapa. Itu lebih menyakitkan,” kata Lee seperti sengaja menuang minyak ke atas api kemarahan bapanya.
            Pantas Tuan Kammal memandang wajah anak lelaki. Tubir matanya sudah membengkak dek menangis tak henti-henti. Tidak semena-mena, Tuan Kammal merentap leher baju Lee.
            “Lee yang buat semua ni, kan? Lee culik Sara supaya dia tak dapat hadir ke majlis perkahwinan kami, betul kan?” sergah Tuan Kammal.
            Lee melepaskan tangan bapanya. “Walaupun Lee benci perempuan tu, Lee takkan buat sesuatu yang memalukan bapa seperti ini. Lee tak culik dia!” balas Lee.
            “Bohong! Sejak dulu lagi, Lee memang suka buat sesuatu yang jauh dari kotak fikiran manusia yang waras. Lee memang tak berhati perut, Lee sanggup buat begini dekat bapa Lee sendiri. Lee pergi dari sini, bapa tidak ingin tengok Lee lagi. Berambus!” halau Tuan Kammal lantang.
            Lee tergamam. Dia tidak sangka bapanya itu hilang kewarasan gara-gara seorang perempuan.
            “Baik. Lee akan pergi, tapi jangan harap bapa boleh jumpa Lee lagi selepas ni. Anggap saja Lee dah mati!” Sebaik saja menamatkan ayatnya, Lee terus melangkah pergi meninggalkan Tuan Kammal sendirian didalam dewan yang besar itu.

Part 2

4 tahun kemudian.

            “BOS, ada seseorang yang ingin bertemu dengan bos,” lapor seorang lelaki sebaik saja dia masuk ke ruang pejabat. Bos mereka itu mengangkat kepala, raut wajah lelaki yang cukup bengis itu kelihatan namun begitu tetap menyrlah ketampanannya. Lelaki itu adalah anak Tuan Kammal, Leonardo. Pengasas dan juga pemilik nightclub yang terbesar di Borneo itu. Dalam masa 4 tahun, lelaki itu berjaya mendirikan sebuah nighclub dengan usaha dan titik peluhnya. Tidak sia-sia Lee berusaha keras selama ini.
            “Siapa?” tanya Lee.
            “Dia kata, dia adalah peguam keluarga boss, Encik Som Parita,”
            Raut wajah Lee bertukar terkejut. “Uncle Som?” sebutnya perlahan. Lantas dia menyuruh pekerjanya menjemput lelaki bernama Som Parita itu masuk ke dalam.
            “Uncle Som!” seru Lee sebaik saja melihat lelaki separuh abad itu melangkah masuk ke dalam pejabatnya. DIa terus memeluk lelaki itu. Rindunya terhadap ahli keluarga terdekat sudah tidak tertanggung rasanya.
            “Apa khabar, Lee?”
            “Lee baik saja, uncle. Uncle macam mana? Bapa?”
            Wajah Encik Som serta-merta berubah sebaik saja Lee menyembut tentang bapanya.
            “Uncle takut, ianya satu berita buruk bagi Lee. Sebab itu tujuan kedatangan uncle ke sini,”
            “Kenapa uncle? Apa dah terjadi dengan bapa Lee?” soal Lee cemas. Resah jiwanya menanti berita yang keluar dari mulut Encik Som.       

            “PAPA dah meninggal? Kenapa sekarang baru bagitahu saya uncle?” Lee seakan menengking. Benda penting seperti itu tidak patut disembunyikan kepadanya, apatah lagi yang berkaitan itu adalah bapa kandungnya sendiri.
            “Maafkan uncle, tapi ini kemahuan bapa Lee sendiri. Dia nak lepas tiga hari pengkebumian barulah kami datang bagitahu. Dia tak nak Lee datang atas dasar simpati, sebab dia tahu Lee tidak mampu untuk memaafkan dia lagi selepas apa yang dia lakukan 4 tahun lalu,”
            “Apa yang papa fikir selama ni tentang Lee? Kenapa dia layan Lee macam ni?” Lee sebak. Ini kali pertama rasa itu bertandang selepas 4 tahun dia membekukan hatinya.
            “Lee patut tahu, tuan sangat rasa bersalah atas perbuatannya, dia taknak Lee nampak dia macam tu,”      
            Lee tertunduk. Dia kesat air matanya yang jatuh ke pipi.
            “Lee, sebenarnya... bukan sebab itu saja kedatangan uncle disini. Ada satu hal lagi yang uncle harus beritahu,”
            Lee pantas mengangkat kepala. “Apa dia?”
            “Sebelum kematian tuan, dia sempat menulis wasiat dan dia nak wasiat itu dibuka selepas tiga hari pengkebumiannya. Uncle perlu buka wasiat itu hari ini juga,”
            “Hari ini?”
            Encik Som mengangguk. “Kalau boleh, Lee perlu ikut uncle ke pejabat,”
            “Baiklah. Kita pergi sekarang,”

*****

            “SARA, boleh tolong saya siram bunga depan kedai ni?” pinta Farah, tauke kedai bunga tempat Sara berkerja. Sara yang sedang mengubah bunga dimeja, terus mengerjakan arahan majikannya. Watering can yang sudah tersedia dengan air diangkut ke luar. Lalu mula menyiram pasu-pasu yang tersusun diluar kedai.
            “Selamat petang, Cik Sara,”
            Tiba-tiba Sara disapa dari belakang. Pantas dia menoleh. Seorang lelaki muda, bersut hitam sedang berdiri sambil memegang beriefcasenya.
            “Ya, ada apa?” tanya Sara dalam keresahan.
            “Saya adalah anak guam keluarga Kammal, Geoffrey. Saya datang untuk menjemput Cik,”
            Brang! Tidak semena-mena, watering can itu jatuh dari tangannya, habis lantai itu dibasahi dengan air.
            “Maaf, maaf,” pinta Sara sambil memungut watering can itu dan meletakkannya ke tepi pintu. Wajah lelaki dihadapannya sudah berkerut melihat perubahan drastic sikap Sara.
            “Tak apa. Cik Sara okey?”
            “Saya okey. Ada apa ya? Macam mana kamu boleh tahu saya ada disini?”
            “Sebenarnya kami sudah lama mencari Cik Sara. Dua tahun lalu, kami dapat tahu Cik dah pindah didaerah ini. Kami tak datang ke sini sehinggalah mendapat arahan dari Tuan Kammal.”
            “Arahan dari Tuan Kammal? Memang, ada apa dengan dia?”
            “Maaf, saya tidak boleh beritahu disini. Boleh Cik Sara ikut saya ke pejabat?” minta lelaki itu pula. Sara kelihatan serba-salah.
            “Penting sangatkah?”
            “Antara hidup dan mati,” jawab lelaki itu membuatkan hati Sara berhenti berdenyut seketika.
            “Okey. Tunggu sekejap, ya?” Sara mencapai watering can itu dan membawanya masuk ke dalam kedai

********************************************** 
P/s : okey cerita ni cuma sampingan saja supaya pengunjung Soulmate tak bosan sbb xda updet.
 AMARAN : sesiapa tak suka hero sadis, dinasihatkan jgn baca sambungannya, tapi siapa yg okey saja, bolehlah baca utk enjoy2 bilang org kampung,..hehe :)
enjoy baca <3

3 comments:

  1. best! sadis pun sadislah, asalkan best!

    ReplyDelete
  2. ufufufuu... permulaan yg menarik.

    ReplyDelete
  3. Wahh best larr citer ni. Hero sadis la best asyik romantik je kan.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.