Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 May, 2012

The Only Exception Part 3 & 4



Part 3

“KITA nak tunggu siapa lagi ni, uncle,” tanya Lee selepas melihat Encik Som masih lagi tidak membuka wasiat walaupun mereka sudah lama berada didalam pejabat lelaki itu.
“Kita harus menunggu seseorang lagi barulah wasiat ini boleh dibuka. Tak apa, sekejap lagi mereka akan sampai,”
“Siapa orang ni sampai dia perlu ada untuk membacakan wasiat ni?”
Encik Som tersenyum. “Lee akan tahu nanti,” katanya. Serentak itu pintu bilik tersebut diketuk.
“Mungkin itu mereka.” Encik Som terus ke pintu untuk menjemput mereka masuk.
“Sila masuk Cik Sara,” pelawa Encik Som.
Sebaik saja Lee mendengar nama itu disebut, dia terus bangkit memandang kearah pintu. Wajahnya yang lembut terus menjadi tegang. Dia tidak sangka dia boleh berjumpa lagi dengan perempuan itu, tambahan lagi perempuan itu harus ada semasa membacakan wasiat bapanya. Bukankah perempuan itu telah meinggalkan bapanya semasa hari perkahwinan mereka. Kenapa dia harus ada?
“Uncle, apa maksud semua ni?” Lee separuh menengking.
Sara yang mendengar suara garau Lee itu terus terdorong ke belakang sebemul sempat melangkah masuk. Rasa takut mula menular disegenap hatinya. Lelaki itu pernah membencinya suatu masa dahulu, malah bencinya mungkin tidak standing dengan dalam kerak bumi dan dia mengaku, dia sangat gerun dengan lelaki itu sejak kali pertama mereka berjumpa.
“Cik Sara harus ada semasa pembacaan wasiat ini, Lee. Jika tidak, wasiat ini tidak boleh dibuka. Sila masuk Cik Sara,” kata Encik Som lagi. Sara masuk dengan langkah perlahan. Kepalanya tertunduk memandang lantai, tidak berani memandang wajah lelaki itu.
“Tapi kenapa dia harus ada? Jangan cakap yang apa berikan dia sesuatu dalam wasiat tu?” kata Lee. Matanya tajam mencerlung Sara. Sara menelan liur. Terasa jantung direobek-robek dengan mata Lee.
“Lee akan tahu nanti. Sekarang, silakan duduk supaya uncle boleh bacakan wasiat ini,” arah Encik Som pula.
Lee mendengus lantas melabuh punggung dihujung sofa. Menakala Sara pula duduk dihujung sofa sebelah kanan. Mereka duduk hujung ke hujung.
“Okey, kalau begitu uncle akan mulakan pembacaan.” Encik Som pun membuka briefcasenya dan mengeluarkan sepucuk envelop. Dalam envelop itu terdapat sepucuk lagi kertas kuning.
“Aku, Kammal Hargate. Berusia 64 tahun. Aku akan menyerahakan semua harta aku selepas kematian aku dengan cara berikut.” Encik Som memulakan pembacaannya.
“Aku akan menyerahkan semua harta termasuk asset luar negara kepada anak tunggal aku, Leonard Kammal Hargate. Tetapi dia harus berkahwin dengan Sara Hased,”
Lee dan Sara serentak tersentak.
What? Jenis wasiat apa ni? Aku takkan kahwin dengan betina ni, uncle! Macam mana papa…”
“Lee! Dengar dulu. Kita habiskan dulu wasiat ni baru kamu berdua boleh kemukakn soalan!” tegas Encik Som.
Lee terus terdiam. Dia pandang Sara yang juga sama terkejut dengannya.
“Jika Leonard Kammal Hargate tidak berkahwin dengan Sara Hased, maka semua harta ini akan diberikan kepada Sara Hased. Tetapi jika Sara Hased tidak berkahwin dengan Leonard Kammal Hargate, harta-harta ini akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Namun begitu, jika terjadi sesuatu yang tidak diingini dengan Sara Hased sebelum atau selepas perkahwinan, semua harta serta-merta diserahkan kepada badan kebajikan. Tetapi andai kata Leornad Kammal Hargate dan Sara Hased berkahwin, maka hak keatas harta-harta itu adalah sama rata.”
Lee ketap bibir. Buku limanya sudah digenggam kuat. Rasa seperti mahu saja menumbuk dinding konkrit itu saat mendengar wasiat bapanya itu. Apa yang dia tidak faham, kenapa dia harus berkahwin dengan perempuan yang pernah menjadi perempuan simpanan bapanya?
“Tapi uncle Som, kenapa Sara harus berkahwin dengan Lee?” tanya Sara. Sesungguhnya, dia tidak mahu berkahwin dengan Lee demi wasiat itu. Lagipun, dia sudah memutuskan hubungannya dengan keluarga itu 4 tahun yang lalu. Kenapa dirinya masih dikejar-kejar?
“Hei, perempuan! Sepatutnya aku yang harus berkata begitu, bukan kau! Kau tu Cuma perempuan pelacur, pisau cukur, kau tidak layak berkahwin dengan aku. Malah kau tidak berhak untuk mendapatkan sesen pun harta bapa aku! Kau faham?” tengking Lee.
“Lee tidak dengar apa yang baru saja uncle baca? Kalau Lee enggan berkahwin dengan Sara, harta ini akan diberikan kepada Sara, seluruhnya!” tekan  Encik Som.
“Tapi kenapa mesti perempuan ni, Uncle Som?” Lee tidak puas hati.
“Sebab ini adalah keinginan Tuan Kammal. Aku sebagai peguam dia hanya mampu menurut,” terang Encik Som perlahan, berharap agar lelaki muda itu faham.
“Bagaimana dengan kamu Sara, ada apa-apa yang Sara nak cakap?” soal Encik Som pula.
Lee mendengus. “Buat apa dia nak tanya, dia sebenarnya suka dapat belot harta bapa aku. Bukankah ini impiannya selama ini?”
“Bukan begitu! Aku tak pernah terfikir pun nak belot harta abang,” bantah Sara.
Kepala Lee pantas berpaling kearah Sara sebaik saja mendengar pekataan abang lahir dimulut bugil Sara. Matanya sudah ingin tersembut keluar.
“Abang? Kau panggil bapa aku, abang? Kau perempuan!” tidak semena-mena, Lee terus menerpa kearah Sara dan mencekek leher Sara. Kuat.
“Lee! Jangan, Lee!” Encik Som sudah panic cuba meleraikan tangan Lee, sementara Geofrey pula sudah menarik tubuh Lee dari belakang, namun Lee seakan sudah nekad untuk membunuh Sara. Cekekan pada leher Sara semakin dikuatkan, wajah gadis itu sudah mulai merah, biji matanya sudah naik keatas. Bermaksud jika Lee tidak melepaskan tangannya, dia akan mati lemas disitu juga.
“Lee! Bapa Lee tidak ingin  Lee menjadi pembunuh!” teriak Encik Som. Lee tersentak, dengan pantas dia melepaskan tangannya dari leher Sara. Dia terus berundur beberapa tapak ke belakang.
Sara terbatuk-batuk. Tercunga-cungap dia menarik nafas cuba mengepam balik jantungnya yang hampir berhenti berdenyut tadi.
“Geof, pergi ambilkan air,” kata Encik Som, dia juga tercungap-cungap. Penat menarik tangan Lee tadi. Geofrey terus keluar, menurut tanpa bantahan.
Sara terus berdiri, lalu mula melangkah ke pintu. Encik Som segera menghalang langkah Sara.
“Kamu nak ke mana Sara?”
“Aku nak balik uncle, aku taknak kahwin dengan dia. Aku tak nak!” jawab Sara sambil teresak-esak menangis. Kelihatan tanda tapak tangan Lee berbekas dileher Sara yang putih. Dia hampir mati lemas disebabkan lelaki itu, dia tidak terlalu bodoh untuk berkahwin dengan lelaki yang ingin membunuhnya.
“Kalau Sara taknak berkahwin dengan Lee, apa akan jadi dengan harta Tuan Kammal?”
“Aku tak kisah dengan harta tu, uncle. Aku taknak kahwin dengan lelaki yang ingin membunuh aku!” Sara bertegas.
“Jangan jadi bodohlah perempuan. Kau akan berkahwin dengan aku, kalau kau enggan, aku akan pastikan hidup kau akan merana sampai mati!” ugut Lee pula. Sara kecut perut.
“Berhenti kamu berdua. Dalam wasiat, tertera syarat yang mengatakan, jika terjadi sesuatu pada Sara sebelum dan selepas perkahwinan, harta tersebut akan diberikan kepada badan kebajikan serta-merta. Kamu berdua nak begitu?”
Sara dan Lee terdiam sejenak.
“Tapi, kenapa mesti aku uncle? Bukankah aku sudah tiada kaitan dengan abb… Tuan Kammal lagi?” soal Sara. Hampir tersasul lidahnya menyebut abang.
“Tuan Kammal pernah memberitahu aku, bahawa Sara sama sekali tidak bersalah semasa meninggalkan dia pada saat kamu berdua ingin berkahwin. Dia rasa bersalah kerana sudah menuduh Sara yang bukan-bukan, oleh itu dia mahu Sara bahagia walaupun dia sudah tiada dalam dunia ni,”
“Hey perempuan, bapa aku mati disebabkan kau. Sekarang ni, kau nak aku mati disebabkan kau juga? Huh?’ tengking Lee. Wajahnya sudah menjadi udang goreng, merah ya amat!
“Lee, kalau Lee nak Sara mempertimbangkan hal ini, lebih baik Lee bersikap baik dengannya sebab uncle pasti dengan sikap Lee macam ni, Lee sendiri yang akan susah,” kata Encik Som seakan memberi peringatan bahawa hidup matinya terletak ditangan Sara.
Lee memandang Encik Som. Kemudian dia melabuh punggung. “Uncle, kamu sama-sama tidak ingin berkahwin. Lagipun perempuan ini penyebab kematian papa, kenapa papa masih nak dimasuk dalam keluarga kami?” ujar Lee keras.
Sara ketap bibir. Kenapa lelaki itu harus bercakap kasar sedangkan mereka berdua sama-sama tidak ingin menerima perkahwinan itu?
“Lee, Sara. Dengar baik-baik, jika kamu berdua engan berkahwin, maka semua aset-aset dan harta-harta Tuan Kammal akan diserahkan pada badan kebajikan. Adakah itu yang kamu mahu? Uncle tanya Sara, Sara sanggup berikan harta-harta itu sementara melihat hidup Lee yang musnah kerana kehilangan harta bapanya? Dan kamu Lee, jika kamu tidak ingin berkahwin, kamu bersedia kehilangan harta-harta bapa Lee?” kata Encik Som, bermati-matian ingin meleraikan pertikaman lidah antara lelaki dan gadis itu.
Lee dan Sara bungkam. Tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Lee enggan berkahwin dengan Sara tetapi dia juga tidak ingin kehilangan harta-harta bapanya kerana seorang perempuan. Dan Sara pula, perasaannya berbelah bahagi. Tuan Kammal banyak membantunya dahulu dan lelaki itu selalu bercerita betapa akungnya dia dengan Lee, akan tunggalnya. Kekayaan yang Tuan Kammal bina selama ini adalah kerana kasih akungnya terhadap Lee, dia tahu betapa pentingnya empire keluarga mereka.
“Uncle, apa yang aku perlu buat hanya berkahwin dengan dia, bukan?” soal Lee.
“Eya, jadikan dia isteri yang sah dan kamu berdua akan berkongsi kekayaan itu,”
Lee mengangguk lantas memandang Sara. Sara terus melarikan wajahnya sesaat bertatapan.
“Perempuan, kau akan berkahwin dengan aku,” kata Lee. Nadanya lebih kepada memerintah, bukan merayu.
Sara kerut kening. “Bagaimana aku harus berkahwin dengan kau, Lee kalau kau cuba untuk membunuh aku? Kau boleh jamin yang kau takkan cederakan aku selepas kita berkahwin? Kalau tidak, bersedialah untuk kehilangan harta-harta bapa kau!” kata Sara, suaranya kedengaran keras. Dia sepatutnya bersikap lebih keras pada saat pertama kali mereka bertemu. Dan sekarang, jika dia terpaksa hidup dengan Lee dia harus kuat.
“Hei, berani kau bercakap begitu depan aku? Aku tak takut untuk bunuh kaulah, perempuan!” sergah Lee.
“Lee! Ingat, jika terjadi sesuatu pada Sara, semua harta akan diberikan kepada badan kebajikan. Lee nak macam tu?”
Lee merengus kasar. Rambutnya dikuak ke belakang.
“Okey, aku setuju kahwin dengan dia tapi aku takkan sentuh dia sebagai seorang perempuan!”putus Lee lantas bangkit lalu beredar dari ruang pejabat itu.
Sara menghembus nafas berat. Lega perutnya apabila Lee sudah tiada depan mata. Sepanjang berada dibilik itu, dia harus bertahan daripada membiarkan ketakutan menguasai dirinya.
“Sara, bagaimana dengan kamu, nak?” tanya Encik Som lembut.
“Sara pernah mengecewakan dan memalukan Tuan Kammal. Kalau ini saja caranya untuk tebus balik kesalahan aku pada dia, sanggup kahwin dengan anaknya. Tapi uncle, adalah aku akan selamat? Kalau Lee buat sesuatu pada aku macam mana?”
“Jangan risau, Sara. Jika Lee melanggar salah satu perkara dalam wasiat, semua harta-harta akan diberikan kepada badan kebajikan dan sudah tentu dia tidak ingin perkara itu berlaku,”
“Uncle pasti?”
Encik Som mengangguk sekali. “Pasti,”  




Part 4

LEE menghempas pintu keretanya. Darah panas mula mendidih diseluruh sarafnya. Meningatkan dia harus berkahwin dengan perempuan simpan bapanya membuatkan dirinya mahu saja membunuh gadis itu. Tapi jika dia melakukan perkara tersebut, dia bukan saja kehilangan hartanya tetapi dia juga akan dipenjarakan. Oleh itu, dia harus mencari jalan terbaik agar dia boleh selamatkan diri dan hartanya.
Rancangan jahat mula menular dikepala Lee. Dia sudah bertekad untuk membalas semua perbuatan Sara terhadap bapanya.

3 bulan kemudian.

SELESAI sudah majlis perkahwinan Lee dan Sara selepas berlangsung selama 2 hari. Sara dan Lee masuk ke banglo milik Lee. Diikuti dengan Encik Som dan Geofrey.
“Ingat Lee, kamu berdua sudah sah menjadi suami isteri. Ingat wasiat itu, Lee. Kalau terjadi sesuatu pada Sara, maka Lee akan kehilangan segala-galanya.” Encik Som memperingatkan Lee sekali lagi. Dia mahu, Lee ingat wasiat itu sampai mati agar dia tidak membuat kesilapan yang bakal memusnahkan hidupnya sendiri.
“Aku tahulah uncle. Kamu boleh balik. Aku akan jaga dia seperti mana aku menjaga diri aku sendiri,” kata Lee sambil melirik penuh makna kearah Sara. Sara cuak. Mahu saja dia mengikuti Encik Som balik.
            “Lee, ikut uncle sekejap,” kata Encik Som pula.
            “Kau masuk dulu,” arah Lee lalu mengikut langkah Encik Som mendekati kereta. Sementara Sara sudah lesap disebalik pintu banglo.
            “Apa dia uncle,”
            “Lee tahukan, Sara sebatang kera. Dia dah tiada siapa-siapa dalam dunia ni termasuk adik-beradik. Jadi sekarang ni, dia cuma ada Lee seorang saja. Jadi jangan apa-apakan dia, Lee boleh janji?”
            “Kenapa Lee nak buat begitu sedangkan Lee tahu akibatnya? Lee bukan bodohlah uncle. Uncle tak perlulah risau, dia akan baik-baik saja,” balas Lee bersahaja.
            “Okey, uncle percaya dengan Lee. Uncle balik dulu,” kata Uncle Som. Dia dan Georfey pun masuk ke dalam perut dan membawa kereta itu keluar dari perkarangan banglo milik Lee.
            Lee melangkah ke ruang tamu saat melihat Sara sedang duduk bersedirian. Lee mengigit bibir. Dia melonggarkan tali lehernya lalu melangkah ke ruang tamu.
            “Berdiri,” arah Lee keras.
            Sara mendongak memandang lelaki itu. Tidak ingin bicara banyak, dia terus bangkit. Lee pula duduk. Kedua-dua kakinya yang masih berkasut, diletakkan keatas meja.
            “Buka kasut aku,”
            Membulat mata Sara mendengar arahan Lee itu. “Kenapa aku perlu kasut kau pula? Ingat aku ni isteri kau, bukan orang gaji,” balas Sara, nadanya ditekankan.
            Lee terus menjeling kearah Sara. Perlahan-lahan dia bangkit, pipi Sara terus dicengkam.
            “Kau dengar sini, perempuan. Pada saat kau melangkah dirumah ini, hidup kau sudah jadi milik aku. Bermaksud, kau adalah hamba adbi aku, jadi apa-apa saja yang aku suruh kau buat, kau harus buat tanpa bantahan, kau faham?” Lee terus menolak tubuh Sara sehingga tersembam di atas sofa yang terletak dibelakang wanita itu.
            “Kau dah melampau Lee. Kau tak boleh buat aku begini, kau harus…”
            Belum sempat Sara menghabiskan ayatnya, Lee sudah menerpa kearahnya dan memegang lengannya.
            “Harus apa? Aku bukan nak apa-apakan kau? Aku cuma suruh kau buka kasut aku, itu saja,” ujar Lee.
            “Lepaskan aku!” Sara hampir terjerit. Lee terus menolak tubuh Sara, Sara terduduk semula.
            Lee cekak pinggang. “Kau ingat, Sara Hased. Aku ketua disini, dan kalau kau berani ingkar, kau akan tahu nasib kau macam mana.”
            Keras nada suara Lee menerobos cuping telinga Sara. Lelaki itu duduk semula, kakinya diletakkan keatas meja lalu memberi isyarat kepada Sara agar membuka kasutnya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia bergerak mendekati Lee. Sara duduk mencangkung dihadapan lelaki itu lalu membuka satu-persatu kasut Lee tapi stoking hitam lelaki itu pula tidak dibukanya.
            “Stokin?” soal Lee.
            “Setakat disini saja, Lee. Jangan layan aku seperti orang gaji. Aku bukan orang gaji kau,” marah Sara.
            Lee tersenyum sini. “Oya?” terus Lee bangkit lalu berteriak memanggil nama seseorang.
            “Narin! Narin!” panggilnya. Tidak sampai beberapa saat, seorang wanita keluar dari entah mana datang berlari ke ruang tamu.
            “Ada apa tuan,”
            “Panggilkan semua orang gaji,” arah Lee pula. Narin terangguk-angguk, lalu berlarian memanggil dua orang pembantu rumah itu dan juga tukang kebun. Dalam masa 5 minit, keempat-empat mereka sudah pun berkumpul diruang tamu.
            Kening Sara berkerut. Apa tujuan dia memanggil mereka semua?
            “Mulai esok, kamu semua tidak perlulah datang lagi sebab malam ini aku pecat kamu semua,”
            Bagai halilintar yang memetir, Sara tersentak. Dia memandang satu-persatu pekerja dirumah itu. Semua sudah berubah pucat sebaik saja mendengar kata-kata Lee.
            “Tuan, kenapa tuan pecat kami? Apa salah kami?” soal Narin sudah hendak menangis. Yang lain mengangguk-angguk, juga merasa perkara yang sama.
            “Sebab, perempuan ini tidak mahu ikut arahan aku. Jadi, kamu semua dipecat!” kata Lee sambil melirik tajam kearah Sara.
            “Lee, kau dah melampau!”
            “Melampau? Aku majikan diorang, aku ketua dirumah ni. Aku boleh buat sesuka hati aku dirumah ni. Kau tu, siapa? Cuma pelacur, pisau cukur! Kau tidak layak tinggal dirumah ini sebagai isteri aku,”
            Membulat mata Sara mendengar kata-kata Lee.
            “Aku akan beritahu semua ni pada Uncle Som,” ugut Sara. Namun ugutan itu ditertawakan Lee pula.
            “Kau berani ugut aku? Okey… panggillah. Bagitahulah! Tapi, mereka semua akan dipecat saat ini juga!”
            Niat Sara serta-merta mati.
            “Cik,. Tolonglah. Kami tidak mahu hilang sumber pencarian kami. Tolonglah dengar arahan tuan. Kalau tidak siapa yang nak bagi anak-anak kami makanan?” rayu pekebun yang bernama Rajak itu pula.
            Sara memandang Lee yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Bijak betul Lee mencari akal supaya aku menjadi orang gajinya. Lelaki ini memang kejam, kenapa perangai Tuan Kammal dengan Lee sangat berbeza? Kenapa hati lelaki itu betul-betul keras?
            “Okey. Aku akan jadi orang gaji kau. Tapi aku tidak akan mejadi orang gaji kau selama-lamanya, Lee,”
            Kening Lee terangkat. “Kenapa? Sebab kau ada angan-angan nak jadi isteri aku? Jangan harap! Kau tetap akan berada dibawah kaki aku buat selama-lamanya, Sara Hased!” ujar Lee sambil menolak bahu Sara membuatkan Sara hampir terjatuh ke lantai. Lalu Lee pun naik ke biliknya, sempat dia berpesan kepada Sara untuk menyimpan kasutnya didalam rak.

*****

            “CIK SARA, Cik Sara. Bangun Cik Sara. Tuan Lee nak Cik Sara buatkan dia sarapan,”
            Terasa tubuhnya digoncang-goncang. Sara mengosok matanya. “Apa dia?” soalnya seperti tidak dengar suara Narin tadi.
            “Tuan nak Cik Sara buatkan dia sarapan,”
            “Sarapan? Sekarang jam berapa?” tanya sara apabila merasakan dia dibangunkan terlalu awal.
            “5.30 pagi,”
            Sara terus menegakkan badannya. “5.30? Awal sangat tu, tuan Narin nak pergi mana pagi-pagi buta?” soal Sara sedikit terkejut.
            “Tuan selalu bangun awal pagi untuk berjoging. Tepat jam 6, dia akan ambil sarapannya. Sekitar jam 7 pula, dia akan jalan berangkat ke tempat kerja,”
            Sara terangguk-angguk. Walaupun dia perengus, dia ni kuat bekerja juga rupanya.
            “Okeylah. Boleh tak saya pergi mandi dulu?”
            Narin mengangguk. Sara pun bangkit mengambil tualanya lalu berjalan ke kamar mandi.
            Seperti yang dikatakan Narin, tepat jam 6 Lee sudah pun pulang daripada berjoging. Lelaki itu terus duduk dimeja makan lalu menghirup kopi yang terhidang diatas meja. Belum sempat air itu mengalir dikerongkongnya, Lee sudah menyemburkan balik air kopi itu.
            “Kopi jenis apa ni, huh?” Lee menghempas gelas itu atas meja. Dia mengesat bibirnya.
            “Aku buat macam biasalah. Gula, kopi dan air panas,” terang Sara selamba.
            Lee ketap bibir. “Oya? Kenapa pahit nak mampus? Kau nak bunuh aku?” marah Lee lagi.
            Sara mengeluh. Dia mencapai gelas itu lalu mencuba sedikit airnya. “Okey saja pun,” kata Sara.
            “Itu sebab deria rasa kau dah hilang! Pergi buatkan aku satu lagi, kalau pahit lagi. Siap kau!” Lee duduk semula. Mata tajamnya tidak lepas dari memandang wajah Sara.
            Sara mendengus. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus masuk ke dapur semua untuk menyediakan segelas kopi lagi. Kan bagus kalau kau mati saja sebab kepahitan? Kutuk Sara dalam hati.
            Lee sekadar memandang Sara dari meja. Surat khabar yang terlipat disebelahnya, dicapai lalu dibelek. Seketika kemudian, Sara datang bersama segelas lagi kopi. Gelas itu dicapai lalu dihirup perlahan. Dia mengangguk kecil, itu bermakna rasa kopi itu sudah menepati cita rasanya.
            “Lepas ni ikut aku ke bilik,”
            “Apa?” soal Sara seakan terkejut.
            “Kenapa kau terkejut? Kau ingat aku nak sentuh kau? Jangan mimpi!” sergah Lee.
            “Jadi nak buat apa?”
            Lee mencebik. “Jangan banyak soal boleh tak? Bising!” bentak Lee lantas berdiri dan keluar dari ruang makan. Sara mengeluh kecil. Panas baran betul!

******************************************** 
p/s : last n3 utk malam ni. Enjoy :)

4 comments:

  1. dah faham apa maksud okie.. bila cakap yg okie sendiri pun macam nk bunuh lee.. hahhahaahaaa

    ReplyDelete
  2. huhuu.. dahsyat mamat ni.. okie, buat dia dahsyat lagi. yay... hahaa

    ReplyDelete
  3. okie...
    byk sgt bc komik nie...
    ade ke sebatang kera...
    sebatang kara la adikku...
    satu lg typing error...
    hamba abdi la dik bkn hamba adbi...
    nk tanya 'kasih akungnya' tu ape yek..

    ReplyDelete
  4. sorry...haha...tulah, mst byk baca komik ni..hehe
    byk sgt typing error sbb tak ada edit trus post. hehe.
    kasih akungnya?? tak tahu pula dari mana dtgnya tu...nanti check!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.