Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 May, 2012

The Only Exception Part 5


Part 5

            “KAU nak aku gosok 6 pasang baju ni sekali gus?” soal Sara tidak percaya saat melihat 6 pasang sut tersidai diatas katil.
            “Ya. Dan dalam masa 15 minit, kalau aku keluar dari bilik mandi dan tak siap. Kau tahulah!” kata Lee pula. Dia terus berlalu ke bilik air tanpa membenarkan Sara menyebut satu huruf pun. Sara mengeluh kecil. Apa agaknya yang mendorong dia untuk berkahwin dengan lelaki itu? Nampaknya, dia harus pertimbangkan perkara itu sekali lagi.
            15 minit kemudian, Lee masih belum keluar dari kamar mandi. Sara mengesat peluh yang menitis didahinya. Terkial-kial dia mengosok seluar yang kelima itu. mengosok pakaian yang mahal begitu memerlukan tumpuan yang tinggi agar tidak hangus, tapi bila diberi 15 minit saja untuk menyiapkan semuanya. Sara jadi kelam-kabut!
            Tiba-tiba dia terdengar bunyi kuakan pintu. Pantas Sara menoleh ke belakang. Kelihatan Lee sedang keluar dari pintu itu dengan hanya bertuala. Otot-otot didada bidang Lee terpampang dimatanya. Seraya Sara melarikan kepalanya.
            Lee ketawa sinis. “Macam tak pernah nampak. Perempuan macam kau ni dah biasa tengok badan lelaki, mungkin dah tengok lebih dari ini, ya kan?” kata Lee.
            Sara menoleh sekali lagi. Bibir diketap sehabis kuat. “Kau jangan nak hina aku, Lee. Aku bukan perempuan macam tu!”
            “Cakaplah apa yang kau nak, semua tu tak penting bagi aku. Kau dah siap?”
            Sara mendengus. “Dua pasang dan tinggal seluar ni lagi,” jawabnya.
            “Hmm… kau boleh berhenti. Yang tak siap, masukkan balik dalam almari. Yang dah siap gantung saja dekat almari. Lepas tu keluar.” Lee menuju ke meja solek.
            Tanpa banyak bicara, Sara seraya melakukan suruhan itu. Dia juga tidak mahu melengah-lengahkan masa dengan Lee. Bersama dengan Lee walau sesaat sudah boleh buat jantung bengkak! Selesai mengerjakan tugasannya, Sara terus beredar dan menutup pintu.

            PAGI itu selepas keberangkatan Lee, Sara cepat-cepat bersedia untuk berjumpa dengan Encik Som. Mungkin keputusan untuk berkahwin dengan Lee adalah salah sama sekali dan dia ingin meminta nasihat dari Uncle Som untuk berhadapan dengan sikap Lee yang sangat kejam itu.
            “Cik nak ke mana?” soal Narin sebaik saja melihat Sara turun dari tangga dengan pakaian yang cantik.
            “Em, saya nak keluar sekejap. Boleh?” Sara seperti meminta izin.
            “Boleh tu boleh. Tapi jangan terlalu lewat ya sebab cik perlu sediakan makanan untuk Tuan,”
            Sara sekadar mengangguk lalu melangkah ke pintu keluar. Sebaik saja dia keluar dari pagar, teksi yang telah ditelefonnya pun sampai. Sara masuk ke dalam dan teksi itu pun membawa dia ke pejabat Encik Som.
           
*****

            “AKU tanya sekali lagi, dia ke mana?” Lee seakan menengking. Tertunduk-tunduk Narin ditengking seperti itu.
            “Dia tak bagitahu, tuan. Dia cuma cakap dia nak keluar. Tapi saya ada bagitahu dia supaya pulang tak lewat,” terang Narin dalam ketakutan. Terketar-ketar dia menghabiskan ayatnya.
            Lee mendengus. “Ada aku benarkan dia keluar dari rumah? Ada aku cakap kamu boleh benarkan dia keluar, huh?” nada Lee naik satu lagi volume. Semakin kuat suaranya menengking, seperti petir.
            “Maafkan saya tuan, saya tak tahu,” rayu Narin. Dia benar-benar tidak tahu yang majikan mereka tidak benarkan Sara keluar dari rumah itu.
            “Taka pa. Sebab lepas ni, kau dah tak perlu tahu apa-apa lagi,”
            “Apa maksud tuan?” soal Narin gugup.
            “Maksudnya, kamu semua dipecat!” tengking Lee lagi lantas terus melangkah naik ke biliknya.
            “Tuan, tuan, maafkan saya tuan. Lain kali saya tak buat lagi. Tolonglah tuan, jangan pecat saya,” rayu Narin sambil teresak-esak namun Lee langsung tidak membagi muka. Lelaki itu terus masuk ke bilik tanpa menoleh lagi. Maksudhnya, keputusan dia adalah muktamad.

            SARA pulang sekitar jam 12 tengah hari. Kelihatan kereta Lee sudah terpakir digaraj. Jantung Sara sudah berdegup laju. Dia pulang selepas Lee, maknanya Lee tahu yang dia keluar. Sara berhenti seketika dihadapan pintu sebelum melangkah masuk.
            Rumah itu kelihatan sunyi dari sebelum ini. Tiada lagi bunyi pingan mangkuk didapur seperti kali pertama dia menjejakkan kaki dirumah itu. Sara telan liur. Terasa seperti benda buruk anak berlaku.
            “Nampaknya tuan punya rumah dah balik,”
            Terlompat bahu Sara dek sapaan yang tiba-tiba itu. Dia pandang ke ruang tamu. Lee sedang duduk dengan kaki bersilang. Lelaki itu berdiri menghampiri dia.
            “Mana yang lain?” tanya Sara.
            “Yang lain? Oh… Narin dan orang gaji yang lain. Jangan risau pasal diorang, diorang dah tak kerja disini lagi,” jawab Lee bersahaja.
            Ternganga mulut Sara mendengar kata-kata Lee. “Maksud kau, kau dah pecat Narin dan yang lain?”
            “Nak buat macam mana juga, diorang tak dengar cakap aku. Buat apa simpan orang yang tak dengar cakap majikan, ya tak?”nada Lee seakan berseloroh.
            “Apa salah diorang sampai kau perlu pecat diorang, huh Lee?” Darah panas sudah menyiarap ditelinga Sara.
            Lee tersenyum sinis. “Bukan salah diorang, tapi salah kau perempuan! Ini semua salah kau sebab tulah aku pecat diorang. Kenapa kau keluar tanpa kebenaran aku?” tanpa Lee.
            “Aku ada urusan dan aku tak perlu bagitahu kau semua tu,” balas Sara pula.
            “Ooo… kau dah pandai sekarang, eh? Kau patut ingat, kau adalah hamba aku, apa yang kau buat harus ada kebenaran dari aku, kau faham?” tengking Lee.
            Sara mencebik. “Seingat aku, aku ni isteri aku. Bukan hamba abdi. Oleh sebab kau dah pecat Narin dan yang lain, aku bukan lagi hamba kau sebab kau dah takda benda nak ugut aku!”
            Serentak itu wajah Lee berubah bengis. Tengok Sara dicengkam kuat.
            “Sakitlah, Lee. Lepaskan aku!”
            “Kau jangan kau hebat, Sara Hased. Aku boleh lakukan lebih daripada yang kau bayangkan. Cakap dengan aku, kenapa kau keluar?”
            Sara menapis kuat tangan Lee. “Aku jumpa dengan Uncle Som, aku nak tanya dia sesuatu,”
            “Ohh… lepas bapa aku, sekarang kau nak goda uncle aku pula? Memang dasar pelacur!”
            Sara terpana. Entah dari mana dia dapat kekuatan, pipi Lee terus ditampar tanpa banyak berfikir lagi.
            “Kau jangan hina aku, Lee. Tak pernah terlintas pun dikepala aku untuk buat benda-benda macam tu.” Air mata Sara sudah ingin menitis. Lelaki itu sudah banyak menguris perasaannya. Dia terlalu penat untuk berhadapan dengan Lee. Biarlah, kali ini dia akan mempertahankan maruah dia bermati-matian.
            Lee mengurut pipinya yang terasa kejang. Dia memandang Sara dengan mata tajam. Sara mendengus lantas mengorak langkah ke pintu utama. Namun Lee sempat menyambar tangannya.
            “Kau nak pergi mana, huh?”
            “Aku nak minta borang cerai. Aku nak bercerai! Aku benci kau!” teriak Sara. Perasaan marahnya sudah mulai menguasai diri. Dia tidak tahan lagi hidup dengan lelaki sadis seperti Lee. Dia mahu lari. Sejauh yang boleh.
            “Bodoh! Kau ingat kau boleh lari dari aku? Kau ingat aku akan biarkan kau belot semua harta aku? Sangat bodoh!” tubuh Sara terus diangkat.
            Sara terjerit meminta dilepaskan. Tangannya bertubi-tubi memukul belakang Lee.
            “Lepaskan aku, Lee. Aku nak keluar!”
            Namun jeritan dan pukulan itu tidak bermakna bagi Lee. Lee membuka biliknya lalu masuk ke dalam. Pintu kamarnya pula yang dibuka dan meletakkan Sara didalam. Pintu cepat-cepat dikunci dari luar.
            “Lee, buka pintu ni. Lee!!” jerit Sara diikuti dengan tumbukan pada daun pintu.
            Lee tersenyum sinis. “Jangan harap kau boleh lepas dari genggaman aku, Sara Hased!” bisik Lee keras lalu keluar dari biliknya.

4 comments:

  1. okie kejam sebab layan perempuan macam tu.. sanggu okie.. apa kata kalau buat sara yg jadi kejam pulak.. hahahaaa

    ReplyDelete
  2. Lee was not there so cruel .. huhu.. Okie teruskan lagi yerk... hehe...

    ReplyDelete
  3. best bila nak sambung lagi hero&heroin thai saya minat giler dgn dia org.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.