Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 May, 2012

The Only Exception Part 6


Part 6

            SARA terduduk lemah ditepi sinki. Air matanya sudah mula bergenangan. Memang pilihannya salah bila menerima perkahwinan ini. Aku memang bodoh, bodoh kerana percaya dengan kata-kata lelaki kejam itu. Aku bodoh! Sara sudah mula memukul kepalanya.
            “Tapi aku takkan biarkan dia seksa aku macam ni, aku akan cuba cari jalan keluar.” Akhirnya Sara bangkit selepas lama menangisi dirinya. Kedua-dua poketnya disaluk, tapi ternyata yang ada didalam hanyalah beberapa keping duit siling. Telefon bimbit yang satu-satunya menjadi penyelamat Sara berada didalam beg tangan, dan beg tangannya itu pula tercicir ditangga saat Lee mengangkatnya naik ke situ.
            Sara mendengus. Dia sudah mundar-mandir dihadapan sinki. Bibir bawah digigit-gigit sambil berfikir jalan lain untuk keluar dari kamar mandi itu. Sara memandang pula kearah jendela yang terletak didalam bilik kaca. Jendela itu kecil tapi masih mampu memuatkan tubuhnya. Tetapi ada satu lagi yang menghalang, kipas itu!
            Aduh! Macam mana aku nak keluar ni! Sara sudah mendengus. Fikirannya semakin buntu apabila setiap jalan yang difikirkannya membawa dia ke hujung tanduk.
            “Lll….” Sara baru saja ingin memanggil Lee, niatnya terus mati. Tiada gunanya dia memanggil nama lelaki itu, bukannya Lee akan membantu dia malah mungkin akan seksa dia lagi. Tak boleh, tak boleh! Sara menggeleng.
            Akhirnya Sara terduduk dibirai tub mandi. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Sara tersenyum nipis.

            Lee merempuh pintu bilik pejabatnya lalu terus melangkah ke mejanya. Punggungnya menghenyek kuat kerusi itu.
            “Bos, nak saya ambilkan sesuatu untuk bos?” soal Reyzal yang membuntuti langkah bosnya sejak Lee masuk ke bangunan itu.
            “Wiski,” jawabnya ringkas. Reyzal terus beredar mendapatkan permintaan Lee. Lee gigit bibir. Dua biji kaca yang terletak sebagai perhiasan diatas piring kayu itu dicapai lalu dimain-main diatas tapak tangannya.
            Fikirannya mula melayang pada kejadian tengah hari tadi. Berani perempuan tu tampar aku? Dia ingat dia siapa berani-berani sentuh kulit aku? Tengoklah nanti, aku akan seksa kau habis-habisan!
            “Kalau terjadi apa-apa pada Sara sebelum dan selepas perkahwinan kamu, semua harta ini akan diberikan kepada badan kebajikan!”
            Tiba-tiba suara Encik Som bergendang ditelinganya. Lee jadi cuak. Wajahnya sudah bertukar resah. Kalau apa yang aku buat pada dia tadi buat dia terluka, bukan dia yang akan susah. Aku akan susah sebab kehilangan harta aku!
            Lee mula mempertimbangkan semula tindakannya keatas Sara tadi. Aku Cuma kurung dia, tak mungkin dia akan mati, bukan? Fikir Lee.
            “Ini airnya, bos.” Reyzal meletakkan sebiji gelas yang berisi air berwarna coklat-kecoklatan dan beberapa biji air.
            “Hei, Rey. Aku rasa aku akan bercuti untuk beberapa hari ni. Kalau ada apa-apa, call aku. Jangan datang ke rumah,” kata Lee lantas bangkit dan keluar tanpa meneguk air whiski yang dimintanya tadi.
            Reyzal memandang langkah Lee dengan wajah terpinga-pinga. Seolah-olah tidak mendengar apa yang baru saja Lee katakan.

*****

            LEE seraya masuk ke dalam banglo sebaik saja menghentikan Jaguar hitamnya dihadapan rumah. Lee berlari ke tangga. Baru saja satu anak tangga dinaikinya, dia sudah perasaan ada tanda basah dilantai. Lee mengerut kening. Pantas dia memandang kearah pintu biliknya. Sara!
            Tanpa membuang masa, Lee terus berlari naik. Pintu kamar mandi segera dirempuh selepas masuk ke biliknya. Lee tersentak saat terpandang tubuh Sara didalam tub mandi yang dipenuhi dengan air.
            Lee segera mengeluarkan Sara dari tub mandi itu. Tapi tidak semena-mena, kepalanya terus dipukul dengan botol shampoo yang besar menyebabkan dia terundur ke dinding. Sara terus berlari keluar sejurus mendapat peluang itu.
            Dia berlari sekuat hati menuruni tangga. Apabila dia pandang ke atas, Lee sudah pun mula menjejakinya sambil memegang kepalanya. Mata Sara terbeliak. Bukankah aku baru saja pukul kepalanya dengan benda berat? Sepatutnya dia dah pengsan! Arh…tak kiralah, yang penting aku sudah boleh melarikan diri! Bisik hati Sara sambil berlari kearah pintu pagar.
            “Sara!” jerit Lee sambil terkejar-kejar ke pagar.
            Sara terhenti saat kakinya tiba di hadapan pagar. Pagar itu sudah tertutup dan hanya boleh dibuka dengan remort. Dan remort itu pula sudah pasti berada ditangan Lee.
            “Kau berani lari dari aku, Sara?”  jerkah Lee dari jauh.
            Sara ketap bibir. Dia pandang kiri kanan, mencari tempat untuk melepasi pagar itu. Saat Lee hampir mendekatinya, dia tetap mencuba naik keatas pagar. Tapi Lee sempat memeluk pinggangnya dan menariknya turun ke bawah.
            “Lepaskan aku, Lee! Lepaskan aku! Aku akan pastikan kau kehilanagn semua harta-harta bapa kau!” jerit Sara seperti terkena histeria. Dia bergelut berhabis-habisan apabila tubuhnya diangkat masuk semula ke dalam rumah.
            “Diam! Aku yang akan pastikan hidup kau merana lepas ni, Sara! Aku bersumpah!” balas Lee.
            “Lee!” jerit Sara tapi jeritannya tidak diendahkan Lee malah Lee tetap mengheretnya naik ke atas. Tubuh Sara dihumban keatas tilam. Lee pantas membuka tali lehernya.      
            “Apa kau nak buat?” soal Sara dalam ketakutan. Anasir jahat mula mengangguk fikirannya, takut Lee akan melakukan perkara buruk keatasnya.
            Lee tersenyum sinis lantas mengangkat kedua-dua tangan Sara lalu mengikatnya ke kepala katil.
            “Dengar cara ni, kau tak boleh buat benda bodoh macam kau buat tadi!” jerkah Lee.
            Sara ketap bibir. “Kau tak boleh buat aku begini, Lee. Kau perlu ingat, kau tak boleh apa-apa kan aku!”
            “Aku tahu! Aku Cuma nak bagi kau pengajaran tapi kau yang sudah melampaui batas. Aku dah cakap, dirumah ni aku ketua, jadi kau harus minta kebenaran dari aku kalau kau nak keluar atau buat apa-apa!”
            “Tapi aku bukan orang gaji kau! Aku bukan tahanan kau, Lee. Aku isteri kau!”
            Lee pantas memandang Sara dengan mata mencerlung. Terasa darah panas sudah mengalir disarafnya. Lee mendekati Sara lantas mencengkam rahang Sara.     
“Kau betul-betul nak jadi isteri aku, kan? Okey, aku tunaikan impian kau!”
            Tidak semena-mena, Lee memegang kedua-dua bahu Sara lantas mencium leher Sara bertubi-tubi. Sementara Sara sudah menjerit menyuruh Lee berhenti.
            “Lee! Jangan Lee.” Air mata Sara sudah menitis apabila lelaki itu semakin rakus mengoyakkan bajunya.
            “Lee!” jerit Sara dan tanpa disedari kakinya mendendang perut Lee. Lelaki itu serta-merta terundur sambil memegang perutnya yang kejang. Lee mengangkat wajah memandang Sara.
            “Lee, tolong… jangan buat aku macam ni…” rayu Sara teresak-esak. Dia cuba menarik tangannya tapi ikatan Lee terlalu ketat. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana pun.
            Lee tersenyum sinis. “Ini kali kedua kau pukul aku. Kau ingat aku akan beri balas kasihan lagi?”
            Sara terpinga-pinga saat Lee sudah mulai membuka satu-persatu butang dibajunya. Pantas Sara menarikkan kakinya ke katil dan mengensot ketepi.
            “Lee, kau nak buat apa?” suara Sara terketar-ketar. Bukan setakat suara, seluruh tubuhnya juga sudah bergetar hebat. Mukanya sudah menjadi pucat tak berdarah.
            Lee tidak menjawab sebaliknya hanya menunjukkan senyumannya sinis dan kejam. Tidak semena-mena, Lee menarik kaki Sara lalu menindih tubuh kecil gadis itu. Serentak itu Sara menjerit. Namun Lee seakan orang yang dirasuk syaitan.
            “Lee! Kau kejam! Kau kejam! Aku benci kau! Jangan!”
Apa-apa yang Sara katakan, sudah tidak bermakna lagi. Tiada siapa pun yang dapat menghalang perbuatan Lee keatasnya. Apa yang dia boleh lakukan, hanya menangis dan menangis.

3 comments:

  1. interesting...
    musti lee pn tkejutkan..
    mcm ade something jer okie sembunyikan nie...
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. mode kegeramann.. hebat arr okie

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.