Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 May, 2012

The Only Exception Part 7



Part 7

LEE berpaling kearah Sara yang sedang membelakanginya. Dia tahu gadis itu sedang meratapi apa yang baru saja berlaku semalam. Lee tersenyum nipis. Perempuan plastik! Dengus Lee dalam hati. Dia pun turun dari katil lalu memungut pakaiannya yang bertaburan diatas lantai seraya masuk ke dalam kamar mandi.
Sara mengesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir.  Tubuhnya masih mengeletar dek kejadian semalam. Berhabis dia menghalau bayangan semalam tapi ia berkali-kali datang menakutkan dirinya.
Seketika kemudian, Lee keluar dari kamar mandi dengan tubuh yang lengkap berpakaian. Dia mendekati Sara. Sara yang tersentak terus menarik selimut hingga menutupi lehernya. Dia pandang lelaki itu dengan mata yang tajam.
“Kau tak perlu pandang aku begitu seperti kau tidak pernah buat macam tu dengan siapa-siapa. Aku tahu, aku bukan lelaki pertama yang kau layan, bukan?” kata Lee dengan sinis.
“Kau jangan hina aku, Lee. Kau adalah lelaki pertama!” jawab Sara seakan menjerit.
Lee tersenyum sinis, lantas membengkokkan badan. “Bullshit!” bisiknya keras.
Sara mengerut kening. Bibir diketap kuat. Lelaki ini, dia baru saja menghancurkan hidup aku, dan dia boleh berlagak seperti ianya perkara biasa?
“Cepat mandi, aku nak makan!” arah Lee pula sambil berjalan ke meja solek. Sikat yang ada diatas meja itu dicapai lalu menyisir rambutnya yang pendek.
“Aku takda mood nak masak,”
Lee memandang Sara dari biasan cermin dihadapannya. Sikat diletak semula lantas menghampiri Sara.
“Apa kau cakap? Kau takda mood? Baik, aku bagi kau mood,” ujar Lee lantas mencapai selimut yang menutupi tubuh Sara.
Terkial-kial Sara menapis tangan Lee. “Okey, okey. Tapi buka ikatan ni dulu!” Sara beralah.
Lee tersenyum tanda kemenangan. Ikatan ditangan Sara segera dilepaskan. Perlahan-lahan Sara menarik selimut menutupi badannya lalu turun dari katil. Kedudukan Lee yang dekat dengannya membantutkan langkah Sara.
“Tepilah!” kata Sara sambil menolak tubuh Lee lantas berlalu dan memungut baju-bajunya diatas katil. Sara cepat-cepat masuk ke dalam kamar mandi.

“CEPAT sikitlah!” gesa Lee sudah tidak sabar untuk menjamah makanan. Sementara Sara sudah terkial-kial memasak didapur. Asyik digesa, dipaksa membuatkan dia tidak tenteram untuk memasak.
            “Tunggulah kejap!”
            “Cepat!” gesa Lee lagi, tidak mempedulikan Sara.   
            Sara mendengus. Dia terus membawa lauk-lauk yang baru dikeluarkannya dari kuali ke meja makan.
            “Duduk!” arah Lee pula. Sara duduk dengan hati yang masih sakit. Lee pula tiba-tiba duduk mencangkung.
            “Kau buat apa?” soal Sara. Sejurus itu dahinya berkerut melihat tangan Lee lincah mengikat kakinya dikaki bangku. Sara ketap bibir.
            “Kau ni memang dah gila, kan? Kau masih ingat aku nak larikan diri?” marah Sara. Lee bangkit lalu duduk semula ditempatnya.
            “Laparnya!” ujar Lee dalam senyuman. Pantas tangannya menyenduk lauk-lauk yang masih panas ke nasi lalu mula menjama makanannya.
            “Kau taknak makan?” soal Lee pula bila melihat Sara masih tidak menyentuh makanannya.
            Sara memeluk tubuh lantas memalingkan wajahnya. Tiada selera nak makan dengan Lee.
            “Oh, kalau kau taknak makan, biar aku saja yang habiskan nasi kau.” Piring Sara terus dicapai lalu menuangkan nasi Sara ke piringnya. Sara mendengus. Tak berperikemanusiaan betul!
            Tiba-tiba, telefon bimbit Lee yang terletak disebelahnya, berdering. Sebaik melihat nama si pemanggil, dia terus menyambut.
            “Uncle Som, ada apa?” Lee memandang kearah Sara.
            “Ohh… Uncle nak datang?” Walaupun suara Lee kedengaran lembut tapi wajahnya sudah berubah keras. Matanya mencerlung kearah Sara. Sara pula sudah tertunduk, takut dengan renungan Lee.
            “Boleh. Okey, jumpa nanti!” Lee memutuskan talian lantas meletak kasar telefon bimbit itu kemeja. Bahu gadis itu melombat dek terkejut.
            “Kau dengar sini, kalau kau berani buka mulut pasal aku kurung kau, aku akan pastikan kau hidup merana sampai mati. Kau faham?” herdik Lee.
            Sara hanya menjeling. Tidak semena-mena, Lee mencengkap rahang Sara lalu memalingkan kepala Sara kearahnya.
            “Apa ni?” marah Sara sambil menolak kasar tangan Lee.
            “Kau dengar tak aku cakap apa tadi?”
            “Dengarlah!”
            “Kalau kau berani cakap, jangan lupa beritahu apa yang kita dah buat semalam,”
            Dahi Sara berkerut. Psycho! Sara terus duduk membelakangi Lee. Rasa nak termuntah memandang muka lelaki itu.

ENCIK Som memandang kiri kanan sebaik saja memasuki rumah banglo itu. Rumah itu kelihatan suram dan senyap.
“Mana semua orang gaji rumah ni, Lee?” soal Encik Som.
“Oh.. Lee bagi cuti dua minggu. Lee tak nak ada sesiapa yang ganggu kami, kan?” kata Lee sambil memandang Sara dengan penuh makna. Encik Som memandang gadis itu, gadis itu pula terpaksa senyum dan mengangguk.
“Baguslah kalau begitu, tapi jangan saja Lee pecat diorang sebab nak buat sesuatu yang buruk pada Sara,” ujar Encik Som pula. Serta-merta air muka Lee berubah.
“Takdalah. Lagipun, uncle juga yang cakap. Sara isteri aku, jadi apa salahnya dia bekerja suri rumah, kan?” jawab Lee. Pantas saja dia mencari jawapan. Lee memandang Sara sambil mengisyaratkan sesuatu pada gadis itu.
“Ya uncle. Uncle tak perlu risau,” jawab Sara. Dia serba salah juga kerana terpaksa berbohong. Sedangkan kemarin dia baru saja mengadu tentang sikap Lee kepada Encik Som.
“Uncle dan Lee duduk dulu, Sara buatkan minuman,” Sara terus bangkit.
“Jangan lama sangat!” pesan Lee berbaur amaran. Perempuan tu tak boleh dipercayai, pantang jumpa peluang sikit pasti dia akan cuba-cuba untuk melarikan diri.
“Em, apa tujuan uncle datang?” soal Lee.
“Uncle saja nak melawat. Nak tengok-tengok Lee dengan Sara,”
Lee mengangguk-angguk. “Kemarin, Sara ada jumpa uncle, kan? Dia cakap apa?” soal Lee pula. Hatinya bergelojak ingin tahu. Memandangkan Sara enggan untuk memberitahu sebab dia berjumpa Encik Som, terpaksalah dia bercakap sendiri dengan lelaki itu.
“O, pasal itu. Sara nak tanya sesuatu pasal perkahwinan kamu,”
“Itu? Apa dia tanya?”
Encik Som mengeluh. Dia tatap mata anak muda itu.
“Lee, jangan ingat uncle tak tahu apa yang Lee dah buat pada Sara. Dia bagitahu uncle yang Lee jadikan dia hamba abdi, betul?”
Lee terus mendengus. “Memang dia hanya layak jadi hamba Lee la, uncle. Lee berkahwin dengan dia pun sebab nak selamatkan harta tu, itu saja!”
“Tapi Lee kena ingat, sebab berkahwin dengan Sara juga Lee masih boleh menikmati kekayaan ni. Tapi kalau terjadi sesuatu pada Sara, Lee mungkin akan kehilangan semuanya. Jadi, hargai Sara baik-baik,” nasihat Encik Som.
Lee gigit bibir. Tidak semestinya Sara istimewa dihati bapanya, gadis itu bererti buat dia. Tidak! Perempuan itu cuma berhak duduk dibawah kaki aku saja!
Perbualan Lee dengan Encik Som terbantut saat Sara muncul membawa dulang dengan seteko teh. Lee memandang Sara dengan mata berapi. Pandai juga perempuan ni mengadu!
“Baiklah, uncle pun tak boleh lama disini. Esok kalau sempat, uncle datang lagi,”
“Uncle taknak minum dulu?” tanya Sara pula.
“Terima kasih saja. Niat uncle datang pun Cuma nak melawat sekejap. Lepas tengok Sara dan Lee baik-baik saja. Itu dah cukup,”
“Okey. Kita jumpa lain kali,” jawab Lee pantas sebaik saja Sara ingin membuka mulut.
Encik Som mengangguk. “Sara, kalau Sara perlu apa-ap, telefon uncle saja, ya?”
Lee terus memandang Sara. Sara mengangguk, walaupun dia perasaan anak mata Lee sedang memanah wajahnya.
“Kalau begitu, uncle pergi dulu,”
Lee dan Sara menghantar Encik Som ke muka pintu. Lee menunggu sehingga kereta yang dipandu Encik Som menghilang dari pagar, barulah dia menutup pintu. Lee memandang Sara dengan mata tajam.
Sara tertunduk lantas berpaling. Namun lengannya segera dirembat Lee.
“Sakitlah!” adu Sara.
“Kau berani mengadu dengan dia? Apa yang kau dah bagitau dia, huh?” sergah Lee kuat.
“Semuanya! Cara kau layan aku, cara kau buli aku. Aku bagitau uncle semuanya!” luah Sara dengan hati yang panas.
Lee mendengus. Kini kedua-dua langan Sara sudah berada dalam genggaman Lee. Gadis itu mengerut kesakitan. Sakitnya terasa sehingga ke tulang.
“Kau dengar sini. Mulai hari ini, aku taknak kau jumpa uncle Som lagi. Aku nak kau kunci mulut kau atau, kau akan terima padahnya!” ugut Lee lantas menarik Sara menuju ke tangga.
“Kau nak bawa aku ke mana? Aku taknak naik ke atas!”
“Jadi, kau nak aku ikat kau diluar? Jangan jadi bodoh!” sergah Lee pula.
“Naik!” paksa Lee apabila Sara berpaut pada tempat pemegang tangga. Sekuat mana pun Sara bertahan, tangannya terlepas jua dan terpaksa mengikuti Lee naik keatas.

6 comments:

  1. marathon bc TOE.. kejam giler Lee.. mmg geram dgn dia X( hehe.. apa pon Hana nntikan BEJM~ lalala~

    ReplyDelete
  2. huuhuhu...kejam gile lee...tp best...pe jadi ek nnt...huhuuhu...x sabo nk bce....menarik2...sambung r lg ^^

    ReplyDelete
  3. uish...
    kejam giler si lee nie...
    mmg mcm nk kena campak kat laut jer...

    cian kat sara..

    ReplyDelete
  4. cite nie menarik. hero yg so sinis... different... teruskan ye okie :)

    ReplyDelete
  5. mengujakan..
    teruskn usaha.. ;)

    -cik zana-

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.