Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 May, 2012

The Only Exception Part 8



Part 8

            “KENAPA kau buat begini pada aku? Apa yang aku dah buat pada kau sampai kau benci sangat pada aku, huh?” bentak Sara sejurus saja dia terhumban dikerusi. Lee memandangnya tajam tanpa mengucapkan apa-apa. Tangannya sibuk mengikat tangan dan kaki Sara pada kerusi itu.
            “Lee, kalau aku pernah buat salah pada kau, aku minta maaf. Aku minta maaf sangat-sangat! Tapi jangan buat aku begini, Lee,” rayu Sara. Suaranya sudah kedengaran berbisik. Berharap agar lelaki itu lembut hati untuk memaafkannya.
            Lee tersenyum sinis. “Kau tanya aku, apa salah kau? Jangan nak berguraulah Sara Hased!” Lee sudah mencekak pinggang. Rambutnya diruap kasar kebelakang.
            “Kau, goda bapa aku, buat dia jatuh cinta dengan kau lepas tu kau tinggalkan dia pada saat kamu nak berkahwin. Kau tinggalkan dia sehinggalah dia mati! Kau masih tanya aku apa salah kau sedangkan kau yang paling arif tentang apa yang kau dah buat pada bapa aku!”
            “Tak Lee. Aku dah beritahu dia kenapa aku tinggalkan dia dan dia faham, Lee. Aku tak bersalah dalam hal ni!”
            “Bohong! Kau memang perempuan penipu! Kau ingat aku nak percaya dengan cerita bohong kau?”
            “Lee, tolonglah. I’m telling you the truth!”
            Lee pandang Sara. “Kebenaran yang kau bunuh bapa aku, kan? Aku tahulah permainan kau, Sara. Kau sengaja lari pada hari perkahwinan kamu, lepas tu reka cerita kenapa kau tak dapat pergi. Menghilangkan diri lepas tu bertemu semula dengan bapa dan beritahu yang kau hidup sebatang kara. Kau tahu yang bapa aku dah nak mati, sebab tu kau nak dia simpati dengan kau dan biarkan bapa aku kahwinkan aku dengan kau supaya aku yang jaga kau. Itu matlamat kau, nak berkongsi harta dengan aku. Kau biarkan bapa aku jatuh ke atas perangkap kau sekali lagi, tapi aku tidak bodoh untuk masuk dalam perangkap kau!”
            Sara menggeleng-geleng sewaktu Lee bercerita. Semua itu tidak benar, dia memang ada berjumpa dengan Tuan Kammal sebelum dia meninggal dunia, tapi bukan niat dia untuk meraih simpati. Dia cuma datang kerana lelaki itu ingin bertemu dengannya dan tidak terlintas pun difikirannya untuk berkongsi atau mengambil harta mereka seperti yang Lee katakan tadi.
            “Kau sebenarnya tak cintakan bapa aku, kau Cuma cintakan harta-harta dia, kan?” tengking Lee sambil mencengkam kuat rahang Sara. Saat itu air mata Sara sudah menitis dipipi, mengalir diatas kulit Lee.
            “Aku benar-benar cintakan Tuan Kammal, Lee. Aku memang cinta….”
            “Diam! Diam! Aku tak nak dengar apa-apa lagi pembohongan kau. Kau pembunuh! Pembunuh!”
            Pang! Tanpa sedar, Lee sudah angkat tangan. Tangisan Sara serta-merta berhenti, Lee pula sudah tersentak. Matanya tidak henti-henti berkelip memandang pipi Sara yang sudah kemerah-merahan. Lee telan liur. Dia memandang Sara yang masih tidak bergerak. Dia mendekati, dan memalingkan kepala Sara kearahnya. Mata gadis itu tertutup. Pengsan!
            “Sara? Sara?” panggil Lee. Pipi Sara ditepuk perlahan. Tapi gadis itu tetap tidak membuka matanya.
            Lee mendengus. Rambut dikuak ke belakang. “Apa-apa sajalah!” dengus Lee lantas beredar dari bilik itu.


            “BOS?” Terkejut Reyzal melihat kedatangan Lee yang tiba-tiba. Lee hanya mengangkat muka dan melangkah ke ruang pejabatnya. Reyzal membuntutinya.
            “Business macam mana?” soal Lee sambil melabuh punggung.
            “Bisnes  baik-baik saja, bos. Err, bos… kata Bos cuti untuk beberapa minggu? Tak jadi cuti?”
            Pantas mata tajam Lee menikam Reyzal sebaik saja mendengar bicara itu. Reyzal terus tutup mulut gerun dengan pandangan Lee. Lee cepat-cepat melarikan pandanganya, satu keluhan lahir dibibirnya.
            “Tak jadi. Tolong ambilkan aku beer,” minta Lee pula. Reyzal terangguk-angguk bila diperintah. Lelaki itu pun terus keluar mengambil barang yang diminta majikannya.
            Lee mengaru-garu kepalanya. Dia berharap 2, 3 tin beer boleh membantunya untuk menghalau bayang Sara. Sejak dia meninggalkan rumah, kejadian tadi asyik mengekorinya seakan ingin menyiksa jiwa Lee dengan rasa bersalah.
            Lee mengubah posisi duduk pula. Badan dirapatkan ke meja, kedua-dua tangan pula diletakkan diatas meja. Lee menggeleng lagi. Seketika kemudian, badan disandarkan pula di kerusi. Mata pandang ke siling. Tika itu Lee seakan lelaki yang kehilangan anak, tidak senang duduk.
            Apa dah jadi dengan aku ni? Kenapa jantung aku rasa sempit semacam saja? Takkanlah aku risau pasal perempuan tu pula?
            “Bos,” panggil Reyzal sambil masuk ke bilik dan meletakkan plastik berisi beer dan satu cawan kecil. Lee mencapai tin itu lantas membuka dan terus meneguknya sekali gus.
            “Bos, ada masalahkah? Bos gaduh dengan isteri bos?” soal Reyzal.
            “Dia bukan isteri aku,”
            Dahi Reyzal berkerut. Bukan isteri?Jadi gaduh dengan perempuan simpanan? Tapi mustahillah sebab setahu dia, bos mereka itu tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan perempuan sebelum ini. Dia agak terkejut juga bila mendapat tahu yang bosnya ingin berkahwin beberapa hari yang lalu.
            “Jadi, bos ada masalah lain? Masalah nightclub ni, ka?”
            Dahi Lee berkerut. “Yang kau nak tahu apasal? Masalah aku, akulah yang selesaikan!” tempelak Lee pula.
            “Takdalah. Bos jarang nampak stress, jadi kalau dah stress tu mesti masalah besar. Contohnya, gaduh dengan isteri. Ah, itu masalah besar!”
            “Kau ni, pandai-pandai saja! Keluar!” usir Lee pula lalu menegkuk beernya sekali lagi. Kali ini ari beer terus kering didalam mulutnya. Tiada satu titis pun yang ditinggalkannya.
            “Eya, eya, bos. Maaf!” Reyzal tertunduk-tunduk, dia pun terus melangkah ke pintu.
            “Tunggu sekejap!” halang Lee. Reyzal berhenti melangkah dan berpaling semula kearahnya.
            “Aku akan buktikan pada kau yang perempuan tu takda makna bagi aku!” ujar Lee lantas bangkit dan keluar dari pejabatnya. Reyzal terpinga-pinga memandang tuannya keluar. Dia garu kepala. Memikirkan maksud yang tuannya ingin sampaikan.

*****

“HEI, bangun!” Lee menendang kaki Sara. Sara tergerak kecil tanda terkejut dengan suara Lee. Sebaik saja dia tersedar, gadis itu memandang kiri kanan seperti baru saja mengalami mimpi buruk.
            “Jangan, jangan!” Sara seakan meracau, kerusi ditempatnya diikat  ikut bergerak dek pergelutan Sara.
            “Hei, hei!” jerit Lee membuatkan Sara terkejut lantas memandangnya.
            “Lee,” ujar Sara tercungap-cungap.
            Lee memandangnya pelik. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus membuka ikatan dikedua belah tangan dan kaki Sara.
            “Cepat mandi, aku nak bawa kau keluar,”
            “Keluar? Ke mana?” Dahi Sara sudah berkerut.
            “Mandi sajalah! Tak perlu banyak cakap!” sergah Lee pula. Terkial-kial Sara berdiri. Dia pun mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi.
            Sebaik saja gadis itu masuk ke bilik air, Lee terus menghubungi seseorang.
            “Kau dah sediakan bilik tu?... Ok. Setengah jam lagi, kami sampai. Ingat, jalankan tugas kamu dengan baik!” Lee mematikan talian. Lalu duduk dibirai katil, mengunggu sehingga gadis itu selesai mandi.

            “KENAPA kau bawa aku ke nightclub ni?” Soal Sara sambil melangkah cepat dek ditarik Lee.
            “Kenapa? Salah aku kenalkan isteri aku pada pekerja disini? Bukan kau juga yang nak sangat jadi isteri aku?” kata Lee dingin.
            “Yalah… tapi…”
            Lee terus menghentikan langkahnya. “Tapi kenapa?” soal Lee semula seakan menyergah.
            Sara geleng kepala. Semakin lama, lelaki itu semakin mengerunkan. Setiap hari dia melihat sisi jahat lelaki itu.
            “Kalau takda. Jangan banyak soal dan ikut saja!” kata Lee pula lalu kembali menarik tangan Sara masuk ke sebuah bilik di NightClub bernombor 122.
            “Tunggu disini, kejap lagi aku balik,” kata Lee semasa mereka melangkah masuk ke bilik itu.
            Sara memandangnya. “Lee, jangan lambat tau,”
            Lee mencebik. “Yalah!” jawabnya agak kasar lalu menutup pintu itu. Sara duduk disofa berdekatan dengan dinding cermin yang menampakkan suasana malam bandar Kota kinabalu. Sara memeluk tubuh sambil mengosok tangannya. Bukan kesejukan tapi rasa takut yang datang tiba-tiba bila Lee keluar saja dari bilik itu.
           
            ENCIK Som menutup pintu keretanya. Belum pun dia melangkah, telefon bimbitnya sudah berdering. Nama Geofry tertera pada skrin telefon bimbit.
            “Ah, ada apa-apa perkembangan?” soal Encik Som.
            “Tadi saya nampak Lee dan Sara keluar dari rumah, diorang pergi ke night club. Saya rasa tak sedap hatilah. Macam ada sesuatu yang terjadi antara Sara dan Lee,”
            Encik Som sudah mengerutkan kening. “Hmm… kalau begitu, kita tengok sama-sama. Tunggu sampai saya datang,” kata Encik Som lantas mematikan telefon dan masuk semula ke dalam keretanya.


8 comments:

  1. Tak mau lah Sara di apa-apakan oleh orang lain. :(

    ReplyDelete
  2. Sampai ht lee..sara tu baik...lee dh melampau la...ntah2...dia suruh org rogol sara...lgpun sara cakap dia yg pertama xkan dia x rs berbeza dan x rs pelik...heran la...nk next n3, mudahan uncle som dpt tau then bagi sikit pgajaran dgn lee..jgn kasar sgt dgn sara....

    ReplyDelete
  3. cepat la Uncle Som >__< kesian Sara kalau diapa-apakan.. Lee ni mmg melampau >__<

    ReplyDelete
  4. hehhe sorry kak okie...slah tulis td..da delete da ^_^(v)....nk tulis komen blik...hehehe...lee 2 ati die cam lembut je sebeno nyer...tp ego+dendam tinggi melangit...harap die x wat bende yg bebukan at sara...huuhuhu..cpt uncle som!

    ReplyDelete
  5. aduhai...
    ape lg yg si lee nk wat kat sara nie...
    uncle som cpt la slmt kan sara..
    cian kat sara...

    ReplyDelete
  6. okie, hmj mmg suke citer nie sbb hero dia difren style. tp hmj harap lee takkan ape2kan sara utk next entry...or x pon terhalang dr utk mengapa2kan sara... pls make the love sparkle in his heat hehehheh ^_^
    i know he sooo ego... its ok..slowly but surely the love will come kan :)

    ReplyDelete
  7. wshing next n3 asap, huhuhuhu can?

    ReplyDelete
  8. tak apa e-la. boleh diurus nanti :)

    kak Huda, mmg sgt berbeza hero saya, kan? maklumlah, dah addict sangat dgn cerita thailand. sebab tu dpt inspirasi tulis TOE dari situ..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.