Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

08 May, 2012

The Only Exception Part 9



Part 9

            SARA memandang kea rah pintu untuk kesekian kalinya. Walaupun baru saja 15 minit Lee keluar dari kamar itu, sudah terasa seperti berbulan-bulan menunggu. Entah kenapa hatinya tidak merasa sedap malam itu, seolah-olah ada perkara buruk yang bakal berlaku. Sara hanya mampu berdoa dan merayu pada Tuhan agar menyelamatkan dia dalam apa jua keadaan yang menimpa nanti.
            Tiba-tiba pintu itu terkuak. Sara tersentak lantas ingin berlari ke pintu namun langkahnya terus mati sebaik saja melihat bukan Lee yang membuka pintu tapi orang lain, dan banyak. Wajah 3 orang lelaki yang sedang berdiri dihadapannya langsung tidak dikenali.
            “Kam… kamu siapa?” soal Sara.
            Ketiga-tiga  lelaki itu serentak ketawa. Satu-persatu wajah lelaki itu diamati. Seorang berambut punk seakan Trojan, seorang lagi botak dan bertubuh rendah, yang kletika pula, rambutnya kemas terpacak.
            “Kamu nak apa? Ini bukan bilik kamu, sila keluar!” kata Sara lantang. Namun tidak terlihat pun rasa gerun diwajah lelaki-lelaki itu malah mereka memberikan dia pandangan gairah pula. Sara sudah kecut perut.
            “Kami Cuma pelanggan yang nakkan habuan kami, perempuan itu ada dalam bilik ini. Itu bermakna, kau adalah orangnya,” ujar lelaki yang berdiri ditengah-tengah.
            “Siapa cakap aku habuan kamu? Aku bukan pelacur!”
            “Alah sayang, orang tu cakap, dia bagi kau pada kami free, tak perlu bayar,” kata lelaki yang berada disebelah kanan pula.
            Sara tersentak. Orang itu? Maksud mereka, Lee? Takkanlah! Sara terasa seperti ingin rebah.
            “Maksud kamu orang itu, Lee? Pemilik nightclub ni?” soal Sara dengan suara yang terketar-ketar hendak menangis.
            “Usah banyak cakap, aku dah tak sabar ni. Pegang dia!” arah lelaki botak itu pula.. Serentak mendengar arahan lelaki itu, Sara berlari ke katil dan melompat ke seberang dan terus menuju ke pintu, namun sepantas-pantas Sara, pantas lagi dua lelaki itu. Mereka berjaya menangkap tubuh Sara dan menolak dia ke atas katil
            “Aku dulu. Tengok muka dia saja pun dah buat aku teruja!” kata lelaki botak itu.
            “Jangan! Tolong jangan apa-apa, kan aku. Aku merayu!” Sara sudah tersendu, minta dilepaskan. Dia benar-benar takut tika itu. Sara tidak pernah menjadi takut seperti itu sebelum ini. Melihat satu-persatu mereka yang ingin meragut kehormatanya, membuatkan dia merasa seperti ingin membunuh diri.
            “Takda guna bercakap! Kau milik kami!” kata lelaki berambut trojen itu. Serentak, mereka ketawa terbahak-bahak, keseronokan. Sara sudah melihat mereka membuka satu persatu butang dibaju.
            “Tolonglah, lepaskan aku… aku tak bersalah… lepaskan aku, aku merayu…” teresak-esak Sara merayu. Air matanya sudah mencurah-curah seperti empangan air yang pecah.
            “Diam!” tengking lelaki botak itu seraya menapar pipi Sara.
            Sara terus menjerit meminta tolong. Suaranya tidak putus-putus berteriak sehinggalah salah seorang dari lelaki itu mengoyakkan bajunya. Sara terus menutup bahunya yang terserlah.
            “Jangan, jangan, jangan!” jerit Sara lagi apabila lelaki-lelaki itu mula menyentuh tubuhnya. Dia geli, dia jijik. Dia tidak ingin orang menyentuh tubuhnya, cukuplah Lee saja. Itu sudah cukup terseksa baginya. Janganlah ditambah lagi keperitan hatinya. Tuhan, tolonglah aku!
            “Berhenti!”
            Segala perlakuan mereka terhenti sebaik saja terdengar suara lelaki dari belakang. Sebaik saja mereka memandang, satu cahaya terang memancar kearah mereka.
            “Kalau kamu tidak berhenti, aku akan serahkan gambar ini ke pihak polis,” ugut lelaki itu pula sambil menayangkan gambar yang baru saja ditangkapnya tadi.
            Ketiga-tiga lelaki itu menjadi kalut. Terkial-kial mereka turun dari katil. Baju-baju mereka yang bersepah atas lantai dipungut lalu seraya keluar. Sara menutup rapat matanya sesaat selepas lelaki-lelaki itu keluar. Seluruh tubuhnya tidak henti-henti mengeletar. Perlahan-lahan Sara bangun dan memandang lelaki yang sudah menyelamatkan dia.
            “Sara, kau okey?” soal Geofry lembut.
            Sara mengangguk lemah.
            Geofry membuka kotnya.
            “Kau nak buat apa?” soal Sara cepat sebaik saja melihat tingkah lelaki itu.
            “Jangan takut, aku cuma nak bagi kau kot ni,” ujar Ceofry sambil melemparkan kotnya keatas katil. Sara melihat tubuhnya yang separuh terdedah. Air matanya jatuh lagi. Dia tidak sangka, lee sanggup memperlakukan dia seperti itu. Sara terus mencapai kot itu lalu disarungakn ke tubuhnya.
            “Mari, aku bawa kau keluar.” Geofry sudah menghulurkan tangan.
            Sara memandang huluran itu, lama.
            “Aku takkan buat apa-apa pada kau, Sara. Percayalah,” kata Geofry lembut seakan faham dengan situasi yang Sara alami. Merundum hatinya melihat gadis baik itu dalam keadaan sendu. Sara terlalu baik untuk diperlakukan seperti itu. Kali ini, Lee sudah melampau!
            Sara mengangguk kecil. Lantas mencapai tangan Geofry. Geofry pun memapah Sara keluar dari bilik itu.

*****

            “LEE!” Encik Som terus menyerbuh bilik Lee walapun sudah dicegah banyak kali oleh pekerja nightclub itu. Encik Som mengigit geram saat melihat Lee sedang duduk disofa panjang dengan dua orang gadis melentok disisinya.
            “Ada apa, uncle?” soal Lee selamba.
            “Kau, kau, keluar! Sekarang!” sergah Encik Som membuatkan kedua-dua gadis itu tersentak lantas memandang Lee. Lee hanya mengangguk, menyuruh mereka keluar. Gadis-gadis pub itu pun berdiri dan meninggalkan ruang tersebut.
            Lee mencapai gelas berisi whisky diatas meja.
            “Apa kau dah buat pada Sara, Lee? Dia dimana?”
            Lee buat muka tidak bersalah. “Aku tak buat apa-apa, uncle tak nampak Lee having fun dengan perempuan-perempuan tu tadi?”
            “Jangan nak tipu, Lee. Tadi Geof nampak kau bawa Sara ke nightclub ni. Dia dimana?” soal Encik Som lagi.
            “Relaklah, uncle. Mungkin Sara pun  tengak berseronok sekarang, lebih baik jangan ganggu,” ujar Lee bersahaja. Tidak lahir sedikit pun rasa simpati terhadap Sara.
            Tidak semena-mena, entah dari mana datangnya, Lee terus terjelepuk keatas lantai. Gelas Whsiki ditangan terhumban kearah dinding.
            “Geof!” terkejut Encik Som dengan kemunculan Geof tiba-tiba.
            “Kau dah melampau, Lee. Kau tahu tak tadi, Sara hampir-hampri dirogol? Kau memang takda hati perutlah, Lee,”
            Lee tergelak kecil. Dia bangun dan bersandar disofa. Darah pekat yang mengalir dibucu bibirnya dikesat.
            “Betul apa yang kau cakap ni, Geof? Sara dimana?” soal Encik Som.
            Geofry memandang ke belakang, Encik Som turut menoleh. Kelihatan Sara sedang berdiri dikaki pintu, wajahnya kelihatan lemah. Celak hitam sudah mencomotkan bawah matanya dek air mata yang tidak henti-henti mengalir.
            “Sara, kamu okey nak?” pantas Encik Som mendapatkan gadis itu. Dia mendakap tubuh gadis itu erat.
            “Hm, sekarang perempuan ni cuba nak goda uncle Som dan kawan baik aku sekali? Dasar perempuan!” ucap Lee sinis. Tajam matanya menikam Sara.
            “Lee! Cukuplah Lee, sudah-sudahlah dengan maki-hamun Lee tu. Kau tak tahu apa yang Sara dah buat untuk kau dengan Tuan Kammal, Lee. Kau patut berterima kasih dengan dia daripada layan dia macam ni,” tengking Encik Som.
            Lee bangkit. “Kenapa pula aku perlu berterima kasih dengan pembunuh bapa aku, huh?”
            “Sebab dia…”
            “Uncle!”
            Encik Som serta-merta mati kata. Dia memadang Sara yang sudah menggelengkan kepala.
            “Tapi, dia patut tahu, Sara. Dia tak boleh terus-terusan layan kau macam ni!”
            Lee sudah mengerut kening mendengar perbicaraan Sara dan Encik Som.
            “Apa yang aku patut tahu, uncle?” soal Lee. Ton suaranya sudah berubah.
            Encik Som tarik nafas dalam. “Kau patut tahu yang Sara sudah selamatkan nyawa kau dan Tuan Kammal dengan menggantikan nyawa keluarganya sendiri,”
            Lee terpaku. Sementara Sara sudah menitiskan air mata.
            “Apa maksud uncle? Aku tak faham,”
            “Uncle…” rayu Sara agar Encik Som tidak lagi meneruskan ceritanya.
            “Tidak Sara. Semua ini harus berakhir disini dan hari ini juga. Uncle dah tak tahan melihat perlakuan keji Lee pada Sara,”
            Lee memandang Sara. Apa yang cuba mereka sembunyikan dari aku? Apa maksud keluarga Sara mengantikan nyawa  mereka dengan nyawa kami?
            “Dengar sini Lee, 4 tahun yang lalu, Sara tidak dapat hadir ke majlis perkahwinannya sebab dia diculik dan keluarganya diculik. Ada seseorang diluar sana yang ingin membunuh Tuan Kammal dan kau termasuk menjatuhkan bisnes kamu. Sara berjanji tidak akan berjumpa dengan Tuan Kammal lagi sehinggalah dua tahun yang lalu, apabila Tuan Kammal mengetahui segala-galanya. Keluarga Sara mati dalam kebakaran tiga hari selepas dia berjumpa dengan Tuan Kammal. Tuan Kammal rasa bersalah kerana tidak sempat membantu keluarga Sara lalu menulis wasiat ini. Sara kini sebatang kara dan  kau juga seorang diri, untuk menjamin keselamatan kamu berdua, Tuan Kammal mengawhin kamu dengan wasiat itu kerana pembunuh yang membunuh ibu bapa Sara masih berada diluar sana,”
            Lee terduduk atas sofa. Rohnya terbang seketika mendengar cerita Encik Som.
            “Betulkah semua ini, uncle?”
            “Lee, Sara berkahwin dengan kau bukan sebab dia nak harta kau, tapi dia nak selamatkan kau! Itu saja sebab kenapa dia berkahwin dengan kau, Lee. Kalau uncle dah cerita sampai ke akar umbi pun Lee masih layan Sara dengan buruk, uncle tak tahulah apa dah jadi dengan hati kamu ni Lee,”
            Lee berdiri lalu berjalan menghampiri Sara. Sara berundur setapak. Serentak itu Geofry berdiri diantara Lee dan Sara. Langkah Lee mati. Dia pandang pipi Sara yang terdapat lebam ditulang rahang.
            “Cukuplah, Lee. Aku tahu memang dah takda makna untuk menyesal sekarang, tapi boleh aku minta cerai?”
            Lee terpana. Lama dia mendiamkan diri.
            “Lee,” panggil Encik Som pula. Lee menoleh kearahnya.
            “Kau akan ceraikan Sara, kan?”
            Lee pandang Sara pula. Gadis itu pandang ke sisi, tiada daya untuk membalas tatapan Lee. Lee gigit bibir. Kalau dia ceraikan Sara, dia akan mungkin akan kehilangan harta-harta. Tidak, tidak sama sekali.
            Lee pantas menggeleng. “Aku takkan ceraikan Sara. Tidak kira apa pun yang berlaku!” ujar Lee keras lantas menyambar tangan Sara.
            “Lee!” jerit Sara, dia cuba menarik tangannya tapi tidak berdaya. Tambah lagi, tubuhnya masih lagi menggeletar.
            “Lee, kau dah gila? Kau tak nampak yang Sara sedang terseksa?” marah Geofry. Sudah kelihatan urat dilehernya melihat perlakuan Lee terhadap Sara. Walau dia tahu Lee agak kejam, tapi dia tidak percaya Lee boleh bertindak sejauh ini.
            “Aku tak gila, Geof. Aku takkan ceriakan dia,” ujar Lee lagi, keras.
            “Lee, insaflah! Jangan tambahkan algi penderitaan dia, uncle merayu, Lee.” Encik Som sudah melutut dihadapan Lee. Lee terkesima.
            “Uncle Som!” panggil Sara sambil ingin mendekati lelaki itu tapi ditahan Lee. Geofry yang ingin membantu pula dibantah oleh Encik Som.
            “Lee, kalau Lee masih berhati perut, lepaskan Sara,” rayu lelaki itu dan sendu.
            Lee serba salah. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Sebelah Sara, sebelah lagi pak ciknya sendiri. Jika dia memilih uncle Som, dia akan kehilangan Sara dan juga harta-hartanya. Tetapi jika dia enggan melepaskan Sara, gadis yang telah berkorban banyak untuknya, dia akan merasa kehilangan kerana sesungguhnya, perasaan aneh mula terbit dihatinya.  
            “Uncle… maafkan Lee. Lee tak boleh!” Lee sudah membulatkan keputusannya.
            “Lee!” marah Sara.
            Lee memandang gadis itu. “Maafkan aku, Sara. Aku tak boleh lepaskan kau,” jawab Lee lantas menarik Sara keluar dari bilik itu.
            “Lee! Lee!” panggil Geofry tetapi panggilannya tidak diendahkan. Encik Som terus bangkit.
            “Kita perlu kejar dia, Geof. Lee tidak boleh terlepas,”
            Serentak itu Encik Som dan Geofry seraya keluar, mengejar langkah Lee.

****************************************************  
p/s : sorry pendek. enjoy reading <3

8 comments:

  1. x sngka Sara buat macam tu.. sian dia.. Lee memang dh melampau! nasib baik Geof selamat kan Sara.. mungkin Geof juga akn jatuh cinta pd Sara? who knows?

    p/s : menanti BEJM juga :)

    ReplyDelete
  2. Leeee jangan lah apa2kan Sara. Jaga lah Sara dengan baik eh. :( Tapi nak Sara dengan Lee jugak tak kira hehehe

    ReplyDelete
  3. aishhh~!! udah2 la tu lee... kesian Sara.. bilalah Lee ni nak jadi baik ni.. =) hehe

    ReplyDelete
  4. padan muka lee.. dah rasa bersalah lerr tu. tapi kali dia betol2 dah melampau~

    ReplyDelete
  5. yup! stuju...lee da melampau....x sangka sara wat sume tu...nampak cam bunga cinta nk berputik at hati lee je...hhehehe....tp die tetap pikir harte die tu...ego betol...next2.. ^^

    ReplyDelete
  6. okie.. x sabar nak tgu next N3... huu tak ouas baca :(

    ReplyDelete
  7. okie...
    nk lg....
    x sbr nk tau ape yg da jd sbnrnyer...

    ReplyDelete
  8. okie..sila jangan buat kitorg tertunggu-tunggu.. ekekekekkek*kali ke-2 komen sbb tak sabar

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.